Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 35
November 29, 2022
Jawatan Kosong Di TNB Energy services (TNBES) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di TNB Energy services (TNBES) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. CUSTOMER ENGAGEMENT OFFICER
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 08 DISEMBER 2022 (Khamis)Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di TNB Energy services (TNBES).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Piala Dunia Qatar – Jerman Kesal Bermain Tentang Politik!
Ilkay Gundogan menegaskan bahawa “politik sudah habis” di kem Jerman, dan fokus adalah kepada bola sepak sepenuhnya.
Ini selepas skuad mereka memutuskan untuk melakukan protes ke atas FIFA dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022.
Jerman mengekalkan harapan mereka untuk mara dalam edisi Piala Dunia 2-2 dengan keputusan seri 1-1 menentang Sepanyol dalam perlawanan kedua. Gundogan memberikan jaminan bahawa tidak ada lagi protes yang akan mereka lakukan.
Sila Baca Disini : Juventus Alami Masalah Besar!
Piala Dunia Qatar – Jerman Kesal Bermain Tentang Politik!Sama seperti ketika aksi berdepan Sepanyol, di mana mereka tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut.
FIFA memberi amaran kepada Jerman dan kapten mereka bahawa mereka bakal berdepan hukuman kerana memakai lilitan One Love pada Piala Dunia. Ini termasuk kad kuning untuk mana-mana kapten yang ditangkap memakai lilitan itu.
Lilitan One Love membawa maksud memberi sokongan kepada komuniti LGBT yang memperjuangkan hak kesaksamaan antara satu sama lain dan juga tentang hubungan songsang.
Tindakan FIFA itu membuatkan pemain-pemain Jerman menutup mulut mereka sebelum sepak mula aksi pembukaan Piala Dunia 2022 mereka. Simbolik kepada suara mereka telah ditutup oleh FIFA.
Di mana perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-1 Jerman di tangan Jepun.
Kini Gundogan telah mengisytiharkan negara tidak akan lagi mencampurkan bola sepak dan politik.
Gundogan berkata: “Kami mempunyai beberapa pemain yang marah dengan FIFA, kerana jelas ada perkara yang dirancang daripada pasukan,” kata Gundogan kepada The Athletic.
“Ini (pemakaian lilitan) semakin tidak dibenarkan sebelum perlawanan (Jepun), beberapa pemain kecewa dan kecewa serta mahu menunjukkan sesuatu.”
“Kami mengadakan perbincangan dalam pasukan dan akhirnya diputuskan bahawa kami akan melakukan isyarat ini [menutup mulut] untuk menentang FIFA.”
Menurut laporan dari Jerman, Gundogan dan Rudiger adalah dua pemain yang tidak bersetuju dengan bantahan yang dilakukan oleh pasukan mereka. Namun Gundogan menyatakan bahawa mereka terpaksa mengikut suara majoriti, sebagai satu pasukan.
Tindakan mereka kurang disenangi pemain pemain lain ketika itu. Membuatkan situasi agak tegang.
“Jika anda melakukan sesuatu, anda melakukannya sebagai satu pasukan. Sejujurnya, pandangan saya sekarang politik sudah tamat.”
“Kami di sini sekarang dan saya rasa Qatar sangat berbangga. Negara Qatar sangat berbangga untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia juga sebagai negara Islam pertama [menjadi penganjur Piala Dunia], dan saya berasal dari keluarga Islam, jadi masyarakat Islam pasti berbangga.”
“Kini ia hanya mengenai bola sepak dan harus menikmati dan meraikannya jadi itu perkara yang paling penting.”
Juventus Alami Masalah Besar!
Kem Juventus jelas sedang berantakkan pada ketika ini apabila kesemua Ahli Lembaga Pengarah (BOD) kelab saingan Serie A itu mengambil keputusan meletakkan jawatan.
Keputusan sebulat suara yang boleh dianggap mengejutkan itu diambil dalam satu mesyuarat agung luar biasa diadakan pada malam semalam.
10 Ahli Lembaga Pengarah Juventus dimaksudkan ialah Andrea Agnelli (Presiden), Pavel Nedved (Naib Presiden), Maurizio Arrivabene (Ketua Pegawai Eksekutif), Laurence Debroux, Francesco Roncaglio, Syzanne Heywood yang bertindak selaku Pengarah Kelab.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Gagal Bangkit!
Juventus Alami Masalah Besar!Sementara itu empat orang Pengarah Bebas terdiri daripada Daniela Marilungo, Giorgio Tacchia, Massimo Della Ragione dan Kathryn FInk.
Menurut sumber Goal, mereka bertindak meninggalkan Juventus ketika terdapat siasatan sedang dijalankan susulan pemalsuan laporan kewangan kelab selama tiga tahun terakhir yang berkemungkinan besar akan menyebabkan kelab menerima hukuman berat.
Ia bermula selepas bekas pengurus, Maurizio Sarri dan para pemain Juventus bersetuju untuk memotong gaji mereka berikutan situasi COVID-19. Selepas itu, pihak pendakwaan Itali telah menemui beberapa penyelewengan dan mula untuk menyiasat dengan lebih terperinci.
“Kami menghadapi saat yang sukar kerana sebuah perusahaan dan persatuan telah gagal. Lebih baik membiarkan semua orang bersama, memberikan peluang kepada pasukan [Ahli Lembaga Pengarah] baharu untuk memperbetulkan kembali keadaan.”
Bergelar Presiden Juventus pada tahun 2010, Agnelli telah membantu kelab tersebut menjadi gergasi dalam saingan domestik apabila The Old Lady menjuarai saingan liga bagi sembilan musim berturut-turut.
RASMI : Bantuan Kewangan Sebanyak RM2,500 Akan Dibayar Pada Tahun Hadapan ! Semak Sini !
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Artikel Berkaitan :
Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan Disini !Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!
Antaranya apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan ini akan diberikan kepada 5,599 penjawat awam di negeri ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Bantuan itu akan dibayar dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.
“Bantuan khas kewangan ini diharap dapat menyemarakkan semangat semua penjawat awam untuk bekerja lebih gigih lagi,” kata Aminuddin pada Sidang Keempat (Bajet) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan ke-14.
Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan 22 inisiatif baharu dalam bajet itu bertemakan ‘Menepati Janji, Menyokong Harapan’ membabitkan peruntukan RM107 juta.
BKK Negeri SelangorSelain Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua setengah bulan gaji kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Caruman itu juga akan melibatkan anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada 2022.
“BKK pertama iaitu sebulan gaji atau minimum RM1,000 telah dilaksanakan melalui Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.
“BKK kedua akan dibayar pada 29 Disember ini iaitu sebulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan RM37.63 juta,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 .
November 28, 2022
36,409 Jawatan Kosong Terkini Dibuka Seluruh Malaysia ~ Mohon Sekarang !!
Khas untuk anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk mengisi jawatan kosong terkini yang tertera di page iKerajaan.
Untuk makluman, pengambilan jawatan kosong ini kini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong yang diiklankan. Sila pastikan anda membaca maklumat jawatan, syarat dan kelayakan yang diperlukan oleh majikan sebelum mengemukakan sebarang permohonan jawatan kosong ini.
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINIMajikan: Ribuan MajikanLokasi Kekosongan: Seluruh NegaraTarikh Tutup Permohonan: Tertakluk Setiap Tawaran JawatanJika Ingin Memohon Jawatan Kosong Ribuan Majikan Ini, Sila Rujuk Pautan Berikut
Untuk makluman anda, iklan kekosongan ini merupakan jawatan kosong terkini di https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?utm_source=rss&utm_medium=rss
Pemohon mesti mengisi maklumat lengkap yang merupakan maklumat peribadi dan pastikan juga memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan
Sila hantar permohonan anda melalui portal dalam talian seperti yang dinyatakan di atas.
Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga dan permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan akan dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut & syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila pastikan anda klik pada pautan berikut: KLIK SINI
SYARAT KELAYAKAN JAWATAN KOSONG TERKINISekiranya anda merupakan calon yang mempunyai kelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pra-Universiti) atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk syarat kelayakan di bawah dahulu)
Kelebihan PemohonKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)Manfaat PekerjaanGaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti tahunanCuti sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG RIBUAN MAJIKAN TERKINI
Permohonan jawatan kosong terkini di atas boleh dibuat secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.
Pemohon perlu klik pada pautan “KLIK DI SINI”, kemudian rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar dahulu (jika perlu) sebelum menyerahkan maklumat yang diperlukan oleh sistem.
Pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat terkini yang diperlukan dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Semoga berjaya!
Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan Disini !!
Bantuan warga emas ini merupakan program khas yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu dan masih dikekalkan sehingga kini. Untuk makluman, program bantuan khas tersebut adalah di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JKM).
Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran RM200 Sehingga RM1000 ~ Mohon Sini Sekarang!!BANTUAN WARGA EMAS (BWE 2022)
Untuk pengetahuan umum, program ini dilaksanakan bagi membantu warga emas yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat disamping meringankan beban yang ditanggung.
Jika anda terlepas, terdapat lebih banyak inisiatif yang diberikan oleh kerajaan untuk mereka yang memerlukan tahun ini. Untuk menyemak senarai bantuan yang tersedia, sila pergi ke halaman utama telah disediakan – DI SINI
SYARAT KELAYAKAN BWE 2022Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas yang perlu diketahui seperti berikut:
Bantuan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahajaPemohon merupakan individu yang berumur 60 tahun dan keatasTidak menetap di mana-mana Institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harianPendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.KADAR BANTUAN BWEPada tahun 2022, pihak JKM telah menetapkan kadar bantuan khas adalah sebanyak RM 500 sebulan bagi setiap individu yang layak.
PANDUAN PERMOHONAN BWESekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan warga emas yang layak mendapat bantuan ini. Panduan permohonan telah disediakan di bawah.
Untuk memohon bantuan daripada JKM, anda perlu hadir ke pejabat kebajikan masyarakat daerah / jajahan / bahagian di negeri anda
Pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan serta salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
BORANG PERMOHONANBorang permohonan – JKM 18Borang kaji semula – JKM 20Sila pastikan borang permohonan anda lengkap semasa hadir ke pejabat kebajikan masyarakat bagi memudahkan proses permohonan. Untuk menyemak alamat pejabat JKM mengikut senarai negeri – SEMAK DISINI
MAKLUMAT LANJUTUntuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan warga emas ini, anda boleh hubungi talian khas pihak Jabatan Kebajikan Masyarat di – 03 8000 8000.
Jawatan Kosong Di KPJ Healthcare Berhad – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di KPJ Healthcare Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Senior Executive (Radiographer)
2. Executive -Internal Audit
3. Senior Executive – Company Secretary
4. Talent Management Specialist
5. Deputy Manager – Finance
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di KPJ Healthcare Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (KETUA IMAM)
2. PEGAWAI TADBIR
3. AKAUNTAN
4. PEGAWAI PERKHDIMATAN PENDIDIKAN
5. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
6. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (TIMBALAN KETUA IMAM)
7. PENOLONG JURUTERA (AUTOMOTIF)
8. PEREKA
9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
10. PENOLONG AKAUNTAN
11. PEMBANTU TADBIR (P/O)
12. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL)
14. PEMANDU KENDERAAN
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 – RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di MAIWP.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Gagal Bangkit!
Jaringan Mohammed Kudus memastikan Ghana menyekat kebangkitan yang cuba dilakukan Korea Selatan, sekali gus menang 3-2 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia Qatar di Stadium Education City.
Taeguk Warriors kelihatan akan melakar kemenangan dalam pertemuan kali ini selepas menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 0-2 tetapi gol peribadi kedua Kudus menafikan pekara itu.
Selepas permulaan Goyah sepanjang 20 minit pertama, Mohammed Salisu meletakkan Black Stars di depan pada minit ke-24 sebelum Ghana mendahului 2-0 menerusi penyudah Kudus berselang 10 minit.
Sila Baca Disini : Borussia Dortmund ‘Ajar’ JDT!
Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Gagal Bangkit!Bagaimanapun, Chow Hue-sung kemudian menghasilkan dua gol tandukan dalam tempoh tiga minit, masing-masing pada minit ke-58 dan 61 untuk pasukan bimbingan Paulo Bento itu kembali memberikan saingan.
Akan tetapi, kebangkitan itu bukanlah satu petanda bahawa kemenangan akan memihak Korea Selatan, sebaliknya Kudus tenang menjaringkan gol kemenangan pasukannya selepas Inaki Willimas terlepas peluang terhidang pada minit ke-68.
Kelalaian pertahanan Korea yang gasak menyerang kubu Ghana telah menerima padah walaupun serangan tersebut tidak sepatutnya terjadi.
Korea Selatan selepas itu melakukan segala-galanya untuk mencari gol penyamaan sehingga ke wisel terakhir tetapi jaringan yang dicari mereka tidak pernah tiba sambil Bento pula dilayangkan kad merah selepas wisel penamat gara-gara mempertikaikan keputusan pengadil tidak memberikan sepakan penjuru terakhir buat pasukannya.
Dengan kekalahan itu, Korea Selatan tiada pilihan selain menewaskan Portugal dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan pada Jumaat ini jika mahu melayakkan diri ke pusingan 16 sambil Ghana pula hanya memerlukan satu mata dalam aksi menentang Uruguay pada hari dan waktu yang sama.
Borussia Dortmund ‘Ajar’ JDT!
Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah Asia apabila menewaskan juara Liga Super 9 kali, Johor Darul Ta’zim 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Dalam perlawanan ini, Harimau Selatan menurunkan 7 pemain yang beraksi di final TM Piala Malaysia 2022 menentang Selangor pada hari sabtu lepas sambil diperkuatkan oleh Jordi Amat, Hong Wan, Syafiq Ahmad dan Nazmi Faiz.
Manakala Dortmund menurunkan beberapa pemain muda tanpa tonggak utama yang terlibat dengan saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan!
Borussia Dortmund ‘Ajar’ JDT!Bagaimanapun, skuad kendalian Edin Terzić itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Justin Njinmah seawal minit ke 11 selepas merembat masuk bola yang terkena tiang dalam situasi kelam kabut dalam kawasan kotak penalti.
Malah, 10 minit kemudian Dortmund juga nyaris menambah dua gol menerusi penyerang prolifik dari Belanda, Donyell Malen dan Jayden Braaf namun percubaan mereka tersasar.
Pada minit ke 30, Malen akhirnya menebuskan kesilapan itu apabila menjaringkan gol kedua untuk Dortmund menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh JDT dan situasi itu memaksa pengendali pasukan, Hectro Bidoglio melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Safiq Rahim bagi menggantikan tempat Afiq Fazail di posisi tengah.
Stadium Sultan Ibrahim kembali bergema dengan sorakan penyokong JDT pada minit ke 40 apabila Arif Aiman menjaringkan gol pertama menerusi rembatan leret selepas merampas bola daripada pemain pertahanan Dortmund.
Jaringan itu memberikan semangat tambahan kepada pemain JDT untuk terus mencari gol penyamaan namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Dortmund bangkit dengan lebih garang dan memaksa benteng pertahanan JDT bekerja keras mengekang asakan jentera serangan lawan.
Usaha Dortmund mengandakan asakan membuahkan hasil apabila pemain muda, Ole Pohlmann menambah gol ketiga pada minit ke 60 selepas memperdayakan benteng pertahanan JDT.
Arif Aiman berpeluang menambah gol keduanya dalam perlawanan ini namun rembatannya tidak menemui sasaran. Malah, Akhyar juga gagal menyudahkan peluang terhidang dalam situasi ‘1 on 1’ berdepan penjaga gol Dortmund walaupun gawang gol sudah terbuka luas.
Ketika JDT sedang rancak melancarkan serangan, Dortmund melakukan serangan balas lalu disudahkan dengan rembatan kencang Samuel Bamba menewaskan Farizal Marlias dalam kotak penalti untuk gol keempat pada minit ke 68.
Kemasukan Moussa Sidibe banyak membantu merancakkan serangan JDT namun benteng pertahanan Dortmund beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan tuan rumah.
Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan ini adalah kemenangan kedua kelab Jerman itu menentang pasukan Asia Tenggara selepas membelasah kelab Singapura, Lion City Sailors, 7-2 tiga hari lepas.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
