Roslan Hamid's Blog, page 97
August 18, 2019
Pemimpin, hayatilah pengorbanan, kemerdekaan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.
TANGGAL 31 Ogos ini negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-62 dengan tema 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'. Awal bulan ini kita menyambut Aidiladha yang juga dikenali Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.
Adalah menarik untuk membincangkan 'korban' dan 'merdeka' secara serentak. Apatah lagi ditambah tema 'Sayangii Mal;aysiaku : Malaysia Bersih'. Jika kita mahukan Malaysia dicintai dan bersih, kita semua terutama pemimpin mesti melakukan pengorbanan. Dalam bahasa mudah, korban / merdekakanlah segala kejahatan dalam serba serbi apatah lagi dalam diri!
Semua orang terutama pemimpin perlu menjalankan peranan sebagai rakyat bertanggungjawab kepada agama, negara, bangsa dan keluarga serta telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing. Misalnya, seorang guru atau pentadbir sekolah seperti kerani malah pengawal bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya sebaik mungkin.
Seorang pemimpin atau ahli politik bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Pemimpin adil yang takut balasan Allah SWT yang disegerakan di dunia dan akhirat adalah mereka yang patriotik. Seorang ayah atau ibu bersikap patriotik jika menghabiskan usianya untuk mendidik anak-anaknya agar jadi insan berguna yang patuh kepada Allah SWT. Seorang ibu tidak dikelaskan sebagai patriotik jika dia mencampakkan anaknya ke dalam tong sampah, ke dalam mangkuk tandas atau membiarkan anak yang baru dilahirkan di tangga masjid.
Seorang mufti, kadi (hakim), ustaz bersikap patriotik jika dia mengamalkan apa yang diamanah kepadanya dan apa diajarkannya. Dia menjalankan tugas bukan untuk mengejar ringgit atau menjadi pengampu tetapi bagi meraih keredaan Allah SWT. Dia takut terjatuh dalam kategori golongan munafik apabila bertindak, berceramah dan bercakap tidak sama perbuatan. Dia takut termasuk dalam golongan 'cakap tak serupa bikin'. Dia takut termasuk golongan ulama jahat yang mengejar dunia dengan segala keindahannya - pangkat, kemasyhuran, nama dan sebagainya. Bagi hakim, dia takut termasuk golongan masuk neraka sebab ada hadis menyatakan 2 daripada 3 hakim masuk neraka!
Berhubung kejahatan pemimpin, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kitab Syarah Al-Hikam ada mencatatkan kisah ini untuk menjadi pengajaran bersama.
Al-Qahir, salah seorang khalifah kerajaan Abbasiyyah, berkata: "Saya mahu menyimpan bekalan untuk tempoh setahun, dan menyimpan harta untuk hari-hari susah." Kemudian dia menggali sebuah lubang di tanah dan mengisinya dengan emas dan perak, seolah-olah dia tidak percaya kepada Allah SWT.
Dia berkata kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku! Kalian janganlah takut miskin. Ayahanda sudah memenuhkan lubang ini dengan harta yang banyak. Seandainya ia dibahagikan kepada seluruh penduduk Baghdad, nescaya setiap penduduknya akan menjadi saudagar."
Apakah yang Allah SWT berikan kepadanya, setelah dia menyimpang dan tidak mematuhi perintah-Nya. Akhirnya, dia dipecat daripada jawatan khalifah. Kedua-dua biji matanya dicungkil keluar. Semua harta kekayaannya disita dan diserahkan kepada khalifah selepasnya.
Setelah itu, dia menjadi peminta sedekah di hadapan masjid jamek terbesar di Baghdad. Dia selalu berkata: "Wahai hamba-hamba Allah! Sumbangkanlah sebahagian hartanya ke jalan Allah."
Mendengar kata-katanya, orang ramai berkata: "Tengok lelaki ini. Dulu, dia mensia-siakan Allah, Kini, Allah pula mensia-siakannya."
Marilah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini, sejajar dengan saranan Allah SWT dalam firman-Nya dalam Surah Qaf (50) ayat 37 yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam (apa yang disebutkan) itu, terdapat peringatan bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang mengerti) atau menumpukan pendengarannya (kepada peringatan itu), dalam keadaan dia hadir (hati dan tidak lalai)."
Semoga kita semua menjadi hamba Allah SWT, yang sentiasa taat dan patuh kepada-Nya, sama ada semasa senang mahupun semasa susah, sehingga kita meraih 'mardhatillah' di dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Korban dan Hari Merdeka.
ReplyReply allForward

Published on August 18, 2019 07:52
August 11, 2019
PPSMI - Pi mai pi mai tang tu?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.""Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
SEKALI lagi isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi fokus awam.
'Perjuangan kita belum selesai'....luka lama belum sembuh-sembuh, kini ada kemungkinan untuk berdarah kembali. Hakikatnya perkara ini belum 'dimuktamatkan'. Ia bagaikan menepati kata-kata masyhur 'orang Penang' - pi mai pi mai tang tu'...
Namun apa dibimbangi isu ini bukan 'perkara main-main' kerana ia melibatkan masa depan bahasa, negara, bangsa, generasi dan banyak lagi - salah satu persoalan penting mengapa warga sekolah buat sekian kali dijadikan 'guinea pig' (tikus ujian).
Adakah ini bermakna tepatnya peribahasa Melayu yang berbunyi; 'sekali air bah sekali pantai berubah'? Sempena 'kehangatan' PPSMI ini, izinkan saya (penulis) mengutip kembali nostalgia sebuah 'perjuangan kecil' rakyat marhain dalam isu ini...
Petang hiba 7 Mac 2009 di ibu kota
Kaki terpelecok masuk longkang ketika melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata – demikian tulis seorang rakan. Beliau menceritakan nasib dirinya ketika Perhimpunan 100,000 Rakyat Membantah PPSMI di ibu kota, petang 7 Mac 2009.
Itu pengalamannya, bagaimana nasib penulis? Saya sampai di pekarangan Masjid Negara jam 1.00 tengah hari. Kelihatan orang ramai mengerumuni Sasterawan Negara (SN) Dato’ A Samad Said (Pak Samad).
Penulis perhatikan susuk Pak Samad uzur dalam ‘ketampanannya’ berbaju Melayu. Dia terketar-ketar, segera penulis teringat kata-katanya pada penghujung usia, dia akan menggunakan saki baki umur memperjuangkan suara hati rakyat, hatta sanggup bergelar Sasterawan Rakyat dalam usaha memperkasa bahasa Melayu ketika sang penguasa menguncupkannya!
