Roslan Hamid's Blog, page 92
April 27, 2020
Secebis Kisah Ramadan 5
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
SECEBIS KISAH RAMADAN
Memaksimumkan 'segala ada' demi keredaan-Nya...
Bersyukur ke hadrat Illahi kita dipanjangkan usia; kita kini memasuki Ramadan 1441 Hijrah. bermakna bertambahlah usia kita tetapi hakikatnya semakin hampir kita ke penghujungnya, memasuki alam barzakh (kubur) yang pasti dilalui setiap yang bernyawa
Berdasarkan hakikat ini, marilah kita mulai saat ini membuat 'pecutan terakhir' Ramadan ini dengan 'segala ada' pada diri kita demi memburu keredaan-Nya. Hendaklah kita ingat bahawa segala yang kita sama ada kemewahan, kuasa, pangkat serta keseronokan dunia atau kepahitannya seperti penderitaan penyakit dan kesengsaraan menanggung kesusahan hidup hanyalah bersifat sementara; semuanya akan berakhir apabila nyawa direnggut daripada tubuh (mati).
Sebelum kita memasuki kubur, pergunakan 'segala kita ada' sebagai modal untuk kita mendapat keredaan Illahi. Bukankah Nabi yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan kita supaya mempergunakan lima perkara (muda, berada, lapang, sihat dan hidup) sebelum datang lima perkara (tua, miskin, sibuk, sakit dan mati).
Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal pula mengingatkan kita tentang umur, di mana dihabiskan; demikian juga tentang masa remaja, harta dan ilmu; apa yang telah kita lakukan.
Berdasarkan perkembangan semasa, kita boleh mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa bagi membantu kita mengkoreksi (muhasabah) diri di samping menyemarakkan semangat kita berkorban bagi mendapat keredaan-Nya.
Di peringkat antarabangsa kita melihat syahidnya pemimpin gerakan Islam tertentu sebagai kayu pengukur pengorbankan kita - apakah kita sudah bersedia melakukan pengorbanan peringkat tertinggi sehingga mempertaruhkan hatta nyawa kita demi mendaulatkan Islam?
Selepas itu kita bertanya; apakah harta yang sudah kita korbankan untuk Islam? Apakah kita benar-benar sudah mengorbankan harta kita atau setakat sikit-sikit saja; tentunya kita akan teramat malu kerana usaha kita itu tidak sekelumit pun dapat dibandingkan dengan Ummu Mukminin Sayidatina Khadijah Khauwalid yang mengorbankan segala yang beliau ada demi Islam sehingga ketika nazaknya menawarkan tulang belulangnya kepada Rasulullah jika itu dapat digunakan untuk menegakkan Islam.
Demikian juga masa kita; bagaimana sudah kita guna dan habiskan? Apakah selama ini kita menyia-yiakannya dengan melepak di depan TV atau di kedai berjam-jam lamanya?
Insaflah dengan kisah perjuangan golongan lampau termasuk sahabat, tabien, tabik tabien dan ulama tetapi jika mahu contoh terdekat; apakah kita sudah menghampiri perjuangan sahabat kita termasuk doktor dan ustaz yang mengorbankan masa, tenaga dan harta mereka membantu orang memerlukan dan susah.
Bagi orang berilmu dan mampu, bagaimana sumbangan kita dalam bidang ini? Apa, adakah ilmu kita sudah manfaatkan untuk kepentingan agama kita atau kita gunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata atau lebih buruk lagi kita menyimpannya saja atau berbuat maksiat dengannya?
Dengan ilmu dan kuasa yang ada, kita memaksiat kepada-Nya dengan melakukan rasuah, menipu dan sebagainya.
Kesimpulannya bagi 'orang berakal', pergunakan 'segala sumber kita ada' untuk mendapat keredaan-Nya. Pada diri kita sendiri, kedapatan banyak 'sumber-sumber' itu; misalnya mulut kita gunakannya untuk melakukan segala kebaikan seperti menunaikan tanggungjawab agama seperti beribadat, berdakwah dan berzikir, sebaliknya jangan menggunakannya untuk melakukan maksiat.
* Diadaptasi daripada artikel lama LanH

Published on April 27, 2020 23:40
April 26, 2020
Secebis Kisah Ramadan 4: 'Tangan ajaib'
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RENUNGAN
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah wasilah yang dapat mendekatkan kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya." (Al-Maidah 5:35)
SECEBIS KISAH RAMADAN 4
'Tangan ajaib'
DULU semasa menjadi editor sebuah akhbar, saya meminta seorang ustaz menulis untuk akhbar kami. Ustaz itu berkata dia akan cuba. Tetapi selepas berjumpa semula, sang ustaz meminta maaf, bahan itu tak dapat disiapkan. Katanya dia tak ada bakat menulis.
Katanya, sekali pun 'biasa' menjadi khatib Jumaat, berceramah, bertazkirah, menyampaian pengajian di masjid dan tempat lain, dia tidak ada bakat menulis.
"Saya cuba menulis, tetapi tak jadi. Dulu apabila menulis menggunakan mesin taip, kerap kali saya renyuk dan lemparkan kertas ke dalam tong sampah. Tak jadi-jadi apa yang saya tulis. Maaf ya, saya tak dapat menulis untuk akhbar awak."
Sekarang ini ketika perintah 'berkurung' dan Ramadan, saya teringat kisah sang ustaz ini. Ramai orang memanfaatkan masa untuk melakukan pelbagai kerja tangan - daripada cuba memasak, membuat kuih, menanam sayur-sayuran dan membuat barangan DIY (do it yourself).
Sekarang orang kita menjadi kreatif, mereka ambil ilham daripada media sosial. Jadi mereka cuba tanam tauge, bawang dan pelbagai sayur-sayuran lain dalam bekas tertentu dan dalam rumah lagi. Mereka masak, cuba pelbagai menu. Ada yang jadi, ada yang hasilnya tak memuaskan dan lebih malang lagi ada 'projek'benar-benar lingkup (ada masakan rentung) dan merugikan!
Dulu saya yang senantiasa menanam sayur-sayuran di sekitar rumah, menghadiahkan benih bendi kepada rakan-rakan dan jiran-jiran di kampung. Seorang sidang kampung mengadu benih yang disemainya tak tumbuh-tumbuh sedangkan tanaman isterinya tumbuh subur dan segar.
Kami ketawa membicarakan hal itu. Kata saya, Allah mengurniakan 'tangan ajaib' kepada orang tertentu. Ada individu mempunyai 'tangan ajaib' dalam bab-bab pertanian - apa yang ditanamnya, insya-Allah menjadi. Ada yang 'tangannya keras dan panas'...apa yang ditanamnya berkemungkinan tak menjadi.
Orang yang 'tangan keras' dalam bab menanam, mungkin dia ada 'tangan ajaib' dalam memasak - apa yang dimasaknya sedap-sedap belaka...seorang anak berkata apa yang dimasak ibunya sedap-sedap belaka...campak-campak saja pun sedap 'nau'!
Ada orang mempunyai 'tangan ajaib' dalam bertukang. Apa yang dibuatnya semuanya menjadi. Ada pula yang 'tangan keras' atau 'keras tangan' - apa yang ditukangnya tak menjadi malah apabila dia naik darah, habis barangan yang dibuatnya dihentam dengan tukul sampai hancur lunyai!
Subhanallah, setiap orang Allah SWT bekalkan kemahiran dan kehebatan pada diri masing-masing. Mungkin tak ada orang yang mempunyai 'tangan ajaib' dalam semua perkara. Kalau seseorang itu mempunyai 'tangan ajaib' dalam semua bidang...susahlah orang lain kerana dia tak perlukan perkhidmatan orang lain.
Sebagai contoh, ada orang ada 'tangan ajaib' dalam bab berniaga; duitnya mungkin berkepol-kepol tetapi dia masih perlukan khidmat orang lain misalnya petani bagi menyediakan beras, nelayan bagi menyediakan ikan, pengusaha makanan bagi menyediakan minyak, tempe, mi, cili boh dan sebagainya. Malah dia perlukan 'tangan ajaib' sang isteri atau pembantu bagi menyiapkan 'makanan di meja'!
Jadi, jangan risau jika anda tidak mempunyai 'tangan ajaib' sebaliknya 'tangan keras' atau 'keras tangan' dalam memasak atau menanam sayur kerana hasilnya 'HANCUS', tetapi anda perlu sedar dan insaf dikurniakan Allah SWT 'tangan ajaib' dalam bidang lain...anda perlu akui nikmat Allah ini, jika tak tahu, cuba muhasabah diri, apatah lagi kini adalah Ramadan.
* TERUSKAN amalan Ramadan sekali pun dalam 'berkurung'

Published on April 26, 2020 17:05
Secebis Kisah Ramadan 3
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
Secebis Kisah Ramadan 3
Sungguh bersederhana kita kali ini
Bagi penulis bersama isteri dan dua orang anak yang 'terkurung' di rumah, Ramadan kali ini (1441 H) dijalani begitu sederhana sekali. Isteri, seorang guru tak pergi sekolah, manakala seorang anak lelaki adalah siswa universiti yang sempat balik kampung, manakala yang perempuannya menunggu peluang ke IPT selepas SPM.
Sejak 'perintah duduk rumah' pada 18 Mac, memang kami solat berjemaah setiap waktu dengan penulis dan si anak lelaki bergilir-gilir menjadi imam. Ya, takkanlah isteri dan anak gadis nak jadi imam...
Ketika Ramadan tiba, penulis 'cuba-cubalah' jadi imam tarawih dengan membaca surah-surah pendek, tetapi 'pencen sebentar' (Ramadan masih panjang jadi masih ada peluang jadi imam semula) kerana 'sedar diri' apabila giliran si anak menjadi imam, dia membaca surah-surah yang panjang seperti al-Baqarah. Sekarang ini, dia 'borong' menjadi imam tarawih dan witir sekali, penulis hanya jadi makmum.
Ah malunya...Ramadan kali ini 'membuka topeng' diri...sebenarnya 'aku' taklah 'sealim' seperti disangka dan dilihat pada penampilan fizikal (seperti berkopiah dan berjubah)...demikian agaknya yang terpaksa diakui oleh ramai juga ketua keluarga yang pertama kali menjadi imam apatah lagi imam tarawih di rumah.
Bercakap soal makan (sahur dan berbuka), kali ini kami cukup sederhana sekali. Apa yang dapat disediakan di dapur itulah kami makan. Tidak ada lagi 'bahan import' seperti dari pasar dan bazar Ramadan. Tidak ada lagi 'makanan X-tra' yang dibawa balik dari masjid (seperti lebihan makanan berbuka atau moreh) dan daripada kenduri kendara (jemputan majlis berbuka puasa).
Air 'khas' (seperti jug atau tekoh teh atau kopi) pun tak disediakan. Siapa nak minum, boleh bukak pek minuman Milo ke, Nescafe ke, kopi ke, teh ke...taruh dalam mug sendiri kemudian suakan ke muncung bekas pemanas air automatik..kemudian kacau dan 'minum sendirilah'. Cara ini tak membazir kerana masing-masing boleh habiskan minuman kesukaan masing-masing. Kalau sediakan banyak-banyak seperti sejug kopi, bukan semua orang suka kopi...akhirnya dibuang saja.
Begitu juga yang mahu minum air sejuk. Ambil sendiri, bancuh sendiri kemudian masukkan dalam peti sejuk awal-awal atau nak pakai ais pun boleh. Betul, pada kali ini tiada 'air import' seperti air tebu dalam plastik atau jug, air katira apatah lagi 'air tujuh warna' tu!
Masakan pun tak banyak jenis. Kalau hidangan utamanya pada berbuka, cucur kodok udang berkuah, itu saja yang ada selain sedikit kurma dan buah-buahan; dan kalau rasa tak kenyang, adalah nasi dengan satu dua lauk, itu pun untuk 'disambung' pada sahur nanti...alhamdulillah, begitu 'ekonomikal' nampaknya 'orang rumah kita' kali ini...
DULU kita tak MACAM ini, selami artikel ini...
Ramadan bukan pesta makan-makan...
Menjelang Ramadan ini, pelbagai kisah pelik kita lihat dan dengar. Antaranya ribuan peniaga terutama yang menjual makanan berebutkan lot bazar atau pasar Ramadan.
Kemudian stesen televisyen sibuk dengan rancangan memasaknya, seperti Ketuk-ketuk Ramadan. Hotel pula sibuk dengan buffet Ramadannya. Masjid dan surau pula sibuk dengan jaudah berbuka puasa dan morehnya. Pendeknya semuanya berkaitan makanan sedangkan antara maksud puasa itu menahan daripada makan.
Menjelang Ramadan saya teringat artikel ini yang pernah saya tulis. Ia juga berkenaan pesta makan-makan dan membeli-belah pada ketika Ramadan.
Hal yang akan diperkatakan ialah mengenai perilaku sesetengah kita pada bulan Ramadan dan semasa Aidilfitri.
Pada saya perkara yang berlaku dalam masyarakat perlu diketengahkan, kemudian dikupas oleh alim ulama dan dikeluarkan nasihat, agar ibadat yang dijalani tidak diiringi perbuatan yang tidak sejajar dengan tuntutan agama.
Dalam masyarakat kita, belum pun umat Islam berpuasa, para peniaga sudah pun mengeluar dan mengedarkan risalah dan katalog tawaran Ramadan dan Aidilfitrinya.
Katalog tawaran raya sebuah rangkaian kedai perabot terkenal yang dihantar ke rumah-rumah, bukannya nipis - gulungan kertasnya membentuk sebuah 'baton lumba lari berganti-ganti'.
Selain katalog 'baton' ini, peti surat juga dipenuhi dengan pelbagai risalah tawaran istimewa. Daripada barangan elektrik sehingga kain ela, semuanya ada ditawarkan.
Pelbagai hadiah istimewa disediakan, siap dengan slogannya, 'siapa cepat dia dapat'.
Ramai suri rumah, malah 'bapa rumah', terpesona dengan tawaran istimewa itu. Mana tidaknya, misalnya, syarikat rangkaian perabot terkenal itu tidak memerlukan seseorang pembeli membayar cengkeram untuk barangannya.
Mula saja puasa, pusat membeli-belah pun berlumba-lumba menyiapkan dekrorasi dalamannya dengan 'setting' Hari Raya - ada yang yang menggabungkan sambutan Deepavali - maka jadilah Deeparaya. Sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota menyediakan sebuah pentas khas berbentuk pelita dengan slogan 'Cahaya Lebaran'.
