Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 26

December 16, 2022

Jawatan Kosong Di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Maintenance Technician
2. Supervisor Setting
3. Pemandu
4. Administrative Assistant
5. Executive, Planning & Logistics
6. Admin Assistant
7. Sales Consultant
8. Head of Enterprise Software

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PNMB.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 10:06

Jawatan Kosong Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Jururawat U29
2. Juruterapi Pergigian U29
3. Pegawai Perubatan UD43
4. Pegawai Perubatan UD53
5. Pengawal Keselamatan KP11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2022 (Khamis)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,205.00 – RM13,256.00!
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UKM.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 10:01

Jawatan Kosong Di Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kosong di Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Executive _ Project Planning & Control
2. Executive
3. Service Technician (Contract)
4. Part Assistant
5. Executive (Administration)
6. IT Auditor
7. Technical Assistant (IT)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PERODUA.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 09:55

Tchouameni ‘Enjin’ Tengah Perancis!

Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni, ingin lari daripada bayangan yang biasanya dikhususkan buat pemain yang tercedera, Paul Pogba dan N’Golo Kante selepas membantu Les Bleus layak ke final Piala Dunia.

Tchouameni ‘Enjin’ Tengah Perancis! 11

Pasukan kendalian Didier Deschamps itu menundukkan Maghribi 2-0 di Stadium Al Bayt kelmarin untuk memastikan tempat dalam aksi kemuncak menentang Argentina, Ahad ini.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Perancis menjadi negara pertama yang melangkah ke dua final Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 2002 dengan memadam sebarang kejutan daripada Maghribi.

Sila Baca Disini : JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22!

Tchouameni ‘Enjin’ Tengah Perancis!

Persediaan Perancis dalam misi mempertahankan gelaran di Qatar agak kucar-kacir tanpa barisan tonggak akibat krisis kecederaan termasuk pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema, apatah lagi dalam tiga edisi terakhir, juara bertahan berdepan badi tersingkir di peringkat kumpulan.

Namun, pada Ahad ini Les Blues berpeluang muncul sebagai wakil Eropah pertama yang memenangi Piala Dunia berturut-turut sejak Itali melakukannya pada 1938 sambil Tchouameni memainkan peranan penting dalam barisan tengah yang berwajah baharu.

Ditanya sama ada peranan Pogba atau Kante paling sesuai untuknya, beliau menjawab “Kedua-duanya sekali!

Tchouameni ‘Enjin’ Tengah Perancis! 12

“Kadang-kadang adalah menjadi (tugas saya) untuk merampas semula bola seperti hari ini dan adakalanya saya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol sebagaimana perlawanan yang lalu.

“Atau hari ini ketika saya mencipta umpanan buat Kylian Mbappe dan Olivier Giroud. Ia adalah gabungan di antara kedua-duanya (Pogba dan Kante).”

Beliau menambah: “Mereka adalah pemain yang hebat untuk pasukan.

“Malangnya mereka tiada di sini kerana tercedera, jadi kami perlu cuba berikan yang terbaik untuk membantu pasukan di tengah padang dan saya fikir kami telah melaksanakan tugas yang hebat.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 03:13

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22!

Buat musim kedua berturut-turut, penyerang Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Mohd. Hanapi telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang diadakan secara virtual.

Bintang muda berusia 20 tahun ini berjaya mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu selepas persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim bersama JDT.

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22! 18

Beliau menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih ‘quadruple’ dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, TM Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Perancis Mudah Ke Final!

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22!

Arif menerima Anugerah MVP selepas diumumkan oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan. 
Selain memenangi MVP, beliau turut mempertahankan dua lagi gelaran iaitu Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Menurut Arif, yang berjaya meledak 8 gol dan 16 bantuan jaringan, beliau mahu memberikan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan serta kepercayaan kepadanya bagi beraksi cemerlang sepanjang musim ini.

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor yang sentiasa memberikan peluang berharga kepada pemain-pemain muda seperti saya. Tidak dilupakan kepada ketua jurulatih (Hector Bidoglio) dan pegawai- pegawai JDT yang sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim ini.

“Bagi keluarga saya, terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya serta sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya.

“Tidak dilupakan kepada penyokong-penyokong JDT yang sentiasa datang ke stadium, berikan sokongan kepada kami dan alhamdulillah musim ini kami banyak menang kejohanan di peringkat domestik, Insya Allah tahun depan, saya akan jadi lebih terbaik berbanding musim ini dan harap peminat setia JDT jangan berhenti menyokong kami,” katanya.

Arif turut berjaya mengetepikan cabaran sengit Faisal Abdul Halim (Terengganu FC) dan Darren Lok (PJ City FC) bagi kategori Anugerah Penyerang Terbaik dan bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik, Arif mengetepikan cabaran Azam Azmi Murad (Terengganu FC) serta Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC).

Selain Arif, kem JDT turut ceria dengan kemenangan Shahrul Saad bagi kategori Anugerah Pertahanan Terbaik selepas berjaya mengatasi rakan sepasukan, La’Vere Corbin-Ong selain Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC).

Ini merupakan kejayaan ketiga peribadi Shahrul selepas pernah memenanginya dua kali pada musim 2018 dan 2019 semasa bersama Perak.

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22! 19

Bagi kategori Anugerah Pemain Tengah Terbaik, Afiq Fazail (JDT) mencuri perhatian apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) dan pemenang musim lalu, Baddrol Bakhtiar (Sabah FC).

Kemenangan ini merupakan kejayaan sulung buat pemain berusia 28 tahun berkenaan sekali gus menebus kehampaannya pada musim lalu yang turut dicalonkan dalam kalangan tiga terbaik.

Berdasarkan ledakan 40 jaringan sepanjang musim ini di Liga Malaysia, penyerang JDT, Bergson da Silva menepati statusnya apabila menggondol kategori Anugerah Pemain Import Terbaik dengan mengatasi rakan sepasukan, Fernando Forestieri dan ketua pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue.

“Terima kasih atas anugerah ini terutamanya Tengku Mahkota Johor (TMJ), semua rakan sepasukan yang sentiasa menyokong saya sepanjang musim ini.

“Bukan mudah untuk mendapatkan gelaran pemain import terbaik dan saya rasa gembira kerana berpeluang memenanginya, terima kasih sekali lagi,” katanya.

Selain itu, pemain import kelahiran Brazil itu juga diumumkan Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 apabila menjaringkan 29 gol, jauh mengatasi pencabar terdekat, Herlison Caion (Selangor) dengan 14 jaringan.

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22! 20

Bergson turut memecahkan rekod jumlah gol terbanyak dalam semusim Liga Super yang sebelum ini dipegang oleh Ifedayo Omosuyi (26 gol).

Melengkapkan lagi malam gemilang JDT di ABK22 apabila skuad Harimau Selatan itu turut memenangi Anugerah Pasukan Terbaik, sekali gus mempertahankan kemenangan sejak musim 2018.

Kejayaan mara ke pentas akhir Piala FA dan muncul naib johan Liga Super melayakkan Nafuzi Zain untuk muncul pemenang kategori Anugerah Jurulatih Terbaik, mengatasi pemenang musim lalu, Bojan Hodak (KL City FC) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC).

Turut mencuri tumpuan ialah Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC) yang dinobatkan Penjaga Gol Terbaik, mengatasi saingan sengit Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC).

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22! 21

Ahmad Syihan muncul pemenang baharu kategori itu sejak 2017 apabila selama empat musim berturut-turut dikuasai Farizal Marlias (JDT).

“Terima kasih MFL dan penyokong Negeri Sembilan yang sentiasa sokong Syihan, selalu beri semangat dan tidak dilupakan kepada kapten Negeri Sembilan (Zaquan Adha Abd. Radzak).

“Begitu juga dengan pemain-pemain yang sentiasa menyokong Syihan dan pengurusan Negeri Sembilan, terima kasih banyak-banyak.

“Anugerah ini saya khususkan kepada mereka yang sentiasa doakan kejayaan Syihan terutama sekali isteri, anak-anak dan ibu.

“Rasa sangat bersyukur kerana musim 2022 ini anugerah yang sangat bermakna kepada Syihan dan harap dapat membuat lebih baik lagi pada musim depan,” katanya.

Sejarah juga tercipta di ABK22 apabila kategori Anugerah Gol Terbaik Liga Malaysia diperkenalkan kali pertama dengan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) muncul pemenang. Pemenang anugerah ini ditentukan 100% menerusi undian penyokong. 
Jaringannya pada minit ke-32 semasa berdepan Melaka United FC pada 1 Oktober lalu dalam aksi Liga Super diangkat sebagai gol terbaik musim 2022.

Sementara itu, PJ City FC berjaya memenangi dua kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Fair Play selain penyerang, Darren Lok yang meraih Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 dengan 10 gol.

Turut tidak ketinggalan, Abu Kamara (Kuching City FC) muncul Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 selepas meledak 11 gol manakala Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) berjaya mempertahankan gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier yang dimenangi musim lalu bersama Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II), apabila masing-masing menjaringkan 9 gol.

Seramai 386 daripada 667 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori. Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

JDT,Arif Aiman ‘Bolot’ ABK22! 22

22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media telah mengundi 10 pemain bagi setiap kategori itu pada 2 November dan berakhir 8 November 2022.

Manakala penyokong-penyokong pula berpeluang mengundi FAN XI dan berikut adalah keputusan undian FAN XI:

JURULATIH: Nafuzi Zain (Terengganu FC)
PENJAGA GOL: Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)
PERTAHANAN KANAN: Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
PERTAHANAN TENGAH: Shahrul Saad (Johor Darul Ta’zim)
 PERTAHANAN TENGAH: Shane Lowry (Johor Darul Ta’zim)
PERTAHANAN KIRI: La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim)
TENGAH: Leandro Velazquez (Johor Darul Ta’zim)
 TENGAH: Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim)
 TENGAH: Manuel Ott (Terengganu FC)
SAYAP KANAN: Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
 SAYAP KIRI: Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)
PENYERANG: Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 03:01

December 14, 2022

Jawatan Kosong Di Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kosong di Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PROTEGE – Facility & Security
2. PROTEGE – Logistics & Supply Chain / Procurement
3. PROTEGE – Technical Data Management
4. PROTEGE – PROTEGE Administrator & Business Support
5. PROTEGE – Logistics & Supply Chain / Material Support
6. PROTEGE – Logistics & Supply Chain / Spares Coordinator
7. PROTEGE – Customer Support Officer
8. PROTEGE – Logistics & Supply Chain / Performance Improvement

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : KLIA
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2022 21:56

Jawatan Kosong Di Universiti Malaya (UM) – Gaji RM2,080.00 – RM9,546.00!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Malaya (UM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Project Officer Grade N41

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 21 Disember 2022 (Rabu)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 2,080.00 – 9,546.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UM.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2022 21:49

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU TADBIR N19
2. PEMBANTU OPERASI N11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 20 DISEMBER 2022 (Selasa)
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,216.00 – RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 – RM100.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2022 21:42

Piala Dunia Qatar – Perancis Mudah Ke Final!

Juara bertahan, Perancis menepati ramalan apabila berjaya ke final Piala Dunia 2022 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan wakil Afrika, Morocco 2-0 di peringkat separuh akhir awal pagi tadi.

Piala Dunia Qatar - Perancis Mudah Ke Final! 4

Untuk perlawanan ini, Perancis membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano masing-masing diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Youssouf Fofana beraksi di bahagian tengah menggantikan Rabiot yang sebelum ini tampil dalam semua lima perlawanan Perancis tetapi tidak disenaraikan walaupun berada di bangku simpanan.

Sila Baca Disini : Harimau Malaya Atasi Cabaran Maldives!

Piala Dunia Qatar – Perancis Mudah Ke Final!

Pemain Liverpool, Ibrahima Konate menggantikan Upamecano bersama Raphael Varane di bahagian tengah pertahanan tengah namun pemain Bayern Munich itu berada dalam senarai di bangku simpanan.

Manakala Morocco kembali diperkuatkan oleh dua tonggak pertahanan, Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui yang tidak beraksi ketika menang 1-0 mengatasi Portugal di suku akhir.

Pengendali skuad Singa Atlas, Walid Regragui memilih untuk meletakkan tiga pemain di pertahanan tengah dengan kapten, Romain Saiss kembali cergas untuk memulakan perlawanan selepas cedera berdepan Portugal.

Piala Dunia Qatar - Perancis Mudah Ke Final! 5

Namun begitu, puluhan ribu penyokong Morocco di Stadium Al Bayt terdiam seketika apabila Perancis terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-5 menerusi rembatan voli Theo Hernandez di sudut kiri gawang gol dalam kawasan kota penalti.

Jaringan itu sekaligus memecahkan rekod tanpa bolos penjaga gol Morocco, Yassine Bounou berdepan pasukan lawan yang sebelum ini hanya dibolosi dek kerana jaringan sendiri rakan sepasukannya, Nayef Aguerd ketika bertemu Kanada di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat pemain Morocco untuk mencari jaringan penyamaan dan mereka juga memperolehi dua peluang terbaik namun percubaan Jawad El Yamiq terkena tiang.

Perancis juga nyaris menambah gol kedua menerusi penyerang AC Milan, Giroud namun rembatannya sempat ditepis keluar oleh pertahanan Morocco. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Perancis bangkit dengan lebih garang dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Morocco menerusi kelincahan Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Piala Dunia Qatar - Perancis Mudah Ke Final! 6

Namun begitu, Morocco juga kembali menguasai perlawanan dengan corak permainan yang lebih kemas sekaligus memaksa pertahanan Perancis bekerja keras mengekang pergerakan Hakim Ziyech dan Youssef En-Nesyri.

Sorakan padu tanpa henti penyokong Morocco turut membangkitkan semangat pemain Singa Atlas untuk tampil dengan aksi terbaik.

Ketika Morocco sedang rancak mencari jaringan penyamaan, Perancis melakukan serangan balas dan Mbappe mengambil kesempatan untuk menghuru-harakan kawasan kotak penalti lalu disudahkan oleh Randal Kolo Muani pada minit ke 79.

Jaringan tersebut juga telah memusnahkan harapan penyokong Singa Atlas untuk melihat negara mereka beraksi di final Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Biarpun pengadil perlawanan memberi masa tambahan sebanyak 6 minit, ianya sudah terlambat untuk Morocco melakukan kebangkitan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengesahkan kemaraan Perancis ke final bertemu Argentina pada 18 Disember ini.

Manakala Morocco akan bertemu Croatia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada 17 Disember.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2022 21:35

Harimau Malaya Atasi Cabaran Maldives!

Malaysia meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 selepas berjaya menundukkan Maldives 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Harimau Malaya Atasi Cabaran Maldives! 9

Kemenangan itu bukan sahaja dapat meningkatkan moral para pemain negara menjelang sepak mula kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, malah ia turut memberikan gambaran jelas skuad utama bakal dibariskan Kim Pan-gon nanti.

Peledak harapan skuad Malaysia, Darren Lok hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 tetapi percubaan kaki kirinya selepas menerima hantaran lintang daripada Brendan Gan diselamatkan penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Argentina Ke Final Piala Dunia!

Harimau Malaya Atasi Cabaran Maldives!

Darren menebus kehampaan itu pada minit ke-24 apabila beliau mengambil kesempatan diatas kesilapan pemain pertahanan, Hussain Sifaau Yoosuf dalam kawasan penalti bagi memberikan kelebihan buat skuad negara.

Ketua pasukan, Safawi Rasid terlepas peluang untuk menambah jaringan kedua pada minit ke-37 tetapi sepakan percumanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol lawan.

Sebaik sahaja aksi babak kedua bersambung, Darren gagal menyempurnakan peluang terhidang apabila percubaannya ketika tidak dikawal pertahanan lawan selepas menerima hantaran lintang Faisal Abdul Halim hanya meliar.

Harimau Malaya Atasi Cabaran Maldives! 10

Ketika permainan memasuki minit ke-64, Darren melakukan lorongan baik kepada Faisal Halim yang kemudiannya disudahkan dengan baik pemain lincah tersebut bagi melebarkan kedudukan.

Faisal hampir menambah jaringan kedua peribadinya pada minit ke-68 dan 71 tetapi tandukannya selepas menerima hantaran lintang Brendan Gan melewati palang gol manakala percubaan jarak jauh dilakukan ditepis keluar Hussain Shareef.

Ketika aksi semakin menghampiri penghujung, Lee Tuck memastikan kemenangan 3-0 buat skuad negara apabila beliau dengan tenang menolak masuk   hantaran Sergio Aguero pada minit ke-88.

Malaysia seterusnya akan membuka kempen Piala AFF dengan bertandang ke laman Myanmar pada Rabu depan sebelum menghadapi Laos, Vietnam dan Singapura bagi saingan Kumpulan B.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2022 21:22

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.