Bersama Pak Samad adalah Dr Hassan Ahmad (kini Allahyarham), Pengerusi GMP (Gerakan Mansuh PPSMI). Kedua-dua tokoh ini sama-sama veteran, mungkin ada yang fikir, mereka lebih layak duduk di rumah; tetapi mereka bersungguh-sungguh mengepalai himpunan rakyat sebagai usaha mendaulatkan bahasa Melayu yang dirobek-robek penguasa. Di belakang mereka, penulis melihat Prof Dr Shaharil Mohamad Zain (Timbalan Pengerusi GMP).
Selepas beberapa pemimpin berucap di anjung masjid, orang ramai berarak menuju Istana Negara. Sambil berjalan, ada yang berteriak “Hapus PPSMI'. Di jejambat Jalan Mahameru (bahagian paling tinggi) penulis menyisih ke tepi, memandang ke belakang. Masya-Allah, jalan raya dipenuhi manusia. Melihat ke depan dan ke belakang, saya anggarkan lebih 50,000 orang menyertai perarakan.
Orang ramai terus berjalan sehingga menghampiri sebuah jambatan (jalan atas), kira-kira 300 meter dari Istana Negara. Di atas jambatan itu menunggu trak FRU berwarna merah. Tiba-tiba terdengar bunyi derapan kasut dihentak serentak dengan kuat. Kemudian melayang di angkasa kapsul berasap, yang singgah di tengah-tengah ribuan orang sedang berarak itu.
Kepulan asap merebak dengan cepat. Orang ramai bertempiaran. Banyak lagi kapsul melayang di udara, mencecah bumi dan mengeluarkan asap berkepul-kepul. Itulah gas pemedih mata yang menyebabkan kulit bagaikan disengat-sengat manakala dada sesak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu terserlah adegan kemanusiaan meruntun hati. Ada beberapa orang yang mempunyai bekalan air botol, mencurahkan air perlahan-lahan bagi membolehkan orang ramai membasuh muka, membasahkan tuala dan mengelap muka. Saya turut mencurahkan air minuman saya, beberapa orang menadah air itu.
Sekalipun terhalang, orang ramai meneruskan perjalanan. Ada mendaki cerun curam di sisi lebuh raya. Saya pun mengikuti mereka. Setelah berada di tengah-tengah lereng itu, saya terasa seperti tidak terdaya lagi. Mahu jatuh, nafas bagai mahu putus.
Saya berfikir, saya berada di bumi Malaysia atau di bumi Palestin yang rakyatnya terpaksa menyusup sasap menyelamatkan diri daripada ledakan bom rejim Zionis. Hiba hati mengenangkan nasib rakyat diperlakukan bagaikan anjing semata-mata kerana mahu mendaulatkan bahasa sendiri.
Sejam kemudian selepas keadaan kembali tenang, saya menuju ke Istana Negara. Pemimpin GMP seperti Prof Emeritus Abdullah Hassan; isterinya Ainon Muhammad dan Dr Shaharil muncul dari arah istana. Dr Shaharil berkata misi GMP sudah terlaksana, memorandum telah disampaikan. Alhamdulillah!
Published on August 11, 2019 07:05
July 31, 2019
Rumah tangga 6: Bertimbang rasa apabila kahwinkan anak...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
APABILA menjangkau usia lebih setengah abad, kini saya pula berada di barisan depan bagi mengahwinkan anak-anak dan anak buah.
Tidak lama dulu saya terbabit dalam majlis pertunangan seorang anak saudara. Rombongan meminang diketuai sendiri ayah anak saudara saya itu (abang saya), tetapi bagi memulakan majlis, terpaksalah saya membuka mulut kerana saya satu-satunya bapa saudara yang hadir dan paling ‘senior’ di kalangan adik beradik (selain abang saya itu).
Sebagai ‘orang baru’ dalam pekerjaaan ‘mendirikan masjid’ (merisik, bertunang, majlis nikah dan walimah), selepas mengucap salam, memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada pihak tuan rumah, saya mengucapkan pantun ini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya ini budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Selepas menyampaikan pantun ini, saya terus menyerahkan majlis kepada abang saya; memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau untuk merundingkan masa depan anaknya dengan tuan rumah.
Di sini saya tidak berhajat menyatakan kisah selanjutnya pada majlis itu, tetapi saya tertarik untuk memanjangkan pedoman mengadakan majlis walimah anak-anak yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah masjid berhampiran rumah saya.
Berhubung usaha ‘mendirikan masjid’, ustaz itu bercakap ‘direct’ (terus terang) mengenai belanja hantaran. Kata ustaz ibu bapa pihak perempuan janganlah meletakkan wang hantaran terlalu tinggi. “Hantaran RM10,000 sebenarnya sudah tinggi, apatah lagi jika diletakkan RM15,000, RM20,000 atau RM25,000.
“Kita sebagai orang-orang tua, kena fikirkan bagaimana seorang anak muda dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika dia lulus universiti pun, dengan gaji RM1,500 sebulan; kalau sebulan dia boleh kumpul RM200 untuk tujuan kahwin setahun baru RM2,400. Kalau pihak perempuan minta RM25,000, dia perlukan masa 10 tahun. Jika dia mula kerja umurnya 23 tahun, umur 33 tahun baru dapat kahwin.
“Itu baharu wang hantaran. Bagi belanja lain seperti cincin, barang perhiasan, pakaian persalinan, tambang, upah dan majlis perkahwinan lain bab pula. Kalau majlis kecil pun perlukan sekurang-kurangnya RM10,000. Jadi bagaimana anak muda kita dapat kahwin dengan tidak menanggung beban hutang yang banyak?
“Bagi anak muda yang nak kahwin, dapat kumpul RM200 sebulan itu pun sudah dikira besar. Sekarang ini kalau duduk KL, daripada gaji RM1,500 itu, bayar duit ansuran kereta, bayar pinjaman pelajaran, bayar sewa rumah, dan belanja makan minum, dapatlah hulur mak bapak RM50-RM100 sebulan.
“Tapi pertengahan bulan apabila anak balik kampung, kita pulak kena bagi dia RM100-RM200 kerana dia dah tak ada wang. Kasihan tengok dia nak balik KL tapi duit minyak kereta tak ada,” kata ustaz itu.
