Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 30
December 8, 2022
Jawatan Kosong Di Sime Darby Plantation Berhad – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Sime Darby Plantation Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive, Production
2. Executive, Consumer Packing Plant
3. Assistant Manager, Technical Training
4. Finance Executive
5. Assistant Manager, Corporate Finance
6. Assistant Manager, Security
7. Manager, Procurement (Downstream)
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Sime Darby Plantation Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
TERKINI Pengeluaran KWSP Bersasar Untuk Golongan Memerlukan Adalah Langkah Yang Baik
Pengeluaran KWSP yang disasarkan dilihat sebagai langkah yang lebih baik untuk dilaksanakan kerana inisiatif ini dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukannya.
Penganalisis ekonomi dari Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rasyid berkata suntikan tunai daripada pengeluaran KWSP pastinya akan dibelanjakan untuk menjana ekonomi domestik.
Beliau berkata, pengeluaran yang disasarkan bukan sahaja untuk kumpulan B40 tetapi juga untuk kumpulan M40 iaitu bagi sesiapa yang memerlukan dan belum pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa.
Pengeluaran KWSP Bersasar Adalah Langkah Yang Baik
“Sekiranya ada keperluan mendesak, pengeluaran KWSP yang disasarkan boleh dipertimbangkan mengikut keperluan pencarum.
“Masalahnya ialah ramai pencarum mempunyai baki simpanan yang rendah apabila pengeluaran khas dibenarkan pada masa lalu. Sekali imbas, pengeluaran kali ini mungkin hanya memenuhi sebahagian kecil keperluan pencarum dengan baki positif.
“Justeru, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan pengeluaran KWSP, lebih baik ia diberikan secara bersasar,” katanya.
Tambahnya, KWSP sebenarnya adalah simpanan untuk hari tua, namun kemelut yang tercetus akibat pandemik lampau menyebabkan ramai orang tidak dapat mengelak pengeluaran ini.
“Jadi, sudah ramai yang terkesan dan tidak cukup simpanan untuk hari tua, mungkin perlu kerajaan merangka cadangan baharu untuk meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia untuk masa kini dan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Perancang Kewangan Berlesen Rafiq Hidayat Mohd Ramli berkata data KWSP menunjukkan ramai pencarum mempunyai simpanan persaraan yang tidak mencukupi iaitu kurang daripada RM10,000.
Beliau berkata, wang KWSP adalah wang persaraan rakyat dan akibat daripada penularan wabak itu, rakyat telah menggunakan banyak wang sendiri (kebenaran pengeluaran khas KWSP) untuk kelangsungan hidup.
“Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah membantu rakyat khususnya kumpulan B40 dan M40, dalam jangka pendek kerajaan perlu memberikan subsidi bersasar terutama subsidi petrol kerana kini T20 turut mendapat manfaat daripadanya.
“Kerajaan perlu segera mengkaji semula subsidi dan lebihan wang itu boleh digunakan untuk membantu rakyat yang masih bergelut dengan kewangan mereka,” katanya.
Jawatan Kosong Di Bank Pembangunan Malaysia Berhad – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Bank Pembangunan Malaysia Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Manager, Core Banking Application System
2. Manager, Financial Intelligence & Integrity
3. Senior Executive, Data Modeller, Management Information Systems (MIS), IT
4. Senior Credit Analyst
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Penjaga Jentera Elektrik J19
2. Teknologi Maklumat SPKU41
3. Pegawai Belia dan Sukan SPKU41
4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPKU29
5. Teknologi Maklumat SPKU29
6. Pereka SPKU29
7. Jurupulih Cara Kerja SPKU29
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UPSI.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Eden Hazard Umum Persaraan!
Kapten Belgium, Eden Hazard mengucapkan selamat tinggal buat pentas bola sepak antarabangsa selepas mengumumkan persaraannya selepas The Red Devils tersingkir awal daripada persaingan Piala Dunia 2022.
Pada aksi di Qatar tempoh hari, Hazard beraksi selama 60 minit pada dua perlawanan awal bertemu Canada dan Maghribi manakala hanya dimasukkan pada lewat permainan aksi terakhir menentang Croatia.
Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat disumbangkan oleh beliau sehingga menyaksikan Belgium terpaksa pulang awal buat pertama kali.
Sila Baca Disini : Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol!
Eden Hazard Umum Persaraan!Ia merupakan pencapaian terburuk dicatatkan Belgium sejak pasukan itu dibarisi dengan generasi emas seperti dicanangkan sebelum ini bermula Piala Dunia 2014 di Brazil.
Edisi 2014 menyaksikan mereka layak ke suku akhir manakala empat tahun di Rusia pula Belgium berjaya mendapat tempat ketiga.
“Satu halaman muka surat sudah bertukar pada hari ini. Terima kasih atas kasih sayang anda,” ujar Hazard menurut kenyataan di laman Instagram peribadi miliknya.
“Terima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua kebahagiaan yang dikongsikan sejak tahun 2008.”
“Saya telah memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsa saya. Penggantinya sudah bersedia. Saya akan merindui awak,” tambah beliau lagi.
Sepanjang 14 tahun bersama skuad kebangsaan Belgium, Hazard telah membuat 126 penampilan dengan menjaringkan 33 gol serta mencipta 36 bantuan gol.
Ketika usianya baharu memasuki 31 tahun, keputusan yang diambil Hazard itu dilihat tepat tatkala persembahannya pada ketika ini cukup terumbang-ambing selepas mengalami pelbagai kecederaan sebaik sahaja menyertai Real Madrid pada jendela perpindahan 2019/20.
Ia sedikit sebanyak boleh memberikan ruang sepenuhnya kepada Eden Hazard untuk mendapatkan kembali persembahan terbaik sepertimana dipamerkan ketika musim gemilang beliau sewaktu menyarung jersi Chelsea.
Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol!
Luis Enrique rasminya telah letak jawatan sebagai pengurus pasukan Sepanyol berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dengan Luis Enrique melalui post mortem selepas Piala Dunia 2022.
Sepanyol sekali lagi melalui kempen Piala Dunia yang menyakitkan. Mereka kalah di tangan Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan kemudian disingkirkan Maghribi di peringkat 16 akhir.
Sila Baca Disini : Karier Ronaldo Sudah Suram?
Sah Enrique Tinggalkan Sepanyol!Beberapa hari lalu, Enrique menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan RFEF tentang isu berkaitan masa depannya.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa beliau mungkin atau dipecat atau beliau sendiri melepaskan jawatan.
Ini kerana menurutnya, walaupun beliau mahu kekal sebagai pengurus Sepanyol untuk seluruh hayatnya, namun beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk pasukan kebangsaan ketika ini.
Selepas perbincangan dengan RFEF, akhirnya satu keputusan dicapai. Luis Enrique dilaporkan telah letak jawatan sebagai pengurus Sepanyol. Luis melepaskan jawatan itu dengan serta merta.
RFEF dalam kenyataan rasmi berkata:
RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique di atas kerjanya yang bertanggungjawab dalam pasukan kebangsaan.
RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique dan seluruh kakitangan kejurulatihannya yang menerajui pasukan kebangsaan sepenuhnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengurusan sukan RFEF telah menyerahkan laporan kepada presiden, untuk menentukan bahawa projek baru harus dimulakan untuk Pasukan Bola Sepak Sepanyol, dengan tujuan meneruskan pertumbuhan yang dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil kerja keras yang dijalankan oleh Luis Enrique dan rakan sekerja mereka.
Kedua-dua presiden, Luis Rubiales, dan pengarah sukan, José Francisco Molina, telah menghantar keputusan itu kepada jurulatih.
Jurulatih Asturian itu berjaya memberikan motivasi baharu kepada pasukan kebangsaan sejak ketibaannya, pada 2018, melalui pengubahsuaian yang mendalam yang telah menggabungkan generasi dengan kuat dalam pasukan dan dalam bola sepak Sepanyol.
Luis Enrique membantu pasukan layak ke dua separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, dan dia membantu pasukan mara ke separuh akhir Euro 2020 dengan caranya tersendiri dan melalui gaya yang jelas.
Beliau memilih bakat muda dan mempunyai harapan tersendiri untuk masa depan pasukan Sepanyol.
RFEF dengan penuh semangat mengucapkan selamat maju jaya kepada Luis Enrique dan pasukannya dalam projek profesional mereka di masa akan datang.
Jurulatih yang disayangi dan dikagumi oleh rakan sejawatannya dalam pasukan kebangsaan dan seluruh Persekutuan, yang akan sentiasa menjadi rumahnya.
Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Luis Enrique kini sudah bersedia untuk kembali ke dunia pengurusan kelab.
Karier Ronaldo Sudah Suram?
Cristiano Ronaldo berisiko untuk membawa kariernya ke penghujung yang tidak menyenangkan selepas mempamerkan sikap petualang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Gary Neville.
Ronaldo digugurkan Portugal menjelang perlawanan pusingan 16 Piala Dunia menentang Switzerland awal pagi semalam, menyebabkan jurulatih Fernando Santos tidak berpuas hati dengan reaksinya untuk digantikan dalam kekalahan peringkat kumpulan kepada Korea Selatan.
Portugal tidak menderita dalam ketiadaan penyerang itu apabila penggantinya, Goncalo Ramos menjaringkan hatrik cemerlang ketika menewaskan Switzerland 6-1, sekali gus menyambung pertemuan suku akhir dengan Maghribi.
Sila Baca Disini : Rasmi Nafuzi Zain Ke Kedah FC!
Karier Ronaldo Sudah Suram?Ronaldo telah menimbulkan kontroversi pada beberapa kali musim ini dengan tempoh pergolakan keduanya di United ditamatkan dengan persetujuan bersama bulan lalu selepas beliau berkata kelab itu telah ‘mengkhianati’nya dalam temu bual dengan Piers Morgan.
Bercakap kepada ITV menjelang perlawanan Portugal, Neville memberikan sedikit simpati terhadap situasi Ronaldo, berkata beliau mesti menerima penghujung kariernya semakin hampir.
“Pengurus ini (Fernando Santos) yang mempunyai hubungan yang menakjubkan dengan Cristiano Ronaldo selama lapan tahun,” kata Neville.
“Terdapat ramai peminat Cristiano Ronaldo yang tidak bersedia untuk memberitahu perkara sebenar kepadanya dan saya fikir Ronaldo perlu mendengar kebenaran.
“Ia kelihatan bakal menjadi penamat yang mengecewakan. Marah, memberikan reaksi negatif, merajuk… ia mesti dihentikan kerana ia tidak mencerminkan dirinya sama sekali.
“Legasi jangka panjangnya sudah ditetapkan, dia adalah salah seorang pemain hebat sepanjang zaman, tetapi dalam jangka pendek, dia perlu melakukan lebih baik.
Adakah pengurus Juventus salah? Adakah pengurus Manchester United salah? Dan kini adakah pengurus Portugal salah? Terdapat tiga daripada mereka yang kini telah melakukan perkara yang sama dengannya.
“Anda meninggalkan perlawanan lebih awal seperti yang anda lakukan di United dua kali, tidak berpuas hati apabila dikeluarkan [menentang Korea Selatan]. Ia akan sampai ke tahap di mana dia tidak menerima penghujung kariernya sudah tiba.”
Ronaldo yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Profesional Saudi Al Nassr sejak beberapa hari kebelakangan ini telah diperkenalkan sebagai pemain gantian pada minit ke-73 dengan Portugal sudah mendahului 5-1.
Walaupun Neville percaya usaha Ronaldo untuk menjadi yang terbaik memberinya perkhidmatan yang baik pada masa lalu, brliau berkata pemenang Ballon d’Or lima kali itu kini mesti menerima peranan yang lebih terhad.
“Fokus secara individunya adalah salah satu kekuatan terbesarnya sejak 10 atau 15 tahun lalu,” tambah Neville.
“Keazamannya untuk menjadi antara yang terbaik dunia, untuk menjaringkan gol terbanyak, untuk memecahkan semua rekod, bertarung dengan [Lionel] Messi.
“Tetapi tiba satu saat di mana anda masih perlu memikirkan tentang kolektif dan itu adalah rakan sepasukan anda di bilik persalinan.”
Jawatan Kosong Di Institut Jantung Negara Sdn Bhd – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. STAFF NURSE (GENERAL WARD / CRITICAL CARE AREA)
2. BIO-MEDICAL ENGINEER BIO-MEDICAL ENGINEERING DEPARTMENT
3. MEDICAL OFFICER IMAGING CENTRE
4. EXECUTIVE PROJECT & PROPERTY DEPARTMENT
5. HIMS TECHNICIAN
6. PROJECT SPECIALIST PROJECT & PROPERTY DEPARTMENT
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
December 7, 2022
BKM 2023 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM3000 Tahun Hadapan – Semak Sekarang!
Oktober lalu, hari pembentangan Bajet 2023 telah berlangsung. Pelbagai inisiatif sedia ada telah dinaik taraf bagi memenuhi keperluan masyarakat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.
Dengan sejumlah RM372.3 bilion yang diperuntukkan, kerajaan sedia ada akan terus melaksanakan dasar fizikal yang semakin meluas.
Mohon juga : TERKINI : Bantuan Automatik RM700 Untuk Rakyat Malaysia Bermula Disember Ini ~ Mohon Sini Sekarang !!
Semak juga : i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40 ~ Semak Sini
Baca juga : Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 SPNB : Mohon Sekarang !
Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkata pendekatan ini penting bagi memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan.
Apa yang menjadi tarikan Bajet 2023 kali ini tentunya Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diteruskan pada tahun hadapan.
Justeru, perkongsian kali ini kami ingin berkongsi dengan anda maklumat terperinci tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023).
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023 (BKM)Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul ketika mengulas pembentangan Bajet 2023.
Katanya, BKM 2023 tahun depan merupakan bantuan tertinggi sejak ia dilaksanakan. Di mana, individu yang meluluskan akan menerima bayaran maksimum RM2,500.
Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023, sejumlah RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN BKM 2023 DI NAIKKANBerikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :
PERMOHONAN DAN KEMASKINISeperti biasa, permohonan baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Pada masa ini masih belum dapat dilakukan kerana BKM 2022 masih mempunyai satu lagi fasa pembayaran iaitu fasa keempat yang akan dilaksanakan pada Disember 2022.
Walau bagaimanapun, setiap permohonan baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan di pautan berikut:
TERKINI : Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023 ~ Mohon Sekarang!
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia. Untuk makluman anda, dalam usaha membantu belia B40 yang kini dan bakal menjana pendapatan melalui perkhidmatan pengangkutan penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat tahun lalu berkata kerajaan bersetuju untuk menampung yuran lesen di bawah program MyPSV serta yuran lesen memandu motosikal kelas B2.
Mohon juga : TERKINI : Bantuan Automatik RM700 Untuk Rakyat Malaysia Bermula Disember Ini ~ Mohon Sini Sekarang !!
Semak juga : i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40 ~ Semak Sini
Baca juga : Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 SPNB : Mohon Sekarang !
“Kerajaan juga bersetuju menanggung yuran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 (bagi kumpulan B40).
Untuk makluman, bantuan lesen memandu ini telah diperkenalkan oleh kerajaan semasa pembentangan bajet 2023 yang lalu, bantuan ini juga telah dikenali sebagai bantuan MyPSV.
Bantuan ini akan diberikan khususnya kepada kumpulan belia B40 yang kini atau akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan pengangkutan penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.
Selain membantu golongan belia B40, kerajaan juga boleh meningkatkan pembangunan ekonomi dari aspek pengangkutan awam.
Fokus utama kerajaan bagi bantuan ini adalah untuk membantu golongan belia yang juga penentu masa depan negara bagi merancakkan ekonomi jangka panjang iaitu dari segi pengangkutan awam.
Dengan itu, kerajaan juga bersetuju untuk menanggung kos pembayaran bagi mendapatkan lesen memandu bagi kategori lesen iaitu:
TeksiBasE-hailingDiharapkan kerajaan melaksanakan bantuan untuk belia ini secepat mungkin demi membantu golongan ini, menjana pendapatan daripada perkhidmatan membawa penumpang.
Kita sama-sama menantikan pelancaran bantuan ini pada tahun hadapan, jadi jangan ketinggalan untuk menjadi orang pertama yang memohon bantuan ini nanti. Kami akan mengemas kini maklumat tentang bantuan kerajaan dari masa semasa.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh layari laman Facebook Rasmi MOT di pautan www.facebook.com/motmalaysia ?utm_source=rss&utm_medium=rss
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
