Mawar Safei's Blog, page 17
June 16, 2023
Ini antara daerah kerja saya. Kali ini kami cuba menyoro...

Ini antara daerah kerja saya. Kali ini kami cuba menyorot jalan menulis dan menerbit dengan teman-teman dari lapangan Psikologi. PSITRA. Dulunya, saya pernah duduk di dewan kuliah Psikologi sebagai mahasiswa tahun pertama. Ia juga mengingatkan, antara cita-cita saya semasa kecil adalah menjadi Pakar Jiwa. Lucu dan dramatik juga.
June 12, 2023
Terima kasih kepada pihak ASWARA, Pusat Penyelidikan, Per...

June 2, 2023
Terima kasih kepada Sdr Mubin dan pasukan Toko Buku Pujan...

Terima kasih kepada Sdr Mubin dan pasukan Toko Buku Pujangga Baru atas penghormatan ini. Buku lama tapi banyak yang baru boleh dibincangkan! Jumpa nanti, insya-Allah.
Terima kasih kepada Sdr Mubin dan pasukan Pujangga Baru a...

Terima kasih kepada Sdr Mubin dan pasukan Pujangga Baru atas penghormatan ini. Buku lama tapi banyak yang baru boleh dibincangkan! Jumpa nanti, insya-Allah.
May 14, 2023
Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid yang menyiarkan Lelaki...

Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid yang menyiarkan Lelaki Pantai dan Sehabis Gerimis dalam Berita Harian 14 Mei 2023. Cerpen ini terkait dengan entri sebelumnya yang berkisah tentang cuaca dan ragam perasaan manusia. Seperti cuaca sekarang yang tidak menentu petir dan terik siangnya, begitulah saya berdepan dengan laku dan bahasa perasaan manusia yang sering bersilih silang. Bertukar musim. Datang dan pergi.
May 4, 2023
Cuaca bahang dan guruh bersilih. Haba ketuhar berhimpun d...

Cuaca bahang dan guruh bersilih. Haba ketuhar berhimpun di ruang siang. Beberapa hari ini saya memandu pulang dalam hujan deras. Begitulah cuaca di peta ramalan dan bagaimana demikian manusia berubah. Saya tidak jadi musykil apabila tingkah turut bertukar. Beginilah agaknya ketikadupa wangi Tabriz kian menipis dan sedikit demi sedikit hilang bersatudengan angin. Baru saya sedarbetapa rumitnya menjadi Rumi ketika satu persatu deru datang dan bersilang pergi. Menjadikan begitu sulit untuk diterka culas benarnya.
April 28, 2023
Almarhum Prof Dr Farid Onn. Al fatehah.Setepatnya waktu ...

Almarhum Prof Dr Farid Onn. Al fatehah.
Setepatnya waktu dhuha, Jumaat Syawal hampir seminggu, menerima khabar duka dari ketua saya yang menyentak. Baru juga kami bercakap untuk menziarahi Prof Farid. Langgam cerita yang cliche tapi sangat menghibakan. Sewaktu saya muda sebagai Tutor, Prof Farid antara guru Stilistika yang kerap saya rujuk. Kami bersahabat dan saya banyak dituntun dalam perihal kesarjanaan. Tulisan awal saya di Jurnal Perisa 1995, menggunakan analisis stilistika. Saya merujuk Prof Farid lagi. Saya dibimbing editor JP yang serius, Syed Jaafar Husin. Tulisan itu di bawah kursus Stilistika Prof Sahlan Mohd Saman. Dan saya meneliti puisi Dharmawijaya. Masya-Allah. Tulisan itu membuat saya dikelilingi tokoh-tokoh yang luar biasa! Foto ini saya rakam ketika kami - Dr Rosnah Baharudin, Dr Misran Rokimin dan saya - diajak Prof Farid ke rumah SN almarhum Pak Abdullah Hussain (yang kemudian baru saya tahu mereka ada hubungan keluarga menerusi isteri masing-masing). Nasihatnya ketika itu, saya harus banyak membawa mahasiswa mengakrabi sasterawan. Saya menyelongkar kepingan foto lebih 30 tahun lampau, dan tidak menemukan sebarang susuk kami berdua. Barangkali kebanyakan foto itu saya atau Prof Farid yang mengetiknya. Barangkali ia tidak mahu menjadi kenangan yang penuh kesedihan. Mungkin juga tanpa bayangan optis, ia menjadi lebih diingati. al Fatihah buat mahaguru saya yang budiman dan akan terus dikenang dalam doa dan ingatan...
April 22, 2023
1 Syawal 1444Salam lebaran.Taqabbalallahu minna waminkum...
April 21, 2023
Ramadhan 30Percakapan kami perihal masa depankuPenutup R...

Ramadhan 30
Percakapan kami perihal masa depanku
Penutup Ramadhan. Saya berasa lelah ketika menoleh 29 hari yang saya jalani. Ampuni masa lalu saya. Rahmati apa yang sedang terjadi. Tetapkan langkah masa depan saya. Benar, menjelang Syawal mengingatkan saya untuk kembali kepada fitrah. Perlunya saya ruang percakapan itu. Taqabbalallahu minna wa minkum.
April 20, 2023
Ramadhan 29Ujian Sepanjang JalanBegini bujukannya: ujian ...

Ramadhan 29
Ujian Sepanjang Jalan
Begini bujukannya: ujian itu bukan untuk menyakitkan, sebaliknya membawa kita kembali ke jalan pangkal. Saat diuji yang selalunya kita berasa perih, pada ketika itulah kita mahu didukung, diamankan dan dirangkul. Bukankah itu yang kita mahukan? Jadi, ujian itu membahagiakan, bukan? Kurnia.
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