Menurutnya, antara sebab anak-anak muda tak dapat kahwin cepat malah ada yang hilang minat untuk berkahwin kerana wang hantaran yang tinggi.
“Jadi kepada mak bapak semua, bertimbang rasalah dalam soal hantaran ini apabila anak dara kita dipinang orang. Tengoklah dulu kemampuan bakal menantu kita itu. Kalau baru kerja dua tiga bulan selepas keluar universiti, tak mungkin duit dia sendiri ada RM15,000 atau RM20,000.
“Kalau hantaran dah tinggi, mahu tak mahu terpaksalah dia berhutang. Wang hantaran pinjam bank, majlis kahwin pun hutang, beli lembu pun hutang, sewa khemah pun hutang; jawabnya selepas kahwin, bertahun-tahunlah anak menantu kita menanggung beban hutan.
“Kerana hutang inilah selalu berlaku ‘Perang Teluk’ dalam rumah tangga. Kini kes cerai berai terlalu banyak, jadi insaflah mak bapak sekalian. Bertimbang rasalah dalam meletakkan wang hantaran anak-anak kita.
Ustaz itu berkata, itu kisah pemuda berhutang tetapi syukurlah masih dapat mendirikan rumah tangga (menikah). Tetapi ada pasangan gagal berkahwin, tetapi cinta punya pasal, berapa ramai anak gadis sudah mengandung luar nikah.
Beliau mendakwa di sebuah pusat perlindungan wanita terlanjur di ibu kota, ada kira-kira 1,000 orang menunggu masa untuk melahirkan anak luar nikah masing-masing.
“Keadaan sosial kita sekarang ini sudah tersangat teruk,” kata ustaz itu. “Antara puncanya kita meletakkan wang hantaran yang terlalu mahal sehingga ada anak-anak kita tidak dapat kahwin.
“Saya haraplah ibu bapa tidak terlalu terikut-ikut orang dalam melakukan majlis perkahwinan anak-anak kita. Buatlah majlis setakat yang kita mampu.
“Kalau kita mampu sembelih lembu, maka lakukanlah, kalau kita hanya mampu sembelih kambing untuk jamuan itu, syukur alhamdulillah.
“Kalau kambing pun kita tidak mampu, tak salah kita sembelih 10 ekor ayam. Buatlah kenduri kecil, panggil saudara-saudara dan jiran dekat, habis cerita, yang penting anak-anak kita sudah selamat nikah.
"Anak kita selamat dunia akhirat, kita pun sama-sama selamat. Inilah dinamakan kebahagiaan dunia akhirat!”
Published on July 31, 2019 09:17
July 23, 2019
Rumah tangga 5: Mula-mula 'harum', lepas tu...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.
ORANG muda berkata kerana cinta punya pasal lautan api pun sanggup kurenangi...ya, itu kisah pasangan sedang menyulam cinta atau baharu kahwin tetapi apa akan berlaku selepas 10, 20, 30 atau 40 tahun melayari rumah tangga? Biasalah, ada pasangan terus bahagia tetapi tidak kurang juga yang sengsara.
Baru-baru ini saya ke Tanjung Balai di Karimun, Indonesia; pulau ini boleh dijejaki dalam masa sejam saja dengan menaiki feri di Kukup, Johor. Dalam mencari maklumat mengenai destinasi kembara ini saya melakukan pencarian di internet, ketemu saya dengan sebuah blog yang mengkisahkan majlis perminangan seorang pemuda Semenanjung dengan gadis Karimun. Ya apalah sangat dengan laut Selat Melaka kerana lautan api pun sanggup kurenangi demi cintaku padamu.
Penulis blog itu menyatakan majlis peminangan orang Melayu di Karimun sama seperti orang Melayu di Semenanjung, cuma orang Karimun masih tebal dengan adatnya - ada majlis 'pantun memantun' dan penyerahan barangan hantaran. Ada tukang serah dan antara barangan wajib adalah tepak sirih, sirih junjung, bunga rampai, cincin tanda dan 'wang hangus'. Sama seperti di Semenjung jumlah dulang hantaran adalah dalam angka ganjil, 7, 9 dan sebagainya.
Demikianlah, apabila nak kahwin ke seberang laut pun kita tak kisah maklumlah lautan api pun sanggup kurenangi...waduh waduh tetapi selepas 5 atau 10 tahun kahwin isteri suruh mandikan anak dalam besen di bilik air pun sang suami 'mengelat'...ya inilah antara faktor yang memungkinkan rumah tangga menghadapi krisis demi krisis.
Berceloteh pasal rumah tangga ini, baru-baru ini ketika duduk-duduk di berada sebuah masjid, penulis ketemui sebuah buku menarik bertajuk 'Asam Garam Rumah Tangga' karya Dato' Haji Mohd Yunus Mohd Yatim yang pernah menjadi Mufti Negeri Melaka.
Buku terbitan bersama Majlis /Jabatan Agama Islam Melaka ini menghimpunan kira-kira 50 kisah rumah tangga; ada banyak kisah menarik antaranya dengan tajuk 'Ibu mentua tempeleng menantu di pejabat kadi', 'Isteri disuruh beranak, dia mahu kahwin lagi', 'Buruh curi cap jari isteri kerana mahu kahwin lagi', 'Sangkanya isteri yang tidur rupanya ibu mentua' dan 'Suami tuduh kadi syokkan isterinya'.
Insya-Allah pesanan Mufti melalui 'Sepatah Kata' beliau dapat dijadikan panduan untuk suami isteri dan masyarakat. Mufti menyatakan:- Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci lagi mulia, kerana ia tuntutan syariat Allah dan sunnah Rasul s.a.w.
Hendaknya ikatan tersebut kekal abadi, mudah-mudahan akan dijauhkan Allah daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Rumah tangga yang didirikan atas asas kasih sayang itu hendaknya tidak berakhir dengan kehampaan dan linangan air mata, kesudahan yang tidak diingini oleh sesiapa; anak pula menjadi mangsa.
Buku Asam Garam Rumah Tangga ini dapat membuka mata dan minda pasangan suami isteri dengan isu-isu dan masalah rumah tangga yang sering berlaku sepanjang hidup mereka. Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan adalah benar, cuma nama wataknya ditukar. Semoga kisah-kisah ini akan menjadi penasihat yang bijak dan menambah pengalaman bagi memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kita semua semoga dapat melayari rumah tangga sebaik-baiknya.
Ya, awal-awal melayari rumah tangga semuanya harum belaka..tetapi selepas 10,20,30, 40 tahun iaitu selepas menghadapi gelombong ujian menyebabkan kebanyakan lelaki 'bertaubat' daripada menyebut 'lautan api pun sanggup kurenangi' kerana sebaga insan kerdil dan lemah kita kerap 'lemas' dalam mengharungi badai kehidupan ini apatah lagi dalam 'lautan api'.
Untuk selamat,, perbaharuilah niat anda berumah tangga - insya-Allah jika kerana semata-mata kerana-Nya, anda sebagai suami isteri akan berbahagia dunia akhir, ya 'till to jannah' kata orang-orang muda sekarang!
Dan ingatlah pesanan seorang tok guru ini: - "jika mahu 'mufarakah', malulah pada anak cucu, menantu serta cicit!"

Published on July 23, 2019 08:06
July 20, 2019
Rumah tangga 4: Siraturahim kian longgar...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
AIDILFITRI yang dianggap medan terbaik mempererat siraturahim, kian kerap kita mendengar laporan menakutkan seperti kes anak 'membuang' orang tua mereka dan lebih menghiriskan ada anak yang sanggup mengheret ayah sendiri ke mahkamah.
Dalam keadaan masyarakat yang semakin kompleks hari ini, ikatan persaudaraan semakin longgar, dan ini termasuklah hubungan antara anak dengan ibu ayahnya dan juga sesama adik beradik.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila ada anak yang sanggup menyaman bapa sendiri seperti kes membabitkan seorang artis perempuan ternama, manakala ada gadis bertindak menyaman bapa kerana tidak membenarkan mereka mengahwini lelaki pilihan sendiri. Pendeknya perbezaan pendapat telah mengakibatkan hubungan tegang sesama anak beranak.
Perbezaan pendapat dibenarkan selagi ia tidak membabitkan hukum, tetapi memutuskan siraturahim adalah haram. Demikianlah sering kali kita diingatkan jika kita rajin mengikuti kelas-kelas pengajian di surau, masjid atau di pejabat.
Di samping itu kita juga sering diingatkan supaya memuliakan ibu bapa di samping mendoakan mereka sepanjang masa. Jalan ke syurga adalah dengan restu dan reda ibu bapa, lebih-lebih lagi si ibu.
Jika 'orang tua' sudah meninggal dunia, anak-anak terus dituntut berbakti kepada mereka seperti berakhlak mulia sehinggalah kepada amalan menziarahi sahabat taulan mereka yang masih hidup, apatah lagi layanan yang wajib diberi ketika mereka masih hidup.
Jika demikian kewajipan besar kepada ibu bapa, adalah amat memilukan jika ada anak-anak yang sanggup menyaman ibu bapa sendiri, mengadu perihal keluarga kepada wartawan, penulis dan pemimpin parti politik untuk mendapat simpati dan sedikit habuan dunia.
Ini adalah satu perkembangan yang menyedihkan kerana hal ehwal keluarga digembar-gemburkan sedangkan ada sesetengah ahli 'politik curang' dan penulis mencuri ruang untuk mencipta nama.
Selain itu ada anak-anak yang sanggup menceritakan kisah kurang menyenangkan arwah ibu bapa bagi menguatkan hujah kecondongan kegiatan mereka.
Kita ingin bertanya, apakah yang diingini anak-anak dengan mendedahkan kisah-kisah orang tua mereka yang sudah meninggal dunia?
Sewajarnya sebagai anak, kita mendoakan ibu bapa kita agar ditempatkan di kalangan mereka yang diredai-Nya.
Dalam Islam, anak-anak juga diajar untuk memuliakan ibu bapa sekalipun mereka belum memeluk Islam. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan tetap utuh tetapi apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan.
Melalui pelbagai ceramah termasuk forum agama di TV, sering kali panel mengingatkan mengenai betapa besarnya kewajipan dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa dan keluarga.
Berdasarkan perkembangan semasa, anak-anak sekarang sudah jauh terpesong daripada mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
Jika dalam sejarah sahabat dan Sirah Nabi ada dikisahkan seorang anak yang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah ketika akan menghadapi sakratulmaut kerana tidak mengendahkan ibunya, anak-anak hari ini nampaknya mendengar saja kisah itu tetapi gagal menjadikannya iktibar dalam mereka menjalani kehidupan.
Demikian juga amaran Allah agar anak-anak tidak membantah ibu bapa selagi bukan dalam perkara maksiat malah berkata 'aaahhh' pun tidak dibenarkan, nampaknya dijadikan halwa telinga saja.
Dalam menghadapi perbezaan pandangan, anak-anak sewajar berhemah dalam menghadapi karenah dalam keluarga. Di sini letaknya perbezaan antara insan berilmu dan tidak berilmu.
Seseorang yang tidak berilmu akan bertindak mengikut nafsu tetapi mereka yang berilmu serta mengamalnya sudah pasti akan bertindak berdasarkan hukum-hakam yang terkandung dalam agama. Apa yang dibolehkan itulah yang dibuat dan apa yang diharamkan, perkara itu dijauhi.
Berdasarkan apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, kita berpendapat amat penting (wajib) untuk mereka terutama ketua keluarga mendalami ilmu, terutama yang bersangkutan dengan penghidupan sebagai seorang Muslim sejati.
Jika seseorang itu sudah tahu hukum-hakam agama, kita percaya masalah masyarakat seperti perpecahan dalam keluarga, pulau-memulau dan sebagainya dapat dibendung.
Ini jika kita sudah ditunjuki 'jalan yang lurus' seperti yang kita ucapkan dalam setiap rakaat solat, insya-Allah kita akan dapati kebenaran berada di depan mata! Allahuakbar.
Published on July 20, 2019 07:31
July 15, 2019
Markah 5/10 petanda baik untuk HARAPAN...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.""Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
DIALOG dua gadis dalam petikan sebuah drama Cina di TV yang saya 'tertonton' baru-baru ini, menyentap hati saya. Melalui sarikata, salah seorang gadis merungut banyak kehendaknya tak dapat dipenuhi. Kawannya menyindir, "kalau kamu mahu semua kehendak kamu terlaksana, kamu jadilah Tuhan!"
