Mawar Safei's Blog, page 25
September 21, 2022
Saya sudah menamatkan bacaan tafsiran surah al-Fatihah T...

Saya sudah menamatkan bacaan tafsiran surah al-Fatihah TG. Alhamdulillah syukur. Saya sangat bersyukur dapat membaca baris tafsir ini. Antara yang saya sangat terbawa-bawa pesanan TG adalah tentang apa yang harus kita minta. Bukankah kita perlu meminta minta. Setiap hari kita meminta. اِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ. Apa yang kita harus minta. TG ajar, minta hidayah. Minta hidayah dalam apa sahaja. Jika kerja sedang seperti gunung, mohon Allah beri hidayah sewaktu menyelesaikan pekerjaan itu. Jika sakit datang menguji, merayu agar hidayah berkunjung bersama-sama kesakitan itu. Sdr sedang merenung?
September 18, 2022
Saya sudah lama tidak menulis di Mingguan Malaysia, seko...

Saya sudah lama tidak menulis di Mingguan Malaysia, sekolah menulis saya lebih 30 tahun lalu! Terima kasih atas penerimaan baik cerpen Wangi Dupa Jalan ke Grafton. Tajuk asalnya yang berjela. Wangi Dupa yang Melintasi Jalan ke Grafton, Sebelum Tiba di Sini. Disiarkan pada 18 September 2022.
September 10, 2022
Awalnya saya dihadiahkan tafsir surah al-Fatihah. Masya-...

Awalnya saya dihadiahkan tafsir surah al-Fatihah. Masya-Allah. Saya berasa amat dekat di TG. Membaca tiap baris dengan dengung Kelantan, saya seperti congok di hadapan TG. Mendengar satu persatu, saya jadi sangat diasuh. Mendahului membaca al-Qur'an dengan membuang hadas melalui berwudhu. Nasihat TG membuang hadas bermakna membuang gangguan - yang datang dari syaitan, nafsu dan keakuan.
September 8, 2022
Bermula endemik, sahabat saya menitip wangian. Saya perc...

Bermula endemik, sahabat saya menitip wangian. Saya percaya maksudnya untuk saya meraikan lapangan langit baru seusai keluar dari pagar kurungan selama dua tahun lalu. Benar, semua tidak lagi sepenuhnya seperti dahulu. Saya mula menikmati tiap dini dan senja saya dengan berada di ruang kabut. Ada jalan yang dibawakan liuk tabunnya. Kaki tua saya seperti dituntun lembut. Ia sangat lunak dan memujuk saya untuk terus berjalan. Sdr akan tahu, di mana nanti saya berhenti akhirnya.
August 27, 2022
Selamat berkarya, Cikgu!Bengkel Penulisan Kreatif IPG KPM
August 4, 2022
Kesedihan kadangkala sukar mahu disorok. Walau sering ma...

Kesedihan kadangkala sukar mahu disorok. Walau sering mahu menafikannya, duka itu akan selalu dapat disela antara birai jendela atau helaian tebakan rasa.
July 25, 2022
Sejak 2020, ini kali pertama saya diserang demam. Aneh j...

Sejak 2020, ini kali pertama saya diserang demam. Aneh juga. Umumnya, selepas 2020 juga sebarang bentuk demam akan dicurigai. Selepas membuat ujian di rumah, saya positif. Tidak mahu memikirkan dari mana dan bagaimana saya dijangkiti, saya lebih mahu menumpukan kepada: bagaimana saya harus menerima ujian ini. Bersabar. Bersyukur. Meyakini bahawa tiada daya upaya melainkan dengan Pertolongan-Nya. Maka saya memaknakan ujian kesakitan ini sebagai satu bentuk penyerahan segenapnya jiwa raga.
July 10, 2022
Benar, lama sudah saya tidak menulis di blog. Mengapa say...

Benar, lama sudah saya tidak menulis di blog. Mengapa saya tidak seghairah dahulu, ketika itu hampir setiap hari saya mencatat di sini. Sama ada saya letih dengan kesan kehidupan dalam kurungan selama dua tahun atau saya semakin tua dan cara saya meninjau dunia sudah sama sekali berbeda. Setiap satunya mungkin juga tidak seperti dahulu, semuanya sudah asing, lain, atau tidak jarang pula berselisih. Tapi saya fikir saya harus mencatat terus. Saya harus menyurat kepada Sdr agar kita tidak semakin jauh, semakin berjarak.
June 21, 2022
Saya jarang mahu keluar makan siang dengan kolega. Antar...

Saya jarang mahu keluar makan siang dengan kolega. Antaranya sebab saya sering membawa bekalan dari rumah. Namun demi meraikan sahabat, saya berasa senang sekali untuk menyertai. Tahniah Profesor Kuik, dan saya berasa turut terhormat dengan pengiktirafan ini. Syabas sahabat!
June 13, 2022
Menantinya sejak garis merah mula bercampur langit dini....

Menantinya sejak garis merah mula bercampur langit dini. Beberapa masa ini dengan kesedihan yang berselang seli. Memujuk sendiri dengan ad Dhuha yang turut pernah merawat luka Rasulullah. Membaca juga ya Jabbar, yang Maha Perkasa, yang juga Maha mengubat sebarang lara.

Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