Laporan berita televisyen menunjukkan eksekutif kanan pusat beli-belah itu ketika diwawancara memberitahu, bagi memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri, mereka akan mempersembahkan pelbagai tarian kebudayaan bagi menunjukkan betapa berpadunya rakyat Malaysia dalam menyambut pelbagai perayaan rakyatnya.
Selain pesta membeli-belah sebelum raya, di Malaysia seolah-olah sudah menjadi 'trend' untuk menjadikan Ramadan sebagai pesta atau karnival makan-makan.
Menjelang saja Ramadan, wujud pelbagai tempat pelbagai aktiviti tambahan seperti 'Pasar Ramadan, Bazar Ramadan, Pasar Minggu Ramadan, Gerai Ramadan dan Karnival Ramadan', seolah-olah bulan ini adalah untuk perhabis dari segi makan dan kegiatan membeli-belah.
Pelik sungguh, Ramadan adalah bulan puasa tetapi berdasarkan keghairahan kita mewujudkan pelbagai jenis pasar Ramadan ini, soal makan menjadi keutamaan bukannya puasa itu.
Aktiviti 'makan-makan' tidak terhad tempatnya - daripada di gerai tepi jalan sampailah ke hotel lima atau enam bintang. Makanan pelik-pelik yang tiada pada bulan lain seperti tahi itik atau tepung pelita, tiba-tiba saja muncul untuk memenuhi selera 'orang berpuasa'.
Di masjid dan surau pula diadakan 'majlis makan' (moreh), biasanya selepas solat tarawih. Adalah digalakkan untuk mengadakan majlis sederhana tetapi yang menyedihkan ada pengurusan surau yang sanggup 'mengemis bantuan' kepada orang politik (wakil rakyat) bukan Islam semata-mata untuk membeli gula dan kopi.
Di mana terletak maruah orang Islam jika untuk membeli kopi dan gula pun, mereka tidak dapat berdikari tetapi terpaksa 'meminta-minta' terutama daripada orang kaya bukan Islam?
Dalam suasana Ramadan ketika ini, di tepi-tepi jalan di sesetengah tempat, dibina gerai sementara yang menjual aneka barangan. Ada pula mendirikan bangsal untuk menjual daging lembu dan ayam. Semuanya seolah-olah menunjukkan fikiran dan tumpuan orang Islam hanya pada 'makan dan perhiasan saja'.
Seorang tokoh politik pernah meminta ulama supaya menegur sesetengah umat Islam yang menjadikan Ramadan bulan pesta makanan serta membeli-belah dan tidak mempedulikan langsung untuk meningkatkan amalan masing-masing.
Misalnya ada yang 'seronok' menjual daging lembu di bangsal di tepi jalan sehingga sehingga tidak mempedulikan solat waktu. Mereka sanggup menjadi 'penunggu lembu' siang dan malam.
Kata tokoh itu, ketika ini pelbagai kegiatan kurang sihat seperti pesta buka puasa dan Karnival Ramadan berkembang pesat.
"Jika kita tersalah langkah, ibadat puasa akan jadi pesta pula nanti," katanya.
Tokoh itu bimbang ibadat puasa umat Islam akan bertukar menjadi pesta haji seperti yang berlaku pada zaman Jahiliah.
Sejarah haji yang bermula sebagai ibadah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan anak baginda, Ismail a.s. akhirnya bertukar menjadi pesta selepas itu sebelum dikembalikan ke landasannya oleh Nabi Muhammad s.a.w., katanya.
Pada kemuncak maksiat pesta haji itu, pengunjung Baitullah melakukan tawaf dengan keadaan bertelanjang bulat, katanya. Tokoh politik itu bimbang, jika ulama tidak membuat teguran, dikhuatiri puasa akan bertukar menjadi pesta yang terkandung pelbagai unsur negatif seperti menggalakkan amalan membazir, bercampur-gaul lelaki perempuan ketika majlis berbuka dan dicampur-adukkan dengan pesta hiburan termasuk nyanyian.
Beliau berkata, salah satu cara untuk mengukur sama ada puasa itu membawa perubahan positif atau negatif, hitunglah perbelanjaan - kalau ia terlalu besar berbanding bulan di luar Ramadan, bermakna seseorang itu gagal dalam puasanya tetapi jika ia dapat berjimat dan melebihkan ibadat dan siraturahim, bermakna dia berada di landasan yang betul.
Apabila menyambut Aidilfitri pula, pelbagai amalan songsang seperti kegiatan bermain judi (budak-budak pula main tikam-tikam), pesta-pesta hiburan dan hidangan minuman keras menjadi 'trend' sesetengah orang yang mengaku beragama Islam.
Semua amalan-amalan negatif perlu dibendung agar hukum-hakam dan syiar Islam sentiasa terpulihara manakala orang bukan Islam tidak memandang hina kepada Islam hanya disebabkan sikap buruk sesetengah penganutnya, katanya.

Published on April 26, 2020 00:23
April 24, 2020
Secebis Kisah Ramadan 2
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) *
Assalamualaikum wbt sahabat/i yang dikasihi
RAMADAN KAREEM
Secebis Kisah Ramadan 2
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) mengehadkan pergerakan saya di dalam dan sekitar rumah. Namun ada kalanya saya 'berpeluang' bergerak jauh - baru-baru ini ke sebuah klinik komuniti bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit diabetes dan darah tinggi.
Sebenarnya pada PKP ini saya mempunyai temu janji untuk diambil darah dan seminggu kemudiannya berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan...biasalah bagi pesakit kronik tak berjangkit ini ada temu janji tiga atau empat bulan sebelum diberikan ubat.
Tetapi ketika penularan COVID19 sekarang ini pertemuan dengan doktor ditangguhkan, sebaliknya pesakit diberi ubat dan mendapat temu janji baru - tiga atau empat bulan lagi dan bagi saya Ogos nanti.
Apabila keluar rumah, dapatlah saya 'meluaskan' pandangan. Antara perkara saya lihat pekerja pembersih seperti tukang sapu masih bekerja. Sayu melihat sesetengahnya pekerja tanpa penutup mulut dan hidung (mask) termasuk di klilik yang saya kunjungi.
Hampir semua orang memakai 'mask' apatah lagi di petugas di depan klinik yang siap 'berplastik' lagi, tetapi seorang tukang sapu tua 'selamba' menjalankan tugasnya tanpa 'pelindung'. Mungkin si pak cik ini tak mampu membeli 'mask' yang sekarang ini susah didapati dan mahal pula. Mungkin wang RM2 atau RM5 lebih berharga untuk dia atau keluarganya membeli keperluan asas seperti beras.
Terharu saya melihat senario itu, saya meraba poket dan menghulurkan sekeping not kepadanya. Bagi orang 'pencen' tanpa 'duit pencen' ini, sumber 'wang mahsyuk' saya cukup-cukup makan dan bayar bil saja apatah lagi pada PKP ini, tetapi saya yakin si pekerja tadi lagi susah nasibnya.
Sebenarnya, duit yang saya bagi itu adalah sebahagian 'seciput' wang yang biasa saya masukkan dalam tabung masjid pada setiap hari dan Jumaat. Sekarang tak boleh berbuat demikian selepas masjid 'ditutup', jadi saya kumpulkan dan sedekah kepada jiran atau mereka yang difikirkan kurang mampu yang sempat ditemui.
Si pakcik tadi mengucapkan ribuan terima kasih, saya lihat wajahnya terkuak sedikit keceriaan, senyuman yang dihadiahkan membuatkan saya 'begitu terpukul; saya berasa seolah-olah hari itu 'ada makna' bagi saya...
UNTUK RENUNGAN
DALAM Al-Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan Muslimin untuk senantiasa memberikan sedekah. Antara ayat yang dimaksud adalah firman Allah SWT yang ertinya: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (QS An Nisaa [4]: 114)Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: والصدقةتطفىءالخطيئةكماتطفىءالماءالنار “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Allah Ta’ala berfirman: َّنِإََينِقِِّدّصُمْالَِتاَقِِّدّصُمْال َوََأ َوواُضَرْقََ ّاَللَضا ْرَقَناَسَحَُيَُفَعاَضَْمُهَل َْمُهَل َوَرْجَأَيم ِرَك “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik- baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195
Allah akan membalas kebaikan kepada orang yang bersedekah Al-Baqarah, Ayat 215: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang- orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual- beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” Sedekah Jadi Peneman Di Hari Akhirat, Al-Baqarah, Ayat 254:
Allah melipat gandakan ganjaran kepada orang bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Allah janjikan pahala kepada orang bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 262: “Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Published on April 24, 2020 16:47
Secebis Kisah Ramadan 1
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)
SECEBIS KISAH RAMADAN 1
RAMADAN KAREEM
ALHAMDULILLAH, Ramadan ini mengingatkan saya akan penegasan seorang lelaki Palestin ketika saya berkunjung ke Baitulmaqdis menjelang bulan suci itu setahun lalu. Dakwanya, dunia sudah berada di ambang 'peristiwa akhir zaman'.
Pada era ini tidak berlaku peperangan membabitkan senjata canggih (sofistikated) seperti sekarang, tetapi manusia bertempur menggunakan senjata 'tradisional' seperti pedang dan menunggang kuda, dakwanya.
Ketika itu saya tidak dapat membayangkan apa yang dicakap oleh lelaki Palestin itu. Sukar untuk saya menerima bahawa senjata-senjata canggih seperti peluru berpandu dan bom nuklear tidak dapat digunakan oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Bukankah dengan mudahnya, seperti contoh pada Perang Teluk (Iraq), mereka dengan sombong meledakkan' senjata pemusnah dari jauh dengan menekan 'butang' saja. Mereka mendakwa boleh memusnahkan dunia dengan sentuhan jari!
Habis, kenapa senjata sofistikated tidak dapat digunakan pada 'akhir zaman'? Dulu payah saya membayangkannya, tetapi sekarang 'kehadiran' wabak COVID 19, 'menyerlahkan' apa didakwa lelaki Palestin itu. Beliau tidak sabar-sabar menanti kehadiran era itu kerana Palestin dan rakyatnya sudah cukup dizalimi,
Serangan virus menyebabkan seluruh dunia lumpuh, ternyata kuasa besar dunia atau yang berlagak demikian seperti Amerika Syarikat, China, Jerman dan Itali menyaksikan mangsa termasuk korban yang tak terperi ramainya. Mana dia senjata canggih mereka...
Sempena Ramadan ini, marilah kita ingat-ingat kembali dan merenung Surah Al-Fiil (Surah 105) dan maknanya...
Surah Al-Fiil - سورة الفيلDengar Surah Al-Fiil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(Al-Fiil 105:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(Al-Fiil 105:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -(Al-Fiil 105:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -(Al-Fiil 105:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Tanah Suci 17: Tersesat sehingga ke Masjid JinWALAUPUN sudah banyak tahun mengerjakan fardu haji, kisah di Makkah ini tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini.
Saya menunaikan fardu haji setahun sebelum bersara daripada jabatan kerajaan, iaitu pada April 1992.
Melalui sebuah syarikat swasta, Citra, saya dan rombongan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Tanah Suci.
Kami yang bercadang mengerjakan haji tamattuk, bertolak terus ke Madinah Al-Munawarrah selepas tiba di Jeddah. Kami berada di Madinah selama lapan hari, jadi dapatlah kami solat fardu 40 waktu di Masjid Nabawi yang agung lagi mulia itu.
Kami juga berpeluang menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti ke Jabal Uhud dan Masjid Quba. Untuk menambah pengalaman, kadang-kala saya berjalan seorang diri apabila ada masa terluang.
Selepas lapan hari, akhirnya kami ke Makkah untuk menunaikan umrah. Mengikut kaedah menunaikan haji, apabila seseorang itu berniat dan berazam menunaikan haji tamattuk, dia hendaklah terlebih dahulu mengerjakan umrah sebelum menunaikan haji. Kaedah haji tamattuk memerlukan seseorang jemaah itu membayar dam, iaitu seekor kambing.
Setelah sekian lama berada di Tanah Suci Makkah menunggu keberangkatan ke Arafah bagi menunaikan haji, saya terasa seakan-akan sudah biasa, macam di tanah air pula.
Saya tidaklah berapa berminat berjalan ke sana ke sini mengikut anggota rombongan lain, oleh itu saya menggunakan peluang itu menumpukan perhatian kepada beramal ibadat saja.
Saya berpendapat bermadailah saya ke Tanaim dan Jarranah sebagai tempat permulaan untuk mengerjakan umrah sunat.
Rupa-rupanya niat saya untuk bersendirian dalam mengerjakan umrah semacam tidak direstui Allah SWT.
Suatu hari semasa sendirian beredar dari Masjidilharam untuk balik ke hotel, selepas solat subuh, saya tidak nampak tempat penginapan saya sekalipun sudah beberapa kali saya berlegar-legar di sekitar Hotel Al-Ansar yang saya diami.
Hendak bertanya segan, mulut seakan bisu, kaki bertambah lesu hinggalah terik matahari baru dapat saya kembali ke bilik hotel!
Ketika itu jam hampir 12.00 tengah hari. Ketika saya mahu masuk ke hotel, jemaah lain pula sibuk meninggalkan tempat penginapan, menuju ke masjid untuk menunaikan solat zuhur.
Pada pagi keesokan harinya, dalam perjalanan balik dari Masjidilharam ke hotel, nasib saya serupa juga, malah lebih teruk. Kali ini saya tersesat lebih jauh. Saya tebalkan muka, membuka mulut bertanya orang ramai.
Saya berpegang pada pepatah 'segan bertanya sesat jalan'. Pada jam 3 petang, saya sampai ke sebuah kantor pos, saya memasukinya, kononnya untuk membeli setem, tetapi sebenarnya untuk bertanya di mana hotel penginapan saya.
Nasib baik kerani pos itu tahu di mana kedudukan hotel saya itu.
Pada kali ketiga, cabaran lagi hebat. Mana tidaknya, selepas solat Isyak, saya yang cuba kembali ke hotel, tersesat lagi.
Kali ini sehingga matahari terbit pada keesokan harinya barulah saya menemui hotel penginapan.
Pada malam 'penuh bersejarah' itu, saya sempat singgah di sebuah gerai tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan.
Ketika berjalan, saya perasan jalan itu agak sunyi dan menghala ke kubur Sayidatina Siti Khadijah (Perkuburan Ma'la).
Semasa berjalan-jalan mencari jalan pulang, saya mula perasaan orang mula tiada di jalan raya. Hati saya mula cemas.
Saya berjalan lagi dan ternampak ada seorang hamba Allah di sisi kedainya yang sudah ditutup.
Dari jauh saya ucapkan salam dan bertanya: "Mina Haram?"
Dia menunjukkan ke arah sebuah masjid. Saya pun menuju ke arah yang ditunjukkan. Akhirnya saya sampai di Masjid Jin!
Ada dua orang perempuan di situ. Seorang ibu dan anaknya meminta saya menunjukkan mereka jalan ke Kedai Makan Malaya.
Saya kata: "Saya pun sesat, Hajah."
Kami pun bersama-sama mencari jalan keluar, dan akhirnya selepas diizinkan Allah, selepas matahari terbit pada keesokan harinya barulah saya ketemui orang yang dapat membantu kami.
Selepas kejadian itu, saya mohon keampunan dan taubat, setelah itu kejadian buruk tidak lagi menimpa diri saya. - HASHIM MAT NASIB
***Kirimkan artikel anda kepada LanH di Lanh14@gmail.com

Published on April 24, 2020 03:13
April 19, 2020
Tanah Suci 16: Terselamat daripada Tragedi Muassim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
PENGALAMAN menunaikan haji pada usia 20-an amat berbeza dengan mengerjakannya pada usia yang agak lanjut. Namun semua itu bergantung kepada keupayaan diri dari segi kewangan, kesihatan dan yang penting matlamat haji itu sendiri.
Bagi saya mengerjakan haji pada waktu muda adalah matlamat utama yang saya idamkan kerana saya bimbang tak dapat mengerjakannya dengan sempurna ketika usia tua. Lagi pun mengerjakan haji pada usia muda memungkinkan kita menimba lebih banyak pengalaman haji dan umrah jika ada kesempatan sebelum tua dan uzur.
Pengalaman pertama kali mengerjakan haji pada tahun 1990 tidak lekang daripada ingatan saya. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Makkah dan dalam tahun itulah terjadinya tragedi Muassim yang mengorbankan banyak jemaah haji dari seluruh dunia.
Alhamdulillah saya terselamat apabila bas yang sepatutnya membawa kami ke Muassim untuk melontar, telah 'tersesat'. Kami sepatutnya tiba di Muassim sebelum subuh, tetapi terpaksa pula 'berkukus' dalam bas yang tak ada hawa dingin lebih 12 jam.
Dalam bas yang agak daif, bilangan jemaah tak begitu ramai kerana kami naik bas yang hampir penghabisan. Di pertengahan jalan bas berhenti-henti untuk menumpangkan jemaah yang berjalan kaki iaitu jemaah dari negara lain. Ini menyebabkan bas penuh sesak.
Saya terpaksa berdiri memberikan ruang duduk kepada wanita tua. Saya tak bawa makanan melainkan sebiji epal, sedikit air yang dibuat wuduk dan untuk minum. Tiba di terowong Azziziyah dekat Makkah, bas sudah tak boleh bergerak ke mana lagi, kami diarah turun dan cari jalan sendiri ke arah bendera Malaysia yang sayup kelihatan dari tempat kami diturunkan.
Keadaan cuaca terlalu panas. Saya, kakak dan abang ipar meredah jalan-jalan yang dipenuhi oleh khemah-khemah sementara.
Sepanjang jalan saya hanya mampu berdoa: "Ya Allah terimalah amalku, ya Allah kuatkanlah kakiku ini untuk ibadah kepada-Mu sepanjang hayat. Ya Allah jika sampai ajalku, Engkau redalah ke atas diriku, ampunilah aku. Rabbana atina fid dunnya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, wa qina 'azabbannar." Itulah doa yang saya ucapkan di samping doa-doa yang dihafal dari buku Al-makthurat sepanjang jalan sementara sampai ke Muassim.
Perut yang berdendang berkeroncong sudah tak dihiraukan lagi. Tak banyak yang kami bualkan sepanjang jalan. Sekali sekala kami berhenti dekat khemah jemaah lain, tapi tak ada siapa mempelawa kami berteduh jauh sekali nak pelawa minum atau makan.
Mungkin kerana perbezaan bahasa. Air yang kami bawa tak diminum sangat kerana hendak berjimat. Masa itu juga terfikir di mana jemaah yang berkhemah itu buang air kerana tak nampak pun 'tandas bergerak' .
Pada masa itu selain zikir dan doa yang tak henti-henti, kami melihat-lihat dan tercari-cari jemaah-jemaah lain yang tadinya turun daripada bas bersama kami. Tapi hanya kelihatan dua tiga orang sahaja.
Hendak mencari mereka pun, sudah tidak terfikir. Kami perlu sampai ke destinasi, yang pada ketika itu tak pasti tempatnya. Tiada petugas haji sepanjang jalan. Kami hanya bertanya-tanya kepada orang yang kami temui, hanya satu perkataan disoal balik: "Malaizia?"
Akhirnya sampai juga kami ke khemah KT60 yang terletak hampir di hujung. Kami mengambil masa kira-kira dua jam setengah, mungkin kira-kira lima kilometer jauhnya. Tiba di khemah jam 2.30 petang, masih sempat untuk solat zuhur.
Letih tak boleh nak dibayangkan. Waktu itu adalah hari raya, orang di Malaysia tentunya sedang sedap menghadap ketupat dan TV, tapi kami ketika itu terpinga-pinga dengan kesesakan yang luar biasa.
Keluarga di Malaysia pula sentiasa mengikuti skrin TV, takut jika nama kami terpapar sebagai arwah. Bimbang keluarga berbeza dengan bimbang kami yang masih tak dapat membayangkan apa yang terjadi. Kami tidak mendengar radio, tidak menonton TV dan tidak membaca akhbar.
Pada ketika itu kami tidak tahu apa yang berlaku sehingga waktu Maghrib barulah ustaz-ustaz bertugas buat pengumuman tentang terjadinya kemalangan di tempat melontar.
Malam itu mutawif haji membawa kami melontar waktu tengah malam melalui jalan lain iaitu di luar bukit yang menyaksikan tragedi 'kematian beramai-ramai'. Jaraknya lebih kurang empat kilometer berbanding dua kilometer jika ikut terowong.
Keadaan kelam kabut di khemah kerana ada anak-anak yang pulang dari terowong tanpa ibu bapa. Ada yang hilang mahram, macam-macam peristiwa tangisan yang membuat kami bertambah bingung.
Dalam kesesakan manusia, kami patuh arahan petugas Tabung Haji walaupun kakak saya sudah ada pengalaman haji sebelumnya.
Apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana kejadian berlaku masih tidak kami ketahui. Kami lebih menumpu kepada ibadah.
Alhamdulillah walaupun siangnya kami sudah berjalan kaki sejauh lima kilometer, dan malamnya terpaksa lagi berjalan lapan kilometer (pergi balik) tetapi Allah masih memberikan kekuatan sehingga selesai ibadah melontar.
Inilah kekuatan luar biasa yang saya alami sepanjang hidup, berjalan berbatu-batu siang dan malam. Walaupun saya masih ada kesan demam campak, saya gagahi segalanya untuk menyempurnakan rukun Islam saya.
Tak dapat saya bayangkan jika kejadian itu berlaku ketika usia saya lebih 60 tahun. Dapatkan saya berjalan segagah itu? Saya merasa amat lega apabila tanggungjawab seorang Muslim sudah tertunai dan tahun-tahun berikutnya saya berkesempatan melakukan umrah.
Pengamalan ibadah haji yang pertama itu telah mengajar saya erti sabar, tabah, bertolak ansur dan paling penting ialah ia mengajar erti tawakkal yang sebenar.
Ketika berjalan tanpa panduan dan peta, di sebuah negara asing, tiada sanak saudara yang hendak dihubungi, terasa betapa dekatnya diri dengan Allah.
Hanya Allah ada di hati, di lidah dan di fikiran. Itulah saatnya saya merasakan tawakkal saya berada di puncak. Alhamdulillah, bersyukur saya kerana telah menyempurnakan rukun Islam kelima. - HAJAH LATIFAH

Published on April 19, 2020 06:42
April 12, 2020
Tanah Suci 15: Perangai Arab cepat minta maaf...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************************** Renungan *************************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
SAYA dan isteri menunaikan ibadat haji secara muasasah, kelolaan Lembaga Tabung Haji beberapa tahun lalu.
Selepas menerima surat tawaran, kami membuat persiapan rapi termasuk menghadiri kursus, membeli kelengkapan haji, memohon cuti dan menguruskan hal ehwal anak-anak yang akan ditinggalkan.
Adalah dinasihatkan kepada suami isteri yang bercadang menunaikan haji supaya melebihkan perbelanjaan untuk anak-anak yang ditinggalkan kerana kadang-kadang pelbagai perkara tidak diduga berlaku seperti penangguhan penerbangan balik.
Saya dan isteri mengerjakan haji ifrad kerana ia lebih afdal, lebih-lebih lagi kami berlepas ke Tanah Suci lapan hari sebelum hari wukuf.
Alhamdulillah selama lapan hari sebelum ke Arafah dan Mina dan sehingga selesai semua manasik haji, saya dan isteri berjaya menjaga tata tertib dan pantang larang ketika ihram.
Dalam hal ini, seseorang yang menunaikan haji perlu mempunyai ilmu kerana jika dilanggar pantang larang ketika ihram ia akan merosakkan ibadat haji.
Antara pantang larang itu, ada dikenakan dam (denda) ringan dan ada pula berat. Misalnya jika melanggar larangan seperti mengerat kuku dan menanggalkan bulu pada anggota tubuh, dam dikenakan ringan seperti memberi makan kepada fakir miskin.
Berlainan halnya jika seseorang itu melakukan persetubuhan dalam ihram, dia akan dikenakan dam (denda) berat, iaitu seekor unta dan hajinya menjadi rosak dan dia diperlukan untuk kembali menunaikan haji pada tahun berikutnya.
Selain haji ifrad, seseorang itu diperlukan untuk mengetahui dua lagi kaedah menunaikan haji iaitu tamattuk iaitu mengerjakan umrah dulu sebelum haji manakala satu lagi kaedah ialah haji qiran iaitu mengerjakan haji dan umrah secara serentak.
Apabila selesai ibadah haji, untuk melengkapkan ibadah tersebut, jemaah haji akan melakukan ibadah umrah (haji ifrad - haji dahulu diikuti umrah).
Untuk melakukan ibadah umrah sama ada yang wajib atau sunat, para jemaah perlu pergi ke miqat seperti Tanaim atau Jahranah untuk memakai pakaian umrah, niat umrah dan solat sunat umrah.
Ramai jemaah haji memilih menaiki van orang Arab yang mudah didapati di hadapan maktab (tempat penginapan jemaah). Ramai juga yang memilih menaiki bas. Bayarannya kira-kira empat riyal (RM4.00) untuk perjalanan pergi dan balik.
Suatu hari ketika mengerjakan ibadat umrah (saya lupa umrah yang keberapa) saya, isteri dan kawan-kawan sebilik memilih sebuah van untuk pergi ke Tanaim.
Van tersebut hanya boleh memuatkan kira-kira 10 penumpang sahaja, tetapi pemandu van tersebut (seorang lelaki Arab) telah mengarahkan kami kesemuanya (lebih kurang 15 orang) menaiki van tersebut.
Saya yang bertindak sebagai jurucakap kerana boleh berbahasa Arab sikit-sikit, telah membantah dengan meluahkan kalimah "zimmah, "zimmah" yakni penuh, penuh.
Akhirnya pemandu van itu mengalah dan memuatkan kira-kira 10 penumpang sahaja.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Tanaim, pemandu itu asyik membebel sahaja. Ketika perjalanan balik ke Makkah, van itu berhenti di sebuah lampu isyarat dan kebetulan di sebelahnya juga ada van yang mengangkut jemaah haji dari Tanaim.
Pemandu tersebut telah berbual dengan pemandu van satu lagi dan antara lain dalam perbualan tersebut pemandu van saya naiki berkata: "Di dalam van ini ada wahid syaitan."
Apabila sampai di Makkah, semasa hendak memberi tambang van tersebut, saya telah menegur pemandu van itu yang telah menggelarkan diri saya 'wahid syaitan'.
Pemandu itu terperangkap kerana tidak disangkanya saya memahami apa yang dibualkannya.
Sekalipun kelihatan amat bersalah tetapi dia terus menghulurkan tangannya, meminta maaf dan terus memeluk saya.
Ketika bersalaman, dia memuji-muji saya kerana boleh berbahasa Arab. Saya memaafkannya dengan memberi balasan senyuman dan bergelak ketawa selepas itu.
Itulah serba sedikit pengalaman saya. Mungkin jemaah haji lain 'terkena' dengan sesetengah orang Arab tempatan yang mengambil kesempatan, tetapi mereka nampaknya cepat meminta maaf apabila menyedari kesilapan masing-masing. - WAN ISMAIL

Published on April 12, 2020 06:49
April 2, 2020
Tanah Suci 14: RM50 sebulan, lama-lama dapat jua tunai haji
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
DISEBABKAN saya ke Tanah Suci secara bersendirian, kadang-kadang timbul juga rasa cemas jika tidak menemui teman yang sesuai apabila berada di sana.
Bagaimanapun kebimbangan itu tidak berasas kerana sebaik saja berada dalam perut pesawat Saudi Airlines, saya sudah temui jiran (penumpang sebelah saya) yang begitu peramah dan baik hati.
Sejam sebelum kapal terbang mendarat, dia memberitahu saya, dia sudah nampak tanah padang pasir dan bukit-bukau yang kemerah-merahan, membayangkan keadaan panas terik yang akan kami alami semasa mengerjakan haji pada tahun 1423 Hijrah itu.
Di Jeddah kami dapati banyak bendera negara seperti China, India, Pakistan, Indonesia dan Malaysia bagi memudahkan jemaah negara-negara berkenaan berkumpul.
Dari Jeddah kami dibawa dengan bas ke Makkah. Di kota suci ini, kami menginap di Hotel Muhajiren II.
Bagi memudahkan pengenalan, tempat penginapan kami dikenali Maktab 85, Rumah Ketupat manakala nombor bilik saya 105 - tetapi saya dan beberapa rakan disuruh mendiami bilik 1005 di tingkat 10.
Dua hari kemudian kami disuruh pindah ke tingkat satu dan mendiami bilik 105 seperti dijadualkan.
Untuk berpindah sudah tentu merumitkan lebih-lebih lagi apabila terpaksa menggunakan lif.
Bagi mereka yang banyak barang, tentulah amat membebankan apabila disuruh berpindah.
Bagi diri saya yang pernah sakit pinggang, kesakitannya berulang, maklumlah saya sudah menjangkau usia 60-an.
Tetapi elok juga berpindah ke tingkat satu. Namun tingkat satu bukan bermakna kami tidak perlu 'menapak'. Nama saja tingkat satu, sebenarnya bilik kami terletak di tingkat tiga.
Saya gembira kerana tidak payah menggunakan lif yang sentiasa sesak tetapi terpaksalah menapak 64 anak tangga.
Di sini diuji kesabaran seseorang. Di Hotel Muhajiren II, hanya terdapat dua lif. Kalau satu digunakan untuk mengangkut makanan, terpaksalah kami menunggu lama.
Saya juga bersyukur kerana keadaan bilik tidak terlalu sesak. Saya sepatutnya tinggal bersama-sama dua jemaah lain (tiga orang sebilik), tetapi seorang jemaah lebih senang menetap sebilik dengan sanak-saudaranya.
Seorang jemaah haji yang menetap di bilik 104 (jiran kami) menarik perhatian saya.
Bapa empat anak ini sungguh bijak dan menambah semangat sesiapa yang mendengar kisahnya.
Jemaah ini bercerita bagaimana dia dan anak-anak serta isteri bersusah-payah menabung bagi membolehkan mereka menunaikan fardu haji serentak.
Sebelum ini orang kampungnya menyebut-nyebut dia mendapat duit pampasan manakala ada yang berkata dia menggunakan wang perolehan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan dia anak beranak ke Tanah Suci.
Sebelum ke Tanah Suci, dia mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput kenalan, sahabat, sanak-saudara dan jiran-jiran.
Pada hari berkenaan, setelah jemputannya mengambil tempat masing-masing, bakal haji ini tidak berlengah-lengah bangkit lalu memberi ucapan alu-aluan.
Selain meminta maaf, dia kemudian membocorkan rahsianya dengan berkata: "Sebenarnya Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang serta sekalian yang hadir, kami pergi ke Makkah ini bukannya dengan duit ganjaran atau KWSP atau mendapat duit terpijak, tetapi hasil penabungan untuk anak-anak.
"Apabila mereka lahir saja, saya lekas-lekas membuat tabungan di Tabung Haji.
"Hasilnya, kalau sebulan RM50, dalam masa 21 tahun sudah tentu dapat pergi haji kerana sudah ada lebih RM10,000 seorang," katanya gembira lalu meminta imam masjid membaca doa selamat. - MUZAFFAR

Published on April 02, 2020 09:17
March 29, 2020
Tanah Suci 13: Banyak jemaah, banyaklah ragamnya...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************************** Renungan *************************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
HAJI boleh dikerjakan dengan tiga cara iaitu haji ifrad, tamattu’ dan qiran. Haji ifrad adalah mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah.
Haji tamattu’ pula mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga manakala haji qiran berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan haji sahaja atau berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf dia berniat mengerjakan haji.
Ramai jemaah memilih untuk mengerjakan haji tamattu’ yang sesetengah orang mendakwa haji bersenang-lenang. Mengerjakan haji cara ini menyebabkan seseorang itu kena bayar dam, iaitu seekor kambing.
Biasanya jemaah yang datang awal mengerjakan haji ini kerana pada kali pertama kali sampai mereka menunaikan umrah sehingga tamat dan selepas itu bolehlah membuka pakaian ihram dan terlepas daripada pantang larang ihram.
Sepanjang menunggu tarikh untuk berniat ihram haji di hotel pada 8 Zulhijah seterusnya berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijah (sehari sebelum Hari Raya Haji), jemaah berpakaian biasa dan menghabiskan masa untuk solat, tawaf, iktikaf dan pelbagai amalan sunat lain di Masjidilharam.
Adalah molek masa itu dimanfaatkan termasuk untuk bertamah mesra dengan jemaah lain yang datang dari serata dunia. Jemaah antarabangsa ini dapat memberikan input mengenai masyarakat dan negara ini. Saya kira ini amat penting kerana ia sumber pertama bagi memahami situasi di negara masing-masing.
Ketika menunaikan haji tidak lama dulu, saya berpeluang berinteraksi dengan sejumlah jemaah negara Arab seperti Palestin, Mesir dan Maghribi. Saya bernasib baik kerana ada jemaah berkenaan tahu berbahasa Inggeris sekalipun mereka ‘merangkak’ menuturkannya.
Seorang jemaah Palestin bernama Yasin yang berasal dari bandar Jericho di Tebing Barat mengkisahkan betapa sukarnya untuk jemaah memasuki seterusnya menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa. Katanya, hanya orang berumur 40 tahun ke atas saja dibenarkan solat di Masjid al-Aqsa. Selain itu, katanya, mereka juga dikehendaki membayar sejumlah wang kepada tentera Israel sebelum dibenarkan masuk. Saya terlupa jumlah wang yang disebutkan oleh Yasin, tetapi bayarannya agak besar juga.
Kepada seorang jemaah Mesir saya bertanyakan mengapa pihak berkuasa negaranya menutup pintu sempadan Mesir-Gaza yang menyebabkan bahan keperluan termasuk makanan terhalang daripada dibawa masuk ke wilayah terkepung itu.
Jawapan rakyat Mesir itu memeranjatkan saya. Katanya: “Mesir tidak mahu perisik dan penjahat Israel menyamar sebagai warga Gaza, seterusnya bebas keluar masuk Gaza-Mesir bagi memporak-perandakan rakyat Mesir. Orang Mesir tahu perisik Israel ini mempunyai senjata paling hebat iaitu jenis dadah suntikan yang boleh merosakkan seluruh generasi muda. Mesir tidak mahu perkara ini berlaku sebab itulah ia menutup semua pintu sempadannya dengan Gaza.”
Sukar untuk saya mempercayai apa yang dicakapkan oleh jemaah Mesir itu tetapi memandangkan perbualan kami terjadi dalam Masjidilharam ketika menunggu waktu solat, saya membuka pintu hati saya untuk mempercayainya. “Takkan dia bercakap bohong dalam Masjidilharam,” fikir saya.
Dengan seorang jemaah dari Maghribi, saya dengan dia tidak dapat berbual panjang kerana dia hanya tahu menyebut ‘good’, ‘yes’ dan ‘no’ saja. Selain itu dia banyak tersenyum dan menepuk-nepuk diri saya. Apabila terlihat sebuah buku panduan yang sedang saya belek, dia memintanya dan menyebut ‘good, good’ sebaik melihat doa-doa yang ditulis dalam bahasa Arab.
Dengan jemaah dari China juga saya cuba berinteraksi dan hasilnya adalah senyuman memanjang dan pengulangan sebutan ‘good, good’. Apa yang ‘good’ tidaklah saya ketahui.
Ketikaberada dalam Masjidilharam, saya turut terpesona dengan pelbagai karenah jemaah. Ketika menunaikan haji dulu, saya terpegun melihat bagaimana bersungguh-sungguhnya seorang lelaki Arab membaca al-Quran. Selepas puas membaca secara duduk, dia membaca secara berdiri pula. Tempoh itu bukan sekejap, tetapi lama. Kagum saya melihat cara dia membaca sambil berdiri itu.
Bagi saya dia sudah ‘expert’ dalam membaca al-Quran, tetapi apabila terpandang sekumpulan tiga jemaah yang fikir saya dari negara China yang sedang merangkak-rangkak membaca surah-surah ringkas seperti tiga Qul di depan seorang lagi rakan yang saya agak guru mereka, insaflah saya akan kebesaran Illahi.
Saya lihat si guru senyum-senyum melihat anak muridnya tetapi apabila bacaan murid teruk, dia kelihatan bengis, memarahi seterusnya membetulkan bacaan mereka. Saya turut tersenyum melihat senario itu, itulah tanda kebesaran Illahi, tidak semua orang sama pencapaian dan nasib masing-masing. Dunia dengan pelbagai ragam penduduknya, membuatkan insan tersedar dan insaf akan kebesaran-Nya.

Published on March 29, 2020 06:16
March 26, 2020
Tanah Suci 12: Bersemangat menjejaki Gua Thur
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
PERJALANAN ke Tanah Suci Makkah pada musim haji lalu sungguh memberi banyak pengalaman dan antara peristiwa yang masih segar dalam ingatanku adalah pengalaman mendaki Bukit (Jabal) Thur dan memasuki Gua Thur tempat Rasulullah s.a.w. bersembunyi ketika dicari oleh orang Musyrikin Quraisy.
Aku, suamiku dan jemaah kami sampai di Makkah 10 hari sebelum Hari Arafah, dan pada hari ketiga, ustaz yang memandu kami membawa kami menziarahi bandar Makkah, Padang Arafah, Mina, Mudzalifah, lokasi Bukit Thur dan BukitNur tempat Gua Hira.
Dalam kunjungan singkat inilah sebahagian daripada ahli jemaah kami membuat permintaan untuk memanjat bukit-bukit tersebut melihatkan ramai jemaah dari negara lain yang berbuat demikian.
Atas permintaan ini, ustaz bersetuju untuk menemani beberapa jemaah yangingin mendaki, dua minggu selepas ibadat haji sempurna, jika diizinkah Allah.
Pada hari yang dicadangkan, jemaah kami seramai sembilan orang bertolak dari hotel jam 8.00 pagi.
Dengan pakaian biasa, jemaah kami pun menaiki sebuah van. Selepasperjalanan kurang 20 minit, van itu pun sampai di kaki bukit.
Masing-masing jemaah membawa bekalan air minuman dan tidak membawabeg untuk kurangkan bebanan. Masa pendakian adalah satu jam setengahuntuk sampai ke puncak dan 40 minit untuk turun kembali.
Aku sebenarnya bukanlah 'fit' untuk memanjat, kerana ketika di Malaysia, akutidak pernah memanjat bukit setinggi ini.
Suamiku agak tidak yakin dengan keinginanku, tapi aku meyakinkannya bahawa insya-Allah aku boleh. Sebelum memanjat, aku memandang ke puncak bukit.
"Aduh! tingginya...," hatiku tertanya-tanya sama ada aku mampu atau tidak. Mulanya aku bercadang untuk tidak memanjat kalau ada orang yang tunggu di bawah, tapi sangkaanku meleset kerana tiada sesiapa pun yang tunggu dibawah bukit kerana yang datang ke situ semuanya memang berhajat untuk mendaki.
Hatiku terubat apabila melihat beberapa wanita berusia melebihi 50 tahun dari Turki menggagahkan diri memanjat, dan aku pasti aku juga boleh jika wanita itu boleh.
Aku pun melangkah perlahan-lahan dengan ucapan yang tidak putus-putus memohon pada Allah "Ya Allah, tiada daya dan upayaku melainkan denganizin-Mu jua..."
Tanah Bukit Thur adalah kering-kontang, berbatu-batan dan berpasir. Pendakian agak mudah kerana sudah ada laluan hingga ke atas.
Belum sampai 20 minit aku memanjat, aku sudah tercungap-cungap dan aku berhenti setiap 10 minit untuk berehat dua hingga lima minit hinggalah sampaike puncak.
Ustaz yang memandu kami sungguh sabar menunggu semua jemaah sampai dalam masa yang agak sama dan sebelum kami sampai ke puncak, beliau mengatakan 'sikit lagi...' beberapa kali, tapi tak sampai-sampai.
Aku kuatkan semangatku walaupun hanya Allah tahu betapa penatnya akuketika itu.
Dalam hati, aku pujuk diriku untuk merasai betapa sukarnya laluan AsmahAbu Bakar dahulu ketika membawa bekalan kepada Rasulullah s.a.w., danbetapa tabah Rasulullah s.a.w. menghadapi kesulitan dalam pendakian baginda.
Dan akhirnya, aku sampai ke puncak dengan penuh kesyukuran. Dan tiba-tibaaku tidak merasa kepenatan seperti tadi apabila tiba di hadapan pintu Gua Thur. Aku merasai suatu kepuasan yang tidak dapat aku ceritakan.
"Apakah aku sebenar-benarnya sudah sampai ke puncak? Atau aku bermimpi? Maha Besar Kekuasaan-Mu Ya Allah yang telah mengizinkan aku sampai ketahap ini."
Pintu gua dipenuhi jemaah yang beratur untuk masuk ke dalam gua dan aku ke kanan pintu gua tersebut. Di sana ada tempat yang boleh kami duduk, dan ada sebuah pintu kecil yang dapat memuatkan seorang untuk memasukinya.
Jemaah kumpulanku masuk seorang demi seorang termasuk suamiku. Aku menunggu hingga tiada orang yang hendak masuk dan akhirnya alhamdulillah, memang ia kosong seolah-olah menantiku.
Aku meminta izin suamiku yang sudah keluar dari gua untuk aku masuk, dan dia membenarkan aku menuruni pintu kecil itu. Apabila tiba di dalam gua, akumerasa begitu takjub dan aku berbisik sendirian "Ya Allah, inikah tempat persembunyian Rasul-Mu, di mana orang Quraisy berlegar-legar di luar pintu mencari nabi-Mu..."
Gua itu agak gelap, tetapi masih ada cahaya yang memasukinya, dan akuberjalan itik di dalamnya dan sekejap lepas itu aku sampai ke pintu gua dan membongkok untuk keluar.
Satu kepuasan yang tidak dapat aku lahirkan melainkan mengucap kesyukuran dan terima kasih kepada Allah kerana nikmat ini.
Selepas itu, jemaah kami mendengar sedikit sirah daripada ustaz dan kemudian kami menuruni bukit sambil bertasbih, bertahmid dan bertakbir perlahan-lahan.
Sampai di kaki bukit, aku menoleh lagi ke atas bukit dan aku terus berkata-katadi dalam hatiku bahawa aku akan merinduimu wahai Bukit dan Gua Thur.
Sebenarnya kerinduan inilah yang menguatkan aku untuk menulis kisah iniuntuk mengabadikan kata-kata rinduku dulu. - UMMU HASAN

Published on March 26, 2020 19:55
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.