Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 25

December 19, 2022

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar!

Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar mempertemukan juara Amerika Selatan menentang juara bertahan dunia, Argentina melawan Perancis bagi merebut gelaran terbaik dunia yang akhirnya dimenangi oleh Argentina.

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar! 11

Namun yang menjadi tanda tanya berapakah nilai hadiah yang ditawarkan bagi setiap peringkat?

Wang hadiah untuk pasukan yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar adalah berjumlah sebanyak ASD440 juta.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina!

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar!

Kejohanan 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia. 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.

Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan iaitu Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay semuanya memperoleh ASD9 juta setiap satu pasukan.

Bagi pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 iaitu Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland serta Korea Selatan semuanya telah memperoleh ASD13 juta setiap satu pasukan.

Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir iaitu England, Portugal, Belanda dan Brazil telah membawa pulang ASD17 juta (RM75 juta).

Maghribi yang menamatkan perlawanan ditempat keempat memperoleh ASD25 juta (RM110 juta) manakala Croatia memperoleh ASD27 juta (RM119 juta).

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar! 12

Finalis yang tewas iaitu Perancis telah membawa pulang ASD30 juta (RM132 juta) manakala pemenang iaitu Argentina pada perlawanan terbesar bola sepak tersebut memperoleh ASD42 juta (RM185 juta) berserta status selaku juara dunia.

Sebelum 2006, pasukan yang memenangi Piala Dunia tidak pernah mengaut lebih daripada ASD10 juta dengan juara 1982 Itali pergi dengan anggaran ASD2.2 juta atas usaha mereka.

Pada tahun 2002, terdapat dorongan besar daripada pasukan kebangsaan untuk FIFA meningkatkan hadiah wang yang ditawarkan. Berikut adalah hadiah wang yang dimenangi sejak 1982 sehingga 2022;

Edisi 1982(ASD 2.2juta), 1986(ASD 2.8juta), 1990(ASD 3.5juta), 1994(ASD 4juta), 1998(ASD 6juta), 2002(ASD 8juta), 2006(ASD 20juta), 2010(ASD 30juta), 2014(ASD 35juta), 2018(ASD 38juta),2022 (ASD 42juta).

Bagi Lionel Messi, Kylian Mbappe dan 20 pemain lain yang turun padang di Stadium Lusail, bagaimanapun, wang bukanlah masalahnya tetapi gelaran yang lebih penting.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2022 04:35

December 18, 2022

Terkini Senarai Bantuan RM100 – RM200 Setahun Sekali Yang Boleh Dimohon Di Bawah Program i- Sejahtera ~ Mohon Sekarang !

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuk menerusi Program i-Sejahtera yang memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang layak.

Jom Mohon Bantuan Dibawah :

Bantuan E-Pemula Percuma RM200 Untuk Warga Malaysia : Info Lanjut Semak Sini !(Terkini) Bantuan Tambahan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !!(Terkini) Bantuan Tambahan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !!

Berikut adalah senarai bantuan kewangan yang akan disalurkan di bawah i-Sejahtera:-

Senarai Bantuan i-SejahteraProgram Apresiasi Warga Emas: RM200Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100Program Golden Lady: RM100Program Bantuan Orang Kurang Upaya: RM200

Pembayaran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan setahun sekali kepada mereka yang diluluskan permohonannya.

Syarat kelayakanProgram Apresiasi Warga EmasPemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun pendaftaran;Berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.Program Bantuan Ibu Tunggal

Malaysia;

Berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih di Negeri Pulau Pinang;Perceraian atau kematian suami;Di bawah umur 60 tahun semasa pendaftaran;Tidak berkahwin lagi;

Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Program Wanita Emas

Malaysia;

Berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih di Negeri Pulau Pinang;

Pemohon adalah seorang suri rumah dan tidak mempunyai pendapatan tetap;

Wanita masih berkahwin;

Pemohon mestilah berumur di bawah 60 tahun pada masa pendaftaran.Program Bantuan Orang Kurang Upaya

Malaysia;

Menetap di Negeri Pulau Pinang;Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah: Inilah cara memohon Bantuan IKPP ‘one-off’ RM250

Bantuan Khas Kewangan RM1,500 dibayar Januari depan: Berikut adalah penerima yang layak

Cara memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bantuan di bawah i-Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian di Portal rasmi i-Sejahtera.

Kepada mereka yang permohonannya diluluskan, bayaran akan dibuat secara berperingkat.

Bagi pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.

Sementara itu, pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.

Untuk maklumat lebih lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk portal rasminya – Mohon Sini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 23:26

Piala Dunia Qatar – Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina!

Argentina berpesta di Lusail Iconic Stadium apabila menjulang Piala Dunia 2022 apabila berjaya menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 minit terikat 3-3 pada aksi final penuh dramatik yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan bersejarah yang turut dibantu sumbangan dua jaringan Lionel Messi dan Angel Di Maria dalam 120 perlawanan itu menyaksikan Argentina meraih gelaran juara dunia buat kali ketiga selepas melakukannya sebelum ini pada edisi 1978 dan 1986.

Piala Dunia Qatar - Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina! 3

Rodrigo De Paul terlebih dahulu mengancam kubu lawan seawal minit kelima tapi percubaan volinya daripada luar kawasan penalti mudah ditangkap penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Croatia Berjaya Tewaskan Maghribi!

Piala Dunia Qatar – Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina!

Kem Argentina melonjak kegembiraan pada minit ke-23 apabila Messi tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan skuad La Albiceleste dihadapan.

Sepakan penalti itu dihadiahkan pengadil perlawanan dari Poland, Szymon Marciniak berikutan kekasaran dilakukan Ousmane Dembele dalam kawasan penalti terhadap Di Maria.

Jaringan tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Lionel Scaloni untuk menambah jaringan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-36 menerusi Di Maria.

Berpunca daripada serangan balas pantas dimulakan Messi untuk memberikan ruang kepada Alexis Mac Allister melakukan larian pantas di sebelah kiri pintu gol Perancis.

Beliau kemudiannya melorongkan bola dengan cukup baik kepada Di Maria untuk membolehkan pemain lincah itu menewaskan Lloris untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Memasuki babak kedua, Argentina kelihatan lebih berbahaya di hadapan pintu gol lawan manakala Perancis terus buntu untuk mendapatkan walau satu percubaan tepat.

Ia jelas dibuktikan apabila Argentina semakin bernafsu dengan dua percubaan tepat menerusi percubaan De Paul serta Julian Alvarez yang dinafikan Lloris pada minit ke-49 dan 59.

Piala Dunia Qatar - Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina! 4

Ketika penyokong Argentina sudah mula berangan-angan untuk berpesta, kebangkitan lewat permainan dijelmakan oleh Perancis apabila Kylian Mbappe merapatkan jurang pada minit ke-80 hasil sepakan penalti disudahkannya ekoran kekasaran Nicolas Otamendi terhadap Randal Kolo Muani.

Tidak cukup dengan itu, Mbappe membuktikan beliau merupakan antara peledak berbisa pada ketika ini selepas percubaan volinya setelah menerima hantaran Marcus Thuram berselang seminit kemudian gagal diselamatkan Martinez untuk kedudukan kembali terikat.

Mendapat tonik berguna susulan dua gol pantas itu, Perancis terus berubah watak dengan mendominasi permainan serta beberapa kali mengancam kubu Argentina.

Namun pada masa kecederaan, Argentina mendapat peluang terbaik untuk menoktahkan perjuangan kedua-dua pasukan tetapi rembatannya daripada luar kawasan penalti ditepis keluar Lloris untuk perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Messi sekali lagi memberikan kelebihan buat Argentina ketika permainan memasuki minit ke-108 apabila tolakan susulannya selepas rembatan jarak dekat Lautaro Martinez diselamatkan Lloris menjadikan kedudukan 3-2.

Skrip seperti aksi 90 minit berulang kembali selepas Perancis mendapat sepakan penalti pada lewat permainan susulan sepakan Mbappe yang terkena tangan Gonzalo Montiel dalam kawasan penalti.

Mbappe yang mengambil sepakan tersebut pada minit ke-118 tidak berdepan masalah untuk menyudahkannya bagi melengkapkan hatrik sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni menyempurnakan sepakan penalti akhirnya menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia ketiga buat Argentina.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 23:10

Piala Dunia Qatar – Croatia Berjaya Tewaskan Maghribi!

Hasrat peminat bola sepak dunia untuk melihat Maghribi menduduki tangga ketiga dalam temasya Piala Dunia 2022 tidak kesampaian apabila pasukan itu tewas kepada Croatia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifah, kedua-dua pasukan mensasarkan tempat ketiga selepas masing-masing kecewa pada perlawanan separuh akhir.

Piala Dunia Qatar - Croatia Berjaya Tewaskan Maghribi! 7

Croatia bermula dengan baik dimana mereka membuka tirai jaringan menerusi Josko Gvradiol pada minit ke-7 dimana pemain pertahanan muda itu menanduk masuk bola selepas menerima hantaran daripada Ivan Perisic.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Messi Pecahkan Segala Rekod!

Piala Dunia Qatar – Croatia Berjaya Tewaskan Maghribi!

 

Namun, Maghribi tidak mengambil masa lama untuk menyamakan jaringan dimana Achraf Dari menolak masuk bola pada minit ke-9 hasil kesilapan daripada pemain lawan ketika cuba mengeluarkan bola hasil daripada sepakan percuma Hakim Ziyech.

Pada minit ke-24, Croatia mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pendahuluan namun kecemerlangan Yassine Bounou menafikan percubaan Luka Modric dan Perisic.

Ketika pasukan dari benua Afrika itu rancak menyerang bagi mencari jaringan seterusnya, Mislav Oršić menjaringkan gol kedua Croatia pada minit ke-42 dimana rembatan beliau gagal diselamatkan oleh Bounou. Kedudukan 2-1 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.

Piala Dunia Qatar - Croatia Berjaya Tewaskan Maghribi! 8

Memasuki separuh masa kedua, Maghribi menggandakan usaha mereka untuk mencari gol penyamaan namun disiplin bertahan yang ditampilkan oleh pemain lawan nyata menyukarkan usaha mereka.

Pada minit ke-74, pengadil menafikan sepakan penalti bagi Croatia selepas Gvradiol dijatuhkan oleh Sofian Amrabat dalam kawasan penalti. Tidak lama selepas itu, Hakimi turut dijatuhkan namun sekali lagi pengadil menafikan sepakan penalti.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan naib juara pada edisi 2018 lalu menduduki tangga ketiga bagi temasya di Qatar tahun ini.

Meskipun menduduki tangga keempat, namun pujian perlu diberikan kepada Maghribi dimana mereka menampilkan prestasi yang cukup cemerlang sebagai pasukan kerdil yang berjaya menewaskan pasukan besar seperti Sepanyol dan Portugal sekaligus menjadi empat pasukan terbaik dalam temasya edisi kali ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 20:20

Jawatan Kosong SPA

Jawatan Kosong SPA (Suruhanjaya Pendidikan Awam) ambilan 2022/2023. Jawatan Kosong kerajaan kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakkan dan minat dalam bidang perubatan ini.

Terdapat pelbagai jenis kekosongan & latihan yang ditawarkan pada sesi ambilan terbaru ini.

Maklumat Jawatan Kosong SPA:

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Veterinar Gred GV41Gaji : RM2,697.00 – RM9,551.00Jabatan : Jabatan Perkhidmatan VeterinarKekosongan : 70

Nak lebih banyak update JAWATAN KOSONG MENARIK?
Join Telegram Rasmi Jawatan Kerajaan & Swasta :
Klik Sini

Cara Memohon : (Klik Link Di Bawah)

Untuk permohonan jawatan ini, pemohon yang berminat perlu memohon secara online dalam sistem rasmi pengambilan jawatan.

Mohon di pautan rasmi di https://spa9.spa.gov.my/login?utm_source=rss&utm_medium=rssSila login atau daftar (bagi pengguna pertama kali) sistem SPA9 ini.Sila isi SETIAP MAKLUMAT PERIBADI yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran.Jika sudah daftar, klik pada menu “JAWATAN DIMOHON” dan pilih jawatan yang ditawarkan kementerian yang anda inginkan.Untuk status permohonan, pergi ke pautan “Status Permohonan Semasa”.Semoga Berjaya!

Panduan untuk pendaftaran sistem terbaru ini, anda boleh rujuk tutorial pendaftaran SPA9 di sini.

Maklumat Lanjut iklan pengambilan KLIK SINI

Calon yang berminat boleh mohon di Portal Rasmi yang telah ditetapkan. Semoga berjaya dan sila kongsikan artikel jawatan ini kepada mereka yang berminat.

Sumber : SPA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 15:58

Piala Dunia Qatar – Messi Pecahkan Segala Rekod!

Umum mengetahui ini merupakan edisi terakhir Piala Dunia yang telah disertai oleh bintang bola sepak dunia iaitu Lionel Messi, selepas beliau sendiri telah mengesahkannya seketika dulu.

Messi yang melalui zaman-zaman kegemilangannya sebelum itu seolah mesin tidak pernah ditelan dek faktor usia dan sentiasa memberikan segalanya terbaik buat pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Piala Dunia Qatar - Messi Pecahkan Segala Rekod! 11

Sesuatu yang istimewa pastinya ingin dilakar oleh pemain berusia 35 tahun itu selepas Argentina berjaya melangkah ke final dan hanya Piala Dunia sahaja masih belum dirasai Messi sehingga kini.

Sila Baca Disini : Pengurus Portugal Letak Jawatan!

Piala Dunia Qatar – Messi Pecahkan Segala Rekod!

Beliau dilihat sebagai antara calon utama ketika ini yang bersaing bersama Kylian Mbappe untuk merebut takhta peribadi selaku penjaring terbanyak Piala Dunia 2022, serta status pemain terbaik kejohanan tersebut.

Menuju ke final, Messi sebenarnya telah pun melakar beberapa rekod peribadi beliau yang boleh dianggap sangat hebat dan mungkin sukar untuk diatasi mana-mana pemain lain pada masa akan datang.

Catat minit permainan kedua terbanyak Piala Dunia:

Messi berpeluang untuk lakar sejarah baharu sebagai pemain paling banyak cipta kemunculan dalam saingan Piala Dunia. Ketika ini, rekod beliau sama seperti bekas pemain legenda, Lothar Matthaus yang membuat penampilan sebanyak 25 perlawanan.

Rekod baharu bakal tercipta jika Messi bermain pada perlawanan final ini untuk meminta Matthaus dengan 26 penampilan aksi dalam saingan Piala Dunia.

Penampilan terbanyak selaku kapten pasukan:

Sehingga kini, Messi telah pun memecahkan rekod selaku penampilan terbanyak sebagai kapten dalam kejohanan tersebut.

Rekod itu dilakar selepas Messi beraksi pada perlawanan separuh akhir lalu ketika menentang Croatia untuk memintas kedudukan kapten Mexico iaitu Rafael Marquez dengan tampil sebanyak 18 kali.

Bantuan gol terbanyak:

Untuk rekod, Pele masih lagi memegang gelaran ini dengan mencipta bantuan jaringan sebanyak 10 kali sepanjang penampilan beliau terdahulu dalam kejohanan berprestij itu.

Kini, ianya mungkin akan dikongsikan bersama Messi atau dipintas pemain tersebut yang telah mencipta sembilan bantuan gol buat Argentina. Malah, Messi juga menjadi satu-satunya pemain yang mencipta bantuan gol dalam lima perlawanan berbeza untuk saingan Piala Dunia.

Lakar rekod terbanyak untuk gelaran pemain terbaik perlawanan:

Salah satu pencapaian terbaik Messi sepanjang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia adalah beliau sering mendapat gelaran pemain terbaik perlawanan, selepas mempamerkan aksi terbaik 90 minit di atas padang.

Piala Dunia Qatar - Messi Pecahkan Segala Rekod! 12

Untuk rekod kejohanan ini sahaja Messi telah merekodkan empat kali gelaran tersebut, setelah berjaya mempamerkan kualiti permainan bermutu tinggi untuk membantu Argentina mencatat kemenangan.

Rekod terkini menyaksikan Messi telah mengumpul sembilan kali gelaran tersebut sepanjang penyertaan beliau dalam Piala Dunia untuk mengetepikan Cristiano Ronaldo (7) dan Arjen Robben (6).

Banyak lagi rekod-rekod lain telah dihasilkan oleh pemenang Ballon d’Or tujuh kali ini seperti penjaring terbanyak bola sepak lelaki dari Amerika Selatan, tonggak termuda yang meledak gol serta menjadi kapten Piala Dunia, dan salah seorang pemain beraksi dalam lima edisi kejohanan Piala Dunia berbeza.

Kejayaan-kejayaan dilakar Messi ini pastinya hadir menerusi usaha beliau yang berterusan serta rasa tanggungjawab beliau sendiri untuk negara bagi melakar rekod tersebut.

Kini segalanya terserah buat pemain tersebut untuk mencipta sejarah terbaharu buat dirinya dalam aksi final Piala Dunia menentang Perancis tidak berapa lama lagi.

Suka atau benci, Messi sendiri telah memahatkan nama selaku antara pemain bola sepak paling digeruni dalam sejarah dunia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 04:15

December 16, 2022

Bantuan E-Pemula Percuma RM200 Untuk Warga Malaysia : Info Lanjut Semak Sini !

Bantuan e-Starter Percuma merupakan inisiatif bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Pada sesi pembentangan Bajet 2023, kerajaan bersetuju meneruskan program e-Startup khas untuk belia b40 tahun depan.

E-BEGINNER 2023 DITERUSKAN

Untuk makluman, atas keprihatinan kerajaan terhadap golongan belia, program bantuan e-startup ini akan diteruskan pada tahun 2023 untuk rakyat Malaysia.

Artikel Bantuan :

(Terkini) Bantuan Tambahan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !!TERKINI : Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM1,500 Akan Dibayar Pada Bulan Januari Depan !

Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya golongan belia, program bantuan e-beginner ini pada tahun hadapan telah meningkatkan kadar bantuan. Sebelum ini bayaran yang diberikan ialah RM150 dan akan dinaikkan kepada RM200 pada tahun 2023.

Selain itu, pelaksanaan bantuan e-dompet percuma ini akan diperluaskan kepada kumpulan belia M40. Ramai yang akan mendapat manfaat melalui bantuan ini. Belia B40 boleh menebus RM200 dan M40 RM100.

Penerusan program bantuan khas ini adalah bagi tujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Insentif ini akan memanfaatkan kira-kira dua juta belia B40 dan M40 tahun depan.

Kalau terlepas, pelbagai jenis bantuan disediakan kerajaan tahun ini. Sila semak senarai bantuan layak yang anda boleh dapatkan di halaman utama – SEMAK DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan berikut telah disediakan untuk mendapatkan bantuan e-pemula 2023 seperti di bawah:

M40 KUMPULAN E-MULA

Golongan M40 yang berpendapatan tahunan bawah RM100,000.

E-MULA BELIA B40Individu belia berumur 18 hingga 20 tahunMerupakan pelajar sepenuh masa selama 21 tahun dan ke atas.E-PEMULA KADAR BARU 2023

Bagi menghargai golongan belia dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, bantuan e-startup ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan 2 kategori. Tawaran bantuan percuma ini diberikan pada kadar baharu seperti berikut:

E-Beginners M40: RM100E-Permulaan Belia Bujang : RM200.MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, untuk e-starter tahun ini, ramai yang telah berjaya menebus pada pertengahan tahun ini. Bagi mendapatkan bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada kadar baharu yang telah dinyatakan di atas pada tahun hadapan.

Segala maklumat terkini mengenai bantuan e-dompet ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Sila semak senarai geran yang tersedia di halaman khas Belanjawan 2023 – DI SINI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 22:18

‘Bantuan Mangsa Banjir Diteruskan Termasuk Pemberian Wang Ihsan RM1,000’ ~ Semak Sini Sekarang !

RANTAU PANJANG: Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan wang ihsan RM1,000 bagi mereka yang terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bantuan itu akan diberikan kepada mangsa yang berdaftar dan mereka yang layak.

Beliau berkata, bantuan untuk isi rumah yang mengalami kemusnahan akibat bencana itu seperti diumumkan kerajaan terdahulu juga akan diteruskan.

(Terkini) Bantuan Tambahan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !!TERKINI : Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM1,500 Akan Dibayar Pada Bulan Januari Depan !

“Pembayaran itu akan dilakukan segera sebelum banjir surut dan sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing. Ia akan diberikan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak saja.

“Ini berikutan, pengalaman lalu, kita mendapati jumlah mangsa didaftarkan berbeza dengan permohonan yang dibuat. Langkah ini akan diatasi dengan segera secara proaktif melalui agensi pelaksana bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Selain itu, bantuan bagi membaik pulih rumah juga akan diteruskan seperti diberikan pentadbiran lalu,” katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berada di Kelantan untuk lawatan rasmi dan menziarahi mangsa banjir yang terjejas, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan sehingga RM10,000 kepada setiap keluarga terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata, bayaran itu membabitkan sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500, diskaun baik pulih kenderaan, rebat pembelian barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah bagi kerosakan akibat bencana itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 22:03

Pengurus Portugal Letak Jawatan!

Kegagalan Portugal layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar menyaksikan pengurus pasukan, Fernando Santos mengambil keputusan untuk  meletakkan jawatan.

Memiliki skuad yang boleh dikatakan mantap daripada segenap aspek untuk menjadi pencabar kejuaraan, Portugal bagaimanapun terpaksa menelan kepahitan selepas tumpas 0-1 ditangan wakil Afrika, Maghribi.

Pengurus Portugal Letak Jawatan! 3

Perkembangan diumumkan oleh Federasi Bola Sepak Portugal (FPF) sekali gus menyaksikan jodoh yang terbina sejak tahun 2014 berakhir dengan dua kejayaan manis berjaya dilakarkan Portugal sepanjang berada dibawah kendalian pengendali berusia 68 tahun tersebut.

Sila Baca Disini : Senarai Nama Pemain Malaysia Piala AFF!

Pengurus Portugal Letak Jawatan!

“FPF dan Fernando Santos bersetuju untuk menamatkan perjalanan yang sangat berjaya bermula pada September 2014.”

“Selepas salah satu penyertaan terbaik pernah dilakukan oleh skuad kebangsaan dalam pusingan akhir Piala Dunia di Qatar, dan Fernando Santos memahami bahawa ini adalah saat yang tepat untuk memulakan kitaran baharu.”

“Ia adalah merupakan satu penghormatan besar untuk mempunyai jurulatih dan orang seperti Fernando Santos sebagai ketua pasukan kebangsaan.”

Pengurus Portugal Letak Jawatan! 4

“Susulan dengan itu, FPF mengucapkan terima kasih kepada Fernando Santos dan pasukan teknikalnya atas perkhidmatan yang diberikan selama lapan tahun yang unik ini dan percaya bahawa ucapan terima kasih ini juga dibuat bagi pihak rakyat Portugal.”

Berhijrah daripada skuad kebangsaan Greece ke Portugal, Santos menghadiahkan Kejuaraan Eropah 2016 selepas menewaskan tuan rumah, Perancis hasil jaringan tunggal Eder pada masa tambahan.

Kemudiannya Portugal muncul pula selaku juara UEFA Nations League 2018/19 setelah menundukkan Belanda juga dengan jumlah jaringan sama dimana Goncalo Cuedes muncul wira mereka.

Namun selepas itu, awan mendung mula tiba di kem Portugal apabila mereka tersingkir di pusingan 16 pada Piala Dunia 2018 [tewas 1-2 ditangan Uruguay] dan ditunjukkan jalan keluar pula oleh Belgium 0-1 ketika Kejuaraan Eropah 2020.

Selepas ketiadaan Santos, ketika ini nama Jose Mourinho disebut-sebut bakal menjadi pengganti untuk mengisi kekosongan kerusi panas tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 10:21

Senarai Nama Pemain Malaysia Piala AFF!

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Senarai Nama Pemain Malaysia Piala AFF! 7

Lima pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu tidak berada dalam senarai akhir tersebut iaitu penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools (urusan peribadi).

Pemain yang terpilih ini sempat diuji dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja (4-0) dan Maldives (3-0) sekaligus memberi ruang kepada Kim Pan-gon untuk membentuk barisan yang mantap.

Sila Baca Disini : Tchouameni ‘Enjin’ Tengah Perancis!

Senarai Nama Pemain Malaysia Piala AFF!

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin, 19 Disember 2022 bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember 2022 sebelum kembali ke tanah air, hari berikutnya.

Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos pada perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Disember 2022 dan hari berikutnya terbang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa, 27 Disember 2022.

Senarai Nama Pemain Malaysia Piala AFF! 8

Pulang ke tanah air pada hari berikutnya, skuad Harimau Malaya tidak beraksi pada Hari Perlawanan 4 bagi Kumpulan B pada Jumaat, 30 Disember 2022 dan hanya akan kembali turun beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Januari 2023.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 dan 9 atau 10 Januari 2023 manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 10:13

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.