Roslan Hamid's Blog, page 89
May 27, 2020
Syawal 4: Tangguh kahwin...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34)
Syawal 4
Tangguh kahwin
BERAKHIRNYA Ramadan dan masuk Syawal, ramai pasangan nak kahwin. Seorang anak saudara saya dijadualkan menikah pada hujung minggu akhir Mei ini. Nampaknya kena tunda. Bakal pengantin lelaki dari Pahang, ya macam mana nak 'cross border' ke Melaka pada musim 'perintah berkurung' sekarang ini.
Seorang anak buah saya yang lain adalah jurugambar majlis perkahwinan. Pakar dalam mempotret gambar pengantin. Apa nak dikata...'bisnes'nya tak jalan langsung sejak beberapa bulan lalu. Kali terakhir dia merakam gambar pengantin adalah pada awal Mac lalu.
Kini Mac, April malah Mei akan berakhir, bermakna sudah tiga bulan dia 'miss income' (hilang pendapatan).
Jun juga menunjukkan tanda gelap, syukurlah, katanya dia ada menyimpan untuk 'hari mendung', maka dapatlah dia menanggung hidup keluarga...seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.
Selain jurugambar perkahwinan, turut terjejas dalam bab 'nikah-kahwin' ini adalah perancang perkahwinan (wedding planner), katerer (caterer), penyedia khemah dan sebagainya...
ARTIKEL IRINGAN (lama)
Orang Melayu tak habis-habis dengan hari rayanya
APABILA seorang rakan bukan Islam bertanya, mengapa orang 'Melayu' meraikan Hari Raya (Aidilfitri) dalam tempoh terlalu panjang, terasa susah juga saya hendak menjawabnya. Apakah ini bermakna orang Melayu 'suka enjoy' saja? Jika orang bukan Islam sedar akan orang Melayu 'sudah terlebih' dalam sambutan dan meraikan hari raya, takkan kita tak terperasan?
Ya, ketika komentar ini ditulis, Syawal sudah menginjak ke hari ke-25, tetapi masih ada majlis hari raya di sana sini dan jika amat-amati siaran radio di televisyen, juruhebah dan pengacara masih mengucapkan Selamat Hari Raya. Disiarkan juga lagu hari raya. Malah di akhbar, masih disiarkan gambar-gambar bingkisan hari raya dari luar negara. Pendeknya, orang Melayu tak habis-habis dengan hari rayanya.
Orang ramai terutama pemimpin dan di pejabat masih diadakan lagi majlis sambutan hari raya. Ya nampaknya orang Malaysia (yang disebut si rakan tadi orang Melayu), mahu berhari raya buat tempoh masa yang panjang, orang lain menyambut perayaan mereka 'seadanya' sedangkan orang Melayu mahu berterusan berdendang dengan pesta hari rayanya.
Tidak terasa janggal jika disebut hari raya pertama, hari raya kedua dan hari raya ketiga (terutama membabitkan siaran rancangan televisyen), tetapi jika disebut hari raya ke-25, terasa tak kena. Seperti sahabat bukan Islam tadi, mungkin ramai lagi orang yang tertanya-tanya mengapa orang Melayu bermati-matian berhari raya sampai sebulan sepanjang Syawal? Tidakkah banyak kerugian terpaksa ditanggung seperti dari segi kewangan dan masa?
Bagi merungkai permasalahan yang diutarakan rakan 'non-Muslim' tadi, saya mendapatkan pandangan seorang tok guru yang disegani. Beliau menjawab soalan saya dengan mudah sekali. "Menyambut hari raya adalah satu ibadat, jadi untuk berada di landasan yang betul, lakukannya mengikut apa yang disuruh oleh agama dan jauhkan daripada apa yang dilarang oleh agama."
"Kenapa kita sambut hari raya?" tanyanya dan kemudian apabila melihat saya hanya mendiamkan diri, dia meneruskan: "Antaranya kita mahu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadan. Kita boleh bergembira dalam menyambutnya tetapi bukan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam."
Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa menyambut hari raya adalah satu ibadah, bukan budaya atau menjadi menjadi pak turut seperti yang berlaku sekarang ini. Katanya, hari raya Aidilfitri itu satu hari saja di mana Allah SWT mengharamkan manusia berpuasa pada hari itu. Pada hari kedua Syawal itu, umat Islam digalakkan untuk berpuasa, jadi itulah garis pemisah hari raya itu dan hari biasa.
Tidak menjadi kesalahan untuk meneruskan kemeriahan hari raya seperti kunjung mengunjung saudara dan sahabat handai tetapi semuanya hendaklah dilakukan dalam batasan agama, katanya.
Bagaimanapun, apa yang berlaku, katanya, sambutan hari raya sudah menjadi satu budaya dan bukan berdasarkan tuntutan agama. Banyak perkara dilakukan bertentangan dengan kehendak agama seperti berlaku percampuran lelaki perempuan (termasuk bersalam-salaman lelaki-perempuan bukan muhrim) pada majlis seperti rumah terbuka, berlaku pembaziran makanan, tidak diundang golongan miskin sekalipun jiran tetangga dan dicampurkan unsur maksiat seperti disertakan nyanyian, konsert dan majlis tari menari.
"Garis panduan sambutan hari raya mudah saja," kata tok guru. "Lakukan yang disuruh oleh agama dan tinggalkan apa ditegah. Suka saya mengingatkan hari raya hanya satu hari saja, yang lebih itu budaya orang kita saja. Kalau budaya itu ada unsur bertentangan dengan Islam, tak payahlah dibuat, buat mendatangkan dosa saja buat apa?"
Lagi pun berhari raya berlebih-lebihan, habis tenaga, wang ringgit dan masa!

Published on May 27, 2020 00:10
May 25, 2020
Syawal 3: Pukul anak...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RENUNGAN
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang membuat kejahatan, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya." (Az-Salzalah: 7-8)
Syawal 3
Pukul anak...
ADA peribahasa Melayu berbunyi - pukul anak sindir menantu. Maksudnya, mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kepada orang lain.
Namun apa yang hendak dimuzakarahkan di sini bukan peribahasa itu tetapi hakikat seseorang ibu atau ayah itu memukul anaknya bagi mendisiplinkan si anak. Yalah, sekarang ini musim 'perintah berkurung' jadi ramai mak bapak stres menghadapi karenah anak dari pagi sampai petang dan dari petang sampai besok pagi.
Ada yang merotan anak tetapi menyesal pula terutama yang membabitkan si anak kecil. Apakah layak anak-anak yang berumur 3-5 tahun dirotan sedangkan perintah Nabi Muhammad s.a.w. dalam bab solat, anak yang berumur 10 tahun barulah dirotan jika engkar solat.
Sabda Nabi s.a.w.:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)Jadi apakah rasional ibu bapa yang memukul si anak kecil, misalnya yang berumur kurang 7 tahun?Kebanyakan ibu ayah si anak kecil masih muda...mereka masih berperangai panas baran, tak sabar, jadi mereka tak sedar telah membelasah si anak walaupun si anak melakukan kesalahan kecil seperti tak nak mandi atau mengganggu si adik. Namun selepas itu, ramai yang menyesal dan sedih terutama melihat bekas pukulan semasa anak sedang tidur.
Jadi apa nak buat? Ibu bapa sediakan rotan di rumah. Gantung di tempat semua orang nampak. Tetapi rotan ini bukan untuk pukul anak tetapi sebagai amaran kepada anak-anak. Hanya 'fear factor'. Kalau tak ada rotan, kadang-kadang apabila ibu bapa naik darah, mereka capai apa saja seperti 'hanger' baju atau hos getah untuk membelasah si anak. Ini SANGAT BAHAYA!
Jadi sediakan rotan...dengan tekad "aku takkan guna (capai) rotan ini kecuali apabila sudah tak boleh kontrol marah." Namun wahai ibu bapa, kalau dah tersangat marah pun, ambil rotan itu dan belasahlah benda-benda tak hidup seperti meja, dinding dan sebagainya...JANGAN SESEKALI PUKUL ANAK!
Dengan membelasah benda tak hidup, ibu bapa akan mendapati tenaga anda yang muda belia itu sudah dilepaskan...selepas itu anda akan rasa lemah...cepat-cepat ambil wuduk, bersolat dua rakaat dan berdoalah pada Allah SWT.
Sebenarnya, anda tidak mampu mendidik anak anda...ya anda hanya berusaha saja, yang menjayakannya adalah ALLAH SWT. Kepada Allah kita memohon untuk ditunjukkan jalan lurus termasuk akhlak untuk diri kita, anak kita, seisi keluarga kita, malah masyarakat, negara dan ummah.
ARTIKEL IRINGAN
Pukul meja, bukan murid
TERKINI masyarakat heboh memperkatakan tentang guru selepas seorang murid berusia 7 tahun di Perlis didakwa didera seorang guru disiplin sehingga membawa kematiannya manakala seorang guru perempuan pula ditumbuk hingga patah hidungnya oleh seorang muridnya yang berumur 14 tahun.
Penulis yang pernah menjadi guru sementara dan tuisyen malah sehingga kini berterusan bergelumang dengan anak-anak murid (ketika ini penulis mengajar bahasa Inggeris dan Matematik kepada pelajar di sebuah sekolah tahfiz selama dua jam setiap hari Ahad), mengakui tidak mudah menangani murid-murid zaman sekarang yang begitu terbuka dan terdedah kepada gejala dunia luar termasuk melalui media massa dan internet.
Lagi pun anak-anak penulis berada dalam peringkat umur persekolahan, jadi persoalan mendisiplinkan anak-anak adalah sama seperti mendisiplinkan anak-anak di tahfiz yang penulis anggap sebagai anak sendiri. Sebagai pendidik; mengajar satu hal, mendisiplinkan anak-anak satu hal. Kedua-duanya perlu berjalan serentak barulah dapat disalurkan ilmu kepada anak-anak.
Jika menjadi guru sementara sebuah sekolah menengah di Melaka pada tahun 1982 dulu, anak murid akan menyambut penulis di kelas dengan ucapan ‘Selamat Pagi Cikgu’, di kelas tuisyen dan tahfiz, mereka memberikan salam dengan kemudian membaca Surah Al-Fatihah dan doa belajar, penulis sedar wujud satu keperluan yang sama di mana-mana; murid-murid perlukan rotan untuk didisiplinkan. Malah di rumah sendiri pun, rotan adalah perlu untuk mendisiplinkan anak-anak.
Di rumah, penulis memang menyediakan rotan. Rotan digantung di dinding. Namun rotan itu kerap tiada di tempatnya, anak-anak penulis yang nakal sentiasa memindahkannya ke tempat lain agar penulis sukar mencarinya apabila diperlukan. Di tahfiz juga disediakan rotan. Jadi rotan sudah ada, menunggu masa untuk membalun anak-anak atau anak murid.
Hakikatnya sepanjang penulis menjadi bapa atau guru, rotan-rotan itu tersangat sedikit sekali hinggap di tapak tangan, punggung atau kaki anak-anak. Mungkin ia boleh dibilang dengan jari. Apa yang berlaku walaupun penulis kerap memegang rotan di tangan, rotan itu tidak dipukulkan ke atas tubuh murid, sebaliknya dihalakan ke meja, kerusi dan papan hitam, hijau dan putih. Ada kalanya kerana terlalu geram, rotan yang dipakai hancur. Bunyi rotan menghentam papan putih atau meja usah cakaplah, berdesing-desing cukup untuk menakutkan anak-anak murid.
Benar, mendisiplinkan anak-anak di kelas bukan perkara mudah. Sedang kita begitu bersemangat mengajar, ada secara tiba-tiba keluar bilik darjah; seorang dua meminta izin untuk ke tandas dan kemudian beramai-ramai pula ke tandas, jadi apakah halnya sedang kita bagaikan nak rak menerangkan perkara-perkara yang kita fikirkan susah yang memerlukan kehadiran mereka untuk memahaminya.
Murid-murid zaman sekarang ini pula seolah-olah tidak makan saman. Mulut mereka sukar ditutup, mereka asyik menceceh saja. Cikgu dengan penuh perasan memberi penerangan di depan kelas, mereka ‘bok- bek’ yang tidak habis-habis. Apabila dijerkah suruh diam, mereka senyap sebentar kemudian menyambung sok-sek mereka. Jika diikutkan geram, dengan adanya rotan di tangan, nescaya lumat budak-budak itu dikerjakan tetapi seperti yang penulis nyatakan, hentamlah saja meja, hentamlah papan putih sekuat hati bagi melepaskan geram. Insya-Allah apabila melihat cikgu sudah naik angin, mereka akan diam, tetapi masalahnya sebentar saja selepas itu mereka kembali bising.
Demikianlah, pada pandangan penulis kehadiran rotan dapat membantu guru-guru atau ibu bapa dalam mendisiplinkan anak atau anak-anak murid masing-masing. Kehadiran rotan di rumah memberi aura tersendiri, ia menjadi simbol disiplin; dengan mengerlingnya saja yang tergantung di dinding anak-anak sudah mengerti, apabila bapa aku naik angin dan mengangkat rotan itu nahaslah diriku, jadi setiap kali terlihat rotan itu terhalanglah mereka daripada membuat perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa masing-masing.
Jika diperhalusi, rotan amat rapat dengan ilmu disiplin (pendidikan) dan kaedah menghukum dalam Islam. Seorang pemuda dan pemudi (belum berkahwin) jika didapati bersalah berzina, hukumannya adalah disebat dengan rotan 100 kali, demikian juga pesalah qazaf dirotan 80 kali. Ini menunjukkan rotan adalah alat berkesan bagi memberi pengajaran dan mendidik manusia.
Namun pada hari ini tidak tahulah saya sama ada rotan masih digunakan di sekolah, sekurang-kurangnya sebagai simbol disiplin. Bagi saya alangkah baiknya jika setiap guru dibekalkan rotan, melihatnya saja anak-anak murid sudah takut; ia menjadi alat untuk mendisiplinkan mereka. Tetapi seperti yang saya tegaskan, guna rotan biar bertempat; apabila cikgu naik angin hentamkan saja rotan itu di meja dan papan hitam. Biar rotan itu hancur di meja, jangan anak murid yang hancur!
Saya katakan rotan adalah antara alat bantuan mengajar yang terbaik kerana saya pun pernah kena rotan tiga kali di punggung oleh pengetua ketika di sekolah menengah dulu! Ahh itu kisah lama, puluhan tahun dulu; kini saya pula berpeluang merotan meja dan papan putih!
Posted by Lanh Sr. at 10:29 AM 1 comment:

Published on May 25, 2020 23:50
Syawal 2: Seni bergaduh...
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
***
Syawal 2
Seni Bergaduh
TANGGAL 2 Syawal suasana di kampung semakin sepi. Saya sempat keluar rumah merentasi kampung kerana ada urusan tertentu. Berdasarkan jumlah kenderaan yang sedikit di jalan raya dan pintu rumah penduduk kampung yang tertutup rapat, saya mengagak tiada aktiviti ziarah-menziarahi.
Jika manusia dapat 'dikurung', binatang tidak demikian halnya. Kucing-kucing masih berkeliaran seperti biasa. Berdasarkan pengamatan terhadap kucing-kucing yang 'berlegar-legar' di sekitar rumah saya, musim mengawan sudah berlalu, sekarang dua ekor kucing betina comel (si hitam dan si tompok hitam-putih) sudah sarat bunting, menunggu masa nak beranak.
Si tompok hitam-putih jenis mengada-ngada. Kaki saya asyik disondol. Malah hujung kaki saya dijilati. Malah selalu juga dia menyembamkan badannya di kaki saya. Saya nak berjalan pun susah. Kalau kena pijak kan aniaya saja. Saya anggap kucing ini daripada spesies kuat membodek. Dia 'bodek' sebab nak makan. Saya tak berapa suka perangai membodek ini...bukan saja manusia pandai bodek, kucing pun pandai bodek berlebih-lebihan.
Kerana sifat mengada-ngada dan menggoda kucing ini, dua tiga, empat, lima bapak kucing (berhidung belang) datang. Ada berwarna kuning-putih, oren, tompok putih hitam dan kelabu.
Si kuning-putih nampaknya berjaya memenangi pertarungan. Jantan-jantan lain pandang dari jauh saja. Si kuning-putih asyik berada di sisi si tompok hitam-putih. Makan bersama. Berbaring (tidur) bersama. Ehwah romantisnya. Ada kala ketika makan, si jantan kuning putih hanya memandang saja...dia membiarkan si betina makan sepuas-puasnya. Sporting betul jantan ini. Ada ketika juga si jantan cuba makan, tetapi 'disepak' sang betina. Si jantan biarkan saja. Buat tak tahu. Memang muka toyo. Ala...berbuat baik itu ada makna tu!
Suatu petang saya perhatikan si jantan tompok hitam yang selalunya memandang dari jauh, tidak dapat tahan lagi...Darah cemburunya sudah terlampau tinggi. Dia merapati si kuning putih. Maka terjadilah pertarungan tersangat hebat. Macam Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam keris.
Saya perhatikan kucing 'tak bertikam keris' dengan segera.Kedua-dua melaung-laung. Berbunyi semacam. Makin lama makin kuat bunyi masing-masing. Yalah, bunyi kucing jantan bergaduh. Daripada jarak jauh, kedua-dua sudah rapat. Berada di sebelah menyebelah.
Apabila berada dalam kedudukan itu, kedua-duanya 'mendirikan diri'. Ekor meremang tinggi makala kepala tertacak di atas. Tubuh seolah-olah 'menunjukkan otot-otot'. Bulu meremang. Bunyi kedua-dua 'tersangat dahsyat'. Air liur keluar daripada mulut masing-masing.
Saya ingat mereka tentu segera bertempur selepas itu. Rupanya tidak. Kedua-duanya melolong-lolong dalam keadaan yang lama. Mata bertentang mata. Tak pejam pun. Makin lama makin kuat bunyi kedua-duanya. Ehh, lama betul. Rupa-rupanya kucing ada seni dalam bergaduh...kedua-duanya menunjukkan dan mempamerkan segala kehebatan yang ada pada diri masing-masing...kedua-duanya tidak mahu mengalah. Mereka mula menggesel-ngesel badan antara satu lain, tetapi masih tak bercakaran. Harapkan bunyi bising saja, aksyen tak mula-mula pun. Habis masa aku saja.
Saya yang melihat pula hilang sabar. Dah 10 minit tak bergaduh-gaduh lagi. Asyik melolong saja. Apa kerja ni. Saya pun capai secebuk air lalu menghamburkan air ke atas kedua-duanya. Si kuning putih berdesup ke suatu arah sedang si tompok hitam putih ke arah lain.
Kesimpulannya, nak bergaduh pun kucing sabar dan ada seninya tetapi saya (manusia) pula TAK SABAR. Kalau bergaduh, manusia nak cepat menang. Dia akan HENTAM musuh dengan cepat agar musuh cepat KO atau mati sedangkan kucing (binatang) pun tak buat begitu! Mereka bersabar dalam bergaduh!
ARTIKEL IRINGAN
IKTIBAR DICAKAR KUCING
SEORANG anak saya membela seekor kucing Parsi dalam rumah. Di luar rumah saya sentiasa ada sejumlah kucing jinak dan liar berkeliaran. Ada jantan dan betina. Suatu hari ketika saya membuka pintu dapur, si kucing Parsi yang kebetulan berada di situ melompat keluar, mengejar seekor 'kucing jantan jalang' yang cuba menjadi 'raja' di kawasan sekitar kediaman saya.
Kedua-dua kucing berlari jauh ke rumah seorang jiran, menyebabkan saya yang ketika itu hanya mengenakan kain pelikat dengan tuala mandi di tubuh (subhanallah, malu mengenangkannya) terpaksa mengejarnya. Kedua-duanya bergaduh di halaman rumah jiran itu.
Melihat kelibat saya, kedua-dua kucing itu berlari lagi dan kemudian berhenti untuk sedia bergaduh. Bulu dan ekor kedua-duanya sudah 'meremang'. Tanpa berfikir, saya cuba menangkap si kucing Parsi itu untuk membawanya kembali ke rumah dengan tidak pun membaca 'Bismillah' (tak ingat Allah-lah tu). Itulah 'bodohnya' saya kerana cuba menangkap 'binatang liar' yang tengah 'naik syeh'. Apa lagi saya dicakarnya di tangan.
Seorang anak lelaki saya cuba membantu, dia juga kena cakar. Akhirnya kedua-dua kami 'dikejarkan' ke sebuah klinik 24 jam kerana 'klinik biasa' semuanya sudah tutup kerana kejadian berlaku pada hampir maghrib malam Ahad. Alhamdulillah, luka taklah teruk sangat, tapi kami kena suntik dan diberi ubat yang kosnya berjumlah RM100.
Ya, tak ada orang yang suka terbabit dalam 'kemalangan' (hal yang kita anggap tak baik) seperti kena cakar kucing. Tetapi saya dan anak saya sudah ditakdirkan untuk dicakar kucing. Itu ketentuan Illahi. Demikian kita tak suka dengan ketetapan sedih lain seperti kematian kaum kerabat, jatuh sakit, harta hilang dan lambat dibayar gaji. Semuanya adalah ujian daripada-Nya.
Sebagai hamba Yang Maha Kuasa kita perlu menerima ketentuan-ketentuan ini dengan lapang dada, malah kita perlu bersyukur kerana kita masih diberi-Nya peluang untuk terus hidup namun sebagai manusia biasa, saya 'marah-marah' dengan 'ketentuan yang saya anggap tidak baik ini' dan baru sekarang ini cuba-cuba belajar untuk memahamkan diri apa yang kita suka dan tidak suka itu 'tidak penting' - yang teramat penting ialah kita hendaklah sealiran dengan apa yang Allah suka dan tak suka!
Dicakar kucing difikirkan tidak baik oleh saya tetapi subhanallah, mungkin ia baik di sisi Allah SWT. Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Tahu. Dia tahu bahawa peristiwa saya dicakar kucing itu adalah baik bagi saya, Dia mahu mengajar saya tetapi saya tidak dapat melihat dan menyelaminya. Maklumlah saya tersangatlah kurang ilmu...
Kesedaran sebegini timbul di hati saya akibat terkesan dengan tazkirah seorang ustaz di sebuah masjid berhampiran rumah saya yang menyebut bahawa hampir semua manusia sukakan sesuatu yang dia sangkakan baik dan tidak sukakan sesuatu yang dia sangkakan tidak baik baginya sedangkan hakikatnya yang menentukan sesuatu yang baik dan tidak baik itu hanyalah Allah SWT.
Ambil contoh mudah, ubat itu pahit dan gula itu manis...hampir semua manusia tidak suka makan ubat tetapi suka makan yang manis-manis. Pada 'manusia biasa-biasa' dia suka gula-gula dan mengelat daripada makan ubat, tetapi hakikatnya ubat itu membantu dalam penyembuhan sesuatu penyakit sedangkan gula-gula yang disukai itu membawa kepada penyakit...
Subhanallah benar sekali kata ustaz itu, kebanyakan daripada kita hidup berdasarkan kepada apa yang kita suka dan bukannya Allah suka. Ambil contoh mudah, kita suka makan tetapi Allah tidak suka kita makan melampaui batas. Kita suka mengikut nafsu termasuk dari segi seks (maaf cakap atau tulis) tetapi Allah tidak suka kita melampaui batas. Kita suka harta, anak-anak, sawah ladang dan kenderaan hebat, tetapi Allah tidak suka kita melampaui batas.
Ringkasnya, semuanya ada had dan peraturan. Boleh makan, minum, berkelamin, berharta banyak dan sebagainya tetapi semuanya tertakluk kepada kehendak Yang Maha Kuasa bukan kehendak dan kesukaan kita!
Dan bagi diri saya; saya tidak suka dicakar kucing tapi bagi Allah SWT ia sesuatu yang baik bagi diri saya. Ya untuk mengajar saya agar tidak sombong, tidak berasa kuat sebaliknya mengakui terlalu lemah di dunia ini. Iktibarnya, sebenarnya kita sebagai manusia adalah terlalu lemah, bila-bila masa saja boleh ditimpa kemalangan, jatuh sakit dan MATI. Jadi bertaubatlah dan akuilah yang terbaik bagi kita adalah atas kehendak Allah SWT bukan berdasarkan kemahuan kita.
Sebagai pengakhiran celoteh, akuilah undang-undang Allah termasuk hudud itu adalah yang terbaik cuma kita saja manusia yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong tetap dulu, kini dan selamanya sombong tidak mahukan hukum Allah sebaliknya memilih undang-undang ciptaan manusia!
Kena cakar kucing pun sudah tak tahan bisanya, jadi fikir-fikirkan azabnya jika dihumbankan ke dalam neraka-Nya. Nauzubillah. Seksaan neraka paling ringan yang dialami Abu Talib, otaknya menggelegak apabila dipakaikan terompah neraka. Jadi, masih ada hati hendak melawan Allah seperti menolak hukum-hakam-Nya?
Aku bertaubat kepadamu, ya Allah! Kau ampunilah daku yang banyak dosa ini sebab itu kena cakar kucing. Kalau sombong lagi entah-entah kena 'cakar rimau' pula...

Published on May 25, 2020 00:27
Syawal 2: Seni gaduh...

Seni Gaduh
TANGGAL2 Ramadan, suasana di kampung semakin sepi. Saya sempat keluar rumah merentasi kampung kerana ada urusan tertentu. Berdasarkan jumlah kenderaan yang sedikit di jalan raya dan pintu rumah penduduk kampung yang tertutup rapat, saya mengagak tiada aktiviti ziarah-menziarahi.
Jika manusia dapat 'dikurung', binatang tidak demikian halnya. Kucing-kecing masih berkeliaran seperti biasa. Berdasarkan pengamatan terhadap kucing-kucing yang 'berlegar-legar' di sekitar rumah saya, musim mengawan sudah berlalu, sekarang dua ekor kucing betina comel (si hitam dan si tompok hitam-putih) sudah sarat bunting, menunggu masa nak beranak.
Si tompok hitam-putih jenis mengada-ngada. Kaki saya asyik disondol. Malah hujung kaki saya dijilati. Saya anggap kucing ini daripada spesies kuat membodek. Dia 'bodek' sebab nak makan. Saya tak berapa suka perangai membodek ini...bukan saja manusia pandai bodek, kucing pun pandai bodek berlebih-lebihan.
Kerana sifat mengada-ngada dan menggoda kucing ini, dua tiga bapak kucing datang. Ada berwarna kuning-putih, oren, tompok putih hitam dan kelabu.
Si kucing-putih nampaknya berjaya memenangi pertarungan. Jantan-jantan lain pandang dari jauh saja. Si kuning-putih asyik berada di sisi si tompok hitam-putih. Makan bersama. Berbaring (tidur) bersama. Ehwah romantisnya. Ada kala ketika makan, si jantan kuning putih hanya memandang saja...dia membiarkan si betina makan sepuas-puasnya. Sporting betul jantan ini. Ada ketika juga si jantan cuba makan, tetapi cuba 'disepak' sang betina. Si jantan biarkan saja. Ala...baik itu ada makna tu!

Saya ingat mereka tentu segera bertempur selepas itu. Rupanya tidak. Kedua-duanya melolong-lolong dalam keadaan yang lama. Mata bertentang mata. Tak pejam pun. Makin lama makin kuat bunyi kedua-duanya. Ehh, lama betul. Rupa-rupanya kucing ada seni dalam bergaduh...kedua-duanya menunjukkan dan mempamerkan segala kehebatan yang ada pada diri masing-masing...kedua-duanya tidak mahu mengalah. Mereka mula menggesel-ngesel badan antara satu lain, tetapi masih tak bercakaran.

Kesimpulannya, nak bergaduh pun kucing sabar dan ada seninya tetapi saya (manusia) pula TAK SABAR. Kalau bergaduh, manusia nak cepat menang. Dia akan HENTAM musuh dengan cepat supaya musuh cepat mati sedangkan kucing (binatang) pun tak buat begitu!

May 23, 2020
Syawal 1: Bingitan mercun tetap sama!
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.” (Maksud Ayat 185 Surah Al-Baqarah)
SYAWAL 1
BINGITAN MERCUN TETAP SAMA!
SELAMAT Menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Sungguh amat kelainan Aidilfitri kali ini (1441H). Hal ini termasuk keluarga kami. Sambutan petang raya (hari terakhir Ramadan) diadakan di rumah mak ayah yang telah berusia. Mereka 'tak buat apa-apa' - setiap anak bawa makanan yang sudah siap dipek - sedia diambil dan makan saja.
Daripada lapan adik beradik, lima orang tinggal di negeri malah daerah sama. Bermakna kami boleh sambut raya di rumah mak dan ayah dalam kapasiti kurang 20 orang. Tolak seorang adik yang memilih menyambut raya bersama mentuanya, tinggal kami lebih kurang 12 orang.
Petang raya itu, selepas dua bulan tak berjumpa...masing-masing kelihatan 'malu-malu'. Berdiri dan duduk jauh-jauh. Patuhi SOP. Hanya senyum terukir di wajah tanda ikhlas dalam menjalin siratulrahim.
Bacaan doa dipanjatkan. Maka berbukalah kami. Ambil bekas makanan masing-masing dan menikmati jaudah seadanya. Kelihatan ada yang asyik-asyik basuh tangan. Kemudian kami solat maghrib berjemaah. Sejadah diletakkan jauh-jauh di antara satu sama lain. Solat jauh-jauh, tak rapat-rapat macam dulu. Sekali lagi untuk mematuhi SOP.
Namun tengah 'syok' solat...bunyi bom, bom, bom. Anak jiran sedang 'syok' bakar mercun dan bunga api. Bunyi ledakan mercun dan kadang-kadang meriam buluh berterusan selepas itu. Bingitannya berpanjangan daripada awal malam sehingga bila saya tak tahu sebab pada jam 11.00 malam saya sudah berdengkur...
Ini sebahagian aktiviti raya dibuat dalam norma baharu...tetapi nampaknya aktiviti bakar duit (beli dan bakar mercun) berterusan...banyak persoalan perlu dirungkai seperti bagaimana 'mercun boleh lepas bebas' daripada 'banyak sekatan' termasuk di jalan raya...Mungkinkah orang tak boleh rentas negeri, tetapi MERCUN BOLEH?
ARTIKEL IRINGAN
RAMADAN yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan api neraka itu akhirnya meninggalkan kita. Sedih mengenangkan pemergian Ramadan, dikesempatan ini diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga Allah SWT memberkati kita semua. Amin.
Persoalannya, bagaimanakah Ramadan kita? Bagaimana pencapaian kita sebagai graduan Universiti Ramadan yang mesti dilalui setiap tahun oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya?
Sebahagian kita mungkin sudah menjadi graduan Universiti Ramadan 20, 30, 40 atau 50 kali; kali ini tanyalah hati kita, adakah kita seronok Ramadan ini berakhir bagi membolehkan kita berhari raya atau kita terharu dan sedih kerana bulan penuh keberkatan itu sudah pergi sedangkan pada tahun depan belum ada ketentuan kita akan menjadi siswa-siswi Universiti Ramadan sekali lagi.
Tiga puluh atau 40 tahun lalu, saya seronok Ramadan pergi kerana dapat berhari raya. Ya, hari raya adalah kegembiraan bagi kanak-kanak dan orang muda. Pada permulaan celoteh kali ini izinkan saya menyorot ke zaman itu; zaman jahiliah yang malangnya turut 'dikongsi' sesetengah orang dewasa.
Kegembiraan hari raya kanak-kanak pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an adalah hal berkaitan duit, makan dan sedikit hiburan tidak seperti generasi baru sekarang yang asyik mahsyuk dengan tablet masing-masing. Dari segi duit, zaman kecil saya tidaklah mewah. Dapat 10 sen ketika berkunjung ke rumah orang pun sudah dikira cukup baik.
Dari segi makanan, sekarang baru saya terfikir mengapa orang dulu taksub menyediakan juadah yang 'macam setengah mati' memasaknya seperti dodol sehingga ada yang meninggalkan puasa dan pada malam harinya tak pergi ke surau atau masjid untuk solat waktu dan tarawih. Letih memasak dodol tak terkira kerana tempohnya terlalu lama, mungkin lima atau enam jam.
Bagi sesetengah remaja dan anak muda, hari raya dinanti-nanti kerana boleh menziarahi rumah anak dara yang berkenaan di hati kerana "pada hari raya rumah terbuka dan tiada orang suka untuk marah-marah." Pengalaman saya dan beberapa kawan, pernah melawat ke rumah seorang anak dara jam 12.00 tengah malam, dan "betul, bapaknya tak marah pun!"
Dari segi hiburan, apa yang mengasyikan, adalah bermain 'bom' (seperti meriam buluh, mercun, bunga api) dan terbabit dalam 'peperangan menembak roket' sesama kawan-kawan. Ya apa faedah melakukan perkara-perkara lara ini pada malam-malam bulan Ramadan yang mulia?
Sekarang apabila memasuki 'usia tua', barulah saya tahu bahawa diri ini sudah terlalu banyak membuang masa pada perkara-perkara tidak berfaedah ketika berada di bulan barakah Ramadan dan juga bulan mulia Aidilfitri.
Terasa mahu memutar balik jarum jam supaya saya kembali ke zaman bujang yang penuh 'kesia-siaan' itu bagi menukar haluan hidup. Namun itu tidak mungkin, jadi usia yang berbaki ini (saya ada berbaki kira-kira 10 kali lagi memasuki Universiti Ramadan jika saya mati mengikut usia Rasulullah s.a.w.) saya cuba-cuba membaiki diri yang selama ini sudah tersasar jauh daripada kehendak agama dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
Namun, saya tidak salahkan diri saya sepenuhnya, punca saya jadi begitu; sebahagiannya disebabkan pembawaan dan contoh tidak betul oleh anggota masyarakat termasuklah pemimpin kita.
Jika orang dulu dengan 'kesesatan mereka' apa kurang dengan orang Melayu sekarang. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya.
Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT, tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.
Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini.
Malang sungguh, mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, sebaliknya meminta orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita tujuh likur, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul termasuklah rancangan hiburan di TV.
Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad. Apatah lagi sekarang generasi baru gila gadjet elektronik, tanpa mempedulikan persekitaran mereka.
Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya!
Pada hari-hari terakhir Ramadan ini terutama pada malamnya teruskanlah amalan mulia seperti solat tarawih dan qiyam, bersedekah, tilawah al-Quran, berdoa, berzikir, berisytifar, bertakfakur tetapi elakkan kerja-kerja lara seperti melepak-lepak di bazar Ramadan, bergaduh, memutuskan silaraturahim apatah lagi melakukan syirik bagi membolehkan kita mendapat Lailaturqadar-Nya, insya-Allah. Akhir sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada LanH.

Published on May 23, 2020 23:55
Secebis Kisah Ramadan 30: 'Kureng' sabar, syukur...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan atsar (bekas-bekas) yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata. (Lauhul Mahfuzh)." - Surah Yasin, ayat 12
Secebis Kisah Ramadan 30
'Kureng' sabar, syukur
KETIKA melakar tulisan ini Ramadan 1441H akan berakhir sebentar saja lagi. Alhamdulillah dapat menunaikan puasa setiap hari pada bulan suci ini, tetapi sungguh sedih meninggalkan Ramadan.
Bagi saya Ramadan pada musim 'perintah berkurung' ini banyak mendedahkan kelemahan diri. Selama ini saya ingat saya bagus, tetapi sebenarnya tak bagus. Saya katakan tak bagus ini adalah berdasarkan kepada kepatuhan dua sifat terbaik yang perlu ada pada setiap mukmin seperti selalu diungkapkan ulama.
1. SABAR
Sabar ini bukan teori. Atau pengajian daripada buku/kitab. Banyak 'event' menunjukkan aku tak sabar. Sebagai contoh, sekarang ini disebabkan 'perintah berkurung', kita berhadapan dengan anak bini 24 jam. Ujian dengan anak bini tersangat banyak. Selalunya kita tak tahan dengan gelagat mereka. Dengan karenah anak bini kita tak sabar jadi bagaimana kita mahu mengaku kita orang sabar. Tak layak sama sekali. Banyak kelemahan diri yang perlu dibaiki.
Jika anak bini pun tak dapat pimpin, bagaimana nak jadi pemimpin di luar sana...Ohh, malu aku. Nasib baik (alhamdulillah) teringat Allah...sebenarnya kamu bukan saja tak mampu pimpin anak isteri atau masyarakat, diri kamu sendiri pun kamu tak mampu pimpin sebab itu BERDOALAH kepada-NYA agar DIA tidak menyerahkan diri kita kepada diri kita sendiri tetapi kita menyerahkan diri KEPADA-NYA agar DIA memimpin kita sepanjang masa sebagaimana kita berdoa dalam setiap rakaat solat...Ya Allah Kau tunjuki kami jalan yang lurus...
2. BERSYUKUR
Dalam bab bersyukur ini pun saya 'fail'. Dalam perkara keduniaan masih nak banyak. Nak banyak duit, nak banyak harta. Nak banyak itu dan ini. Nak banyak pengaruh, nak banyak sanjungan dan pujian orang. Nak banyak perkara yang belum ada.
Bagi perkara yang ada, tak nak pulak kita bersyukur. Hidung kita masih menyedut udara kita tak bersyukur. Mulut kita yang masih boleh makan, kita tak bersyukur. Jantung kita yang masih mengepam oksigen kita tak bersyukur. Kaki kita yang boleh berjalan kita tak bersyukur. Tangan kita yang boleh menaip Secebis Kisah Ramadan ini pun kita tak bersyukur.
Ada anak bini kita tak bersyukur. Asyik nak marah saja (seperti cerita tak sabar di atas). Sedangkan ada orang, bini pun tak ada. Ada orang anak pun tak ada. Ada orang berkahwin pun tak lagi.
Nikmat hidup pun kita tak bersyukur...orang dalam kubur sana, kalau boleh dia orang nak kembali ke dunia untuk membuat kebaikan...tetapi kita yang berada di dunia ini mensia-siakan SEGALA NIKMAT YANG ADA.
Konklusinya - YA ALLAH, KAU ampunilah diriku...sungguh aku banyak dosa kerana dua sifat ini (SABAR dan BERSYUKUR) amat 'kureng' pada diriku. Aku berdoa KAU tanamkanlah sifat SABAR dan SYUKUR ini pada diriku yang hina ini.
ARTIKEL IRINGAN
'Membasuh dosa' selepas Ramadan...AIDILFITRI lalu menemukan saya dengan seorang sahabat lama; rakan di IPT puluhan tahun lalu. Dia seorang usahawan, bidangnya termasuk membekalkan peralatan dan kelengkapan kepada jabatan dan agensi pihak pemerintah.
Beliau mendedahkan akan dunia bisnes dan politik yang dakwanya banyak penyewelengannya termasuk rasuah. Bagi menghadapinya, kata beliau, seseorang itu ada beberapa pilihan - pertama lakukan 'kejahatan sejahat-jahat' tetapi jangan sampai 'tertangkap' dan yang kedua, tinggalkan terus bidang berkenaan.
Katanya, bagi rakan-rakan bisnes dan politik yang memilih untuk berbuat 'sejahat-jahatnya' termasuk tidak menunaikan ibadat seperti solat sama sekali (ada yang melakukan solat secara berpura-pura demi kepentingan politik dan bisnes) dan zakat, beliau menyaksikan mereka dilimpahi nikmat demi nikmat seperti kekayaan melimpah luah, kemasyhuran, pangkat, gelaran dan pelbagai kelebihan duniawi. Yalah, dia macam Firaun yang dikatakan tidak pernah sakit; menyebabkan dia mengaku dirinya tuhan.
Namun bagi mereka yang hatinya berbelah-bahagi (50-50) seperti takut-takut mengamalkan rasuah dan maksiat tetapi ada kala melakukannya kerana 'terliur' dan 'lalai' dengan kenikmatan dunia tetapi tidak meninggalkan solat secara terus; mereka akan diuji dengan kemewahan yang diperolehi.
Bagi golongan kedua; ada saja yang tidak kena - ahli keluarga kemalangan dan matilah, isteri sakit teruklah, anak berperangai jahatlah, rumah dimasuki pencurilah, diri sendiri kena rompaklah; pendeknya banyak masa dan duit dalam poket dihabiskan untuk menyelesaian masalah.
Sahabat saya itu berpendapat; golongan pertama sudah dilupakan oleh Yang Maha Berkuasa - apa saja mereka kehendaki diberi; mereka mendapat bahagian mereka di dunia ini tetapi tidak di akhirat nanti. Mereka bolehlah 'beraya sakan' di dunia, tetapi ingatlah kesenangan hidup di dunia hanya sebentar cuma! Mereka macam Firaun, Hamman dan Qarun.
Kepada mereka yang masih solat yang di dalamnya ada diucapkan "Ya Allah, tunjukki kami jalan yang lurus", Yang Maha Berkuasa menguji mereka dengan mendatangkan pelbagai masalah agar mereka dapat berfikir - "Ya Allah tak betul jalan yang aku ikuti selama ini, aku mahu kembali ke jalan-Mu yang lurus!"
Kata sahabat saya itu, ramai orang bisnes dan politik yang dikenalinya sudah 'kembali ke jalan yang lurus'. Pada konteks, hari raya ini, ungkapan kerap digunakan adalah 'kembali kepada fitrah'. Namun katanya, bagi orang bisnes dan politik tidaklah semudah orang awam untuk mengucapkan '0-0' ketika bersalaman antara satu sama lain pada Aidilfitri. Ucapan '0-0' bermaksud kedua-dua pihak kembali kepada fitrah, saling maaf memaafkan antara satu sama lain.
Dosa kepada Allah; Yang Maha Berkuasa Yang Maha Pemurah dan Penyayang sedia mengampunkannya tetapi dosa sesama manusia antara syarat pengampunan dan taubat seseorang itu perlu mengembalikan hak dan harta orang yang diambilnya. Inilah, yang beratnya kata sahabat saya itu.
Bagi orang bisnes dan politik, jika dulu dalam setahun dia rasuah RM100,000, dia perlu kembalikan wang itu kepada pemiliknya. Itu dalam tempoh setahun, kalau 10 tahun, wang rasuah itu adalah RM1 juta; kalau 20 tahun; RM2 juta. Persoalan ke mana wang RM2 juta (jika dapat disediakan) itu hendak dikembalikan? Itulah kalau rasuah dan penyelewengan RM2 juta; kalau RM20 juta, RM200 juta atau RM2 bilion?
Kata sahabat saya itu; dia mengenali seorang lagi sahabat bisnes yang 'sudah kembali ke fitrah'; dia sudah meninggalkan 'dunia lamanya' - dia dan keluarganya kini duduk dalam sebuah teratak buruk sebaliknya sebahagian besar harta-hartanya diinfakkan untuk membuat sekolah tahfiz yang kos pengurusannya dia tanggung sendiri. Dengar khabar lebih RM10,000 sebulan.
Selain itu, dia membuat pelbagai projek dan program kebajikan lagi semata-mata untuk 'membasuh dosa'nya. Demikianlah, apabila cahaya keimanan sudah menghampiri seseorang termasuk menyedari dosa lampau yang terlalu banyak, seseorang sanggup berkorban apa saja demi menggapai pengampunan Illahi. Tidaklah dia menguar-uarkan 'taubat' dengan bermodalkan 'air liur' saja atau kejap-kejap ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah!
Oohh, nampaknya pandai sekali penulis ini (LanH) menceloteh mengenai kisah orang lain. Penulis mengakui banyak dosa kepada ibu bapa, anak isteri, kaum kerabat, rakan setugas, sahabat handai dan juga pembaca sekalian; jadi pada Syawal mulia ini, penulis menyusun jari memohon ampun bagi 'membasuh segala dosa' itu. Kita '0-0' selepas ini, ya!

Published on May 23, 2020 00:19
May 21, 2020
Secebis Kisah Ramadan 29: Mahu terus jadi raja mercun?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
Secebis Kisah Ramadan 29
Mahu terus jadi raja mercun?
SEKALI lagi kita 'beraya' - sambut Aidilfitri. Tetapi keadaan sekarang ('perintah berkurung' akibat COVID-19) terasa berlainan sekali daripada raya-raya terdahulu. Jika dulu suasana pada 29 Ramadan ini begitu kecoh (seperti anak cucu balik kampung dan sibuk membuat persiapan raya), kali sunyi sepi sahaja.
Pagi tadi (10-11 pagi) saya meluangkan masa di rumah ibu dan ayah di sebelah rumah saya. Suasana sepi...ibu sedang membaca al-Qur'an manakala ayah tidur. Dulu pada waktu begini suasana begitu gamat dengan anak cucu yang sudah berada di kampung. Kali ini satu jenis kuih pun tak ada lagi, yang ada dalam botol di almari sisi meja makan adalah biskut kering!
Kalau 'zaman dulu-dulu' lagi, orang kita lagi hebat...tengah mengacau dodol le, membakar bahulu le, mencat rumah atau meminyaki rumah le (last minute), ya macam-macam mereka buat.
Kata pemimpin dan bijak pandai, kita perlu membiasakan diri dengan normal baharu. Dulu, dulu. Sekarang, sekarang. Apa perlu dikenang barang yang hilang...sang pemiutis melakarkan kata-kata syahdu ini - daripada kapas menjadi benang, daripada benang dibuat kain, barang lepas jangan dikenang, sudah menjadi milik orang lain. Anak sungai lagikan berubah, inikah hati orang...
Semua orang termasuk 'atuk' dan 'nenek' perlu membiasakan diri dengan normal baru. Sebenarnya, sebahagiannya bukan baharu pun sebab manusia sifatnya berubah -rubah. Maaf jika kasar bunyi - manusia itu bermula sebagai bayi, jadi budak, remaja, dewasa, matang, tua, tua bangka, nyanyuk dan terus masuk kubur...
Jadi pada setiap peringkat usia itu kita perlu mengusahakan pembaharuan. Pada usia 10-15 tahun dulu setiap hari raya kita adalah 'raja mercun' sehingga ada yang putus jari, takkan pada usia 50-60 kita nak jadi raja yang sama. Tak sesuai dan gila namanya. Tentunya pada usia 50-60 tahun ini amat manis kita berubah menjadi kaki masjid atau raja masjid.
Bagi si perempuan pula, pada usia 12-15 tahun, ada yang menjadi dewi remaja melaram pelbagai fesyen pakaian, tetapi takkan pada usia 50-60, kita nak terus melaram juga. Ya, berubah-rubahlah ke arah kebaikan sehingga kita masuk kubur!
YA, AMALKAN NORMAL BAHARU...jika dulu kita sebagai datuk nenek asyik termenung di muka pintu berharap-harap anak cucu balik kampung, tetapi sekarang kita gunakan setiap masa terluang untuk berzikir, berfikir, bertakafur (memikirkan kebesaran alam), bermuhasabah diri, menghitung dosa pahala, MENGINGATI ALLAH kerana tak lama lagi kita akan ke SANA...
ARTIKEL IRINGAN
Buru 5 lagi raya selepas Aidilfitri
TIDAK lama dulu, dalam tazkirahnya, seorang ustaz di sebuah masjid berhampiran rumah saya, berkata ada lima hari raya perlu diburu oleh setiap Muslim. "Ini adalah hari raya sebenar, bekerja keraslah untuk mendapatkannya," katanya.
"Raya pertama boleh kita raikan jika hari kita berakhir dengan kita bebas daripada melakukan dosa, tidak kira yang kecil atau besar," katanya. "Ini mustahil kerana tiada siapa pun, kecuali Nabi s.a.w., akan senantiasa membuat dosa. Jadi, tiada hari kita dapat raikan hari raya, tetapi kita mesti bekerja keras untuk itu.
"Jika tidak dapat hari ini, cuba lagi keesokan hari, jika gagal cuba lagi pada hari berikutnya sehinggalah kita meninggalkan dunia ini, matilah," katanya.
"Yang kedua, kita boleh meraikan hari raya jika dapat mati dalam iman. Ringkasnya kita mati dalam 'husnul khatimah'. Inilah hari raya terbesar untuk kita detik kita meninggalkan dunia buat selama-lamanya," kata sang ustaz.
Hari raya ketiga, kata sang ustaz itu, jika kita berjaya melalui 'siratul mustakim'. Seorang mukmin, insya-Allah dapat minum dari Telaga Khausar Nabi sebelum mereka menuju jambatan 'sirat', katanya.
Raya keempat adalah apabila kita berjaya memasuki syurga Allah SWT manakala raya kelima adalah yang terbesar dan terhebat apabila Yang Maha Berkuasa reda terhadap kita dan Dia memperkenankan kita menatap wajah-Nya Yang Maha Agung.
"Jadi burulah lima hari raya ini sehingga sepenuh keyakinan datang kepada kita. Inilah hari raya sebenar, berusahalah sekuat mungkin selagi hayat masih di badan (berada di dunia)," kata sang ustaz.
Nasihat ustaz mengenai lima hari raya ini perlu kita jadikan iktibar; sekarang ini orang Melayu/Islam sedang merayakan Aidilfitri dengan mengadakan rumah atau pejabat terbuka sehingga sebulan lamanya.
Seorang tok guru yang disegani berkata menyambut hari raya adalah satu ibadat, jadi untuk berada di landasan yang betul, lakukannya mengikut apa yang disuruh oleh agama dan jauhkan daripada apa yang dilarang oleh agama.
"Kenapa kita sambut hari raya?" tanyanya. "Antaranya kita mahu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadan. Kita boleh bergembira dalam menyambutnya tetapi bukan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam."
Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa menyambut hari raya adalah satu ibadah, bukan budaya atau menjadi menjadi pak turut seperti yang berlaku sekarang ini. Katanya, hari raya Aidilfitri itu satu hari saja di mana Allah SWT mengharamkan manusia berpuasa pada hari itu. Pada hari kedua Syawal itu, umat Islam digalakkan untuk berpuasa, jadi itulah garis pemisah hari raya itu dan hari biasa.
Tidak menjadi kesalahan untuk meneruskan kemeriahan hari raya seperti kunjung mengunjung saudara dan sahabat handai tetapi semuanya hendaklah dilakukan dalam batasan agama, katanya.
Bagaimanapun, apa yang berlaku, katanya, sambutan hari raya sudah menjadi satu budaya dan bukan berdasarkan tuntutan agama. Banyak perkara dilakukan bertentangan dengan kehendak agama seperti berlaku percampuran lelaki perempuan (termasuk bersalam-salaman lelaki-perempuan bukan muhrim) pada majlis seperti rumah terbuka, berlaku pembaziran makanan, tidak diundang golongan miskin sekalipun jiran tetangga dan dicampurkan unsur maksiat seperti disertakan nyanyian, konsert dan majlis tari menari.
"Garis panduan sambutan hari raya mudah saja," kata tok guru. "Lakukan yang disuruh oleh agama dan tinggalkan apa ditegah."

Published on May 21, 2020 23:34
Secebis Kisah Ramadan 28: Aku hamba Yang Kaya...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
Secebis Kisah Ramadan 28
Aku hamba Yang Kaya...
KETIKA keluar rumah hari ini dengan motosikal, saya lihat 'wallet' (dompet) saya kosong, tiada duit (nil). Namun saya capai botol 'tabung derma' yang saya masukkan wang setiap pagi dan pada setiap solat Jumaat sebagai tabung ganti kerana tidak boleh menderma selepas masjid ditutup.
Disebabkan tiada duit saya tidak boleh membeli barangan untuk kegunaan sendiri. Tetapi dengan duit dalam tabung itu, saya boleh gunakannya untuk bersedekah. Seorang makcik tukang sapu, saya beri dia RM10. Tersenyum panjang dia, tetapi dia menegur kenapa beri dia duit di jalan raya. Tak bahayakan diri ke, tanyanya.
Saya belikan seseorang sebuku roti Gardenia. Saya beli sekotak air minuman jenis cawan untuk kegunaan jemaah.
Saya teringat suami arwah mak busu saya yang tua tanpa pekerjaan. Dia menderita pelbagai penyakit kronik. Jarak rumahnya jauh juga...kira-kira 10 km. Saya pergi juga. Bukankah sekarang hari-hari terakhir Ramadan...nanti rugi tak rebut peluang terbaik ini, Ramadan depan belum tahu lagi,,,malah hari esok pun belum tahu.
Saya hulur dia RM50. Tersenggih dia. Dia nak bercerita panjang - terjatuh di stesen minyaklah, masuk hospitallah, hospital sesaklah. Muncul seorang anak perempuannya, saya hulur RM20.
Hari sudah hampir tengah hari...jauh juga nak balik menunggang motosikal. Sambil menunggang saya berzikir dan menyanyi lagu ciptaan sendiri memuji Illahi. Ya Allah, aku ni hamba Yang Kaya...hamba Yang Maha Kaya. Kau Yang Kaya, Kau Pemilik Alam ini, malah Segala-Galanya, jika aku yang tidak punyai apa-apa ini berlindung di bawah payung MU YANG MAHA KAYA (Al-Ghani), apakah aku takut dengan ketidak-beradaan aku ini...
Jika di dunia ini kita boleh berasa nyaman dan aman berlindung di bawah payung orang besar seperti raja bayangkan bagaimana nikmatnya kita berada di payungan YANG MAKA KAYA dan BERKUASA.
Jam 1.45 petang usai solat Zuhur dengan anak beranak, kedengaran bunyi motosikal. Seorang lelaki berkumis tebal muncul dan bertanya: "Bang aji tuan punya tebu-tebu itu..?" tanyanya menunjuk kepada rumpunan tebu berhampiran rumah saya.
Saya mengiyakan, dia berkata dia mahu membeli secara borong lantas, membuat tinjauan ringkas. "Berapa bang aji nak jual...bang aji sebutlah, nanti saya tawar..."
Saya kata RM100, lelaki berkumis berkata, "saya bagi bang Aji RM150. Petang nanti saya datang..."
Ya, sungguh MAHA KAYA DIA...DIA adalah ALLAH AL-GHANI (YANG MAHA KAYA) sedangkan saya adalah hamba Yang Kaya atau lebih tepat lagi hamba YANG MAHA KAYA.
ARTIKEL IRINGAN
BARU-BARU ini saya berkesempatan ke (bekas) pejabat lama. Kawan-kawan ajak minum, sambil menikmati hidangan perbualan semakin lama semakin rancak terutama dalam membicarakan kesukaran rakyat menghadapi kehidupan sekarang ini.
Dalam perbualan itu, saya 'berloyar buruk' dengan menyatakan duit sebenarnya banyak, cuma ia tidak banyak dalam poket atau dompet kita tetapi banyak dalam 'tangan' orang lain. Persoalannya sekarang bagaimana usaha kita bagi memindahkan wang itu ke dalam poket kita...oh ya, semestinya secara halal bukan haram!
Saya berkata demikian berdasarkan pandangan seorang pakar motivasi yang juga seorang ahli perniagaan berjaya. Beliau mengungkapkan: "Ada banyak duit di kawasan sekitar kita - dalam poket orang, dalam dompet mereka, dalam bank, dalam laci pekedai dan juga bawah bantal tilam dan bantal sesetengah orang - persoalannya sekarang bagaimana mahu memancing wang itu masuk ke poket kita?"
Kata pakar itu ada dua cara melakukannya - satu secara haram, dan keduanya secara halal. Contoh perkara haram adalah seperti mencuri, merompak, makan rasuah dan makan riba manakala cara halal adalah seperti berniaga.
"Dengan melakukan kerja ini, duit akan dipindahkan dari poket mereka ke poket kita. Kalau kita pilih kaedah halal seperti berniaga, secara umumnya jika kita bekerja keras termasuk memenangi hati pelanggan, lebih banyaklah wang mereka akan masuk ke poket kita!"
Puluhan tahun lalu saya cuba praktikkan apa disyorkan pakar motivasi ini. Saya cuba berniaga termasuk terbabit dalam 'direct selling' (menjual produk seperti cecair pembersih secara langsung).
Terbukti saya tidak pandai berniaga - duit orang terlalu sukar untuk masuk ke dalam poket saya. Akhirnya saya 'give up' (berhenti). Banyak lagi usaha saya buat seperti berniaga ABC dan cendol, tetapi nampaknya 'tidak menjadi'. Dalam bab berniaga ini ternyata saya 'tiada seni' dalam melakukannya. Apabila 'gagal, tidak banyaklah wang orang masuk ke dalam poket saya!
Itu cerita dulu, tetapi pada masa 'tua' sekarang ini selepas menghadiri ratusan jika tidak ribuan 'tazkirah' termasuk di masjid dan melalui media massa seperti siaran televisyen dan radio, mengertilah saya bahawa ada cara lain untuk 'melebatkan' poket atau kantung kita. Ya, ada cara untuk 'menarik' rezeki yang perlu diluaskan pengertiannya bukan semata-mata kepada wang ringgit.
Seorang ulama dipetik sebagai berkata, tidaklah seseorang yang telah mati menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya. Sehubungan itu hendaklah kita perbanyakkan sedekah kerana seseorang mukmin itu akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat.
Demikianlah, ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga, salah satu daripadanya ada banyakkan bersedekah. Ini kerana antara lain, sedekah menjadi sebab Allah SWT membukakan pintu rezekinya.
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ada di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni daripada Anas r.a.)
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang mudah termasuk kaya jiwa, ada keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya.
Hadis diriwayatkan Ibnu Majah menyatakan, “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepada-Nya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.”
Selain bersedekah, ada sejumlah lagi amalan akan mendapat kurnia Allah SWT termasuk menarik rezeki, misalnya berzikir dan berselawat. Amalan berzikir seperti 'La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin' dan 'La hawla Wala Quwwata Illa billah' adalah pembuka rezeki (pembawa keuntungan) dunia dan akhirat.
Demikianlah, setelah 'tua' barulah saya tahu 'sikit-sikit' rahsia kehidupan. Yakinilah kerana formula ini terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ya, kita tidak perlu wang dalam poket orang untuk ditarik ke poket kita!
Sesuatu sedekah akan dibalas dengan 10 kali ganda. Ada kisah Sayidina Ali dan isterinya Sayidatina Fatimah az-Zahra mengenai hal ini. Fatimah yang berkeinginan makan buah delima menyuruh Ali ke pasar; Ali mendapat sebiji delima. Di pertengahan jalan pulang, Ali telah menyedekahkan buah delima itu pada seseorang. Dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah rela dengan perbuatan Ali, kalau isteri lain sudah lama mengamuk!
Tiba-tiba seorang sahabat muncul di rumah Sayidina Ali membawa sembilan biji delima, katanya buah itu dihadiahkan seseorang kepadanya dan Fatimah.
Ali bertanya, mana sebiji lagi, lantas buah itu dikeluarkan dari poketnya. Ya, Ali tahu janji Allah itu tepat, suatu sedekah akan dibalas 10 kali ganda. Kalau pada bulan Ramadan, lagi berlipat kali ganda banyaknya.

Published on May 21, 2020 00:03
May 19, 2020
Secebis Kisah Ramadan 27: Kisah tawar, manis...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
Secebis Kisah Ramadan 27
KISAH TAWAR, MANIS...
Sekarang ini, ramai orang guna 'runner' untuk beli barangan keperluan dapur (harian). 'Order' apa saja, mereka akan hantar ke rumah. Beras, sayur-sayuran, ikan, sotong, udang, cili bawang dan buah-buahan, sang 'runner' sedia hantar ke rumah.
Saya perhatikan sekali pun sang 'runner' boleh meraih pendapatan lumayan, mereka menanggung risiko termasuk dimarahi hatta diminta ganti atau diskaun barangan daripada 'customer' yang kurang puas hati. Mereka komplain barang busuk le, tak elok le, dan macam-macam hal lagi.
Sekarang ini zaman ICT, mereka ambil gambar barangan berkenaan dan hantar kepada 'runner' atau lebih teruk lagi mereka sebar-luaskan dalam alam maya sekaligus menjejaskan repustasi dan masa depan 'runner' atau syarikatnya.
Bercakap fasal membeli barang 'tak berapa baik' ini, teringat saya akan kisah ini. Seorang suami yang salih (baik) membeli sebiji buah tembikai yang segar bugar. Di rumah isterinya, menyambutnya dengan bagus tetapi selepas membelah tembikai itu, mukanya mencuka kerana marah disebabkan tembikai itu 'mangkau' (mangkar = tak baik). Nasib baik dia tidak mencampakkannya tetapi memasukkannya dalam 'fridge'.
Sebagai orang baik, sang suami berdiam diri. Pada malamnya, ketika berbaring-baring, dalam keadaan isteri sudah selesa, si suami bertanya isterinya...Ayang-ayang mana tembikai tadi, saya nak makan...Sambil mengunyah sang suami berkata lembut: "Tadi Ayang marah siapa? Saya ke?
"Kalau marah saya, saya memang nak beli tembikai terbaik, paling manis Tetapi dapat tembikai mangkau dan tawar ini apa nak kata? Sang penjual pun nak menjual tembikai terbaik, begitu juga penanamnya. Semua orang mahu yang terbaik...jadi sebenarnya Ayang marah kepada siapa? Adakah Ayang marah kepada SANG PENCIPTA tembikai yang menjadikannya tak elok (pada pandangan manusia)?
"Kalau Ayang marah-Nya, baik Ayang bertaubat segera...minta ampun kepada-Nya. Dia menjadikan semua yang terbaik bagi kita tetapi masalahnya kita TAK MENGERTI!"
ARTIKEL (lama) IRINGAN
Lori tembikai 'muntah' tembikai...
PADA peringkat awal menyertai sebuah akhbar harian kira-kira 35 tahun lalu, editor saya kadang-kadang menyuruh saya menjejak golongan pesara bagi mendapatkan cerita mereka bagi dimuatkan dalam kolum 'Selepas 55'.
Umur persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan dan sebahagian pekerja sektor swasta ketika itu adalah 55 tahun (sekarang 60 tahun); selepas pencen ramai yang terus bekerja seperti menjadi usahawan, pengarah syarikat dan tak kurang menjadi 'jaga' (pengawal keselamatan).
Ketika itu saya baru berusia pertengahan 20-an, jadi hampir semua cerita pesara yang saya kumpulkan adalah berkaitan kegiatan keduniaan sesuailah dengan kehendak editor dan wadah akhbar berkenaan, tetapi kini dalam usia 'senja' titipan-titipan saya dalam ruangan ini insya-Allah kebanyakannya akan menyentuh hal-hal kerohanian...ya dalam bahasa mudah - wacana-wacana sebagai persediaan masuk kubur!
Teringat saya akan majlis-majlis 'budak tabligh' yang kadang-kadang saya sertai di mana si tukang cakap kerap mengingatkan hal ini - kalau sebuah lori membawa tembikai, apakah agaknya yang akan bertaburan (termuntah) jika lori itu berlanggar? Tentunya tembikai...jadi demikianlah dengan mulut kita ini, jika sibuk berzikir, insya-Allah apabila 'eksiden' (nak mati) nanti akan 'termuntahlah' kalimah-kalimah suci.
Sebagai 'cerita tambahan' bagi menambah takut akan kematian, ada yang membawa kisah bagaimana seorang pemandu teksi yang kerap menyebut destinasi teksinya iaitu 'JB' apabila nak mati asyik sebut 'JB, JB, JB' saja!
Semua orang akan mati, tidak kira tua atau muda. Namun ulama menegaskan bahawa usia tua adalah tanda hampir kematian. Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bermaksud: "Masa penuaian umur umatku dari 60 hingga 70 tahun." (Riwayat Imam Muslim dan Nasai)
Tidak kira si kaya atau si miskin, tua atau muda, raja atau perdana menteri berupaya mengelakkannya. Yang pasti kematian itu tetap datang dan inilah digeruni semua orang apatah lagi orang sudah tua seperti saya. Tua adalah sinonim dengan kematian!
Seorang pemikir menyatakan betapa azabnya menjadi seorang tua berdasarkan rintihan seorang tua ini:
* Malam hari ketika aku diperlukan tidur (masa orang lain berdengkur) aku tak boleh tidur. Aku resah di atas tilam empuk sekalipun duitku berkepul dan hartaku menimbun. Pusing sana pusing sani, tidak dapat tidur juga. Malamku yang penuh resah, sungguh panjang sekali. Anehnya pada masa aku tidak diperlukan tidur misalnya pada majlis tazkirah atau zikir malah ketika solat, aku berdengkur pula. Kadang-kadang ketika ceramah di masjid, aku yang bersandar di tiang, tup-tup sedar majlis sudah habis…
* Kadang-kadang datang keinginan meluap-luap aku nak makan sejenis atau dua lauk. Aku pun kerah anak atau isteriku memasaknya. Mengidamlah tu Tetapi apabila aku cecahkan saja lauk itu ke dalam mulut aku, tidak pula terasa sedapnya. Selera aku nak makan tumpul sama sekali. Apabila ini berlaku, anak bini berkata aku mengada-ngada, nak makan itu dan ini tetapi selepas dimasakkan tak makan pula!
* Hajat aku besar, nak buat itu dan ini. Kata orang nafsu besar, tenaga tak ada. Berhajat juga kahwin muda. Malah dah pun kahwin muda pun. Kepada seorang rakan baik aku membisik-bisikan hal ini. “Macam mana ini Mat, ‘dia ni (isteri mudaku) hari.. harimau’ (hari-hari mau).” Mat menjawab gampang: “Kereta usia 70 tahun masakan padan dengan enjin 20-an!”
Demikianlah banyak azabnya menjadi orang tua, tetapi persoalannya mengapa nafsu kita masih membuak-buak? Itulah, tuntutlah ilmu, misalnya kalau ada ilmu tahulah kita hanya tiga perkara membawa manfaat kepada seseorang selepas dia mati iaitu anak salih yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat dan akhirnya sedekah jariah, jadi perbanyaklah sedekah sebelum mulut dipenuhi tanah. Nasihat ini bukan untuk pembaca saja, saya juga yang sudah tua ini!
Akhirnya sebagai orang tua yang dah dekat nak mati, saya mohon kemaafan kepada semua. Ya maafkan saya, maafkan saya!

Published on May 19, 2020 23:52
May 18, 2020
Secebis Kisah Ramadan 26: Bahaya kemewahan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr, 1-3)
Secebis Kisah Ramadan 26
Bahaya Kemewahan
Erti sebuah hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.
"Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah).
"Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?"
"Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada pada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki."
"Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu." [H.R. Termizi]
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang daripada berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ia sudah mencukupi tetapi, apabila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.
Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang daripada berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.: "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)."
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi pada saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.
Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.
Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.
Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
Published on May 18, 2020 23:09
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.