Roslan Hamid's Blog, page 105
August 5, 2018
Jangan lari... (2): Batu bergolek tak kumpul lumut...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
NAMA masjid kampung saya Al-Abrar. Masjid orang baik-baik. Ahad lalu (29 Julai) kuliah subuhnya menampilkan Ustaz Zul Ramli, seorang pendakwah terkenal yang sering muncul di Radio IKIM dan program Tanyalah Ustaz TV9.
Antara pesanan sang ustaz ini yang 'cukup melekat' di hati saya adalah sebagai insan tidak cukup untuk kita menjadi orang baik-baik. Alhamdulillah jika kita orang baik-baik, teruslah berusaha sepenuh tenaga, jiwa dan hati serta berdoalah semaksimum mungkin untuk kita mengakhiri hidup kita sebagai orang baik-baik. Mati dalam husnul khatimah. Mengakhiri hidup sebagai orang baik-baik itulah yang didambakan sebelum kita menemui Tuhan kita.
Apa itu husnul khatimah? Seorang ulama menukilkan: Husnul khatimah merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi taufik oleh Allah Ta'ala sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala macam perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah Ta'ala, dan dia diberi taufik oleh Allah Ta'ala untuk bertaubat daripada segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya di atas kebaikan.
Anas bin Malik r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Allah akan mempekerjakannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana Allah akan mempekerjakannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberikan taufik kepadanya untuk beramal salih sebelum dia meninggal dunia.” (HR. Ahmad (12036) dan Thirmidzi (2142) dan disahihkan oleh Al-Hakim, Dhiya' Al-Maqdisi, Al-Arna'ut dan Al-Albani)
Ustaz Zul Ramli mengingatkan pengakhiran yang baik adalah kemuncak daripada perjuangan kita dalam menjadi orang baik-baik. Pengakhiran itulah penentunya - misalnya apa erti jika kita memasuki perlumbaan lumba lari seperti 400 meter; kita bermula dengan pantas dan mengekalkannya pada sepanjang larian tetapi pada 10 meter terakhir kita tidak dapat menamatkannya?
Lantas beliau mengingatkan hadirin sebuah hadis yang secara ringkasnya bermaksud ada orang berbuat baik (ketaatan) sepanjang hayatnya tetapi apabila tinggal sedepa lagi untuk dia memasuki syurga dia terjebak dalam amalan jahat menyebabkan dia dicampakkan ke dalam nereka manakala ada orang yang hampir seumur hidupnya berbuat kejahatan tetapi pada 'last minute' (minit terakhir) dia berbuat kebajikan lantas dia dimasukkan ke dalam syurga.
Orang salih (baik-baik) amat takut dengan ancaman ini. Mereka berterusan berdoa kepada Allah SWT agar dimatikan sebagai orang baik-baik. Selain pasrah kepada Allah SWT, mereka juga memerhatikan amalan mereka. Salah satu jalan adalah 'mengistiqamahkan' diri di jalan Allah.
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh.
Jadi kepada diri saya dan semua, beristiqamahlah dalam kehidupan (perjuangan)...jangan lari. Alhamdulillah, di negara kita, orang Melayu yang amat rapat dengan Islam dapat menterjemah 'istiqamah' ini dalam mereka melayari kehidupan. Mungkin peribahasa-peribahasa Melayu ini dapat memberi serba sedikit kefahaman kepada kita.
Misalnya, orang tua-tua menjelaskan bahawa batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Kita disyorkan bahawa 'alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan' atau genggam bara biar sampai jadi arang. Mandi biar basah, makan biar kencang; ya mungkin tidak ada gunanya atau tidak membawa hasil yang bagus jika kita sekalipun bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan tetapi tidak dapat melakukan 'finishing'-nya (penamat yang sempurna). Misalnya, kita mengecat rumah, tetapi apabila tinggal berbaki 10 peratus lagi, kita 'give up' (berputus asa misalnya kerana penat) jadi apakah bentuk hasil yang kita dapati?
Realitinya dalam kehidupan, ramai yang tidak istiqamah...ramai yang melarikan diri daripada terus berada di atas rel kebenaran, ya kita tak tahan pancaroba serta ujian kehidupan. Jadi akuilah bahawa sebenarnya kita perlu istiqamah dalam kehidupan ini. Ingatlah pesanan bijak pandai Melayu itu - batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Kalau kita melompat ke sana ke sini, tidak banyak manfaat dapat kita kumpulkan dalam hidup kita.
Mungkin ada orang berkata, jika di sesuatu tempat itu tidak lagi kondusif untuk kita, maka langkah terbaik adalah berhijrah. Ya, berhijrahlah (tetapi jangan lari kerana ada perbezaan besar antara kedua-duanya), tiada siapa yang menghalangnya; tetapi kita mesti ingat ada pepatah Melayu berbunyi - tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.
Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik - baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah selepas 13 tahun berdakwah di Makkah tanpa hasil memberangsangkan tetapi selepas 10 tahun di Madinah, baginda s.a.w. kembali semula ke tanah airnya yang tercinta, Makkah...lokasi dakwah berbeza tetapi perjuangan baginda tetap sama...iaitu meletakkan seluruh manusia tunduk hanya kepada Yang Maha Kuasa! Baginda Nabi s.a.w. istiqamah dalam perjuangan...bagaimana diri kita? Didoakan kita tak lari...

Published on August 05, 2018 09:10
August 3, 2018
Jangan lari... (1): Dekati Allah, bukan lari daripada-Nya!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
"SILA duduk dan jangan lari..."usikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum merasmikan pembukaan penggal Parlimen terkini, memberi ilham kepada saya untuk menulis episod baharu dalam kolum ini yang saya namakan 'Jangan lari'...
Subhanallah, dalam menjalani kehidupan termasuk diri penulis sendiri, kita kerap melarikan diri daripada pelbagai perkara seperti tanggungjawab. Kita culas daripada menunaikan amanah...kita lari daripada ini semua, sebahagian besarnya kerana bagi menyelamatkan tengkok kita sendiri
Apabila melakukan perkara kurang baik, kita lari daripada pihak berkuasa seperti polis, SPRM dan JPJ. Kita lari kerana tidak mahu tindakan diambil terhadap diri kita. Sebagai contoh mudah, saya memaparkan pengalaman sendiri untuk direnung dan difikirkan bersama.
Ketika berada di bangku sekolah menengah dulu, ramai kawan-kawan saya (termasuk diri inilah) mula 'belajar' menghisap rokok. Suatu hari ketika 'sting' di satu lokasi, pengetua dapat mengesan kami. Ketika pengetua menyerbu, kami pun lari...ada bergegas ke belukar, ada di sebalik bangunan dan ada yang tak sempat berfikir lantas masuk ke dalam bilik mandi dan tandas!
Malang bagi mereka yang memasuki bilik ini kerana ia tiada jalan keluar (ada satu pintu saja). Namun bilik ini besar (bagi menampung keperluan pelajar asrama) - ada banyak kamar mandi dan tandas...jadi pengetua terpaksa memeriksa dari satu tandas ke tandas dan bilik mandi menyebabkan ada pelajar berkesempatan menyerbu keluar dan lari...Terasa amat melucukan walaupun dalam keadaan 'tegang' itu pengetua kami menjerit, "Jangan lari, aku dah nampak kau!"
Pelajar 'apa peduli' dengan gertakan itu. Yang penting, mereka mahu menyelamatkan diri. Pembaca mahu tahu apa hukuman jika tertangkap? 'Public caning' (kena rotan di khalayak ramai)...jadi seboleh-boleh mereka mahu 'meloloskan' diri. Mereka lari, lari dan terus lari...
Pada hari kejadian, tiada seorang pun pelajar tertangkap. Apabila bertemu semula pada hari lain, pelajar menceritakan semula episod itu...mereka ketawa berdekah-dekah terutama apabila mengulangi dan mengejek-ejek gertakan pengetua - "Jangan lari, aku dah nampak kau..." Ya, nampak saja tak cukup selagi tangkapan tak dibuat...jadi 'selamatlah' kami pada hari berkenaan!
Itu pengalaman pada masa 'budak-budak'...yalah kita lari kerana takutkan sesuatu, sekarang ini pada usia tak berapa muda (cuba mengelak daripada perkataan tua), kita mula bertatih-tatih mengenal diri sendiri dan Pencipta kita iaitu Allah SWT, kita faham atau baru mahu faham bahawa jika takutkan Allah SWT (misalnya bimbang bagaimana nasib kita dalam kubur atau di akhirat nanti), kita tidak diperlukan melarikan diri daripada-Nya tetapi merapati-Nya. Ya, kata ustaz-ustaz, jangan lari daripada Allah tetapi rapati-Nya!
Teringat saya sebuah hadis...antara inti kata yang saya boleh ingat adalah; jika kamu berjalan kepada Allah, Dia akan berlari kepadamu. Jadi jangan lari daripada Allah. Saya semak hadis tersebut; ungkapan (terjemahan) sebenarnya adalah: Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepada-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Mengenai cara mendekatkan diri pada Allah SWT, cendekiawan (Pesantrenonline) antara lain mengungkapkan:
1. Selalu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT.Dalam aspek ini kaitannya dengan apa yang sudah kita dapatkan. Allah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan harta, kelaparan, dan kehausan. Dari sanalah Allah SWT akan tahu siapa hamba-Nya yang benar-benar bersyukur dan mana hamba-Nya yang hanya mencintai duniawi tanpa memikirkan kehidupan akhirat yang justeru itulah kehidupan yang sebenarnya.2. Selalu mengucap istigfar ketika melakukan kesalahan.Hal ini adalah hal yang paling mudah dilakukan namun tidak semua orang dapat mengamalkannya. Jika mengucap istigfar saja tidak bisa bagaimana bisa seorang hamba dekat dengan Tuhan-Nya? Sejatinya mengakui kesalahan dan bersegera untuk berdataubat adalah salah satu jalan yang harus di lalui untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.3. Menjalankan kewajiban dan menjauhi larangan-Nya.Kewajiban utama seorang hamba adalah menjalankan apa yang sudah diwajibkan. Seperti solat, zakat, puasa, dan melakukan haji bagi mereka yang sudah mampu. Bahkan dijelaskan di dalam al-Quran bahwa solat adalah hal pertama yang ditanyakan di dalam kubur4. Mengamalkan berbagai-bagai amalan yang sudah turun-temurun sejak zamannya para Nabi.Amalan di sini adalah sejenis amalan ang dapat menghantarkan kita untuk sesegera mungkin berdekatan dengan Allah SWT. Beberapa orang pada zamannya para Nabi sering melakukan berbagai-bagai amalan yang disunnahkan. Seperti dengan berzikir, melakukan perbuatan baik, dan banyak hal lain yang berhubungan dengan usaha batiniyah yang dilakukan. Bahkan usaha ini tidak hanya akan mendekatkan diri kepada Allah SWT, melainkan juga terpenuhinya hajat yang diminta dalam menjalani kehidupan duniawi.5. Selalu berprasangka baik kepada Allah SWTAllah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan perkara apa pun. Sebagai seorang hamba, kita hanya diwajibkan untuk selalu husnudzan kepada-Nya. Kerana bisa jadi apa yang kita anggap buruk justeru itulah hal yang membuat kita menjadi lebih baik. Pada dasarnya berfikir negatif sangat berbahaya bagi kehidupan. Allah SWT berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: Al-Baqarah [2]: 216).Beberapa hal di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa cara yang biasa digunakan oleh mereka yang ingin semakin dekat dengan Sang Maha Pencipta. Tentu masih banyak hal lain yang dapat dilakukan. Inti daripada usaha ini adalah dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menjauhi larangan-Nya dan melakukan kewajiban yang sudah diwajibkan kepada setiap hamba. Jadi tidak wajar (salah) kita lari daripada Allah SWT sebaliknya perlu mendekati-Nya serapat-rapatnya!

Published on August 03, 2018 08:00
July 30, 2018
Berhajat tunai haji?: Menabunglah sejak kecil...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
SEKARANG musim haji. Jemaah haji Malaysia sudah berbondong-bondong ke Tanah Suci. Berlainan musim lalu, kali ini tidak kedengaran pula jemaah haji 1MDB sama-sama 'sibuk' berangkat untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Ya, sebelum musim haji kini (1439H/2018M), setiap tahun sejak 2011 lebih 1,000 jemaah terpilih dari seluruh negara menunaikan fardu haji di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB).
Lazimnya calon terpilih adalah imam, bilal, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat setempat. Jemaah ini selain ditanggung kos menunaikan haji, diberikan wang saku RM1,000 seorang bagi kegunaan sepanjang tempoh menunaikan haji.
Umum mengetahui pada setiap musim, jemaah haji ke Tanah Suci adalah berdasarkan kuota satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara; pada tahun ini (2018) dijangka 30,200 jemaah Malaysia akan ke sana.
Disebabkan jumlah rakyat yang terlalu ramai berhajat menunaikan haji, Tabung Haji melaksanakan pendaftaran haji…siapa daftar awal diberikan giliran terdahulu. Mungkin pendeposit Tabung Haji yang mendaftar sekarang, giliran mereka adalah pada tahun-tahun 2090-an atau 2100-an!
Bagi jemaah yang namanya ‘sudah naik’ untuk ke Tanah Suci, dikehendaki mengikuti kursus haji bersiri setiap minggu mungkin sampai 15 kali. Namun ini tidak bermakna mereka sudah ‘confirm’ ke Tanah Suci. Kemudian ada kursus haji perdana lagi, pendeknya cabaran untuk disahkan menjadi tetamu Allah adalah terlalu hebat.
Malah ada yang nama mereka sudah tersenarai (termasuk yang sudah diberikan rantai tangan) dibatalkan pemergian mereka ke Tanah Suci. Seorang ustaz bercerita, ada seorang jemaah datang kepadanya, menangis teresak-esak menyatakan dia menerima panggilan telefon menyatakan dia tidak dapat 'lampu hijau' ke Tanah Suci sehari sebelum dia dijadualkan berlepas. Maka menangislah dia mengadu nasib.
Pada musim haji sebelum ini, seorang jemaah yang mendapat panggilan pengesahan ke Tanah Suci pada 'last minute' mengadu: "Kenduri sudah saya buat sebulan lsebelum itu. Hampir setiap kali ke masjid, jemaah akan bertanya; 'ehh tak berangkat lagi?' Saya naik malu dibuatnya. Syukur, alhamdulillah dapat juga saya ke Tanah Suci."
Dia menyindir dengan berkata: "Orang macam kita ini sudah lama mendaftar. Sudah dipilih dan disenaraikan. Sudah ikut kursus termasuk kursus haji perdana. Namun Tabung Haji tidak mengesahkan tarikh pemergian kita sehingga 'last minute'. Ada orang tak mendaftar pun. Tak ikut kursus pun. Tak berhajat pun nak pergi haji. Tup-tup dia dapat surat suruh dia bersedia pergi haji. Ini apa hal ni?"
Jemaah ini merujuk kepada jemaah haji program 1MDB. Mereka didakwa ‘memotong giliran’ jemaah yang sudah ada dalam senarai. Beliau mendakwa itulah sebabnya mengapa sukar benar pegawai Tabung Haji hendak 'release' nama dan tarikh jemaah yang dapat pergi haji. Kasihan petugas Tabung Haji. Mereka kena ikut arahan atasan sedangkan jemaah asyik menghubungi mereka, bertanya, "dapat ke tak dapat" atau "bila nak berangkat ni?"
Ini cerita musim-musim haji lalu, sekarang ini alhamdulilah tidak terdengar lagi kisah seperti ini. Tidak terdengar lagi kisah program haji 1MDB. Ini bermaksud tidak ada orang boleh potong giliran dalam menunaikan fardu haji. Senarai menunggu adalah terlalu panjang. Seorang anak perempuan saya (kini berusia 16 tahun) yang saya daftarkan untuk menunaikan haji pada 2015 dulu, tahun keberangkatannya dijadualkan pada 2089 nanti!
Jadi bagaimana seseorang itu dapat menunaikan haji, kalau boleh tidaklah 'terlalu tua' nanti? Jawapannya adalah dengan menabung sejak kecil (ungkapan popular merujuk kepada isteri seorang tokoh) tetapi jangan lupa untuk mendaftar sebagai calon jemaah haji (membuka akaun Tabung Haji tak cukup, daftarlah untuk tunaikan haji). Jika anak saya yang didaftarkan pada 2015, gilirannya pada 2089, bayangkan tahun yang diberi jika seseorang itu mendaftar sekarang. Menurut sumber, ada lebih 900,000 orang dalam senarai menunggu.
Untuk mendaftar menunaikan haji, seorang pendeposit perlu mengekalkan wang RM1,300 dalam akaun Tabung Haji mereka. Ya, Tabung Haji kerap menguar-uarkan kepada umum (pendeposit) hatta bayi (6 bulan ke atas) untuk mendaftar dan didaftarkan bagi menunaikan haji. Namun Tabung Haji tidak menghebahkan pula seseorang pendeposit diperlukan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 untuk tujuan itu. Dan Tabung Haji tidak menghebahkan pula wang itu tidak boleh dikeluarkan 'sampai bila-bila' (kecualilah seseorang itu sudah menutup akaun, mati atau sudah pergi haji).
Ini bermakna Tabung Haji akan berterusan menyimpan RM1,300 wang pendeposit dan kalau ada satu juta orang dalam senarai menunggu haji, Tabung Haji akan menyimpan wang sebanyak RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion)! Wang ini akan kekal dalam Tabung Haji, pendeposit tidak boleh keluarkan wang mereka sendiri! Tak bolehkah pendeposit didaftarkan secara automatik untuk menunaikan haji sebaik saja membuka akaun atau dikurangkan wang minimum simpanan itu kerana orang kaya mungkin boleh berbuat demikian, orang miskin bagaimana? Ini kerana wang RM1,300 tidak boleh dikeluarkan sampai bila-bila sedangkan orang miskin sukar mengumpulnya dan kadang-kadang perlu sangat mengeluarkannya jika mereka terdesak!
Sebelum pemergian jemaah haji, banyak masjid mengadakan majlis kesyukuran untuk mereka. Selain diberikan cenderamata seperti kain ihram, ceramah agama terutama berkaitan bab haji juga diadakan.
Ada ustaz mengingatkan adalah penting untuk jemaah menggunakan wang halal yang diperolehi daripada sumber bersih bagi menunaikan haji. Perkara ini amat ditekankan kerana haji adalah perkara kelima dalam Rukun Islam, jika ditunaikan dengan wang haram, maka tertolaklah haji seseorang itu.
Dia dikhuatiri akan mendapat haji mardud (maz'ur) sedangkan matlamat seseorang Muslim dalam menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah bagi mendapat haji mabrur (yang diterima) yang balasannya tiada lain melainkan mendapat syurga Allah SWT.
Ketika menunaikan haji, jemaah akan bertalbiyah: "Labbayk, Allahumma Labbayk. Labbayk. La shareeka laka. Labbayk. Innal-hamda wan-ni'mata laka wal-mulk. La shareeka lak" yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."
Bagi jemaah yang mendapat keredaan Allah, Allah SWT akan mengalu-alukannya sebagai tetamu-Nya tetapi bagi yang melakukannya dengan banyak dicampuri dosa dan keharaman, misalnya mengerjakan haji dengan perbekalan daripada usaha haram seperti rasuah tidak ada pahala bagi mereka yang mengerjakan haji daripada hasil yang haram.
Dalam menunaikan haji seperti ini, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: ...ketika orang haji dengan nafkah haram keluar, kemudian dia berseru: Aku datang memenuhi panggilan-Mu, maka datanglah jawapan dari langit: "Tidak engkau tidak memenuhi panggilan, perbekalanmu haram, nafkahmu haram, hajimu penuh dosa, tidak berpahala."
Demikianlah dalam menunaikan haji, wang digunakan untuk perbekalan seperti tambang kapal terbang, bayaran penginapan dan makan minum perlulah dari sumber yang bersih (halal). Jadi satu ingatan bagi mereka yang berazam ke Tanah Suci bagi menunaikan haji, lakukan simpanan sejak kecil (ibu bapa ambilah perhatian) dan jangan terlalu berharap kepada bantuan haji daripada pihak lain...ya haji 1MDB pun sudah tak ada...
Dan kepada peneraju Tabung Haji, usahlah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat yang sesetengahnya menyimpan sejak kecil; ada yang menyimpan untuk diri mereka dan anak-anak di Tabung Haji daripada hasil jerih perih mereka daripada usaha menanam padi, menoreh getah, menangkap ikan dan menjadi buruh kasar - adakah anda tergamak mengkhianati wang mereka yang disimpan secara berdikit-dikit...RM1, RM5, RM10 dan RM50, kemudian menjadi RM1,300 untuk membolehkan mereka mendaftar 'naik haji' - kemudian wang itu tidak boleh dikeluarkan lagi melainkan jika mereka mati (waris yang akan dapat), menutup akaun atau dihabiskan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pun jika mereka berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya RM9,980 (kos sekarang) sebagai bayaran ke Tanah Suci!

Published on July 30, 2018 07:43
July 24, 2018
Titipan Seorang Pesara (40): Tren malam ke Wakaf Bharu...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
KIRA-KIRA jam 10.50 malam Khamis (hari Rabu), 11 Julai saya (penulis) menaiki tren malam Pantai Timur di stesen KTM Segamat, Johor menuju Wakaf Bharu dekat Kota Bharu, Kelantan.
Subhanallah, perjalanan ini mengembalikan ingatan (nostalgia) pengalaman menaiki tren dari Tampin (Pulau Sebang) ke Kuala Kangsar dan sebaliknya setiap kali cuti sekolah ketika saya bersekolah di Perak pada 1970-an dulu.Perkhidmatan dan keadaan tren Pantai Timur sekarang ini 'sebijik' macam kereta api yang saya naiki dulu. Lokomotif, koc, tandas malah pintu pun 'mirip' yang dulu. Malah pada subuh pagi, ada peniaga menjerit 'nasi lemak, nasi lemak, nasi goreng, nasi goreng, nasi goreng, nasi gorenggg' dan apa yang menariknya kanak-kanak mengajuknya dengan melagukan 'nasi gollenggg, nasi gollenggg' yang iramanya mampu mengejutkan penumpang daripada tidur!Di dalam kereta api, apabila bergerak dari sebuah koc ke koc lain, akan terjumpa bahagian bersambung yang kadang-kadang 'terjungkit' menyebabkan penumpang boleh melihat landasan di bawah manakala ada pintu yang selaknya gagal berfungsi menyebabkan pintu terbuka sepanjang perjalanan.Apabila pintu terbuka, saya melihat ada 'mamat' berani duduk di muka pintu sedangkan kereta api sedang bergerak laju. Ditakdirkan 'mamat-mamat' ini jatuh 'dalam kegelapan malam', siapa tahu?Demikianlah, bagi saya tren KTM Pantai Timur sekarang ini 'menyamai' perkhidmatan keretai api Pantai Barat 40-50 tahun lalu. Di laluan Pantai Barat, trennya sudah 'berevolusi' memasuki zaman baru dengan tren elektrik dengan laluan berkembarnya. Persoalannya, adakah perkhidmatan tren Pantai Timur mahu dikekalkan dulu, kini dan selamanya? Tidak lama dulu seorang tokoh politik dari Kelantan, pada satu sidang parlimen bertanyakan hal ini dengan meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menaik taraf landasan kereta api ke Pantai Timur menjadi rel berkembar.Jawapan bertulis daripada kementerian menjelaskan kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan projek rel berkembar dan elektrifikasi, melainkan kerajaan melaksanakan projek membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur landasan dan jambatan kereta api di Pantai Timur yang berkos kira-kira RM 868.5 juta dan dijangka siap pada 2019.'Pemodenan' KTM Pantai Timur difikirkan perlu kerana antara lain dengan terbentuknya laluan yang memberi akses pada kereta api barangan (freight), pergerakan rakyat dan aktiviti ekonomi menjadi lebih cepat dan efisien lebih-lebih lagi kawasan yang dilalui adalah wilayah pedalaman yang mempunyai hasil bumi yang banyak dan dengan kewujudan sistem perhubungan yang baik dan efisien dapat meningkatkan pengeluaran dan pemasaran hasil bumi yang memberi impak positif pada sektor pertanian, perlombongan, pengilangan dan pembuatan; nampaknya KTM tiada cadangan demikian lebih-lebih lagi pemerintah lama dulu 'begitu ghairah' dengan projek 'East Coast Rail Line' (ECRL).Jadi akan 'kekalkah' perkhidmatan tren KTM Pantai Timur 'macam dulu-dulu'?. Jika benar, persoalannya, sampai bila? Namun setidak-tidaknya dengan adanya tren Pantai Timur ini bolehlah saya terus 'bernostalgia' - untuk perjalanan Segamat-Wakaf Bharu ini saya menempah 'sleeping berth' (tempat tidur) jadi sepanjang perjalanan lebih 12 jam itu dapatlah saya membaring, merehatkan diri serta melepakan mata.Tren yang saya naiki itu hebat sungguh - ia bagai gergasi besi, bergerak tangkas dalam kegelapan malam; mengenai kereta api ini orang putih kerap menggunakan ungkapan ini - the train roared in the darkness of the night - akhirnya selepas hari siang saya turun di stesen Pasir Mas, tidak di stesen Wakaf Bharu seperti dijadualkan kerana seorang rakan baik di pekan ini yang saya hubungi melalui telefon ketika dalam tren, sudi menerima saya sebagai tetamunya. Selepas makan minum dan berehat, ketika berbual, rakan ini yang saya kenal budi dan akhlaknya, berharap saya sebagai seorang penulis dapat memaklumkan hal ini kepada pemimpin PAS terutama di Kelantan. Orang menegur itu tandanya dia sayang; jadi kepada semua berlapang dadalah... Kata rakan ini masalah berkaitan dadah terutama di kalangan generasi muda di kampungnya di Pasir Mas dan kampung-kampung lain di negeri Kelatan sudah menjadi terlalu teruk. Beliau meminta pemimpin politik dan negeri mengambil perhatian berat, sebelum terlambat. Sekarang ini ramai orang 'berniaga sikit-sikit' berlagak menjadi jutawan...hakikatnya ada yang berlindung di sebalik perniagaan...mereka sebenarnya tauke dadah, dakwanya.
Selain itu, beliau berkata akhlak dan masalah muda-mudi termasuk remaja di bangku persekolahan pun amat kritikal. Beliau mengambil contoh, berdekatan rumahnya ada sebuah sekolah...sejumlah pelajar beruniform selalu dilhat ponteng sekolah...mereka menghabiskan masa di kedai kopi berhampiran dengan lepak-lepak dan menghisap rokok. Seorang dua boleh tahan, tetapi apabila sudah beramai-ramai ini apa cerita? Sungguh malang, hal ini terjadi di Negeri Serambi Mekah, jadi kepada pemimpin bertindak segera sebelum terlambat, pintanya.

Published on July 24, 2018 07:50
July 22, 2018
Anugerah Kewartawanan: Hargailah media alternatif...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
SABAN tahun 'karyawan' (wartawan, penulis dan sebagainya) media massa 'arus perdana' dirai dan diberi penghargaan dalam Majlis Malam Wartawan Malaysia dan Penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas.
Beberapa hari lalu diadakan sambutan seumpama itu; sayang seribu kali sayang bagi anugerah tahun 2017, ketika proses ke arah penyempurnaan majlis seperti pemilihan pemenang, kerajaan Pakatan Harapan belum berkuasa, jadi (jika dilihat daripada senarai pemenang) semuanya membabitkan karyawan daripada apa yang dipanggil media massa arus perdana.
Satu kelainan, majlis kali ini menampilkan Menteri Luar yang juga Ketua Setiausaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai perasmi dan penyampai anugerah. Beliau dipetik sebagai berkata Kerajaan Pakatan Harapan memberi jaminan akan memberi ruang untuk menyuburkan kebebasan media di negara ini.
Beliau dipetik sebagai berkata Malaysia kini melalui transisi politik untuk menjadi sebuah negara demokrasi matang dan media berperanan penting dalam membantu merealisasikan objektif itu.Katanya, kerajaan hari ini juga lebih bersahaja serta bersedia untuk menerima kebebasan media. "Wartawan tak perlu risau akan menerima panggilan daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) atau daripada menteri-menteri lain. Buat debat pun tak larang. Harap tak ada editor yang akan dipanggil hanya kerana gambar yang diguna kurang menarik," katanya pada Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawan Malaysia 2017 MPI-Petronas 2017 itu.Sebanyak 20 kategori dipertandingkan tahun ini (bagi tahun 2017), antaranya, Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang. Pertandingan anugerah MPI-Petronas 2017, anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), menerima 349 penyertaan, berbanding 216 penyertaan tahun sebelumnya.Pada pandangan saya (penulis), sekalipun proses pemilihan pemenang Majlis Penganugerahan tahun 2017 ini dibuat sebelum kerajaan Pakatan Harapan berkuasa, setidak-tidaknya pada 'saat-saat' terakhir selepas Harapan berkuasa, penganjur boleh menyelitkan anugerah bagi penulis dan media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket. Namun amat mendukacitakan perkara ini tidak dilakukan sekalipun penganjur sempat menjemput tokoh Harapan (KEADILAN) untuk menyempurnakan majlis. Mengapa perasmi daripada kerajaan Harapan boleh dipanggil sedangkan penulis dan wartawan serta media massa alternatif seluruhnya tidak dihargai langsung? Membaca coretan wartawan, editor dan penulis media alternatif seperti Suara Keadilan dapat diketahui suara hati mereka - sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kejatuhan kerajaan hipokrasi dan kleptokrasi, tetapi 'seperti biasa', pemerintah tidak memandang sebelah mata pun kepada mereka!Jadi pada tahun-tahun berikutnya, penulis berharap media massa yang selama ini disifatkan sebagai media alternatif termasuklah wartawan, penulis dan mereka yang terbabit dalam menjayakan penerbitan, dimasukkan sebagai calon dalam anugerah-anugerah yang disediakan. Jangan lagi kita terpedaya kononnya hanya media massa arus perdana ini yang 'banyak berjasa' sedangkan bukti terserlah ramai daripada karyawan terutama peneraju seperti editor-editornya adalah bersifat bagaikan sumpah-sumpah! Mereka tukang 'spin' yang hebat, sekarang ini pun mereka main 'spin' tetapi pihak dibodeknya sudah bertukar!Jika di Indonesia pada zaman Suharto dulu, kita dapat saksikan media massa berpaling arah 360 darjah bagi sama-sama menyertai kebangkitan rakyat bagi menjatuhkan rejim korup itu, tetapi media massa arus perdana Malaysia nampaknya 'enak-enak saja menikmati hasilnya' selepas kerajaan kleptokrasi Umno BN ditumbangkan. Dulu mereka menjadi 'pembodek utama' tetapi sekarang ramai yang berlagak bagaikan 'pejuang' pula!Ketika menulis ini kolum Sejenak ini, penulis teringat pesanan 'pejuang rakyat' Mohamad Sabu (kini Menteri Pertahanan) mengenai media massa. Dalam satu ceramahnya yang penulis hadiri, beliau mengingatkan bahawa salah satu kongkongan kerajaan Umno BN yang masih belum 'dimerdekakan' adalah media massa.Mohamad berkata 'kebebasan' media massa adalah penting dalam membuat perubahan. Beliau mengambil contoh pengamalan media massa Indonesia yang bukan saja berperanan penting ke arah perubahan bagi menjatuhkan diktator Suharto pada pengakhiran abad lalu malah sehingga kini termasuklah ketika berlangsungnya pilihan raya umum (Pemilu).
Presiden Amanah itu menyarankan semua petugas media massa bangkitlah daripada 'tidur nyenyak dan panjang'; jangan membiarkan diri dipermain-mainkan' dan 'memperkudakan' oleh kerajaan yang berkuasa.
Dulu media Indonesia tidak berani menjalankan peranan ‘check and balance’, kerja mereka banyak mengampu atau menjadi ‘yesman’ atau jurucakap pemerintah sahaja. Bagaimanapun selepas kebangkitan rakyat, media massa berubah mendadak, daripada pro-rejim Suharto mereka menjadi pro-rakyat.
Media terutama akhbar menyuntik dan menaikkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan bagi semua. Suharto akhirnya tumbang bagi membolehkan pilihan raya yang dianggap telus diadakan membawa kepada kepada pemilihan tokoh seperti BJ Habibie, Gus Dur, Megawati Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan kini Jokowi sebagai Presiden.
Demikian juga jika dikaji perkembangan media massa tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan. Akhbar-akhbar awal Tanah Melayu seperti Jawi Peranakan, Majlis dan Utusan Melayu sendiri menyemarakkan semangat anak watan ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan.
Dulu pemerintah Umno BN 'memperbodoh' rakyat terutama media massanya, sekarang diharapkan kerajaan Pakatan Harapan (termasuk menteri-menterinya) tidak begitu; jadi sama-samalah beri pengiktirafan dan penghargaan kepada media massa terutama akhbar-akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan karyawannya.
Sorotilah negara-negara maju, kita akan dapati di samping media tradisional termasuk yang mendakwa sebagai arus perdana, peranan media alternatif tidak dikesampingkan. Di negara-negara ini, media massa alternatif mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan kehidupan, termasuk perjuangan golongan atau kumpulan minoriti. Media alternatif secara tradisinya dilihat sebagai suara kumpulan minoriti tetapi tidak mustahil ia boleh mewakili golongan majoriti.Berdasarkan perkembangan di negara Barat ini yang demokrasinya menjadi sanjungan banyak pihak di Malaysia termasuk parti pemerintah, maka perlulah pihak berwajib memberikan hak untuk semua parti-parti politik termasuklah daripada pembangkang membangunkan media massa mereka sendiri termasuk TV dan radio yang siaran atau terbitannya tidak terhad kepada ahli parti tetapi untuk semua warga. Jika situasi ini dibenarkan, akan wujudlah persaingan sihat media massa yang sudah tentu akan menguntung serta memaju serta mematangkan rakyat negara ini. Jadi kepada kerajaan baharu dalam negara yang ada orang memanggilnya sebagai Malaysia Baharu, iktiraf dan berilah sama-sama penghargaan kepada media massa alternatif yang selama ini berjuang bermati-matian bagi membolehkan tokoh politik menjadi wakil rakyat dan seterusnya menteri...dan yang paling besar sekali menumbangkan rejim korup yang lama! Tidak ingatkah anda semua akan hal ini?

Published on July 22, 2018 07:58
July 19, 2018
Titipan Seorang Pesara (39): Berbasikal di kota Melaka; usah menang sorak kampung tergadai...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
PULUHAN tahun lalu, ketika remaja, saya adalah 'raja berbasikal' di kota Melaka. 'Raja' di sini bukan bermaksud saya juara pertandingan menunggang basikal tetapi 'hebat' meronda jalan dan lorong di bandar ini dengan basikal buruk saya.
Baru-baru ini saya mengimbau kenangan lalu (step back on the memory lane) apabila dapat berbasikal menyelusuri jalan dan lorong di Kota Melaka. Penat memanglah penat sebab saya sekarang ini 'tidak terlalu muda' (jangan pakai perkataan tua kerana ia sensitif) disebabkan kudrat dan tenaga sudah tidak berapa 'power'.
'Keindahan dan keseronokan' berbasikal tidak sama dengan menaiki kereta atau motosikal. Antaranya dengan bergerak perlahan, kita dapat saksikan pelbagai pemandangan sisi serta aksi manusia. Dari segi politik, Kota Melaka sentiasa 'berahlikan' anggota Parlimen daripada DAP; seingat saya adalah sekali dua MCA menang di sini. MCA selalunya tewas di sini malah 'Raja' Bola Sepak, Soh Chin Aun yang pernah menjadi calon, juga kecundang.
Banyak kawasan di kota Melaka berciri 'kecinaan' melebihi bandar-bandar lain di tanah air kita. Ini tidak menghairankan malah di satu sisi kota ini tersergam Bukit Cina yang ada pihak menyatakan sebagai tanah perkuburan orang Cina terbesar di Malaysia, malah Asia! Ini sebagai manifestasi hubungan baik orang Melayu-Cina sejak sekian lama.
Malaysia sebuah negara pelbagai kaum yang menjanjikan keharmonian untuk semua, jadi hormatilah kecenderungan orang Cina untuk kekal dengan budaya dan cara hidup mereka seperti dilakukan pemerintah silam seperti Sultan Mansor Shah pada era Kesultanan Melaka Melaka (!400-1511) menghadiahkan Bukit Cina kepada Puteri Hang Li Po dan rombongannya yang memilih menetap di Melaka.
Namun amat-amatilah bahawa orang Cina dan keturunan mereka selepas era Melaka atau pada zaman negeri-negeri Selat (ketika Pulau Pinang, Melaka dan Singapura di bawah Inggeris), dapat menyerap budaya dan cara hidup orang Melayu.
Mereka dikenali sebagai Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) yang bahasa dan cara hidup mereka selari dengan orang pribumi iaitu Melayu. Cina Baba dan Nyonya ini kekal sehingga hari ini...ramai yang tidak tahu bercakap bahasa Cina tetapi menggunakan bahasa Melayu! Sekalipun begitu, mereka kekal dalam agama lama mereka, tidak ada paksaan untuk mereka menjadi Islam!
Tanggal 9/10 Mei 2018, tercatat sejarah apabila buat pertama kali Umno-BN disingkirkan daripada puncak kuasa oleh rakyat, perkara ini turut disaksikan di bumi Hang Tuah apabila Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti - Bersatu, PKR, DAP dan Amanah - meraih 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Umno-BN mendapat 13 kerusi, semuanya disumbangkan Umno - parti perikatannya MCA dan MIC kecundang sama sekali.
Pakatan Harapan menobatkan Pengerusi Negerinya yang juga Pengerusi Amanah Negeri, Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11. Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan memang selayaknya Adly menjadi Ketua Menteri...namun jika dihalusi daripada 15 kerusi dimenangi Pakatan Harapan, sumbangan terbesar adalah daripada DAP, kemudian baru PKR, Bersatu dan Amanah. Sembilan Adun adalah bukan Islam/Melayu..ertinya hanya ada enam Adun Melayu/Islam dalam kerajaan baru ini.
Kerusi Pakatan Harapan itu adalah bagi Dun Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Paya Rumput, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil (dimenangi Adly), Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar Hilir, Telok Mas dan Bemban manakala Parlimen Masjid Tanah dan Dun dalamnya serta sekitarnya (kawasan majoriti tinggi Melayu) dimenangi Umno. Namun, mutakhir ini MP Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin (bekas Ketua Puteri Umno) pun sudah 'cabut'; meninggalkan Umno.
Sekalipun Adly adalah Ketua Menteri, sekilas pandang DAP 'menguasai keadaan', jadi tidak hairan baru-baru ini kerajaan baru negeri ini menjadi yang pertama di tanah air memberi pengiktirafan ke atas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperjuangkan oleh parti, NGO, cendekiawan dan orang awam Cina sejak sekian lama.
Beberapa hari lalu, PAS Melaka mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Masjid Al-Azim bagi membantah pengiktirafan UEC oleh kerajaan Pakatan Harapan Negeri Melaka.
Dilaporkan, di hadapan pintu masjid tersebut, kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ahli pelbagai NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA dan Persatuan Silat Gayong hadir bagi menyatakan bantahan.Perhimpunan berjalan dengan aman dikawal anggota FRU dengan dua trak. Bantahan berlangsung setengah jam diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sedik.Selepas itu penyerahan memorandum ke pejabat Ketua Menteri diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin."PAS Melaka mendesak agar kerajaan negeri menarik balik pengiktirafan UEC daripada sekolah Cina persendirian kerana ia berlawanan dengan Akta Pelajaran 1996," kata Ustaz Kamarudin semasa berucap di himpunan itu.Beliau mendakwa UEC menggunakan silibus dari Taiwan dan diajar dalam bahasa Mandarin. Malah ujarnya, UEC juga akan menggagalkan pembinaan negara bangsa serta mencarik perpaduan rakyat Malaysia.Tambah beliau, sesetengah penganalisis pendidikan mengatakan pengiktirafan UEC adalah suatu tindakan yang tidak bertamadun. Di peringkat nasional, PAS melalui Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan juga membantah pengiktirafan UEC itu yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) kerana ia telah mensabotaj strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.Kata Ustaz Nasrudin, dua strategi utama untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan negara.Selain itu, kurikulum yang diwujudkan mestilah selaras dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Bahasa Kebangsaan yang dirujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ditafsirkan sebagai Bahasa Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Begitu juga Seksyen 74 Akta Pendidikan 1996 dengan jelas mengarahkan semua institusi pendidikan swasta mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid-murid bagi peperiksaan yang telah diselaraskan di peringkat negara.Pengikitirafan UEC seolah-olah memberi satu autonomi yang sangat luas dalam bidang pendidikan untuk tidak patuh kepada dasar dan akta sedia ada sebaliknya berorientasikan negara Taiwan dan China, katanya.Selama ini, Dong Zong yang agresif menuntut pengiktirafan UEC enggan untuk berkompromi dengan syarat-syarat pematuhan yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan.Namun sekarang, DAP melalui Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Teo Nie Ching sewenang-wenangnya mahu pengiktirafan UEC hanya dilakukan di peringkat Kabinet (bukan Parlimen) sehingga mengabaikan suara rakyat dalam kalangan ahli akademik, profesional, NGO dan parti politik yang membantah pengiktirafan ini.PAS mendesak agar pihak kerajaan menghentikan polemik ini. Tindakan mengiktiraf UEC akan merenggangkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia, kata Ustaz Nasarudin.Selepas tindakan pantas kerajaan negeri Pakatan Harapan Melaka mengiktiraf UEC, kini Teo Nie Ching mahu 'secepat kilat' UEC diiktiraf di peringkat Persekutuan selewat-lewatnya hujung tahun ini.Jika kerajaan Pakatan Harapan Melaka pimpinan KM Adly tetapi 'dimonopoli' Adun DAP tidak sabar (tergesa-gesa) dalam mengiktiraf UEC, Teo juga dari DAP lagi tidak sabar.Beliau dipetik sebagai berkata: "Saya berharap akan menyiapkan kerja ini sebelum tahun ini berakhir, itu matlamat saya. Ia mungkin mengambil masa untuk membina sebuah sekolah, tetapi hal ini (pengiktirafan kepada UEC) boleh dilakukan secepat mungkin. Saya tak suka menjalankan kerja secara lembab."Benar, pakatan pembangkang (Pakatan Harapan) akhirnya berjaya 'menamatkan riwayat' kerajaan Umno-BN di Melaka, rakyat Melaka (majoritinya Melayu) boleh bersorak, namun jika diperhalusi mereka sebenarnya menang sorak tetapi kampung halaman sudah tergadai.Cuba fikir-fikirkan apa sebenarnya sudah terjadi kepada negeri Hang Tuah ini...parti yang mempunyai kerusi terbanyak adalah Umno, parti saingannya PAS kosong kerusi, Pakatan Harapan (ada empat parti dalamnya) yang berkuasa sekarang ini didominasikan oleh DAP walaupun KM-nya seorang Melayu daripada parti Amanah...Akhirnya, kerajaan Pakatan Harapan Melaka muncul negeri pertama mengiktiraf UEC, mendahului kerajaan Persekutuan; tidakkah itu bermakna orang Melaka 'daripada keturunan Hang Tuah' menepati kata-kata bijak pandai - menang sorak, kampung tergadai...Menyelusuri jalan demi jalan, lorong demi lorong di bandar Melaka, tersedarlah saya kini bumi ini (kota Melaka) adalah pusaka bangsa daripada nenek moyang Tun Perak, Hang Tuah, tetapi sayang seribu kali sayang kebanyakan hartanah di sini sudah menjadi milik orang...saya pun sama - 'hanya mampu berbasikal', tak mampu 'ber-Mercedes'...

Published on July 19, 2018 07:47
July 16, 2018
Surat terbuka buat menteri muda seperti Syed Saddiq
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
ASSALAMUALAIKUM wbt 'Bro' (Saudara) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau lebih tepat lagi anakanda Saddiq...ya kenapa anakanda? Ini kerana usia anakanda Saddiq hampir sama dengan seorang anak pakcik (penulis) yang baru lulus di UIAM.
Tahniah kerana dilantik menteri; sebelum pergi lebih jauh, eloklah kita tengok profil anakanda Syed Saddiq seperti dipaparkan oleh Wikipedia - Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau adalah bekas Juara Debat Asia.Lahir: 6 Disember 1992 (umur 25 tahun), Pulai, Kangkar PulaiPendidikan: Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaIbu bapa: Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-SagoffSaudara kandung: Syed Abdullah Syed Abdul RahmanParti politik: Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu MalaysiaSebelum menulis surat ini, pakcik tertarik dengan sepucuk surat terbuka kepada anakanda ditulis oleh wartawan dan kolumnis veteran R Nadeswaran dalam Malaysiakini...beliau menggunakan panggilan 'Young Man' (Orang Muda) kepada anakanda dan tidak 'Bro' (Brother) seperti yang anakanda pinta kepada orang ramai.
'Pakcik' Nadeswaran antara lain mengingatkan anakanda 'Orang Muda' supaya berhati-hati - amat berhati-hati - apabila anakanda membabitkan diri dalam jabatan dan agensi berkaitan sukan. Beliau mengingatkan bahawa anda mungkin sudah menjebakkan kaki ke dalam lubuk buaya dan ular, 'disarangi' pelbagai racun kehidupan.
Kata 'pakcik' ini, jika anakanda terselamat daripada mereka, di sepanjang laluan, anakanda akan ketemui banyak 'buaya' yang akan membaham anakanda hidup-hidup sebagai sarapan dan memuntahkan tulangnya.
Beliau turut mengingatkan politik dalaman kementerian dan agensinya adalah lebih berapi-api (berwaspadalah akan tikam belakang, surat beracun dan sebagainya) dan kritikal daripada apa yang pernah anakanda alami.
Jika Pakcik Nadeswaran mengingatkan anakanda akan 'bahaya' dalam jabatan, agensi dan kementerian yang 'penjawat biasa' akan menghadapi 'politik pejabat', pakcik (penulis) pula inginkan anakanda fikirkan sejenak perjalanan hidup yang jauh dan panjang anakanda dari usia sekarang (25 tahun) menuju 30, 40, 50, 60 dan 70 tahun serta seterusnya (hayat anakanda).
Pakcik kalau boleh tak nak anakanda melalui hidup seperti dijalani bekas pemimpin tertinggi negara sekarang ini - menjadi menteri besar dalam usia 20-an, kemudian menjadi timbalan menteri, menteri dan seterusnya ke tahap tertinggi tetapi dalam wawancara akhir-akhir ini asyik bercakap "tak tahu saja." Ya, apa sudah jadi pada si dia?
Berdasarkan cakap-cakap rakyat, mereka berkata pemimpin ini dilahirkan dalam keluarga senang lenang, sejak kecil belajar di luar negara, kemudian balik selepas kematian ayahandanya untuk menjadi orang besar - jadi dia kurang faham akan penghidupan rakyat apatah lagi menyelami derita orang miskin.
Mereka mendakwa kerana tak dapat menjiwai sengsara rakyat, beliau ingatkan rakyat kebanyakannya senang lenang sepertinya dan kalau yang miskin boleh 'diubati penyakit' mereka dengan memberi bantuan wang sekali beri. Tangisan derita rakyat mungkin tidak sampai ke pengetahuannya kerana ramainya pengampu yang berkata "semua ok!"
Sekarang pakcik sudah berada di usia pertengahan 50-an; asam garam kehidupan sedikit sebanyak telah 'menyerap' ke dalam tubuh pakcik, jadi pakcik sudah rasakan aneka suka duka kehidupan dan orang.
Bijak pandai ada berkata, manusia itu ada tiga masa saja - semalam, hari ini dan esok. Mereka mengingatkan kita hanya ada masa sekarang kerana semalam sudah berlalu sedang besok belum pasti. Jadi anakanda Syed Saddiq, gunakan masa sekarang sepenuh-penuhnya dalam membuat kebaikan.
Harapan ayahanda, anakanda Syed Saddiq yang menginjak ke usia 26 tahun sudah matang sekarang ini sekalipun realitinya, 'kebanyakan' orang matang ketika mula berusia 40 tahun. Orang putih kata 'life begins at 40'...itu dia orang punya hal-lah, tetapi bagi orang Islam, diingatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dilantik oleh Allah SWT menjadi rasul pada usia 40 tahun.
Anakanda Syed Saddiq, sukacita diingatkan bahawa ilmu termasuk pengalaman adalah kunci kejayaan. Sedarlah ilmu manusia hanyalah setitis air daripada semua air lautan, jadi tuntutlah ilmu sekalipun anakanda sudah bergelar menteri.
Akhir kata, jika anakanda Syed Saddiq sudah faham bahawa ilmu adalah penyuluh kehidupan, anakanda Saddiq akan sedar kita (manusia) hanya dikehendaki tunduk kepada-Nya; setiap perbuatan ada implikasi ada dosa dan pahala. Insya-Allah jika ini sentiasa tersemat di hati anakanda Syed Saddiq, anakanda akan selamat dunia dan akhirat...jadi tugas anakanda sebagai menteri akan lebih mudah; taklah mengikut pantun diubah suai ini - siakap senohong, ikan gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri (perdana menteri)...

Published on July 16, 2018 07:24
July 13, 2018
Titipan Seorang Pesara (38); Henti kegilaan pamer kemewahan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
SELEPAS berakhirnya Ramadan, pada bulan Syawal sekarang ini dan bulan-bulan berikutnya ada banyak 'jemputan makan' seperti majlis kenduri kahwin (walimatul urus) dan rumah terbuka.
Apa yang saya perhatikan, sesetengah majlis perkahwinan 'sungguh dahsyat sekali' dari segi mempamerkan kemewahan - hiasan khemah, dekrorasi pelamin dan kelengkapan serba-serbinya menggambarkan status, kemewahan dan cita rasa tinggi yang mungkin tak termimpikan oleh orang dulu-dulu.
Sebenarnya saya ini 'jenis manusia' tidak ambil endah atau 'pusing' akan hiasan-hiasan seumpama ini tetapi suatu hari 'entah bagaimana' kaki saya 'terlangkah' ke dalam rumah pengantin perempuan di ruang yang menempatkan pelamin.
Waduh, kaki saya terpijak karpet berbulu lembut...sungguh saya sangka ruangan itu berkarpet bulu dari dinding ke dinding di seluruh ruang itu...kemudian mata saya bergerak ke siling...kelihatan bergantungan kain-kain 'lembut dan halus' yang tak tahu saya nak sebutkan 'apa bendanya' - mungkin si 'wedding planner' (perunding perkahwinan) dapat menjelaskannya.
Mata ini kemudian 'melirik' ke pelamin...uhhh sungguh indah sekali hiasan set pelamin berwarna putih 'peach' dengan gubahan kain 'background' yang mempersona ditambah dengan puluhan atau mungkin ratusan jambangan bunga hidup...aduh...bagaikan di 'syurga' rasa diri ini 'tercampak'.
Saya tak tahu kos sebenar hiasan dan dekrorasi 'pelaminan sebegini' tetapi mendengar kata-kata yang tersebar, tak kurang RM10,000...'waduh'...banyaknya duit! Ini baru hiasan ruang pelamin, bagaimana perbelanjaan lain seperti makanan, sewa khemah yang sekarang ini kebanyakannya 'beropol-ropol' dengan kain hiasan. Ada pintu gerbang penuh hiasan, malah kerusi pun dipakaikan 'cover', terdengar di telinga ini satu penutup kain kerusi cajnya RM5...kalau 1,000 kerusi tidakkah RM5,000?
Demikianlah sekarang ini kebanyakan kita ditimpa bahana kemewahan; kalau ini berlaku di kalangan orang yang betul-betul 'berada' taklah nampak buruk sangat tetapi bagaimana pula di kalangan orang kurang berada tetapi berpegang kepada konsep 'bior pape asal bergaye'...Dia akan berhutang dan terus berhutang, hatta pemimpin pun ada yang berhutang dan sanggup 'songlap' duit berjuta-juta ringgit kerana dia dan isteri nak hidup mewah...
Kalau keluarga seorang pengantin perempuan 'berhabis' RM50,000 untuk majlis perkahwinan anak mereka, bayangkan berapa wang hantaran dimintanya daripada pihak pengantin lelaki. Jika inilah keadaannya, 'banyaklah' anak muda lelaki akan merana...maka benarlah lirik lagu yang saya dengar pada satu majlis perkahwinan, antara lain berbunyi...aku nak kahwin tapi duit tak ada...
Berhubung hidup bermewah, cuba mempamer kemewahan atau berlagak hidup mewah ini, saya teringatkah sebuah syarahan seorang ustaz mengenai bahaya amalan ini. Dalam sebuah hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a. dia berkata: "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.
"Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah).
"Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?"
"Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada pada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki."
"Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu." [H.R. Termizi]
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus (seperti yang kita nikmati sekarang ini). Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang daripada berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ia sudah mencukupi tetapi, apabila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.
Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang daripada berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.: "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)."
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi pada saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.
Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.
Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
Bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi, kita dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini, tetapi mengapa selepas 'menghempas-pulas' menjalani ibadah seperti berpuasa dalam Ramadan, sekarang ini beraya 'macam nak gila'; demikian juga menghamburkan segala harta benda untuk meraikan majlis menyambut menantu (kahwin).
Sebuah pertubuhan pengguna tidak lama dulu mengkritik majlis perkahwinan besar-besaran dan melampau dalam mempamerkan kemewahan yang dakwanya menyumbang ke arah penyuburan nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama termasuklah menimbulkan sikap riak, sombong, dan menunjuk-nunjuk.
Ia menyarankan kesederhanaan sebagai jalan terbaik; jadi kepada semua janganlah melampau dalam mempamerkan kemewahan dalam apa juga situasi kehidupan termasuk dalam menganjurkan majlis perkahwinan.

Published on July 13, 2018 07:46
July 9, 2018
'Songlap' harta; kembalikan dan minta maaf...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
SEKARANG ini negara gempar dengan rampasan harta bekas pemimpin yang didakwa mencecah satu bilion ringgit. Di sini kita tidak akan mengulas isu ini tetapi menarik perhatian pembaca sejenak mengenai hal sampingan seperti bagaimana menulis angka satu bilion ringgit; ya ada berapa kosong agaknya? Jawapannya sembilan kosong (9), jadi satu bilion ringgit ditulis RM1,000,000,000.
Jika kita ada wang RM1,000,000,000 dalam bentuk tunai atau dalam akaun bank, dari segi pembayaran zakat pula jika wang itu sudah cukup haul dan nisab, dengan kadar zakat 2.5 peratus, jumlah yang perlu dikeluarkan adalah RM25,000,000 (RM25 juta). Banyaknya...ia pula perlu dikeluarkan setiap tahun bukan sekali beri.
Itu jumlah wang yang perlu dikeluarkan zakat...sudah semestinya wang yang hendak dizakatkan itu adalah daripada 'wang halal'...persoalannya jika wang daripada sumber haram apatah lagi mendapatkannya daripada perbuatan menzalimi orang dan pihak lain, bagaimana 'situasi'nya?
Sebagai manusia, biasalah kita membuat kasalahan, sama ada terhadap Yang Maha Kuasa atau terhadap makhluk-Nya terutama sesama manusia. Allah SWT sangat suka kepada orang yang telah membuat kesalahan tetapi bertaubat iaitu memohon keampunan kepada-Nya.
Jadi bagaimana untuk bertaubat termasuk bagi mereka yang telah 'mengsonglap' atau 'membalun' harta atau hak orang lain? Cukupkah dengan pergi ke Makkah, melakukan umrah atau haji dan memohon ampun kepada Allah SWT seperti 'dipamerkan' sesetengah orang terutama para pemimpin?
Seorang ustaz ketika memuzakarahkan hal ehwal berkaitan taubat, berkata, ada tiga syarat bertaubat iaitu segera berhenti melakukan perkara dosa (maksiat), menyesal perbuatan lalu dan berazam tidak mengulanginya. Ini bagi kesalahan dengan Allah SWT tetapi jika kita bersalah dengan manusia ada satu lagi syarat iaitu berjumpa orang atau pihak terbabit, meminta maaf dan menyelesaikan apa-apa yang kita terhutang atau 'tercuri'.
Kata ustaz, berdosa kepada Allah SWT mudah kita memohon ampun, Allah SWT sangat suka kepada orang bertaubat tetapi kesalahan sesama manusia amat berat; jika kita ada terambil hak orang kita wajibkan pulangkannya.
Misalnya, sesiapa yang menyeleweng, pecah amanah atau menyonglap harta termasuk wang rakyat tidak kiralah RM1 atau berbilion-bilion ringgit, di samping meminta maaf dia perlu kembalikan wang itu. Dan jika orang atau pihak terbabit sudah meninggal dunia, wang itu perlu dipulangkan kepada waris dan jika waris pun susah dicari, dermakan wang itu dengan doa agar ganjaran pahala diberikan kepada orang terbabit. Tetapi jika dia tiba-tiba ‘muncul’ wangnya tetap perlu dikembalikan sekalipun kita sudah menderma kesemua wang berkenaan.
Jika kita bersalah mengambil wang individu dalam jumlah tak banyak, mungkin kita boleh pulangkan tetapi bagaimana kita songlap wang rakyat yang bukan sedikit tetapi berjuta-juta dan berbilion-bilion ringgit, bagaimana kita mahu mencari jalan keluar?
Demikianlah, kata seorang lagi ustaz dalam tazkirahnya yang penulis hadiri, kesalahan manusia sesama manusia amat berat. Apatah lagi pemimpin terhadap rakyatnya. Pemimpin perlu adil dan amanah kerana antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah SWT adalah imam (pemimpin) yang adil.
Abu Hurairah r.a. meriyawatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya. Mereka adalah imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu serta berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan dia takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kirinya, dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” – Riwayat Imam Muslim
Ya, jika pemimpin yang sudah menzalimi rakyat termasuk mencuri wang mereka; kemudian mahu bertaubat penuhilah syarat taubat termasuk meminta maaf kepada setiap rakyat dan kembalikanlah hak mereka!
Seorang sahabat penulis mendedahkan dalam dunia politik dan bisnes berlaku banyak penyewelengan termasuk rasuah. Bagi menghadapinya, kata beliau, seseorang itu ada beberapa pilihan - pertama lakukan 'kejahatan sejahat-jahat' tetapi jangan sampai 'tertangkap' dan yang kedua, tinggalkan terus bidang berkenaan.
Katanya, bagi rakan-rakan bisnes dan politik yang memilih untuk berbuat 'sejahat-jahatnya' termasuk tidak menunaikan ibadat seperti solat sama sekali (ada yang melakukan solat secara berpura-pura demi kepentingan politik dan bisnes) dan zakat, beliau menyaksikan mereka dilimpahi nikmat demi nikmat seperti kekayaan melimpah luah, kemasyhuran, pangkat, gelaran dan pelbagai kelebihan duniawi. Yalah, dia macam Firaun yang dikatakan tidak pernah sakit; menyebabkan dia mengaku dirinya tuhan.
Namun bagi mereka yang hatinya berbelah-bahagi (50-50) seperti takut-takut mengamalkan rasuah dan maksiat tetapi ada kala melakukannya kerana 'terliur' dan 'lalai' dengan kenikmatan dunia tetapi tidak meninggalkan solat secara terus; mereka akan diuji dengan kemewahan yang diperolehi.
Bagi golongan kedua; ada saja yang tidak kena - kuasa dan pangkat hilang, harta dirampas, ahli keluarga kemalangan dan matilah, isteri sakit teruklah, anak berperangai jahatlah, rumah dimasuki pencurilah, diri sendiri kena rompaklah; pendeknya banyak masa dan duit dalam poket dihabiskan untuk menyelesaian masalah.
Sahabat saya itu berpendapat; golongan pertama sudah dilupakan oleh Yang Maha Berkuasa - apa saja mereka kehendaki diberi; mereka mendapat bahagian mereka di dunia ini tetapi tidak di akhirat nanti. Mereka bolehlah 'beraya sakan' di dunia, tetapi ingatlah kesenangan hidup di dunia hanya sebentar cuma! Mereka macam Firaun, Hamman dan Qarun.
Kepada mereka yang masih solat yang di dalamnya ada diucapkan "Ya Allah, tunjukki kami jalan yang lurus", Yang Maha Berkuasa menguji mereka dengan mendatangkan pelbagai masalah agar mereka dapat berfikir - "Ya Allah tak betul jalan yang aku ikuti selama ini, aku mahu kembali ke jalan-Mu yang lurus!"
Ya, kepada mereka yang hilang kuasa, pangkat dan harta dirampas, itu tandanya Allah Yang Maha Kuasa masih sayang...jadi bertaubatlah dan bagi kesalahan sesama makhluk seperti terambil harta orang lain termasuk rakyat, minta maaflah dan KEMBALIKAN harta itu kepada yang BERHAK! Pintu taubat masih terbuka sehinggalah nyawa berada di kerongkongan (sakaratul maut) atau matahari terbit dari sebelah barat...

Published on July 09, 2018 07:30
July 4, 2018
Titipan Seorang Pesara (37): Tarbiyah Ramadan untuk dikenang sampai bila-bila...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
TANGGAL 1 Ramadan lalu saya mengalami kemalangan kecil. Ketika saya mahu mempakir motosikal di masjid untuk solat asar, kenderaan itu hilang imbangan lantas saya menahannya dengan kaki kanan...tanpa sedar betis saya telah 'melekap' di ekzos motosikal yang panas, aduh sakitnya!
Dengan pantas saya menarik kaki saya, sedikit kulit pada bahagian betis yang terkena ekzos tersiat...terasa pedih dan panas. Cepat-cepat saya meludah ke tapak tangan, membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah, kemudian melumurkannya ke tempat melecur tadi dengan doa bersungguh-sungguh, penuh pengharapan agar saya 'tidak apa-apa'.
Selepas solat asar saya kembali 'merenung' luka saya. Ada kesan terbakar seluas dua duit syiling 50 sen. Sebahagian kulit di bahagian itu sudah tersiat manakala bakinya melecur, menggelembung dan kemerah-merahan. Demikianlah ujian Allah datang tepat pada 1 Ramadan, kini bulan barakah ini sudah berlalu malah Syawal sudah sampai ke pertengahan bulan...luka di kaki baru sembuh tetapi masih berparut besar, persoalannya apa yang dapat saya pelajari daripada 'insiden' ini? Ya, sungguh banyak pengajaran, antara yang dapat saya selami:
1. Belajar menerima takdir Illahi (Qada' dan Qadar)
Sejurus sebelum 'tragedi' itu saya 'happy' saja...almaklumlah tak lama lagi selepas asar dan memasuki maghrib, saya akan berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak tercinta pada hari pertama Ramadan. Tapi, apakah malang, dalam sekelip mata, kaki sudah melecur. Pedih, panas dan sakit pula tu. Ya, dalam keadaan kita baik-baik sahaja, tiba-tiba kita sakit pula. Itulah ketentuan Illahi, sebagai orang beriman, terima saja ketentuan-Nya. Ini namanya reda atas Qada' dan Qadar-Nya..
Jika jatuh sakit dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, demikian juga kematian. Bila-bila saja kita boleh mati termasuk saat kita sedang 'happy'. Ibarat sekeping papan, apabila diterbalikkan yang atas akan ke bawah, yang bawah ke atas. Apabila diterbalikkan diri kita ni, masuk kuburlah kita...Persoalannya sudah bersediakah kita untuk mati...misalnya sudah cukupkah bekalan kita?
2. Belajar takut seksaan Illahi
'Terbakar' sedikit di kaki saya sudah tak tahan...itu baru terkena ekzos motosikal bukan terbakar dalam erti sebenarnya. Bisanya, aduh. Pedihnya, aduh. Itu baru sedikit kulit kaki tercabut. Oohh, tidak dapat saya bayangkan bagaimana orang yang terbakar sebahagian badannya atau mati terbakar misalnya dalam kemalangan jalan raya.
Di dunia ini kita tak dapat tahan 'seksa' terbakar. Bagaimana nasib kita di akhirat nanti jika kita jenis orang degil dengan perintah Illahi. Demkian juga, bagaimana diri kita saat sakratulmaut yang menurut sesetengah ulama sakitnya seumpama 70 kali tetakan pedang? Dalam Surah An Nisaa' ayat 56, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir pada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
3. Belajar erti sabar
Apabila ditimpa sakit, kebanyakan orang termasuk diri ini tidak dapat sabar. Kata orang 'jam ini' juga hendak baik. Setiap hari ketika mencuci luka itu, saya membelek-beleknya - hai tak baik-baik...bila nak baik ni. Saya menghitung masa - tiga hari tak baik, seminggu pun tak baik, akhirnya sampai sebulan baru luka itu terkatup tetapi parut merah masih ada sehingga kini. Alhamdulillah pada Ramadan itu sedikit sebanyak saya dapat mengerti sabar...semua hal dalam dunia ini memerlukan kesabaran...tiada istilah 'Zasss' saja, semua kemahuan kita tertunai.
4. Belajar mengerti keagungan Illahi
Membelek-belek luka itu setiap hari, menzahirkan keagungan Illahi di hati. Doktor hanya boleh memberi ubat luka, ubat cuci, ubat pembunuh kuman dan mendeskripsi saya merawatnya dua kali sehari tetapi bolehkah doktor menumbuhkan kulit di kaki saya itu? Subhanallah Maha Suci Kau Ya Allah, saya menyaksikan sendiri saban hari bagaimana proses penyembuhan luka itu. Insya-Allah, saya akan ceritakan di bawah ini.
5. Belajar daripada mereka yang pakar
Pada hari kaki terkena ekzos itu saya enggan ke klinik atau hospital. Saya teringat pengalaman lalu apabila saya kemalangan motosikal juga. Ketika itu saya segera ke klinik kerana luka yang banyak di kaki. Ya, apabila terjatuh ke jalan dan tanah, luka kita kotor dan perlu dibersihkan dulu.
Di klinik berkenaan, yang membersihkan luka adalah pembantu bukan doktor. Tanpa belas kasihan, mana-mana bahagian kotor misalnya luka bercampur tanah dicucinya betul-betul...mengerang saya dibuatnya. Yang paling mengerikan saya, mana-mana kulit yang menggelembung atau tersiat, ditarik dan diguntingnya. Apa lagi, menjeritlah saya...tetapi kerana malu...dalam hatilah saja!
Pada kes terbaru ini saya berbelah bagi sama ada mahu ke klinik atau tidak. Akhirnya saya ke klinik juga sebab ditakutkan dengan satu kes seorang saudara yang menghidap kencing manis, mati selepas air panas tertumpah ke kakinya. Ya, saya yang juga penghidap diabetes ini sebenarnya takut mati...diri ini belum 'ready' lagi. Hakikatnya, 'ready' atau tidak, kita ini semuanya adalah bakal jenazah.
Akhirnya saya ke sebuah klinik...doktor di sini baik pula...dia bagi saya pilih sama ada mahu cuci sendiri luka saya atau pembantunya melakukannya. Cepat-cepat saya jawab saya mahu melakukannya sendiri.
Doktor tersenyum...dan sempat memberi penerangan kepada saya. Katanya, luka ini akan cepat baik jika kulit yang terbakar itu tanggal...selepas itu barulah luka itu akan baik dan kulit baru akan tumbuh...
Selama lebih sebulan membelek-belek luka saya, saya akui kata-kata doktor itu. Kulit yang menggelembung, bersisa dan berdarah sedikit demi sedikit akan tertanggal dan selepas itu barulah bahagian luka itu menuju penyembuhan dan tumbuh kulit baru. Ya, sungguh hebat kuasa Allah Taala...tiada makhluk yang boleh melakukan hal ini.
Bagi doktor pula, sebagai pakar mereka tahu proses penyembuhan luka. Itulah sebabnya mereka 'berkeras' mahu 'menggunting' dan membuang mana-mana kulit yang menggelembung dan tersisa sebab jika tak dibuat begitu, kulit itu akhirnya akan tertanggal juga sebelum luka baik. Kaedah pertama luka akan cepat baik, yang kedua 'awak tanggunglah sendiri'. Demikianlah, yang tak tahu dan bodoh sombong adalah saya...oh Tuhan, ampunkan hamba-Mu ini...
Berkenaan perkara 'pakar' ini di dalam al-Quran (2:189) ada dinyatakan tanyalah kepada mereka yang ahli seperti ulama, pakar, ibu bapa, kawan yang jujur dan seumpamanya...ya sebenarnya orang seperti saya ini banyak perkara yang tak tahu, tetapi tak nak bertanya (belajar) pula! Alangkah sombongnya diri ini...Namun Ramadan 1439 ini telah memberi pengajaran yang betul-betul dapat tersemat di hati ini...parut di betis kaki ini adalah saksinya...ia akan dikenang sampai bila-bila, insya-Allah.

Published on July 04, 2018 07:17
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.