Mawar Safei's Blog, page 18
April 28, 2023
Almarhum Prof Dr Farid Onn. Al fatehah.Setepatnya waktu ...
Almarhum Prof Dr Farid Onn. Al fatehah.
Setepatnya waktu dhuha, Jumaat Syawal hampir seminggu, menerima khabar duka dari ketua saya yang menyentak. Baru juga kami bercakap untuk menziarahi Prof Farid. Langgam cerita yang cliche tapi sangat menghibakan. Sewaktu saya muda sebagai Tutor, Prof Farid antara guru Stilistika yang kerap saya rujuk. Kami bersahabat dan saya banyak dituntun dalam perihal kesarjanaan. Tulisan awal saya di Jurnal Perisa 1995, menggunakan analisis stilistika. Saya merujuk Prof Farid lagi. Saya dibimbing editor JP yang serius, Syed Jaafar Husin. Tulisan itu di bawah kursus Stilistika Prof Sahlan Mohd Saman. Dan saya meneliti puisi Dharmawijaya. Masya-Allah. Tulisan itu membuat saya dikelilingi tokoh-tokoh yang luar biasa! Foto ini saya rakam ketika kami - Dr Rosnah Baharudin, Dr Misran Rokimin dan saya - diajak Prof Farid ke rumah SN almarhum Pak Abdullah Hussain (yang kemudian baru saya tahu mereka ada hubungan keluarga menerusi isteri masing-masing). Nasihatnya ketika itu, saya harus banyak membawa mahasiswa mengakrabi sasterawan. Saya menyelongkar kepingan foto lebih 30 tahun lampau, dan tidak menemukan sebarang susuk kami berdua. Barangkali kebanyakan foto itu saya atau Prof Farid yang mengetiknya. Barangkali ia tidak mahu menjadi kenangan yang penuh kesedihan. Mungkin juga tanpa bayangan optis, ia menjadi lebih diingati. al Fatihah buat mahaguru saya yang budiman dan akan terus dikenang dalam doa dan ingatan...
April 22, 2023
1 Syawal 1444Salam lebaran.Taqabbalallahu minna waminkum...
April 21, 2023
Ramadhan 30Percakapan kami perihal masa depankuPenutup R...
Ramadhan 30
Percakapan kami perihal masa depanku
Penutup Ramadhan. Saya berasa lelah ketika menoleh 29 hari yang saya jalani. Ampuni masa lalu saya. Rahmati apa yang sedang terjadi. Tetapkan langkah masa depan saya. Benar, menjelang Syawal mengingatkan saya untuk kembali kepada fitrah. Perlunya saya ruang percakapan itu. Taqabbalallahu minna wa minkum.
April 20, 2023
Ramadhan 29Ujian Sepanjang JalanBegini bujukannya: ujian ...
Ramadhan 29
Ujian Sepanjang Jalan
Begini bujukannya: ujian itu bukan untuk menyakitkan, sebaliknya membawa kita kembali ke jalan pangkal. Saat diuji yang selalunya kita berasa perih, pada ketika itulah kita mahu didukung, diamankan dan dirangkul. Bukankah itu yang kita mahukan? Jadi, ujian itu membahagiakan, bukan? Kurnia.
April 19, 2023
Ramadhan 28Amal Rahsia Baca al Qur'an dengan beberapa ing...
Ramadhan 28
Amal Rahsia
Baca al Qur'an dengan beberapa ingatan. Apa yang harus diperbuat dan apa yang tidak. Puji-pujian yang harus dilantunkan. Perutusannya. Apa tindakan menurut yang dibaca. Mudahkan orang lain. Bantu walau hal yang sepele. Dan lakukan semuanya kerana Dia. Catatan tentang pertanggungjawaban. Dan simpan serapatnya.
April 18, 2023
Ramadhan 27IstikharaBiar ia jadi penunjuk arah, saat saya...
Ramadhan 27
Istikhara
Biar ia jadi penunjuk arah, saat saya berdiri di tikungan yang aneh. Saat itu menurutnya, pertimbangkan dua ini - redho-Nya dan kebaikan untuk di sana nanti. Biar ia jadi yang mengamankan resah. Biar ia menterjemah keyakinan kepada gerak. Biar nanti ada berkah. Namun yang sukar dan mungkin saja saya gagal untuk lakukan adalah - segera melangkah. Sering juga pula jawapannya dalam kelam. Mengapa? Sebabnya adalah kerana saya melihat apa yang mahu saya lihat dan bukan melihat apa yang Dia mahu saya lihat. Ini adalah jalan penyerahan dan keyakinan. Ini adalah jalan yang memerlukan saya untuk bertindak.
April 17, 2023
Ramadhan 26Sabar Sabrun jameel. Benar, hanya jika ia dap...
Sabrun jameel. Benar, hanya jika ia dapat berlaku pada detik yang tepat. Dan saya bukanlah begitu. Saya bukan seorang penyabar, walau mahu selalu belajar untuk itu. Maka saya membaca tiga pelajaran ini dari surah masing-masing. Mudah mudahan dengannya saya akan dapat bersabar. 1. al Anfaal: 46 - Allah bersama orang yang sabar. 2. ali Imran: 146 Allah mencintai orang yang sabar. 3. an Nahl: 126 Orang yang lebih baik adalah mereka yang sabar. Maka saya pastinya mahu selalu bersama-sama Allah. Saya juga mahu menjadi yang dicintai. Saya harus sering mahu menjadi lebih baik. Dengannya nanti, benarlah sabar itu indah!
April 15, 2023
Ramadhan 25DoaDoa adalah titik kebersamaan, titik keintim...
Doa
Doa adalah titik kebersamaan, titik keintiman. Ia adalah ruang paling peribadi dan khas. Sehingga ditulisnya begini, usah dibiar syurga merindui suaramu. Jadilah sebagai yang ditandai menerusi lantunan doamu. Maka diujar di sana nanti, Wahai Yang Maha Pengasih, bukankah itu suara yang sangat dikenali, suara si peminta yang sangat hangat. Saya mahu menjadi pemilik suara yang dicintai yang di Sana...
Ramadhan 24HarapanBegitu dengan harapan kita dapat melan...
Ramadhan 24
Harapan
Begitu dengan harapan kita dapat melanjutkan langkah hidup. Harapan juga yang membekalkan sayap untuk kita dapat terbang ke Sana. Dengan Ramadhan yang masih berbaki, saya masih perlukan sepasang sayap...
April 14, 2023
Ramadhan 23Penyerahan diriIni sangat memujuk: Hidup ini a...
Penyerahan diri
Ini sangat memujuk: Hidup ini adalah kegentaran. Dunia ini sangat menakutkan. Sedang kaki kecil serta keupayaan yang kian tidak bermaya, maka saya memilih-Nya. Hanya Dia yang selalu ada dan siap untuk mendukung, untuk saya bersandar, berharap dan berlindung . al Wakil. Dan inilah laluan penyerahanku.
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers

