Roslan Hamid's Blog, page 31

January 27, 2022

Jamadilakhir 25, 1443: Azan, iqamah sudah, solatnya (mati) bila?...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


BAHARU-BAHARU ini terpesona saya mendengar seorang ustaz membuat huraian mengenai kehidupan dalam tazkirahnya di sebuah masjid berhampiran rumah saya.


Antara lain katanya, tempoh kehidupan kita terlalu singkat, jadi mengapa terus leka. Ya ramai daripada kita perasan nak hidup 'dulu, kini dan selamanya'.


Dulu, ketika dilahirkan kita sudah 'dibangkan' (diazankan) di sisi telinga kanan kita diikuti 'dikamatkan' (iqamah) di sisi telinga kiri. Kata sang ustaz, kalau azan dan iqamah sudah, bila solat akan dilangsungkan?


Biasanya, kata sang ustaz, tempoh waktu antara azan dan iqamah adalah antara 5-10 minit tetapi sebaik saja iqamah 'dilaungkan' oleh bilal, solat akan didirikan dengan segera. Tiada tempoh menunggu lagi.


Demikianlah bandingan kehidupan seseorang manusia. Dia sudah diazan dan diiqamahkan, menunggu masa saja untuk disolatkan (solat jenazah). Tentunya kehidupannya di dunia adalah tersangat pendek, jadi masih ada waktukah untuk terus berleka?


Ya apabila semakin tua diri ini, semakin terasa pula terlalu sikit bekalan untuk dibawa ke alam sana. Kadang-kadang terasa cemas di hati, diri ini sebenarnya tiada apa-apa bekalan untuk dibawa ke sana. Ringkasnya diri ini sebenarnya 'tiada apa-apa'.


Seorang ustaz lain kuliah dwi-bulanan di sebuah masjid berhampiran rumah saya, berkata 'orang yang hidup hatinya', ada yang mula 'menggulung tilam' mereka sebaik saja memasuki umur 40 tahun seterusnya 'membuat pecutan' terakhir sebelum ajal menjemput mereka.


Apakah makna 'menggulung tilam' itu? Ustaz membawa kisah Umar Abdul Aziz (hidup pada 682-719 Masihi) iaitu salah seorang khalifah Bani Umaiyah yang juga dianggap Khalifah Al-Rasyidin yang kelima selepas Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Uthman Affan r.a. dan Ali Abu Talib k.w.j. yang mengungkapkan kata-kata tegas penuh ketakutan kepada Allah SWT kepada isterinya, Fatimah selepas dilantik khalifah yang kerajaannya terbentang dari Lautan Atlantik di barat ke India di sebelah timur dalam usia 35 tahun.


Umar berkata dia tak ada masa lagi untuk berseronok-seronok dengan anak isterinya, masa yang ada termasuk waktu tidurnya di atas tilam empuk dalam istana indah, perlu dikorbankan seluruhnya untuk Allah SWT termasuk melayan keperluan rakyat. Kalau isterinya bersedia menjalani kehidupan begitu berpanjanganlah jodoh mereka, jika tidak suka, dia sedia menceraikannya "dan kamu carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan kamu." 


Sungguh Umar Abdul Aziz telah menjalankan pemerintahan dengan penuh ketakutan kepada Allah SWT sehinggalah dia meninggal dunia dua setengah tahun kemudian dalam usia 37 tahun. Sungguhpun pemerintahannya tersangkat singkat, keadilannya disanjung Timur dan Barat, membolehkan namanya diletakkan sebaris dengan khalifah Al-Rasyidin yang empat.


Khalifah Umar Abdul Aziz telah 'menggulung tilamnya' sebelum berusia 40 tahun (baginda meninggal dalam usia 37 tahun) tetapi adakah kita ini (termasuk sayalah tu) yang telah tua ini (melebihi setengah abad itu) masih mahu berleka-leka dengan kehidupan dunia yang singkat ini? 


Masa yang berbaki terlalu pendek tetapi apa yang telah kita buat?  Ya, bagi diri ini nampaknya tiada apa yang saya sudah buat kerana masih leka dan lalai.


Jika kita menyumbang sesuatu untuk agama kita, ia mungkin kecil di sisi kita dan manusia tetapi percayalah jika dilakukan ikhas semata-mata kerana-Nya, insya-Allah kita akan melihat hasilnya, termasuk di dunia lagi. 


Amat-amatilah kisah si burung kecil yang berusaha memadamkan api besar yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. dengan membawa air di paruhnya; usahanya mungkin dilihat kecil oleh makhluk tetapi besar di sisi-Nya. Hendaklah kita menjadi seperti burung itu yang tidak meminta jasanya dikenang tetapi hanya mengharapkan reda Illahi.


Akhir sekali sebagai insan yang menumpang di bumi-Nya (ada hadis menyebut kita di dunia ini ibarat seorang musafir yang menumpang teduh dan melepas lelah di bawah sebatang pohon sebelum berangkat pergi), janganlah sesekali lupa bahawa diri kita ini sudah diazankan dan diiqamahkan, hanya menunggu masa untuk disolatkan..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2022 15:36

January 26, 2022

Jamadilakhir 24, 1443: 'Untuk kawal lembu, berdiri di belakang...' (U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


TIDAK lama dahulu, saya berada di Manipal, India. Selepas subuh hari itu, ketika menatap akhbar "Deccan Herald' agak 'terasa' saya melihat 'headline' (kepala beritanya) 'Peace hero Mandela passes away'. Di muka 15, ada belangkasuka bertajuk 'Mandela, the Gandhi of South Africa'.

Mengapa saya katakan saya 'terasa' dengan berita pemergian Mandela? Ini kerana saya sebagai wartawan pada April/Mei 1994 membuat liputan pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan yang membawa kehancuran dasar aparteid seterusnya menobatkan Mandela sebagai Presiden Afrika Selatan pertama di kalangan orang bukan kulit putih. 

Ya, sebagai wartawan mungkin saya telah berusaha membuat laporan sebaik mungkin mengenai pilihan raya bersejarah itu, tetapi sebagai individu yang mempunyai hati dan perasaan apa yang sudah saya pelajari daripada kisah hidup insan yang pernah terpenjara di Pulau Robben selama 27 tahun itu? 

Daripada pelbagai sumber bacaan, saya andaikan Mandela pada zaman mudanya adalah seorang pemberontak, melakukan tentangan agresif yang berakhirnya dengan dirinya meringkuk dalam penjara dan pengasingan - bukan setahun dua tetapi puluhan tahun. 

Penjara telah 'mematangkan' si pemberontak bernama Mandela. Dia mula menyedari taktik gerila (ganas) tidak akan membawa bangsanya dan negara Afrika Selatan yang dicintainya ke mana-mana.

Daripada seorang pejuang pembebasan, Mandela melalui 'transformasi' menjadi pemimpin sedia berunding, mendengar, berubah, melakukan pengubah-suaian, dan memperhalusi tindakannya. Dia sudah bersedia bersabar menempuh onak duri sepanjang perjalanan mencapai matlamat perjuangannya. 

Mandela 'yang matang' amat jitu dalam prinsip dan matlamat utama perjuangannya - membebaskan Afrika Selatan terutama orang kulit hitam daripada dasar penghambaan aparteid seterusnya membuka lembaran baru kepada semua warga Afrika Selatan tanpa mengira warna kulit dan kedudukan. Dan semua itu sudah diraihnya melalui pilihan raya 1994. 

Selepas berakhirnya pilihan raya bersejarah itu, saya jarang mengikuti perkembangan di Afrika Selatan sehinggalah negara itu bersiap sedia mengadakan pilihan raya kedua selepas berakhirnya aparteid pada 1999. Pada pilihan raya ini, Mandela sebagai pemimpin ulung Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berpeluang menang besar dan kembali menjadi presiden buat penggal kedua, memilih untuk berundur, membuka laluan kepada timbalannya, Thabo Mbeki menerajui negara. 

Mandela pernah berkata: "Untuk mengawal sekawan lembu, kamu berdiri di belakang dengan memegang ranting; lembu yang 'cerdik' akan ke depan untuk mengetuai kumpulan lembu itu." Ya, pemimpin yang cerdik, berdirilah di belakang, bukan gila untuk berada di depan selama-lamanya! 

Demikianlah, contoh hebat ditunjukkan negarawan hebat! Mandela enggan berada di puncak kuasa buat tempoh lama, tidak seperti banyak diktator dan presiden serta perdana menteri (bagi negara) dan CEO organisasi (bagi syarikat dan agensi) yang 'lapar' atau gila untuk berkuasa 'dulu, kini dan selama-lamanya'.

Orang yang berada di jalan lurus seperti nabi-nabi dan pada zaman moden ini Hasan Al-Banna, Syed Qutb dan Dr Mohamad Morsi terus harum nama mereka sedangkan pemimpin yang mahu berkuasa 'dulu, kini dan selama-lamanya' seperti Firaun, Namrud (zaman dulu) dan pada zaman moden, Marcos, Gaddafi serta Bush melalui pengakhiran yang penuh penghinaan.

Demikianlah, wahai insan terutama pemimpin; insaflah, ikutilah laluan yang telah dirintis dan ditunjuki negarawan termasyhur dunia abad ini, Nelson Rolihlahla Mandela - 'pergilah (atau berundurlah) sebelum orang benci!'

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2022 16:12

January 25, 2022

Jamadilakhir 23, 1443: Hidup bagaikan putaran roda...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


TIDAK lama dahulu, saya mengembara bersendirian dengan motosikal saya dari teratak kediaman di Melaka, singgah di beberapa masjid seperti Masjid Sultan Ismail di Muar, Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat dan Masjid Dato' Noh Gadut di Kampung Serkat.


Pengembaraan sehingga ke Tanjung Piai iaitu kawasan paling selatan tanah besar Asia ini, menemukan saya dengan pelbagai orang dan kejadian yang tak disangka-sangka. Salah seorang watak menarik saya temui adalah seorang lelaki dalam usia 40-an yang seakan-akan menjadikan Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat sebagai tempat untuk mengubat kesepian hatinya.


Perkenalan dengan lelaki ini (saya namakannya Ali bagi memudahkan penceritaan) bermula selepas saya menghadiahkannya sebungkus makanan pada suatu petang selepas solat Asar. Ketika itu Ali sedang berehat-rehat di sebuah pangkin konkrit bahagian sisi masjid yang menempatkan sebuah klinik wakaf, sebuah pusat dialisis dan tandas.


Ali cepat mesra...dia menceritakan perihal dirinya dan hampir tidak langsung bertanya akan diri saya. Pada saya keadaan ini bagus kerana kalaulah Ali tahu saya ini seorang penulis, dia akan 'kontrol' (kawal) apa yang dicakap. Jadi, luahannya mungkin 'kurang asli'.


Ali bercerita dalam beberapa hari lagi, dia akan menjalani 'interview' kerja di sebuah kilang milik orang Jepun di Johor Bahru. Jadi sambil baring-baring dia mengikuti 'adegan perbualan' termasuk temuduga kerja dalam bahasa Inggeris melalui 'handset'nya. 


Ali bukan 'baru' hendak bekerja...dulu dia mempunyai jawatan tinggi malah sudah berumah tangga. Namun katanya, beberapa tahun lalu dia terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Ada anggota tubuh badannya menjadi kurang upaya menyebabkan 'kehidupan aman bahagianya' yang jika diibaratkan sebuah roda kehidupan kini terperesok di bahagian bawah.


Mula-mula dia dibuang kerja, kemudian rumah tangganya berkecai...maka bermulalah tahun-tahun berdukacita yang menyaksikan dia meluangkan banyak masa di masjid. Katanya, dia suka suasana tenteram terutama di bahagian sisi masjid yang menempatkan klinik kerana kawasan itu menjadi sepi selepas waktu kerja; jadi dapatlah bermunajat kepada Allah SWT sepuas-puas hatinya.


Ali bertanya sama ada saya mahu bermalam di masjid itu. Apabila saya berkata ya, dia memberitahu siapa yang perlu saya maklumkan perkara itu, "Awak jumpa dia, tak ada masalah. Semua beres..."


Selepas solat isyak, Ali dan saya bertemu semula di pangkin tepi klinik. Kami berborak panjang. Macam sudah lama kenal satu sama lain. Ketika berbual, terjenguk dua ekor anak kucing sungguh comel, memandang kami. Ali tabur makanan kucingnya. Ternyata Ali dan anak kucing begitu 'ngam'!


Mengenai soal makan minum, Ali berkata kadang-kadang di masjid ada makanan...kawan-kawan dan penderma pun banyak membantu..."setakat ini taklah saya kebulur tetapi sampai bila? Saya sungguh-sugguh berharap dapat kerja di syarikat Jepun di JB itu. Doakan saya ya..."


Malam kian larut. Nyamuk kian banyak. Namun syukurlah malam itu saya tidur 'bertemankan' nyalaan selingkar ubat nyamuk sumbangan Ali...ohh alangkah baik budinya 'si mamat' ini yang roda kehidupannya kini berada di bahagian bawah! Sama-samalah kita berdoa dia akan kembali ke atas sekali lagi!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 25, 2022 15:58

January 24, 2022

Jamadilakhir 22, 1443: For the love of Langkawi (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort

one another to truth and exhort one another to endurance.


MANY-MANY years ago I was in Langkawi for a holiday. I was in love, but don’t get me wrong. Other than the famous Mahsuri love story or tragedy, I had the oppourtunity to compile several other episodes of love, two of them I copied from inscriptions placed at strategic locations in Pulau Dayang Bunting (Island of Pregnant Maiden).


This was the first time I was in this island even though I had been to Langkawi several times, so I was a bit excited. But also don’t get me wrong, I was not excited about love but the dizzinesss from the rough speedboat ride from the jetty in Kuah to Pulau Dayang Bunting.


On the island, one would not miss this two ‘love’ signboards.


1. Hornbill’s Love Story


When a female hornbill is nesting, she will be totally depending on its male partner for food and love. During this time (for about 4 months), the female stays in her nest, usually in the tree-hollows. The birds would use a mix of mud/clay, droppings and saliva as cement to plaster the hole.


The hole will be sealed completely except for a small gap for feeding. Everyday with great loyalty the male hornbill will come to feed the female and their new chicks. That’s why, if the male died or killed, the new family will keep waiting in their hole until they eventually perish due to strarvation.


There are three species of hornbills in Langkawai – the Crest Hornbill, Oriental Pied Hornbill and Wreathed Hornbill. Did you know that hornbills will mate and stay with only the same partner for life. – Langkawi Geopark


After climbing hundreds of steps up a hill and then moving down, before reaching the waters of Tasik Dayang Bunting, there was another signboard with this inscription.


2. The Legend of Pregnant Maiden Lake


According to a local legend, it began when a male elf (teruna bunian) named Mat Teja fell in love, at first sight, with Dayang, a female elf. Mat Teja won her heart by rubbing a mermaid’s tear drop on his face. Their romantic intimate relationship became complete with Dayang’s pregnany.


Dayang then decided to retire at Tasik Dayang Beranak (Maiden Giving Birth Lake). Nine months later, Dayang gave birth to a child but unfortunately, the child died after seven days. Saddened by the event, Dayang decided to bury her baby in the lake.

After the incident, the lake was known as Tasik Dayang Bunting (Pregnant Maiden Lake), as a way for the locals to pay their condolences to the couple.


During my stay in Langkawi, I frequented several masjids; the one I spent time the most was Masjid Nur Hidayah in Kampung Kelibang, some five kilometers away from Kuah town. In this masjid, I befriended a pensioner, 63 year old Pak Haji Lah Salleh. He was pleased to get to know me, and as a local, he provided me some latest information about the ordinary people of Langkawi.


“As I Malay and a Muslim, I must tell you the well being of our people. This is because I love Langkawi, insya-Allah (God willing) I will always be here and die here. Of course there are two sides of a coin. Development in Langkawi especially after it was declared a free-tax heaven in 1987 brought the good and the bad.


“The good news is that business especially in the tourism industry is flourishing, but the question is who benefits from it? The majority of the locals still live their old ways. I had a sad news. Recently some of my friends had been receiving letters from ‘Jabatan Hasil Dalam Negeri’ (Inland Revenue Department), asking them to pay penalties for their failure to settle taxes when they sold their lands many years ago.


“A friend was told to pay RM6,000, and another RM5,000 and another friend RM3,000. Can you imagine how they could raise that amount of money? Most of the lands sold were owned by their families (tanah pusaka) so they only got a small amount and as the years passed, the money finished. Why must thre be a delay of 10 to 20 years in collecting taxes?


“The majority of Malay/Muslims from the rural areas are still poor but now for the religious conscious residents, they have headaces in trying to educate their children in an environment they had no idea some 20 years ago. Nowadays entertainment outlets including bars and spas are just a stone’s throw away from their homes. Even tiny stores owned by Malays, have beers in their refrigerators for sale. I had seen and scolded some Malays teenagers when they tried to buy the drinks.


“On the beach, you could see ‘Mat Salih’ (English men and women) walking and lying down with only their private parts covered. I could not think how this scenario effects our young people. Perhaps after years, they become accustomed to it, but don’t be surprised if one day the Malays too act like the ‘Mat Salihs’.


After noticing I was keen in listening to the words he poured out from his heart (I had not mentioned to him that I am a writer), Pak Lah continued: “Have a look at the attendees of this mosque. We have only several congregators, all of them veterans. Where have the young men gone? I am sad with this development, are you?


Pak Lah claimed many of the successful people especially in businesses are from the mainland, it is difficult for the throughbred ordinary Langkawian to make it big.


“I don’t know what the futute holds for the ordinary Malays/Muslims in Langkawi, but for the love of this island, my birth place – I will never leave it, insya-Allah I'll die here.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2022 15:55

January 23, 2022

Jamadilakhir 21, 1443: Adakah gadis seksi dapat tingkatkan 'vrooom'?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Jika orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada Hari Kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya (nescaya mereka menyesal)." - Al-Baqarah: 165



APABILA berkereta bersama anggota keluarga dalam perjalanan jauh, soal stesen dan jenama (syarikat) minyak yang bakal menjadi tempat persinggahan dibahaskan anak-anak. Saya dan isteri pun turut sama, jadi keadaan dalam kereta menjadi gamat. Setiap orang mahu menegakkan hujah (benang basah?) masing-masing.


Ada yang berkata RON-97 baguslah dengan prestasi hebat walaupun ia lebih mahal daripada RON-95. Kononnya RON-95 ‘minyak koman’ dan ‘mudah terbakar’. Macamlah dia jurutera minyak. Ada yang berkata minyak Petronas bagus, ada yang berkata minyak Shell ada kuasa ‘vrooom’. Ada yang mengingatkan Mobil, Caltex dan Esso adalah milik asing, jadi jangan singgahlah kerana “kita kena sokong perjuangan Palestin.”


Namun suatu hari ketika topik minyak ini hangat dibahaskan dalam kereta, saya terkedu mendengar hujah isteri saya: “Kita pilih Petronas kerana di stesen ini ada tempat solat yang bagus. Ada surau lelaki dan perempuan. Stesen minyak lain sukar untuk jumpa surau.


“Kita isi minyak di Petronas dengan niat dia dapat untung, dia akan laburkan sedikit daripada duit itu menambah selesa suraunya!”


Saya sangat setuju dengan pandangan isteri saya itu. Selain bersifat patriotik menyokong syarikat minyak nasional, kita dapat berbakti, menambah keuntungan Petronas agar perkhidmatannya kepada orang awam seperti penyediaan kemudahan surau dan bilik air dapat dipertingkatkan. Tentunya Petronas (peneraju, pegawai dan seluruh kakitangannya) dapat pahala kerana ada saham kebajikannya seperti penyediaan surau dan kemudahan awam lain.


Syabas kepada Petronas yang begitu hebat bukan saja di dalam negara tetapi juga di persada antarabangsa. Daripada pembacaan, saya tahu Petronas terbabit dalam cari gali minyak di negara-negara yang begitu jauh seperti Sudan dan negara Asia Tengah bekas republik Soviet Union seperti Turkmenistan dan Kazakhstan.


Namun di samping menambah koleksi pahalanya, saya kurang senang apabila Petronas yang kita bangga-banggakan itu turut sama terbabit dalam menaja gadis-gadis litar seksi sama seperti syarikat-syarikat minyak antarabangsa lain pada acara pemotoran.


Saya tidak pernah menyaksikan pertarungan secara langsung di Sepang, tetapi berdasarkan paparan di media massa, saya perhatikan Petronas juga tidak kurang hebatnya mempromosi gadis seksi sama seperti pihak lain. Bagaimana ya, Petronas yang saya sangka ‘alim’ dengan mendirikan banyak surau itu pun terbabit sama dalam mengeksploitasi wanita untuk tujuan komersialnya.


Bagi saya tiada kaitan langsung dengan gadis seksi dengan sukan pemotoran. Apakah dengan kehadiran gadis litar seksi dapat memperlajukan motosikal atau kereta lumba ditaja atau menggunakan minyak Petronas? Jika syarikat antarabangsa lain menggunakan gadis seksi, Petronas tidak perlu meniru-niru sebaliknya menggagahkan diri dengan ketegasan prinsip dan wibawa sendiri. Saya percaya Petronas tanpa gadis litar seksi akan mendapat kebarakahan Illahi yang akan menyebabkan ia dihormati kawan dan lawan.


Masih tidak yakin akan kehebatan golongan yang patuh kepada hukum hakam Illahi? Kajilah dan cuba dalami sejarah Islam bagaimana golongan yang dilihat lemah dan kecil dapat menewaskan pihak dipandang perkasa. Insaflah 313 (ada mengatakan 319) orang pejuang Islam dapat menewaskan lebih 1,000 tentera Musyrikin Makkah dalam Perang Badar; jadi jika Petronas patuhi hukum-hakam Allah, insya-Allah ‘vrooom’nya akan menjadi tersangat hebat!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2022 15:44

January 22, 2022

Jamadilakhir 21, 1443: Money is the root of all evil? (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection 


The Declining Day (Al-'Asr) 

1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. 


MANY, many years ago when I was in lower secondary school; I 'was aware' that during our inter class, house or school debates, one of the favourite topics was 'Money is the root of all evil'. 

Speakers supporting that suggestion tried to convince audiences and judges that money is indeed the root of all evil while those against it 'play around' the topic saying that only the love of money that can lead to evil. 

They claimed that money in itself is harmless. It is but a medium of exchange in trade. it is only the love of money that can lead to evil. 

Money becomes a person's master if that person values material possessions above everything else. At the same time, many people do not realize that they are enslaved by money. 

I did not pay much attention to the subject; not until recently when I attended a 'tazkirah' (Islamic lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) saying it aloud and clear that 'drinking is the root of all evil'. 

Well, it took me years and years to realize that nobody among us (students of my good old days) have 'that thought' or 'have the courage' to say that 'drinking is the root of all evil' thus 'put into coffin' the thinking that 'money is the root of all evil'. 

Comparing mismanagement of money and killing a person, of course the latter is a more serious crime. But what 'offence' that could lead to such circumstances? The question is why in our society, drinking (alcohol) is look upon as 'a norm' and not a serious crime? 

To prove that drinking is the root of all evil, the 'ustaz' told congregators at our masjid about a story of a very religious person from 'Bani Israil' (the children of Jacob or Nabi Yaakob). He was given three choices; either drink alcohol, sleep with a woman, or murder a baby. 

The religious man thought that alcohol would be the lesser of the evils. So he drank alcohol, got high, slept with the woman and killed the baby. 

So, by drinking alcohol, he got it all wrong; went astray and in the Hereafter he would be thrown into Hellfire.

In a 'hadith' Prophet Muhammad s.a.w. says: "Jealousy, pride and alcohol are the roots of all the evils." 

Observing happenings around us, we would realize the truth that 'drinking (alcohol) is the root of all evil' but not many people; not even those in power were willing to admit it and take steps to recitify the problem. 

Please admit that alcohol not only destroys its consumer but everything of him – his house, family and wealth. 

Please note that Islam values the moral and spiritual health of the people as well as their physical well-being. This is why Islam considers anything which interferes with the normal working of the mind and senses or clouds or perception as harmful. It is because of this and several other reasons that Islam has totally prohibited substances like alcohol and all other intoxicants (drugs etc) which can destroy the clarity of mind. 

Unfortunately many Muslims today do not value their moral, spiritual or physical well being as they have turned to alcohol, drugs and other intoxicants which Islam has clearly prohibited. Now the Muslim ummah has morally decline. 

In Malaysia, ‘haram’ (forbidden) drinks are sold openly in convenience stores including those situated in Muslims densely populated areas. Nowadays 'our boys' could have their 'happy hours boozing away' and some 'add the kicks' by trying 'dadah' (drugs). Who actually cares about them?

Regarding alcohol and all other intoxicants; Allah SWT says in the Qur'an: 

 (1) “They ask you concerning wine and gambling. Say “in them there is great sin, and some profit for mankind, but the sin is greater than the profit.” (2:219)

(2) “O you who believe. Approach not prayers, with a mind befogged, until you can understand all that you say” (4:43) 

(3) “O you who believe! Intoxicants and gambling (dedication of) stones, and (divination by) arrows, are an abomination of Satan’s handiwork. Avoid such (abomination) that you may prosper” (5:90) 

(4) “Shaytaan’s plan is to show enmity and hatred amongst you with intoxicants and gambling, and to hinder you from the remembrance of Allah and from prayer. Will you not then give up?” (5:91) 

Hence all intoxicants which are drunk, smoked and chewed are forbidden by Allah SWT in every sense.

What Prophet Muhammad (pbuh) has to say about wine and intoxicants? Anas r.a. said: “I was giving drink to people in the abode of Abu Talhah, and their wine at that time was made from dates. Then the Messenger of Allah, ordered a crier to make it known that wine was forbidden.” He added: “Abu Talhah said to me, ‘Get out and pour in out’. I poured it out, and it flowed in the streets of Medina.” 

In another 'hadith' the Prophet (pbuh) said: “Allah has cursed wine, its drinker, its server, its seller, its buyer, its presser, the one for whom it is pressed, the one who conveys it, and the one to whom it is conveyed.” (Bukhari: Book 26, Number 3666) 

‘A’isha said: “The Messenger of Allah was asked about it.” It is a drink made of honey and the people of Yemen used to drink it. So the Messenger of Allah said, “Every drink that intoxicates is prohibited.” 

Of whatever thing a large quantity intoxicates, even a small quantity is prohibited. Do not drink wine, for it is the root of all evil. 

Abu Hurairah relates that a drunkard was brought to the Holy Prophet who ordered people to beat him. Abu Hurairah says: “Some of us beat him with hands and others with shoes and still others with their clothes. When he was gone, some people cried; “May God harm him!’ The Holy Prophet said: “Do not say like that, and let not Satan overpower him.” 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 15:57

January 21, 2022

Jamadilakhir 20, 1443: Jadilah si tua penyabar, penzikir...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


TIDAK lama dahulu, saya mengikuti kuliah seorang tok guru yang memuzakarahkan salah satu Asma al-Husna Allah SWT iaitu 'Al-Halim'. 'Al-Halim' bermaksud, Yang Maha Tetap Menahan Marah.


Allah SWT menahan balasan seksa-Nya terhadap orang yang sepatut telah menerimanya. Balasan seksa ditangguhkan-Nya, ada kala tidak diberi seksaan langsung, ada kalanya dimaafkan ada kalanya disegerakan seksaan-Nya. Semua ini merupakan persoalan azali dan bergantung kepada iradat dan ilmu-Nya.


Berdasarkan Al-Halim Allah SWT ini, seorang penzina terus sihat walafiat, seorang perasuah semakin kaya, seorang pemimpin zalim terus berkuasa; Allah menahan balasan seksa-Nya, termasuk memberi peluang pelaku maksiat bertaubat.


Namun, apa yang kita selalu saksikan dalam kehidupan manusia?" tanya tok guru. Seorang pemimpin zalim tak sabar-sabar menghukum rakyatnya yang dituduh bersalah, seorang guru besar berlagak 'diktator' di sekolah dan dalam rumah tangga, sang suami bagaikan raja singa, sedikit saja kesalahan anak isteri habis disepak terajangnya. Ya, kuasa baru ada ke atas seorang dua insan, tetapi lagaknya, nauzubillah...


Itulah, Allah SWT bersifat Al-Halim, tetapi saya sebagai seorang suami dan bapa bagaimana keadaannya? Segala sifat yang negatif ada pada diri ini - panas baran, tidak sabar, tamak haloba, kikir, perasan baik, sentiasa mahu menang (terutama ketika masa muda dahulu)...senarai ini panjang; dahulu semasa muda kita terlalu sibuk (atau buat-buat sibuk) menyebabkan tiada masa memikirkannya.


Bangun pagi, kita 'sudah berdesup' ke pejabat dan balik rumah sudah lewat malam atau dinihari ketika anak isteri sudah lama lena, jadi apa yang boleh kita fikirkan? Pada hujung minggu malah pada cuti awam pun bertungkus lumus di pejabat atau di lapangan...ya apa nak jadi dengan diri ini yang 24 jam kerja, kerja, kerja. Malah ada rakan-rakan kita solat pun tak ada masa, yang wajib pun tunggang-langang apatah lagi yang sunat...


Kini, pejam pelik mata, sudah puluhan tahun kita berkahwin...ini suatu tempoh masa yang panjang, umur pun sudah 60+.


Anak-anak pun sudah beranak pinak, saya kini sudah bergelar datuk manakala isteri adalah nenek atau opah...oh, ada seorang rakan saya melawak - akhirnya "aku tidur dengan seorang opah!" Dulu begitu mengerikan memikirkannya...kini sudah menjadi kenyataan.


Selepas melalui zaman kanak-kanak, kita memasuki usia remaja sehingga 20 tahun, kemudian dewasa dan matang pada usia 40 tahun. Pada usia 60 tahun (had umur pencen) dan ke atas (60+) sudah menjadi tua. Umur lebih banyak daripada Nabi Muhammad s.a.w.


Ya, semua orang jika tak mati muda, akan memasuki usia tua. Kata tok guru jika seseorang tidak membersihkan jiwanya sejak muda, apabila memasuki usia tua perangainya akan menjadi lebih teruk lagi.


Jika dahulu apabila baran, kaki dan tangannya 'cepat naik' ke muka dan badan orang terutama anak isteri namun apabila tua ketika tenaga hampir sudah habis dan badan sentiasa sakit-sakit dan tak kuat lagi, mulutnya akan menjadi jahat - itulah sebabnya orang tua yang kurang imannya akan selalu menghambur kata-kata kesat, memaki hamun dan sebagainya terhadap anak dan cucu.


Apabila hendak sesuatu misalnya, minta nasi dan air daripada isteri dan anak-anak, tetapi tidak dilayan segera, si tua tak sabar (beriman) akan baling pinggan, mangkuk dan cawan ke dinding. Ertinya sabar tiada dalam kamus hidupnya. Walaupun dah tua, hati dan perangai masih baran.


Namun jika dibajai iman sejak muda...hati dan mulutnya akan sentiasa basah, berzikir mengingati Allah, Allah, Allah sehinggalah maut menjemput-Nya. Berusahalah untuk menjadi orang tua sebegini (BERIMAN dan BERAMAL) jika kita dipanjangkan usia oleh-Nya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2022 15:41

Jamadilakhir 21, 1443: Jadilah si tua penyabar, penzikir...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


TIDAK lama dahulu, saya mengikuti kuliah seorang tok guru yang memuzakarahkan salah satu Asma al-Husna Allah SWT iaitu 'Al-Halim'. 'Al-Halim' bermaksud, Yang Maha Tetap Menahan Marah.


Allah SWT menahan balasan seksa-Nya terhadap orang yang sepatut telah menerimanya. Balasan seksa ditangguhkan-Nya, ada kala tidak diberi seksaan langsung, ada kalanya dimaafkan ada kalanya disegerakan seksaan-Nya. Semua ini merupakan persoalan azali dan bergantung kepada iradat dan ilmu-Nya.


Berdasarkan Al-Halim Allah SWT ini, seorang penzina terus sihat walafiat, seorang perasuah semakin kaya, seorang pemimpin zalim terus berkuasa; Allah menahan balasan seksa-Nya, termasuk memberi peluang pelaku maksiat bertaubat.


Namun, apa yang kita selalu saksikan dalam kehidupan manusia?" tanya tok guru. Seorang pemimpin zalim tak sabar-sabar menghukum rakyatnya yang dituduh bersalah, seorang guru besar berlagak 'diktator' di sekolah dan dalam rumah tangga, sang suami bagaikan raja singa, sedikit saja kesalahan anak isteri habis disepak terajangnya. Ya, kuasa baru ada ke atas seorang dua insan, tetapi lagaknya, nauzubillah...


Itulah, Allah SWT bersifat Al-Halim, tetapi saya sebagai seorang suami dan bapa bagaimana keadaannya? Segala sifat yang negatif ada pada diri ini - panas baran, tidak sabar, tamak haloba, kikir, perasan baik, sentiasa mahu menang (terutama ketika masa muda dahulu)...senarai ini panjang; dahulu semasa muda kita terlalu sibuk (atau buat-buat sibuk) menyebabkan tiada masa memikirkannya.


Bangun pagi, kita 'sudah berdesup' ke pejabat dan balik rumah sudah lewat malam atau dinihari ketika anak isteri sudah lama lena, jadi apa yang boleh kita fikirkan? Pada hujung minggu malah pada cuti awam pun bertungkus lumus di pejabat atau di lapangan...ya apa nak jadi dengan diri ini yang 24 jam kerja, kerja, kerja. Malah ada rakan-rakan kita solat pun tak ada masa, yang wajib pun tunggang-langang apatah lagi yang sunat...


Kini, pejam pelik mata, sudah puluhan tahun kita berkahwin...ini suatu tempoh masa yang panjang, umur pun sudah 60+.


Anak-anak pun sudah beranak pinak, saya kini sudah bergelar datuk manakala isteri adalah nenek atau opah...oh, ada seorang rakan saya melawak - akhirnya "aku tidur dengan seorang opah!" Dulu begitu mengerikan memikirkannya...kini sudah menjadi kenyataan.


Selepas melalui zaman kanak-kanak, kita memasuki usia remaja sehingga 20 tahun, kemudian dewasa dan matang pada usia 40 tahun. Pada usia 60 tahun (had umur pencen) dan ke atas (60+) sudah menjadi tua. Umur lebih banyak daripada Nabi Muhammad s.a.w.


Ya, semua orang jika tak mati muda, akan memasuki usia tua. Kata tok guru jika seseorang tidak membersihkan jiwanya sejak muda, apabila memasuki usia tua perangainya akan menjadi lebih teruk lagi.


Jika dahulu apabila baran, kaki dan tangannya 'cepat naik' ke muka dan badan orang terutama anak isteri namun apabila tua ketika tenaga hampir sudah habis dan badan sentiasa sakit-sakit dan tak kuat lagi, mulutnya akan menjadi jahat - itulah sebabnya orang tua yang kurang imannya akan selalu menghambur kata-kata kesat, memaki hamun dan sebagainya terhadap anak dan cucu.


Apabila hendak sesuatu misalnya, minta nasi dan air daripada isteri dan anak-anak, tetapi tidak dilayan segera, si tua tak sabar (beriman) akan baling pinggan, mangkuk dan cawan ke dinding. Ertinya sabar tiada dalam kamus hidupnya. Walaupun dah tua, hati dan perangai masih baran.


Namun jika dibajai iman sejak muda...hati dan mulutnya akan sentiasa basah, berzikir mengingati Allah, Allah, Allah sehinggalah maut menjemput-Nya. Berusahalah untuk menjadi orang tua sebegini (BERIMAN dan BERAMAL) jika kita dipanjangkan usia oleh-Nya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2022 15:41

January 20, 2022

Jamadilakhir 19, 1443: Umar tiada masa berseronok...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan


"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)


MENGENAI intergriti, ada pemimpin mengkisahkan tokoh-tokoh masyhur yang begitu prihatin nasib rakyat, antaranya Umar Abdul Aziz, seorang Khalifah Bani Umaiyah (memerintah 717-719 Masihi) yang kerap dianggap sebagai Khalifah Al-Rasyidin kelima selepas Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.


Daripada percakapan mereka, seolah-olah mereka 'mahu menjadi' Umar Abdul Aziz atau setidak-tidak mencontohinya. Mungkin ada yang sudah lupa, jadi 'diputarkan' kembali sedikit sebanyak kisah Umar Abdul Aziz (hidup 682-719 Masihi). Ya, Umar Abdul Aziz hidup lebih kurang 37 tahun dan memerintah dua (2) tahun saja tetapi dapat menjadikan kebajikan rakyatnya yang terbaik pada zaman itu.


Umar Abdul Aziz masyhur dengan 'kisah lampunya' (integriti). Dia memadam lampu kerajaan tatkala melayan anaknya...dialah yang mengungkapkan kata-kata tegas penuh ketakutan kepada Allah SWT kepada isterinya, Fatimah selepas dilantik khalifah yang kerajaannya terbentang dari Lautan Atlantik di barat ke India di sebelah timur dalam usia 35 tahun.


Khalifah berkata dia tak ada masa lagi untuk berseronok-seronok dengan anak isterinya, masa yang ada termasuk waktu tidurnya di atas tilam empuk dalam istana indah, perlu dikorbankan seluruhnya untuk Allah SWT termasuk melayan keperluan rakyat. Kalau isterinya bersedia menjalani kehidupan begitu berpanjanganlah jodoh mereka, jika tidak suka, dia sedia menceraikannya "dan kamu carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan kamu." 


Sungguh Umar Abdul Aziz telah menjalankan pemerintahan dengan penuh ketakutan kepada Allah SWT sehinggalah dia meninggal dunia pada usia 37 tahun. Sungguhpun pemerintahannya tersangkat singkat, keadilannya disanjung Timur dan Barat, membolehkan namanya diletakkan sebaris dengan Khalifah Al-Rasyidin yang empat.


Umar diiktiraf di peringkat antarabangsa. Wikipedia mencatatkan: The short rule of Hazrat Umar Abdul Aziz (717-719 AD) was like an oasis in a vast desert -- a benevolent rain which had fallen on an arid soil. It was the brightest period in the 91-year Caliphate of the Umayyads, which, though short lived, had transformed the outlook of the State and had released such powerful democratic forces that after his death the attempts for the restoration of autocracy under Hishaam failed miserably and ultimately culminated in the fall of the Umayyads at the hands of the Abbasids.  


Kehebatan dan keadilan Umar Abdul Aziz Bagi juga tersebar di Alam Melayu. Pada tahun 718 Masihi, Raja Srivijaya (empayar terbesar ketika itu), Sri Indravarman mengutus surat dengan hadiah-hadiah kepada Khalifah memohon dihantar wakil ke Palembang untuk diajar Islam kepada baginda dan rakyatnya.


Nah, kisah Umar Abdul Aziz yang menjadi 'basahan mulut' pihak tertentu suatu ketika dulu, sekarang ini perlu disemarakkan terus di kalangan pemimpin (yang sudah berkuasa) sekarang. Apabila mengingati Umar Abdul Aziz, sedarlah kita bahawa tokoh ini 'tidak diwariskan kebagusan' ketika mengambil alih pemerintahan.


Umar mewarisi sebuah pemerintahan yang korup, boros, bermewah-mewahan dengan sesetengah khalifah, pemimpin tertinggi termasuk gabenornya amat zalim. Mereka termasuklah Yazid bin Muawiyah dan Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Thaqafi yang didakwa membunuh ribuan rakyat.


Jadi kepada mereka yang 'menjadikan Umar Abdul Aziz' sebagai rujukan masa lalu, adalah 'tidak bagus' untuk menyalahkan rejim lama yang banyak berhutang atau menjadikan  pemimpin lama yang korup dan perasuah sebagai alasan untuk melambat-lambatkan atau tidak langsung menunaikan 'janji-janji bagus' kepada rakyat. Mereka tidak boleh mendiamkan diri daripada 'bercakap' untuk mencontohi Umar Abdul Aziz.


Mereka juga tidak boleh menjadikan alasan tempoh pemerintahan masih awal atau singkat kerana tokoh yang mereka uar-uarkan dulu (Umar Abdul Aziz) dalam tempoh dua tahun sudah memberikan yang terbaik kepada rakyat.


Ya, kebajikan rakyat adalah keutamaan pemimin. Kisah Khalifah Harun Al-Rasyid (memerintah 786-803 Masihi) daripada bani Abasiyah ini wajar dijadikan teladan. Baginda bukan hanya terkenal gagah berani, namun sangat mencintai para ulama. Khalifah sering kali menziarahi para ulama untuk mendengar nasihat dan fatwa mereka.


Ketika menunaikan haji, baginda berjumpa  Abdul Aziz Al-'Umari. Beliau adalah seorang ulama alim dan zuhud, Khalifah segera menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan nasihat daripadanya.


Abdul Aziz bertanya: "Wahai Khalifah, adakah tuan melihat kumpulan manusia yang berkumpul di Baitulllah?"


"Ya," jawab Khalifah. "Berapa jumlah mereka?" "Mereka sangat ramai. Bilangan mereka tak terhitung." Al-'Umari berkata: "Ketahuilah wahai Khalifah, setiap orang daripada mereka pada hari kiamat nanti akan ditanya tentang diri mereka sendiri. Akan tetapi engkau akan ditanyakan tentang setiap orang daripada mereka semua."


Mendengar ucapan ini, Khalifah hampir pengsan. Baginda menangis membayangkan betapa beratnya hisab di akhirat bagi sesiapa yang menjadi pemimpin di dunia. Harun Al-Rasyid menangis tetapi bagaimana pemimpin kita termasuk diri ini sebagai pemimpin kecil (seperti mengepali rumah tangga)?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2022 15:54

January 19, 2022

Jamadilakhir 18, 1443: Senyum doktor, jururawat pelu dibayar? (U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Ubaidillah bin Ubaid bin Umair mengatakan tentang jenazah; "Telah sampai padaku Rasululluah s.a.w. telah bersabda: 'Sesungguhnya mayat itu didudukkan dan mendengar langkah pengiringnya. Tidak ada yang berkata padanya kecuali kuburnya yang mengatakan, 'Celaka engkau hai manusia, bukankah aku telah menakutkanmu dengan kesempitanku, kebusukanku, kedahsyatanku dan cacing-cacingku? Lalu apa yang engkau siapkan untukku?'"



DAHULU ketika masih bekerja, pejabat penulis terdiri megah sebuah bangunan besar hospital swasta ternama yang baru siap. Hospital ini hanya menunggu masa dirasmikan. Ketika mendongak ke langit, melihat bangunan 10 tingkat itu, penulis terkenang lawak seorang kawan.


Beliau berkata seorang sahabatnya dihantar ke hospital itu (dulunya di bangunan lama) untuk menjalani rawatan. Apabila mengetahui deposit rawatan adalah sebanyak RM1,000; si pesakit tiba-tiba berkata dia sudah sihat dan tidak jadi dirawat di situ.


Penulis tidak memeriksa kesahihan perkara itu; tetapi baru-baru ini apabila ibu penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta, barulah penulis tahu ia bukan bahan lawak tetapi sesuatu yang serius kerana deposit untuk dirawat di situ juga RM1,000!


Selepas menjalani rawatan selama dua setengah hari, cajnya kira-kira RM4,500; membuat penulis mengakui bahawa rawatan perubatan sebenarnya sudah menjadi satu industri membuat duit. Kini semakin banyak pihak menggunakan istilah hospitaliti malah ada banyak kolej menawarkan kursus dalam bidang ini.


Berdasarkan situasi ini, penulis tidak terkejut apabila membaca sebuah berita baru-baru ini mengenai sebuah pusat rawatan swasta yang menolak kemasukan seorang wanita yang mahu bersalin sehingga akhirnya bayi beliau dilahirkan dalam kereta keluarga berkenaan yang diparkir berhampiran.


Kini dengan peningkatan taraf hidup rakyat di samping gaya hidup mereka yang berubah (seperti tidak mempunyai masa terluang untuk ke hospital kerajaan), pusat rawatan swasta bercambah bagaikan cendawan selepas hujan apatah lagi banyak syarikat menginsuranskan pekerja mereka dari segi kesihatan dan rawatan.


Ada pihak seperti kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif memaju dan menggandingkan bidang perubatan dan rawatan ini dengan industri pelancongan; maka timbullah istilah rawatan pelancongan.


Berhubung bayaran tinggi hospital swasta ini, penulis teringat sebuah filem Inggeris yang penulis tonton di televisyen, mengisahkan bagaimana seorang bapa nekad menawan hospital tempat anaknya dirawat kerana dia tidak mampu menyediakan wang rawatan diminta.


Dalam filem yang tajuknya tidak lagi diingati penulis, si bapa selepas kecewa dengan sikap pengurusan hospital yang menangguh-nangguhkan pembedahan kerana dia gagal menyediakan ratusan ribu dolar yang diminta, akhirnya berjaya menyelamatkan si anak melalui pembedahan itu selepas dia mengacukan pistol ke kepalanya dan juga kepala doktor.


Nampaknya kisah ini sudah ‘menghampiri’ masyarakat kita. Perkhidmatan perubatan dan rawatan hampir menjadi satu industri; hospital dan klinik kerajaan semakin diabaikan dari segi mutunya; bukan saja pesakit ‘lari’ ke pusat rawatan swasta malah doktor-doktor turut berhijrah bagi mendapat pulangan lumayan.


Bimbang dengan bebanan yang bakal ditanggung rakyat kebanyakan ini, pelbagai pihak membantah cadangan menswastakan pusat rawatan dan kesihatan termasuklah Institut Jantung Negara (IJN).


Bayangkanlah jika IJN sudah diswastawakan, ke mana agaknya rakyat marhain mahu mendapatkan rawatan jantung jika bayaran yang dikenakan adalah puluhan dan ratusan ribu ringgit.


Mengenai hospital swasta, seorang rakan berlawak, setiap ‘pertolongan’ diberikan kepada pesakit, semuanya dicaj; jangan ingat ia sediakan percuma.


Misalnya, jika pesakit menekan loceng kecemasan memanggil jururawat, cajnya dimasukkan dalam bil. Demikian juga apabila memanggil petugas untuk membantu memapah pesakit ke bilik air, ia bukan percuma; semuanya disertakan dalam bil yang pada masa ‘check out’ (keluar) boleh menyebabkan jantung bagai mahu putus sebab bayarannya mencecah RM5,000, RM10,000, RM50,000 dan seterusnya.


Tidak lama dahulu, ada pemimpin mendesak kerajaan menyelia bayaran yang dikenakan pihak hospital swasta.


Seorang daripadanya bertanya,  “Adakah kementerian bertanggungjawab ke atas mengawal selia, memantau tentang harga rawatan yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta ini? Ini adalah sebab yang akan menjadi mangsa ataupun yang akan terpaksa membayar ini pengguna, rakyat.”


Seorang pemimpin kerajaan mengakuinya, antara lain berkata: “Apabila masuk hospital swasta, sekali tekan, pakar datang RM75. Sepuluh kali tekan satu hari RM750. Dekat hospital awam, 10 kali tekan pun percuma dan caj itu dikenakan oleh pakar yang merawat.”


Demikianlah, segala kemudahan yang ada di pusat rawatan swasta sebenarnya dikenakan caj. Entah-entah senyuman doktor, jururawat dan petugas lain (macam senyuman pramugari) pun ada cajnya. Agak-agaknya berapa ringgit senyuman mereka?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 19, 2022 15:50

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.