Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 29
December 10, 2022
Ini Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat – Setiap Negeri : Mohon Sini Sekarang !!
Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Rumah Mesra Rakyat (RMR)RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan BINGKAS RM300 Sebulan ~ Panduan Daftar Permohonan ~ Mohon Sini TERKINI : Bantuan Untuk Rakyat Malaysia (BOT) Berjumlah RM 500 : Semak Kelayakan Anda !Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dikreditkan Pada Januari Depan. Berikut Senarai Penerimanya ~ Semak SiniBantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah
Harga & Reka Bentuk RMRHarga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga: RM75,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga: RM85,000
Subsidi Pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga: RM75,000 – RM106,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:
Warganegara MalaysiaPemohon berumur 18 tahun dan ke atas
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Berikut ialah cara membuat permohonan:
Melalui talianBuka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss @ https://spnb.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
Klik Pendaftaran Baru dan isi borang pendaftaran dengan lengkap
Selepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan
Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
Lengkapkan borang yang diperlukan
Selepas mengisi borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak Borang
Hantar borang beserta dokumen yang telah lengkap diisi ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran
Secara manual
Borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula ke SPNB selepas permohonan dan dokumen sokongan lengkap
Dokumen yang diperlukanBerikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan RMR:Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan tuan rumahSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.Slip gaji terkini (3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*Afidavit / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang*Surat kebenaran pelepasan tuan tanahSalinan sijil nikah pemohonBorang laporan tapak bergambarSurat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A
SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa .
Semakan Status KelulusanMaklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat
Tanggungjawab PemohonPemohon RMR bertanggungjawab untuk:
Mengisi dan melengkapkan borang permohonanMenyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasiMenyediakan sumber bekalan air dan elektrikMembuat penyambungan bekalan utama ke bangunanMembuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perluMaklumat LanjutSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi
IBU PEJABATSyarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
SENARAI CAWANGAN
Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my
Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507
Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my
Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my
Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my
Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my
Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my
Piala Dunia Qatar – England Kempunan Sekali Lagi!
Perancis terus membuktikan kejaguhan apabila berjaya menundukkan England 2-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Al Bayt Stadium, Qatar.
Kemenangan penting dilakarkan itu bakal menemukan Perancis dengan Maghribi pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi Khamis nanti.
Aksi menarik yang dipamerkan kedua-dua pasukan bermula dengan percubaan tepat dijelmakan Olivier Giroud pada minit ke-11 tetapi tandukannya selepas menerima hantaran Ousmane Dembele mudah ditangkap Jordan Pickford.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Maghribi Cipta Sejarah Baharu!
Piala Dunia Qatar – England Kempunan Sekali Lagi!Kem Perancis melonjak kegembiraan berselang enam minit kemudian apabila rembatan daripada luar kawasan penalti oleh Aurelien Tchouameni tidak mampu diselamatkan Pickford untuk memberikan gol pendahuluan.
Tersentak dengan jaringan itu, England memperkemaskan aksi dengan melancar beberapa serangan ke arah kubu lawan namun Hugo Lloris cemerlang menafikan sepakan percuma Luke Shaw serta dua percubaan Harry Kane.
Corak permainan lebih menarik dipamerkan pada babak kedua apabila England kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Kane.
Sepakan tersebut diberikan oleh pengadil perlawanan, Wilton Pereira Sampaio dari Brazil susulan kekasaran dilakukan Tchouameni terhadap Bukayo Saka dalam kawasan penalti.
Perancis memberikan reaksi pantas seminit kemudian selepas Adrien Rabiot melakukan percubaan voli daripada luar kawasan penalti. Namun, Pickford lebih bersedia untuk menepis keluar percubaan tersebut.
Memasuki minit ke-70, Harry Maguire terlepas peluang untuk menambah jaringan buat England setelah tandukannya susulan sepakan percuma hanya sedikit tersasar.
Giroud membuktikan dirinya mampu menjadi peledak berbisa buat Perancis apabila tandukannya selepas menerima hantaran jauh Antoine Griezmann berjaya menewaskan Pickford untuk sekali lagi memberikan kelebihan buat skuad kendalian Didier Deschamps itu.
England kemudiannya berpeluang untuk mengikat kedudukan pada minit ke-84 tetapi sepakan penalti yang diambil Kane sekadar meliar melewati palang gol.
Peluang keemasan yang disia-siakan kapten England itu menyaksikan Perancis mengesahkan tempat ke separuh akhir dalam usaha mereka untuk mengekalkan kejuaraan buat edisi kedua berturut-turut.
Piala Dunia Qatar – Maghribi Cipta Sejarah Baharu!
Wakil Afrika, Maghribi lakar sejarah baharu dalam bola sepak mereka apabila berjaya ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan pasukan pilihan dari Eropah, Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.
Maghribi juga menjadi pasukan pertama Afrika yang mara ke kelompok empat terbaik selepas menjadi negara Arab pertama layak ke suku akhir.
Skuad kendalian Walid Regragui itu bermain dengan cukup bersemangat sejak awal perlawanan dan mereka kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Portugal.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Argentina Unggul, Belanda Kecewa!
Piala Dunia Qatar – Maghribi Cipta Sejarah Baharu!Mereka turun dalam perlawanan itu sebagai pasukan ‘underdog’, berbanding Portugal tetapi sudah membuktikan mampu menjadi pencabar utama di Qatar dan dahagakan lebih banyak lagi kejayaan.
Pada minit ke 42, Stadium Al Thumama bergegar dengan sorakan penyokong Maghribi apabila Youssef En-Nesyri menanduk masuk bola hantaran Attiyat Allah sekaligus meletakkan mereka di depan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Menyedari jentera serangan Portugal agak tumpul, Fernando Santos terpaksa membuat pertukaran pemain dengan memasukkan bintang utama, Cristiano Ronaldo menggantikan tempat Ruben Neves namun ia masih gagal memberikan sebarang impak.
Beberapa deretan peluang terhidang gagal disudahkan oleh jentera serangan Portugal ditambah pula dengan kecemerlangan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menepis beberapa percubaan berbahaya.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan impian Ronaldo untuk menjulang Piala Dunia dalam penampilan terakhirnya di peringkat antarabangsa tidak menjadi kenyataan.
Hasil kemenangan ini bermakna Morocco bakal menentang Perancis dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung pada 15 Disember ini.
Terkini : JKM: Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Sini Sekarang!
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan warga emas dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk makluman, bantuan ini diuruskan oleh JKM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Sukan dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Syarat Kelayakan PermohonanIbu bapa atau warga emas yang ingin memohon bantuan hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan seperti berikut:
Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia Warga emas atau warga emas berumur 60 tahun ke atas Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau Purata Pendapatan Miskin Per Kapita Semasa Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / kediaman yang menyediakan perkhidmatan percuma
Mana-mana kes yang perlu, wajar dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Membuat PermohonanProses permohonan adalah seperti berikut:
Menghadiri pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Borang berkaitan:
Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat TurunBorang JKM 20 (Borang Semakan Bantuan) – Muat TurunDokumen sokongan:Kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada)Dan dokumen lain yang berkaitan
Dokumen yang diperlukan
Bawa bersama dokumen berikut semasa anda hadir ke pejabat JKM:Salinan kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada)Dokumen lain yang berkaitan.Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan masalah dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau datang terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
INI Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024 ~ Click Sini Info Lanjut !!
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan mengumumkan keputusan menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi Takwim Akademik 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B. Tujuannya adalah untuk memastikan pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dijalankan dengan lancar.
KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN MENGENAI OPERASI SEKOLAH SESI 2023 / 2024.
Senarai terkini dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh diakses di www.moe.gov.my?utm_source=rss&utm...
Jadual Kandungan menunjukkanTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024
Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan diberi cuti seminggu lagi bermula pada 13 Mac dan 12 Mac 2022 untuk semua sekolah KPM di Malaysia.
Keputusan baharu KPM adalah seperti berikut:
Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023Tarikh ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.
CATATAN:Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Sumber: Facebook Pendidik
Takwim Akademik Sesi 2023/2024 KPM boleh dirujuk di Lampiran A dan Lampiran B di bawah:
Kalendar Cuti (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPMBerikut ialah Cuti Perayaan Sesi 2023 / 2024 yang diumumkan oleh KPM.
Butiran kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.?utm_source=rss&utm_medium=rss
Kongsikan!
Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Kerajaan RM300 – RM1,500 Yang Dibayar Pada Bulan Ini : Semak Sini !
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Mohon juga : TERKINI : Bantuan Automatik RM700 Untuk Rakyat Malaysia Bermula Disember Ini ~ Mohon Sini Sekarang !!Semak juga : i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40 ~ Semak SiniBaca juga : Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 SPNB : Mohon Sekarang !Pada Disember 2022, pelbagai jenis bantuan juga akan disalurkan oleh Kerajaan kepada mereka yang layak. Berikut adalah senarainya:-
Bantuan Monsun (BMT)BMT ini adalah bantuan kewangan daripada RISDA dengan jumlah keseluruhan RM600 kepada setiap penerima. Bantuan ini dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022 dengan jumlah RM300 setiap fasa.
Bantuan Khas Kewangan RM1,500Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada setiap penjawat awam di negeri terbabit. Bantuan itu akan dibayar bulan ini dengan peruntukan Kerajaan sebanyak RM8 juta.
Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun berkenaan dan akan dibayar pada Disember 2022.
BKK ini diberikan kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.
Bonus Satu Bulan Gaji atau Minimum RM1,000Kerajaan Negeri Johor akan memberi bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri terbabit.
Pembayaran bonus akan dibuat dua kali iaitu pada penghujung tahun ini dan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023.
December 9, 2022
Piala Dunia Qatar – Argentina Unggul, Belanda Kecewa!
Argentina meneruskan impian juara dengan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas berjaya menundukkan Belanda 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi penuh dramatik, awal pagi tadi.
Permainan terpaksa dilanjutkan sehingga ke penentuan sepakan penalti apabila aksi 120 minit terikat 2-2 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Lusail Iconic Stadium, Qatar itu.
Kemenangan yang cukup mendebarkan itu sekali gus mengesahkan pertemuan Argentina dengan naib juara edisi lalu, Croatia bagi merebut slot ke pentas final.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Brazil Kempunan Piala Dunia!
Piala Dunia Qatar – Argentina Unggul, Belanda Kecewa!Ketika ramai yang menjangkakan satu aksi menarik dapat disaksikan, tanggapan itu sedikit meleset terutamanya pada babak pertama kerana tiada serangan yang begitu berbahaya dapat dijelmakan selain daripada gol pertama Argentina.
Namun, segalanya berubah pada lewat separuh masa kedua dengan kebangkitan dramatik ditampilkan Belanda.
Jaringan pembukaan Argentina hadir pada minit ke-35 berpunca hantaran lolos menarik dilakukan Lionel Messi yang memberikan ruang kepada pemain pertahanan, Nahuel Molina untuk memasuki kawasan penalti sekali gus menewaskan Andries Noppert.
Aksi selepas itu tidak dapat yang boleh diperkatakan apabila kedua-dua pasukan kelihatan ketandusan idea untuk membuka peluang bagi menghadirkan percubaan ke arah pintu gol lawan masing-masing.
Sehinggalah memasuki minit ke-63 dimana sepakan percuma Lionel Messi sudah pun berjaya menewaskan Noppert tetapi hanya sedikit melewati palang gol.
Kehampaan itu ditebus Messi pada minit ke-73 selepas beliau menyempurnakan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan Denzel Dumfries terhadap Marcos Acuna dalam kawasan penalti.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Louis Van Gaal memasukkan penyerang gantian, Wout Weghorst pada lewat permainan dan tindakannya itu benar-benar membuahkan hasil pada minit ke-83.
Weghorst yang menerima hantaran jauh daripada Steven Berghuis berjaya menanduk masuk bola untuk menewaskan Emiliano Martinez bagi merapatkan defisit jaringan.
Gol itu nyata menyalakan kembali harapan skuad Oranje untuk menambah jaringan kedua. Tetapi, rembatan padu dilakukan Berghuis dari luar kawasan penalti berselang dua minit kemudian membias terkena pertahanan.
Weghorst membuatkan para penyokong Argentina yang sudah mula berpesta menanti kemenangan terdiam apabila beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-11 masa kecederaan.
Jaringan itu terhasil susulan sepakan percuma bijak diambil Teun Koopmeiners yang hanya melakukan hantaran rendah kepada Weghorst dan kemudiannya penyerang berusia 30 tahun itu tidak mensia-siakan peluang sekali lagi menewaskan Martinez.
Kebangkitan dramatik yang terus membawa aksi ke masa tambahan 30 minit untuk mencari pemenang mutlak pada perlawanan ini.
Argentina kelihatan lebih berbahaya dengan beberapa serangan berbahaya dilancarkan ke kubu Belanda tetapi percubaan Lautaro Martinez daripada luar kawasan penalti diselamatkan Noppert manakala rembatan Enzo Fernandez dan tandukan German Pazella sekadar melewati palang gol.
Percubaan Fernandez pada lewat permainan juga hanya singgah di tiang gol untuk permainan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira buat Argentina apabila beliau cemerlang menafikan sepakan daripada Virgil van Dijk dan Steven Berghuis manakala Messi, Paredes, Gonzalo Montiel dan Lautaro Martinez menyempurnakan sepakan untuk membawa La Albiceleste ke separuh akhir.
Kekecewaan nyata turut dirasai peminat Belanda dari Malaysia apabila temubual yang kami dapat dari saudara Khairulazim tidak dapat menyorokkan kekecewaannya.
Beliau yang menjangka Belanda menang dengan 3 gol amat kecewa dengan mutu pengadilan yang jelas tidak memuaskan.
Piala Dunia Qatar – Brazil Kempunan Piala Dunia!
Hijau kuning The Selecao tersingkir daripada Piala Dunia 2022 selepas tewas dalam penentuan penalti di tangan Croatia awal pagi tadi.
Brazil menentang Croatia merupakan aksi pertama untuk pusingan suku akhir Piala Dunia 2022 dan juga merupakan aksi tumpuan.
Sepanjang masa sebenar kedua-dua pasukan bertungkus lumus menyerang satu sama lain namun gagal menghasilkan gol hasil pertahanan kental dan jugak ketumpulan penyudah.
Sila Baca Disini : Eden Hazard Umum Persaraan!
Piala Dunia Qatar – Brazil Kempunan Piala Dunia!Brazil dan Croatia memerlukan gol setiap babak pada masa tambahan selepas terikat 0-0 sepanjang 90 minit.
Croatia tampil dengan sistem permainan lebih bertahan. Manakala Brazil tampil dengan permainan lebih gemar menyerang.
Penjaga gol Croatia menjadi masalah utama Brazil, di mana Dominik Livakovic berjaya melakukan beberapa siri penyelamatan termasuk menghalang bola di atas garisan gol.
Croatia memiliki beberapa peluang gol menerusi serangan balas dengan mereka bergantung kepada kelincahan Perisic di bahagian sayap. Namun penyudah akhir mereka sangat menghampakan.
Pada masa tambahan pertama, Petkovic melakukan skil luar biasa melepasi pertahanan Brazil tetapi percubaan daripada Brozovic yang bermain untuk Inter Milan melambung tinggi.
Selepas bergelut mencari gol sepanjang perlawanan akhirnya Brazil di hadapan menerusi Neymar pada minit ke-105+1.
Ianya satu gerakan yang pantas dilakukan secara berpasukan menerusi siri hantaran bola oleh pemain pemain Brazil di mana Neymar menerima hantaran akhir daripada Paqueta.
Dengan gol itu, maka kini Neymar kini menyamai rekod gol Pele untuk rekod gol kebangsaan bersama Brazil dengan 77 gol.
Ketika Brazil sedang berkira kira untuk mara ke separuh akhir, Croatia mencipta drama dengan menyamakan kedudukan menerusi Petkovic yang menewaskan Alisson untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Pada penentuan penalti, Croatia menang selepas Brazil gagal dalam 2 percubaan mereka dengan Marquinhos sebagai pemain Brazil terakhir mengambil tendangan namun hanya singgah ditiang penjaga gol sahaja.
Selecao tersingkir dan menamatkan perjalanan sebagai pasukan pilihan juara. Croatia kini berpeluang mengulangi pencapaian mereka pada 4 tahun lalu iaitu berjaya mara ke final.
Hasil temubual pihak kami bersama peminat setia pasukan Brazil, saudara Azim Azmi nyata kecewa apabila tekaan kemenangan Brazil ke atas Croatia dengan jaringan 2-1 tidak kesampaian.
Notis Penangguhan Urus Niaga ASB Bermula 22 Disember 2022 ~ Semak Sini
Makluman tarikh penggantungan urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.
Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.
Penggantungan transaksi ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter dan ejen cawangan ASNB seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, ejen perbankan internet iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kios di cawangan ASNB dan Mesin Teler Automatik di Maybank dan Bank CIMB.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Notis Penggantungan Khas ASNB untuk makluman semua pemegang amanah ASB.
Tempoh Penggantungan Sementara Urus Niaga ASB
Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buat transaksi awal supaya pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan iaitu dari 22 Disember hingga 3 Januari 2023.
Jadi, anda perlu melaksanakan transaksi ASNB anda sebelum 22 Disember 2022.
Transaksi pada semua saluran, iaitu secara bersemuka, akan dibuka semula pada 3 Januari 2023, manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.
Pengeluaran dalam talian hanya boleh dibuat melalui portal www.myasnb.com.my?utm_source=rss&... dan aplikasi myASNB dengan had maksimum RM2,000 atau tiga (3) pengeluaran
dalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang berdaftar dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Untuk sebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada asnbcare@pnb.com.my.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)Syarikat pengurusan unit amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua dana yang dilancarkan oleh PNB. Selepas lebih 40 tahun dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 dana unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.
ASNB menawarkan dana unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan ( ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.
Dana ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa depan mereka.
ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang luas untuk memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka.
Kemudahan itu boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB di seluruh negara. Selain itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi dalam talian terpilih melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih www.myasnb.com.my.?utm_source=rss&...
Ejen ASNB juga menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect.
Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.
myASNB ialah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi dalam talian yang dilengkapi ciri keselamatan terkini.
Portal myASNB juga boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih.
Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:
Tambah pelaburan terus daripada akaun bank andaSemak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkiniKemas kini maklumat peribadiMengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak andaPerkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto LaburDecember 8, 2022
RASMI : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Secara Bersasar Untuk Tujuan Peribadi
KWSP khas. Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak situasi yang membolehkan seseorang membuat permohonan pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.
Malah, anda dibenarkan mengeluarkan wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi dan tujuan membina atau mengubahsuai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Mohon juga : TERKINI : Bantuan Automatik RM700 Untuk Rakyat Malaysia Bermula Disember Ini ~ Mohon Sini Sekarang !!Semak juga : i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40 ~ Semak SiniBaca juga : Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 SPNB : Mohon Sekarang !Di sini kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran separa dan pengeluaran penuh yang boleh dipohon oleh ahli, mengikut info dari laman web rasmi KWSP.
Pengeluaran Khas Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi
Di sini anda boleh menyemak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon wang pengeluaran akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022
1) Pembayaran Ibadah HajiBagi mengurangkan beban mengerjakan haji, wang dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun.
Tujuan permohonan ini adalah untuk perbelanjaan haji dan pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah
4) Pengeluaran Dana Khas KWSP Pendidikan
Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, mereka perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran KWSP untuk anda menampung pengajian anak sekiranya kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