Subhanallah, itulah kita sebagai manusia kerap terlupa bahawa kita adalah makhluk, bukan Tuhan. Manusia lemah, banyak kelemahannya. Kerap membuat salah (dosa). Tidak ada yang sempurna (perfect). Banyak kehendak kita tak dipenuhi. Yang sempurna hanyalah Yang Maha Kuasa,
Ya syukur, 'luahan' gadis Cina itu menyedarkan saya. Ia mengingatkan saya akan pelbagai perkara. Salah satunya, komen pelbagai pihak akan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas setahun memerintah.
Adalah biasa bagi manusia untuk memuji dan mengeji. Itu adat dunia. Ada yang 'mengomel' sejumlah janji HARAPAN masih tak terlaksana. Hakikatnya dalam kehidupan, ada perkara yang dapat kita jayakan dan ada yang tidak. Bahkan 'ketua' kerajaan HARAPAN, PM Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi markah 5/10 kepada kebanyakan menteri-menterinya. Kenapa sebegitu rendah, ada pihak bertanya...
Jumaat 5 Julai lalu, saya dipanggil pengetua sekolah seorang anak saya yang akan menduduki SPM hujung tahun ini. Beliau menunjukkan prestasi anak saya dan murid-murid lain. Hampir semua murid termasuk anak saya, pencapaian mereka 'tidak gemilang' sedangkan sekolah ini adalah yang terbaik di negeri kami malah di seluruh tanah air.
Kenapa tak diberi pencapaian gemilang dan cemerlang bagi hampir setiap subjek sedangkan berdasarkan rekod, pencapaian murid sekolah ini terbaik seantero negeri? Jawapannya mudah, markah yang rendah akan menyebabkan murid sentiasa 'sedar diri' lantas terus berusaha keras dan melakukan pecutan terakhir untuk menghadapi peperiksaan sebenar!
Jika ini dapat dijadikan perbandingan, adalah 'bagus' untuk PM Mahathir memberikan markah 5/10 untuk menteri-menterinya. Kebanyakannya 'baru setahun jagung'...harap-harap tahun depan mereka akan dapat 6/10, kemudian 7/10, seterusnya 8/10 dan siapa tahu 10/10 apabila tempoh kerajaan HARAPAN berakhir apabila PRU-15 'dipanggil'.
Demikianlah adalah bagus untuk tidak memuji manusia secara melampau (termasuklah kerajaan HARAPAN). Ini kerana dalam kebanyakan kes pujian akan 'meranapkan' sesuatu pihak itu. Banyak orang atau pihak tidak tahu bagaimana 'mahu menyambut pujian itu'. Tetapi apabila dikeji atau dikritik mereka sentiasa berwaspada, bangun dan bingkas...bersiaga menghadapi pancaroba.
Salah satu pihak yang ranap akibat puji-pujian ini adalah Umno-BN. Sebelum PRU-14 lalu, puji-pujian itu (termasuklah membodek secara melampau) menjerumuskan parti itu ke lembah kehancuran. Selain itu, pemimpin Umno-BN berlagak 'macam Tuhan' apabila mengemukan slogan seperti ‘Hanya BN yang mampu' dan ‘Hanya Umno yang mampu…’ Apakah hak Umno-BN untuk menyakini ia saja yang mampu melaksanakan sesuatu itu.
Kata-kata seperti, “tak ada Umno orang Melayu mundur” adalah berlawanan daripada apa yang diikrarkan dalam syahadah kerana ia bermaksud “Umnolah memberikan kemajuan kepada orang Melayu” sedangkan hakikatnya Allah-lah yang memaju dan memundurkan sesuatu bangsa itu mengikut kehendak-Nya.
Slogan ‘Umno – dulu, kini dan selamanya’, adalah jelas merapu kerana “sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan, adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.” Allah-lah penentu segala-gala termasuk pemerintahan di dunia ini, bukannya Umno. Buktinya selepas PRU-14, ke mana pergi Umno?
Orang sufi pun memandang hina kepada pemberi dan penerima pujian melampau - Imam Al-Muhasibi (Abu Abdillah al-Harits bin Asad Al-Muhasibi) berkata: "Perumpamaan orang (pihak) yang gembira dengan pujian palsu adalah sama dengan orang yang dikatakan kepadanya; 'tahi yang keluar daripada perutmu ada bau kasturi', dalam keadaan dia gembira dengan pujian itu, dan rela dirinya dipersendakan."
Published on July 15, 2019 08:04
July 5, 2019
Rumah tangga 3: Bapa penyelamat anak isteri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
SEMPENA Hari Bapa yang dipelopori Barat dan disambut penuh bersemangat oleh sesetengah anggota masyarakat kita baru-baru ini, kita terpanggil untuk saling ingat mengingati sesama Muslim terutama insan bergelar bapa agar menyelamatkan seluruh anggota keluarganya terutama anak isterinya daripada menjadi bahan bakar api neraka.
Ini kerana Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Kita mengutarakan subjek bapa untuk dimuzakarahkan pada ruangan ini kerana menyaksi dan membaca banyak laporan yang sungguh menyentap jiwa mengenai ketua keluarga yang bukan saja tidak menjalankan peranan dan tugas bagi menyelamatkan anak isteri daripada api neraka, malah ada yang sudah menjadi syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak bersekedukan, merogol, membunuh dan menjual kehormatan zuriat masing-masing.
Apa sudah berlaku kepada masyarakat kita hari ini sehinggakan orang yang sewajarnya memberi perlindungan kepada anak isteri, tidak lagi mengerti batasan halal dan haram; mereka menjerumuskan keluarga mereka ke lembah kehinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Kemudian ada bapa menzalimi anak isteri dengan tidak memberikan hak masing-masing termasuklah nafkah.
Perihal bapa meninggalkan anak isteri terkontang-kanting menjalani kehidupan penuh ranjau juga bukan asing daripada pengetahuan kita.
Bapa zalim ini satu bab; selain itu kita turut saksikan betapa ramai bapa berfikiran sekular yang berusaha membahagiakan anak isteri mengikut acuan Barat. Benar sebahagian daripada mereka dan keluarga masing-masing saling sayang menyayangi termasuklah mengingati satu sama lain seperti meraikan Hari Bapa, namun sayang seribu kali sayang, dalam kebanyakan kes kehidupan mereka jauh terpesong daripada kehendak Islam, lantas kita amat khuatir bapa-bapa seperti ini tidak dapat menyelamatkan anak isteri mereka daripada menjadi bahan api neraka seperti diberi peringatkan oleh Allah SWT.
