Roslan Hamid's Blog, page 29
February 21, 2022
Rejab 20, 1443: Amir perlu mula pengorbanan...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
SEBAGAI murid Tingkatan Enam aliran sastera puluhan tahun lalu (1980-81), teks 'Sejarah Melayu' menjadi bacaan wajib. Malah kerana minatnya kepada sastera Melayu Lama, 'Hikayat Hang Tuah' yang tebal itu pun saya cuba baca, tetapi tidak pernah tamat sebab sukar difahami.
Antara kisah 'memukau perasaan' saya sebagai seorang anak muda yang penuh angan-angan ketika itu adalah mengenai rombongan peminangan Sultan Melaka, Mahmud Shah ke atas Puteri Gunung Ledang yang dikepali oleh Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat.
Tun Mamat dilaporkan berjaya ke puncak Gunung Ledang dan menemui seorang nenek berbongkok tiga (ada yang mempercayai dia adalah Puteri Gunung Ledang) yang meletakkan tujuh syarat bagi dipenuhi Sultan antaranya menyediakan jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang dan persembahan kepada sang puteri semangkok darah Raja Ahmad, putera Sultan.
Ada sejumlah filem dan drama dibuat mengenai kisah klasik ini. Saya tertarik dengan sebuah filem (terlupa pula saya tajuknya) yang menggambarkan bagaimana pembesar dan hulubalang Melaka 'menjarah dan melarikan harta rakyat' dalam menjayakan pembinaan jambatan emas.
Syukurlah akhirnya rancangan pembinaan jambatan emas itu tidak jadi diteruskan kerana Sultan sedar bahawa sekalipun jika jambatan itu 'boleh dibina', tidak mungkin dia tergamak menumpahkan darah anaknya sendiri!
Kisah di atas diangkat daripada perspektif orang Melayu/Islam; elok juga kita melihat satu kisah yang 'seakan-akan sama' membabitkan orang Arab/Islam pula. Kisah benar ini adalah berkaitan kegemparan orang Arab/Islam dalam menghadapi kedahsyatan serbuan tentera berkuda Monggol yang telah menghancurkan Baghdad, ibu kota Abbasiyah pada 1258 Masihi.
Dunia Islam seluruhnya terdedah untuk dihancurkan oleh tentera bengis dan ganas Hulago Khan, cucu Genghiz Khan. Selepas jatuhnya daulat Abbasiyah, giliran Mesir pula untuk menghadapi Hulago. Mesir ketika itu diperintah Sultan Malikul Muzafar Quthaz, seorang bekas hamba.
Berhubung pemerintahan Quthaz, Wikipedia, menyatakan Saif ad-Din Qutuz (Quthaz), kadang-kadang dieja Kutuz dan Koetoez (memerintah dari 2 November 1254 - 24 Oktober 1260) adalah sultan ketiga Dinasti Mamluk (Hamba). Pasukan perang Quthazlah yang berjaya menewaskan kemaraan tentera Monggol dalam Pertempuran Ain Jalut sekali gus menyelamatkan dunia Islam di sebelah barat.
Kejayaan di Ain Jalut adalah teladan yang perlu dicontohi sepanjang zaman - ia berdiri di atas pengorbanan daripada orang setinggi-tinggi kedudukan (raja), para isteri, ulama dan rakyat. Kempen perang di Ain Jalut memerlukan kos yang sangat besar; sebelum ke medan perang Sultan memanggil amir, gabenor, menteri, hakim, ulama dan ketua-ketua masyarakat dalam satu mesyuarat tergempar.
Dalam mesyuarat, Sultan meminta pandangan ahli mesyuarat adalah wajar kerajaan mengutip wang dan harta daripada rakyat untuk membiayai kempen perang. Semua orang membisu; tiba-tiba seorang ulama, Sheikh Izzuddin Abdus Salam berkata: "Perkara itu perlu dimulakan dengan sultan, amir, gabenor, menteri dan orang kaya." Beliau tidak mahu rakyat miskin ditambah lagi kesusahkan mereka.
Sheikh 'sudah bersedia untuk mati' dengan mengemukakan pandangan itu. Apa hendak ditakutkan kerana semua orang akan mati. Hanya masa menentukannya. Namun alangkah terkejutnya semua orang apabila Sultan menerima cadangan Sheikh Abdus Salam dengan dada terbuka.
Persediaan perang segera dipersiapkan dengan Sultan dengan permaisurinya, Jalinar berada di barisan depan medan perang. Saat sedih berlaku apabila Jalinar terbunuh dengan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tersayang tetapi sebelum itu sempat menitipkan semangat juang demi Islam,
Pengorbanan permaisuri menjadikan Sultan dan tentera Muslim bertambah bersemangat; akhirnya di Ain Jalut mereka berjaya mengundurkan tentera Monggol yang ganas itu sekali gus menyelamatkan dunia Islam.
Demikian, wahai semua pihak, teladani watak-watak mulia daripada dua kisah ini - pemimpin dan rakyat perlu seiring jalan, berpadu erat dalam mencapai kejayaan. Raja dan perdana menteri contohilah Quthaz, isteri-isteri contohilah Jalinar manakala ulama contohilah Syeikh Abdus Salam.
Mungkin rakyat boleh mencontohi 'kebijaksanaan' Puteri Gunung Ledang apabila menolak peminangan Sultan dengan begitu berhemah sekali. Tidak perlu berkonfrontasi dalam suasana tegang sebaliknya cari dan usahakan penyelesaian terbaik.
February 19, 2022
Rejab 18, 1443: An old tired face in the mirror... (U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
AT old age, you will realize that the ‘nikmat’ (gift) of God will be taken away from you one by one,” said an ‘ustaz’ (religious teacher) who was giving a lecture at a masjid near my house recently.
One ‘nikmat’ is we have to give way on food, said the ‘ustaz’. He said one will realize that at 50 his/her teeth would start falling, so he/she would have the ‘nikmat’ of eating good but ‘tough’ food such as beef declining as the days went by and when one is tested positive for having hypertension and is confirmed a diabetic then his/her ‘normal’ diet would have to go as well.
“Then it is the time for ‘no more sugar please’ or please, no ‘kambing’ (mutton) for me.’ So you would realize that the ‘nikmat’ of having good food was being taken away from you.
“As you get matured religiously, you will realize that everything you ‘own’ would not ‘stick’ with you. Your black and beautiful hair would be gone, being replaced by ‘silver’ ones; your body and bones would ache; your youthful look gone gone and when you look at the mirror an old tired face would stare back at you!”
At times while reminiscing our fate including our lost ‘ability and beauty’, we would question ourselves; why were we sent into this world and where we are heading for?
On why we were sent into this world, in Surat Adh-Dhariyat 51:56 (The Winnowing Winds) Allah SWT says, with the meaning; “I have only created jinn and men, that they may serve Me.” Yes, human existence along with jinn is to worship Allah SWT.
“Then would came a fateful day when your 'roh' (soul) leaves your body. Your body would be buried six feet underground in your grave. So everything would vanish from you except for one that is ‘Islam’. If you are a practising Muslim, your ‘amal’ (good deeds) would be by your side, but if you don’t have any…how are you going to face those days which is 'kekal' (forever)…,” says the ‘ustaz’.
So we have to be ‘syukur’ (thankful to Allah SWT) for being Muslims. And among human being to whom should we be thankful in bringing us on the straight path as Muslims? He is none other than Prophet Muhammad s.a.w.
Prophet Muhammad s.a.w. had brought the words of God and before him there was a line of prophets from Adam to Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Daud (David), Musa (Moses) and Isa (Jesus). They were the main prophets from more than 124,000 prophets, all inviting mankind to the path of true peace and obedience to one true God.
The main prophets too had the ‘kitab’ (books of Allah) with the al-Qur’an which was revealed to Prophet Muhammad as the final guidance to mankind until ‘kiamat’ (end of the world). So use the Qur'an to guide our lives.
Human beings are weak and unknowledgeable so they had to depend on Allah SWT who at His mercy sent prophets and His books as their guidance. The job of human beings was to follow and obey Allah SWT instructions contained in the Qur’an and examples shown by the Prophet s.a.w.
A book ‘Pearls of the Prophet – A Guide to successful life from the sayings of Prophet Muhammad (peace be upon him)’ has this note about Prophet Muhammad s.a.w. “It is remarkable that his career covered all possible spheres of life such as that of a preacher in a mosque, as a worldly man amongst family and friends, as a man of piety, as a leader, as a soldier, a reformer, a politician, a statesman, an administrator and finally as a ruler of a vast kingdom.
“He had the privilege therefore of not only laying down rules of guidance in all such capacities but also gave a practical illustration of these rules. It is these sayings and doings of the Prophet that form the subject matter of Hadith – a guide to successful life from the Prophet.”
Prophet Muhammad (s.a.w.) is the unanimous choice of scholars as the greatest man in history. Hart in his book ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ ranked the Prophet first, while Lamartine / Histoire de la Turquie / Paris 1854 asked; If greatness of purpose, smallness of means, and astounding results are the criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad?”
So western scholars have acknowledged that Prophet Muhammad is the greatest man and of course the greatest politician of all time, so who are we to stray away from his way in life including in politics?
Prophet Muhammad s.a.w., the final Prophet and Messenger of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender and commitment to the will of God) through his words, his actions and the revealed Book – the Holy Qur’an.
Some Muslims nowadays are not practicing the Prophet’s teaching in its truest sense; they are giving the wrong impression about Islam. They seem to follow and adhere to what benefits them and abandon the teachings that are against their interests.
The ‘ustaz’ reminded Muslims to show their love for the Prophet by always remembering him by way of pronouncing the ‘salawat’ (salutations to the Prophet) and to adhere and follow all his teachings and actions.
So what are the teachings of the Prophet s.a.w. or to cut short what is Islam that would safe us in this world and after our death when we were buried six feet underground? In the book ‘Essence of Islam’ (Islamic Outreach-ABIM), it is stated that Islam means complete submission or surrender to the will of Allah SWT (The Most High).
Islam also means peace and the way to achieve peace. Islam teaches that there is only one God, who is called Allah in Arabic. Since the time of emergence of the first man on earth, God in His mercy raised among men numerous prophets or messengers and the last of all the messengers was Muhammad s.a.w.
Islam is not a new religion. It consists of the same basic message which God has given in all true religions, and all prophets brought this same message for our guidance.
Muhammad s.a.w., the final Prophet and Messenger of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender and commitment to the will of God) through his words, his actions and the revealed book, the Holy Qur’an.
All Muslims actions are governed by the principles of ‘halal’ (permissible) and ‘haram’ (forbidden, unlawful or sinful). It is ‘halal’ to be involved in business activities but ‘haram’ in practising ‘riba’ (usury).
Only ‘Islam’ (our ‘amal’or work) would help us when we are buried deep inside our graves – everything else would vanish from us; where would be our status, power, posts, positions, youthful looks, strengths, cleverness, monies, luxury cars, bungalows, lands and so on; they are of no help at all.
But the Prophet s.a.w. had given us the assurance that after death there would be three things that could continously benefit a person: 1) sadaqa (charity) 2) knowledge that he spreads, and 3) children who pray for him. So 'grab' these things before it is too late!
February 18, 2022
Rejab 17, 1443: Veteran cari masjid kecil...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
AWAL Februari ini, saya dan isteri sempat 'meninjau-ninjau' beberapa negeri di utara Semenanjung selepas menghantar seorang anak ke sebuah IPG di Pulau Pinang.
Kami sengaja 'melambat-lambatkan' perjalanan pulang ke Melaka, jadi sempatlah bermalam di beberapa bandar termasuk sebuah hotel yang dikatakan Islamik di Shah Alam.
Hotel ini berhampiran Masjid Sultan Salahuddin yang tersergam megah itu. Namun untuk solat waktu, kami tak pergi ke masjid gergasi ini sebaliknya mencari surau dan masjid kecil berhampiran.
Alasannya, kami dah tak berapa muda (veteranlah tu)...badan dan kaki dah tak larat untuk menapak jauh ke dewan solat...yalah kena naik tangga lagi...dari kawasan pakir ke masjid pun jauh...jadi atas alasan ini, kami fikir lebih baiklah kami cari masjid yang kawasan pakirnya bersebelahan saja dewan dewan solat.
Lagi pun 'orang tak berapa muda' seperti kami ada masalah perkumuhan - kerap nak ke tandas, Kalau pergi ke masjid besar, tandasnya mungkin jauh dan ini menyukarkan kami.
Demikianlah wahai pembaca, orang veteran (60+) tak larat nak ke masjid besar-besar lagi. Masjid kecil sudah memadai - janji sesuai dengan keadaan fizikal kita.
Selain veteran 60+ yang kudratnya semakin terhakis, keperluan golongan orang kelainan upaya (OKU) ke masjid juga perlu difikir-fikirkan.
Selepas berkunjung ke hampir pelosok Semenanjung yang membolehkan saya singgah di banyak masjid, ada kebenarannya apabila sesetengah pihak mendakwa bahawa masjid-masjid kita kurang mesra OKU.
Seorang pembaca ruangan ini menyatakan selain kemudahan masjid yang kurang mesra OKU termasuk tempat wuduknya...sikap jemaah masjid juga mestilah berubah...mereka mesti mesra OKU.
Berdasarkan pengalaman, beliau berkata di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, OKU tidak dibezakan dengan jemaah sihat dan sempurna apabila beribadat.
Katanya, jemaah berkerusi roda tidak dihalang untuk berada di saf hadapan... orang tua yang solat di atas kerusi pun tidak dihalang duduk di saf hadapan malah ada yang dibantu supaya duduk di hadapan asalkan selesa.
Di masjid kita banyak sangat peraturan itu dan ini...seolah-olah OKU ini manusia kelas kedua sedangkan ramai di kalangan golongan ini begitu istiqamah untuk beribadah kepada Allah SWT seperti diceritakan oleh seorang ustaz.
Dalam kuliah subuh di sebuah masjid berhampiran rumah saya tidak lama dahulu, ustaz memuji seorang OKU yang istiqamah berjemaah di masjid,
Kata sang ustaz, sekalipun 'bermotosikal roda empat' ke masjid, kemudian berjalan bertopang di dalam masjid serta duduk di atas kerusi ketika solat, lelaki berkenaan sentiasa berada di saf pertama..."kita yang sempurna anggota ini bagaimana?" tanyanya.
Pertanyaan ustaz membikin sesetengah jemaah malu sendiri, mungkin juga di kalangan anggota pengurusan masjid yang gagal menjadikan rumah Allah mesra OKU.
Selain OKU yang 'diceritakan' ustaz itu, tidak pernah saya tersua OKU (yang dapat dilihat kelainan fizikalnya) berjemaah di masjid. Mungkin masjid-masjid kita kurang fasiliti untuk OKU...yang ada di sebahagian masjid sekarang ini disediakan kerusi bagi jemaah yang tidak boleh 'solat seperti biasa'.
Persoalannya adakah OKU tidak mahu solat di masjid ataupun masjid-masjid kita tidak mesra OKU lantas menyebabkan mereka tidak tertarik ke rumah ibadat kita? Ya, mengapa OKU menjauhkan diri daripada masjid?
Berdasarkan pengalaman dan apa disaksikan, reka bentuk hampir semua masjid kita tak mesra OKU. Misalnya tiada 'ramp' untuk mereka yang berkerusi roda...adakah 'kita mahu' jemaah OKU menggunakan tangga atau selesa ke tandas dengan laluan terputus-putus atau tidak separas?
Sehubungan itu mereka yang berkuasa dan berjawatan seperti ahli jawatankuasa masjid dapat memikir kemudian mengusahakan agar masjid-masjid kita mesra OKU. Bangun dan bertindaklah segera kerana memang satu hakikat hampir 100 peratus masjid kita tak mesra OKU!
Bagi mereka yang sudah ke Tanah Suci (Makkah dan Madinah) menunaikan haji dan umrah tentu sedar bahawa kedua-dua Masjdilharam dan Masjid Nabawi adalah mesra OKU.
Jika dahulu, ada jemaah haji OKU 'ditandu' menunaikan rukun haji dan umrah seperti tawaf, sekarang ini jemaah OKU menggunakan kerusi roda. Lif-lif di sana adalah juga mesra OKU dan lebih menariknya jemaah memberi laluan dan keutamaan kepada golongan ini.
Bagi jemaah yang sudah merasai pengalaman tawaf, tentu menyedari di sekitar mereka ada saja jemaah OKU bersama-sama melakukan ibadat itu. Seorang jemaah bercerita, ketika tawaf dia 'memotong' (memintas) seorang OKU yang kudung kedua-dua kakinya tetapi bergerak seperti 'lipas kudung' (laju). Subhanallah, tidak lama kemudian dia menemui 'jemaah seperti itu' di depannya...ya bukankah jemaah OKU itu sudah 'dipotongnya' tadi?
Jemaah lain pun ada membawa cerita yang sama...mungkinkah OKU itu jelmaan malaikat yang didatangkan untuk menguji kita? Di laluan saie yang jauh, selain menggunakan kerusi roda, jemaah yang kurang upaya boleh menggunakan motosikal khas...alhamdulillah banyaknya kemudahan di sana...
Jika kita tinjau ke satu bahagian Masjidilharam, kita akan ketemui sebuah 'stesen' yang menempatkan puluhan ribu kerusi roda...apabila kerusi roda boleh digunakan bermakna mesra OKU-lah Masjidilharam, tetapi di masjid kita boleh selesa pakai kerusi roda ke?
Kita perlu sedar OKU pun dikehendaki solat berjemaah di masjid. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, seorang lelaki meminta kebenaran untuk solat di rumah kerana dia buta, tinggal berjauhan dan tiada pengiring sesuai, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. menegaskan tiada 'pelepasan' buat dirinya!
Tidak lama lagi kita akan menyambut Israk Mikraj. Kerap pada majlis Israk Mikraj di masjid-masjid seluruh negara, selalu juga jemaah diingatkan bahawa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Israk baginda adalah dari masjid (Masjidilharam) ke masjid (Al-Aqsa).
Ini bermakna seseorang lelaki Muslim itu (apatah lagi golongan veteran 60+ seperti saya) perlu menekuni diri untuk ke masjid; di rumah Allah ini mereka akan memperolehi ganjaran dunia dan akhirat yang sungguh lumayan.
Namun apakan daya, kaki ini seakan-akan tak mampu menapak ke masjid-masjid besar, jadi ke masjid (surau) kecil pun jadilah...
February 17, 2022
Rejab 16, 1443: Usah malu 'tapau' lebihan makanan (U)
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)
SESEKALI saya sekeluarga bertukar selera - makan di restoran Arab. Biasanya makanan Arab disediakan dalam 'portion' (hidangan) besar. Kerap benar kami tidak mampu menghabiskannya.
Apa yang menggembirakan di restoran Arab kita boleh meminta pelayan 'mentapau' (membungkus) lebihan makanan untuk dibawa pulang. Mereka selalunya gembira melakukannya - buktinya selain senyum mereka memasukkan makanan itu bungkusan baru yang kemas dan cantik. Mereka tidak merungut sikit pun.
Namun ketika makan di gerai atau restoran Melayu saya tidak pernah meminta pelayan membungkus makanan yang tak habis di makan. Sebab apa? Ini kerana muka pekerja atau pemilik kedai dilihat kerap masam mencuka menakutkan pelanggan. Saya pun tidak pernah menyaksikan pelanggan yang meminta makanan yang tak dihabiskan, dibungkus untuk dibawa pulang.
Yalah, kerap benar di gerai atau restoran, saya lihat makanan yang masih berbaki separuh atau suku pinggan dibuang begitu saja. Di majlis orang kahwin pun sama. Ada tetamu mengambil nasi dan lauk bertimbun. Ramai tetamu makan tak habis, dan paling menyedihkan mereka membasuh tangan di atas lebihan makanan itu. Malah ada yang menggunakan ketulan nanas dan potongan buah limau untuk mencuci (meramas) tangan - kononnya bagi menghilangkan kesan minyak.
Demikianlah, sayang seribu kali sayang, ramai orang melakukan pembaziran makanan; mungkin sesetengahnya tidak pedulikan langsung sebuah hadis yang menyebut bahawa pembaziran itu adalah kawan syaitan.
Berdasarkan senario ini dan di pelbagai tempat lagi, statistik menunjukkan jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan: setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan.
Secara keseluruhannya, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 40 peratus atau 15,000 tan metrik, adalah sisa harian isi rumah di Malaysia. Angka-angka ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015.
Berdasarkan ini, kita berpendapat kerajaan Malaysia dan rakyatnya perlu mengubah orientasi dalam bab mengenai makanan ini. Dulu rejim lama dilhat terlalu 'menekankan' mengenai 'bab makan' ini - sebagai contoh pada ketika pegawai bermesyuarat atau berkhusus 'makanan adalah mewah' sehingga ada mendakwa 'mereka makan lima kali sehari'. Demikian juga majlis perjumpaan politik atau hari terbuka perayaan...rakyat 'diajar' untuk makan dan makan! Di sini banyak berlaku pembaziran makanan...jika bapa (pemimpin) borek, anak (rakyat) rintek.
Baru-baru ini Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan yang menyatakan Perancis sebagai negara paling kurang membazir makanan. Pengguna di negara ini membuang kira-kira 67.2 kilogram makanan setiap orang setahun berbanding 95.1kg di Amerika Syarikat, 87.1kg di Belgium dan 78.2kg di Kanada.
Di Perancis sudah diperkenal peraturan semua pasar raya wajib 'menyedekah' produk makanan lama kepada rumah kebajikan demi elak pembaziran. Ya kenapa agaknya di negara maju Barat boleh dikurangkan pembaziran makanan sedangkan di negara kita malah di negara Arab/Islam yang kaya raya seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berlaku pembaziran makanan yang melampau? Dilaporkan di UAE, 500 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan.
Ada cendekiawan mengesyorkan Akta Pembaziran Makanan diwujudkan di negara ini bagi mengatasi budaya pembaziran dalam kalangan rakyat terutamanya yang dilihat banyak berlaku sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Akta ini perlu diperkenalkan segera dan pelbagai jenis tindakan undang-undang berbentuk penalti boleh diwujudkan untuk diambil terhadap individu atau organisasi yang melakukan atau terlibat dalam aktiviti pembaziran tanpa mengira waktu dalam negara ini. Yalah, adalah baik untuk kita memikirkan hal ini walau sejenak cuma!
February 16, 2022
Rejab 15, 1443: Learning from the Indians...(U)
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)
1. Perfoming 'solat jemaah' (mass prayers) at Kempegowda International Airport
WHILE travelling home on the Manipal-Mangalore-Bangalore-Kuala Lumpur route not long time ago, we (myself, my wife and my in-laws) had no choice but to perform our 'jamak' (combined) 'zuhur' (afternoon) and 'asar' (late afternoon) prayers either on the plane or at Bangalore International Airport.
For the readers’ information, beginning December 14th 2013, Bangalore International Airport was renamed Kempegowda International Airport in honour of the City's founder. Bangalore is currently the capital of the Indian State of Karnataka.
By the way, who was Kempegowda? He was a feudal ruler under the Vijayanagara Empire and lived between 1510-1569 AD and was successful in planning and building the city of Bangalore (renamed Bengaluru in 2006). He is also noted for his societal reforms and also contribution to building temples and water reservoirs in the city.
What amazed me when I was sitting and staring at the huge roof top of the airport was how it was fitted with many sky light glass (translucent coverings), thus tapping light inside the building. Perhaps it was their way to save energy; they too might have installed solar panels. The harnessed solar power could have been a major supplier of electricity for the airport.
It is a well known fact that airports in India are increasingly looking to solar power. After Delhi International Airport Ltd announcing recently that it had set up a 2.14 MW solar power plant, Cochin International Airport Ltd has said it too has set up a 1 MW plant.
Though the plant at Cochin Airport is up and running, it is yet to be formally inaugurated. And airports of Bangalore (Kempegowda) and Hyderabad are also keen on tapping solar energy, with Hyderabad closer to a decision for a 5 MW system. Unlike Delhi airport’s solar plant, the 1 MW facility at Cochin is spread over three locations within the airport, part of it on rooftops.
Perhaps our airport authorities could learn something from them, tapping the rich source of solar energy...and perhaps also the use of natural sunlight during day time.
Back to 'our solat' story; during our journey we met and were on the same plane with seven young Muslim Malaysian girls who were studying medicine at a college in Mangalore. At one corner of Kempegowa Airport, we blocked the area with our bags; and behind the bags we performed our prayers. We did it in two sessions because we needed someone to guard our bags. Oh, it was such a feeling; praying in the open; not in a 'surau' or a 'masjid' as we did back home!
2. No-honking zones on the rise in India
During my travel on the roads in India, it was common to see the words 'Please sound' and 'Please horn' at the back of vehicles especially trucks, lorries and buses. And 'true' to the words, honking on roads was the norm in India. It was like a fiesta when 'almost everyone' honked their vehicles. To the Indians, 'that trait' was 'nothing to ponder over' but to outsiders like me, it was a 'nightmare'!
At almost all Indian towns I had gone, all types of vehicles such ox-carts, rickshaw, tuk tuks, bikes, scooters, cars etc, made their way as 'they liked', but what surprised me was that there was almost an absence of policemen (if they were present, they were seen chatting but not controlling traffic) and there were so few collisions. Indian drivers seem to know how far they can push in front of others without colliding with one another.
It is said that Indian drivers need only three things: good brakes, good horns and good luck. Horns are regarded as essential, thus blaring is 'a must' on Indian roads! And at times you come across herds of buffaloes and cows on the road in the middle of a city. And it is hard to come across traffic lights even in the city!
Nowadays, more and more Indians are doing away with the 'honking way of life'. In several cities they have 'no-honking' zones such as in front of public institutions such as schools and hospitals. Indians have realized that honking in those places could affect health, work and concentration of people.
Indians roads 'are bad' and their drivers ways could made outsiders like us 'have heart attacks' but the irony of it is, accidents seem rare in this part of the world. Perhaps, we could learn something from them...
3. Being thrifty the Indian way
While in India, I found out that Indians valued 'every source' available to them. For example all sections of a coconut tree are used to the maximum - coconut husk is used to make brushes and veins of coconut leaves are used to make brooms.
Food is very cheap in India (compared to our Malaysian standard-lah); a bar of chocolate snack (Tofi-Luk) my son in Manipal usually bought was only 10 rupees (about 50 sen); thus it was not surprising that for our family of five (myself, my wife, my in-laws and my son) could have a 'grand' lunch or dinner such as having lamb chops and chicken tandooris at only 1,400 rupees (around RM70)for the whole meal.
When I got accustomed to the 'Indian way' of living, I found out that the locals could buy slices of bread (not a loaf of bread), one or two potatoes, one or two onions (not a kilogram), three eggs (not a paper crate of 30 eggs) with a few rupees on each item.
They seemed to buy items to be cooked for that specific time only; they finished off the food and for the next meal, they would buy another set of fresh items. Nothing would go to waste! Perhaps they too do not need to have refrigerators!
Well, to me, 'these Indians' were superb in being thrifty; perhaps our Malaysian housewives should learn something from them. From my own experience, the fridge in my home would at almost all times be loaded and heaped with food items such as eggs, vegetables, fruits and all sorts of drinks and they would sometimes go rotten after a long period of time and would have to be thrown away.
What a waste! And more importantly, what our religion teaches us about 'this' - "Eat and drink; but waste not by excess, for Allah loves not the wasters." (Qur'an 7:31)
Perhaps we could learn something from the Indians especially during these hard and trying times.
February 15, 2022
Rejab 14, 1443: Sekali kena tak ingin lagi ( 'Once bitten twice shy'...)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
ALHAMDULILLAH, tidak lama dahulu saya berpeluang mengembara di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Kali ini 'ada kelainan' kerana saya tidak menunggang motosikal 'Kapcai' secara solo sebaliknya menaiki kenderaan awam.
Antara laluan paling 'bermakna' adalah menaiki kereta api elektrik (ETS) dari Parit Buntar ke Kajang di mana saya duduk di sebelah seterusnya berkenalan dengan seorang 'real Englishman' dari Liverpool, England bernama Ian Peter, 50 tahun.
Ketika dia menunjukkan pasport yang tertera namanya, saya bertanya dia mahu dipanggil Ian atau Peter...dia menjawab panggil saja Ian. Ian akhirnya berjaya saya pujuk untuk menceritakan perihal perjalanan hidupnya yang kata saya mungkin dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca (saya memberitahu Ian bahawa saya seorang penulis) bagi mengerti hati budi dan perasaan seorang 'real Englishman' yang menginjak usia 'tak berapa muda'.
Selepas 'selesa' duduk di sebelahnya, saya bertanya Ian sama ada dia sudah minum pagi, dia jawab sudah tetapi hanya kopi saja selepas dia menaiki kereta api itu di Butterworth untuk ke Gemas. Saya mengajak Ian ke kantin, tetapi dia menolak. Di kantin, saya membeli dua cawan kopi - satu untuk saya dan satu untuk Ian.
Ketika kembali ke tempat duduk dan menyerahkan kopi itu kepada Ian, terlihat saya cahaya kegembiraan di wajahnya...selepas itu bertambah rancaknya perbualan saya dengan bekas 'banker' (ahli perbankan) dari rantau bahagian tengah Britain ini lebih-lebih lagi kerana saya tahu sedikit sebanyak mengenai kota pelabuhan LIverpool yang pernah saya kunjungi pada 2008 dulu.
'Korek punya korek'...akhirnya Ian menjelaskan antara faktor menyebabkan dia 'mengembara keliling dunia' - dia kecewa dalam alam rumah tangga...si dia tidak boleh dipercayai...dia khianat. Suatu ketika terlontar dari mulut Ian...'once bitten twice shy' yang bermaksud sekali tersengat terus beringat. Ya seseorang yang pernah ditimpa/mengalami pengalaman buruk akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak berulang.
Perbualan kami berterusan...Ian pula mengajak saya ke kantin, kali ini dia pula membayar harga kopi yang kami pesan. Kami minum di kantin sambil meneruskan sembang. Ketika itu kereta api melepasi bandar-bandar di selatan Ipoh seperti Batu Gajah dan Kampar.
Di luar, di balik kaca, kelihatan estet-estet dan bekas lombong...secara tiba-tiba saya teringat akan Kellie's Castle dekat Batu Gajah, lantas saya menceritakan kisah berkaitan istana itu - seorang peladang British kerana cinta kasih kepada isterinya sanggup membina bangunan tersergam untuk yang tersayang...namun semuanya terpaksa ditinggalkan selepas si dia meninggal dunia.
Ian ternyata tidak tertarik dengan kisah itu. Dia minta 'permisi', meninggalkan saya 'keseorangan' di kantin. "Lain macam' orang British ini, fikir saya. Mereka ini 'direct to the point' - kalau tak suka dia tunjukkan sikap tak suka...mungkin mereka tidak seperti orang Melayu tipikal yang kerap 'berbahasa-bahasaan' bagi menjaga hati pihak lain agar tak tersinggung atau terusik atau dalam bahasa mudahnya...tidak merajuk.
Mengenai perkara merajuk ini, seorang ustaz dalam kuliahnya yang saya hadiri, memberitahu merajuk tidak seharusnya berada dalam kamus seorang lelaki lebih-lebih lagi seorang suami apatah lagi jika dia seorang pendakwah. Nabi Muhammad s.a.w. mana ada merajuk dalam usaha dakwah baginda?
Ya, saya tak boleh 'merajuk' dalam melanjutkan perbualan dengan Ian. Kembali ke tempat duduk, banyak lagi perkara kami bincangkan terutamanya mengenai Islam. Saya tunjukkan kepada Ian naskhah al-Quran yang sentiasa saya bawa dalam beg. Terkejut saya apabila Ian memberitahu dia sedang mempelajari Islam.
Perbualan mengenai Islam mendekatkan saya dengan Ian. Banyak perkara yang kami bualkan termasuklah tidak boleh berputus asa dalam hidup. Dalam hidup perlu ada sentiasa harapan...dan kepada Ian saya berlawak "Nothing to loose if you try to build a family again. Yes find a girl!" kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Saya pun tak tahu macam mana saya ada 'kekuatan sedemikian rupa'.
Menghampiri stesen Kajang, kami bersalaman erat...ketika saya berada di platform, Ian dan saya masih berlambaian-lambaian, doa saya dalam hati...Ya Allah, Kau berikanlah lelaki Inggeris ini hidayah Islam...
February 14, 2022
Rejab 13, 1443: Pleasing Allah (U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
ONE 'ustaz' (religious teacher) during his weekly 'tazkirah' (lesson) at a masjid near my house was fond of repeating this phrase: "we must live according to the likes of Allah SWT that is to please Him and not to please ourselves or others."
In short we must be always be gracious and thankful (bersyukur) to him to whatever befalls on us whether they seem good to us such as scoring excellent results in our examinations or what seem bad to us such as we had lost our wallets.
Good news are always being welcomed but what about the bad ones? 'Subhanallah' we must also learned 'to welcome it too' for...perhaps they are only bad in our eyes but not 'in the eyes' of Allah SWT.
Remember the words of the Messenger, Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him, s.a.w.): “How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.” (Narrated by Muslim, 2999)
It was the habit of the 'ustaz' to open to the floor for questions and answers section at the end of his lesson. As I was 'a very shy person' during one session, I wrote this question on a piece of paper and put it on his desk.
It read: "Assalamualaikum wbt; sindrom suka pada apa yang kita suka bukan Allah suka juga ada pemimpin negara. Pemimpin negara suka hebohkan hal-hal yang baik seperti negara kita kaya dan makmur tetapi sembunyi hal tak baik seperti nilai Ringgit yang jatuh teruk sekarang berbanding dolar Amerika dan Singapura; ertinya ekonomi kita tak berapa baik. Apa solusinya?" (Assalamualaikum wbt; the 'syndrome' of liking what we like not what Allah likes also infected the leaders of our country. They would be very noisy and boastful on good things such as our country is rich and prosperous but hide bad news such as the declining value of Ringgit compared with American and Singapore dollars which means our economy is not so good. What is the solution?"
The question looked hard; but to my surprise the 'ustaz' gave a very simple but firm answer. He said: "The Prophet s.a.w. had left us with a 'hadith' which means: 'I leave behind me two things, the Qur'an and my example, the Sunnah and if you follow these you will never go astray.' So let us first have a glimpse about 'economy' mentioned in the Qur'an."
The 'ustaz' reminded congregators to have a look at some of the issues of economics involving the many prophets such as Nabi Yusuf (Joseph) and Nabi Syu'aib a.s. (peace and blessings of Allah be upon them). "If we follow the example shown by these prophets, 'insya-Allah' (God willing) we will be in His straight path."
Regarding 'the economy way of Prophet Yusuf s.a.w., the the Holy Qur'an says: "The king dreamt that seven lean cows were eating seven fat ones and that there were seven green ears of corn and seven dry ones. He asked the nobles to tell him the meaning of his dream if they were able to. They replied, "It is a confused dream and we do not know the meaning of such dreams." (Surah Yusuf,12:43,44)
Prophet Yusuf a.s. interpreted the dream by the power given to him by Allah. He said, "For seven years the crops will yield abundant food-grain for the people of Egypt. After that there will be a famine for seven years during which all the food-grain lying in the storehouses will be finished and people will starve. Therefore, the people should try to grow as much extra grain as possible so that it would stand them in good stead during the time of famine."
On Prophet Syu'aib, the Holy Qur'an says in Surah Al-A'raf ayah 85: "And to (the people of) Madyan (Midian), (We sent) their brother Shu'aib. He said: "O my people! Worship Allah! You have no other Ilah (God) but Him. [La ilaha ill-Allah (none has the right to be worshipped but Allah)]." Verily, a clear proof (sign) from your Lord has come unto you; so give full measure and full weight and wrong not men in their things, and do not mischief on the earth after it has been set in order, that will be better for you, if you are believers.
Ayah 86: "And sit not on every road, threatening, and hindering from the Path of Allah those who believe in Him. and seeking to make it crooked. And remember when you were but few, and He multiplied you. And see what was the end of the Mufsidun (mischief-makers, corrupts, liars).
Ayah 87: "And if there is a party of you who believes in that with which I have been sent and a party who do not believe, so be patient until Allah judges between us, and He is the Best of judges."
Ayah 88: The chiefs of those who were arrogant among his people said: "We shall certainly drive you out, O Shu'aib, and those who have believed with you from our town, or else you (all) shall return to our religion." He said: "Even though we hate it!
Ayah 89: "We should have invented a lie against Allah if we returned to your religion, after Allah has rescued us from it. And it is not for us to return to it unless Allah, our Lord, should will. Our Lord comprehends all things in His Knowledge. In Allah (Alone) we put our trust. Our Lord! Judge between us and our people in truth, for You are the Best of those who give judgment."
Ayah 90: "The chiefs of those who disbelieved among his people said (to their people): "If you follow Shu'aib, be sure then you will be the losers!"
Ayah 91: "So the earthquake seized them and they lay (dead), prostrate in their homes."
To the congregators the 'ustaz' said, "life is simple, follow the way of the prophets including in politics and economy and in our times the way of Prophet Muhammad s.a.w. then we would be safe in this world and Hereafter but if we are ignorant to be in His way, then we would went astray and see the doom."
He said leaders who are just (fair) would be rewarded handsomely in the Hereafter, they are among the seven groups of people who would be sheltered by Allah SWT at a place and time where there is no protection except His protection.
The 'ustaz' said Muslims and Muslims nations nowadays are depending too much on the Western way of managing economy; for example the bench mark for or currency (Ringgit) depended on the American dollars where else in Islam it is dinar and dirham. "For example during the Prophet s.a.w. time, a shepherd was paid 2 (two) dinar (gold) which nowadays is equivalent to about RM1,400.
"If nowadays we pay a worker with 2 dinar (gold), the value is still the same, that is about RM1,400. So, 'insya-Allah' if we follow the Islamic way of life including in economy then we would be safe from the disastrous effects of the said modern economy."
But again are we 'too proud' to go back to the Islamic way of life including in economy...why is it so? Are we in the thinking that "what the American would be thinking about us or what the world would be thinking about us?"
As mentioned in the early part of this article, "we must live according to the likes of Allah SWT that is to please Him and not to please ourselves or others" thus what the American or even the world think about us 'are not very important', the most important thing in life is 'what Allah SWT thinks about us'.
So make sure that all our actions including in economy are in line with His desires or to please Him, not ours or others. By doing so, 'insya-Allah' we would be safe in this world and most importantly in the Hereafter!
February 13, 2022
Rejab 12, 1443: Manfaatkan teknologi maklumat dalam berdakwah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa':
TERTARIK benar penulis dengan penjelasan seorang tok guru dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah penulis baru - baru ini bahawa dalam perkembangan teknologi komunikasi sekarang ini lebih mudah untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan Penciptanya, Allah SWT.
Katanya, dalam telefon selular boleh dimasukkan cip bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk, jadi bolehlah seseorang itu menghayati bacaan al-Quran sepanjang masa dan di mana saja dia berada. “Tetapi janganlah dibuka dalam tandas,” beritahu tok guru.
Katanya, pada zaman serba canggih ini semakin mudahlah seseorang itu mendekatkan dirinya dengan Allah, namun keberkesanannya bergantung kepada individu juga; jika teknologi hebat dia hanya berminat untuk mendengar lagu-lagu penyanyi kesukaannya, maka gagallah dia mendekatkan dirinya dengan Allah.
Tok Guru berkata; “dah tua - tua ni janganlah terlalu berminat dengan suara Siti Nurhaliza lagi, bertaubatlah, gunakanlah kemudahan moden itu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hayatilah bacaan al-Quran, ketenangan akan kita perolehi.”
Bercakap mengenai penggunaan teknologi komunikasi dalam dakwah, berdasarkan pengalaman penulis mengikuti tazkirah dan kelas pengajian di masjid berbanding kursus umrah yang dianjurkan syarikat swasta, ternyata yang kedua ini selalunya menggunakan pendekatan multimedia mendatangkan kesan lebih mendalam kepada hadirin.
Pada kebanyakan kelas pengajian di masjid yang biasanya diadakan antara solat maghrib dan isyak, komunikasi adalah sehala, ustaz saja yang bercakap sedangkan jemaah mendengar saja. Jarang benar ustaz bersedia membuka soalan kepada jemaah.
Apabila berlaku komunikasi sehala, penulis perhatikan ada jemaah tersenguk-senguk, menandakan mereka tertidur tetapi pada persembahan multimedia ketika kursus umrah penulis mendapati hadirin begitu tertarik dan bersemangat sekali.
Teknologi komunikasi berkembang pesat, jadi tidakkah teringin pemimpin masjid meningkatkan kaedah penyampaian termasuk tazkirah dengan menggunakan alat bantuan multimedia seperti slaid Powerpoint dan skrin gergasi?Berhubung perkara ini, Abdul Halim Ismail dalam majalah Risalah, Bilangan 4 (April 1992) antara lain menulis: “Dengan meningkatnya teknologi komunikasi canggih bermakna meningkatlah darjah persaingan antara pelbagai kelompok, badan dan pertubuhan serta organisasi - organisasi untuk memenangi hati massa.
“Kini badan perniagaan dan korporat, parti politik, agensi pelancongan, badan budaya dan pengusaha industri hiburan terlibat dalam perang maklumat (infowar) yang sengit sekali. Dalam kebisingan dan hiruk pikuk seperti ini, mesej agama selalunya menjadi terpencil dan tidak didengari. Apatah lagi kalau badan-badan dakwah dan gerakan Islam memilih untuk menarik diri daripada perlumbaan yang hebat ini, pastilah suara dakwah menjadi bertambah perlahan.
“Kita yakin bahawa mesej Illahi adalah perutusan unggul yang harus ditebar seluas-luasnya. Allah sendiri menegaskan, “siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah? (terjemahan al-Quran, surah Fussilat 41:33). Namun tanpa ikut serta dalam ‘technological leap’ yang pantas kini, dakwah akan hanya mampu menguasai ‘market share’ yang kecil sahaja seperti yang disebut dalam American Demographics, ‘God may not be dead, but the mass market is’.
“Walaupun survival gerakan Islam tidak banyak bergantung kepada teknologi maklumat komunikasi, tanpa impak daripada operasi dakwahnya yang merupakan raison d’etre kehadirannya bergantung besar kepada kaedah dan media yang dimanfaatkan.”
Berdasarkan pengamatan penulis, jemaah yang mengikuti kelas pengajian di masjid pada setiap kali adalah orang yang sama. Mereka mungkin terdiri daripada 20 orang daripada seluruh penduduk kariah atau kampung seramai 2,000 atau 3,000 orang.
Jika orang dewasa di kampung itu ada 2,000 orang, kehadiran hanya 20 orang menunjukkan betapa gagalnya pentadbiran masjid dalam mendidik orang Islam. Tentunya masjid gagal diimarahkan kerana dengan tidak hadirnya 1,980 daripada 2,000 penduduk lelaki dewasa atau lebih 99 peratus penduduk kampung bermaksud mesej Islam gagal disampaikan secara berkesan.
Jadi bagaimana mahu berkomunikasi dengan lebih 99 peratus penduduk itu? Tentunya kaedah tradisional di mana ustaz duduk menghadap 20 ‘murid tua’ itu perlu diperkemaskan agar seruannya dapat didengar dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk kampung.
Sebuah masjid di ibu kota (Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar) telah memulakan alat bantuan multimedia pada khutbah Jumaatnya. Dua skrin gergasi yang setiap satu bernilai RM6,000 diletakkan di sebelah mimbar, dan apabila khatib berkhutbah, persembahan slaid mengiringi isi khutbah, sekali gus menaikkan minat jemaah yang biasanya terkulai layu pada tengah hari yang panas itu.
Di beberapa masjid lain di Wilayah Persekutuan sudah ada persembahan Powerpoint bagi mengiringi khutbah Jumaat. Semuanya dilakukan dengan harapan jemaah akan lebih memahami sesuatu isu itu di samping mengelakkan mereka daripada terlena.
Alangkah baiknya, alat bantuan ini juga digunakan ketika diadakan tazkirah dan kelas pengajian di masjid. Pengurusan masjid juga boleh memikirkan bagaimana tazkirah itu dapat dipanjangkan kepada ratusan atau ribuan penduduk kariah yang tidak hadir berbanding dengan 20 jemaah tetap masjid.
Berdakwah kepada 20 ahli tetap masjid ini amatlah baik tetapi alangkah besar manfaat dan ganjarannya jika ribuan penduduk kampung dapat disampaikan ilmu dan maklumat. Memang betul, anak murid perlu mencari guru tetapi alangkah beruntung jika kita dapat memanfaatkan teknologi komunikasi yang kini berada di depan mata untuk menyeru seluruh penduduk ke arah kebaikan.
Bayangkan apa yang dapat dilakukan sekiranya organisasi dakwah mempunyai ‘linkage’ rangkaian telekomunikasi dengan setiap rumah dengan data dan maklumat yang sedia dimanfaatkan oleh semua pihak.Ya, apa kata kita wujudkan telekomunikasi antara masjid dengan rumah penduduk dalam sesebuah kariah itu. Dengan itu apa saja sesi tazkirah di masjid boleh diikuti di rumah, tetapi harap-harap ia tidak disalahgunakan oleh penduduk lelaki dewasa untuk tidak hadir ke masjid.
Mungkin orang lelaki akan berterusan dipujuk ke masjid tetapi dengan wujudnya hubungan telekomunikasi masjid-rumah itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan perempuan terutama suri rumah yang terlalu sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga.
February 12, 2022
Rejab 11, 1443: Berjaya, kecundang cerita biasa manusia...(U)
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)
SEBAGAI makhluk-Nya (Allah SWT) yang lemah, ada kehendak dan impian kita tercapai dan ada yang tidak. Ya, betapa ada azam kita tidak tercapai-capai jua. Kita merancang, yang menentukannya Allah SWT.
Tidak lama dulu, ketika tertonton 'highlight' (babak menarik) sebuah drama Cina di televisyen, tersentak hati saya sebentar ketika mendengar perbualan dua gadis. Seorang daripadanya merungut-rungut kerana banyak kehendaknya tidak tercapai. Jawapan si temannya mengejut dan menyentak jiwa saya. Antara lain katanya, "kalau kamu mahu semua kehendak kamu dipenuhi kamu jadilah tuhan!"
Ya, Allah-lah Yang Berkuasa, kita tidak ada (punya) apa-apa. Tidak semena-mena saya menjadi insaf...sekalipun kata-kata ini diucapkan oleh seorang gadis Cina tanpa tauhid, terasa terpukul diri ini bahawa kita ini hanya HAMBANYA; Namun kita 'berlagak', berperasan kita boleh buat itu dan ini, berperasan kita berjaya kerana usaha kita.
Kita terlupa Allah SWT-lah penentu segala-galanya. Dia boleh memberi kita berjaya atau tidak, Dia juga penentu sama ada kita boleh mendapatkan sesuatu atau tidak. Semuanya terletak pada-Nya...namun kita selalu terlupa. Kita nakkan berjaya saja, tak dapat terima gagal atau segala perkara yang dianggap negatif lain seperti jatuh sakit, dibuang kerja dan hilang pangkat dan jawatan.
Adakah dalam hidup ini kita mahu terima yang 'best' (baik-baik saja)?Benarkah kehidupan di dunia ini ada bahagia selama-lamanya? Semakin tuanya diri ini, semakin sedarlah saya bahawa kehidupan ini sebenarnya dilalui secara pergiliran - ada kehendak kita dipenuhi ada yang tidak; ada bahagia ada derita, ada senang ada susah, ada masa gembira dan ada masa berduka - semuanya berlangsung silih berganti ibarat siang dan malam; gelap dan terang.
Pemikir Melayu-Islam yang tersohor di Nusantara, Allahyarham Buya Hamka dalam salah sebuah buku yang pernah saya baca (tak ingat lagi tajuknya) ada mengungkapkan bahawa jika kita melihat istana yang tersergam indah; janganlah ingat di dalamnya penghuninya sentiasa hidup berbahagia dan bersukaria - di sana juga ada derita dan air mata! Jadi janganlah kita tertipu dengan apa yang kita lihat.
Hidup adalah satu perjalanan menuju noktahnya, kematian. Masalahnya kita tidak tahu bila dan bagaimanakah noktah itu. Apa saja boleh berlaku dalam perjalanannya;ada ulama mengkategorikan kehidupan seperti berikut: kita bermula dengan baik tetapi bertukar buruk dan akhirnya mati dalam kejelekan (su'ul khatimah); kita bermula dengan buruk tetapi hujung hayat menjadi baik dan mati dalam kebaikan (husnul khatimah); kita bermula dengan baik dan mati dalam baik (inilah yang terbaik) dan kita bermula dengan buruk dan mati pun dalam keadaan buruk (ini paling teruk).
Kemudian ada sebuah hadis menyebut: Daripada Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: beliau diberitahukan Rasulullah s.a.w. bersabda: "...Sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal amalan ahli syurga sampai antara dia dengan syurga tinggal sejengkal, kemudian didahului ketentuan sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka dan masuklah ia ke dalam neraka; dan salah seorang kamu melakukan amalan ahli neraka sampai antara dia dan neraka tinggal sejengkal, kemudian didahului ketetapan, sehingga dia melakukan amalan ahli syurga sehingga dia masuk ke dalam syurga.“ - Imam Bukhari
Ya, wahai pembaca, kita tidak tahu nasib kita pada masa depan; jadi pada kesempatan ini inginlah saya yang daif ini mengingatkan diri sendiri dan pembaca usahlah kita berlagak sombong mengecop seseorang itu banyak dosalah; dia, hatta bekas mayat dia pun tidak layak dibawa pulang dan sebagainya kerana sebagai insan serba lemah kita tidak tahu hakikat seseorang termasuk dia sudah beriman atau tidak; yang tahu hanya dia dan Allah SWT saja.
