Roslan Hamid's Blog, page 99
April 22, 2019
Bukti toleransi beragama: Muslim diamanah kunci gereja
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
* Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.*
ALHAMDULILLAH akhirnya saya sampai ke Baitulmaqdis (Jerusalem) - kota suci tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi (Judais). Sekali lagi, Alhamdulilah dapatlah saya beribadat di sejumlah masjid di Haram Al-Syarif (kawasan Al-Aqsa yang dalam bahasa Inggeris selalu disebut Temple Mount) seperti Masjid Jamek Qibli (Al-Aqsa), Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock), Masjid Marwani serta Bab Al-Rahma.
Selain itu, rombongan kami dibawa melawat tapak suci penganut Kristian seperti Gereja Holy Sepulchre iaitu tempat paling suci bagi penganut agama itu kerana mereka percaya ia sebagai lokasi penyaliban Kristus (Jesus) dan kuburan beliau.
Gereja ini yang juga dikenali sebagai Gereja Makam Suci dan Gereja Kebangkitan merakamkan pelbagai catatan sejarah antaranya membabitkan kejatuhan kota Baitulmaqdis dan penyerahan kuncinya ke tangan Khalifah Umar Al-Khattab pada 637 Masihi.
Setelah kekalahan Byzantium, Jerusalem perlu diserahkan kepada khalifah sendiri. Umar datang ke Jerusalem untuk memenuhi undangan Patriac Sophronius, penguasanya, bagi melakukan serah terima kota Jerusalem.
Maka termeterilah 'Perjanjian Aelia' yang terkandung jaminan Islam bagi kebebasan, keamanan dan kesejahteraan penganut Kristian beserta lembaga-lembaga keagamaannya.
Selesai membuat perjanjian, Umar hendak melaksanakan solat, Sophronius mempersilakan khalifah untuk solat di dalam Gereja Holy Sepulchre.
Umar menolak, beliau solat di tangga gerbang timur gereja. Beliau berkata, “Patriac, tahukah kamu mengapa aku tidak mahu solat di gereja kamu? Kamu akan kehilangan gereja ini kerana setelah aku pergi, orang Islam akan mengambilnya daripada kamu dan berkata, “Di sinilah Umar dahulu pernah bersolat”. Penolakan Khalifah Umar inilah yang selanjutnya menyelamatkan gereja tersebut hingga utuh sampai sekarang.
Sebuah masjid didirikan berdekatan tempat Umar solat, yang masih utuh hingga hari ini. Menara Masjid Umar jelas kelihatan dari pekarangan Gereja Sepulchre.
Sekarang ini dua keluarga Islam terbabit dalam menyimpan kunci dan urusan membuka dan menutup gereja ini. Menurut pembimbing rombongan kami, langkah ini selain membuktikan tolerasi antara penganut agama, ia juga menyelamatkan sengketa mazhab dalam agama Kristian berhubung pentadbiran dan pengurusan gereja tersebut.
Dua keluarga Muslim ini diberi kepercayaan berkenaan sejak abad ke-12. Keluarga Joudeh diberi amanah untuk menyimpan kunci gereja itu sementara keluarga Nuseibeh pula bertanggungjawab membuka pintu gereja setiap awal pagi dan menguncinya semula pada sebelah petang.
Di gereja ini ada sekurang-kurangnya enam mazhab Kristian iaitu Ortodoks Yunani, Ortodoks Armenia, Katolik, Ortodoks Syria, Ortodoks Koptik Iskandariah-Mesir, dan Ortodoks Habsyah Tewahedo. Katolik Rom, Yunani, dan Armenia memegang 70% pemilikan gereja ini.
Demikianlah wujud toleransi dalam mengamalkan agama masing-masing antara penganut Islam dan Kristian di tanah Suci Baitulmaqdis terutamanya selepas ditunjukkan contohnya oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan kemudian penguasa Islam lain seperti Salahuddin Al-Ayubi yang sewajarnya 'difikir-fikir' dan 'direnung-renung' oleh 'orang kita'.
Namun kita jangan lupa bahawa sebenarnya yang berkuasa di kota Baitulmaqdis sekarang adalah rejim Zionis (Israel atau Tel Aviv) yang terkenal dengan kezalimannya. Adalah penting untuk kita 'merenung sejenak' perbezaan rejim ganas ini dengan orang Yahudi.
Bagi orang Islam, sepanjang penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi. Antaranya sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Sebuah lagi hadis bermaksud: “Daripada Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w. menyerahkan baju besinya." - Riwayat Al-Bukhari
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?” - Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961)
Berdasarkan ini, adalah tidak benar untuk menyatakan tidak boleh berhubungan (termasuk bermuamalat) dengan orang Yahudi; tetapi yang tidak bolehnya meniru perangai dan sikap sesetengah orang Yahudi yang kini terkenal dengan rejim Zionisnya yang membelasah penduduk Palestin/Islam semahu-mahunya. Zionisme diwujudkan pada 1897 oleh Theodor Herzl dan daripadanya terdirinya 'negara' (rejim) haram Israel di atas tanah Palestin pada 1948 dan kemudian mereka 'menjarah' pula tanah suci Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari 1967.

Published on April 22, 2019 07:35
April 18, 2019
Semarak Ramadan...(1): Menjejakkan kaki di Baitulmaqdis
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.AKHIRNYA baru-baru ini saya sampai ke Baitulmaqdis; kota suci tiga 'agama Samawi (wahyu atau langit)' - Islam, Kristian dan Yahudi (Judais). Alhamdulillah saya sampai ke bumi barakah ini pada penghujung bulan Rajab yang kerap dikaitkan dengan tarikh Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.Ketika bertugas sebagai pengarang luar negara sebuah akhbar harian nasional dulu, saya ditawarkan ke sana untuk membuat pilihan raya umum pertama Palestin pada 1996 malangnya saya tidak dapat pergi disebabkan masalah tertentu jadi pemergian kali ini bagaikan 'terubat kerugian' masa lalu.
Berhubung Israk Mikraj, Allah SWT merakamnya dalam al-Quran - Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.Akhir-akhir ini kita cukup gusar apabila Zionis Israel membina lebih banyak penempatan haram dalam kawasan Palestin di Baitulmaqdis.
Kegusaran ini bertambah kerana berdasarkan perkembangan semasa, umat Islam sedunia membisu hatta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mendakwa memayungi ummah, tidak berkutik pun.
Pencerobohan ini (pembinaan penempatan) bukanlah kali pertama Zionis Yahudi menjalankan tindakan ‘unilateral’ (sebelah pihak) yang turut dibantah sekutu rapatnya seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). Umum mengetahui sejak sekian lama rejim Tel Aviv sudah dan akan terus meluaskan tanah penempatan Yahudi.
Cita-cita ‘expansionism’ (perluasan wilayah Yahudi) bukan semata-mata untuk merampas tanah air Palestin seluruhnya tetapi memenuhi impian sebuah ‘Greater Israel’ (Israel Raya) yang bersempadankan Sungai Nil (di Mesir) di sebelah barat dan Sungai Furat (di Iraq) di sebelah timur.
Sempadan ‘expansionism’ dari sebelah barat ke timur ini sudah diketahui banyak pihak tetapi tidak ramai menyedari rancangan perluasan di sebelah selatan yang menjangkaui rantau Madinah al-Munawwarah di mana terdapat Masjid Nabawi dan makam semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Sesetengah Yahudi mendakwa mereka keturunan Bani Nadir dan Bani Quraizah yang pernah mendiami Yathrib (Madinah) pada zaman Rasulullah s.a.w. sebelum mereka diusir dari sana selepas melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Berdasarkan pendedahan cita-cita besar Zionis Israel ini, umat Islam perlu bangkit daripada lena yang panjang kerana ancaman Yahudi bukan menyangkut orang Palestin saja tetapi ummah termasuk mempertahankan tanah suci Madinah dan Makkah.
Jika pencabulan Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa di al-Quds (Baitulmaqdis) tidak cukup untuk menyemarakkan semangat perjuangan ummah, kini dengan tergugatnya Madinah dan kota suci Makkah di mana terdapat Kaabah iaitu kiblat ummah; apakah umat Islam masih mahu terus menyepikan diri; masing-masing tenggelam dengan permasalahan negara dan bangsa sendiri sehingga tiada masa memikirkan nasib agama sendiri.
Sebelum rejim Zionis melangkah lebih jauh, kita berpendapat sekaranglah masa untuk umat Islam berganding bahu, berbuat sedaya upaya untuk menghentikan kezalimannya di bumi Palestin. Kejahatannya untuk menghancurkan al-Aqsa dan kawasan persekitaran perlu dihentikan segara; di sinilah ummah diperlukan untuk menyumbang tenaga semaksimum mungkin sama ada melalui pemikiran, pemboikotan, penggunaan kekuatan dan sebagainya.
Jika ancaman Zionis di Palestin ini tidak dapat ditangani, kita bimbang cita-cita perluasannya kian dekat untuk direalisasikan apatah lagi selepas jatuhnya Iraq ke tangan Washington, sekutu kuat Tel Aviv. Jika seluruh Palestin jatuh, terpalitlah seluruh dunia Islam dengan dosa tidak membantu saudara seagama.
Jatuhnya Masjid Al-Aqsa, tercemarlah maruah umat Islam tetapi bahaya lebih besar, terbukalah peluang Zionis laknatullah untuk menyampaikan cita-cita ‘expansionism’nya, menjarah negara-negara umat Islam sehingga akhirnya sampai ke Madinah Al-Munawwarah.
Inilah fitnah terbesar akan dihadapi ummah; oleh itu bangunlah, bangunlah wahai umat Islam sedunia, marilah kita mulakan sesuatu, menutup ruang-ruang yang membolehkan Zionis laknatullah merealisasikan cita-cita besarnya.
Mulai sekarang kejutkanlah ummah yang kerap bersengketa itu bahawa kota suci Nabi itu pun semakin hampir untuk digapai oleh musuh. Tidak ngerikah kita memikirkan perkara itu, tidak malukah kita nanti kitalah ummah yang membenarkan musuh Allah ini menghina dan mencerca Nabi kita tatkala mereka menguasai kota kesayangan Nabi itu?
Oleh itu, marilah kita umat Islam, tidak kira dari Barat atau Timur bersatu hati, menghadapi ancaman Zionis di bumi Palestin. Halang mereka di bumi barakah ini sebelum mereka bergerak jauh, menghancurkan negara umat Islam satu persatu sehingga terbalaslah dendam Bani Quraizah dan Nadir lebih 1,400 tahun dulu.

Published on April 18, 2019 08:16
April 9, 2019
Jangan lari... (32): Tegakkan hukum Allah walau pada akhir usia...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
DALAM Surah Al-Israk Ayat 1, Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)
Saban tahun umat Islam di Malaysia menyambut Israk dan Mikraj pada penghujung Rejab (ulama berselisih pendapat mengenai bulannya) dengan di kebanyakan masjid dan pejabat diadakan ceramah mengenainya. Ini bermakna sekali gus umur kita semakin berkurangan tahun demi tahun sehinggalah kita dipanggil untuk menghadapi Illahi. Nabi s.a.w. yang kita kasihi meninggal dunia dalam usia 63 tahun, demikian juga sahabat dan pengganti baginda Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab, mereka meninggal dalam usia yang hampir sama dengan baginda Rasul.
Jika diandaikan umur kita sama juga dengan umur Nabi s.a.w. dan sahabatnya, bayangkanlah berapa baki umur kita di alam fana ini. Jika kita sudah berusia 60 tahun, baki umur kita hanya tiga tahun; jika umur kita 50 tahun, bakinya 13 tahun lagi. Itu mengikut perkiraan tahun Masihi, jika berdasarkan kiraan tahun Hijrah, mereka yang berusia 60 tahun sebenarnya sudah berusia kira-kira 63 tahun (tahun Hijrah kurang 11 hari berbanding tahun Masihi), jadi hidupnya adalah berdasarkan 'umur subsidi' seperti diungkapkan kebanyakan orang sekarang.
Jika selama 60 tahun, kita hidup 'tanpa apa-apa' (maksudnya terlalu mengikut nafsu dunia) bayangkan apa yang kita dapat lakukan dalam masa baki usia kita. Bayangkan juga kita cuma berpeluang menyambut hari raya sebanyak tiga kali saja lagi (kiasan ini kerap digunakan di kampung-kampung). Persoalannya apa yang dapat kita lakukan dalam masa tiga tahun itu?
Namun ada satu pesanan ulama yang dapat menguatkan azam kita untuk menempuh secara bermanfaat baki umur kita yang sangat singkat itu. Ulama berpesan masa itu sebenarnya ada tiga saja iaitu semalam, hari ini dan esok. Semalam sudah menjadi sejarah; esok belum pasti. Yang kita ada hanya hari ini; jadi maksimumkan masa yang ada sekarang ini untuk menjadi insan terbaik dan insya-Allah, di akhirat nanti kita akan golongankan bersama para salihin, syuhada dan anbia.
Tahun demi tahun kita mendengar kisah Israk dan Mikraj. Namun adakah kita melakukan perubahan drastik, menjadi insan tawaduk dengan berusaha mematuhi semua perintah Allah SWT dalam semua bidang kehidupan? Jika selama 60 tahun kita hidup, kita gagal melihat hukum-hukum Allah terlaksana di bumi-Nya, masanya semakin singkat untuk kita menyaksikan saat paling bermakna itu. Kita tetap tertanya-tanya bila dan bila tetapi masa yang kita ada semakin lama semakin habis.
Kita cukup mengerti, saban tahun selepas majlis Israk dan Mikraj, kita akan memasuki Syaaban dan kemudian Ramadan di mana hampir semua umat Islam akan berpuasa sejajar dengan ayat 183 Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Tetapi bagaimana pula penerimaan kita apabila membaca ayat 178 Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukum qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan.”
Persoalannya di sini, adalah selama 60 tahun kita hidup itu, kita telah menggunakan segala kesempatan diberikan Allah SWT itu untuk berusaha menegakkan hukum-hakam-Nya termasuk perintah dalam ayat 178 Surah al-Baqarah itu.
Jika ya, alhamdulillah; tetapi jika tidak, marilah kita bermuhasabah diri, memanfaat baki masa yang sungguh singkat itu untuk menegakkan segala perintah Allah SWT dengan harapan menggunung agar Dia menerima segala amalan walaupun ia dilakukan pada sisa akhir umur kita.

Published on April 09, 2019 07:17
April 3, 2019
Rakyat marhain Melaka damba bas mini ke hospital
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
DARI segi infrastruktur pengangkutan, tahniah diucapkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka kerana telah menyiapkan pelbagai projek kemudahan rakyat antaranya; jejambat 'mega' Ayer Keroh dan Peringgit; memulakan pelbagai destinasi penerbangan di LTA Melaka di Batu Berendam dan menaik taraf operasi perkhidmatan bas di Melaka Sentral.Insya-Allah kita yakin banyak lagi kemudahan awam untuk rakyat akan muncul tetapi tidak salah rasanya untuk pemimpin kerajaan HARAPAN mendengar pandangan dan keluh kesah rakyat marhain khasnya dalam bab mengenai pengangkutan awam di negeri ini.Baru-baru ini saya memandu kereta membawa ibu saya ke Hospital Melaka; dalam perjalanan saya terlihat seorang 'nenek' di sebuah perhentian bas. Saya berhentikan kereta dan selepas bertanya destinasinya, saya menumpangkannya.'Nenek' berusia lebih 70 tahun ini meluahkan rasa hatinya - katanya sekarang ini susah 'mendapatkan' bas awam. Kekerapan bas ke Melaka Sentral yang lalu di jalan raya depan rumahnya adalah 'teruk' - selalunya lebih daripada sejam menunggu, malah ada kalanya sehingga dua atau tiga jam!Seterusnya di Melaka Sentral tiada bas yang terus ke atau 'masuk' ke kawasan Hospital Melaka. Bas yang ada ke Ayer Keroh, yang selalunya 'lambat' hanya berhenti di jalan besar dan dia terpaksa menapak mendaki bukit ke hospital. Orang 'dah tua', 'kaki dah tak kuat' pun kena menyeberang jalan besar dan menapak bukit.'Nenek' ini terbayang kisah lampau - dulu bas 'Town Bus' yang berwarna hijau mendaki bukit kawasan hospital dan selepas membuat 'pusingan' barulah bas ini 'turun'. Sekarang dengan bas Panorama milik syarikat kerajaan negeri, hal ini tidak lagi berlaku...Itu kisah dulu, bas besar 'naik' kawasan hospital; sekarang ini tak mungkin dapat diulang kerana jalan mendaki ke hospital sudah sempit dan di kiri kanannya penuh dengan kenderaan. Bagi yang mampu 'berkereta' ke hospital ini pula akan menghadapi masalah 'pakir' - awal-awal pagi lagi kawasan letak kenderaan sudah penuh!'Nenek' ini berharapkan ada perkhidmatan bas sampai ke 'pintu' bangunan hospital. Menggunakan bas besar mungkin mustahil, tetapi ada pengguna mencadangkan penggunaan bas mini - mungkin boleh dicadangkan di bandar raya Melaka diadakan perkhidmatan bas mini yang tambangnya murah sesuai untuk golongan marhain dan boleh membawa ke pelbagai destinasi penting dengan cepat tetapi selesa.Selain hospital yang 'tiada khidmat' bas, Pasar Besar Melaka (baharu tetapi berstatus sementara) di Bachang demikian juga halnya. Tiada bas ke sini, jadi susahlah rakyat marhain - jadi kalau ada bas mini yang 'round' seluruh bandar raya Melaka, mungkin masalah ini dapat diselesaikan.Sekarang ini, terlalu jarang saya menaiki bas awam, tetapi sebagai seorang bekas pengguna bas henti-henti yang memahami suka duka penumpang bas awam, hati saya bagaikan 'luruh' melihatkan datuk, nenek, makcik, pakcik dan anak-anak muda dan kecil menunggu berjam-jam dalam keadaan panas terik atau hujan di tepi jalan; bas yang ditunggu bagai tak kunjung tiba.Suatu pagi terpandang saya seorang ibu dan seorang kanak-kanak, agak saya berusia 12 tahun berjalan kaki mendaki bukit dari persimpangan jalan dekat Kota Cemerlang menuju ke kompleks bangunan kerajaan di Ayer Keroh, mungkin untuk membuat kad pengenalan si anak. Aduh, terpaksalah mereka meredah panas, berjalan hampir setengah kilometer untuk ke pejabat berkenaan. Mungkin bas yang mereka naiki tiada perkhidmatan ke kompleks berkenaan, jadi terpaksalah mereka berhenti di jalan besar, seterusnya berjalan kaki. Disebabkan saya memandu kereta bertentangan perjalanan, tidaklah saya dapat menumpangkan mereka.
Benar, sebahagian besar pengguna bas awam di Melaka sekarang ini mengalami masalah berat. Sekalipun saya bukan penggunanya; jiran, saudara, rakan sebagai penumpang selalu merungut menyatakan; "memang susah nak dapatkan bas sekarang ini." Menunggu satu dua jam di tepi jalan adalah perkara biasa kerana kekerapan perjalanan bas dikurangkan. Seorang pemandu bas berkata, hal itu terpaksa dilakukan kerana jika tidak pengusaha bas akan mengalami kerugian besar.
Pengguna bas henti-henti semakin kurang kerana semakin ramai orang berkenderaan sendiri. Disebabkan kekurangan penumpang inilah pengusaha terpaksa mengurangkan perjalanan bas di samping mengelak laluan tidak menguntungkan. Namun bukan semua orang ada kenderaan sendiri; mereka terpaksa bergantung kepada perkhidmatan bas. Di seluruh Melaka, dilaporkan ada lebih 30,000 pengguna tetap bas awam. Merekalah golongan teraniaya apabila perkhidmatan bas lembap atau tiada langsung. Jadi kepada pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal ini, diharapkan dapat mengusahakan sesuatu...insya-Allah, Allah SWT akan membantu jika anda ikhlas dan amanah!

Published on April 03, 2019 08:15
March 16, 2019
Kashmir...penduduk mahu pungutan suara
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
KETIKA krisis India-Pakistan mengenai Kashmir memuncak sekarang ini, saya teringat pengalaman saya ke Kashmir, India pada 2011.
Memasuki dan keluar dari Kashmir, pemeriksaan adalah terlalu ketat; dalam perjalanan meninggalkan Kashmir, kami diperiksa sekurang-kurangnya lima kali. Habis segala barangan dalam beg diselongkar, tubuh badan kami diraba, hatta ubat-ubatan yang biasa dibawa seperti ubat diabetes dibelek-belek dan diajukan pelbagai soalan.
Askar dan polis India pula berada di mana-mana bumi Kashmir. Di lapangan terbang, di tempat penginapan, malah suatu ketika sedang saya membuang air kecil (saya tidak tertahan lagi) di celah-celah batu sebuah bukit (membuang air di pinggir jalan bukan pemandangan luar biasa di India dan Pakistan), apabila saya mendongak, beberapa soldadu India yang menggalas senjata memandang saya tanpa sedikit senyuman pun.
Manalah saya perasaan kehadiran mereka di atas bukit sana, namun setidak-tidaknya bangga juga kerana ‘mendapat kawalan keselamatan ketika kencing’! Seorang penduduk memberitahu saya ada satu juta askar India di Kashmir (ketika itu); ini bermakna seorang askar menjaga lima penduduk, itulah ‘aku kencing pun dikawal mereka’.
Kenapa terlalu ketat sekali langkah keselamatan pihak berkuasa India di Kashmir? Pembaca perlu difahamkan bahawa negeri Kashmir di India secara sendirinya sebenarnya tidak wujud. Apa yang ada sekarang, negeri Jammu dan Kashmir. Maksudnya Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu disatukan dengan Kashmir yang hampir semua penduduknya beragama Islam.
Apabila ini dilakukan, faham-fahamlah, orang Islam tidak lagi menjadi golongan majoriti besar sebaliknya mereka hanya sebahagian biasa penduduk Jammu Kashmir dengan Srinagar diisytiharkan sebagai ibu kota musim panasnya.
Kashmir juga sebenarnya sudah terbahagi kepada dua atau kadang kala dikatakan sebagai tiga. Kashmir yang beribu-kotakan Srinagar itu didakwa oleh New Delhi sebagai sebahagian rantau kekuasaannya sedangkan satu lagi Kashmir berada di bawah kekuasaan Pakistan. Negeri di Pakistan itu dinamai Azad Kashmir manakala ada rantau Kashmir berada dalam taklukan China.
Konflik di Kashmir, terutama yang membabitkan umat Islam adalah tersangat hebat tetapi sayangnya ia seolah-olah dilupakan umat Islam seluruh dunia. Tidak seperti isu Palestin, persoalan Kashmir tidak diendahkan, malah hanya beberapa kali saja dibincangkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mendakwa memayungi umat Islam seluruh dunia.
Isu Kashmir telah mengheret India dan Pakistan dalam tiga peperangan, kini memasuki yang keempat; umat Islam di sana terus menanggung penderitaan yang tiada kesudahan.
Di Kashmir, saya mengumpul maklumat mengenai keadaan umat Islam, mewancara sejumlah penduduk mengenai hasrat serta harapan mereka; dengan kebanyakannya mahu nama mereka dirahsiakan.
* 'A' yang susuk dan wajahnya nya kelihatan terlalu tua untuk umurnya 45 tahun; berkata: "Tolong khabarkan kepada dunia bahawa orang Kashmir mahukan PBB mengadakan pungutan suara di sini. Saya hampir pasti 100 peratus penduduk Kashmir ini mahukan sebuah negara merdeka; mereka tidak mahu berada dalam kekuasaaan India mahupun Pakistan."
* 'B' yang juga kelihatan jauh berusia daripada umurnya 26 tahun, berkata: "Kami dipenjara di tanah air kami sendiri. Ada lebih sejuta askar India berkeliaran di sini. Saya percaya ada terlalu banyak pengintip dan tali barut berada di mana-mana. Tolong jangan cakap kuat-kuat," katanya.
* 'C' mendakwa wanita Kashmir paling teruk dikenakan tekanan. "Mereka tidak bebas bergerak dengan kehadiran terlalu ramai anggota pasukan keselamatan India di mana-mana. Ramai yang terpaksa menghabiskan masa di rumah saja."
* 'D' merungut terlalu banyak anjing berkeliaran di bumi Kashmir. Katanya, binatang itu yang biasanya tidur di kaki lima jalan kedai menyusahkan pekedai dan pembeli serta jemaah yang hendak ke masjid. Beliau mendakwa di Kashmir adalah menjadi kesalahan untuk menghalau anjing-anjing apatah lagi membunuhnya. Berdasarkan itu, kedapatan banyak anjing gemuk bermalas-malasan di kaki lima jalan dan di depan kedai.
* 'E' mendakwa jumlah jemaah haji dari Kashmir dihadkan kepada ribuan orang saja setahun sedangkan yang memohon lebih 30,000 orang.
Hampir semua yang diwawancara berharap penulis dapat menghebahkan penderitaan mereka kepada umat Islam di seluruh dunia. "Apabila kamu balik nanti, beritahu umat Islam terutama imam-iman agar mendoakan keselamatan dan kemenangan kami di bumi Kashmir ini," kata seorang daripada mereka.
Ya, berdoalah untuk kesejahteraan dan keamanan umat Islam seluruh dunia termasuk di bumi Kashmir, kerana doa adalah senjata ampuh orang mukmin.

Published on March 16, 2019 07:57
March 11, 2019
Jangan lari... (29): Carilah kebarakahan dalam hidup...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)ORANG tua-tua selalu berpesan, biar gaji (pendapatan) kecil tetapi hidup penuh keberkatan (barakah). Keluarga yang ketuanya bergaji kecil tetapi hidup barakah, hidupnya sentiasa mencukupi, tidak mengeluh-ngeluh malah dapat membantu orang lain pula.
Berlainan pula orang yang bergaji besar tetapi hidupnya tiada barakah. Hidupnya penuh keluh-kesah, baru setengah bulan gajinya sudah habis, untuk meneruskan penghidupan, dia berhutang di sana sini. Hidupnya tiada barakah, mungkin disebabkan pendapatannya daripada sumber haram atau syubahat.
Orang yang hidupnya mempunyai keberkatan akan membelanjakan pendapatannya di jalan yang diredai Allah. Setiap sen yang dititipkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Misalnya dia akan membelanjakan pendapatannya untuk menampung diri, keluarga, mengeluarkan zakat, kemudian membeli sedikit sebanyak harta seperti kenderaan, rumah atau tanah, seterusnya bersedekah atau untuk mengeratkan siraturahim sesama keluarga dan jiran tetangga, sesekali dia mengadakan kenduri.
Dia juga dapat menabung dan akhirnya berjaya menunaikan haji sekalipun kosnya amat besar.
Orang yang hidupnya tiada keberkatan pula akan menghamburkan duitnya untuk tujuan sia-sia, misalnya berparti ke sana sini dengan minuman keras di tangan atau berjudi, tidak mengeluarkan zakat apatah lagi untuk bersedekah dan gemar sekali melonggokkan harta dengan jalan salah seperti menipu, merasuah, membunuh, merompak dan sebagainya. Akhir hidupnya dia akan menjadi perogol, pembunuh, perasuah dan sebagainya.
Orang yang mempunyai keberkatan hidup akan sentiasa sayang menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang kaya disayangi jiran tetangga sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah dan membantu mereka, malah tidak sombong pula.
Jika dia orang miskin, dia reda dengan kemiskinannya dan mempunyai harga diri menyebabkan dia tidak suka meminta-minta. Dia pun tidak sombong malah sedia mengorbankan tenaganya sebab dia sedar dia kekurangan dari segi harta benda.
Selalunya apabila bercakap mengenai keberkatan, kita selalu memperkatakan tentang diri seseorang atau keluarganya. Jarang benar kita menyoroti erti barakah membabitkan kelompok lebih besar seperti masyarakat dan negara.
Jika negara kita mempunyai pendapatan berbilion-bilion dolar, ertinya negara kita adalah negara kaya sama seperti sebuah keluarga yang kaya, pembaca boleh membuat penilaian sama ada negara kita ini penuh keberkatan atau tidak.
Sama seperti sebuah keluarga yang hidup penuh keberkatan jika ahlinya dapat hidup dalam keadaan mencukupi (tidak berhutang ke sana sini), adakah negara kita juga dapat hidup dalam keadaan yang serba mencukupi? Kenapa pula negara kita sibuk berhutang ke sana ke sini?
Jika sebuah keluarga dikatakan hidup penuh keberkatan jika ia dapat memuaskan hati semua anggotanya dari segi pemberian nafkah dan keperluan hidup, adakah negara dapat memuaskan majoriti rakyat dari segi nilai penghidupan mereka?
Mengapa akhir-akhir ini rakyat semakin keras keluhan mereka, barangan keperluan semakin meningkat manakala harga minyak tak stabil.
Sebuah keluarga yang barakah tidak akan sesekali menindas ahlinya malah ia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain pula. Sesebuah keluarga yang hidup barakah juga tidak akan membazirkan wang dengan sia-sia sebaliknya tahu kewajipannya untuk membayar zakat, cukai, segala macam bil dan sebagainya.
Jika dalam sesebuah keluarga, pada zahirnya keluarga yang tiada keberkatan ialah yang porak-peranda, anak tidak mendengar cakap ibu bapa, isteri dan suami selalu bertekak, anak isteri terbabit dengan maksiat, pendeknya keluarga ini tidak mengendahkan perintah Allah SWT.
Berdasarkan gejala keruntuhan akhlak yang semakin teruk di kalangan masyarakat sekarang ini manakala jenayah seperti bunuh, rogol, ragut dan rasuah semakin berleluasa, di mana sebenar kedudukan negara kita, penuh keberkatan atau penuh...?
Ini belum diambil kira kedudukan negeri-negeri yang pernah dilaporkan muflis sana, muflis sini. Oleh itu, marilah sama-sama kita jawab persoalan ini dengan jujur dan kemudian bertindak segera untuk membetulkan keadaan.

Published on March 11, 2019 07:36
March 4, 2019
Wartawan bukan pak turut...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)
ISU mengarah wartawan (media massa) menyiar sesuatu berita atau ucapan (dalam kes terbaharu membabitkan RTM) mengembalikan ingatan saya kepada peristiwa berkaitan ketika saya masih 'hijau' dalam dunia kewartawanan puluhan tahun lalu.
Ada seorang pegawai tinggi sebuah kementerian selepas memberikan beberapa maklumat kepada saya, menelefon saya bertanya sama ada berita berkaitan sudah siap dan beliau meminta saya membaca kandungannya; selepas beliau berpuas hati barulah diizinkan saya menyerahkannya kepada editor.
Hal ini sewajarnya tidak berlaku, namun saya tidak 'salahkan' diri saya kerana masih 'hijau' ketika itu tetapi lama kelamaan saya mulai faham bahawa amalan 'dictate' (menentukan, merencanakan atau menetapkan) sesuatu berita atau bahan siaran oleh pihak lain (biasanya pihak berkuasa) merendah-rendahkan profesion wartawan dan dunia kewartawanan itu sendiri.
Wartawan berwibawa menulis dari lubuk hatinya untuk pembaca; dia menentukan apa yang akan dibaca oleh orang awam sesuai dengan kehendak editornya dan editor inilah atau pasukan editor akan menentukan apa yang akan disebarkan untuk tatapan di seluruh negara.
Sehubungan itu 'tiada ruang' sebenarnya untuk 'orang luar' (termasuk mereka yang berkuasa atau perasan berkuasa) memberitahu apatah lagi mengarah apa yang perlu atau tidak perlu disiarkan.
Hari ini sesuai dengan suasana 'Malaysia Baharu' (bukan 'Malaysia Lama' yang penuh dengan kekangan terhadap media atau sejumlah petugas media yang bagaikan kaki bodek atau 'beralasan' menjaga periuk nasi) tentunya kita tidak inginkan amalan 'dictate' ini 'merajai' dunia kewartawanan kita.
Ya, insaf-insaflah kita bahawa di Malaysia media massa mulai berubah sedikit demi sedikit selepas birokrasi lama tumpas dalam pilihan raya tidak seperti di Indonesia yang medianya berubah untuk bersama-sama rakyat menumbangkan rejim korup.
Tidak mengapalah jika media massa arus perdana kita tidak bersama-sama rakyat bagi menamatkan pemerintahan rejim lama dulu, tetapi jika sekarang mereka mahu berubah, kita sewajarnya bersikap 'kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan'.
Media massa perlu berubah; kalau tak ia akan rebah. Ini kerana pada zaman kemajuan teknologi komunikasi sekarang ini, media tradisonal seperti surat khabar malah televisyen semakin ditinggalkan dan jika masih 'berperangai jumud' alamatnya...bersedialah untuk diucapkan 'selamat jalan'.
'Kapten' media massa termasuk wartawan tentu tahu peranan dan tanggungjawab mereka; jadi tidak perlulah orang atau pihak berkuasa hatta menteri men-'dictate' (merencanakan) kerja mereka. Orang media berwibawa tahulah menjalankan tugas masing-masing termasuk berperanan sebagai 'the fourth estate'.
Malaysia Baharu memerlukan politikus berjiwa terbuka dan besar hatta perdana menteri pun boleh dikritik, bak kata seorang tokoh veteran wartawan. Namun tentunya kita perlu sebuah badan pengawas seperti cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia kerana kita ini 'manusia biasa' yang kerap melakukan kesilapan.
Berhubung hal ini, teringat saya akan apa dikisahkan ketika Khalifah Islam terhebat, Umar Al-Khattab ketika mula-mula diangkat ke tampuk pemerintahan.
Umar berucap dan antara lain katanya dia akan berlaku adil, jika khalifah berbuat salah, dipersilakan rakyat menegurnya. Seorang Badui berdiri dengan pedang terhunus sambil berkata, "Jika engkau tidak benar, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu wahai Umar bin Khattab."
Jika Umar bersedia diluruskan dengan pedang, apatah kita (terutama pemimpin) teguran dengan pena (zaman sekarang papan kekunci laptop atau gajet canggih pun kita tak sanggup? Apakah kita mahu jadi macam pemimpin 'Malaysia Lama' yang medianya menulis yang muluk-muluk saja mengenai mereka yang akhirnya menyebabkan mereka tersungkur pada PRU lalu?

Published on March 04, 2019 06:15
February 17, 2019
#MalaysiaMembaca perlukan pengorbanan...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)
SEBELUM Januari berakhir, saya menerima e-mel ini daripada Ketua Pengarang Suara Keadilan (SK), Saudara Najib Hashim: "Untuk makluman tuan SK hanya akan diterbitkan dua kali sebulan bermula bulan depan (Feb). Terbitan pertama pada pertengahan bulan (Rabu) 13 Feb, terbitan kedua pada (Rabu) 27 Feb. Jika berminat, artikel hendaklah dihantar pada Jumaat minggu sebelum tarikh 'deadline'."
Alhamdulillah dan terima kasih SK kerana mengundang saya terus menulis. Disebabkan pengurangan terbitan dan ruangan terhad, izinkan saya melalui kolum Sejenak Bersama LanH ini mencatatkan lebih banyak permerhatian saya seputar isu semasa daripada perbicaraan dan ulasan umum yang 'berlambak-lambak' terutama dalam media sosial.
Memulakan komentar sulung saya di akhbar dwi-mingguan SK era Malaysia Baharu (saya mula menulis di SK pada keluaran 27 April - 19 Mei 2006 dengan artikel bertajuk 'Peranan media alternatif perlu dikembalikan') adalah berkenaan gerakan #MalaysiaMembaca yang diinisiatifkan Kementerian Pendidikan yang dikepali Dr Maszlee Malik.
Dr Maszlee antara lain menyatakan hasrat Kementerian Pendidikan menjadikan rentang masa 10 tahun, iaitu 2021 - 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) lantas menjadikan Malaysia Negara Membaca 2030.
Sungguh murni cita-cita Dr Maszlee dan kementeriannya yang telah membicarakan matlamat, orientasi pelaksanaan dan cabaran termasuk memperkenalkan slogan dan tagar #MalaysiaMembaca; didoakan kejayaan beliau dan 'pasukannya' namun perlu diamat-amati tabiat membaca di kalangan awam terhadap buku dan bahan cetak kini merudum teruk.
Akhir-akhir ini saya kerap ke perpustakaan termasuk yang bertaraf negeri dan desa. Sungguh mendukacitakan jumlah pengunjung tidak memberangsangkan. Malah di sebuah perpustakaan desa, saya adalah satu-satu pengunjungnya selain seorang staf di kaunter!
Berhampiran rumah saya, saya ada sediakan sebuah perpustakaan mini, hampir tiada orang singgah. Akhbar-akhbar yang saya beli, anak-anak tidak menunjukkan minat membaca. Di almari-almari masjid yang disediakan pelbagai buku dan majalah agama, hampir tiada yang sudi menjengah.
Demikianlah anggota masyarakat kita terutama generasi muda hampir tiada minat membaca bahan cetak. Mungkin hanya buku teks sekolah terkecuali. Sekarang ini anak-anak muda, hatta 'mak dan bapak orang' pun sibuk akan gajet elektronik masing-masing. Hampir 24 jam berkepit dengan 'handset' - hatta dalam kenderaan awam semua 'khusyuk menunduk' melihat 'toy' (istilah diberikan 'Mat Salih') - hampir pupus insan yang membaca akhbar apatah lagi buku!
Lantas apa sudah jadi dengan bahan cetak kita? Buku kurang sambutan; jualan akhbar dan majalah merudum teruk, malah ada ditutup. SK mengurangkan terbitan, baru-baru ini akhbar Tamil Nesan iaitu antara akhbar tertua di Asia Tenggara ditutup selepas 96 tahun beroperasi. Demikian juga akhbar Malay Mail dan sejumlah majalah, misalnya Anis dan Hidayah yang saya langgani.
Nah, dalam situasi begini, Kementerian Pendidikan mahu menjayakan gerakan #MalaysiaMembaca. Tentunya pendekatan yang perlu dilakukan 'bukan biasa-biasa saja'. Mesti ada 'usaha luar biasa' - ya kita perlu lakukan banyak pengorbanan kerana kita seolah-olah 'menongkah arus'.
Definisi membaca tidak harus dihadkan kepada bahan cetak kerana kebanyakan orang zaman sekarang membaca melalui peralatan elektronik - hatta pada majlis tahlil dan bacaan Yasin pun sesetengah tok imam dan hadirin membaca dengan melihat 'gajet' masing-masing. Ya, didiklah anak-anak ikut zaman mereka bukan ikut zaman kita! Kita perlu berkorban bagi melakukannya.

Published on February 17, 2019 06:46
February 2, 2019
Melayu perlu berubah dalam Malaysia Baharu
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang itu menghimpun segala-galanya - daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan, amal baik dan buruk, dosa serta pahala.
Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri, kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta bernilai berjuta-juta ringgit malah berbilon-bilion ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas diisytiharkan muflis.
Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya. Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.
Keperluan orang Melayu untuk bergantung kepada legendanya, tergambar daripada perbualan penulis dengan beberapa orang pelawat Perigi Hang Tuah ketika berehat-rehat di beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini.
Mereka bertanya, adakah penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang digelarkan 'Perigi Hang Tuah' ada di kampung itu.
Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan 'dulu, kini dan selamanya'.
Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang dan Mahameru.
Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa berkeris kepada 'pahlawan' Melayu berkot dan bertali leher atau berpakaian Melayu bersampin dengan 'brief case' dan 'hand set'nya.
Melayu baharu adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang Tuahnya, dan juga sikap PhDnya (perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan zamannya.
Melayu baharu dalam Malaysia Baharu mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai idola tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu.
Melayu baharu yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan 'apa-apa yang diajarkan datuk neneknya' seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.
Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat, nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu baharu 'kaki ekor' (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah, kosong pada kebanyakan waktu.
Slogan-slogan seperti 'hanya...saja mampu buat itu dan ini. Hanya...saja yang mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik).
Slogan berbentuk indoktrinasi inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap kepada bantal busuknya.
Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu. Hakikatnya, manusia Melayu pada era Malaysia Baharu perlu berubah...
Adalah tidak wajar menggunakan alasan, 'itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita' sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,' mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.' "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

Published on February 02, 2019 06:10
January 31, 2019
Jangan lari... (28): Masalah sosial: Bapa borek anak rintik...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)DEWASA ini masalah sosial dan jenayah semakin menjadi-jadi termasuk yang membabitkan generasi muda dan di sekolah-sekolah. Gejala gengsterisme di sekolah-sekolah dilaporkan menjadi-jadi sekalipun pihak berkuasa memberi amaran akan bertindak keras ke atas pembuli.
Gejala songsang ini seolah-olah tidak mempunyai penamatnya. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat pun tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Di sini kita berharap masyarakat dapat membuka hati dan fikiran agar permasalahan ini dapat dilerai bersama.
Kata pepatah Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau hendak melentur buluh biar daripada rebungnya manakala bijak pandai pula berkata 'kalau nak tahu masa depan negara, lihatlah pada generasi mudanya'.
Demikianlah, kita percaya sebahagian daripada punca generasi muda kita semakin tidak terkawal adalah persekitaran yang begitu membingungkan.
Jika di rumah dan sekolah, segala keluhuran diterapkan tetapi apabila berada di luar, anak-anak hilang punca.
Di luar sana pelbagai suasana negatif mereka saksikan dan hadapi. Misalnya, akhbar dan majalah lucah serta separuh lucah membanjiri pasaran.
Apabila menjenguk gerai-gerai majalah, kira-kira 80 peratus daripada bahan bacaan, memaparkan gambar-gambar wanita dalam aksi keterlaluan.
Sebaliknya pula, amat kurang sekali bahan bacaan bermutu yang dapat menyuntik minda generasi muda. Demikian juga pengaruh media massa lain seperti internet, televisyen dan radio. Dalam akhbar pun disiarkan keputusan judi (empat nombor ekor).
Jika dalam usia setahun jagung, anak-anak didedahkan dalam suasana kurang sihat, bagaimana mereka dapat membesar dalam keadaan bebas daripada gejala negatif?
Di sini kita ingin bertanya, mengapakah Kementerian Dalam Negeri (KDN) begitu mudah memberi kebenaran kepada penerbit untuk mengeluarkan bahan-bahan yang boleh merosakkan masa depan generasi muda, seterusnya masyarakat dan negara?
Generasi muda juga mendambakan idola tetapi yang menjadi tumpuan adalah artis-artis dan dunia hiburan yang kerap benar terpesong daripada sempadan tuntutan agama.
Sekali lagi generasi muda gagal mendapatkan contoh baik sebaliknya mereka terikut-ikut gaya penghidupan songsang.
Akhir sekali pemimpin juga mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan generasi muda. JANGAN LARI daripada kewajipan ini.
Jika pemimpin gemar dengan agenda berfoya-foya dengan pesta yang tidak pernah habis-habis, maka tidak hairanlah generasi muda akan terikut sama.
Kata orang, bapa borek anak rintik, kalau guru kencing berdiri, anak murid pula akan kencing berlari!

Published on January 31, 2019 06:55
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.