Roslan Hamid's Blog, page 103
October 14, 2018
Jangan lari... (12): Terkenang mabit berbumbungkan langit di Mudzalifah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)PADA keluaran lalu saya mencelotehkan perihal saya bermalam di sisi bangunan stesen minyak Petronas di Simpang Ampat, Alor Gajah selepas pada siang harinya penat berbasikal dari pinggir bandar raya Melaka ke pekan di sempadan Melaka/Negeri Sembilan itu.Ketika merenung langit dan bintang-bintang bertaburan di angkasa raya, teringat pengalaman lama saya bermabit dalam kegelapan malam di Mudzalifah ketika menunaikan haji tidak lama dulu. Terfikir di benak saya bagus juga kita 'praktis' kehidupan keras seperti tidur di luar rumah kerana nanti apabila mengerjakan haji kita akan merasai sedikit sebanyak kepayahan hidup seperti kerap berjalan kaki dan berhimpit-himpit dalam lautan manusia.Jadi dalam merenung-renung dalam kegelapan malam itu, terasa ada kebaikan pada diri sendiri saya 'mengambil jalan susah' seperti mengembara dengan basikal...ya jika ada orang ke Tanah Suci menunggang basikal takkan saya tak boleh 'try' berbasikal di negara sendiri.Pada diri ini, kehadiran di Arafah (Wukuf) pada 9 Zulhijah 1426, memberi kesempatan terbuka untuk muhasabah diri. Menangislah saya sepuas hati, mengenang segala dosa dan kesilapan lalu. Hari Wukuf atau Hari Arafah dikatakan saat seseorang hamba itu tersangat dekat dengan Tuhannya. Mintalah keampunan-Nya dan berdoalah, semoga selepas haji, kita menjadi hamba-Nya dalam pengertian sebenar-benarnya.
Keberangkatan dari Arafah ke Mudzalifah bermula selepas solat Asar tetapi saya dipilih melakukannya selepas maghrib. Perjalanan Arafah-Mudzalifah menguji ketahanan diri – sama ada dari segi mental dan fizikal. Apabila ratusan ribu jemaah berhimpun, berlaku ketidak-tentuan yang menguji keimanan dan kesabaran diri.
Mudzalifah adalah tempat di mana jemaah berhenti sebentar untuk mengutip batu-batu kecil untuk dilontar di jamrah kemudiannya. Mulai tahun 2005, pihak berkuasa Arab Saudi memperkenalkan sistem baru yang menghendaki jemaah berada di situ selepas mereka keluar dari Arafah sehinggalah keberangkatan sekali lagi ke Mina yang bermula selepas tengah malam.
Jemaah berada di sebuah kawasan terbuka yang dipagar di Mudzalifah untuk mabit. Di situlah jemaah berehat, berbaring berlantaikan tikar dan beratapkan langit. Sambil baring-baring, sesekali sekala terbau najis binatang, mungkin pada siangnya tempat itu menjadi lokasi persinggahan kumpulan unta.
Jika mahu tidur, tidurlah berbantalkan beg atau lengan. Jika mahu bersandar, bersandarkanlah belakang isteri atau peluklah lutut sendiri, sambil itu sedarlah diri betapa banyak dosa yang sudah dilakukan.
Suasana malam begitu dingin, menggigit hingga ke tulang. Hanya kepada Allah tempat pergantungan pada malam itu, jadi perbanyakanlah solat dan doa sekalipun diri berada dalam lautan manusia.
Berusahalah untuk menjaga wuduk kerana untuk memperbaharuinya atau ke tandas, selain jaraknya yang jauh, terpaksa menempuh ribuan manusia, kemudian beratur panjang. Bersabar dan terus bersabarlah sepanjang malam itu.
Dalam keadaan sesak itu, untuk bergerak payah. Di depan orang, di belakang orang, di kedua-dua sisi pun orang. Jadi untuk ketenangan diri, berzikir dan terus berzikir sepanjang malam. Penat duduk, baring; penat baring, berdiri sambil menguakkan anggota tubuh.
Pada malam yang dingin itu, akan terasalah seseorang itu akan kekerdilan dirinya. Sedarlah, siapakah dirinya dalam lautan manusia itu. Semuanya sama, yang lelaki berihram putih manakala perempuan berbungkus, bertelekung seperti ketika bersolat.
Angin malam yang menyentuh diri dalam keadaan berihram (hanya dua kain tidak berjahit membalut diri) begitu sejuk terasa. Apabila berpakaian begitu tentulah ada anggota badan terdedah. Misalnya kepala tidak dapat ditutup. Untuk berselimut bagi menahan kesejukan, tidak boleh sebab ketika itu berada dalam ihram. Rasanya sudah tidak tahan berkeadaan begitu, tetapi keyakinan akan janji-Nya membantu memantapkan diri.
Semakin larut malam, suasana semakin dingin. Kabus sudah kelihatan di udara. Jemaah terus mabit, menunggu kedatangan bas untuk mengangkut mereka ke Mina. Sebelum berlepas, jemaah sudah siap mengumpul batu-batu kecil dalam uncang masing-masing.
Apabila berembun di Mudzalifah, ramai jemaah yang sebelum ini batuk-batuk dan selesema, semakin parah sakit mereka. Senggal-senggal dan lenguh anggota usah cerita. Demikianlah sebahagian cabaran Mudzalifah yang perlu dilalui semua jemaah haji kerana mabit di situ adalah salah satu wajib haji.

Published on October 14, 2018 17:21
October 11, 2018
Jangan lari... (11): Tidur berbumbungkan langit, bintang...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)PADA keluaran lalu dicelotehkan sebahagian pengalaman hari pertama saya berbasikal dari kediaman saya di pinggir bandar raya Melaka ke Alor Gajah dan kemudian bermalam di pekan Simpang Ampat, berhampiran sempadan Melaka/Negeri Sembilan.Malam itu saya tidak jadi menumpang di Masjid Dato' Dol Said. Saya menunggang basikal kembali ke pekan Simpang Ampat. Selepas mencari-mencari lokasi untuk 'landing', akhirnya saya memutuskan untuk tidur di sisi bangunan stesen minyak Petronas.Saya menghamparkan sejadah dan merebahkan diri. Malangnya malam itu saya gagal melelapkan mata sepincing pun. Mata terkebil-kebil memandang langit dan bintang yang bertaburan di ketinggian sana. Pusing kanan, pusing kiri penuh keresahan...saya mula terfikirkan 'akan kebodohan diri' yang sanggup meninggalkan kelembutan, kenyamaan dan 'kehangatan' tilam empok dan katil rumah sendiri untuk bermusafir; berkelana dengan basikal pula.Saya baru mengalami secebis kepayahan mengembara tetapi sudah terasa begitu berat beban digalas...jadi bagaimana agaknya mereka yang bermusafir begitu jauh seperti ke Makkah dengan berbasikal seperti dilakukan lima sekeluarga dari Indonesia.Ketika merenung-merenung ke langit, saya teringat kisah ini yang dipaparkan oleh seorang sahabat. Semoga ia menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk saya meneruskan perjalanan ini. Begini coretan sahabat itu.Ketika di Makkah tidak lama dulu, hati saya tersentuh mendengar kisah luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Pakistan yang berjalan kaki ke Tanah Suci. Kisah yang dibawa oleh isteri saya itu membuatkan saya teruja membantu mereka.
Isteri saya menerima khabar itu daripada teman sebiliknya, seorang jemaah berketurunan Pakistan yang pernah tinggal di Malaysia.
Menurut isteri saya, pada suatu petang temannya itu menikmati makanan yang dibelinya di tepi tembok kawasan luar Masjidilharam.
Selepas agak kenyang, dia bangun untuk membuang keratan roti capati yang tidak habis dimakannya ke dalam tong sampah.
Tidak semena-mena dia ditegur dan diminta menyerahkan saki baki makanan tadi oleh seorang wanita jemaah Pakistan yang sedang baring-baring di belakangnya.
Wanita itu merayu biar dia simpan makanan tadi untuk dia dan keluarganya berbuka puasa petang nanti.
Maka dengan rasa hairan teman isteri saya bertanya khabar kepada jemaah itu. Wanita itu memberitahu dia dan rombongannya datang dari Pakistan dan mereka berjalan kaki ke Makkah untuk menunaikan haji.
Mereka berjalan kaki selama tiga bulan dalam perjalanan ribuan kilometer itu yang amat berbahaya itu.
Ada kalanya mereka menumpang lori dan kenderaan lain untuk membolehkan mereka ke Makkah.
Beliau mendakwa duit mereka sudah habis dan sudah beberapa hari tidak menjamah makanan kecuali minum air zamzam.
Oleh kerana tidak sampai hati, teman isteri saya menghulurkan sedikit wang untuk mereka membeli makanan untuk berbuka puasa nanti.
Selepas isteri saya menceritakan kejadian ini, saya terpanggil membantu mereka. Saya kumpulkan makanan berlebihan seperti bungkusan mi segera dan buah-buahan untuk diberikan kepada kumpulan jemaah Pakistan itu.
Suatu hari ketika kami sampai untuk memberikan makanan kepada mereka, saya lihat seorang anak dalam kumpulan itu sedang menangis dan meriba ibunya yang turut menangis.
Apabila kami menyerahkan makanan itu, mereka mengucapkan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Si ibu yang sedang meriba anak tadi, turut bingkas bangun menyambut pemberian kami.
Dalam keadaan letih, mereka memberikan senyuman dan membahagi-bahagikan makanan tadi. Teman isteri saya menterjemah apa yang mereka kata.
Dalam hati saya berdetik, kasihan mereka, nampak si ibu tadi kegembiraan dan dengan linangan air mata mereka menjamah makanan yang kami beri.
Mereka nampaknya benar-benar bersyukur kerana ada insan yang bersimpati dengan nasib mereka.
Saya benar-benar tersentuh dan berasa sebak, rupa-rupanya ada jemaah kelaparan kerana tiada wang lagi untuk membeli makanan.
Oohh bayangkanlah, selepas musim haji, mereka akan berjalan kaki pulang ke Pakistan.
Bagaimanakah perjalanan itu nanti sedangkan mereka tidak berduit dan mempunyai makanan. Tetapi keyakinan kepada Allah menguatkan semangat mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Saya berdoa; "Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkau sahaja yang memberi rahmat kepada kumpulan jemaah Pakistan ini."
Pada keesokan harinya kami berkunjung di tepi tembok itu dengan harapan untuk terus menolong mereka tetapi hampa kerana mereka sudah tiada di situ. Mungkin mereka sudah memulakan perjalanan pulang ke tanah air.
Dalam perjalanan ribuan kilometer itu, jemaah berkenaan terpaksa merentas padang pasir Arab Saudi, kemudian ke Iraq, Iran dan Afghanistan sebelum memasuki negara sendiri.
Bagaimana agaknya keadaan mereka dalam menghadapi situasi tidak menentu di Iraq yang kini dilanda kekacauan akibat pencabulan Amerika Syarikat ke atas bumi anbia itu.
Saya juga terfikir-fikir mengapa jemaah haji itu bersusah payah untuk ke Makkah sedangkan antara syarat untuk menunaikan haji adalah berkemampuan.
Lama kemudian baru saya teringat, dalam mahzab Hanafi yang menjadi pegangan ramai penduduk Pakistan, kewajipan untuk menunaikan haji menjadi keutamaan dan perlu disegerakan.
Mungkin sebab itu agaknya yang mendorong jemaah berkenaan bermati-matian, termasuk berjalan kaki untuk menunaikan rukun Islam kelima

Published on October 11, 2018 16:41
October 9, 2018
'First Lady' bantulah suami ke jalan benar...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***************
Renungan
"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)
ADA bijak pandai mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakang atau sisinya. Wanita itu kemungkinan besar ibu, isteri atau kedua-duanya sekali.
Cendekiawan juga ada mengungkapkan kehancuran sesetengah lelaki adalah disebabkan wanita di sisinya - namun hampir tidak mungkin seorang ibu 'melingkupkan' anaknya tetapi jika hal itu disebabkan isterinya, ia ada kebenarannya.
Jika kita meneliti kisah Nabi Adam a.s. iaitu bapa kepada semua manusia, baginda 'terpelanting' dari syurga disebabkan memakan buah kuldi (larangan) hasil rayuan isteri tercinta Hawa...jadi sepanjang sejarah manusia betapa ramai suami termasuk tokoh-tokoh dunia kecundang kerana mengikut pesona rayuan sang isteri.
Negara kita turut menyaksikan pemimpin hanyut dan rebah ke lembah kehinaan gara-gara faktor antara lain terlalu mengikut kehendak nafsu buas keduniaan sang isteri...ya sang suami berwaspadalah dan wahai isteri jangan 'disesakkan' suami anda dengan meminta itu dan ini yang akhirnya bukan saja menyebabkan sang suami meringkuk dalam penjara tetapi anda juga tak senang duduk antara lain 'disiasat dari pagi sampai malam' dan mungkin juga turut ke penjara.
Menurut ulama, adalah amat penting untuk isteri mendoakan suami berada di jalan lurus termasuk membawa pulang rezeki halal lagi baik...ya bantulah dia ke jalan lurus; di sini adalah bermanfaat kita 'mengorek' kisah daripada lembayung sejarah wanita-wanita salihah ini yang insya-Allah, kalau boleh kita adaptasi dalam kehidupan kita.
Berdasarkan ini, kita mengharapkan sesiapa pun termasuk yang mendakwa sebagai wanita pertama, supaya menjenguk kisah-kisah teladan wanita pertama masa lampau untuk dijadikan iktibar dalam mengharungi hidup sebagai suri ketua negara atau kerajaan.
Kita akan membawakan dua watak saja iaitu Siti Zubaidah binti Jaafar iaitu permaisuri kepada Khalifah Bani Abasiyah paling hebat, Harun Al-Rashid (memerintah 786-803 Masihi) dan Siti Zubaidah permaisuri kepada Sultan Zainal Abidin dari kerajaan Kembayat Negara bagi menjadi contoh mithali wanita pertama di Alam Melayu.
Siti Zubaidah Jaafar sekalipun begitu kaya raya, telah membelanjakan sebahagian besar wang beliau sendiri untuk membiayai projek-projek berkepentingan rakyat, yang paling masyhur adalah ‘Ain Zubaidah, sebuah terusan paling hebat pada zamannya.
Ia bagi mengalirkan air ratusan kilometer jauhnya dari gunung-gunung yang mempunyai mata air di Makkah (ada mencatatkannya dari Taif) bagi kemudahan jemaah haji di Mina dan Arafah. Ahli sejarah mencatatkan kos pembinaan terusan itu adalah 1,700,000 dinar. Sekalipun dibina 1,400 tahun lalu, terusan itu masih boleh dilihat.
Selain itu Siti Zubaidah juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Makkah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai terutama jemaah haji dan ahli peniagaan. Di Baghdad sendiri terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan Masjid Siti Zubaidah kerana dialah yang bertanggungjawab membinanya.
Tentunya dunia Islam tidak mengingati Siti Zubaidah sebagai wanita pertama kerana dia permaisuri khalifah tetapi jasa-jasa besar yang ditinggalkannya kepada rakyat. Ahli sejarah mengungkapkan walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan.
Siti Zubaidah beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicarinya, bukan mengejar glamor dan kemasyhuran dunia.
Sementara itu Siti Zubaidah alam Melayu melalui Syiar Siti Zubaidah pula memaparkan perjuangan permaisuri seorang raja (tentunya dia wanita pertama) untuk membebaskan suaminya daripada penjara dan cengkaman musuh. Siti Zubaidah sanggup menyamar sebagai pahlawan lelaki dan dalam perjuangannya menghadapi pelbagai penderitaan tetapi berkat kesabaran akhirnya suaminya dapat dibebaskan.
Alhamdulillah, pada hari ini ada sejumlah 'Siti Zubaidah' di kalangan wanita-wanita kita. Hanya 'jauhari yang mengenal menikam' - sewajarnya wanita-wanita ini diangkat untuk dijadikan suri teladan. Bagi yang tidak mengerti, berusahalah membersihkan hati, insya-Allah lambat-laun anda akan kenal juga mereka itu!
Bagi mereka yang 'terang hatinya', kedua-dua Siti Zubaidah adalah ikon yang sewajarnya menjadi teladan bukan saja kepada ‘First Lady’ tetapi juga semua wanita terutama yang berstatus isteri. Kedua-duanya bersemangat kental bagi meraih bahagia dunia dan akhirat.

Published on October 09, 2018 19:39
October 8, 2018
Jangan lari... (10): Tunai umrah / haji tunggang basikal...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
DALAM salah satu kelas pengajian di masjid yang saya ikuti baru-baru ini, sang ustaz mengingatkan umat Islam yang mampu dan cukup syarat, jangan lari daripada menunaikan Rukun Islam kelima iaitu haji.
Balasannya sangat dahsyat kata sang ustaz, orang yang mampu berangkat haji tetapi dia enggan, maka dia melakukan dosa besar. Allah SWT berfirman melalui ayat 97 Surah Ali Imran bermaksud: "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengengkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam."
Ibnu Katsir membawakan keterangan daripada Sayidina Umar al-Khatab r.a. yang menyatakan; "siapa yang mampu haji tetapi dia tidak berangkat haji, sama saja, dia mahu mati Yahudi atau mati Nasrani." Jadi jangan lari daripada menunaikan Rukun Islam kelima - haji!Jika ada segelintir umat Islam amat keberatan menunaikan haji dan umrah, sejumlah lagi sebaliknya; mereka sanggup bersusah payah seperti bergolak gadai bagi mendapatkan biaya manakala ada yang sanggup menaiki kenderaan awam di darat seperti bas dan lori serta kenderaan persendirian seperti kereta, motosikal, basikal malah ada yang berjalan kaki ke Tanah Suci.Baru-baru ini saya terbaca kisah lima sekeluarga dari Indonesia - Muchlis Abdillah, 47, isterinya Juiianti Husin, 47, serta tiga anak mereka, Mirza Hakim, 15, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6 - berbasikal ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Subhanallah, sungguh menakjubkan kesungguhan keluarga ini - mereka telah dan akan menempuh perjalanan sejauh 13,000 kilometer - ketika berbasikal di Kedah pada Ogos lalu mereka diberi liputan berita oleh media massa Malaysia. Keluarga ini sudah sebulan bertolak dari kampung halaman mereka di Pulau Jawa.
Mengikut perancangan, mereka akan sampai ke Tanah Suci insya-Allah pada awal tahun depan selepas merentas sejumlah negara termasuk di rantau berkonflik seperti di India, Pakistan dan Iran.
Ya, hebat keluarga ini...saya begitu mengkagumi mereka; terfikir di benak saya mengapa saya tidak mencuba sesuatu bagi merasai sedikit sebanyak pengalaman berbasikal mereka itu. Yalah, tak penat dan tak takutkah menghadapi cabaran berkayuh ribuan kilometer...apatah lagi membawa anak isteri termasuk si anak yang berusia enam tahun? Jika anak kita dalam usia ini masih menangis di tadika, anak keluarga ini sudah benar-benar melihat dunia. Ya, hebat, hebat, hebat mereka ini!
Lantas beberapa minggu lalu, saya mencapai basikal buruk saya; selepas mengumpulkan sedikit sebanyak pakaian dan kelengkapan diri, saya pun sudah berada di jalan raya bagi 'menjelajah dan menawan' tanah Semenanjung. Takkan saya tak boleh mengembara ratusan kilometer sedangkan ada keluarga kuat azamnya hendak ke Makkah yang jauhnya 13,000 kilometer? Saya pun bertolak dari Melaka menuju Alor Gajah, Rembau, Seremban dan dalam otak saya, saya mahu mengembara sampai ke Padang Besar.
Hari pertama semuanya berjalan lancar...cuaca redup memudah dan menceriakan saya menunggang basikal itu. Saya yang bertolak dari rumah jam 11.00 pagi sampai di Alor Gajah jam 4.00 petang...hebat juga saya mengayuh ya...taklah penat sangat sebab saya banyak berehat termasuk di masjid untuk solat dan 'refill' (makan minumlah) dan 'membuang' apa yang patut.
Saya tiba di Simpang Ampat jam 6.00 petang. Hari mulai gelap; saya memutuskan untuk 'landing' di pekan ini malam itu, tetapi di mana? Saya cuba-cuba cari 'homestay' tetapi tak jumpa yang sesuai.
Senja itu saya solat jamak Maghrib-Isyak di Masjid Dato' Dol Said di Taboh Naning. Selepas solat Isyak, 'depa' adakan jamuan, saya diajak sama, saya pun 'malu-malu kucing' bersantap nasi bergulai masak lemak pekat ikan tenggiri...'dia orang' sogok petai kat muka aku...aku sekali lagi malu-malu kucing dibuatnya. 'Sodap' sungguh masakan orang Alor Gajah yang kuat pengaruh 'Nogori' ini...'Depa' sua mangkuk nasi tambah kat aku, aku pun 'belasahlah'...kalau malu lapar nanti!
Malam itu aku mahu 'landing' di mana ya? Mula-mula aku fikir mahu bermalam di Masjid Dato' Dol Said itu...tetapi fikir punya fikir aku batalkan sebab senja itu ketika mandi dan mengambil wuduk di tandas bahagian bawah, aku perasan ada tanah perkuburan di sisi masjid. Ada satu kubur besar bertembok dan bercat kuning...aku agak ini mesti kubur Dato' Dol Said, beliau adalah penghulu Naning (sekitar tahun 1800) yang melawan British dan pernah menang sebelum dikalahkan. Senja itu, suasana 'di bawah tu' tiba-tiba meremangkan bulu roma aku...ya terpacak bulu romaku...petanda apakah itu?
Otak saya berfikir ligat...ada 'suara' berkata, LanH kau penakut ya...kubur pun kau dah takut... 'Suara' batin saya pula menjawab, sebenarnya aku tak takut sebab sebagai makhluk Allah kita semua akan mati...kita semua akan masuk kubur dan 'menjadi geng' orang-orang tu...kita dan orang-orang itu adalah satu geng, jadi apa mahu takut?

Published on October 08, 2018 09:15
October 4, 2018
Jangan lari... (9); Tunaikan amanah selepas bergelar haji, hajah
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)
KINI hampir semua jemaah haji sudah kembali ke tanah air. Diucapkan tahniah kepada mereka, didoakan agar semuanya mendapat haji mabrur yang balasannya tiada lain kecuali syurga seperti disabdakan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya.
Haji sebagai salah satu Rukun Islam bolehlah diibaratkan sebuah madrasah bagi melahirkan insan lebih baik daripada semalam tetapi apa disaksikan ada juga insan bergelar haji tetapi amalan dan sikapnya lebih buruk daripada sebelum mengerjakan haji. Ada pula yang statik, peranganinya sama saja - dulu, kini dan dibimbangi buat selamanya - sehingga dia dijemput Allah SWT ke alam barzakh.
Salah satu karakter orang bergelar haji paling menarik saya saksikan (filemlah) adalah Haji Bakhil melalui filem Labu Labi. Tak tahulah saya sama ada dia mendapat 'title' haji kerana sudah menunaikan haji atau saja-saja dipanggil haji. Punyalah kedekut orang ini, orang gajinya (Labu dan Labi) tidak diberikan ganjaran sewajarnya.
Di dalam buku 'Teman Anda Ke Tanah Suci' karya Dato' Mohd Saleh Awang (Misbaha) terbitan Times Books International, ada dinyatakan kelebihan orang yang telah mengerjakan haji, antaranya dia adalah utusan Allah.
Misbaha menulis: "Jemaah haji adalah utusan Allah sebagaimana tersebut dalam hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 'Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa, nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun, maka Allah akan mengampuni mereka."
Sebelum meneruskan muzakarah mengenai insan bergelar haji dan hajah ini, terlebih dahulu penulis yang sudah menunaikan haji memohon maaf; bukanlah tujuan penulis mendedahkan keburukan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi penulis sendiri banyak jeleknya, tetapi untuk sama-sama merenung, bermuhasabah diri, memikirkan yang terbaik untuk hari muka.
Berdasarkan pengamatan penulis, ramai sahabat-sahabat bertukar baik atau menjadi lebih baik selepas bergelar haji. Alhamdulillah kerana jika dulu tidak kerap ke masjid, selepas bergelar haji hampir setiap waktu berjemaah di masjid.
Malahan kelas pengajian di masjid yang diadakan pada setiap malam antara solat maghrib dan isyak sentiasa diikuti. Tidak cukup dengan itu, insan bergelar pak haji ini sanggup berpindah daripada satu masjid ke masjid lain yang berdekatan semata-mata bagi menambah ilmu dalam mencari keredaan Illahi.
Mak hajah pun tidak ketinggalan menyertai pak haji; jika ada kelas pengajian di masjid, dia pun turut serta. Adalah menjadi pemandangan biasa, mak hajah membonceng motosikal pak haji ke masjid untuk solat berjemaah, biasanya waktu maghrib dan selepas itu mengikuti pengajian sebelum masuk waktu isyak.
Jika dulu bertudung tiga segi atau disimpul di kepala atau di bawah dagu, alhamdulillah selepas kembali dari Makkah sudah memakai tudung labuh, dipadankan pula dengan abaya labuh, mungkin yang dibeli ketika di Tanah Suci dulu.
Namun ada pak haji dan mak aji (hajah) yang perangainya tidak berubah. Seorang sahabat lama yang sudah bergelar haji memberitahu, kelemahannya yang masih belum dapat diatasi ialah 'pantang melihat perempuan berdahi licin'.
Dia yang sudah mempunyai dua isteri, berkata apabila terpandang perempuan cantik, mulalah dia tidak keruan. Dia akan berusaha berkenalan seterusnya menambat hati perempuan berkenaan.
"Perkara ini, saya kalah. Mudah-mudahan Tuhan ampunkan saya," katanya yang mengaku pada penulis dulu masa muda-muda dia pernah berzina.
"Saya sudah bertaubat termasuk pergi Makkah, tetapi pasal bab perempuan ini, saya angkat tangan. Mungkin ini balasan Tuhan kepada saya, perangai buruk ini masih ada," rintihnya.
Penulis juga diberitahu seorang lagi sahabat bahawa kawannya yang sudah bergelar haji, juga masih dengan perangai lamanya yang tidak tahan melihat perempuan cantik.
Dia yang juga sudah beristeri dua, masih ada waktu untuk mengorat sedangkan anaknya sudah berderet dan dia sendiri hampir bermenantu seterusnya mendapat cucu.
Kisah hajah pula tidak banyak penulis ketahui. Apa yang terzahir depan penulis atau dalam akhbar dan majalah ada hajah yang pakaiannya 'lebih teruk' berbanding dulu.
Seorang hajah yang penulis kenali, dulunya kerap berbaju kurung longgar bertudung tetapi sejak akhir-akhir ini selepas berkahwin sekali lagi selepas kematian suaminya, mula berpakaian kebaya dan kadang-kadang mengenakan celana ketat. Entahlah, dia sudah buang tabiatkah atau menyesuaikan dirinya yang berkahwin lelaki muda.
Artis yang sudah bergelar hajah juga turut buat perangai. Ada yang kejap bertudung kejap tidak, ada yang menenggekkan kain di kepada dan ada menggelek (goyang gerudi) keterlaluan di pentas sedangkan dia bergelar hajah. Ada artis yang sudah bergelar hajah, sanggup mempamerkan aset tubuh mereka dalam akhbar, majalah dan rancangan televisyen, apa sudah jadi ini?
Adalah wajar bagi insan bergelar haji dan hajah menjaga imej mereka. Nama atau gelaran yang diberikan kepada mereka (haji atau hajah) perlulah dijunjung tinggi. Penghormatan masyarakat sejak sekian lama kepada pak haji/bang haji dan mak aji/hajah, usahlah digadaikan.
Malangnya, pada hari ini, semakin ramai insan bergelar haji dan hajah tidak mempedulikan harga diri mereka dan penghormatan yang diberikan. Inilah yang perlu kita bimbangkan; kita tidak mahu semakin ramai Haji Bakhil, Haji Penyamun Tarbus, Haji Kaki Rokok dan Hajah Seksi, Hajah 20 Persen, Hajah Tudung Sekerat dan Hajah Tudung Senget mewarnai kehidupan kita!

Published on October 04, 2018 16:52
September 30, 2018
Pas tak relevan jika Umno laksana Islam sepenuhnya...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***************
Renungan
"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)
NAMPAKNYA 'hubungan' Pas-Umno dari sehari ke sehari 'semakin intim' sehinggakan pemimpin Pas ketika muktamar ke-64 parti itu di Terengganu, membayangkan akan mengadakan muktamar khas membincangkan isu kerjasama kedua-dua parti.
Sejumlah ahli malah pemimpin Umno-Pas terutama Umno 'tak senang duduk'; mutakhir ini ada pemimpin kanan seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti dan dikhabarkan mereka akan diikuti ramai tokoh lain.
Pemimpin tertinggi Umno terutama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan 'membisu'; walaupun menghadiri muktamar Pas, beliau tidak mengeluarkan 'kenyataan tegas' mengenai isu ini...membiarkan pemimpin Pas 'mendominasi suasana' dengan menguar-uarkan untuk mengadakan muktamar khas.
Perkembangan ini akan 'memaksa' pemimpin dan ahli kedua-dua parti yang kurang senang dengan 'projek kerjasama', memikirkan keadaan itu seterusnya membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing.
Ada sejarah panjang mengenai 'projek kerjasama' Pas-Umno ini; baru-baru ini saya tertarik membaca artikel kolumnis veteran Harakah, Subky Latif di Harakahdaily dengan tajuk memukau 'Jadikah Pas,Umno seperti Aus, Khazraj?
Antara lain Pak Subky menulis: "Dari tahun 1951, tarikh kelahiran Pas hingga pertengahan tahun 2018 ia berseteru politik dengan Umno sekalipun sama-sama saf solat Jumaat dan Adilfitri serta sekapal terbang naik haji.
Cakap Melayunya macam anjing dan kucing, cakap Islamnya macam Aus dan Khazraj di Madinah sebelum kedatangan Islam. Aus dan Khazraj saling berbunuh. Di Lubuk Merbau, Kedah dan Memalipun ada orang PAS terbunuh.
Orang Islam yang tidak berpolitik dan para mufti yang dipercayai dipengaruhi pemimpin Umno, menyarankan Pas-Umno mesti bersatu. Mereka membawa seruan orang Islam seluruhnya.
Bagaimana hubungan seperti Aus dan Khazraj itu dapat dirungkai. Permusuhan kedua-duanya selesai dengan kedatangan Islam di Madinah. Adapun Umno dan Pas sudah sedia Islam. Tetapi tidak nampak Islam terpelihara di bawah 63 tahun kerajaan Umno, bahkan Islam kian goyang.
Sekalipun Umno berkata ia mahu bersama PAS tetapi tiada langkah positif diambilnya kerana ia mengharapkan untuk merampas Kelantan dalam PRU14. Ia tidak positif dengan RUU355. Tidak nampak ruang boleh berkawan selama Umno berkuasa, apa lagi kalau Kelantan dapat dirampas.
Hubungan negatif Pas-Umno selagi Umno berkuasa adalah seperti 63 tahun dulu juga. Bahkan perubahan politik matang dan sejahtera PAS yang menyebabkan ia kehilangan setengah penyokong tradisi. Doa pro-penyatuan seolah-olah tidak makbul kiranya BN dapat mempertahankan kuasanya.
Rupanya gencatan senjata kedua-duanya adalah mungkin dengan Umno mesti kalah dulu. Kekalahan Umno dalam PRU14 boleh merapatkan Umno. Tiada yang menyangka rombongan Presiden Umnomenjadi tetamu dalam muktamar Pas.
Sekalipun PAS meneruskan tradisinya bersama muafakat pembangkang, Zahid adalah pimpinan Umno yang pertama berpendidikan rasmi Islam. Mungkin ia melayakkan persaudaraan Aus-Khazraj dalam kalangan Ansar dulu.
Pada muktamar sulung didatangi Umno, Pas tidak meletakkan PAS memimpin tetapi mengalu-alu temanya 'Islam Memimpin' seperti penyatuan Aus-Khazraj. Apakah PAS- Umno bakal bersatu? Belum. Mereka baru berdua.
Demikianlah tulis Pak Subky, veteran PAS yang disegani itu. Berhubung isu penyatuan Pas-Umno ini, izinkan saya akhiri kalam ini dengan memetik pesanan allahyarham tokoh Pas yang disayangi semua - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - "Kalau Umno laksana Islam keseluruhannya maka haram lagi ada PAS."
Ya, PAS tidak relevan (perlu wujud) lagi jika Umno sanggup buat begitu!

Published on September 30, 2018 16:56
September 24, 2018
Pertarungan dua komponen parti identiti Malaysia Baharu?
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
KEPUTUSAN terbaharu PAS untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson memungkinkan sekali lagi berlaku pertarungan satu lawan satu antara dua komponen parti utama negara mutakhir ini - Pakatan Harapan (HARAPAN) dan satu gabungan longgar daripada runtuhan BN (Umno, MCA, MIC dan sebagainya) serta PAS.
Sejak PRK pertama (Dun Sungai Kandis, Selangor) diadakan selepas PRU-14 lalu, parti-parti politik Malaysia menampilkan satu kecenderungan jelas - persaingan hanya membabitkan dua kompenan parti itu jika penyertaan calon-calon Bebas tidak diambil kira kerana tiada signifikannya.
Di Sungai Kandis, PAS tidak bertanding (ketika PRU-14 ia bertanding) bagi memberi laluan kepada calon Umno BN, Lokman Noor Adam untuk menghadapi calon HARAPAN (PKR), Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang kemudian memenangi Dun itu dengan majoriti 5,842 undi. Calon Bebas, K Murthy mungkin tiada signifikan kerana memperolehi 97 undi saja.
PRK berikutnya seperti Balakong dan Seri Setia juga menunjukkan kecenderungan sama - di Balakong; calon MCA (BN) berentap dengan calon DAP (HARAPAN) manakala di Seri Setia; calon PKR (HARAPAN) bertarung dengan calon PAS - ya semuanya membabitkan dua kumpulan utama komponen parti politik pada era Malaysia Baharu - HARAPAN di pihak kerajaan manakala PAS dan komponen BN di pihak pembangkang.
Sesetengah pemerhati politik melihat senario politik Malaysia Baharu ini sebagai sesuatu yang sihat dan menjanjikan pelbagai kebaikan jika dilihat perkembangan politik di negara Barat sebagai bandingan, yang biasanya dianggap lebih ke depan amalan demokrasinya.
Ya, kewujudan dua komponen parti yang kuat dalam sesebuah negara pengamal demokrasi diyakini dapat membawa keuntungan (rahmat dan manfaat) kepada semua rakyat.
Hujah ini adalah berdasarkan contoh pilihan raya Amerika Syarikat dan Britain di mana hanya dua parti dominan bersaing untuk mentadbir negara. Di Amerika, persaingan adalah antara Republikan dan Demokrat manakala di Britain adalah antara Konservatif dan Buruh.
Adalah menarik untuk melihat bagaimana sistem dua parti (Republikan dan Demokrat) mendominasi pemikiran rakyat Amerika dan bagi negara kita, rakyat pada alaf baru ini, terutama generasi muda adalah kaya maklumat yang tidak lagi mendapat menerima propaganda kehebatan sesebuah parti atau komponen parti saja.
Apabila rakyat pada PRU-14 Mei lalu berani menolak propaganda murahan itu dengan menghumbankan Umno BN ke dalam tong sejarah, terbukalah ruang kepada situasi seakan sama dengan sistem politik dua parti di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
Sesuai dengan negara kita yang mahu mencapai status negara maju pada 2020, persiapan wajar dilakukan ke arah sistem dua parti atau setidak-tidaknya komponen parti dua kumpulan seperti sekarang (HARAPAN dan barisan pembangkang). Berdasarkan perkembangan semasa termasuk di peringkat global, bukan parti saja perlu dievolusikan (seperti meniadakan sebutan parti pemerintah dan pembangkang), tetapi dalam hampir semua bidang kehidupan.
Kewujudan dua parti (atau dua komponen parti) yang kuat adalah landasan ke arah usaha penambahbaikan kehidupan rakyat. Misalnya, semua institusi termasuk di bidang pendidikan seperti universiti boleh diusahakan untuk dibebaskan daripada cengkaman politik kepartian sebaliknya dijadikan pusat keilmuan dan keintelektualan. Akan timbul peluang terbaik untuk menghapuskan kegiatan pantau memantau yang hanya menjejaskan kesuburan keintelektualan sebaliknya menjumudkan modal insan (siswazah).
Kewujudan dua komponen parti yang kuat juga boleh mengakhiri ketakutan, kejumudan dan 'ketololan' dalam bidang media massa. Media massa perlu bebas dalam laporan mereka. Tidak timbul lagi isu media massa menjadi budak suruhan sesuatu pihak, tetapi ia bebas memberi liputan kepada kedua-dua pihak kerana yang dipentingkan wibawa dan 'track record' calon dan parti. Media massa Amerika, British malah negara jiran Indonesia, mungkin dapat dijadikan sempadan.
Jika wujud dua komponen parti yang kuat ini, setiap pihak perlu berusaha keras dan dapat membuktikan mereka dapat memberi yang terbaik kepada rakyat. Apabila gagal, mereka akan disingkirkan pada pilihan raya berikutnya.
Perkembangan ini akan mewujudkan perimbangan (check and balance), memberi keuntungan kepada rakyat sepanjang masa. Inilah antara ciri-ciri negara demokrasi maju idaman rakyat!

Published on September 24, 2018 07:55
September 21, 2018
Haji, hajah usahalah bantu perhebat Malaysia Baharu!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
SELASA, 11 September bermulalah tahun baharu Hijrah 1440. Berakhirnya bulan haji (Zulhijah) dan tahun 1439 Hijrah, bermakna berbondong-bondonglah jemaah haji kembali ke negara dan kampung halaman masing-masing. Dilaporkan ada lebih tiga juta jemaah tahun ini; mereka termasuklah kira-kira 30,000 orang dari Malaysia.
Jika diandaikan setahun (tahun-tahun sebelum ini) lebih kurang 20,000 orang 'menjadi haji dan hajah', jumlah haji dan hajah dalam tempoh 10 tahun lalu di negara kita adalah kira-kira 200,000 orang! Bayangkanlah jumlah haji dan hajah sejak merdeka pada 1957 dulu dan kini apabila Malaysia Baharu terdiri selepas kejatuhan rejim lama melalui PRU Mei lalu, diharapkan haji dan hajah dapat bersama-sama membantu memperkasa negara.
Mereka yang sudah mengerjakan haji (melengkapkan Rukun Islam) mendapat penghormatan tertinggi masyarakat (dipandang sebagai orang baik-baik) dan dari sudut pandangan agama jika mereka ikhlas dalam ibadat ini lantas mendapat haji mabrur, balasan yang dijanjikan Allah tiada lain melainkan syurga.
Seorang haji atau hajah adalah ibarat utusan kebenaran, dia menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. Hak tertinggi adalah mengakui keesaan Allah SWT dan mengharungi kehidupan berdasarkan pengakuannya dalam solat “hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam.” Dia tahu dia menghadapi dosa dan pahala dalam setiap perlakuannya.
Ya, apa boleh dibantu oleh haji dan hajah kepada pembangunan negara? Tak usah berpayah-payah fikir perkara besar; buat perkara 'kecil' pun sudah memadai. Misalnya, menolong orang dengan niat betul, mendapat pahala. Jadi dia akan terus membantu sesama manusia, hatta membantu anjing kehausan pun diganjari syurga Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam sebuah hadis.
Melakukan fitnah, mendatangkan dosa besar, jadi dia menjauhkannya. Bayangkan, alangkah jijiknya seorang haji atau hajah membuat fitnah misalnya mendakwa seseorang itu berbuat perkara keji malah bersumpah pula di masjid sedangkan dia tidak pun menyaksikannya.
Sebagai pejuang kebenaran haji dan hajah wajib menyatakan yang hak dan batil dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam berpolitik. Merdekakanlah diri daripada politik kotor dan kepartian yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah; jangan berselindung lagi kerana “tidak malukah kita dengan apa yang sudah kita ucapkan (berdoa) kepada Tuhan ketika kita munajat di depan Kaabah, di Arafah, Mina dan Mudzalifah.”
Persoalan yang ingin kita fikirkan sejenak di ruangan ini adalah mengapa haji dan hajah ramai di kalangan kita tetapi aneka penyelewengan dan maksiat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita? Apakah haji dan hajah tidak mengorak usaha atau membantu pihak yang mahu membanteras penyelewengan dalam negara kita?
Haji dan hajah diharapkan tidak terlupakan tugas suci mereka untuk memerangi ketidak-adilan, kesombongan serta kejahilan dengan lidah, tangan, hati dan segala segala sumber yang ada pada mereka. Sesiapa yang sudah menunaikan haji, mereka diharap dapat mempamerkan 'kebaikan tertinggi' dalam apa saja mereka kerjakan selaras dengan ajaran Rasul, Nabi Muhammad SAW.
Jumlah haji dan hajah yang ribuan orang itu sudah pasti kuat suara mereka dalam menentang penyelewengan, kezaliman serta maksiat yang 'subur' di sekeliling mereka. Ya, haji dan hajah 'ada di mana-mana' tetapi di manakah suara mereka itu? Mengapa mereka membisu?
Umat Islam, apatah lagi mereka yang sudah bergelar haji dan hajah diminta menyeru kebaikan dan melarang kejahatan sebagai firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Quran 3:104)
Kemudian dalam ayat lain (Quran, 3:110) Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar imam).
Dalam Islam, keadilan sosial adalah bahagian penting ajarannya; adalah menjadi tanggungjawab mereka yang berkuasa untuk memenuhi keperluan rakyat dan bukan menambah beban mereka. Ingatlah dalam harta orang kaya termasuk pemerintah ada hak orang (miskin) iaitu zakat yang perlu diuruskan sebaik mungkin. Ya rakyat adalah untuk dibantu bukan ditindas, oleh itu wahai haji dan hajah bangunlah, bangunlah untuk memperjuangkan keadilan yang dituntut dalam Islam! Ya, bangunlah kita untuk bersama-sama memperkasa Malaysia Baharu!

Published on September 21, 2018 08:05
September 17, 2018
Jangan lari... (8): Malaysia syurga dunia, dakwa Dr MIA
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)
PULUHAN tahun lalu ketika pulang menaiki pesawat dari Johannesburg, Afrika Selatan ke tanah air, saya berkenalan dengan seorang warga emas negara itu yang membawa sejumlah anggota keluarganya ke Malaysia untuk bercuti.
Veteran itu memberitahu saya beliau secara peribadi (tidak termasuk anak-anak, menantu dan cucu-cucunya) mahu menghabiskan banyak masa di masjid-masjid di Malaysia. Katanya, dia akan berusaha mencari ketenangan hati dan jiwa di Malaysia, suasana di negaranya (Afrika Selatan) ketika itu amat kacau bilau.
Benar ketika itu, orang luar, terutama yang beragama Islam memandang tinggi kepada Malaysia; sebagai contoh ketika saya ke Kyrgyzstan (bekas sebuah republik Soviet Union), beberapa penggubal undang-undangnya (ahli Parlimen) yang ditemui memuji-muji Malaysia terutama ketika disebut nama Anwar Ibrahim sebagai TPM ketika itu.
Pelawat Islam Malaysia juga dipuji mereka kerana tidak minum arak, sebaliknya mereka menghamburkan kata-kata marah kepada sejumlah pelawat Islam negara lain termasuk Timur Tengah (biarlah nama negara ini dirahsiakan) kerana 'harapkan jubah' saja....apabila dapat arak, mereka 'gogop' bagaikan tiada hari esok!
Kekaguman orang Islam luar negara ini adalah cerita lama, sekarang ini orang luar tetap teruja dengan Malaysia kerana ia sudah menjadi syurga dunia...inilah sebahagian perkara dicelotehkan oleh seorang pendakwah terkenal masa kini, Dr Mohd Izhar Ariff (Dr MIA) pada kuliah subuh di masjid kampung saya (Masjid Al-Abrar, bermaksud Masjid Orang Baik-Baik) 9 September lalu.
Menurut pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM itu, berbondong-bondong orang Islam dari negara luar datang ke Malaysia bagi melakukan 'perkara' yang tidak boleh atau dapat dilakukan di negara mereka.
Sebagai contoh, beliau menceritakan pengalamannya semasa menaiki sebuah pesawat dari Arab Saudi ke Malaysia. Pada awal penerbangan, beliau yang menduduki kelas 'business' perasan ada sejumlah orang Arab bersama-samanya - yang lelaki berjubah dan berserban putih manakala yang perempuan berjubah atau berabaya hitam yang hanya mata mereka saja kelihatan.
Kata, Dr MIA dia tertidur dan apabila kapal terbang mahu 'landing', dia dikejutkan seorang pramugari...apabila dia membuka mata dia merasakan macam mimpi...ya di mana orang Arab yang ramai-ramai itu...sekarang penumpang di sekelilingnya semua sudah berpakaian macam orang Eropah...yang lelaki berbaju 'sport' dan berseluar pendek manakala yang perempuan rambut mengerbang warna merah manakala pakaian mereka, 'aduh mak'...
Kehairanan dengan suasana itu, Dr MIA bertanya mereka, apa dah berlaku? Orang-orang Arab itu berkata, mereka datang ke Malaysia bagi melakukan 'perkara-perkara' yang tidak boleh dilakukan di negara mereka...Ya di negara mereka, undang-undangnya tersangat ketat...tetapi di Malaysia, mereka boleh 'ya bedu...bedu'...'yahoo...yahoo'.
Dr MIA tidak menyebut 'apa perkara' yang dilakukan oleh orang-orang Arab itu tetapi faham-fahamlah antara lain di Malaysia orang bebas minum arak, orang bebas main judi dan macam-macam maksiat lain. Malaysia sekarang sudah jadi syurga dunia...maka berbondong-bondonglah segala mat dan minah ke sini.
Melanjutkan hujahnya bahawa Malaysia adalah syurga dunia...Dr MIA menarik perhatian akan perkembangan di Brunei Darussalam. Katanya sejak melaksanakan hukum syariah, Brunei berjaya membendung maksiat seperti minum arak, judi dan sebagainya tetapi pemerintahnya 'terkejut beruk' kerana kes anak luar nikah semakin meningkat.
Apabila dikaji, rupa-rupanya banyak pasangan tidak berzina di Brunei sebaliknya mereka melakukan hal terkutuk itu negara jiran; Malaysia! Tidak sukar orang Brunei ke Sabah dan Sarawak...jadi mereka memanfaatkan 'status' Malaysia sebagai syurga dunia untuk melempiaskan nafsu binatang masing-masing!
Jadi kepada pemerintah Malaysia buatlah sesuatu kerana sekarang ini ramai orang luar LARI dari negara asal mereka untuk berbuat maksiat di Malaysia!

Published on September 17, 2018 07:32
September 13, 2018
Mungkinkah akan wujud ungkapan bertrilion terima kasih?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
SEKARANG ini kita dikejutkan dengan berita banyaknya duit segelintir tokoh politik tanah air; yang terbaru ibu arwah seorang menteri menuntut bahagiannya (faraid) daripada sejumlah harta RM2.1 bilion...ya pembaca, berbilion ringgit bukan jutaan ringgit dimiliki seseorang!
Teringat dulu ketika saya mula bekerja sebagai wartawan ekonomi (1985) angka bilion tidak selalu digunakan dalam menulis sesuatu artikel apatah lagi yang membabitkan ringgit (wang) tetapi hari ini seseorang individu pun ada harta berbilion-bilion ringgit. Ya, sungguh banyak wang itu.
Selain kisah tuntutan emak bekas menteri itu, menantu seorang bekas KM pun tidak lama dulu pernah menuntut harta dan wang berbilion-bilion ringgit daripada suaminya selepas diceraikan.
Bercakap mengenai angka bilion ini, teringat saya mengenai penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi bahasa seseorang; dulu apabila seseorang atau pihak terasa terhutang budi, dia akan mengungkapkan ‘ribuan atau jutaan terima kasih’. Ungkapan ini biasa kita temui pada bahagian akhir surat ataupun dinyatakan seseorang pada permulaan atau pengakhiran ucapannya sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkenaan.
Namun sekarang saya terlihat dan terdengar ungkapan 'berbilion terima kasih’. Mungkin ini ada kaitan dengan orang kita yang semakin banyak duit - mereka tidak hanya ada jutaan bahkan berbilion-bilion ringgit.
Tidak tahulah saya sama ada perkembangan ini sesuatu yang positif atau negatif, yang jelas ungkapan ini lahir bagi menggambarkan keadaan masyarakat kita yang ada (segelintir orang seperti ahli perniagaan dan tokoh politik) yang mempunyai duit dan harta berbilion-bilion ringgit.
Selepas ini hendak digunakan ungkapan apa...mungkin trilion terima kasih kerana angka ini mula digunakan secara meluaskan terutama selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan hutang negara mencecah RM1 trilion!
Seorang pengkaji budaya dan bahasa Melayu berpendapatan perubahan ‘angka’ yang dipadankan pada ucapan terima kasih membayangkan bahawa masyarakat kini semakin materialistik yang melihat keberuntungan sebagai matlamat mereka.
“Segelintir pemimpin ada harta berbilion-bilion ringgit manakala yang lain menggegarkan minda rakyat dengan projek berbilion-bilion ringgit, jadi mereka memuntahkannya kembali dengan mengungkapan ucapan berbilion terima kasih dan berbilion tanda penghargaan,” katanya.
Jika seseorang memiliki harta dan wang berbilion ringgit daripada sumber yang sah dan halal, tidak menjadi masalah...namun jika wujud 'ketidak-munasabahan' seperti diutarakan oleh seorang kolumnis berhubung tuntutan seorang ibu kepada wang dan harta RM2.1 bilion milik anaknya, 'itulah masalahnya'!
Berhubung orang gilakan harta dan wang berbilion atau mungkin nanti bertrilion ringgit, teringat saya pesanan seorang sahabat saya yang agak terkenal juga dalam dunia penulisan dan sekarang sudah menjadi arwah. Ketika berjumpa saya sebelum meninggal dunia, beliau memberi nasihat bahawa untuk merasai kenikmatan hidup, kita tidak perlukan wang dan harta yang banyak.
Allahyarham memberikan contoh mudah - antara kenikmatan hidup adalah soal makan; katakanlah makanan paling sedap seseorang itu adalah KFC...dengan jumlah wang yang sedikit katakan RM10 dia boleh menikmati makanan itu bagi makan tengah harinya, selepas itu apakah dia boleh makan KFC lagi untuk makan malamnya? Jika orang miskin boleh makan tiga ketul ayam KFC sekali gus, orang kaya pun mungkin sama, takkan kerana duit banyak dia boleh makan 15 ketul?
Bijak pandai ada menceritakan seorang hartawan ketika mahu makan bertanyakan doktor peribadinya - daging kambing bakar itu boleh saya makan, doktornya berkata tidak; burger itu boleh saya makan, jawapannya juga tidak; nasi lemak itu boleh saya makan, tidak juga jawapannya. Jadi apa boleh saya makan, tanya orang kaya berpenyakit kronik itu. Makanlah KULIT ROTI, kata si doktor selamba.
Demikianlah sebenarnya keperluan manusia seperti makan amat sedikit tetapi kebanyakan orang terlalu tamak; seboleh-boleh mereka mahu wang dan harta menimbun setinggi gunung, malah ada hadis Nabi Muhammad SAW menyebut kalau manusia itu sudah ada satu lembah emas, dia mahu dua, kemudian tiga dan seterusnya. Dia hanya berpuas hati selepas 'mulutnya dipenuhi tanah' (matilah)!
Bagi mereka yang gila mengumpul harta - tidak kira halal atau haram - ingat-ingatlah akan kisah King Midas. Raja ini sukan emas, suatu hari seorang pari-pari membuat tawaran dia boleh menukar apa saja menjadi emas dengan sentuhan tangannya. Almari, bangku, semuanya jadi emas selepas disentuhnya. Kemudian roti pun menjadi emas, akhirnya puteri tunggalnya pun jadi emas.
King Midas panik, rupanya emas dan harta bertimbun tidak membawa bahagia...oleh itu ingatlah semua terutama orang diamanahkan kuasa sebagai pengarah dan menteri, bahawa wang berjuta-juta atau berbilion-bilion ringgit apatah lagi diperolehi secara haram, tidak akan membahagiakan kita! King Midas pun akhirnya 'bertaubat', kita bila lagi?

Published on September 13, 2018 06:45
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.