Bukankah kita sudah biasa mendengar taubat seorang penjahat yang telah membunuh 99 orang; kemudian melengkapkannya menjadi 100 orang; tetapi taubatnya diterima Allah SWT dan dia dimasukkan ke dalam syurga; jadi apakah kelayakan kita untuk berkata itu dan ini mengenai seseorang itu sedangkan dosa kita sendiri bertimbun; sekarang ini Allah SWT 'sembunyikannya' jika Dia 'mendedahkannya' habislah kita! Kemudian kita juga tahu ada 'ahli syahid' yang dihumbankan ke neraka!
Kita perlu sedar dunia dan segala isinya sentiasa berubah. Ada pasangan yang bahagia pada awal perkahwinan, kemudian kerap berlaku 'Perang Teluk' yang membawa kepada perceraian. Pasangan yang kekal ke akhir hayat pun bukan sentiasa 'happy' saja; ada masa bahagia ada masa derita - bukanlah peribahasa Melayu ada menyebut "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri..." Demikianlah mungkin tak benar ungkapan "and they live happily ever after" yang kerap kita temui dalam kisah cinta putera puteri dalam buku bahasa Inggeris.
Ya, dunia sentiasa berubah dan sejarah (dunia) biasanya dirakamkan oleh pihak yang menang (berkuasa). Ada sebuah peribahasa Afrika berbunyi: “Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters” (sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu).
Kini kita digembar-gemburkan segala yang muluk-muluk mengenai si pemburu; singa di hutan siapa peduli? Pemburu berlagak 'hero' sedangkan di hutan tadi, dia lari lintang pukang menyematkan diri hanya selepas mendengar bunyi 'deheman' raja rimba. Tetapi di kampung, dia berlagak, bercerita dia telah menikam sang singa!
February 11, 2022
Rejab 10, 1443: Hadiah hari jadi 'terindah'...(U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
MENJELANG ulang tahun kelahiran saya ke-60 pada 17 Februari ini teringat saya kisah ini. Beberapa tahun lalu, seorang anak lelaki saya, pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh kira-kira 50 kilometer dari rumah mengirim surat meminta saya (ibu bapa) datang ke sekolahnya.
Agendanya, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan paling penting pertemuan dengan guru kelasnya bagi membincangkan prestasi pelajaran anak masing-masing.
Disebabkan isteri ada kursus hari itu dan dia pergi dengan keretanya, terpaksalah saya pergi sendirian dengan menunggang motosikal. Menunggang motosikal buruk sejauh 50 kilometer?
Ya nampaknya macam tak mampu saya lakukan pada usia 'tak berapa muda ini' tetapi demi menyemarakkan semangat anak-anak yang sedang belajar, apatah lagi akan mengambil 'peperiksaan besar', saya memulakan perjalanan awal iaitu selepas solat subuh.
Biasanya dengan berkereta, perjalanan ke sekolah itu mengambil masa kira-kira 45 minit tetapi dengan motosikal tua itu, saya mengambil masa lebih tiga jam!
Yalah, saya banyak berehat termasuklah singgah di sebuah surau untuk solat dhuha dan membereskan urusan alami.
Ketika duduk-duduk di tangga surau, bersedia untuk 'blah', saya terpandang sampah sarap banyak bertaburan di halaman surau. Saya pun mengambil bungkusan plastik dan memulakan kerja mengutip sampah-sampah itu.
Ketika asyik 'bekerja', kemunculan dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan dalam usia 10 tahun begitu mengejutkan saya yang sedang terbongkok-bongkok, apabila salah seorang daripada mereka menegur saya:
"Datuk, boleh tolong...?" Hiss, budak-budak ini, sudahlah dipanggilnya saya datuk, nak mintak tolong pulak tu...
"Tolong apa?" tanya saya.
"Tolong datuk kutip sampahlah..." Terasa panas muka saya menahan malu. Malu kerana tersalah sangka, saya ingatkan mereka mahu minta tolong tetapi mereka mahu menolong - sama-sama mengutip sampah sekeliling surau dan kemudian saya lihat mereka memberus longkang dan mengangkat bongkah batu dan ketulan kayu yang terbiar.
Tercengang saya di pagi cerah itu. Terasa betapa indahnya dunia. Matahari saya rasakan seakan-akan 'tersenyum', angin menderu lembut, rerumput dan tanah berbau harum sekalipun dunia dan isinya 'didera' dengan cuaca membahang setelah lama tidak hujan hampir dua bulan.
Ya, inilah kali pertama dalam hidup saya menemui kanak-kanak secara spontan dan sukarela menawarkan diri membantu kerja-kerja 'orang tua' seperti saya. Alhamdulillah mereka begitu sopan sekali.
Subhanallah, saya tidak pernah menemui situasi ini, peri laku kanak-kanak itu sungguh menggembirakan saya pagi itu, bagi saya mereka telah memberikan harapan bahawa 'ada esok' sebenarnya dalam kehidupan ini pada ketika kita meniti hidup yang masyarakatnya semakin kasar dan kejam. Ya, kanak-kanak itu telah membuat saya riang sepanjang hari.
Perbuatan mereka telah 'make up my day' (melengkapkan hari saya)! Tak apalah jika mereka memanggil saya 'datuk'. Memang saya sudah tua, rambut beruban, malahan janggut dan misai lebih banyak putih daripada hitam.
Bagus juga dipanggil 'datuk' kerana ia dapat menyedar dan memberi keinsafan tetapi jika saya dapat pingat bergelar dan dipanggil 'Datuk' atau 'Datuk Seri', itu baik juga. Ha, ha, ha, saya ketawa sendirian.
Di surau itu saya telah saksikan 'satu sinar' - sinar harapan. Bagi saya inilah hadiah hari jadi paling indah pernah saya dapat.
'Hadiah' ini membuatkan pemberian berbentuk material dan kata-kata indah pada kad ucapan yang saya terima selama ini kelihatan amat kecil malah mungkin tidak bermakna. Ya, apa ertinya jika ia hanya indah pada kata-kata tetapi tidak disertai perbuatan?
Akhirnya saya telah ketemui keindahan kata-kata diterjemahkan menjadi perbuatan. Saya menyaksikan dengan mata kepala ini sendiri bagaimana kanak-kanak itu dapat menterjemahkan apa yang dipelajari di rumah dan sekolah; tentang budi bahasa, tentang sifat tolong menolong yang 'berbuih-buih' diajar oleh ibu bapa dan guru di sekolah secara praktik tanpa disuruh, tanpa dipaksa.
Menemui insan dewasa apatah lagi kanak-kanak yang ikhlas membantu orang lain memang sukar. Ini kerana sejak kecil anak-anak kita dilatih dengan upah, mengharapkan ganjaran pada penghujung sesuatu usaha. Misalnya pada bulan Ramadan ada ayah berkata berpuasalah nak nanti bapak bagi duit.
Ibu bapa mungkin juga berkata belajarlah bersungguh-sungguh nanti anak akan dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 11A dalam SPM. Nanti kau akan senang nak, dapat kerja bagus, duit banyak dan rumah besar!
Dalam dunia materialistik sekarang ini, hampir semuanya menjanjikan ganjaran, tetapi peristiwa "datuk, boleh tolong...?" di sebuah surau nun di sebuah kawasan pedalaman, menyedarkan saya bahawa 'generasi muda kita masih boleh diselamatkan' - ayuh marilah kita, terutama orang yang terbabit terus dalam bidang pendidikan seperti 'cikgu' berusaha sepenuh jiwa membimbing generasi muda kita ke jalan-Nya yang lurus!
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers

