Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 40
November 21, 2022
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Kali Terakhir Disini !!
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT).
Bantuan ini diperkenalkan di bawah Bajet 2022 melalui RISDA. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BMT!
Semak juga : (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!
Tahukah anda pekebun kecil layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA? Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM190 juta telah diberikan kepada penerima BMT melalui Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Musim TengkujuhWarganegara Malaysia;Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan daripemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagiPenoreh Bukan Pemilik sahaja).Pembayaran BMTBMT akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022. Setiap fasa akan melibatkan bayaran keseluruhan RM300 dengan jumlah RM600.
Mengenai kaedah pembayaran, ia akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Bagaimanapun, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bantuan ini.
Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan kelulusan pula boleh dibuat secara atas talian DI SINI.
Piala Dunia Qatar – England Terlalu Kuat Buat Iran!
England memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan penuh bergaya selepas menundukkan Iran 6-2 pada aksi kumpulan B yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha malam tadi.
Turun dengan barisan terkuat dalam usaha untuk memperbaiki pencapaian edisi lalu di Rusia dengan menduduki tempat keempat, England terus mendominasi permainan sebaik aksi dimulakan pengadil dari Brazil, Raphael Claus.
Permainan dihentikan hampir 10 minit selepas penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand terpaksa menerima rawatan susulan pelanggarannya bersama rakan sepasukan sehingga menyebabkan beliau digantikan dengan Seyed Hossein Hosseini.
Sila Baca Disini : Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!
Piala Dunia Qatar – England Terlalu Kuat Buat Iran!Jaringan pembukaan skuad kendalian Gareth Southgate itu hadir pada minit ke-35 apabila Jude Bellingham melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan Luke Shaw.
Berselang lapan minit kemudian, giliran Bukayo Saka pula meletakkan nama selaku penjaring gol hasil percubaan voli kaki kirinya yang tidak mampu dihalang Seyed Hossein.
England terus gagal ketika memasuki masa kecederaan babak pertama dimana Raheem Sterling menolak masuk bola hasil hantaran lintang cantik dilakukan Harry Kane menerusi satu serangan balas pantas.
Kelebihan tiga gol itu tidak dihiraukan barisan pemain England untuk terus menambah jaringan dan usaha mereka menjadi kenyataan pada minit ke-62 juga menerusi Saka.
Saka yang menerima umpanan daripada Sterling dengan tenang melepasi kawalan tiga pertahanan Iran dan kemudiannya melakukan percubaan placing dalam kawasan penalti bagi menjadikan kedudukan 4-0.
Kem Iran melonjak kegembiraan berselang tiga minit kemudian selepas rembatan padu Mehdi Taremi setelah menerima lorongan Ali Ghoziladeh berjaya menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.
Langkah Southgate membawa masuk Marcus Rashford bagi menggantikan Saka juga menunjukkan hasil apabila pemain Manchester United itu mudah menolak masuk bola setelah menerima hantaran daripada Kane.
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pemain gantian, Jack Grealish menambah gol keenam buat England selepas beliau menerima hantaran ‘cutback’ daripada Callum Wilson.
Aksi pada masa kecederaan yang diberikan selama 10 minit menyaksikan Iran telah dihadiahkan sepakan penalti dan Taremi tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut.
Kemenangan 6-2 itu jelas memberikan tonik berguna buat England menjelang pertemuan kedua menentang Amerika Syarikat pada 26 November nanti.
Sementara itu, Iran pula akan bertemu Wales pada aksi kedua pada 25 November.
Jawatan Kosong Di Sarawak Oil Palms Berhad – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Negeri Sarawak di Sarawak Oil Palms Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Field Supervisor
2. Fitter / Mechanic
3. Electrician
4. Fabrication Workshop Executive
5. Mill Engineer
6. Sustainability & Conservation GIS Executive
7. Conservation Assistant
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Sarawak Oil Palms Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!
Selangor berjaya mengesahkan tempat mereka untuk mara ke final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan secara agregat 3-2 mengatasi Terengganu untuk membuat perhitungan terakhir bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Satu jaringan tunggal menerusi Tchetche Kipre tidak cukup untuk membawa Terengganu mara ke final biarpun mereka memenangi aksi pada separuh akhir kedua ini.
Selaku tuan rumah, Terengganu jelas mempamerkan aksi yang sangat baik dalam usaha mereka untuk kembali memadam kelebihan agregat gol yang dibawa oleh Selangor.
Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!
Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!Terengganu terlebih dahulu memulakan aksi dengan memberi tekanan yang sangat tinggi buat pasukan pelawat dalam usaha untuk mendapatkan jaringan awal mereka.
Selangor pula masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam permainan dengan lebih banyak bertahan untuk menyerap beberapa kali asakan pasukan tuan rumah.
Selepas lima minit perlawanan berlangsung, Selangor akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan baik untuk mendapat beberapa peluang terbuka bagi menguji Rahadiazli Rahalim.
Pasukan tuan rumah setakat ini masih lagi buntu untuk cuba mendapatkan gol penting mereka, setelah pertahanan pasukan pelawat jelas sangat berdisiplin menyerap asakan.
Tchetche Kipre hampir menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-12, namun percubaan cantik beliau sedikit tinggi melewati gawang gol biarpun Rahadiazli sudah pun tewas.
Selang dua minit kemudian, giliran Selangor pula nyaris mendapat gol pertama mereka menerusi Herlison Caion sebelum bola sedikit tersasar ke tepi untuk terus merancakkan permainan.
Pasukan tuan rumah jelas meningkatkan tempo permainan mereka dengan lebih tinggi menerusi tekanan-tekanan yang diberi dari pelbagai arah untuk mendapatkan gol perlawanan.
Kipre akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-35 untuk memberi jaringan pertama buat Terengganu hasil kelicikan Faisal Halim yang bijak memperdayakan pertahanan Selangor.
Bersambung di separuh masa kedua, Terengganu terus menggandakan asakan mereka untuk mencari gol kedua permainan sekali gus terus menghidupkan peluang mereka untuk melangkah ke final.
Skuad kendalian Cheng Hoe jelas tampil dengan sangat pasif ketika ini untuk mencipta serangan, setelah mereka lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan tuan rumah.
Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain pda lewat permainan, selepas tindakan Yazan Al-Arab menarik Kipre telah memaksa pengadil untuk melayangkan kad kuning kedua dan sekali gus mengutip kad merah.
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan Selangor akhirnya berjaya melangkah ke final menerusi bekalan gol yang dibawa sebelum itu untuk memadam jaringan tunggal Kipre di Gong Badak.
(TERKINI) E-Wallet : Bantuan Untuk Belia B40 RM 200 ~ Mohon Segera !
Bantuan E-Wallet merupakan satu inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan daripada Kerajaan. Bantuan ini termasuk beberapa insentif kepada golongan B40 khususnya golongan belia.
Baca juga : Bantuan RM 20,000 Kepada RAKYAT MALAYSIA Yang Ingin Memiliki Rumah ¬ Jom Mohon Sekarang!
Mohon juga : : BKK 2023 : Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran Sehingga RM1000 Sekeluarga Tahun Hadapan – Mohon Sekarang!
Semak juga : (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun ini untuk semua golongan. Pada tahun ini, bantuan kewangan diutamakan oleh kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Ini disebabkan faktor ekonomi yang tidak stabil.
E-WALLET UNTUK GOLONGAN BELIA B40Kerajaan telah melaksanakan program bantuan pemula e-cash ini seiring dengan bantuan lain. Untuk makluman, bantuan e-Wallet ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dan akan diteruskan pada tahun ini dan seterusnya. Bantuan ini adalah untuk membantu belia yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
Secara keseluruhannya, peruntukan untuk bantuan e-dompet ini melibatkan lebih kurang RM 400 juta bagi memberi manfaat kepada golongan belia b40 pada tahun 2023.
SYARAT KELAYAKANDi bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan e-wallet RM 200 seperti berikut:
Individu / golongan belia b40 yang berumur 18 hingga 20 tahunBelia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi SwastaBelia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi AwamUntuk ketahui lebih lanjut berkenaan bantuan kerajaan, anda boleh semak – DI SINIKADAR JUMLAH BANTUANBerita baik, kadar bantuan e-dompet ini telah dinaikkan sebanyak RM 200 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 150. Kerajaan bersetuju menambah jumlah bantuan itu bagi mengikuti peredaran zaman.
BANTUAN PANDUAN PENEBUSANBagi golongan belia, anda boleh mendapatkan bantuan e-dompet pemula ini yang boleh ditebus melalui perkhidmatan yang terlibat dalam platform seperti berikut:
ShopeePayBigPayTouch n GoGrabPayPeringatan, setiap individu hanya boleh tebus bantuan ini di mana-mana platform perkhidmatan e-tunai di atas hanya 1 pilihan sahaja.
MAKLUMAT LANJUTSelain bantuan e-wallet RM 200 ini, pelbagai bantuan baharu akan dilaksanakan pada tahun 2023. Untuk menyemak semula bantuan yang telah diumumkan pada mesyuarat bajet 2023, anda boleh melayari portal rasmi – SEMAK DI SINI untuk semakan dan rujukan.
Terkini : BKK 2023 : Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran Sehingga RM1000 Sekeluarga Tahun Hadapan – Mohon Sekarang!
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan sedia ada pastinya akan memberikan bantuan khas untuk kanak-kanak melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak berdaya.Artikel Berkaitan 2023 :
(TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!Bantuan RM 20,000 Kepada RAKYAT MALAYSIA Yang Ingin Memiliki Rumah ¬ Jom Mohon Sekarang!
Berikut adalah butiran lanjut mengenak Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
APAKAH ITU BKKBantuan Kanak-Kanak (BKK) bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kanak-kanak/kanak-kanak atau membantu kanak-kanak/kanak-kanak yang kehilangan/kehilangan penjaga.Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan mereka sebagai anak.JUMLAH BAYARAN BKK 2023Sekiranya kanak-kanak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan pada kadar berikut :
Kadar Bayaran Nafkah Anak (BKK)1. RM200 sebulan seorang untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah;2. RM150 sebulan seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun; dan3. Kadar bantuan maksimum RM1000 sebulan setiap keluargaSIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKKWarganegara yang menetap di Malaysia;Keluarga/penjaga yang menjaga anakPendapatan isi rumah tidak melebihi:Purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) isi rumah semasa;PGK purata miskin semasa per kapitaKanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika mereka bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAUMana-mana kes yang perlu, wajar dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON BKKSetiap pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:Salinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara.Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan.Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.BORANG YANG BERKAITAN
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
November 20, 2022
Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Jurutera Awam
2. Jurutera Mekanikal
3. Penolong Jurutera Mekanikal
4. [Penolong Jurutera Elektrik
5. Penolong Pegawai Undang-undang
6. Juruteknik Komputer
7. Jurufotografi
8. Pembantu Tadbir
9. Pemandu
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya (JKR) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Kerja Raya (JKR) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PERSONEL MYSTEP
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2022 (Rabu)Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Kerja Raya (JKR).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!
Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema mungkin akan terlepas Piala Dunia 2022. Pemain itu dilaporkan cedera di pergelangan paha.
Beberapa laporan menyebut bahawa pemain itu bakal terlepas perlawanan awal Perancis dan masih berada dalam pasukan.
Tetapi menyusul beberapa laporan lain menyatakan Benzema kemungkinan akan terlepas kesemua aksi Piala Dunia 2022.
Sila Baca Disini : JDT Tempah Final Piala Malaysia!
Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!Sebelum ini Karim Benzema menyatakan kegembiraannya akhirnya berjaya mewakili negaranya dalam Piala Dunia, sebagai pemain utama pasukan.
Benzema berada dalam prestasi terbaiknya dalam beberapa musim ini dan menjadi ayam tambatan untuk Perancis di bahagian serangan.
Kini impiannya untuk bermain di Piala Dunia 2022 kelihatan semakin musnah.
Benzema mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pasukannya. Beberapa hari lalu, Perancis kehilangan khidmat Nkunku yang mengalami kecederaan ketika latihan pasukan.
Benzema menambahkan lagi senarai kecederaan pasukan Perancis. Di mana sebelum ini, Didier Deschamps turut kehilangan N’golo Kante, Presnel Kimpembre, Mike Maignan, Nkunku dan Paul Pogba.
Perancis dalam misi mempertahankan Piala Dunia mereka selepas menjuarainya pada edisi 2018 yang lalu. Mereka dianggap salah sebuah pasukan pilihan untuk pentas pertandingan pada kali ini.
Kini Perancis bergantung sekali lagi kepada Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe. Gandingan yang pernah memberikan mereka kejayaan Piala Dunia pada 2018 yang lalu.
Adakah Perancis akan berjaya dalam misi mereka mempertahankan Piala Dunia pada tahun ini?
JDT Tempah Final Piala Malaysia!
Slot final TM Piala Malaysia 2022 menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menundukkan Sabah dengan agregat 4-1 selepas melakar kemenangan 3-1 pada aksi separuh akhir kedua, semalam di Stadium Sultan Ibrahim.
Ia bakal menjadikan pentas final ketiga berturut-turut buat JDT dalam saingan Piala Malaysia selepas mereka turut layak pada musim 2019 dan 2021.
Berdepan lawan yang tempang susulan kecederaan ramai pemain utama, tuan rumah jelas mendominasi permainan sebaik aksi dimulakan pengadil bertugas, Nazmi Nasaruddin.
Sila Baca Disini : Panji Asia Di Piala Dunia Qatar!
JDT Tempah Final Piala Malaysia!Ia jelas dibuktikan apabila jentera serangan JDT yang diketuai Bergson da Silva memberikan ancaman berbahaya ke arah pintu gol Sabah.
Namun penjaga gol lawan, Damien Chien Khai Lim beraksi dengan baik bagi menggagalkan percubaan dimiliki JDT pada 30 minit awal permainan dengan hampir empat serangan berbahaya diselamatkannya.
Memasuki minit ke-35, kecemerlangan penjaga gol tersebut terhenti apabila beliau gagal menafikan tandukan Bergson untuk meletakkan JDT dihadapan.
Gawang Sabah dibolosi lagi berselang enam minit kemudian apabila hantaran jauh berkualiti tinggi dilakukan Afiq Fazail terus mencari Arif Aiman Mohd Hanapi yang berada dalam kawasan penalti.
Melihatkan Fernando Forestieri memiliki peluang lebih baik untuk mendapatkan jaringan, Aiman memberikan ruang kepada pemain import tersebut bagi melakukan percubaan voli dalam kawasan penalti sekali gus memberikan kelebihan dua gol buat skuad Harimau Selatan.
Arif Aiman hampir mendapat peluang untuk menambah jaringan ketiga tetapi percubaannya dari jarak dekat diselamatkan oleh Damien Lim menggunakan kakinya pada masa kecederaan babak pertama.
Taiki Kagayama memberikan sedikit harapan buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk bangkit apabila beliau berjaya melakukan tolakan susulan pada minit ke-47 bagi merapatkan defisit jaringan.
Safawi Rasid terlepas peluang untuk menambah jaringan pada masa kecederaan apabila sepakan penalti yang diambil sekadar tinggi melewati palang gol.
Kekecewaan Safawi itu ditebus seorang lagi pemain gantian, Syafiq Ahmad yang mudah menolak masuk bola susulan hantaran lintang Syahmi Safari untuk memastikan kemenangan 3-1.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
