Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 36

November 28, 2022

Jawatan Kosong Di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN Johor) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN Johor) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI LAPANGAN GRED N41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 30 November/ 06 DISEMBER 2022
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,352.00 – RM9,546.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di BPEN Johor.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2022 03:45

November 27, 2022

Piala Dunia Qatar – Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan!

Skuad Maghribi mencipta salah satu kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-0 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama.

Piala Dunia Qatar - Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan! 3
Persembahan yang menakjubkan di separuh masa kedua daripada Maghribi telah menghadirkan kemenangan yang cukup bergaya dalam aksi Piala Dunia ke atas Belgium.

Kemenangan buat skuad kendalian Roberto Martinez bakal menyaksikan mereka menjadi pasukan kedua layak ke peringkat kalah mati, mengiringi Perancis namun jangkaan itu tidak berhasil.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Neymar Alami Kecederaan Teruk! 

Piala Dunia Qatar – Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan!

Selepas sepakan percuma pada separuh masa pertama daripada Hakim Ziyech dibatalkan, taktikal sama digunapakai dalam separuh masa kedua apabila Abdelhamid Sabiri meletakkan Maghribi di landasan untuk meraih kemenagan ketiga dalam sejarah Piala Dunia mereka.

Kemenangan mereka dilengkapi ketika perlawanan melewati minit-minit akhir permainan, Zakaria Aboukhlal merembat masuk bola dari jarak dekat sekaligus menyaksikan saingan Kumpulan F kembali terbuka ketika berbaki satu pusingan lagi.

Selepas memenangi lapan perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia, kemenangan bakal memberikan satu rekod baru yang bakal dicipta Belgium, selepas kali terakhir kalah di peringkat tersebut pada 1994.

Keputusan ini menyaksikan kekalahan pertama Belgium kepada negara Afrika di Piala Dunia, dan Maghribi hanya memerlukan satu mata bertemu Kanada untuk mara ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 1986.

Piala Dunia Qatar - Costa Rica Dan Maghribi Cipta Kejutan! 4
Manakala Costa Rica pula berjaya mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar sekaligus membuka semula persaingan peringkat Kumpulan E.

Perlawanan yang hambar di antara kedua-dua pasukan yang beraksi di Stadium Ali Bin Ahmad itu kelihatan bakal menjadi perlawanan keenam yang beraksi dengan keputusan tanpa jaringan sebelum Keysher Fuller melencong bola mengatasi penjaga gol Jepun, Yeltsin Tejeda, ketika perlawanan berbaki sembilan minit.

Jepun merupakan pasukan yang lebih cemerlang, terutama sekali dalam separuh masa kedua, tetapi Costa Rica mendahului menerusi percubaan pertama mereka dalam kejohanan kali ini.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata menjelang perlawanan terakhir, dengan Jerman kini berpeluang untuk ke peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Costa Rica dalam aksi terakhir walau apa jua keputusan ketika bertemu Sepanyol.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 21:02

Jawatan Kosong Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Negeri Melaka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
3. PEMBANTU AWAM H11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 16 Disember 2022 (Jumaat)
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UTeM.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 20:40

Piala Dunia Qatar – Neymar Alami Kecederaan Teruk!

Tite mengakui telah melakukan kesilapan tidak menyedari lebih awal bahawa Neymar telah mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan Brazil ke atas Serbia dalam aksi Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar - Neymar Alami Kecederaan Teruk! 8
Neymar kelihatan tidak selesa pada minit ke-80 ketika The Selecao menang 2-0, apabila mengalami kecederaan ligamen di bahagian buku lali.

Bintang Paris Saint-Germain itu turut berkongsikan perkembangannya menerusi Instagram, termasuk gambar kakinya yang kelihatan bengkak.

Sila Baca Disini : JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia!

Piala Dunia Qatar – Neymar Alami Kecederaan Teruk!

Tite berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanan bahawa dia yakin Neymar, serta Danilo, yang turut mengalami kecederaan ketika menentang Serbia, masih boleh beraksi di Qatar.

Bagaimanapun, pada sidang media pra-perlawanannya menjelang perlawanan kedua Kumpulan G Brazil, menentang Switzerland, Tite berkata beliu seharusnya mengendalikan pemain tersebut dengan lebih baik.

Piala Dunia Qatar - Neymar Alami Kecederaan Teruk! 9
“Saya membuat kesilapan,” katanya. “Saya tidak sedar dan saya mahu mengakui secara terbuka perkara ini.

“Beliau cedera, saya tidak nampak Neymar mengalami kecederaan, kami tidak mendapat maklumat itu.

“Beliau cuba untuk terus bermain sehingga beliau memberitahu kami dia berasa sakit pada buku lalinya.”

Neymar dikasari sembilan kali ketika bertemu Serbia dan dilayani dengan teruk oleh pemain lawan sejak dua edisi Piala Dunia.

Piala Dunia Qatar - Neymar Alami Kecederaan Teruk! 10

Jika digabungkan edisi 2014 dan 2018, Neymar dikasari sebanyak 44 kali atau sekali setiap 21 minit.

Walaupun Brazil mempunyai ramai lagi pemain yang boleh mengisi kekosongan Neymar, namun ianya sudah pasti berbeza dengan corak permainan yang akan ditampilkan.

Adakah Neymar bakal terlepas kesemua perlawanan Brazil dalam edisi Piala Dunia selepas ini?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 20:31

Jawatan Kosong Di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2022 (Rabu)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di (MATRADE).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 05:33

JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia!

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1 pada aksi akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia! 14
Kedua-dua pasukan tampil garang dimana barisan serangan terus menguji benteng pertahanan lawan dan peluang awal hadir menerusi Mukhairi Ajmal yang membuat percubaan dari luar kawasan penalti.

Leandro Velazquez kemudiannya memiliki peluang baik untuk menjaringkan gol namun rembatannya sekadar melewati pintu gol Selangor yang dikawal oleh Khairuazhan Khalid.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Australia Tamatkan Kemarau Kemenangan!

JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia!

Selangor meneruskan asakan ke kubu lawan dan Hein Htet Aung hampir meletakkan Gergasi Merah di hadapan namun rembatannya terkena pemain pertahanan JDT.

Caion turut memiliki peluang keemasan namun tandukannya hasil daripada sepakan percuma gagal menepati sasaran.

JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia! 15
Jaringan pembukaan yang ditunggu-tunggu akhirnya hadir apabila Caion menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43 setelah Htet Aung dikasari oleh Matthew Davies dalam kawasan penalti JDT.

Namun skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Bergson Da Silva pada minit ke-45 yang menanduk masuk boleh hasil daripada sepakan sudut yang mana beliau langsung tidak dikawal. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.

Memasuki separuh masa kedua, JDT tampil lebih bertenaga dimana mereka terus menekan barisan pertahanan Selangor yang dilihat sedikit leka.

Hasilnya, Fernando Forestieri menjaringkan gol kedua JDT dimana beliau melakukan rembatan dari luar kawasan penalti Selangor dimana sebelumnya Azhan berjaya menyelamatkan percubaan Bergson.

Selangor cuba untuk menyamakan kedudukan dimana mereka terus melancarkan gerakan serangan namun barisan pertahanan JDT kental bertahan sekaligus memastikan keputusan 2-1 kekal memihak kepada mereka.

JDT Juara ‘Quadruple’ Malaysia! 16
Tiada tambahan gol berjaya dihasilkan sekaligus JDT muncul sebagai juara bagi edisi musim ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi kelab pertama di Malaysia yang memenangi Quadruple yang mana sebelum ini mereka memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Skuad JDT II yang beraksi di saingan Liga Premier turut muncul juara sekaligus melengkapkan musim gemilang bagi kelab dari Selatan tanah air itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 01:10

Rumah Mesra Rakyat : Panduan Permohonan ~ Mohon Sini Sekarang!

Rumah Mesra Rakyat merupakan skim rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan. Jika anda ingin merancang memiliki rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan, anda boleh rujuk panduan permohonan melalui SPNB di bahagian ini.

SKIM RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk makluman, program skim RMR ini telah diperkenalkan oleh kerajaan di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negeri Berhad atau lebih sinonim dengan nama SPNB. Skim perumahan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada orang ramai terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Bagi mereka yang ingin memiliki rumah pertama, amat disyorkan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat ini. Ini kerana perumahan yang lebih selesa dan harga yang berpatutan.

PELAN DAN KADAR HARGA RUMAH

Di bawah telah disediakan maklumat mengenai pelan dan kadar harga Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara seperti berikut.

SEMENANJUNG MALAYSIAKeluasan tanah – 1,000 KPSHarga rumah – RM 75,000Jumlah pinjaman – RM 55,000Subsidi pembinaan – RM 20,000Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300.

SARAWAK, SABAH DAN LABUAN

Keluasan tanah – 750 KPSHarga rumah – RM 75,000 sehingga RM 106,500Jumlah pinjaman – RM 55,000 hingga RM 86,000Subsidi pembinaan – RM 20,000Anggaran bayaran balik secara bulanan (16 tahun) – RM 300 hingga RM 470.SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat tahun ini telah ditetapkan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara MalaysiaTerbuka kepada individu berumur 18 tahun dan keatas pada tahun permohonanPemohon atau pasangan mohon untuk rumah pertamaPendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawahKeluasan tapak tanah melebihi daripada 3,600 KPS – Bergantuk reka bentuk rumahTapak tanah bersesuaian untuk dirikan rumah dan bebas dari gadaian ke atastanahSekiranya pemohon bukan pemilik tanah, perlu sediakan pengesahan kebenarandaripada pemilik tanah.PANDUAN PERMOHONAN RUMAHUntuk permohonan, sila layari laman rasmi SPNBDI SINISila log masuk ke dalam sistem RMR, gunakan alamat penuh email pendaftarananda sebagai ID PenggunaIsi kata laluan yang diberikan pada email andaSetelah log masuk berjaya, anda boleh lengkapkan borang permohonan padaruangan yang telah disediakan sehingga selesaiBagi panduan lebih terperinci, pemohon boleh rujuk di manual pengguna RMR.

Peringatan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan. Sila rujuk di manual pengguna di portal rasmi SPNB.

MAKLUMAT LANJUT

Selain inisiatif skim Rumah Mesra Rakyat ini, terdapat pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan khususnya bantuan dalam bentuk wang tunai. Sekiranya anda terlepas, anda boleh menyemak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang anda layak dapatkan. Sila pergi ke halaman utama – KLIK DI SINI untuk rujukan semakan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2022 00:38

November 26, 2022

Bekas Mufti pesan agar Anwar berhati-hati dengan penasihat jahat

Bekas Mufti WP, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su’).

Ini kerana menurut beliau, golongan ini mampu menaikkan serta menjatuhkan Perdana Menteri ke-10 itu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut mengingatkan bahawa negara kita adalah negara umat Islam dihormati dunia, justeru hargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga,” ujar beliau melalui facebooknya.

Ujarnya, sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya bermula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau juga telah menyampaikan nasihat yang sesuai kepada mereka dari semasa ke semasa bagi menjadi pedoman

“Moga-moga ALLAH SWT menjadi saksi akan tertunainya tanggungjawab saya di hadapan para pemimpin. Tidaklah saya menasihati melainkan atas dasar rasa kasih kepada negara, agama dan bangsa,” tambahnya.

Bekas mufti wilayah persekutun itu juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan kemelut pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kepada yang belum berjaya, ia bukanlah penamat segala-galanya. Insya-ALLAH ada takdir yang lebih baik untuk mereka yang terus bersabar, ikhlas dan istiqamah. Negara kita tak akan berjaya tanpa pembangkang yang melakukan semak dan imbang dengan teliti.

“Kepada rakyat Malaysia, semua bangsa dan agama, inilah yang telah kita lalui pada PRU15 yang lalu. Tarik nafas dan terima apa jua keputusan dengan lapang dada.

“Menang tidak megah, kalah tidak rebah. Hentikan budaya memaki hamun antara satu sama lain. Usah jadikan masa ini untuk ‘membalas dendam’,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2022 23:56

Piala Dunia Qatar – Australia Tamatkan Kemarau Kemenangan!

Australia menewaskan Tunisia 1-0 di Stadium Al Janoub untuk mencetak kemenangan pertama dalam kejohanan Piala Dunia dalam tempoh 12 tahun dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam kumpulan D di belakang juara bertahan Perancis.


Penyerang Mitchell Duke muncul penjaring gol tunggal pada babak pertama menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Aymen Dahmen.

Hantaran lintang Craig Goodwin dari sebelah kiri terbias pada pertahanan Tunisia sebelum Duke bijak menanduk bola ke penjuru kanan gawang.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Wales Layu Ditangan Iran!

Piala Dunia Qatar – Australia Tamatkan Kemarau Kemenangan!

Tunisia turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol penyamaan namun percubaan Yousef Msakni hanya sedikit tersasar.

Kemenangan tersebut adalah yang ketiga dalam sejarah penyertaan Australia selepas enam edisi Piala Dunia, mengakhiri kemarau kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Serbia 1-0 pada 2010.


Ia turut mengembalikan skuad The Socceroos ke landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati selepas mereka tewas 4-1 kepada Perancis dalam aksi pertama tempoh hari.

Satu lagi perlawanan kumpulan D menyaksikan Perancis berpeluang untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir jika menewaskan Denmark.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2022 23:10

Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!

Khusus untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM350 sebulan pada bulan Oktober.

Selain bantuan seperti untuk Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas (KAMI), Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan pelbagai lagi yang disediakan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan satu lagi bantuan yang boleh dipohon iaitu Bantuan Am Persekutuan (BA).

Artikel Berkaitan Bantuan :

Mohon juga : BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran RM200 Sehingga RM1000 ~ Mohon Sini Sekarang!!

Mohon juga ; Bantuan I Sejahtera : Insentif Tunai Khas RM 200 ¬ Mohon Disini Sekarang !!

Mohon juga : Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Kali Terakhir Disini !!

Ikuti perkongsian di bawah mengenai Bantuan Am Persekutuan dan cara memohon.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan disediakan untuk menampung perbelanjaan harian pelanggan atau keluarga dengan memberikan bantuan kewangan RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sebuah keluarga.

KADAR BANTUAN

Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :

RM100 sehingga RM350 (Maksimum)SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya ialah:

Warganegara MalaysiaPemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.CARA MEMOHONBerikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

Sila ke web rasmi JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp?utm_source=rss&utm_medium=rss

Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’Daftar permohonan mengikut negeriIsikan nombor kad pengenalanIsikan borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

Salinan MyKad PemohonSalinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersamaSalinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidakbekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Borang Berkaitan

JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Bagi anda yang telah membuat atau menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah disediakan bagi memudahkan pemohon. Berikut adalah cara dan langkah untuk menyemak status permohonan secara online:

Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp?utm_source=rss&utm_medium=rssSila Klik “Semak Status Permohonan Talian”Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

Telefon : 03 8000 8000
Faks : 03 8323 2045
Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2022 21:52

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.