Cuba kita rujuk pendekatan bapa-bapa ini berdasarkan kehendak asas Islam dalam kehidupan berkeluarga termasuklah sumber rezeki, pergaulan, kepatuhan kepada Rukun Islam dan hukum-hakam Islam dalam kegiatan seharian seperti berpakaian.
Adakah golongan bapa ini bersedia memastikan sumber rezeki yang dibawa pulang adalah halal? Kita dapat saksikan betapa banyak ketua keluarga menyimpang daripada amanah ini; ada yang terbabit dalam kegiatan rasuah dan aneka penyelewengan lain seperti berjudi yang hasilnya diberi makan kepada anak isteri. Kemudian betapa ramai bapa yang terbabit dalam kerjaya yang walaupun halal pada tanggapan masyarakat tetapi jijik dari segi agama seperti berpolitik secara kotor, bercampur lelaki dan perempuan bukan muhrim secara bebas ataupun menerbitkan akhbar dan majalah serta program televisyen penuh fitnah dan lucah.
Kemudian dalam masalah kepatuhan suruhan agama; adakah ketua keluarga peduli anak isterinya solat, puasa, memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan berakhlak mulia. Apa yang kita perhatikan dalam sesetengah kes, sekalipun si bapa dan ibu sudah bergelar haji dan hajah, anak-anak dibiarkan tidak solat dan bertudung.
Hairan sungguh kita melihat bapa berkopiah dan ibu bertudung labuh tetapi anak daranya berpakaian hampir telanjang manakala anak bujang mereka bersubang, berantai dan memakai seluar pendek. Ibu bapa ini pula memberi sokongan jika anak-anak mereka terbabit dalam program hiburan melampau. Apakah ibu bapa atau lebih tegas lagi si bapa jenis ini dapat memelihara anak isterinya daripada menjadi bahan bakar api neraka?
Ingatlah, Ibnu Umar pernah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. Bersabda, 'Setiap diri kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang ia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya (rakyatnya). Setiap lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang ia pimpin. Setiap perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan pula dengan apa yang ia pimpin'."

Published on July 05, 2019 08:40
June 30, 2019
Melayu 'tunggu dan lihat' jangan tunggu lama lama...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
MUKTAMAR Pas pada 21-23 Jun di Kuantan mengesahkan taawun (kerjasama) Pas-Umno serta parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh menerima dasar perjuangan parti itu.
Perkembangan ini bermaksud Pas dan Umno memasuki satu era baharu, yang jika dipandang dari satu sisi 'menjarakkan' lagi golongan (ahli dan penyokong) 'tunggu dan lihat' yang setia pada versi Pas atau Umno 'bentuk lama' kepada parti-parti itu.
Ringkasnya, orang Melayu jenis tunggu dan lihat ini adalah mereka yang tidak dapat menerima Pas dan Umno boleh 'berada dalam satu kelambu'. Ini kerana sejarah persengketaan kedua-dua parti adalah terlalu lama dan panjang, tetapi tup tup selepas kedua-duanya tidak berapa cemerlang pada PRU-14 lalu dan menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan, mereka menjadi 'ngam' pula!
Berdasarkan perkembangan semasa dan maklum balas, ramai sungguh Melayu 'jenis tunggu dan lihat' ini tetapi selepas Pas dan Umno sudah jelas membuat keputusan 'untuk bersama', rasa-rasanya tidak perlu lagi golongan ini tunggu lama-lama untuk membuat keputusan.
Ramai juga ahli Umno versi lama sudah meninggalkan parti tua itu - mereka seperti Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sudah menyertai Bersatu pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin manaka di pihak Pas tiada pula tertonjol nama-nama pemimpin besar mereka.
Bagi mengulas perkembangan Melayu jenis tunggu dan lihat ini penulis menemui tokoh politik merangkap ahli sosiologi yang banyak menulis mengenai orang Melayu, Dr Syed Husin Ali. Beliau mengingatkan orang Melayu jenis ini supaya jangan tunggu lama-lama.
Kepada orang 'totok' Umno, Dr Syed Husin berpesan supaya mereka menyoroti 60 tahun pemerintahan parti ini - pencapaian dan kegagalannya; kejayaan dan kerosakan yang dilakukannya terutama mutakhir ini...jika mereka berfikir secara serius dan betul tiada sebab untuk mereka tunggu lama-lama lagi.
Bertindaklah sekarang tetapi ke pihak mana yang mahu ditujui? Dr Syed Husin berkata hala itu boleh bermaksud parti-parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi semuanya bergantung kepada prestasi HARAPAN itu sendiri.
"Jadi sekarang HARAPAN perlu buktikan bahawa ia ada parti-parti yang boleh digantungkan harapan...HARAPAN perlu lunaskan janji-janjinya kepada rakyat...ya semuanya bergantung kepada HARAPAN...jika mereka dapat buktikannya...tidak ada sebab untuk Melayu jenis tunggu dan lihat ini tunggu lama-lama lagi.
Sebenarnya 'laungan' kerjasama Pas-Umno bukan perkara baharu. Sebelum pilihan raya lalu, Umno yang cemas kerana tidak yakin komponen BN mampu menduduki singahsana Putrajaya membuat tawaran demi tawaran.
Pada PRU-14 kapal Umno karam terus, bagi bangkit dan menyelamatkan diri ia memaut bahu Pas. Kini kedua-duanya saling paut memaut untuk 'survival' (kesinambungan hidup) masing-masing. Terlupa atau sengaja melupakan kisah-kisah lalu. Bagi Melayu yang tunggu dan lihat terutama orang Pas tak mudah mereka melupakan kisah-kisah ini.
Untuk mengetahui betapa zalimnya Umno ke atas Pas tanyalah orang veteran parti itu. Sejarah mencatat betapa teruknya penganiayaan Umno sesama Melayu. Institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) mereka hancurkan. Pada ketika institusi ini berkembang dan semakin berpengaruh untuk melahirkan bibit-bibit yang dapat menyambung perjuangan menegakkan Islam, mereka dicantas dan dilumpuhkan.
Mengapa pemimpin Melayu Umno (dulu) begitu berkobar-kobar meruntuhkan institusi yang memberi begitu banyak manfaat kepada orang Islam/Melayu sedangkan mereka 'berkokok' kononnya memperjuang nasib orang Melayu pada setiap kali perhimpunan agung parti Melayu terbesar di dunia.
Bukankah Pasti ini salah satu institusi orang Islam/Melayu? Jika mahu runtuh dan hancurkan 'harta orang Melayu' sendiri, ia menunjukkan betapa besar perasaan hasad sesetengah pemimpin Melayu Umno.
Kezaliman pemimpin Melayu Umno ketara apabila peniaga kecil Melayu di tepi-tepi jalan sering diusir, rumah setinggan Melayu kerap diroboh, tanah orang Melayu sering kali diambil dengan alasan ia untuk dimajukan dan anak-anak orang Melayu yang tidak menyokong 'parti Melayu terbesar di dunia' dinafikan hak untuk mendapat bantuan pengajian dan juga peluang pekerjaan serta tender.
Pemimpin Melayu Umno jugalah yang menghancurkan masa depan bahasa orang Melayu seperti memperkenalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka mendakwa sebagai pendaulat bahasa.
Selagi pemimpin Umno tidak mengakhiri kezaliman sesama Melayu ini dan kembali kepada Islam yang syumul, selagi itu Melayu berpecah. Apabila kapal sendiri tenggelam, mengapa dipaut pula orang lain? Bagi orang Pas yang tunggu dan lihat, mereka hairan kenapa Pas tak serik-serik?

Published on June 30, 2019 06:44
June 26, 2019
Rumah tangga 2: Apabila tercetus "Perang Teluk' cepat-cepat 'blah'
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)
SEKARANG ini bukan saja kes perceraian menjadi-jadi malah krisis rumah tangga bagaikan tidak terbendung sehingga terjadi kejadian tragik seperti membunuh atau membunuh diri di kalangan suami isteri.
Ada beberapa peribahasa Melayu menyentuh mengenai hal rumah tangga ini; antaranya ‘sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri’ dan ‘pukul anak sindir menantu’. Hal ini membuktikan betapa halusnya orang Melayu dalam menyelami permasalahan hubungan kekeluargaan.
Pada musim raya ini, dikhuatiri ‘suhu’ hubungan suami isteri juga panas, misalnya persoalan balik kampung dan perbelanjaan raya boleh mencetuskan ‘Perang Teluk’. Ya, kehidupan suami isteri amat perlukan panduan agama bagi melahirkan kerukunan rumah tangga yang dalamnya terdapat unsur-unsur mulia seperti keadilan dan tolak ansur.
Namun dalam kehidupan suami isteri, kerap benar kita (termasuk penulis) tersasar, terjadilah pelbagai perang rumah tangga seperti Perang Teluk, Perang Dingin, Perang Periuk Belanga dan Perang Mulut. Hendaknya semua peperangan ini dapat diselesaikan secara aman; bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak rosak.
Di sinilah panduan dan amalan agama amat diperlukan; kita gembira jika ‘peperangan’ ini membawa kepada kemaafan suami isteri yang insya-Allah akan membawa hubungan lebih harmonis selepas itu yang akhirnya menambahkan zuriat keluarga. Itulah kemanisan dalam rumah tangga, walaupun berlaku ‘peperangan’ tetapi anggota keluarga bertambah juga!
Namun akhir-akhir ini, kita tidak gembira kerana kerap benar terdengar perang rumah tangga berakhir dengan tragedi menyedihkan sampai pukul memukul atau nauzubillah membunuh atau membunuh diri yang tentunya bagi sesetengah orang Melayu dengan doanya ‘minta dijauhkan, simpang malaikat 44’!
Berceloteh mengenai perang balik kampung, seorang sahabat pernah bercerita, pernah suatu hari raya dulu dia dan isteri tidak dapat berkompromi menyebabkan dia balik hari raya ke selatan manakala isteri ke utara, meredah lebuh raya di ambang Aidilfitri dengan kereta masing-masing. Aiii, laki ke selatan, bini ke utara!
Nasib baik ketika itu mereka masih belum ada anak, kalau tak pening juga memikirkan jalan penyelesaian. Tetapi selepas berada di kampung, masing-masing menyesal kerana apa ertinya raya jika tiada pasangan dicintai di sisi.
Kepada si isteri, keluarga dan orang kampung asyik bertanya; “mana laki kau” dan kepada si suami pula ditanya, “mana isteri kau?” menyebabkan kedua-duanya tak dapat berlama-lama di kampung. Selepas berlaku perpisahan beberapa hari itu, barulah masing-masing sedar mereka saling perlu memerlukan. Mereka memilih berdamai, hasilnya sekarang ini anak sudah berderet!
Itulah antara kemanisan dalam rumah tangga, kalau asyik berkepit di rumah, bertentang mata 24 jam, akan berlaku pelbagai hal seperti Perang Teluk, Perang Periuk Belanga dan Perang Dingin tetapi apabila berlaku perpisahan seperti si suami atau isteri terpaksa pergi kursus atau ke luar negara, sepeninggalan pasangan masing-masing akan timbul rasa rindu, terasa tak sabar untuk berjumpa semula.
Pengalaman orang veteran dalam melayari rumah tangga juga boleh dijadikan panduan. Ini bagi membolehkan sesuatu pasangan suami isteri terutama yang masih baru dapat mengelakkan stres atau konflik rumah tangga.
Bapa saya pernah memberi panduan dengan berkata lebih kurang begini: “Orang lelaki ini jangan duduk lama-lama di rumah. Apabila berlaku ‘ketegangan’ dengan isteri, cepat-cepat angkat kaki, blah…pergi kedai kopi ke, pergi kebun ke, pergi ke bendang ke, jangan dilayan perbalahan itu kerana makin lama makin buruk akibatnya. Nanti apabila ‘dah cool’ baliklah, insya-Allah masalah dapat diselesaikan apabila suasana lebih tenang.
Seorang datuk saudara saya pun pernah mengamalkan petua ini, tetapi dengar khabar apabila dia ke kebun, habis pisang satu kebun dicantasnya dan apabila balik dia tidak ada tenaga untuk bergaduh lagi. Sudah penattt!
Ini nampak teruk, tetapi sekurang-kurangnya tindakannya itu lebih baik daripada mencederakan si isteri atau nauzubillah membunuhnya! Selamat Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Published on June 26, 2019 07:55
June 24, 2019
Rumah tangga 1: Bersabarlah sampai kita atau si dia mati...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
HASBI Rabbi, Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi, Ma Fi Qalbi Ghairullah...alunan zikir ini yang dilantunkan oleh seseorang secara kuat memecahkan keheningan dhuha di sebuah masjid ketika saya beriiktikaf pada suatu hari pada 10 hari terakhir Ramadan,
Hari itu selepas solat subuh berjemaah dan mengikuti kuliah subuh, saya bergegas ke suatu lokasi sunyi dalam masjid untuk meneruskan ibadat secara bersendirian seperti mendirikan solat dhuha dan membaca al-Quran.
Memanglah pada awalnya zikir itu mengetarkan jiwa tetapi apabila diulang berterusan secara kuat-kuat, dirasakan 'semacam' oleh jiwa saya yang kotor ini. Ia mengganggu konsentrasi saya. Nak berzikir kenapa perlu kuat-kuat...nak menunjuk-menunjuklah tu, bisik hati saya yang busuk...zikir diam-diam tak boleh ke?
Sekalipun terganggu dan 'bengang', saya meneruskan 'urusan' saya dan beberapa jam kemudian ketika melangkah meninggalkan masjid, di suatu penjuru saya hampir terlanggar jemaah yang agak saya berzikir dengan kuat tadi.
Selepas meminta maaf dan mahu bergegas pergi, dia sebaliknya menahan saya dan mengajak saya berbual. Dia mendakwa kurang nampak kerana berpenyakit glaukoma. Jadi dia mengajak saya duduk dekat-dekat...maka berbual-buallah kami, pada mulanya saya agak perbulan akan singkat tetapi akhirnya berlarutan sejam dua.
Apa yang menyebabkan saya bagaikan 'digam' di situ adalah IC dan lesen memandu yang ditunjukkan lelaki itu. Namanya Muhammad.........bin Abdullah; di tengah-tengahnya ada nama India. Jadi dulunya dia orang bukan Islam yang kembali kepada Islam (fitrah). Katanya dia menjadi Islam ketika diserahkan kepada seorang peniaga India Muslim oleh keluarganya ketika dia berusia 13 tahun, sekarang umurnya sudah hampir 50 tahun.
Panjang kisah hidupnya, katanya sekarang dia 'happy' sebab itu dia berzikir dan bernasyid dengan nada kuat dalam masjid. "Saya gembira dan mahu menggembirakan orang lain," katanya yang mengaku turut 'membuat lawak' di pasar malam dan sebagainya.
Beliau mendakwa menjadi 'happy' kerana kini menjadi 'solo' (tiada tanggungan). Dia berkahwin dua kali. Kali pertama ketika dia kaya kerana diberi amanah meneruskan bisnes bapa angkat. Ada sebuah keluarga India Muslim tertarik kepadanya lalu mahu menjadikan dia menantu.
Rumah tangganya hancur selepas dia ada tiga anak. Dakwanya isterinya tak dengar cakap, dia gunakan 'kuasa tangan' untuk mengajar sang isteri. Isterinya lari membawa tiga anak bersama. Akhirnya dia ceraikan isteri dan 'lepaslah tanggungannya', dakwanya.
Kemudian dia berkahwin dengan seorang janda dua anak. Bersama wanita keturunan Mamak ini, dia mendapat seorang lagi anak. Sama seperti isteri pertama dia mengajar isteri menggunakan 'kuasa tangan'. Akhirnya, isteri dan anak-anak 'ghaib'. Isteri ini belum dicerai tetapi 'keberadaan' dia dan anak-anak tidak diketahui.
Sekarang selepas 'merdeka' daripada anak isteri, 'si tambi' yang baru saya kenali itu berkata dia sangat 'happy'. Masanya dihabiskan di masjid - makan minum pada Ramadan ini cukup mudah - makanan sahur ada, apatah lagi masa berbuka. Jadi tak ada apa nak dirisaukan.
Apabila selesai mengkisahkan hal dirinya, tibalah giliran saya 'membuka mulut'. Saya mengulang apa yang pernah dicakap oleh seorang ustaz ketika saya mengikuti kelas pengajiannya. Katanya, seorang lelaki di akhirat kelak akan ada empat golongan perempuan yang 'menarik kakinya' ketika dia mahu memasuki syurga.
Orang itu adalah ibunya, isterinya, anak perempuannya dan adik beradik perempuannya. Semuanya adalah dalam tanggungjawab lelaki - misalnya sang anak akan mengadu sang ayah gagal mendidiknya, demikian juga si isteri. Akibatnya si lelaki akan dihumbankan ke neraka. nauzubillah.
Saya bertanya lelaki itu apa dia sudah buat kepada anak-anaknya yang katanya semua perempuan. Semuanya dalam lingkungan umur remaja. Adakah dia sudah mengajar mereka mengenai hal ehwal agama seperti tauhid, akhlak, ibadat dan aurat...ya dia tak boleh lepas tangan dalam perkara ini. Dia bertanggungjawab ke atas mereka.
Saya perhatikan wajah lelaki itu menjadi pucat...dia berkata, ya kah, saya tak tahu pun... Saya berkata dengan tegas, ya! Dia tertunduk, dan dengan suara sebak tertahan-tahan dia berkata hari raya ini dia akan mulai keluar mencari anak-anaknya...sekarang dia tidak tahu di mana mereka berada...
Dia juga berkata dia akan berusaha mencari mak dan bapa kandungnya selepas saya berkata kebaktian seorang anak kepada kedua-dua orang tua tetap ada sekalipun mereka bukan Islam. Katanya, dia tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau tidak, tetapi dia akan berusaha mengesan keberadaan mereka.
Lelaki itu mengaku tindakan memukul (mengasari) isteri tidak berjaya mengatasi masalah rumah tangga. Bukan lelaki ini saja mengalaminya, sejumlah lagi lelaki yang saya temui membawa diri ke masjid selepas ditinggalkan anak isteri, kebanyakan mereka mengaku berkasar seperti memukul isteri menyebabkan mereka melarikan diri.
Akhirnya sang suami terkontang-kanting membawa diri, alhamdulillah jika mereka ke masjid tetapi jika ke pub, kelab malam dan sebagainya, apakah kesudahan ceritanya...
Seorang ustaz yang cukup popular mengenai bab rumah tangga, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin) apabila bercakap mengenai penyelesaian masalah rumah tangga selalu mengingatkan agar suami isteri lebih-lebih lagi sang suami agar bersabar, bersabar dan terus bersabar...ya sampai bila? Katanya bersabarlah sampai kita mati atau si dia mati!
Published on June 24, 2019 08:24
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.