Roslan Hamid's Blog, page 22

May 23, 2022

Syawal 23, 1443: Muslim gagal tangani masalah sesama ummah (U)

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan

Jauhi sifat memfitnah


Khalil bin Ahmad berkata: "Siapa yang memfitnah orang lain kepadamu, dia akan memfitnahmu kelak. Siapa yang mengkhabarkan keburukan orang lain kepadamu, dia akan mengkhabarkan keburukanmu kepada orang lain." - Hidayah Mac 2011


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia untuk memuzakarahkan permasalahan ummah, kali ini berkaitan umat Islam sejagat, terutama di rantau Arab.


Dulu dalam konflik Palestin dan Bosnia Herzegovina, kita sering menuding jari kepada kuasa besar dan badan dunia (PBB) yang gagal menangani permasalahan di negara terbabit, tetapi kini dalam menangani permasalahan di dalam negara umat Islam sendiri, ummah dan organisasi terbesar yang kerap diuar-uarkan sebagai payung ummah, Pertubuhan Persidangan (sekarang Kerjasama) Islam (OIC) gagal bertindak.


Jika konflik Palestin membabitkan Israel yang sering didakwa sebagai anak emas Amerika manakala krisis Bosnia membabitkan pengganas Serb dan Croat yang jelas bukan Islam, tetapi apakah alasan ummah untuk tidak berusaha meleraikan perbalahan yang kini berapi di rantau Arab, dari Afrika Utara sehinggalah negara Teluk.


Persoalannya, di manakah OIC dan pemimpin-pemimpin negara umat Islam bagi menghadapi pergolakan ini? Apakah dunia Islam masih mahu terus menyalahkan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia? Sewajarnya pergolakan dalam negara Islam dengan segera ditangani pemimpin umat Islam sendiri dan organisasi yang memayungi mereka, namun hakikatnya ia tidak berlaku.


Setakat ini tiada kedengaran suara OIC dalam menangani konflik di rantau Arab yang menyaksikan pergolakan paling serius di Tunisia, Mesir, Yaman - Arab Saudi, Bahrain dan  Libya. Dalam konflik di Bahrain kita tertanya-tanya mengapa tentera Saudi dikejarkan ke sana tanpa apa-apa bantahan daripada negara Islam lain dan payung mereka, OIC.


Kemudian dalam konflik di negara lain terutama Yaman - Arab Saudi yang telah meragut ratusan nyawa, tidak pula kedengaran pemimpin umat Islam dan OIC berusaha untuk membawa kumpulan bertelagah ke meja rundingan. Nampaknya kedua-dua pihak dibiarkan bertempur antara satu sama lain yang menjuruskan negara ke lembah kehancuran.


Kegagalan pemimpin umat Islam dan organisasi mereka seperti OIC bertindak menangani konflik di negara umat Islam, menyebabkan kuasa besar dunia (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis), mengambil kesempatan untuk campur tangan termasuk menyerang Libya kononnya bagi melaksanakan satu resolusi yang diputuskan oleh PBB.


Bagi kita, perkembangan ini membuktikan ketidak-upayaan pemimpin negara umat Islam dan organisasi memayungi mereka (OIC) menggerakkan usaha mendamaikan konflik di negara umat Islam sendiri. Jika ini tidak dapat dilakukan bagaimana nasib umat Islam minoriti di negara dan rantau seperti Kashmir (India), Xinjiang (China), Arakan (Myanmar), Chechnya (Rusia), Selatan Thailand dan Selatan Filipina dapat dibantu?


Kita bimbang sebahagian besar pemimpin negara umat Islam kini adalah pemerintah mutlak atau diktator yang berselindung di sebalik demokrasi; mereka tidak mempedulikan nasib ummah apatah lagi ajaran murni yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi s.a.w. menyatakan umat Islam bersaudara, mereka ibarat sebuah tubuh, jika satu anggota sakit maka seluruh anggota akan menanggung kesakitannya. Namun pada hari ini, umat Islam terpaksa menanggung penderitaan mereka sendiri-sendiri dengan negara dan umat Islam hanya menjadi pemerhati atau lebih buruk lagi mengambil sikap tidak peduli.


Demikianlah nasib umat Islam pada akhir zaman ini, kesatuan mereka telah lumpuh selepas mereka dipecah-pecahkan kepada negara-negara nasionalis oleh pihak Barat.


Kebanyakan rakyat dan pemimpinnya berjuang atas semangat kebangsaan dan bukan atas dasar Islam, sebab itulah konflik di negara masing-masing ditangani secara sendiri-sendiri manakala umat Islam di persada antarabangsa berlepas tangan atau mendiamkan diri.


Apabila tidak wujudnya kesatuan ummah ini, maka terbukalah peluang untuk kafir laknatullah menyerang negara umat Islam seperti Libya, kononnya bagi mematuhi resolusi PBB sedangkan resolusi pihak yang sama dalam isu di Palestin tidak dipedulikan pun!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2022 16:34

May 22, 2022

Syawal 22, 1443: Duit masjid bukan untuk disimpan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

 

SUATU petang selepas solat asar di sebuah masjid yang biasa dikunjungi, saya berehat sebentar di beranda, melihat-lihat sebuah papan putih yang tertera jumlah wang kutipan masjid setiap minggu dan bulan.


Pada kebanyakan minggu jumlah kutipannya melebihi RM3,000. Jadi jumlah kutipan bulanan tidak kurang RM10,000. Kadang-kadang dalam sebulan ada lima minggu manakala kutipan juga dibuat pada Aidilfitri dan Aidiladha…bermakna lumayanlah masjid ini dari segi kewangannya.


Di dua masjid berdekatan yang juga kerap saya kunjungi, kutipan kedua-duanya tidak pernah kurang daripada RM2,500 seminggu. Malah di papan putih sebuah masjid ada tercatat jumlah kutipan bulanan daripada hasil ladang dan pajakan tanah.


Ya sungguh lumayan perolehan masjid-masjid kita; persoalannya apakah wang daripada derma orang ramai, sama ada melalui peti mini yang diedarkan pada setiap Jumaat  ataupun tabung tetap di masjid digunakan secara maksimum untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah itu?


Duit itu adalah sumbangan orang yang mahu melihat masjid diimarahkan dengan program yang dapat mendekatkan masyarakat kepada Ilahi, tetapi kadang kala lain pula terjadi - ada sesetengah ahli jawatankuasa masjid terlalu berminat menimbunkan wang sedekah dalam bank.


Sesetengah setiausaha dan bendahari masjid bersaing antara satu sama lain, masjid mana yang mempunyai simpanan paling banyak. Mereka yang menyimpan paling banyak bangga, kononnya berjaya mengkayakan masjid, hakikatnya masjid tidak perlu dikayakan, yang perlu dikayakan adalah masyarakat Islam, sama ada dari segi kehidupan harian ataupun keimanan mereka.


Tidak lama dulu penulis menghadiri ceramah seorang motivator yang namanya pada pandangan penulis usah disebut. Di masjid itu beliau bercakap dengan nada keras: "Kalau jawatankuasa masjid tidak tahu buat kerja, muka pun tak ada ketika solat jemaah, lebih baiklah letak jawatan. Janganlah gila pangkat dan kedudukan, bagilah pada orang yang boleh buat kerja."


Beliau meminta jemaah melihat sekeliling dan berkata: "Lihatlah muka yang datang ke masjid, asyik-asyik muka yang sama. Muka KRU (kumpulan rambut uban). Mana dia anak-anak muda kita? Tanyalah diri sendiri mengapa mereka tidak datang ke masjid?"


Katanya, AJK perlu menguruskan masjid dengan berkesan. Makmurkan masjid. Buat program-program yang dapat menarik minat anak-anak muda. Untuk tujuan ini, tentulah perlukan peruntukan kewangan yang banyak.


"Inilah masanya untuk kita gunakan wang derma orang ramai itu. Janganlah simpan wang banyak-banyak dalam bank, tak mahu keluarkan. Orang yang dermakan wang itu mahu melihat wang itu digunakan untuk manfaat orang ramai, ini simpan dalam bank banyak-banyak buat apa?" tanyanya.


Beliau membidas AJK masjid yang gemar berbincang mengenai apa makanan yang hendak disediakan selepas majlis ceramah dan sebagainya tetapi tidak pula membahaskan dan menjayakan program apa yang sesuai bagi memakmurkan masjid terutama bagi menarik generasi muda.


Katanya, pemuda-pemudi sudah tahu aktiviti yang berlangsung di masjid seperti kelas pengajian, majlis marhaban (ketika sambutan Maulidur Rasul), bacaan Surah Yassin pada malam Jumaat, jadi mereka tidak tertarik untuk datang kerana majlis-majlis seumpama itu pada fikiran mereka hanya sesuai untuk orang tua.


“Cuba buat kelainan, buatlah sesuatu yang dapat memikat mereka,” katanya. 


Penulis teringat ada pengurusan beberapa masjid sudah menjayakan projek seperti membina gelanggang sepak takraw di tepi masjid. Apabila azan, budak-budak berhenti bermain dan diajak untuk solat berjemaah. Ada pengurusan masjid sudah memajukan kelas komputer, golongan muda dapat dibimbing meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat.


Demikianlah banyak program dapat dimajukan di masjid sebagai pendekatan menarik sebanyak mungkin anggota masyarakat ke rumah Allah itu, tidak kira daripada golongan veteran, wanita, muda-mudi dan juga kanak-kanak.


Bagaimanapun sebahagian besar harapan orang ramai tidak tercapai kerana realitinya kebanyakan pengurusan masjid dimonopoli golongan tertentu yang ada kepentingan termasuk dari segi politik. Mereka berada di kedudukan berkenaan bukan dilantik oleh ahli kariah tetapi dipilih pihak berkuasa.


Apabila ini berlaku (pelantikan orang yang tidak mencintai rumah Allah), berlakulah kelemahan pengurusan masjid seperti sekarang. Jika solat waktu pun AJK jarang hadir, bagaimana mereka boleh mengaktifkan masjid?


Selain kelemahan pengurusan, sesetengah ‘orang masjid’ pula kurang dalam PR (perhubungan awam) mereka. Sebagai contoh, ramai yang bukan saja tidak mesra kanak-kanak  tetapi anti-kanak-kanak.


Misalnya baru-baru ini penulis melihat bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main di masjid diusir sehingga jauh oleh ‘orang masjid’. Bagi penulis adalah biasa untuk kanak-kanak bermain-main, cukuplah menasihati mereka, tidak perlu ‘dihambat’ sedemikian rupa. Lainlah kalau 'bapak orang' bermain-main dalam masjid…itu baru tak reti bahasa namanya!


Tidak lama dulu, seorang anak penulis yang melalui satu kawasan ‘larangan’ (dia sendiri tidak tahu larangan itu) di masjid telah dijerit oleh seseorang: “Hei budak…” Itu ‘pengalaman ngeri’ baginya tetapi syukurlah dia tidak ‘patah hati’ untuk terus ke masjid!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2022 16:10

May 21, 2022

Syawal 21, 1443: Untuk hidup tenang...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


Cara mendekatkan diri pada Allah SWT, cendekiawan (Pesantrenonline) antara lain mengungkapkan: 


1.    Selalu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT.Dalam aspek ini kaitannya dengan apa yang sudah kita dapatkan. Allah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan harta, kelaparan, dan kehausan. Dari sanalah Allah SWT akan tahu siapa hamba-Nya yang benar-benar bersyukur dan mana hamba-Nya yang hanya mencintai duniawi tanpa memikirkan kehidupan akhirat yang justeru itulah kehidupan yang sebenarnya.2.    Selalu mengucap istigfar ketika melakukan kesalahan.Hal ini adalah hal yang paling mudah dilakukan namun tidak semua orang dapat mengamalkannya. Jika mengucap istigfar saja tidak bisa bagaimana bisa seorang hamba dekat dengan Tuhan-Nya? Sejatinya mengakui kesalahan dan bersegera untuk berdataubat adalah salah satu jalan yang harus di lalui untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.3.    Menjalankan kewajiban dan menjauhi larangan-Nya.Kewajiban utama seorang hamba adalah menjalankan apa yang sudah diwajibkan. Seperti solat, zakat, puasa, dan melakukan haji bagi mereka yang sudah mampu. Bahkan dijelaskan di dalam al-Quran bahwa solat adalah hal pertama yang ditanyakan di dalam kubur4.    Mengamalkan berbagai-bagai amalan yang sudah turun-temurun sejak zamannya para Nabi.Amalan di sini adalah sejenis amalan ang dapat menghantarkan kita untuk sesegera mungkin berdekatan dengan Allah SWT. Beberapa orang pada zamannya para Nabi sering melakukan berbagai-bagai amalan yang disunnahkan. Seperti dengan berzikir, melakukan perbuatan baik, dan banyak hal lain yang berhubungan dengan usaha batiniyah yang dilakukan. Bahkan usaha ini tidak hanya akan mendekatkan diri kepada Allah SWT, melainkan juga terpenuhinya hajat yang diminta dalam menjalani kehidupan duniawi.5.    Selalu berprasangka baik kepada Allah SWTAllah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan perkara apa pun. Sebagai seorang hamba, kita hanya diwajibkan untuk selalu husnudzan kepada-Nya. Kerana bisa jadi apa yang kita anggap buruk justeru itulah hal yang membuat kita menjadi lebih baik. Pada dasarnya berfikir negatif sangat berbahaya bagi kehidupan. Allah SWT berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: Al-Baqarah [2]: 216).Beberapa hal di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa cara yang biasa digunakan oleh mereka yang ingin semakin dekat dengan Sang Maha Pencipta. Tentu masih banyak hal lain yang dapat dilakukan. Inti daripada usaha ini adalah dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menjauhi larangan-Nya dan melakukan kewajiban yang sudah diwajibkan kepada setiap hamba. Jadi tidak wajar (salah) kita lari daripada Allah SWT sebaliknya perlu mendekati-Nya serapat-rapatnya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2022 16:27

May 18, 2022

Syawal 18, 1443: Usah buat dosa berantai...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)


MATLAMAT tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.


Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.


Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."


Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.


Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?


Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.


Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al Muafaqat menyatakan: "Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…"


Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya 'Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun' (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: "Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.


"Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. "Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja."


Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?


Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?


Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: "Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud '(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar'. (Surah Al-Nur Ayat 15)


"Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: 'Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka'. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.


"Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.


"Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!"


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2022 16:23

May 17, 2022

Syawal 17. 1443: Sampai bila mahu asyik 'naik haji'...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)


DAHULU ketika bersekolah menengah (tahun 1970-an) saya dan rakan-rakan terpegun dengan karakter seorang pelajar - dia mengumumkan cita-citanya menjadi perdana menteri - dan dia menunjukkan kesungguhannya itu dengan mempamerkan daya kepimpinan seperti menyertai pasukan bahas sekolah dan menjadi kapten permainan sukan. Lantas dia mendapat jolokan Si......PM sampailah sekarang!


Sahabat ini menjadikan PM kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idola. Gambar Tun Razak, seorang murid tua yang bagaikan sireh pulang ke gagang ke sekolah kami pada tahun 1974 dengan menaiki beca sering menjadi perhatiannya - ya nanti dia juga akan pulang ke 'alma mater' mengulangi kisah Tun Razak sebagai seorang perdana menteri!


Namun, selepas puluhan tahun, nama sahabat ini 'tidak muncul-muncul' dalam arena politik tanah air yang boleh menonjolkan dirinya sebagai bakal perdana menteri. Kalau dia dalam kedudukan seorang Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, menteri dan sebagainya, insya-Allah dia semakin hampir menjadi perdana menteri tetapi entah apa silapnya, 'namanya' belum timbul-timbul lagi.


Tidaklah saya bertujuan memperkecil-kecilkan cita-citanya atau menidakkan kuasa Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu sekehendak-Nya seperti menaik dan menjatuhkan seseorang tetapi saya ingin memfokuskan satu perkara penting - masa berlalu begitu pantas dan saya dan orang-orang seangkatan saya seperti pelajar setingkatan puluhan lalu seperti rakan yang bercita-cita menjadi PM ini, kini tanpa sedar atau sedar sudah memasuki usia 'tidak berapa muda' seperti ungkapan seorang ustaz yang tidak mahu menggunakan perkataan 'tua' yang ramai orang tak suka. Namun hakikatnya 'the game is over' (permainan sudah tamat), kita semakin ke kubur!


Masa adalah emas, kata bijak pandai Melayu; orang Arab pula mengandaikannya bagai pedang, jika kamu tidak pandai memanfaatkannya ia akan memotong kepala kamu. Ya, masa telah 'memotong kepala' kebanyakan daripada kita termasuklah saya dan kini jika dihitung-hitung berdasarkan usia kewafatan Rasulullah s.a.w., saya dan rakan seusia saya hanya berpeluang menyambut Hari Raya beberapa kali saja lagi!


Itu pun, kata  sang ustaz dalam kuliahnya yang saya hadiri baru-baru ini, sayang sekali sayang, ramai 'orang tidak berapa muda' gagal memanfaatkan 'reja' (baki) masa mereka. Beliau menceritakan seorang 'datuk' di kampungnya terus leka bermain ayam sabung. Siang malam asyik dengan ayamnya saja. Tidak teringat hendak ke masjid hatta pada maghrib yang tempoh waktu solatnya pendek, dia terus leka dengan dengan ayamnya. Orang kalau pada usia tua bukankah baik perbanyakkan zikir menyebut nama Allah atau berselawat, ini tak, dia asyik kurrrrrr, kurrrrrr, kurrrrrrr sana sini siang dan malam.


Demikian juga kalau seseorang itu sudah gila dengan burung misalnya burung terkukur, siang malam asyik main dengan burung yang dikurung dalam sangkar. Si tua yang gila mengumpul barang antik pun ada manakala yang lain asyik-asyik memancing ikan dan tak kurang juga terutama perempuan jadi kaki TV. Ya, kata sang ustaz susah nak tegur orang tua dengan hobi gila-gila ini. Beliau 'mengomen' orang lain dah naik ke bulan, meneroka angkasa lepas, menjelajah laut lepas tetapi sesetengah orang Melayu masih dengan hobi pelik seperti bermain burung, bermain ayam sabung dan bermain gasing.


Akhir sekali sang ustaz 'membasuh' golongan tua yang asyik duduk kedai kopi bermain dam papan. Lepas sepapan sepapan mereka main, dari pagi sampailah maghrib atau malam. Selagi warung tak tutup selagi itulah mereka bermain. Sekali pusingan menghadap papan dam, mereka 'berupaya naik haji' berkali-kali tetapi 'haji' ini bukan menyebabkan mereka semakin 'syok' dan 'leka', lantas tak ingat rumah tangga, anak bini apatah lagi masjid dan surau.


Pemain dan peminat yang menggerumuni papan dam sekalipun minum secawan dua kopi tetapi kebanyakannya kuat hisap rokok. Pada kotak rokok ada perkataan AMARAN, ada gambar besar leher pesakit kanser yang berlubang atau lidah yang bernanah, mereka tak peduli. Sebatang demi sebatang mereka hisap akibat terlalu syok main atau melihat permainan dam aji.


Mereka yang syok dengan dam aji ini tak sedar masa keemasan yang berbaki semakin hari malah sesaat demi sesaat semakin habis. Mereka terus syok dapat 'naik haji demi haji' tetapi bagi menunaikan haji sebenar iaitu Rukun Islam kelima jauh atau tak terfikir dalam benak mereka. Mungkin mereka berfikir, ah aku tak mampu, duit tak ada (tak cukup) jadi bagaimana nak naikhaji. Antara syarat tunai haji berkuasa dari segi perbelanjaan, aku tak mampu jadi tak payahlah.


Namun mereka tak sedar, duit belanja beli rokok kalau dihimpunkan tahun demi tahun boleh mencapai puluhan jika tak ratusan ribu ringgit yang jika dapat dijimatkan membolehkan mereka 'naik haji atau umrah' beberapa kali. Katakanlah seseorang itu menghisap sebungkus rokok sehari yang harganya dianggarkan RM10, dalam sebulan jika tidak merokok dia boleh menyimpan RM300 yang dalam setahun akan menjadi RM3,600. Kalau 10 tahun sudah RM36,000 yang membolehkan dia 'naik haji atau umrah sebenar' sebanyak beberapa kali.


Ini tak, sekalipun setiap hari 'naik haji' beberapa kali atau belasan atau puluhan kali di meja papan dam, dia tetap dulu, kini dan harap-harap tidak selama-lamanya bergelar haji dam...ya wahai orang yang tak beberapa muda...sedar-sedarlah diri bila nak menjejakkan kaki ke masjid atau berangkat ke Tanah Suci...takkan nak tunggu orang usung diri kita ke masjid atau buatkan badal haji untuk kita!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2022 16:31

May 14, 2022

Syawal 14, 1443: Di kaki lima badan tercampak...(U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya (meminum) al-Khmar (arak), berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum al-Khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah subhanahu wata'ala daripada sembahyang maka berhentilah kamu daripada mengerjakan pekerjaan itu." (Maksud ayat 90-91 Surah al-Maa'idah)


PERSOALAN remaja begitu merungsingkan. Sebagai bapa lima anak  saya juga diselubungi kerisauan memanjang. Teringat saya daripada sebuah buku yang telah saya baca, Sayidina Ali karamah wahja atau Sayidina Umar Al-Khattab r.a. antara lain berkata didiklah anak-anakmu mengikut zaman mereka.


Ya, zaman sekarang era IT, tak sama masa saya remaja dan di IPT dulu. Ketika itu antara harta paling bernilai adalah mesin taip buruk. Kini kelengkapan IT anak-anak sangat canggih. Mereka terdedah kepada segala kemungkinan. Itulah yang saya bimbangkan.


Sebahagian ibu bapa tersepit antara memberi kebebasan (peluang) kepada anak-anak remaja ini atau menyekat mereka daripada akses gajet moden ini. Misalnya, kemudahan internet termasuk telefon selular, nak menyekat mereka daripada mempunyai aksesnya tentu merugikan mereka sendiri tetapi membenarkannya kita tidak tahu apa yang anak kita lakukan. Yalah depan kita, segala-galanya nampak okay, tetapi belakang kita terutama ketika bersama kawan-kawan mereka, siapa tahu. Mana kita ada masa nak kontrol mereka 24 jam sehari.


Kalau mak bapak mendidik sendiri anak-anak boleh tahan; tetapi berdasarkan apa yang saya lihat di persekitaran kehidupan saya, anak-anak yang diserahkan kepada datuk nenek, sebahagian besar daripada mereka gagal dalam kehidupan. Ada seorang pemuda saya lihat hidupnya tidak keruan sejak datuk dan neneknya meninggal dunia; itulah mungkin dulu dia terlalu dimanjakan menyebabkan dia tidak tahu hidup berdikari. Dia kini menjadi orang gelandangan, tidur di kaki lima dengan pakaian tak ditukar berhari-hari lamanya.


Ada seorang pemuda pula sudah jadi kaki dadah. Kerja sehari dua untuk mendapat seringgit dua selepas itu hanyut berminggu-minggu dalam dunia dadah bersama-sama kawan-kawannya. Mereka menjadikan sebuah pondok kosong sebagai syurga dunia.


Demikianlah betapa ramai anak-anak muda hanyut; selain dua contoh yang dinyatakan ini, di manakah remaja lain lain berada? Jika anda ke masjid sama ada untuk solat waktu berjemaah atau mengikuti kelas pengajian antara maghrib dan isyak, adakah ada anak muda menyertainya? Jawapannya mereka sukar dilihat, jadi ke mana agaknya mereka pergi?


Ramai muda-mudi kita (sebenarnya bukan muda-mudi saja tetapi seluruh umat Islam) sudah tersasar, jadi apakah jalan penyelesaiannya? Seorang pembaca menulis: “Islam sahaja tamadun penyelamat dunia. Mana tidaknya? Bayangkan, ketika peperangan melawan musuh sekalipun, prinsip perang itu sendiri jelas; bunuhlah mereka yang menentang sahaja, tawanan perang hanya diminta menebus diri, syiar agama pihak musuh seperti gereja dan kuil haram diceroboh, apatah lagi diruntuhkan, dan setelah berkuasa, mestilah berdamai, bukan menjajah walaupun dengan tertegaknya pentadbiran Islam.


“Mungkin masih banyak lagi yang saya jahil tentangnya, namun, rasanya dengan itu sahaja pun memadai untuk mengisyaratkan Islam adalah tamadun perdamaian dan kesejahteraan untuk semua, sesuai sekali dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rahmat kepada sekalian alam. Begitulah juga dengan segala hukum-hakam serta peradaban yang digariskan Islam, daripada sekecil-kecil dan remeh perkara seperti ke tandas, tidur dan bangun tidur, sehinggalah ke urusan hubungan insani sejagat dan antara hanba dengan Allah SWT, pasti berkesan menyelamatkan masyarakat daripada kehancuran kiranya dihayati seluruhnya, sesuai dengan firman-Nya yang meminta agar kita menjadi Muslim yang mukmin secara total.


“Namun begitu, persoalannya, dengan pelaksanaan Islam oleh pentadbir ‘sekular’ yang Islam keturunanlah, kesucian Islam telah dinodai. Ia diburukkan lagi dengan kedapatan segelintir mereka yang diiktiraf sebagai ‘ulama’" yang turut rakus terhadap keduniaan sebagaimana para pendita Yahudi dan Nasrani. Mana tidaknya, ada ustazah dan ustaz pandai memfitnah orang termasuk melalui tulisan.


“Gejala keruntuhan akhlak remaja sering dikaitkan dengan kecuaian ibu bapa secara langsung. Nah, bukankah mereka yang dalam kepimpinan itu adalah ibu dan bapa kepada anak-anak mereka? Sekali gus, bukankah mereka juga merupakan ibu dan bapa kepada rakyat yang dipimpin? Bukankah dengan penajaan program dan aktiviti hiburan melampau dan pentafsiran agama menurut pemikiran dangkal menyebabkan akidah masyarakat runtuh, kesucian wanita dan gadis ternoda, bangsa jadi leka dan alpa terhadap ilmu, dan bermacam-macam kejahilan dan keruntuhan moral berlaku?


“Dengan itu, mari kita bersama kembalikan kegemilangan tamadun Islam dahulu untuk kini dan selamanya. Semoga usaha kita nan sedikit lagi tak seberapa ini dihitung antara kaedah jihad serta bukti pengabdian kita kepada-Nya sahaja."


Ya, benar apa yang ditulis pembaca ini. Pemimpin mempunyai saham dalam mencorak anak muda kita. Teringat penulis betapa ada pemimpin sanggup turun ke gelanggang konsert sekalipun berlaku hujan dengan kilat dan guruh berdentam-dentum dan langkah beliau dikuti ribuan anak-anak muda. Muda-mudi ke konsert hiburan rupanya, sebab itu mereka tiada di masjid.


Apabila guru (pemimpin) kencing berdiri, anak murid kencing berlari, itulah sebabnya pada malam itu ramai anak muda bergelimpangan di kaki lima, hujung tahun ramailah yang masuk sekolah mengandung yang disediakan pemimpin berkenaan!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2022 17:39

May 13, 2022

Syawal 13, 1443: Nafsu macam kuda liar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


PADA Aidilfitri kali ini kita berpeluang menziarahi sanak saudara dan rakan taulan. Saya dan keluarga juga tidak ketinggalan. Antara rumah dikunjungi adalah nenek sebelah isteri yang berusia lebih 90 tahun.


Sebelum PKP dahulu, semasa kunjungan Aidilfitri dia bergerak cergas seperti orang sihat tetapi kali ini berada di pembaringan. Saya meluangkan masa beberapa minit untuk bersendirian bersamanya - mendengar nasihat daripada insan penuh pengalaman hidup ini dari atas katil beliau sendiri..


Antara perkara menarik disebut beliau adalah mengenai nafsu. Katanya: "Aku dah tak ada nafsu nak makan. Perut aku sentiasa kenyang. Bagi aku puasa tu tak jadi masalah sebab aku sentiasa kenyang. Tetapi anak-anak suruh makan, jadi aku pun makanlah." (maksudnya berbuka puasa)


Saya berfikir: Orang tua ni ditarik sebahagian nafsunya, ya nafsu makan (nafsu itu banyak antara lain nafsu syahwat, harta, pangkat dan pujian) Namun ada orang tua lain yang saya temui semakin kuat nafsu nak makannya. Nak makan itu, nak makan ini...tetapi apabila diadakan makanan itu, tak dimakannya pula...Tak ada selera kata, mereka. Nafsu ada selera tak ada; susah juga.


Selain nafsu makan, ada orang tua yang melayan nafsu lain dan mahu berkelakuan dan berlagak macam  orang muda tetapi masakan mereka mampu melakukannya kerana kata orang 'nafsu tinggi tetapi tenaga dah tak berada nak ada.' Kata mereka, jiwa mereka muda tetapi terperangkap dalam tubuh tua!


Berceloteh saya pasal nafsu, teringat saya kisah saya menjalani pembedahan di hospital tempoh hari. Seperti dikisahkan dahulu saya telah berpuasa hampir 30 jam sebelum dibawa ke kamar pembedahan.


Sebelum pembedahan rasanya amat lapar (nafsu nak makan melonjak sangat) tetapi semasa ditidurkan (diberi ubat bius) saya tak sedar apa-apa dan tup-tup saya dapat melihat dalam keadaan berpinar-pinar doktor dan misi menepuk-menepuk pipi saya. Eh, apa dah berlaku ni, saya macam ingat-ingat rupa.


Rupa-rupanya pembedahan sudah selesai. Saya dapat rasakan dipindahkan sebuah katil lain dan ditolak oleh misi kembali ke wad asal. Ketika ditolak, saya tidak sedar akan kelainan pada diri tetapi ketika sampai ke wad, misi yang menyerahkan baju dan kain 'genggang' hospital, menyedarkan saya bahawa kemaluan saya sudah dibedah dan kini saya sudah 'dipakaikan' tiub yang mengalirkan air kencing ke sebuah kampit plastik di sisi pinggang saya. Alat urethra ini menyambungkan pundi kencing ke kampit berkenaan, air kencing mengalir berterusan tanpa kita dapat mengawalnya.


Selepas ditinggalkan sendirian oleh misi-misi berkenaan, perkara pertama terlintas di benak saya ialah memenuhi nafsu minum dan makan. Al-maklumlah saya dah tak makan 30 jam. Saya meraba botol air mineral, ada, lantas minum...terasa pahit! Saya capai roti ban sisa semalam, dan cuba makan. Lagi terasa amat pahit. Amat pahit. Saya tak lagi cuba makan dan minum tetapi melihat-melihat 'perubahan' pada diri dan akhir-akhirnya cuba tidur...sukar tetapi akhirnya terlelap jua...


Azan subuh berkumandang dari Masjid Al-Azim yang bersebelahan hospital mengejutkan saya... saya hanya mampu duduk di atas katil...secara perlahan-lahan saya mengeluarkan kain lampin daripada bawah lambung saya dan kemudian membersihkan mana yang patut; seterusnya mencapai botol wuduk 'spray'...subuh itu saya solat buat pertama kalinya di atas katil...


Kira-kira jam 7.00 pagi, 'budak-budak' (petugas) bahagian makanan, menolak troli ke kamar wad. Waduh, ini saat dinanti kerana nafsu nak makan saya sudah memuncak, almaklumlah dah tak makan 30 jam.. Malangnya, ketika mahu mengagihkan makanan menu pagi itu iaitu nasi goreng, mereka meminta pesakit menyediakan bekas. Saya tak ada bekas (saya mana tahu prosedur hospital kerajaan kerana baharu pertama kali masuk wad), nampaknya tak makanlah saya lagi.


Namun alhamdulillah, seorang petugas prihatin, memberikan saya satu mangkuk, jadi dapatlah saya menadah nasi goreng yang disenduk ke dalam mangkuk dipinjam itu...Kali ini makanan ini (nasi goreng) tidak pula terasa pahit....sedap pula sehingga saya makan tak tersisa seulas nasi pun. Alhamdulillah saya telah dapat penuhi nafsu nak makan saya yang sudah ditahan-tahan selama 30 jam!


Demikianlah, pengalaman sebahagiannya mengajar kita bahawa nafsu itu termasuk nafsu makan boleh dikawal, mungkinkah sebab itu kita diwajibkan berpuasa sebulan penuh pada Ramadan.


Kita bernafsu sebab kita 'manusia normal', macam kita kisahkan pada awal tadi, si nenek lebih 90 tahun itu sudah ditarik sebahagian nafsu seperti nafsu makannya...jadi sebagai orang beriman kita diminta mengawal nafsu kita. Ulama berkata nafsu ini macam kuda liar, tugas kita menjinakkannya agar kita dapat menunggang nafsu bukan membiarkan nafsu menunggang kita!


Kalau ditarik nafsu seperti nenek tadi ditarik nafsu makannya, macam mana kita nak hidup jika tak ada nafsu nak kahwin, nafsu nak cantik, nafsu nak kaya, pandai dan sebagainya. Ya kita bukan malaikat yang tak ada nafsu, tetapi ada nafsu tetapi yang penting bijak mengurusnya..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 13, 2022 17:23

May 12, 2022

Syawal 12, 1443: Marahlah jika bapak berlari-larian di masjid...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

 

SUATU petang selepas solat asar di sebuah masjid yang biasa dikunjungi, saya berehat sebentar di beranda, melihat-lihat sebuah papan putih yang tertera jumlah wang kutipan masjid setiap minggu dan bulan.


Pada kebanyakan minggu jumlah kutipannya melebihi RM3,000. Jadi jumlah kutipan bulanan tidak kurang RM10,000. Kadang-kadang dalam sebulan ada lima minggu manakala kutipan juga dibuat pada Aidilfitri dan Aidiladha…bermakna lumayanlah masjid ini dari segi kewangannya.


Di dua masjid berdekatan yang juga kerap saya kunjungi, kutipan kedua-duanya tidak pernah kurang daripada RM2,500 seminggu. Malah di papan putih sebuah masjid ada tercatat jumlah kutipan bulanan daripada hasil ladang dan pajakan tanah.


Ya sungguh lumayan perolehan masjid-masjid kita; persoalannya apakah wang daripada derma orang ramai, sama ada melalui peti mini yang diedarkan pada setiap Jumaat  ataupun tabung tetap di masjid digunakan secara maksimum untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah itu?


Duit itu adalah sumbangan orang yang mahu melihat masjid diimarahkan dengan program yang dapat mendekatkan masyarakat kepada Ilahi, tetapi kadang kala lain pula terjadi - ada sesetengah ahli jawatankuasa masjid terlalu berminat menimbunkan wang sedekah dalam bank.


Sesetengah setiausaha dan bendahari masjid bersaing antara satu sama lain, masjid mana yang mempunyai simpanan paling banyak. Mereka yang menyimpan paling banyak bangga, kononnya berjaya mengkayakan masjid, hakikatnya masjid tidak perlu dikayakan, yang perlu dikayakan adalah masyarakat Islam, sama ada dari segi kehidupan harian ataupun keimanan mereka.


Tidak lama dulu penulis menghadiri ceramah seorang motivator yang namanya pada pandangan penulis usah disebut. Di masjid itu beliau bercakap dengan nada keras: "Kalau jawatankuasa masjid tidak tahu buat kerja, muka pun tak ada ketika solat jemaah, lebih baiklah letak jawatan. Janganlah gila pangkat dan kedudukan, bagilah pada orang yang boleh buat kerja."


Beliau meminta jemaah melihat sekeliling dan berkata: "Lihatlah muka yang datang ke masjid, asyik-asyik muka yang sama. Muka KRU (kumpulan rambut uban). Mana dia anak-anak muda kita? Tanyalah diri sendiri mengapa mereka tidak datang ke masjid?"


Katanya, AJK perlu menguruskan masjid dengan berkesan. Makmurkan masjid. Buat program-program yang dapat menarik minat anak-anak muda. Untuk tujuan ini, tentulah perlukan peruntukan kewangan yang banyak.


"Inilah masanya untuk kita gunakan wang derma orang ramai itu. Janganlah simpan wang banyak-banyak dalam bank, tak mahu keluarkan. Orang yang dermakan wang itu mahu melihat wang itu digunakan untuk manfaat orang ramai, ini simpan dalam bank banyak-banyak buat apa?" tanyanya.


Beliau membidas AJK masjid yang gemar berbincang mengenai apa makanan yang hendak disediakan selepas majlis ceramah dan sebagainya tetapi tidak pula membahaskan dan menjayakan program apa yang sesuai bagi memakmurkan masjid terutama bagi menarik generasi muda.


Katanya, pemuda-pemudi sudah tahu aktiviti yang berlangsung di masjid seperti kelas pengajian, majlis marhaban (ketika sambutan Maulidur Rasul), bacaan Surah Yassin pada malam Jumaat, jadi mereka tidak tertarik untuk datang kerana majlis-majlis seumpama itu pada fikiran mereka hanya sesuai untuk orang tua.


“Cuba buat kelainan, buatlah sesuatu yang dapat memikat mereka,” katanya. 


Penulis teringat ada pengurusan beberapa masjid sudah menjayakan projek seperti membina gelanggang sepak takraw di tepi masjid. Apabila azan, budak-budak berhenti bermain dan diajak untuk solat berjemaah. Ada pengurusan masjid sudah memajukan kelas komputer, golongan muda dapat dibimbing meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat.


Demikianlah banyak program dapat dimajukan di masjid sebagai pendekatan menarik sebanyak mungkin anggota masyarakat ke rumah Allah itu, tidak kira daripada golongan veteran, wanita, muda-mudi dan juga kanak-kanak.


Bagaimanapun sebahagian besar harapan orang ramai tidak tercapai kerana realitinya kebanyakan pengurusan masjid dimonopoli golongan tertentu yang ada kepentingan termasuk dari segi politik. Mereka berada di kedudukan berkenaan bukan dilantik oleh ahli kariah tetapi dipilih pihak berkuasa.


Apabila ini berlaku (pelantikan orang yang tidak mencintai rumah Allah), berlakulah kelemahan pengurusan masjid seperti sekarang. Jika solat waktu pun AJK jarang hadir, bagaimana mereka boleh mengaktifkan masjid?


Selain kelemahan pengurusan, sesetengah ‘orang masjid’ pula kurang dalam PR (perhubungan awam) mereka. Sebagai contoh, ramai yang bukan saja tidak mesra kanak-kanak  tetapi anti-kanak-kanak.


Misalnya baru-baru ini penulis melihat bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main di masjid diusir sehingga jauh oleh ‘orang masjid’. Bagi penulis adalah biasa untuk kanak-kanak bermain-main, cukuplah menasihati mereka, tidak perlu ‘dihambat’ sedemikian rupa. Lainlah kalau 'bapak orang' bermain-main dalam masjid…itu baru tak reti bahasa namanya!


Tidak lama dulu, seorang anak penulis yang melalui satu kawasan ‘larangan’ (dia sendiri tidak tahu larangan itu) di masjid telah dijerit oleh seseorang: “Hei budak…” Itu ‘pengalaman ngeri’ baginya tetapi syukurlah dia tidak ‘patah hati’ untuk terus ke masjid!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2022 16:34

May 11, 2022

Syawal 11, 1443: Gadai nyawa untuk dapat upah RM80 sehari (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (Ayat 56 Surah Al-A'raaf)


DAHULU di depan pejabat saya di KL, terdapat sebuah bangunan besar enam tingkat sedang dinaik taraf – ada yang berkata pada bahagian atas akan disambung pembinaan, menambah tingkatnya. Di sekeliling bangunan dipasang kerangka besi (staging) bagi membolehkan kerja-kerja penambahan tingkat dilakukan.


Suatu petang yang panas terik sedang saya enak menikmati buah betik sejuk kesukaan saya di bawah pokok berhampiran bangunan itu, saya menyaksikan seorang anak muda kelam kabut menuruni kerangka besi itu. Dia menggelongsor batang besi dari kedudukan paling tinggi dan selepas sampai ke tanah, berlari ke bawah sebatang pokok, menyandarkan diri dan membuka topi keselamatannya.


Saya melihat tubuhnya bercucuran peluh, mukanya pucat. Dia mengambil nafas, dan selepas keadaan lega sedikit, saya menghampirinya, bertanya khabar. Saya mempelawa dia minum, dia menolak kerana dakwanya dia baru minum.


"Apa pasal?" tanya saya. "Saya mahu pengsan. Kalau saya tunggu atas sana, saya boleh jatuh dan mati," katanya.


Saya mencapai sepotong betik dan menghulur kepadanya. "Saya belanja," kata saya. Sambil dia mengunyah betik, saya pun bertanya akan keadaan dirinya.


Namanya Halidin, umurnya 21 tahun, berasal dari Jatim (Jawa Timur). "Beginilah pak, saya menyambung nyawa cari rezeki. Kami diberi tempoh sebulan memasang 'staging' di sekeliling bangunan ini. Ada tiga pekerja termasuk saya. Kerjanya berat pak, terutama hari panas macam sekarang ini.


"Berapa kamu dapat (upah) sehari?" Halidin memberitahu dia diberi RM80 sehari. Ada kerja ada upah, tak ada kerja tak ada upah. Waktu kerjanya adalah mulai jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.


"Lumayankah pendapatan kamu?"


"Di sini bolehlah pak. Kalau kerja di kampung saya upahnya 300,000 rupiah sebulan. Ini bersamaan RM100 kerana 1 juta rupiah itu bersamaan dengan kira-kira RM350. Untuk dapatkan lebih, terpaksalah saya tinggalkan kampung halaman."


Belum sempat saya habis berbual dengan Halidin, dia dipanggil dengan suara keras oleh 'bos'nya apabila gondola sudah sampai ke tanah. Maka berlarilah Halidin, memasuki gondola dan sebentar kemudian dia sudah ada di puncak bangunan.


Sambil memerhati Halidin dan rakan sekerjanya, si penjual makanan memberitahu saya: "Hanya orang Indonesia yang sanggup bekerja berat seperti itu. Orang kita usah haraplah. Mungkin tiada orang muda kita yang sanggup bekerja dalam panas matahari, menggadai nyawa bagi mendapatkan upah sebanyak itu."


Benar, melihat Halidin bergerak dari satu kerangka besi ke kerangka lain sungguh mengerikan. Tiada tali yang mengikat tubuhnya. Andai tersilap langkah, atau kerangka besi itu tumbang; pengakhirannya mungkin mati seperti diucapkan Halidin. Tetapi demi sesuap nasi, Halidin dan rakannya terus gigih berusaha, bagi mendapatkan upah RM80 yang diberikan pada senja hari.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 16:35

May 10, 2022

Syawal 10, 1443: Charity begins at home...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


THERE is a proverb which reads 'charity begins at home'. Yes, you should take care of family and people close to you before you worry about helping others. If you really want to make the world a better place, start by being polite to members to your family, said a scholar.


Scholars recommended us to be generous to our families before helping others. They were against people who forgot the fact that charity begins at home; for example a young mother who spends hours and hours on volunteer work and neglects her own children.


Regarding 'charity begins at home', I remembered a 'tazkirah' (Islamic lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) at a masjid near my house not long time ago that 'zakat' authorities should give opportunity to the public to pay 'zakat' to their own family members.


The 'ustaz' recommended to those at helm of 'zakat' authorities and their officials to brief would be payers of 'zakat' to whom should their 'zakat' be distributed. By doing so, Islamic knowledge especially regarding 'zakat' could be passed to the public. 


He said if 'zakat payers' have relatives who are among the eight group of people that have rights on the 'zakat', they could pay some of the 'zakat' money to them apart from making payment to the authorities.


He strengthened this by reading a 'hadith' with the meaning: "The Prophet peace and blessings of Allah be upon him (s.a.w.) said: 'Charity given to the poor is charity and charity given to a relative is charity and upholding of family ties'.” (Imam Ahmad, al-Nasaa’i)


The 'ustaz' said by doing so, we are 'making two good deeds' at a time 'with the same amount of money' - we are performing our 'fardu' (compulsory) obligations (paying 'zakat' as one of the pillar of 'Rukun Islam') and strengthening family ties which is regarded a very important aspect in Islam.


He then read the Qur'an verse which describes eight categories of people who are to receive 'zakat' in Surah 9, verse 60. "As-Sadaqat (here it means 'zakat') are only for the Fuqara and Al-Masakin and those employed to collect the (funds); and to attract the hearts of those who have been inclined (towards Islam); and to free the captives; and for those in debt; and for Allah's Cause, and for the wayfarer; a duty imposed by Allah. And Allah is All-Knower, All-Wise."


But the 'ustaz' was quick to explain that relatives who could have the 'zakat' money are not the immediate ones such as our parents, spouses and children. "They are in our charge, but please give your 'zakat' to your extended family as this is both an act of charity and upholds family ties."


He then enlightened his audience on the beauty of such a move: "Imagine we have a niece whose parents are poor but she had made it to a university...'insya-Allah' (God Willing) if we give our 'zakat' money to this relative who is in need, we have done our part in pleasing Allah SWT...and win the hearts of our relatives and fellow brothers."


The 'ustaz' when discussing the subject regarding priority in doing good deeds said, on top of the list is one's mother. Next is also the mother and then it is also the mother.


He then read a 'hadith' narrated by Abu Hurairah with the meaning: "A man came to Allah's Messenger s.a.w. and said, 'O Allah's Messenger! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?' The Prophet s.a.w. said, 'Your mother'. The man said, 'Who next?' The Prophet s.a.w. said, 'Your mother'. The man further said, 'Who is next?' The Prophet s.a.w. said, 'Your mother'. The man asked (for the fourth time), 'Who is next?' The Prophet s.a.w. said, 'Your father'." (Iman Al-Bukhari)


Next on the line is our children, grandfather and grandmother, our siblings, our uncles and aunts..."some are our immediate family members whose well beings are in our hands...payments of our 'zakat' cannot be made to them but it could be made to our extended family members such as an aunt who is poor or a nephew who is about to enter a university but short of fund."


The 'ustaz' stressed many times that in doing good deeds we should give priority to our relatives but reminded his audience to make sure the person or persons who are to receive our 'zakat' must be among the eight groups of people mentioned in the al-Qu'ran such as the poor and those in high debts for a good cause such as supporting the needs of his or her family.


"Well, it looks that not all our of 'zakat' money that is compulsory for us to pay must be given to the government's 'zakat' collection centre. This fact must be made known to the public and those who are administrating the 'zakat' centres. 


"'Zakat' officials should not hesitate to explain to their clients that they may take some of the 'zakat' money to be given to their family members who falls into the categories of people stated other then making payment to the 'zakat' centres.


"Sadly this situation was not being practiced in our country. 'Zakat' centres took all of the money paid by the public without giving them opportunity to help their own family members. Those paying 'zakat' should be advised to take some of the 'zakat' money so that they could help their own relatives who are in need," said the 'ustaz'.


He also claimed that sometimes 'zakat' money was given away with hidden political motives - for example 'the money' was only distributed by top party leaders to those who qualified at certain times and period of the year such as in the time of election.


The 'ustaz' recommended that 'zakat' money should to given to those who qualified at any time of the year without waiting for the right time and season for the benefit of those who distribute them such as to gain support during elections.


"Yes, just give them away because those who delayed in handing the 'zakat' money to fulfill the political motives of those in power, would incur the wrath and anger of Allah SWT," he said.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2022 16:21

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.