Roslan Hamid's Blog, page 90

May 17, 2020

Secebis Kisah Ramadan 25: Akhiri merokok...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


Secebis Kisah Ramadan 25

Akhiri merokok...

RAMADAN adalah bulan terbaik untuk kita terus berhenti merokok. Kini sudah hampir sebulan perokok 'tak pekena' pada siang hari Ramadan. Mereka yang terus merokok pada siang hari itu mungkinkah daripada spesies 'geng plastik hitam'...

Selepas sebulan berjaya menahan gian pada siang hari, apabila pada Syawal nanti, perokok boleh lanjutkannya pada malam hari. Apabila siang dan malam tidak lagi merokok, bermakna seseorang itu bukan lagi perokok.

Cakap memang mudah, tak serupa bikin. Hakikatnya perokok makin kuat 'sedutnya' selepas Ramadan. Saya pun tak berjaya berhenti merokok selepas Ramadan. 

Tetapi 'perubahan kehidupan' berjaya membuat saya beransur-ansur menghilangkan tabiat itu dan akhirnya bebas daripada MEMBELI dan MENGHISAP rokok. Saya katakan ini kerana ada orang yang berjaya berhenti MEMBELI ROKOK tetapi terus menghisap dengan meminta-minta daripada teman 'segeng' perokok. Atau mereka 'offer' rokok kepada kita, Jadi pengaruh teman itu sangat penting.

Apabila menyedari usia sudah tak berapa muda, saya mula 'geng' dengan orang berkopiah, berserban dan berjubah (pak dan tok syeikh). Hampir semua tidak hisap rokok...jadi apabila duduk-duduk bersama mereka termasuk di kedai kopi terasa sungguh janggal dan malu untuk saya merokok.

Lama kelamaan, saya pun 'give up' merokok...


ARTIKEL IRINGAN

Getting nothing from fast...

A ‘hadith’ narrated by Darimi: Abu Huraira related that Rasulullah said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness.”

I quoted an ustaz (religious teacher) saying: “"Fasting is not just about abstaining from food and drinks. We are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds.

"If we only refrain ourselves from taking food and drinks, but 'free' our sights, hearings and tongues, then at the end of the day, we will be rewarded only with hunger, thirst and tiredness."

He also said we had to 'fast' our stomach. It was true, during Ramadan, we had to refrain from eating and drinking during the day, but it would be of no value if during breaking of the fast, we took food that was forbidden (haram).

He said all the food that was laid on the desk had to be ‘halal’, and there were regulations when eating. For example fill only one third of the stomach with food, the next one third with drink and leave the rest empty for easier breathing as said by the Prophet.

Another aspect of wastage that is regarding time. How many people waste their precious time of Ramadan for example playing ‘dam haji’ (checkers) and carom or watching TV while waiting for the time for ‘berbuka puasa’ (breaking of the fast or iftar)?

The ustaz reminded Muslims to gain maximum benefits from the gifts of Allah SWT during Ramadan. In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months.

He said we should not waste any time during Ramadan because it is very precious. “Grab the opportunities given by The Almighty by considering this is our last Ramadan. If it is our last, then we should do our best to please our Creator, Allah SWT. Every second counts thus fulfill it with activities in accordance to the Creator’s wish.

“Our Ramadan days should not be wasted by doing unrewarded deeds such as playing checkers while waiting for the breaking for fast. Fill it with ‘zikir’ (dhikir that is eulogizing Allah in the words taught by the Prophet or in the words prescribed in the Qur’an),” said the ustaz.

One’s tongue should be wet with words of praising Allah SWT (lidah perlu basah dengan kalimah Allah) with the chants of ‘Laa Ilaha IllAllah (there is no God except Allah) which is the heaviest in weight in the side of Allah SWT.

“Then there are many more ‘kalimah’ that should be read such as ‘Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahuakbar’, Astaghfirullah al Lazi La Ilaha ‘illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illahi’, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’, and ‘Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim’. There is a hadith saying that chanting ‘Subhanallahi Wabihamdihi’ once, a ‘nakhlah’ tree would be planted for that person in Paradise.

These ‘kalimah’ should be chanted in full concentration for the maximum rewards by Allah SWT but for the ‘zikir selawat’ (praises to Prophet Muhammad s.a.w.) its reciters' would also be rewarded even if his mind is not on what they recite, what more if he pays full attention to it. Among the simplest ‘selawat’ is ‘Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad, Wa’ ala Ali Saiyidina Muhammad’.

Ramadan and the noble Qur’an cannot be separated. It was in this month that the first verses of the Qur’an were revealed to the Prophet s.a.w. through Angel (Malaikat) Jibril a.s. So to Muslims brothers and sisters do always bring a small Qur’an with you and recite it during your free time/

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2020 23:44

May 16, 2020

Secebis Kisah Ramadan 24: Ada kucing, ada tikus...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Secebis Kisah Ramadan 24

Ada kucing, ada tikus...

SUDAH dua bulan saya (kita semua) tidak pergi ke masjid. Terasa rindu. Dulu 'time' beginilah (10 hari terakhir Ramadan),  kita 'pulun cukup-cukup' untuk berada di masjid, ya kita beriktikaf...ya kita cuba menjauhkan diri daripada kesibukan dunia.

Selepas berpengalaman beriktikaf atau singgah di banyak masjid di seluruh tanah air malah di luar negara, saya dapati ada masjid yang kemudahan awamnya adalah 'first class' dan ada juga yang 'tiada kelas'.

Ini pengalaman sayalah, mungkin ia kes terpencil dan tidak menggambarkan keseluruhan keadaan...kemudahan awam masjid di sesetengah negara Arab, aduhai...apa pasal teruk sangat.

Tandas kotor dan untuk menemui masjid menyediakan tempat solat Muslimah amat sukar.Mungkin budaya mereka yang tidak menggalakkan wanita solat di masjid. Tandas kotor mungkin kerana mereka kekurangan air, jadi air tidak boleh digunakan sembarangan untuk kerja pembersihan.

Di India, tandas di masjid yang pernah saya kunjungi teruk juga. Begitu juga di Pakistan. Malah ada yang tidak ada bekalan air. Nak berwuduk, guna air dibawa sendiri.

Di Malaysia, aduhai...di sesetengah masjid di sesetengah negeri terutama di kampung dan pedalaman, tandasnya hatta di dalam masjid pun keadaannya tak terurus, tak bersapu. Tahi cicak tak dibersihkan, dibiarkan berkumpul terutama di bendul-bendul tandas atau di atas penutup mangkuk tandas.

Namun jangan salah faham, ada masjid yang tersangat bersih dan dijaga begitu rapi. Susunan barangan di dalamnya dilihat cantik malah ada kelengkapan seperti kipas ditandakan dengan nombor. Ada pula mempunyai langsir beropol-ropol dan 'skirting' macam di rumah sendiri...

Syabas kepada pengurusan masjid seperti ini tetapi jika pegawai dan AJK masjid saja bagus, ia kurang bermakna jika jemaah masjid atau penggembara yang singgah berperangai teruk...misalnya adakah patut mereka meninggalkan pampers bayi yang penuh dengan air kencing dan kadang-kadang tahi di atas sinki atau di sudut tandas?

Jemaah masjid perlu sentiasa diingatkan, oleh itu tak hairanlah saya melihat papan tanda ini di sebuah masjid - ADA KUCING ADA TIKUS, SUDAH KENCING TOLONG JIRUS!


* ARTIKEL IRINGAN

Betapa jauhnya umat ini daripada ilmu, amal...

RAMADAN lalu memberi peluang kepada saya untuk beriktikaf di beberapa masjid. Jadi  tahulah saya 'sikit sebanyak kisah di masjid'.

Pengakhiran Ramadan, ramai orang mahu membayar zakat fitrah. Ini sesuatu yang positif kerana ia petanda anggota masyarakat sedar mengenai kewajipan itu yang mesti ditunaikan sebelum solat Aidilfitri.

Namun berdasarkan kunjungan orang ramai itu, saya amat-amati sebahagiannya hanya melihat akan kewajipan membayar zakat; tidak lebih daripada itu. Jadi berlakulah adegan-adegan yang pada pandangan 'hamba yang daif ini', tersasar daripada 'perlakuan cantik dan indah' seorang Muslim atau Muslimah.

Di sebuah masjid, dua wanita yang saya agak anak dara yang turun daripada motosikal menegur saya: "Pak Aji, mana bilal (merangkap amil)? Kami nak bayar zakat." Terkedu saya melihat cara mereka berpakaian; pakai seluar sendat, baju-T mendedahkan lengan tetapi bertudung kepala; hai...pergi ke masjid dengan pakaian sebegitu? Ini macam iman pak aji dan pak bilal pun boleh tercalar, apatah lagi pada bulan mulia ini. Astaghfirullah...

Suatu petang selepas solat Asar saya luangkan masa bersama pak bilal yang duduk di sisi meja kecilnya menanti orang datang membayar zakat. Seorang pemuda berjeans dan berkemeja-T masuk masjid, terus merapati pak bilal. Ya, dia masuk dan terus duduk mahu bayar zakat. Demikian, ramai lagi orang berbuat sedemikian.

Apakah 'orang-orang' ini tidak tahu peraturan keluar masuk masjid? Majoritinya tidak pun solat tahiyatul masjid. Main redah aje masuk masjid, kemudian 'blah' begitu saja. Ada seorang pemuda di samping membayar zakat fitrah, membawa bersamanya sesikat pisang.

"Mana mahu taruh pisang ini?" tanyanya. Pemuda ini tahu berbudi dengan membawa pisang untuk santapan jemaah ketika berbuka puasa nanti, malangnya dia tidak menunaikan solat menghormati rumah Allah.

Ramai juga yang datang mahu membayar zakat seketika sebelum azan solat waktu dikumandangkan. Mereka tercari-cari petugas zakat (biasanya bilal, imam dan noja) sedangkan petugas-petugas ini bersiap sedia untuk solat. Hairan juga, kenapa mereka tak solat sekali; selepas solat nanti bayarlah zakat. Bukankah itu akan menyenangkan pihak-pihak terbabit dan mereka juga mendapat fadilat besar dengan menunaikan solat berjemaah?

Suatu pagi, selepas solat subuh, seorang lelaki penunggang motosikal, selepas turun daripada kenderaannya, tergesa-gesa memasuki masjid dan bertanya kepada saya yang kebetulan keseorangan di situ: "Saya nak bayar zakat, pak aji bilal ke?"

 Apabila saya menjelaskan saya bukan bilal, dia mengemukakan soalan mendesak-desak saya seperti "bila bilal, imam nak datang ni?" Hai, saya menjadi hairan, apakah hal hendak bayar zakat fitrah pagi-pagi buta ini? Tak tahukah dia, bilal dan imam pun 'kena pergi kerja' juga.

Insya-Allah tengah hari nanti imam dan bilal datanglah semula; bilal bersiap sedia mengkumandangkan azan seterusnya jemaah menunaikan solat zuhur. Tak bolehkah datang masjid untuk solat zuhur selepas itu bayarlah zakat; ini pagi-pagi buta terlolong-lolong buat apa?

Demikianlah apabila berada agak lama di masjid, 'bermacam-macam hal' saya saksikan. Barulah saya tahu bukannya mudah untuk bertugas sebagai bilal, imam, noja, siak dan sebagainya yang perlu menghadapi pelbagai karenah anggota masyarakat.

Berdasarkan apa yang saya saksikan, saya bimbang ramai anggota masyarakat kita tidak cukup ilmu agama sebenarnya, apatah lagi beramal. Mungkin kebimbangan ini ada asasnya, jika diamat-amati hadirin pada kelas pengajian di masjid (biasanya antara solat maghrib dan isyak) pada saban malam adalah 'orang itu, orang itu juga'. Majoritinya orang KRU (kumpulan rambut uban) dan RTM (rehat tunggu mati). Jarang kelihatan anak-anak muda.

Mungkin itu antara sebab apabila anak-anak muda ini ketika membayar zakat fitrah, macam-macam karenah dapat disaksikan. Namun syukur juga, mereka mahu membayar zakat fitrah, kalau jenis yang tak nak bayar, lagi susah kita.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2020 23:58

May 15, 2020

Secebis Kisah Ramadan 23: Hidup bagai telur...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Secebis Kisah Ramadan 23

Hidup bagai telur...

KETIKA 'perintah berkurung' sekarang ini, sempat saya selak-selak buku lama anak-anak saya yang tersimpan di setor. Sebuah kisah ditulis dalam buku latihan seorang anak saya yang ketika itu berada dalam Tingkatan Dua menarik perhatian saya.

Seorang anak remaja merungut kepada bapanya betapa sukarnya kehidupan. Sang ayah tahu bahawa budak-budak sekarang mahukan bukti bukan syarahan teori. Lantas dia mengambil sebatang lobak, sebiji telur dan seberkas kopi bercampur gula dan dimasukkan ke dalam periuk kecil berlainan.

Si bapa menjerang ketiga-tiga periuk itu. Apabila cukup masa, dia mengangkat periuk-periuk itu. Beliau mengeluarkan lobak, menyuruhkan anaknya memicit dan merasa lobak itu apabila ia sudah sejuk. Remaja itu juga disuruh mengopek telur rebus dan memakannya. Akhir sekali dia disuruh minum kopi.

Ayahnya, berkata, wahai anak, ketiga-tiga lobak, telur dan kopi menggambarkan manusia macam diri kamu. Lobak keras pada mulanya, tetapi selepas direbus ia menjadi lembik dan sedap dimakan, telur yang hanya kuat pada kulitnya tetapi cair di dalamnya akhirnya menjadi keras dan sedap dimakan manakala kopi bercampur gula apabila dimasukkan dalam air mendidih menjadi sedap diminum bahkan aromanya cukup 'mengancam'.

Begitulah kehidupan wahai anakku...jika kamu hendak mendapatkan hasil yang baik, kamu kena melalui proses yang menyukarkan. Lobak, telur dan kopi semuanya perlu direbus sebelum menjadi sedap dimakan dan diminum. KAMU JUGA akan melalui proses yang sama untuk menjadi INSAN BERGUNA!


ARTIKEL IRINGAN

(an old article by the writer)

'Hidup susah, mati pun susah'

****************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ******************** Reflection ********************* "Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80) ******************** During the school holidays, I spent four days (from Friday 24th May until Monday 27th May) traveling the two East Coast states - Kelantan and Terengganu - as well as southern Pahang and the eastern part of Johor. ****************** The following were the scenes I saw and the conversations I heard while on the journey; the places and dates are not in order of the visit. This is the first story of that travel. ********************* * PENGERANG, Johor: This site is where a few thousand villagers will be displaced by a massive RM60 billion petrochemical project. Residents have been offered alternative housing 15-20 kilometers away, but the resettlement area lacks supporting infrastructure and public amenities. Several rallies against the project had been held, one of them was dubbed 'Himpunan Hijau Lestari Pengerang'. *********************** Pakatan Rakyat has vowed to cancel the project should it win in power but that did not materialize...Putrajaya is still within its reach. Upon reaching Sungai Rengit, I stopped my car at the sea-front and talked to a man behind the wheel of his car parked next to mine. ************************ I tried to strike conversation by asking him what was the fate of a woman activist in the Pengerang issue. I was refering to a vocal local Muslimah raising the Pengerang issue and PAS candidate, Anis Afida Mohd Azli who was contesting in the state seat of N38 Penawar; but the man gave me this answer: ************************ "Yes, Azalina (Othman Said) won comfortably here. She has a house over there (he pointed to the said area). I mean a guest house. She stays there whenever she comes here. She's a hard working person; we would be getting our compensation in between one and three years' time (he was referring to the kampung folks' lands that were taken by the government for the giant project)." *************************** Azalina won the Parliamentary constituency of Pengerang (P157) in the 13th general election (GE13) held on the 5th May, defeating PKR candidate Dayangku Intan and an Independent Mohd Azaman Johari with a whopping majority of 21,713 votes. ************************** And in the state seat of Penawar, Anis was defeated by another 'wanita' (woman) from Umno-BN, Hamimah Mansor with a majority of 12,818 votes. In another state seat (N39 Tanjong Surat), PKR candidate Hasnul Ahmad was defeated by Umno-BN man, Syed Sis Syed A Rahman with a majority of 9,035 votes. ************************ Based to the election results in Pengerang; the people are apparently 'solid behind' BN, perhaps the Pengerang's issue 'was nothing to shout about'. Suspecting the man I was talking to was a staunch Umno-BN supporter, I had no intention to challenge his views. I let him pour out his heart, nodded my head whenever he stressed his points; then I said 'thank you' to him before leaving. **************************** After making my rounds in Pengerang; I stopped at a stall in Kampung Teluk Empang to have lunch. From there I watched a group of people in action in a 'bush' area nearby. *************************** I was told by a helper that workers and people of the kampung were digging up graves and removing the bodies to be buried at a far away site. *********************** After finishing my food, I rushed to the area and was in time to see two men inside a grave lifting up a corpse inside its 'kain kafan' (shroud) which was still intact even though it was dirty with earth and mud. The corpse with the old shroud was then put on a stretcher, wrapped with a new piece of white cloth and carried to a waiting van. ************************* I was told that the villagers and workers had managed to removed a few bodies that morning. As my eyes 'searched' the area which I guessed had more than 100 graves, my nose caught a fragnance like that of perfume. ********************** I was not sure whether that scent was from perfume brought by the villagers or workers and scattered over the area or from perhaps from the corpse itself...mind you, the corpse which I saw was still intact inside it's shroud even though the villagers told me that it was buried about three to four years ago. **************************** The cloth that wrapped the corpse (kain kapan) was in good shape; perhaps the body inside was 'in good condition' and not reduced to skull and skeleton. Perhaps, the body was that of a good soul, 'insya-Allah', (God willing) it would be rewarded with 'jannah' (heaven). ************************* Looking at the corpse being transfered to the van, I could not helped but liken the scene to that of a P Ramlee's movie (if I was not mistaken the title was 'Madu Tiga') where there was a scene of a Chinaman saying "Hidup susah, mati pun susah' (Being alive is difficult, being dead is also difficult). ************************ Yes, not only 'the alive' of Pengerang have to face difficulty resulting from the ambitious projects of certain parties to develop the area but 'the dead' too 'had to suffer'. Thus, somehow there's truth to the famous words from the P Ramlee's movie - 'Hidup susah, mati pun susah!' ************************** Putting aside that famous quotation; on a serious note, while looking at the corpse being brought up from the grave, a sudden awareness (insaf) crept inside my heart. ****************************** Well, to all human beings, one day all of us, I included would be reduced to become corpses wrapped inside our 'kain kafan' and then buried six feet underground. That corpse that I saw was 'actually' me, I could feel the smallness and weakness in me in front of The Mighty Creator Allah SWT. Indeed He is, Allahuakbar, God The Greatest. ************************ All life ends in death. Therefore, let us remember that a certain time is fixed for us when we too will be abandoned to the darkness of our graves. ************************* The day would come when we could no longer talk and boast in this world; we would not able to lift our hands and legs. We would lay motionless on our death beds; we would be buried in our graves, and no one can guarantee that 'our bodies' would not be removed from our 'resting places' just like the corpse that I saw in Kampung Teluk Empang, Pengerang, Johor. ************************ Before we would be resurrected in the Hereafter, in this 'modern time and era of development', we would also being dug up from our graves to be placed elsewhere. ***************************** Note that the world is only a play, Allah SWT says in the Qur'an, 57: 20, "Know that the life of this world is only play, and idle talk, and pageantry, and boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children; as the likeness of vegetation after rain, whereof the growth is pleasing to the husbandman, but afterward it drieth up and tho seest it turning yellow, then it becometh straw. And in the Hereafter there is grevious punishment, and also forgiveness from Allah and His good pleasure, whereas the life of the world is but a matter of illusion." ************************* And regarding the reality of the world, Abu Hurairah narrates that once the Holy Prophet (peace be upon him, s.a.w.) said: "Let me show you the reality of this world." I requested him to do that. He took me to a place of refuse outside Madina. There I saw human skulls and bones sunk in filth with dirty rags scattered all around. ************************** Addressing me he said: "These are the human skulls embodied brains filled with greed. These people were like many amongst you who live today. Like all of you they pinned their hopes on things worldly. These skulls are lying without skins and after a few days they will become part of the earth. They struggled hard to eat the spicy dishes only to swallow filth today. The state in which they exist now cannot be tolerably seen by those who have eyes to see. ************************* "The very side of those who enjoyed the fragnance of tasty food makes you hate them. These dirty rags are the worn-outs of the gaudy dresses that made men proud. Now they are at the mercy of winds which move them the way they like. And these are the bones of those animals that carried human beings only to make them feel proud. Anyone can shed a tear or two at the tragic end." Abu Hurairah stated that the tears welled up in his eyes and he wept bitterly. ************************ And to the people of Pengerang; be 'sabar' (patience) because 'hidup susah, mati pun susah'!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2020 23:39

May 14, 2020

Secebis Kisah Ramadan 22: Sabar

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

Secebis Kisah Ramadan 22
Sabar

SABAR memang terdapat dalam kitab, kata seorang ustaz yang saya ikuti kelas pengajiannya. Tetapi itu pengajian sabar, bukan praktikalnya. Lantas beliau membawa kisah lucu ini.

Seorang ustaz yang memuzakarahkan bab sabar dalam sebuah masjid, apabila selesai pengajian, ketika berada di tangga, kelihatan marah-marah kerana sandalnya tiada di situ. Mungkin sandalnya dilarikan pencuri atau kadang-kadang berada di tempat lain kerana ada orang meminjamnya ketika pergi berwuduk.

Apabila ada jemaah bertanya, apa masalahnya, ustaz berkata sandalnya sudah 'lesap'. Seorang jemaah yang tak menjaga hati bahkan bermulut 'laser' melemparkan 'peluru'. Aiii, kan tadi ustaz kata kita perlu sabar...

"Allah, itu sabar dalam bukulah!"....

Demikianlah sabar bukan hanya perlu diluahkan melalui ingatan dan nasihat tetapi dipraktikkan. Setiap orang akan diuji dengan ujian berlainan.

Sesuatu ujian itu mungkin mudah bagi seseorang tetapi sukar bagi individu lain. Misalnya ujian tak dapat balik kampung raya kali ini (disebabkan angkara Covid-19) bagi Ahmad yang bujang dan tiada lagi ibu bapa di kampung (kedua-duanya sudah meninggal dunia) adalah tidak sama dengan Ali, seorang anak tunggal dengan ibunya yang sebatang kara dan uzur di kampung.

Akhirnya, ingatlah semua orang akan diuji, bukan kita seorang saja. Perlu dingat bahawa golongan paling kuat diuji adalah para Rasul dan Nabi, seterusnya orang paling kuat imannya, bermula dari atas ke bawah.

Dalam menghadapi ujian, bersabarlah (menzahirkan praktiknya) sambil mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un' iaitu sebahagian daripada ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156 yang bermaksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"  (Verily we belong to God, and verily to Him do we return).


ARTIKEL IRINGAN
(sebuah artikel lama LanH)

Tarbiyah Ramadan untuk dikenang sampai bila-bila...

TANGGAL 1 Ramadan tahun lalu saya mengalami kemalangan kecil. Ketika saya mahu mempakir motosikal di masjid untuk solat asar, kenderaan itu hilang imbangan lantas saya menahannya dengan kaki kanan...tanpa sedar betis saya telah 'melekap' di ekzos motosikal yang panas, aduh sakitnya!

Dengan pantas saya menarik kaki saya, sedikit kulit pada bahagian betis yang terkena ekzos tersiat...terasa pedih dan panas. Cepat-cepat saya meludah ke tapak tangan, membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah, kemudian melumurkannya ke tempat melecur tadi dengan doa bersungguh-sungguh, penuh pengharapan agar saya 'tidak apa-apa'.

Selepas solat asar saya kembali 'merenung' luka saya. Ada kesan terbakar seluas dua duit syiling 50 sen. Sebahagian kulit di bahagian itu sudah tersiat manakala bakinya melecur, menggelembung dan kemerah-merahan. Demikianlah ujian Allah datang tepat pada 1 Ramadan, kini bulan barakah ini sudah berlalu malah Syawal sudah sampai ke pertengahan bulan...luka di kaki baru sembuh tetapi masih berparut besar, persoalannya apa yang dapat saya pelajari daripada 'insiden' ini? Ya, sungguh banyak pengajaran, antara yang dapat saya selami:

1. Belajar menerima takdir Illahi (Qada' dan Qadar)

Sejurus sebelum 'tragedi' itu saya 'happy' saja...almaklumlah tak lama lagi selepas asar dan memasuki maghrib, saya akan berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak tercinta pada hari pertama Ramadan. Tapi, apakah malang, dalam sekelip mata, kaki sudah melecur. Pedih, panas dan sakit pula tu. Ya, dalam keadaan kita baik-baik sahaja, tiba-tiba kita sakit pula. Itulah ketentuan Illahi, sebagai orang beriman, terima saja ketentuan-Nya. Ini namanya reda atas Qada' dan Qadar-Nya..

Jika jatuh sakit dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, demikian juga kematian. Bila-bila saja kita boleh mati termasuk saat kita sedang 'happy'. Ibarat sekeping papan, apabila diterbalikkan yang atas akan ke bawah, yang bawah ke atas. Apabila diterbalikkan diri kita ni, masuk kuburlah kita...Persoalannya sudah bersediakah kita untuk mati...misalnya sudah cukupkah bekalan kita?

2. Belajar takut seksaan Illahi

'Terbakar' sedikit di kaki saya sudah tak tahan...itu baru terkena ekzos motosikal bukan terbakar dalam erti sebenarnya. Bisanya, aduh. Pedihnya, aduh. Itu baru sedikit kulit kaki tercabut. Oohh, tidak dapat saya bayangkan bagaimana orang yang terbakar sebahagian badannya atau mati terbakar misalnya dalam kemalangan jalan raya.

Di dunia ini kita tak dapat tahan 'seksa' terbakar. Bagaimana nasib kita di akhirat nanti jika kita jenis orang degil dengan perintah Illahi. Demkian juga, bagaimana diri kita saat sakratulmaut yang menurut sesetengah ulama sakitnya seumpama 70 kali tetakan pedang? Dalam Surah An Nisaa' ayat 56, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir pada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

3. Belajar erti sabar

Apabila ditimpa sakit, kebanyakan orang termasuk diri ini tidak dapat sabar. Kata orang 'jam ini' juga hendak baik. Setiap hari ketika mencuci luka itu, saya membelek-beleknya - hai tak baik-baik...bila nak baik ni. Saya menghitung masa - tiga hari tak baik, seminggu pun tak baik, akhirnya sampai sebulan baru luka itu terkatup tetapi parut merah masih ada sehingga kini. Alhamdulillah pada Ramadan itu sedikit sebanyak saya dapat mengerti sabar...semua hal dalam dunia ini memerlukan kesabaran...tiada istilah 'Zasss' saja, semua kemahuan kita tertunai.

4. Belajar mengerti keagungan Illahi

Membelek-belek luka itu setiap hari, menzahirkan keagungan Illahi di hati. Doktor hanya boleh memberi ubat luka, ubat cuci, ubat pembunuh kuman dan mendeskripsi saya merawatnya dua kali sehari tetapi bolehkah doktor menumbuhkan kulit di kaki saya itu? Subhanallah Maha Suci Kau Ya Allah, saya menyaksikan sendiri saban hari bagaimana proses penyembuhan luka itu. Insya-Allah, saya akan ceritakan di bawah ini.

5. Belajar daripada mereka yang pakar

Pada hari kaki terkena ekzos itu saya enggan ke klinik atau hospital. Saya teringat pengalaman lalu apabila saya kemalangan motosikal juga. Ketika itu saya segera ke klinik kerana luka yang banyak di kaki. Ya, apabila terjatuh ke jalan dan tanah, luka kita kotor dan perlu dibersihkan dulu.

Di klinik berkenaan, yang membersihkan luka adalah pembantu bukan doktor. Tanpa belas kasihan, mana-mana bahagian kotor misalnya luka bercampur tanah dicucinya betul-betul...mengerang saya dibuatnya. Yang paling mengerikan saya, mana-mana kulit yang menggelembung atau tersiat, ditarik dan diguntingnya. Apa lagi, menjeritlah saya...tetapi kerana malu...dalam hatilah saja!

Pada kes terbaru ini saya berbelah bagi sama ada mahu ke klinik atau tidak. Akhirnya saya ke klinik juga sebab ditakutkan dengan satu kes seorang saudara yang menghidap kencing manis, mati selepas air panas tertumpah ke kakinya. Ya, saya yang juga penghidap diabetes ini sebenarnya takut mati...diri ini belum 'ready' lagi. Hakikatnya, 'ready' atau tidak, kita ini semuanya adalah bakal jenazah.

Akhirnya saya ke sebuah klinik...doktor di sini baik pula...dia bagi saya pilih sama ada mahu cuci sendiri luka saya atau pembantunya melakukannya. Cepat-cepat saya  jawab saya mahu melakukannya sendiri.

Doktor tersenyum...dan sempat memberi penerangan kepada saya. Katanya, luka ini akan cepat baik jika kulit yang terbakar itu tanggal...selepas itu barulah luka itu akan baik dan kulit baru akan tumbuh...

Selama lebih sebulan membelek-belek luka saya, saya akui kata-kata doktor itu. Kulit yang menggelembung, bersisa dan berdarah sedikit demi sedikit akan tertanggal dan selepas itu barulah bahagian luka itu menuju penyembuhan dan tumbuh kulit baru. Ya, sungguh hebat kuasa Allah Taala...tiada makhluk yang boleh melakukan hal ini.

Bagi doktor pula, sebagai pakar mereka tahu proses penyembuhan luka. Itulah sebabnya mereka 'berkeras' mahu 'menggunting' dan membuang mana-mana kulit yang menggelembung dan tersisa sebab jika tak dibuat begitu, kulit itu akhirnya akan tertanggal juga sebelum luka baik. Kaedah pertama luka akan cepat baik, yang kedua 'awak tanggunglah sendiri'. Demikianlah, yang tak tahu dan bodoh sombong adalah saya...oh Tuhan, ampunkan hamba-Mu ini...

Berkenaan perkara 'pakar' ini di dalam al-Quran (2:189) ada dinyatakan tanyalah kepada mereka yang ahli seperti ulama, pakar, ibu bapa, kawan yang jujur dan seumpamanya...ya sebenarnya orang seperti saya ini banyak perkara yang tak tahu, tetapi tak nak bertanya (belajar) pula! Alangkah sombongnya diri ini...Namun Ramadan 1439 ini telah memberi pengajaran yang betul-betul dapat tersemat di hati ini...parut di betis kaki ini adalah saksinya...ia akan dikenang sampai bila-bila, insya-Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2020 23:48

Secebis Kisah Ramadan 21: Semut...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

Secebis Kisah Ramadan 21

Semut...

Ada gula ada semut bermaksud apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Secebis Kisah Ramadan kali ini adalah berkenaan semut-semut yang berada di persekitaran rumah saya. Tentunya antara semut paling ditakuti adalah kerengga (macam semut api) yang gemar bersarang di pohon-pohon sekeliling rumah seperti pokok mangga.

Kalau kerengga ada bersarang di pokok mangga, susahlah kita nak ambil buahnya. Salah satu cara mengambil buah adalah dengan mengaitnya dengan galah. Atau kita memasang jaring atau botol plastik air mineral secara terbalik di hujung galah, jadi buah itu tidak terhempas ke tanah yang menyebabkannya rosak.

Kerengga yang ada berhampiran rumah saya bukan saja berada di pohon tetapi berani turun ke tanah. Apabila saya meletakkan makanan kucing termasuk lebihan makanan dari rumah, berhampiran bangsal dekat pohon mangga, kerengga itu kadang-kadang akan turun menggerumi makanan itu.

Kucing-kucing itu akan melarikan diri jika ada kerengga. Saya cuba-cubalah halau kerengga-kerengga itu, tetapi apa yang membuat saya terasa takjub melihat serangan kerengga terhadap saya. Sejumlah kerengga akan meninggalkan makanan itu dan menuju ke arah saya. Mereka nampaknya tidak peduli apa-apa...matlamat mereka adalah menyerang 'musuh'. Mereka tak 'gostan' langsung apabila dihalau dengan penyapu ke, sebalik terus mara menuju musuh.

Saya berfikir takkan kerengga-kerengga itu tak tahu musuh mereka adalah ribuan kali lebih besar daripada mereka. Tentunya mereka akan hancur musnah dilenyek atau direnyuk oleh musuh. Tetapi itulah kerengga (semut) yang tidak kenal itu semua.

Saya fikir tentulah kerengga-kerengga ini adalah daripada jenis tentera yang kerjanya menyerang dan mempertahankan koloni mereka. Mereka tak peduli apa-apa lagi...serang, serang dan terus serang...sama ada mati atau tidak itu tiada dalam kamus mereka!

Hebat 'ilmu' yang dapat 'diberikan' oleh semut-semut termasuk jenis kerengga ini. Kita perlu tabik dan hormat kepada binatang ini. Namun di kampung saya, ada satu kecenderungan 'orang lama' yang saya lihat tidak wajar dilakukan ke atas sang kerengga.

Telur kerengga menjadi buruan sesetengah penggail (pemancing) terutama pemancing ikan puyu. Bagi mendapatkan telur kerengga, mereka akan menjolok sarang kerengga dengan galah panjang yang dipasang satu bekas bersarung dibuat deripada upeh pinang di hujungnya.

Bukan satu atau dua sarang kerengga dijolok...banyak. Selepas itu mereka ikat sarung bekas itu, membawanya ke suatu tempat di mana kerengga-kerengga itu dibakar! Ribuan kerengga akan mati...yang diambil hanya telurnya. Telur kerengga dicampur dengan ramuan tertentu seperti susu getah menjadi kegemaran ikan payu...penggail yang pakai umpan ini, hampir pasti membawa pulang hasil lumayan. Tuan dan puan fikir-fikirlah sama ada ini zalim atau tidak...

Berceloteh pasal 'semut-semut' ini; suatu hari selepas solat subuh, termenung saya memikirkan perlakuan semut yang saya saksikan sendiri di atas permaidani masjid berwarna cerah yang memungkinkan makhluk kecil itu boleh dilihat dengan jelas.
Selesai memberi salam, saya mengangkat kaki dan secara tidak sengaja terkena seekor semut. Binatang itu nyawa-nyawa ikan. Lama semut itu berkeadaan begitu. Kemudian datang seekor semut lain. Saiznya lebih besar sedikit. Kedua-duanya bersentuhan.
Apa yang menakjubkan saya, semut yang baru datang itu bertindak mengangkat dan membawa pergi semut yang cedera parah tadi. Saya amat-amati semut itu bergerak jauh sekali, ia tidak melepaskan 'dukungannya' sama sekali. Bertungkus-lumus ia 'menyelamatkan' semut yang cedera itu yang mungkin tidak dikenalinya sebelum itu. Mungkin kedua-dua semut ini daripada jenis berlainan tetapi masih mahu tolong menolong, kita manusia yang 'berakal sempurna' pula, macam mana?
Terfikir di benak saya; 'dahsyat' sekali perlakuan semut dalam membantu 'makhluk sejenisnya'. Tidakkah boleh kita manusia mengambil iktibar daripada kisah semut ini? Tolonglah siapa saja selagi kita boleh menolong, ini tidak kita nafsu-nafsi saja, macam enau melepaskan pucuk masing-masing.. 
Hasil PencarianHasil carian webAstaghfirullahalazim, beristighfar saya telah memijak semut.Semoga Allah mengampuni saya.
Ayuh mari kita belajar dari semut...Firman Allah Ta'ala di dalam Surah An-Naml ayat 17-19 yang
bermaksud: "Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala
tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu
mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka
sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: 
"Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu
agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya
sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman)
tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan
semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah
aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua
orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang
Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu
yang soleh."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2020 00:10

May 12, 2020

Secebis Kisah Ramadan 20: Solusi mangga berlambak...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun untuk melepaskannya sesudah itu dan dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Ayat 2, Surah Faathir)


Secebis Kisah Ramadan 20

Solusi buah mangga berlambak...

RAMADAN adakah bulan ujian. Sekarang ini di kampung saya musim buah mangga masak. Kalau kita susuri lorong-lorong kampung, melalui bawah pokok mangga, kita akan dapati buah mangga berlambak.

Di kawasan rumah saya pun begitu. Buah mangga berlambak. Apabila meninjau pada awal pagi, puluhan buah mangga gugur berlambak di bawah pokok.

Saya yang lihat keadaan itu sedih. Rezeki Allah walaupun sekecil mana, jangan dibazir. Ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Bersyukur kepada Allah SWT, nanti Allah tambah. Kamu tak boleh nak yang banyak saja, yang kecil pun ambil sebagai tanda syukur kepada-Nya.

Sekarang ini (bulan Ramadan) orang tak berapa hirau buah mangga. Apatah lagi ketika 'perintah berkurung' - buah ini atau makanan berasaskan buah ini seperti rojak tidak dapat dipasarkan. Pasar dan bazar Ramadan tiada.

Saya ambil inisiatif kumpul buah-buah ini. Masukkan dalam beg plastik atau beg hadiah kenduri kahwin - misalnya lima biji dalam satu berkas - kemudian pada sebelah petang menunggang motosikal ke sebuah stesen minyak berhampiran.

Saya bagi saja siapa-siapa yang mahu. Alhamdulillah, ramai juga yang ambil, jadi taklah buah mangga saya membazir begitu saja. Saya jadikan amalan ini sebagai sebahagian usaha saya bersedekah - bukanlah Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang antara lain bermaksud 'selamatkan diri kamu daripada api neraka walaupun dengan bersedekah setengah buah kurma'...

Subhanallah, kita kini dalam fasa akhir Ramadan. Salah satu anugerah tempoh ini adalah Lailatulqadar. Malam istimewa ini perlu diburu dengan melakukan usaha-usaha semaksimum mungkin ke arah itu. Ia suatu anugerah, jika di dunia pun jika kita mahukan nama dan gelaran 'Datuk' pun kita perlu menjadi 'orang spesial' apatah lagi di akhirat nanti.
Insan diminta memburu akhirat dengan memaksimumkan ibadah pada Ramadan terutama hari-hari terakhirnya, tetapi seperti semut yang menggerumuni gula yang sebutir, manusia terus leka untuk memuaskan kehendak nafsunya.
Pada hari-hari terakhir Ramadan ini terutama pada malamnya teruskanlah amalan mulia seperti solat tarawih dan qiyam, bersedekah, tilawah al-Quran, berdoa, berzikir, berisytifar, bertakfakur tetapi elakkan kerja-kerja lara sekalipun kita masih dalam 'perintah berkurung'.
ARTIKEL IRINGAN
Sebuah artikel lama LanH
KETIKA belajar di UKM dan bekerja di Harakah, sebagai 'musafir' yang hampir setiap hari berulang alik antara Melaka-Kuala Lumpur, pengalaman berpuasa Ramadan sangat mengujakan.
Bagi saya pengalaman ke tempat kerja tidaklah sangat mencabar; bergerak memulakan perjalanan menaiki bas ekspres pada awal pagi selepas bersahur dan solat subuh 'tidak ada apa yang menarik hendak dicatatkan' tetapi perjalanan balik 'yang mengharungi waktu berbuka' ada 'pahit dan manisnya'.
Ada kalanya saya menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka jam 5.30, 6.00 dan 6.30 petang. Perjalanan adalah selama dua jam, jadi waktu berbuka adalah dalam bas atau di perhentian rehat dan rawat (R&R) di tepi lebuh raya.
Biasanya dalam 'perjalanan pulang', saya perhatikan ramai penumpang tidur atau 'buat-buat tidur' dalam bas. Al-maklumlah mereka penat berbuasa. Apabila sampai waktu berbuka berpeluanglah kita saksikan 'pelbagai fesyen manusia'. 
Ada yang meneguk air saja selepas itu menyambung tidur, ada yang menjamah sedikit makanan seperti kurma namun ada juga 'geng makan besar' - mereka membuka bungkusan makanan seperti nasi berlauk, nasi lemak, burger dan makanan segera lain - menyebabkan 'satu bas berbau' dan mendatangkan rasa kurang enak di hati penumpang lain.
Ya, bagaimana orang lain 'nak rasa enak' kerana ketika mereka 'makan enak' ada penumpang yang saya perhatikan 'tak makan dan minum apa-apa'! Tak tahulah sama ada mereka 'tak puasa dan tak hirau waktu berbuka' atau mereka terlupa atau tak sempat membeli makanan, jadi sewaktu orang lain 'makan dan minum', mereka mungkin 'menelan air liur saja'.
Penumpang pun ada banyak ragam. Ada yang 'ajak-ajak ayam' - mempelawa penumpang sebelah makan, ada yang bersungguh-sungguh mengajak tetapi ada juga yang 'buat deek aja'. Dia seorang 'membaham makanan' sedangkan 'jirannya telan air liur saja'.
Ada ketikanya bas berhenti di R&R ketika waktu berbuka. Maklumlah pemandu bas pun 'nak berbuka'. Takkan dia 'nak tegok air aje' sambil memandu. Dia pun 'nak rasa keenakan' nasi lemak atau sekurang-kurangnya sebuku kecil roti krim. Ada pemandu berhenti di R&R kerana dia tak suka penumpang buka puasa dalam bas. Dia tak tahan bau makanan dalam bas.
Masa berhenti di R&R tak lama. Adalah 5-10 minit saja. Kalau di kawasan R&R yang kecil, penumpang tak ada pilihan kecuali berbuka puasa di bahu jalan. Maka berderetlah mereka (termasuk saya), bertenggek di bahu jalan makan serta minum dan pada situasi begini teringatlah saya akan 'keindahan' dan 'kenikmatan' berbuka puasa dengan anggota keluarga. Ya, apa nak buat, bersabarlah saja sambil berdoa "ya Allah, Kau datangkanlah kembali detik-detik indah itu!"
Berceloteh mengenai 'detik-detik indah' berbuka puasa beramai-ramai bersama anggota keluarga ini, 'tergambar' di mata ini betapa sekarang ini semakin banyak keluarga sudah kehilangan nikmat untuk makan bersama-bukan saja ketika Ramadan tetapi pada sepanjang tahun. 
Mereka tidak berbuat demikian kerana pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, bersekolah, 'free-time' yang tidak sama, rumah sudah besar dengan banyak bilik jadi anak-anak 'sukar dipanggil ketika waktu makan' manakala orang sekarang disibukkan dengan gajet elektronik - mereka asyik ber'face-book', 'ber-'chatting' dan pelbagai 'ber...' lagi yang sudah pasti amat merenggangkan hubungan sesama anggota keluarga.
Banyak keluarga sekarang tidak berpeluang untuk menikmati sarapan bersama, demikian juga dengan makan tengah hari. Pada awal pagi mereka sibuk ke tempat kerja - ramai kanak-kanak sekarang ke sekolah tanpa sarapan - manakala pada tengah hari, mereka tidak dapat bersama lagi kerana pelbagai kekangan. Mungkin pada sebelah petang dan malam mereka boleh menikmati makanan bersama tetapi perkara ini pun sukar terlaksana kerana ramai anggota keluarga masih lagi sibuk.
Ibu saya yang kerap saya 'berceloteh' dengannya mengingatkan bahawa 'orang dulu' kurang duit tetapi mereka dapat merasai nikmat makan pagi, tengah hari dan malam secara bersama tetapi 'orang sekarang' duit mereka mungkin banyak dan pangkat besar tetapi 'tidak ada nikmat' untuk makan bersama anggota keluarga mereka. Bekeluarga pun sudah macam tak bekeluarga, makan pun sendiri-sendiri jadi apakah erti kemajuan hidup yang kita terkejar-kejar sekarang ini?
Alhamdulillah Ramadan datang lagi; insya-Allah; ini peluang terbaik untuk kita menikmati keindahannya dengan 'makan bersama-sama' dengan seluruh anggota keluarga pada waktu bersahur dan berbuka puasa. 
Pada waktu bersahur kemungkinan besar semua anggota keluarga ada di rumah, jadi rebutlah peluang untuk makan bersama. Kita juga berpeluang untuk melakukan ibadat lain seperti solat secara bersama. Ya, saudaraku, jangan lepaskan peluang untuk mengukuhkan ikatan keluarga yang dari sehari ke sehari saya perhatikan semakin longgar akibat daripada kesibukan kita 'mengejar dunia'. 
Bagi berbuka puasa pula, mungkin sebahagian daripada kita tidak dapat bersama keluarga kerana sibuk bekerja atau terkandas dalam perjalanan (jem) untuk pulang namun 'cuba-cubalah' untuk 'mencari masa' untuk bersama keluarga di bulan mulia ini. 
Ya, berusaha keras untuk mendapat nikmat berbuka bersama keluarga kerana berdasarkan pengalaman saya yang pernah merantau ke pelbagai tempat, saya perhatikan ada insan yang terpaksa berbuka puasa bukan saja tanpa keluarga tetapi sambil bekerja (seperti pemandu bas dan polis trafik), berlari-lari anak (pekerja sibuk) malah ada sempat menelan air liur saja. 
Di luar negara, di kawasan miskin, bencana dan perang, penduduknya makan apa saja; di Pakistan suatu ketika dulu saya 'terpaksa berbuka puasa' dengan 'hidangan epal berdebu'...ya makanlah saja dan ucap syukur kepada Illahi!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2020 22:04

Secebis Kisah Ramadan 19: Jangan 'buat hal' Ramadan ini...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"...dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur." - Surah Al-Baqarah, ayat 185


Secebis Kisah Ramadan 19

Jangan 'buat hal' Ramadan ini...

PETANG semalam (18 Ramadan), isteri saya memberitahu satu perkhabaran gembira - isteri anak sulung kami selamat melahirkan bayi...ini adalah cucu ketiga kami dan anak kedua pasangan ini.

Saya sujud syukur selepas menerima berita ini. Al-maklumlah akan makin ramai orang memanggil diri ini 'datuk'!

Alhamdulillah, kini saya sudah ada tiga cucu - semuanya lelaki. Seorang lagi cucu adalah anak kepada anak kedua kami dan isterinya yang berasal dari Bangi.

Bagi 'datuk' mendapat cucu Ramadan ini 'biasa-biasa saja'...tetapi bagaimana si ibu bayi tersebut? Dulu emak saya ada memberitahu salah seorang anaknya (lapan orang semuanya) dilahirkan pada bulan 'puasa' (Ramadan).

Sudah pasti 'orang beranak' tak berpuasa...tetapi tak seperti solat yang tak payah kena ganti, puasa perlu qada' (ganti). Ini yang berat ni, kalau 'bersalin' pada awal Ramadan, banyak hari perlu diganti. Nak puasa 10-30 hari pada bulan biasa bukan mudah...yalah di kiri kanan kita orang tengah syok makan dan minum.

Itulah, kata ibu saya...anak-anak perlu kenang pengorbanan sang ibu...dahlah dia mengalami pelbagai kesusahan ketika mengandung selama sembilan bulan...jika bersalin pada bulan Ramadan kena ganti puasa pula!

Orang lelaki apa dia tahu...dia mahu 'buat hal' saja. Malah pada bulan Ramadan ada suami mahu 'buat hal' dengan isteri...kalau mereka belajar dan ada iman mesti mereka takut kerana kafarah 'buat hal' pada siang hari bulan Ramadan tersangat berat - satu, memerdekakan hamba, kedua berpuasa dua bulan berturut-turut dan ketiga memberi makan kepada 60 fakir miskin.

Kafarah ini perlu dibuat mengikut urutan dari atas...sekarang tak ada hamba, jadi kena puasa 60 hari berturut-turut...mampukah anda wahai lelaki?

Kesimpulannya, jangan 'buat hal' Ramadan ini...Dan pesan 'orang arif' dan 'bijak di sana' (mementingkan akhirat) kepada yang nak kahwin tu, tak digalakkan nikah dekat-dekat bulan Ramadan!

ARTIKEL IRINGAN

Mencari Lailatulqadar

Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Sepuluh, 9,8,7,6,5,4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita.

Pada Ramadan lalu, saya mendengar tazkirah zuhur pada 25 Ramadan. Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.

Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.

Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.

Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.

Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!' Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.

Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.

Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.

Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.

Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.

Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.

Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.

Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.

Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.

Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.

Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.

Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.

Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2020 00:07

May 11, 2020

Secebis Kisah Ramadan 18: Jadilah si 'copycat'

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (Al-A'raaf Ayat 26)

Secebis Kisah Ramadan 18

Jadilah si 'copycat'

RAMADAN sudah masuk hari ke-18. Sekalipun PKPB dilanjutkan sebulan lagi (kita tidak digalakkan keluar rumah), bayaran zakat fitrah perlu dibereskan. Jika dulu bayarannya boleh dibuat sehingga sebelum solat raya, kali ini bagaimana...kena tanya muftilah...sebab kali ini tiada solat raya bagi orang awam di masjid (mungkin hanya pegawai syarak dan AJK dibenarkan).

Baru-baru ini saya terkejut apabila imam masjid kampung saya yang bermotosikal, muncul di muka pintu rumah saya. Ya, lama saya tak nampak tuan imam...sudah hampir dua bulan, rindu juga rasanya. Terkenang saat solat berjemaah subuh pagi Jumaat imam baca Surah Sajadah yang panjang tuuu...kalau solat kat rumah saya tak ada 'yang berani' baca surah ini.

Rupa-rupanya, imam yang merangkap amil, datang mengutip zakat fitrah. Kreatif juga imam ini. Jika orang kampung tak dapat pergi masjid, dia dan amil lain pergi ke rumah ke rumah. Imam pakai topeng. Imam tahu SOP - dia menjarakkan diri...tak bersalaman dengan saya.

Dua minit urusan sudah selesai. Ini termasuk pembacaan doa. 'Ligat' juga imam ini, fikir saya melihat dia bergegas ke rumah lain. Bagi saya imam ini kreatif dalam menjalankan tugasnya. Apabila tak boleh buat perkara A, dia buat perkara B. Dia cari jalan alternatif. Dia pun tahu takkan semua orang kampung nak bayar zakat fitrah secara 'online'...

Imam menunjukkan kemampuannya berfikir secara kreatif...berfikir di luar kotak. Tak salah untuk imam-imam lain menirunya, melakukan 'copycat'. Atau membuat pembaharuan lagi, supaya hasilnya lebih baik.

Banyak bangsa maju sebab mengamalkan budaya 'copycat'. Mereka 'copy' buatan orang, lepas itu mereka 'modified'-nya. Hasilnya, produk yang mereka keluarkan lebih baik daripada yang asal. Ya ambil tahu penghasilan sesuatu barangan itu, jangan nak jadi pengguna saja.

Bahkan, jika ada yang berusaha mengambil tahu siapa dan bagaimana sesuatu barangan itu dihasilkan, pengetahuannya hanyalah setakat itu saja. Jarang benar seseorang itu berusaha ‘pergi’ lebih jauh lagi.

Sewajarnya kita melanjutkan pengetahuan (perasaan ingin tahu) untuk menghasilkan benda lebih baik daripada yang yang kita gunakan. Inilah namanya perubahan dalam pemikiran kreatif yang sudah menjadi budaya sesetengah bangsa maju.

Orang Jepun terkenal sebagai ‘copycat’ paling hebat di dunia. Hasil kerja (barangan) dari Eropah, mereka ‘modified’ untuk kegunaan masyarakat Asia dan hari ini terbukti usaha gigih mereka membuahkan hasil lumayan.

Sebut saja apa saja barangan, daripada kereta kepada peralatan rumah – kebanyakannya tertera perkataan ‘Made in Japan’. Bukankah ini menunjukkan betapa besarnya manfaat jika seseorang mempunyai pemikiran kreatif?

ARTIKEL IRINGAN

"Siri Pemikiran Kreatif (5): Hentikan budaya pak turut dengan ‘copycat’"1 Comment - Show Original PostBlogger Apollo 2020 said...Terdapat 4 golongan manusia:

1-Tahu apa yang dia tahu
2-Tahu apa yang dia tak tahu
3-Tak tahu apa yang dia tahu
4-Tak tahu apa yang dia tak tahu

Biasanya pelajar-pelajar di sekolah dan universiti ialah golongan ke-3 dan ke-4.

Sebelum masuk belajar di U, mereka tak tahu apa yang mereka nak tahu.

Jadi mereka akan terus belajar, pergi kelas, salin nota, jawab kuiz, test, tutorial, report, assignment dan akhir sekali final exam tanpa berfikir sama ada apa yang diajar oleh pensyarah itu mereka betu-betul faham.

Mereka tak akan sedikit pun berfikir sama ada ilmu yang diajar itu berkualiti atau tidak. Pensyarah hanya kerja makan gaji. Mereka tidak peduli tentang kualiti lmu pengetahuan yangg disampaikan kepada para pelajar. Apa yang penting ialah pelajar-pelajar mendapat 'pointer" yang tinggi.
Biasanya, pelajar yang mendapat markah yang tinggi ialah mereka yang kuat menghafal tanpa memahami konsep sesuatu ilmu @ subjek.

Mereka hanya hebat menjawab soalan di universiti tetapi  dalam pemahaman ilmu yang sebenar mereka tidak faham, tidak boleh menjelaskan apatah lagi mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut.

Selepas memegang segulung ijazah, yang sebenarnya mereka tidak tahu apa yg mereka tahu selama 'menuntut ilmu' di universiti.

Orang yang berfikiran kreatif sebenarnya ialah golongan pertama dan ke-2.

Mereka tahu apa yang mereka ingin tahu dan mereka akan mengkaji sendiri apa yg mereka hendak tahu.

Apabila mereka sudah faham sesuatu ilmu pengetahuan itu, mereka akan menjadi tahu apa yang mereka tahu.

Selepas itulah mereka akan mengembangkan ilmu itu kepada suatu idea baru dan lebih mendalam.

Seperti Sir Isaac Newton. Beliau berfikir kenapa buah epal boleh jatuh ke atas tanah, tetapi syurga tidak jatuh ke bumi.

Ini yang membuatkan beliau mengkaji apa yang beliau nak tahu.

Apabila beliau faham tentang konsep daya tarikan graviti, beliau mengembangkannya kepada 3 hukum yang sekarang ini dikenali sebagai 3 Hukum Newton. Sila google utk maklumat lanjut.

Sehingga sekarang ketiga-tiga hukum Newton ini masih dipakai oleh para jurutera dan saintis walaupun selepas lebih 400 tahun diilhamkan oleh Newton sendiri.

Oleh itu fikir-fikirkanlah kita golongan yang mana?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2020 00:07

May 9, 2020

Secebis Kisah Ramadan 17: Barang lepas usah dikenang...

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun untuk melepaskannya sesudah itu dan dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Ayat 2, Surah Faathir)

Secebis Kisah Ramadan 17

Barang lepas usah dikenang...

SEORANG anak saya yang baru-baru ini menerima keputusan SPM-nya, begitu sibuk menjalani ujian, temu duga malah menghantar rakaman video aksi kemahirannya bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA - semuanya menggunakan sentuhan di hujung jari sama ada di laptop dan telefon pintar,

Saya memerhatikan saja; saya anggap diri saya sudah jauh daripada kemajuan pesat dunia ICT. Dulu saya masuk universiti secara interbiu bersemuka...beberapa anggota panel bertanya, saya jawab saja.

Melihatkan kesungguhan anak saya dalam usahanya ke IPTA itu, syukurlah kerana saya sekeluarga duduk di pinggir sebuah bandar raya, alhamdulillah ada akses baik internet dan 'line coverage'. Tak dapat saya bayangkan pelajar di sesetengah kawasan pedalaman, ya bagaimana mereka melakukkannya?

Di Jawa baru-baru ini dilaporkan ada pelajar yang terpaksa panjat gunung untuk mendapatkan 'line' kerana di kampung mereka akses internet tak berapa bagus. 

Bercakap pasal ICT, teringat saya nostalgia lama, berkirim-kirim kad raya yang mana orang sekarang 'tak main' dah. Beberapa tahun lalu masuk saja Ramadan, ada saya terima kad...sekarang ini 'tak dak'!

Ya, mendapat kad raya pada era kemajuan teknologi komunikasi ini suatu keistimewaan. Ini kerana ucapan tahniah zaman ini sudah didominasi melalui alam siber.

Anak-anak muda lebih gemar mengirimkan ucapan dan mesej bergambar menggunakan pelbagai kaedah komunikasi baru. Daripada pengamatan saya, mereka tidak menunjukkan minat kepada kad-kad raya.

Populariti kad raya sepanjang pengetahuan saya, berada pada tahap puncaknya pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Saya terkenang kad-kad raya yang mempunyai latar belakang lukisan keindahan permandangan di kampung-kampung.

Masa berubah, kad-kad berkenaan juga mengalami perubahan. Kad dengan gambar keindahan kampung digantikan dengan kartun dan tulisan humor, gambar bangunan hebat dan sebagainya. Kemudian pereka kreatif mencipta kad disertai lagu dan haruman semerbak.

Ada kad raya dulu yang saya terima latar belakangnya adalah lukisan geometri menara masjid. Bentuknya yang cukup ringkas mungkinkah menggambarkan betapa orang tidak lagi mempunyai banyak masa bernostalgia akan kampung halaman mereka yang indah seperti orang dulu?

Dulu, orang bujang dan masih trang, trang, trang, tentulah tidak ada saat lebih menggembirakan menerima sebuah kad ucapan yang pada anggapannya paling cantik daripada si dia. Bahasa di kad tentunya ditulis ‘ayat-ayat cinta’ puitis dan menyegar jiwa.

Tetapi bagi saya yang berusia hampir enam siri ini, masa itu sudah lama berlalu...dari kapas dibuat benang, barang lepas jangan di kenang...


ARTIKEL IRINGAN

(my old article)

Time to service your car...oops stomach!

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
*********

CAR experts said there are numerous factors that should be considered when it comes to how often your car needs servicing. The general rule for most vehicle types is once per year, but if you’re an especially frequent driver, your car could benefit from a more regular service.

The age of your car and type of fuel will influence the servicing time period. The older your car is the more often it will need servicing. Newer models under four years old often have a servicing period of 12 months. For automatic cars, the recommended service period is 12 months or 20,000 km.

An 'ustaz' (religious teacher) in his 'tazkirah' (Islamic lesson) at a 'masjid' near my house recently when discussing the subject of 'puasa' (fasting) for the coming Ramadan said our stomach (body) needs to be serviced just like our car. To service our stomach we need to rest it and for 'puasa' we stop eating and drinking for about 13 hours during the day.

If a car normally needs to be serviced once a year, then our stomach too needs to be serviced 'annually' that is during 'Ramadan' - the ninth month of the Hegira (Islamic) year. During this month, Muslim are required to fast during the day for the whole month.

The 'ustaz' said if we neglect in servicing our car, the tendency for it to break down is high - the same could be said about our stomach. "We put everything edible inside our stomach whether the food or drink is hot or cold - even 'our home faithful refrigerator' breaks down or of no use after 20 or 30 years in service.

"Subhanallah, for some of us our stomach is now 50, 60 or 70 years old...then of course it urgently needs to be serviced...so 'puasalah' (do the fasting)."

So during 'puasa' we stop from eating during daylight; hopefully it could help in 'repairing' our tear and wear 'parts' in the stomach. But 'puasa' is not just about abstaining from food and drinks. Scholars said we are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds. If not, we would get nothing out of our 'puasa'. Abu Huraira related that Rasulullah SAW (peace be upon him) said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness.” - Darimi

Ramadan is about taking less food because you can only eat after sunset but the irony of it, Ramadan is the month where some Malaysian Muslims spend so much money and time on it. Ramadan teaches Muslims to be thrift on their spending. But it is normal for a Malaysian Muslim family; I included, spending more during Ramadan especially on food, clothing and decoration of the house.

Ramadan teaches us to feel the pangs of hunger of the poor people of the world. It has been reported that one person in the world dies every three seconds because of hunger. So wasting of food is criminal. But how is the situation in our country and other rich Muslim nations where the word ‘hunger’ seemed ‘quite unfamiliar’ to us, and seemingly is happening in far faraway lands. In United Arab Emirates (UAE) it was reported that 500 tons of food are thrown away each year in the holy month of Ramadan!

True, we are taking our own halal food, but we have to adhere to the regulations when eating. For example fill only one third of the stomach with food, the next one third with drink and leave the rest empty for easier breathing as said by the Prophet. If not we would be too heavy to perform the night 'ibadah' (acts of devotion) such as 'solat tarawikh' (a recommended prayers normally performs at 'masjid' in mass for 8 or 20 'rakaat' (units).

Another aspect of wastage during Ramadan is regarding time. How many people waste their precious time of Ramadan for example playing ‘dam haji’ (checkers) and carom while waiting for the time for ‘berbuka puasa’ (breaking of the fast or iftar)?

This ‘fine aspects’ of Ramadan was discussed by an ustaz while giving his weekly ‘tazkirah’ (talk) at a masjid near my house not long time ago. The ustaz reminded Muslims (congregators at the masjid) to gain maximum benefits from the gifts of Allah SWT during Ramadan. In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months.

He said we should not waste any time during Ramadan because it is very precious. “Grab the oppourtunities given by The Almighty by considering this is our last Ramadan. If it is our last, then we should do our best to please our Creator, Allah SWT. Every second counts thus fulfill it with activities in accordance to the Creator’s wish.

Ramadan and the noble Qur’an cannot be separated. It was in this month that the first verses of the Qur’an were revealed to the Prophet s.a.w. through Angel (Malaikat) Jibril a.s. So to Muslims brothers and sisters why not brought along a small Qur’an with you and recite it while you are waiting in a line or better still during long journeys on buses and trains.

And when travelling don’t forget to bring along a packet of dates with you, so that when it is iftar time, pass the dates to person or persons next to you for you would be rewarded handsomely by Allah SWT as the Prophet s.a.w. had declared: “If a person gives iftar to a fasting person in this month, his sins would be forgiven. And he will be given as many rewards as has that fasting person.”

When servicing our car, we would be happy if 'the end product' is that our car is in a tip-top condition; by performing 'puasa' during Ramadan, 'the end product' is that a person gaining 'takwa' (piety); the question is had we archived it during the previous Ramadan?

A few days ago while driving my car, I heard an ‘ustaz’ (religious teacher) say in a radio programme, that one’s ‘puasa’ (fasting) in term of spiritual enhancement of the soul was considered a failure if one’s budget overshot the normal monthly expenditure. But he said it is okay if we use the money for the benefits of others such as sponsoring an 'iftar' (breaking of fast) gathering especially in 'masjids' or helping the poor.

He also jokingly said that if one’s weight dropped a lot at the end of Ramadan, he or she had succeeded in his/her ‘puasa’ but what would be said if one’s weight increased at the end of the holy month?

The truth is that in our society, some folks were indulge in wastage activities during the holy month of Ramadan, they should be reminded that they are accountable for five things before the coming of five. The Prophet (pbuh) said: "Take benefit of five before five - your youth before your old age, your health before your sickness, your wealth before your poverty, your free-time before your preoccupation,and your life before your death." (Hakim)

So to Muslims brothers and sisters, do not indulge in such empty, hollow and unbeneficial deeds, for Allah SWT says in Surah Al-Asr: "Verily! Man is in loss, Except those who believe and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's cause)."

Regarding the wastage of food and gluttony during Ramadan, President of Consumer Association of Penang (CAP), SM Mohamed Idris, previously had commented on the lavish spending of Muslims at Ramadan bazaars and the ‘merry iftars’ at restaurants and hotels.

During the month of Ramadan, Muslims are encouraged to eat nutritious food during breaking fast and sahur (predawn meal) and prohibited from wasting. Unfortunately many tend to prepare many dishes or the easiest way is to buy food and drinks that are sold in abundance in Ramadan bazaars and markets that mushroom during the fasting month.

Remember Allah SWT decree in Surah Al A’raaf, sentence 3, "Eat and drink, but not in excess. Allah does not like people who are superfluous". Whereas Surah Al Israa’, sentences 26 and 27 states, "And do not waste, as those who waste are the devil’s friends".

Remember Prophet Muhamad SAW’s commandment, "Fight the yearning for food and withstand hunger and thirst as the reward is equivalent as jihad to Allah’s path. There is nothing greater to offer God than resisting hunger and thirst."

In relation to this and in the occasion of this good month, let us all return to true Islamic teachings and practices and not be influenced by wastefulness and guile.

Let it be known that Ramadan is a sacred month among all other months and Allah SWT wants all his servants to fulfill the month with obedience and 'taqarrub' (closeness) to Him. The continuous satiety of an individual’s life will fulfill and enhance the soul with obstinacy and extremity. We hope that Ramadan will help develop loving and caring Muslims.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2020 23:55

May 8, 2020

Secebis Kisah Ramadan 16: Usia kian ke penghujung...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (QS. Ali Imran 3:103)

Secebis Kisah Ramadan 16

Usia kian ke penghujung...

JAM 3.00 pagi (16 Ramadan), saya tersedar. Pergi ke bilik air, membersihkan diri. Selepas menguak daun pintunya jenis 'kuak dua', saya menghulurkan kaki kiri ke dalam. Kaki kanan masih di luar. Entah di mana silapnya, kaki kiri itu tergelincir, agaknya lantai licin.

Saya hampir terjatuh dengan posisi terlentang, tetapi alhamdulillah, Allah SWT selamatkan saya. Saya sempat memaut pintu jenis kuak itu...akhirnya bersama-sama dengan pintu itu saya terjatuh.

Namun disebabkan saya dapat memegang pintu itu, alhamdulillah walaupun kaki dan badan saya telah 'menghentam' lantai, keadaan saya yang terlentang itu tidak menyeluruh. Dengan kedua-dua siku, saya dapat menahan kepala daripada terhempas ke lantai.

Saya terkejut besar dan berada dalam posisi itu 'sekian lama'....ya detik-detik berlalu, saya dalam keadaan begitu...mulut tidak 'bisa' bersuara. Sungguh tak disangka, saya boleh jatuh begitu. Saya mengucap syukur kerana kepala saya tak apa-apa, 'otak saya masih berjalan lancar',

Perlahan-lahan saya cuba angkat kaki. Boleh, tetapi sakit sikit-sikit. Kemudian dengan kekuatan siku, saya cuba bangun. Alhamdulillah, boleh, walaupun ada terasa sakit-sakit.

Selepas bangun, saya mengangkat daun pintu itu. Ia sudah tercabut daripada relnya. Saya cuba masukkannya balik. Tak boleh. Ada bahagian bawahnya sudah patah.

Peristiwa dinihari sebelum subuh itu, saya lihat sebagai ingatan (amaran) Allah SWT kepada saya. Segera saya insaf akan diri yang banyak dosa ini. Kau tak sekuat mana. Jangan 'eksyen' (sombong). Bertaubatlah, apatah lagi sekarang ini Ramadan.

Ingatlah, jika kamu boleh jatuh terlentang di lantai tandas tanpa disangka-sangka; demikian juga kematian - kamu boleh mati bila-bila masa saja. Tanpa tanda, tanpa apa-apa. Saat ini kau hidup, saat berikut tak tahu lagi. Hari ini kamu hidup, besok tak tahu. Hidup macam papan sekeping. Kalau hidup di atas, kejap lagi papan itu terbalik, kita sudah masuk kubur...

Sepengetahuan saya, ada sejumlah orang mati terjatuh dalam bilik air. Kita tak tahu apa menyebabkan mereka 'terjatuh' (kerana mereka sudah mati), tetapi ada kebarangkalian sesetengahnya terkejut dengan kehadiran MALAIKAT MAUT (Izrail)...Waalahualam


ARTIKEL IRINGAN

Hidup 'beragama' sepanjang hayat

SAYA terkesan dengan kematian beberapa rakan seusia baru-baru ini. Ada yang meninggal pada usia 50 tahun, 55 tahun dan sebagainya. Saya cukup bimbang, giliran saya akan sampai jua...persiapan kematian tiada...itulah yang mencemaskan...tetapi mati tetap menyusul!

Cendekiawan ada mengesyorkan kita menghitung dan muhasabah kehidupan berdasarkan bahagian tujuh tahun. Tujuh tahun pertama kita dalam usia kanak-kanak (7), kemudian remaja (14), anak muda (21), dewasa dan tua (28, 35, 42, 49, 56 dan 63 tahun). Nabi s.a.w. yang kita kasihi meninggal pada usia 63 tahun iaitu tahun pertama tujuh tahun kesembilan.

Jika hayat diikut berdasarkan umur Nabi s.a.w., saya ada baki beberapa tahun untuk hidup. Subhanallah, masanya terlalu singkat...apakah dalam tempoh pendek ini kita perlu dedahkan diri melakukan kesilapan termasuk dalam berpolitik?

Berpolitiklah tetapi kita perlu berada dalam landasan betul. Namun ramai daripada kita, perbuatan dan tindakan kita (seperti jatuh menjatuhi atau singkir menyingkir)  mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Hakikatnya, politik tidak terlepas daripada hukum-hakam Islam yang menjadi adden (cara hidup) seseorang Muslim, tidak kira bangsa, kedudukan dan pangkatnya.

Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Mendapat kuasa secara batil, tidak membawa apa-apa keuntungan, sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Merujuk kepada perkembangan semasa, kita berasa dukacita kerana tindak tanduk sesetengah pihak dan pemimpin tidak menepati undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Kini seluruh rakyat, termasuk generasi muda di bangku sekolah dan pusat pengajian tinggi sedang memerhati. Sesetengahnya didedahkan dengan urusan pentadbiran dan pengurusan negara antaranya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dalam Pengajian Am Pra-Universiti. Mereka tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Tetapi apa yang berlaku, mencabar minda; apa yang pelajari tidak selari dengan tindakan sesetengah pemimpin.

Generasi muda tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara dan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.

Jika undang-undang tertinggi ini dilanggar, tentunya ia mencelaru dan merosakkan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pemimpin. Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Inilah yang kita bimbangi kerana bapa borek, anak rintik; guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Kini terbukalah rahsia mengapa sesetengah pemimpin ini menolak mentah-mentah hukum-hakam Islam, malah memperlekehkan hukum hudud tidak lama dulu. Jika hukum manusia (Perlembagaan Persekutuan) pun tidak dapat dipatuhi malah dieksploitasi, bagaimana mereka dapat menerima hukum Allah SWT.

Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan.

Apa yang kita bimbangi penyakit rakus menjadi pemimpin dan gila kuasa golongan ini akan menyebabkan rakyat terheret sama kerana seluruh negara akan menjadi keluh kesah manakala fitnah bermaharajalela.

Kepada orang beriman, ingatlah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan diberi kepadamu kerana permintaan engkau, nescaya ia akan diserahkan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan." (al-Bukhari: kitab al-Ahkam)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2020 23:45

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.