Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 32
December 5, 2022
Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Dibedil ‘Tarian’ Brazil!
Perjuangan wakil Asia dalam saingan Piala Dunia 2022 kini sudah berakhir selepas Korea Selatan dibelasah 4-1 ketika menentang Brazil dalam perlawanan di peringkat pusingan 16 awal pagi tadi.
Ia adalah kekalahan memalukan skuad Taeguk Warriors setelah mereka menampilkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan pilihan, Portugal (2-1) dan seri (0-0) ke atas Uruguay.
Dalam perlawanan ini, dua tongak utama Brazil iaitu Danilo dan Neymar kembali diturunkan dalam kesebelasan utama setelah disisihkan dalam perlawanan menentang Switzerland dan Cameroon akibat kecederaan.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Perjalanan ‘Impian’ Jepun Berakhir!
Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Dibedil ‘Tarian’ Brazil!Skuad Samba mempamerkan aksi memukau sejak sepak mula dan terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 7 menerusi Vinicius Junior yang menyudahkan hantaran cantik daripada Raphinha di sebelah kanan.
Jaringan itu memberikan semangat tambahan dan keyakinan kepada Brazil untuk terus menguasai perlawanan dan hasilnya mereka diberikan sepakan penalti setelah Richarlison dikasari oleh pemain Korea Selatan.
Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Neymar sekaligus memastikan kedudukan selesa 2-0 untuk Brazil.
Korea Selatan juga sempat melakukan dua percubaan berbahaya namun penjaga gol Brazil, Alisson beraksi cemerlang menepis rembatan Hwang Hee Chan.
Pada minit ke 29, Stadium 974 bergema dengan sorakan penyokong apabila Brazil menambah gol ketiga menerusi Richarlison yang menyudahkan gerakan cantik dari tengah padang.
Korea Selatan jelas tidak mampu mengekang kemaraan jentera serangan Brazil yang dilihat cukup ampuh di setiap posisi dan memiliki kualiti tersendiri.
5 minit kemudian, Brazil menjaringkan gol keempat dan kali ini menerusi Lucas Paqueta yang merembat masuk hantaran lambung yang cantik daripada Vinicius Junior. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Korea Selatan bangkit lebih garang di separuh masa kedua dan nyaris menjaringkan gol pertama menerusi Son Heung Min pada minit ke 47 namun percubaan bintang Tottenham Hotspur itu tersasar.
Pada minit ke 76, Taeguk Warriors akhirnya memperolehi gol pertama selepas Paik Seung-ho melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti lalu menewaskan Alisson.
Cho Gue-sung juga hampir menambah gol kedua untuk Korea Selatan tetapi malangnya rembatan jarak dekatnya berjaya ditepis oleh Alisson. Kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Hasil kemenangan ini bermakna,Brazil dijadualkan bertemu finalist Piala Dunia 2018, Croatia di peringkat suku akhir pada 9 Disember. Ia pasti akan menjadi perlawanan yang cukup sengit.
Piala Dunia Qatar – Perjalanan ‘Impian’ Jepun Berakhir!
Dominik Livakovic muncul wira buat Croatia apabila beliau bertindak cemerlang ketika penentuan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Jepun 3-1.
Permainan terpaksa berlanjutan ke penentuan sepakan penalti selepas aksi sebenar 120 minit terikat dengan 1-1.
Croatia yang turun selaku naib juara edisi lalu serta berada di kedudukan ke-12 ranking dunia dilihat lebih menguasai permainan sebaik aksi dimulakan pengadil dari Amerika Syarikat, Ismail Elfath.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – England Bergaya Ke Suku Akhir!
Piala Dunia Qatar – Perjalanan ‘Impian’ Jepun Berakhir!Namun, Jepun yang melakar kejutan ke atas Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan nyata bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan.
Hal ini dibuktikan apabila skuad kendalian Hajime Moriyasu itu mendapat peluang keemasan seawal minit ketiga menerusi percubaan Shogo Taniguchi.
Tandukan pemain pertahanan itu susulan hantaran jauh dilakukan Ritsu Doan hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Croatia yang dikawal Livakovic.
Lima minit kemudian, giliran Ivan Perisic pula mendapat peluang keemasan untuk memisahkan kedua-dua pasukan berikutan kesilapan Takehiro Tomiyasu yang melakukan tolakan lemah ke belakang.
Perisic yang mendapat peluang terbaik melepaskan rembatan jarak dekat tetapi penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda lebih bersedia untuk menafikan gawangnya daripada dibolosi.
Selepas itu, Jepun terus menggandakan asakan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-43 menerusi jaringan Daizen Maeda untuk membuka tirai jaringan.
Berpunca daripada hantaran jauh Doan yang mencari Maya Yoshida dalam kawasan penalti, kapten Jepun itu kemudiannya menguis bola bagi memberikan ruang buat Maeda untuk menyempurnakan peluang terhidang.
Kelebihan itu bagaimanapun kembali dipadamkan Croatia apabila Perisic melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hasil hantaran Dejan Lovren ketika memasuki minit ke-53 sekali gus menewaskan Gonda.
Aksi lebih menarik ditampilkan kedua-dua pasukan selepas itu dimana rembatan padu Wataru Endo pada minit ke-57 diselamatkan Livakovic. Selepas itu, percubaan voli menarik daripada Luka Modric pula diselamatkan Gonda pada minit ke-63.
Berselang tiga minit kemudian, Ante Budimir terlepas peluang terbaik untuk menambah gol kedua selepas tandukannya ketika beliau tidak dikawal pertahanan hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Jepun.
Tiada jaringan terhasil menyaksikan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke penentuan masa tambahan 30 minit bagi mencari pemenang.
Kaoru Mitoma mendapat peluang pada minit ke-104 selepas beliau melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan dan melepaskan rembatan, namun Livakovic lebih tangkas untuk menafikan percubaan bahaya tersebut.
Kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Livakovic muncul wira buat Croatia apabila beliau dengan cemerlang menyelamatkan tiga sepakan Jepun yang diambil Takumi Minamino, Kaoru Mitoma dan Maya Yoshida.
Sepakan keempat yang diambil Mario Pasalic memastikan Croatia mara ke suku akhir dengan kemenangan 3-1 untuk mereka bertembung dengan skuad samba, Brazil.
Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Sukarelawan Malaysia Tahun 2022 | Kelayakan Minima SPM / Gaji Ditawarkan RM 1,600 | Mohon Sini Sekarang !
Maklumat terkini peluang pekerjaan jawatan kosong untuk semua rakyat Malaysia. Jabatan Sukarelawan kini telah membuka peluang kepada semua warganegara Malaysia untuk memohon jawatan kosong seperti yang telah disediakan.
Untuk makluman pembaca, Jabatan Sukarelawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai RELA merupakan sebuah pertubuhan di bawah kerajaan yang telah dibina sejak tahun 1972 dan sehingga kini menjadi pertubuhan kerajaan yang terkenal sebagai salah satu anggota keselamatan rakyat semua. rakyat Malaysia.
Kini Jabatan Sukarelawan Malaysia atau RELA telah membuka peluang keemasan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai syarat kelayakan yang mencukupi terutamanya kepada golongan muda yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengambil peluang mendapatkan pekerjaan di jawatan kosong tersebut dengan gaji menarik yang telah ditawarkan. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui maklumat jawatan tersebut, sila rujuk maklumat yang telah diberikan.
Apakah Permohonan Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Oleh JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA Pada Tahun 2022?
Peluang mengisi kekosongan jawatan yang telah disediakan amat menarik dan perlu diisi segera secepat mungkin. Berikut adalah jawatan-jawatan yang telah disediakan oleh RELA bagi calon-calon yang berkelayakan untuk memiliki Ijazah, Diploma, SPM atau Kelayakan Profesional yang telah diiktiraf. Mereka dipelawa untuk mengisi permohonan jawatan kosong di atas. (Anda dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu iklan dan syarat kelayakan sebelum mengisi kekosongan jawatan)
Maklumat Jawatanjawatan:
MYSTEP PERSONNEL
Gaji bulanan:RM 1,600Untuk makluman calon yang memohon jawatan ini. Anda dibekalkan dengan begitu banyak peluang dan faedah dengan jawatan di atas. Antara faedah yang akan anda perolehi apabila memohon jawatan ini ialah cuti tahunan yang disediakan. Selain itu, anda juga diberikan kemudahan rehat, cuti sakit dan perlindungan sosial seperti caruman KWSP dan PERKESO. Ini tidak lain hanyalah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan untuk anda bekerja.
Tempoh pekerjaan:Kontrak setahun
Dengan kontrak setahun dan gaji lumayan yang ditawarkan, ini memberi peluang lebih cerah kepada anda untuk memohon jawatan kosong di atas kerana Jabatan Sukarelawan Malaysia memberi peluang yang baik untuk kenaikan pangkat kepada calon yang memohon. Jadi, rebut peluang ini secepat mungkin!
Bilakah Tarikh Permohonan Jawatan Kosong Dibuka dan Ditutup?
Tarikh permohonan dibuka pada 1 Disember 2022 dan anda perlu memohon segera. Permohonan untuk jawatan ini dibuka sekarang dan akan ditutup pada 10 Disember 2022.
Apakah Syarat Kelayakan Calon dalam Memohon Jawatan?
Bagi calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong di atas. Anda mesti mempunyai syarat yang diperlukan dan cukup lengkap untuk menyerahkan permohonan anda. Anda hanya perlu memilikinya
IjazahDiplomaSijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, Tahap “A”, Pra-U) atau anda mempunyai Kelayakan Profesional yang diiktirafsekiranya anda sudah mempunyai syarat kelayakan seperti yang diberikan, maka anda perlu segera memohon jawatan kosong ini.
Selain daripada syarat kelayakan yang anda ada, anda juga disarankan untuk memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia iaitu
Anda mesti mempunyai integritiSeorang yang bertanggungjawabSeorang yang amanah dalam pekerjaannyaApakah Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Memohon Jawatan Kosong Ini?
Kemahiran yang diperlukan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi calon yang memohon jawatan ini perlu diberi perhatian. Jika anda mempunyai kemahiran yang diingini. Jadi, cepat buat aplikasi ini! Kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Anda mesti mempunyai kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office.
Anda pandai dalam fotografi.Anda juga perlu mempunyai kemahiran dalam menyunting video dan membuat klip video.
Anda mesti mempunyai badan yang sihat dan
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam pentadbiran, unit media di Pejabat RELA.
Permohonan Jawatan Kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia Tahun 2022
Bagaimana untuk Membuat Permohonan?Permohonan boleh dibuat dengan mengikutipengumuman rasmi kekosongan jawatan di bawah:Iklan, Terma dan Syarat serta Cara Memohon Jawatan
Bagi calon yang ingin memohon jawatan kosong ini, mereka boleh melakukannya secara online tanpa perlu hadir secara fizikal dan pendaftaran bagi permohonan jawatan kosong ini adalah percuma.
Bagi calon yang pertama kali membuat permohonan ini, perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat yang terdapat dalam sistem.
Calon juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini seperti yang dikehendaki oleh sistem dan hanya calon yang layak akan menerima panggilan temuduga oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Semoga hasil usaha calon-calon memohon jawatan kosong ini diberkati Allah dengan kejayaan.
Permohonan Rumah PPRT – Mohon Sini!
Permohonan Rumah PPRT – Mohon Sini! Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Tahukah anda? Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
Pengenalan PPRTTujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Bantuan PPRTPermohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
Orang Kelaina Upaya – OKUMangsa bencana alam yang berskala kecilWarga EmasBapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramaiKeutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.Jenis Kategori Rumah PPRTProgram PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
PenambahbaikanPenyelenggaraanRequisitionb) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.2) Bina BaruBantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 -Secara OnlineJika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINIKemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utamaSila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakanSelepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”Maklumat LanjutUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
TERKINI : Bantuan Musim Tengkujuh Fasa2 RM300 Mula Disalurkan Disember Ini ~ Mohon Sini !
Monsoon Aid Fasa 2 merupakan bayaran kedua selepas fasa 1 pada November 2022. Untuk makluman anda, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khusus berupa bantuan tunai yang diberikan kepada golongan yang memerlukan khususnya kepada golongan b40 dan fakir miskin.
BANTUAN BMT FASA 2Untuk makluman, bantuan musim tengkujuh (BMT) ini merupakan bantuan kerajaan yang diuruskan oleh RISDA di bawah Bajet 2022. Bantuan ini diberikan kepada golongan yang memerlukan khususnya kepada pekebun kecil bagi menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini.
KADAR BANTUAN BMTUntuk makluman, kadar bantuan musim tengkujuh ini diberikan kepada mereka yang layak sebanyak RM 600 bagi setiap penerima. Pembayaran bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu fasa 1 pada bulan November berjumlah RM 300 dan bantuan musim tengkujuh fasa 2 pada bulan Disember berjumlah RM 300.
Bagi pembayaran bantuan ini, ia disalurkan secara berperingkat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan dalam borang permohonan.
SYARAT KELAYAKANDi bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan BMT ini seperti berikut:
Pemohon adalah Warganegara Malaysia sahajaMempunyai keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektarPekebun kecil berdaftar dengan RISDAPenerima individu hanya layak menerima sekali sahajaPenerima 1 lot sahaja untuk penoreh atau pemilik tanahMempunyai kad permit kuasa getah (PAT-G)SEMAKAN PERMOHONAN BMTSekiranya anda berminat, semakan permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi RISDA PRIHATIN – DI SINI
MAKLUMAT LANJUTMungkin ramai yang tidak layak untuk mendapatkan bantuan BMT ini. Jangan risau, tahun ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk wang tunai bagi membantu golongan yang memerlukan kumpulan sasar khas.
December 4, 2022
Jawatan Kosong Di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Swasta di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive, Auto Finance
2. Sales Support Officer
3. Field Mediator, Asset Management
4. Executive, Credit Management
5. Executive, Wholesale Management
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Percetakan Tenaga Sdn. Bhd – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kosong di Percetakan Tenaga Sdn. Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. IT EXECUTIVE
2. Sales Administrator
3. Process Engineer
4. Safety & Health Admin
5. QA MANAGER
6. Production Engineer
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Percetakan Tenaga Sdn. Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Piala Dunia Qatar – England Bergaya Ke Suku Akhir!
England mempamerkan aksi dominan untuk menewaskan Senegal 3-0 dengan aksi meyakinkan di Stadium Al Bayt dan memastikan tempat mereka ke suku akhir Piala Dunia Qatar.
Dalam kemenangan yang diraih, England turut mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menentang negara Afrika dalam kejohanan terbesar bola sepak.
Gol yang terhasil menerusi jaringan Jordan Henderson, Harry Kane, dan Bukayo Saka membuka laluan ke suku akhir untuk bertemu juara bertahan, Perancis yang mengatasi Poland 3-1 dalam yang berlangsung di Stadium Al Thumama.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Mbappe,Giroud Memacu Perancis Kedepan!
Piala Dunia Qatar – England Bergaya Ke Suku Akhir!Aksi setengah jam pembukaan penuh disajikan dengan peluang yang dibazirkan England di kawasan berbahaya serta dengan Senegal tidak dapat memanfaatkan peluang mereka sepenuhnya.
Boulaye Día melihat rembatan jarak dekat yang terkena tangan John Stones namun VAR memutuskan tiada penalti diberikan sebelum Jordan Pickford dipaksa berkerja keras menafikan percubaan penyerang Salernitana itu.
England akhirnya bangkit dari lena dan daripada gerakan pertama mereka yang penuh berkualiti, mendahului tujuh minit sebelum rehat. Kane melepaskan bola kepada Jude Bellingham di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran yang disempurnakan Henderson.
Kedudukan mampu menjadi 2-0 tiga minit kemudian apabila gerakan yang hampir sama cuba diterjemahkan namun percubaan Kane sekadar tersasar.
Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya meletakkan pasukan dalam kedudukan baik selepas dalam masa kecederaan separuh masa pertama dengan Bellingham yang memenangi bola daripada Senegal bijak melakukan hantaran kepada Foden sebelum pemain Manchester City itu bijak mencari Kane untuk menjaringkan gol pertamanya di pentas Piala Dunia kali ini.
England memastikan perlawanan memihak kepada mereka 12 minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua apabila Foden sekali lagi melakukan bantuan jaringan untuk Saka yang bijak melakukan kuisan bola mengatasi penjaga gol Edouard Mendy.
England akan menentang juara bertahan, Perancis pada hari Ahad 11 Disember jam 3:00 pagi untuk menentukan negara mana yang bakal mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar.
Piala Dunia Qatar – Mbappe,Giroud Memacu Perancis Kedepan!
Juara bertahan, Perancis menepati ramalan layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menewaskan Poland, 3-1 di pusingan kalah mati malam tadi.
Malah, bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi yang memukau dengan meledak dua gol di separuh masa kedua yang membantu pasukannya mencipta kemenangan.
Penyerang veteran, Olivier Giroud membuka jaringan buat Les Bleus menerusi gol ke-52 peribadi peringkat antarabangsa seterusnya mengatasi rekod sepanjang zaman Thierry Henry bersama Perancis.
Sila Baca Disini : Bola Piala Dunia Qatar Unik?
Piala Dunia Qatar – Mbappe,Giroud Memacu Perancis Kedepan!Bagaimanapun, tumpuan di Stadium Al Thumama lebih terarah kepada pemain berusia 23 tahun, Mbappe yang kini mengumpul sembilan gol pada dua edisi Piala Dunia.
Jaringan tunggal Poland hadir menerusi sepakan penalti pada tambahan masa dengan penyerang, Robert Lewandowski menyempurnakannya selepas bola terkena tangan Dayot Upamecano.
Namun, Poland sudah terlambat untuk mempamerkan kebangkitan dan keputusan 3-1 kekal sehinggat tamat perlawanan.
Poland terhutang budi kepada penjaga gol, Wojciech Szczesny kerana mengekalkan mereka dalam persaingan selepas menyelamatkan percubaan daripada Aurelien Tchouameni dan Ousmane Dembele.
“Ia bukanlah mudah kerana Poland sangat teratur dan cuba menyerang balas pantas,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
“Kemudian ada Kylian dengan kebolehan menyelesaikan pelbagai jenis masalah, dan itu bagus untuk kami.
“Pasukan ini sudah bersatu sejak awal dan jelas keputusan seperti ini hanya mengesahkan perkara itu. Keseronokan dikongsi semua orang,” tambahnya.
Perancis menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama menang Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 1958 dan 1962 susulan menerajui Kumpulan D di Qatar.
Kylian Mbappe berkata impiannya ialah menang Piala Dunia buat kali kedua selepas membantu negaranya menjuarai pada tahun 2018.
“Sudah tentu, Piala Dunia ini adalah yang paling saya mahukan, ia kejohanan yang menjadi impian saya. Saya membina musim untuk kejohanan ini dan saya sudah bersedia mental dan fizikal untuknya.
“Saya mahu datang ke sini dengan bersedia dan setakat ini semuanya berjalan lancar, tapi kami masih jauh dari objektif yang kami tetapkan dan yang saya tetapkan,” kata Mbappe.
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2022 – Mohon Sekarang
Memasuki bulan 12, terdapat beberapa bantuan Kerajaan yang anda boleh mohon pada Disember 2022.
Sedikit bantuan boleh dipohon pada Disember ini sama ada daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau agensi lain. Pastinya bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan apabila rakyat berhadapan dengan kesan kenaikan harga barang.
Mohon Bantuan Kerajaan Sehingga RM2500
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan bulan Disember 2022.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa berkongsi rezeki dengan orang lain.
Bayaran Bantuan Kewangan JKM Disember 2022Bayaran Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Disember akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi bulan Disember, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 dan 10 Disember 2022.
Sila rujuk laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan pembayaran bantuan November.
Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push)
Permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push) akan ditutup pada tarikh 14 Disember 2022.
Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) ialah Pinjaman Kredit Mikro i-PUSH tanpa faedah untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan mereka dengan baik semasa situasi inflasi hari ini.
Khas untuk golongan B40.
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal berikut: https://smu.pahang.gov.my/mohon.php?utm_source=rss&utm_medium=rss
Diskaun PTPTNSelaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2023, kerajaan bersetuju memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dari 1 November 2022 hingga 30 April 2023 pada kadar berikut:
Diskaun 20 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;Diskaun 15 peratus untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam satu pembayaran; danDiskaun 15 peratus untuk pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus berjadual.
Peminjam boleh mendapatkan pengesahan baki untuk tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut
https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama?utm_source=rss&utm_medium=rss
atau
Boleh menghubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/bhunguni-ptptn?utm_source=rss&utm_medium=rss
Bantuan Zakat Selangor PeduliBagi warga Selangor khususnya Asnaf yang berdaftar di negeri Selangor yang terlibat dalam bencana banjir, anda kini boleh memohon bantuan ‘LZS Peduli’
Ini adalah salah satu inisiatif bantuan dari Zakat Selangor secara “ONE-OFF” kepada KETUA-KETUA KELUARGA yang terjejas akibat BANJIR. Hanya SATU PERMOHONAN bagi setiap rumah kediaman.
Tarikh permohonan dibuka dari 21 NOVEMBER 2022 – 31 JANUARI 2023.
Untuk permohonan lanjut, sila layari www.zakatselangor.com.my/peduli?utm_source=rss&utm_medium=rss
Semoga dipermudahkan urusan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
