Mawar Safei's Blog, page 26
July 25, 2022
Sejak 2020, ini kali pertama saya diserang demam. Aneh j...
Sejak 2020, ini kali pertama saya diserang demam. Aneh juga. Umumnya, selepas 2020 juga sebarang bentuk demam akan dicurigai. Selepas membuat ujian di rumah, saya positif. Tidak mahu memikirkan dari mana dan bagaimana saya dijangkiti, saya lebih mahu menumpukan kepada: bagaimana saya harus menerima ujian ini. Bersabar. Bersyukur. Meyakini bahawa tiada daya upaya melainkan dengan Pertolongan-Nya. Maka saya memaknakan ujian kesakitan ini sebagai satu bentuk penyerahan segenapnya jiwa raga.
July 10, 2022
Benar, lama sudah saya tidak menulis di blog. Mengapa say...
Benar, lama sudah saya tidak menulis di blog. Mengapa saya tidak seghairah dahulu, ketika itu hampir setiap hari saya mencatat di sini. Sama ada saya letih dengan kesan kehidupan dalam kurungan selama dua tahun atau saya semakin tua dan cara saya meninjau dunia sudah sama sekali berbeda. Setiap satunya mungkin juga tidak seperti dahulu, semuanya sudah asing, lain, atau tidak jarang pula berselisih. Tapi saya fikir saya harus mencatat terus. Saya harus menyurat kepada Sdr agar kita tidak semakin jauh, semakin berjarak.
June 21, 2022
Saya jarang mahu keluar makan siang dengan kolega. Antar...
Saya jarang mahu keluar makan siang dengan kolega. Antaranya sebab saya sering membawa bekalan dari rumah. Namun demi meraikan sahabat, saya berasa senang sekali untuk menyertai. Tahniah Profesor Kuik, dan saya berasa turut terhormat dengan pengiktirafan ini. Syabas sahabat!
June 13, 2022
Menantinya sejak garis merah mula bercampur langit dini....
Menantinya sejak garis merah mula bercampur langit dini. Beberapa masa ini dengan kesedihan yang berselang seli. Memujuk sendiri dengan ad Dhuha yang turut pernah merawat luka Rasulullah. Membaca juga ya Jabbar, yang Maha Perkasa, yang juga Maha mengubat sebarang lara.
June 12, 2022
Berada di juring yang sama, berjarak masa yang larut, me...
Berada di juring yang sama, berjarak masa yang larut, merentangkan rangkaian perasaan. Foto yang sama saya rakam dalam masukkan blog Mac 23, 2015 dan lebih awal Mac 12, 2011. Foto lama dari pantai kegemaran saya.
June 6, 2022
Bonda Zaharah Nawawi. Ingatan dan doa terus buatnya.Terim...
Bonda Zaharah Nawawi. Ingatan dan doa terus buatnya.Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas penyiaran di Berita Harian Jun 5, 2022
Ingatan dan doa terus buatnya...Terima kasih Sdr Hafizah...
Ingatan dan doa terus buatnya...Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas penyiaran di Berita Harian Jun 5, 2022
May 31, 2022
Zaharah Nawawi (5 Mei 1940 - 31 Mei 2022) Nama yang tida...
Zaharah Nawawi (5 Mei 1940 - 31 Mei 2022)
Nama yang tidak mungkin terpadam dan hilang. Akan sering bersama sama al fatihahku...
May 25, 2022
Tahniah Kak F dengan Wanita Rawa Terakhir!Saya diundang ...
Tahniah Kak F dengan Wanita Rawa Terakhir!Saya diundang membaca petikan Cempaka yang diganggu makhluk sudu, di hadapan pengarangnya dan Rektor UIAM!
May 2, 2022
Salam idulfitri. Taqabbalallahu minna waminkum!
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers

