Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 23
December 21, 2022
Khuzaimi Sah Ke Selangor!
Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) telah mengumumkan pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Khuzaimi Piee sah menyertai pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Nama Khuzaimi atau lebih mesra dipanggil Jimmy mula mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan apabila mempamerkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan sejak dibawah kendalian Kim Pan-gon.
Walaupun beberapa pasukan lain turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang berusia 29 tahun itu namun bekas pertahanan Negeri Sembilan ini memilih untuk menyertai Selangor.
Sila Baca Disini : Bintang Muda Jerman Diburu?
Khuzaimi Sah Ke Selangor!Kehadiran Khuzaimi turut disambut baik oleh peminat setia Selangor dengan harapan dapat mengurangkan kebocoran di bahagian pertahanan serta tidak mudah dibolosi.
Beliau dijangka berganding dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Sharul Nazeem di bahagian pertahanan tengah dalam skuad gergasi merah yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.
Kedua-dua pemain itu kini bersama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Selain Khuzaimi, SFC sebelum ini mengumumkan kemasukan seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Ruventhiran yang beraksi di posisi pertahanan kiri. Malah, nama Faisal Halim turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan tersebut.
Kemasukan mereka adalah untuk membantu memperkuatkan bahagian pertahanan dan tengah yang dilihat menjadi masalah terbesar Selangor pada musim ini.
Bintang Muda Jerman Diburu?
Menjelang tarikh perpindahan pemain akan datang, beberapa pasukan kini sibuk mempersiapkan barisan pemain baharu mereka untuk ditandatangani bagi memperbaiki segala kelemahan sebelum itu.
Ketika ini, pemain muda Jerman yang beraksi bersama Borussia Dortmund dikhabarkan menjadi sasaran beberapa kelab untuk mendapatkan khidmat beliau bagi mengukuhkan jentera serangan.
Pemain dikatakan itu ialah Youssoufa Moukoko yang sebelum ini pernah dianggap sebagai seseorang yang ideal untuk menggantikan posisi Lionel Messi di Barcelona.
Sila Baca Disini : Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Raih 3 Mata!
Bintang Muda Jerman Diburu?Kenyataan itu dinyatakan sendiri menerusi bekas pemain legenda Barcelona iaitu Samuel Eto’o yang menganggap pemain muda itu mempunyai potensi terbaik untuk menggantikan khidmat Messi pada masa akan datang.
Sehingga kini, Moukoko dilihat sedang menikmati musim terbaik beliau bersama Dortmund selepas menjaringkan beberapa gol serta diberi peranan lebih penting dalam kelab.
Tonggak berusia 18 tahun itu juga menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia bersama Jerman di Qatar dan kontraknya bersama Dortmund bakal tamat pada penghujung musim.
Moukoko boleh mengadakan rundingan mengenai kontrak beliau bersama mana-mana kelab baharu bermula pada bulan hadapan dan sudah dikaitkan bersama beberapa kelab daripada saingan English Premier League (EPL).
Menurut laporan semasa dikeluarkan oleh Sport Bible, Chelsea menjadi kelab baharu yang menyertai Manchester United dan Liverpool dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Moukoko.
United pastinya antara yang serius mahu mendapatkan Moukoko selepas mereka kehilangan pemain serangan sebelum itu, Cristiano Ronaldo.
Manakala Chelsea yang mengesahkan penyerang mereka iaitu Armando Broja mengalami kecederaan serius sehingga memerlukan rehat panjang sudah tentu serius mahu mendapatkan pengganti dengan kadar segera.
Untuk Liverpool pula, sengat serangan mereka jelas mahu diperbaharui selain memberi lebih banyak pilihan buat Jurgen Klopp untuk merencana taktikal di posisi tersebut.
Bersama Dortmund pada musim ini, Moukoko telah pun meledak enam gol secara keseluruhan daripada 22 penampilan serta mempamerkan aksi cukup mengujakan peminat.
Bantuan Khas Kewangan Bonus Untuk Penjawat Awam & Pesara 2023 : Semak Kelayakan Anda Sekarang !!
Bonus Bantuan Kewangan Khas Untuk Pekerja Awan & Pesara 2023
Untuk makluman, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan satu juta pesara kerajaan berjumlah RM350.
Beliau juga berkata, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi orang awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Mohon Juga : TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Bujang : Semak Kelayakan Anda Sekarang !Semak Juga : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Semakan dan Tarikh Bayaran ~ Semak Sini Info LanjutMohon juga : TERKINI Ini Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023 ~ Semak Sekarang!“Kerajaan bertukar, tetapi penjawat awam tetap setia dan berdedikasi kepada negara,” katanya pada pembentangan Mini Bajet di sini hari ini.
Mengikut Peraturan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasukkan ke Akaun) 2022 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Akta tersebut telah membenarkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 termasuk untuk tujuan membayar emolumen penjawat awam.
Ia susulan kepada Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan oleh Parlimen sebelum 1 Januari 2023, jadi peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan pada tahun 2023 dalam tempoh dari 1 Januari sehingga tarikh Rang Undang-undang Perbekalan. untuk 2023 menjadi undang-undang. undang-undang dan mula berkuatkuasa.
Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibincang dan diluluskan, sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober ini.
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.
Disambung juga untuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).
JUMLAH BANTUAN KEWANGAN KHAS 2023Terdapat 2 Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 antaranya ialah:
RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah.RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN KHAS 2023
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Raih 3 Mata!
Malaysia menamatkan kemarau kemenangan di gelanggang Myanmar apabila meraih kemenangan 1-0 dalam aksi pertama Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna semalam.
Harimau Malaya tidak pernah menang sepanjang tiga pertemuan lalu di venue berkenaan sejak 2016, di mana skuad negara tewas dua kali dan seri sekali tetapi badi itu dapat ditamatkan pasukan bimbingan Kim Pan-gon kali ini, biarpun dalam keadaan yang amat sukar.
Corak permainan pantas dan keras yang dipamerkan tuan rumah menyaksikan skuad negara sukar untuk mengatur gerakan, bahkan dua pemain utama, iaitu Khuzaimi Piee (pertahanan) dan Darren Lok (penyerang utama) terpaksa dikeluarkan menjelang separuh masa kedua gara-gara kecederaan.
Sila Baca Disini : Modric Mahu Ke EURO 2024!
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Raih 3 Mata!
Siri terjahan keras terus dilakukan tuan rumah dalam babak kedua dengan ketua pasukan, Safawi Rasid, dan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed, antara yang menjadi sasaran.
Bagaimanapun, tindakan bijak Safawi menghidu gerakan tanpa bola yang dilakukan pemain sayap licik, Faisal Halim, membuahkan hasil apabila lorongannya mudah ditolak masuk Faisal pada minit ke-52.
Jaringan itu ternyata belum cukup untuk menjamin kemenangan Malaysia, sambil Myanmar pula menggandakan asakan mereka bagi memburu jaringan penyamaan.
Akibatnya, Myanmar mendapatkan sepakan penalti pada minit terakhir waktu sebenar selepas pengadil, Ahmed Faisal Al Ali, mendapati bola terkena tangan Sharul Nazeem Zulpakar.
Namun, Syihan muncul wira skuad negara apabila menyelamatkan tendangan Win Naing Tun dalam waktu kecederaan, sekali gus memastikan kelebihan satu gol skuad negara dipertahankan sehingga ke wisel penamat.
Malaysia selepas ini akan meneruskan saingan dengan menantikan kunjungan Laos bagi aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Modric Mahu Ke EURO 2024!
Luka Modric telah memutuskan untuk terus mewakili Croatia selepas kapten veteran itu membantu pasukannya merangkul gangsa di Piala Dunia Qatar.
Ia menyaksikan Modric kekal di posisi tengah-tengah bahagian tengah Croatia sehingga Euro 2024, di mana beliau akan menghampiri hari lahirnya yang ke-39.
Perancang Real Madrid iaitu Modric tidak melihat jauh ke hadapan buat masa ini, tetapi yang penting beliau tidak menolak untuk melanjutkan kariernya untuk negaranya sehingga ke peringkat itu.
Sila Baca Disini : Southgate Kekal Terajui England!
Modric Mahu Ke EURO 2024!Langkah pertama untuk Modric terarah kepada pada Pusingan Akhir Liga Negara-negara di Belanda tahun depan dengan Croatia menyertai kejohanan empat pasukan itu bersama tuan rumah, Itali dan Sepanyol.
Teruja dengan satu lagi pingat Piala Dunia selepas pingat perak empat tahun lalu di Russia, Modric memberitahu beIN SPORTS, “Pingat ini sangat penting untuk kami, bagi saya, untuk Croatia sebagai pasukan kebangsaan dan sebagai sebuah negara.
“Kami mengesahkan dengan pingat ini bahawa Croatia memainkan peranan penting dalam dunia bola sepak dan kami meninggalkan Qatar sebagai sebahagian pemenang.
“Mengenai masa depan saya, saya tidak tahu sama ada saya akan berada di Euro di Jerman. Saya perlu pergi selangkah demi selangkah.
“Saya menikmati saat bersama pasukan kebangsaan, saya berasa gembira, saya masih fikir saya boleh beraksi pada tahap yang tinggi dan saya mahu meneruskan sekurang-kurangnya sehingga Liga Negara-Negara dan selepas itu akan ada lebih banyak masa untuk memikirkan tentang Euro.
“Tetapi buat masa ini, saya mahu berjalan selangkah demi selangkah dan kekal berterusan sekurang-kurangnya sehingga Liga Negara-Negara dan selepas itu kita akan lihat nanti.”
Southgate Kekal Terajui England!
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.
Southgate yang mengendalikan England pada 2016, menyaksikan pasukannya tersingkir di Qatar 2022 selepas tewas 2-1 kepada Perancis dalam aksi suku akhir.
Setelah sebelum ini membawa England mara ke separuh akhir di Russia 2018 dan final Euro 2020, spekulasi berleluasa sama ada Southgate akan berundur daripada peranan itu.
Sila Baca Disini : Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Thailand,Kemboja Raih 3 Mata Pertama!
Southgate Kekal Terajui England!Pengendali berusia 52 tahun itu berkata sejurus selepas perlawanan Perancis dia akan mengambil sedikit masa untuk mempertimbangkan masa depannya.
Tetapi Persatuan Bola Sepak (FA) kini mengesahkan Southgate akan kekal dalam jawatannya untuk Kejohanan Eropah di Jerman dalam tempoh 18 bulan.
“Kami gembira untuk mengesahkan bahawa Gareth Southgate meneruskan sebagai pengurus England dan akan mengetuai kempen Euro 2024 kami,” kata FA dalam satu kenyataan.
“Gareth dan [penolong pengurus] Steve Holland sentiasa mendapat sokongan penuh kami, dan perancangan kami untuk Euro bermula sekarang.”
Kontrak Southgate yang ditandatanganinya tahun lalu akan tamat pada Disember 2024. Perlawanan seterusnya England adalah dalam kelayakan Euro 2024 pada Mac, berdepan Itali dalam ulangan final Kejohanan Eropah sebelum ini.
Walaupun Southgate menuju ke kempen kelayakan itu masih tanpa trofi utama, beliau telah mengawasi lebih banyak kemenangan kejohanan berbanding pengurus England yang lain.
Jawatan Kosong Di Northern Corridor Implementation Authority – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Northern Corridor Implementation Authority dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Assistant Manager, Human Capital- Kasih Ibu NCER & Strategic Projectsl
2. AGM, Human Capital- Programme Management
3. Executive, Asset Management (Property Management)
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan/Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Northern Corridor Implementation Authority.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
December 20, 2022
TERKINI Ini Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023 ~ Semak Sekarang!
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada Januari 2023 dengan bayaran RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
Bantuan Monsun (BMT) 2023Jumlah BMT akan dinaikkan sebanyak RM200 untuk pekebun kecil
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran RM150 seorang.
Mohon Juga : TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Bujang : Semak Kelayakan Anda Sekarang !
Semak Juga : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Semakan dan Tarikh Bayaran ~ Semak Sini Info Lanjut
Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan KhasPenjawat awam Gred 11 hingga 56 akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM100Bantuan Khas KewanganBantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran RM700. Manakala bagi pesara kerajaan pula akan menerima RM350
PenafianKami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini adalah maklumat yang kami perolehi daripada laman web rasmi kerajaan. Sila rujuk pautan asal untuk maklumat lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan adalah berdasarkan maklumat semasa atau bantuan tahunan berulang.
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Thailand,Kemboja Raih 3 Mata Pertama!
Juara bertahan, Thailand tidak berdepan masalah untuk memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan nota kemenangan apabila membelasah Brunei 5-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium KLFA, Cheras semalam.
Bordin Phala terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-19 sebelum penyerang legenda, Teerasil Dangda, menggandakan kelebihan itu pada minit ke-44 untuk Gajah Perang ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.
Brunei bertahan lebih kental dalam babak kedua dan memberikan kesukaran buat Thailand untuk memecahkan benteng mereka tetapi segalanya berubah selepas Awangku Yura Indera Putra Pengiran Yunus terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-88.
Sila Baca Disini : Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Rakyat Korea Bakal Saksikan Harimau Malaya!
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Thailand,Kemboja Raih 3 Mata Pertama!Runtuhnya tembok pertahanan itu menyaksikan Peeradon Chamratsamee memanfaatkan sepenuhnya situasi berkenaan untuk menjaringkan dua gol peribadi dalam waktu kecederaan, masing-masing pada minit ke-91 (tendangan penalti) dan minit ke-93.
Manakala Kemboja pula mencipta kejutan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Piala AFF apabila menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Berdasarkan kedudukan ranking dunia, Filipina jauh lebih unggul dengan menduduki tangga ke-133 manakala Kemboja pula di kedudukan ke-177 dunia.
Bagaimanapun, kisah di atas padang ternyata berbeza apabila Angkor Warriors hanya memerlukan 20 minit sejak wisel permulaan untuk mendahului dengan dua jaringan.
Penguasaan hampir sempurna yang dipamerkan Kemboja sejak dari awal permainan menyaksikan Reung Bunheing meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan pada minit ke-16 sebelum Orn Chanpolin menggandakan kelebihan itu berselang empat minit.
Filipina, bagaimanapun berhasil merapatkan kedudukan menjelang separuh masa apabila Kenshiro Daniels menemui sasaran pada minit ke-41.
Daniels sekali lagi menerbitkan harapan kebangkitan buat The Azkals apabila menyamakan kedudukan selepas 10 minit perlawanan bersambung, hanya untuk dikecewakan Reun Bunheing, yang menemui jaringan peribadi keduanya empat minit kemudian, sekali gus memastikan tiga mata pertama pasukan bimbingan Ryu Hirose berkenaan.
Dengan kemenangan itu, Thailand muncul pendahulu Kumpulan A selepas hari perlawanan pertama di depan Kemboja, yang turut mencatatkan kemenangan dengan mengejutkan Filipina.
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Rakyat Korea Bakal Saksikan Harimau Malaya!
Saingan Piala AFF 2022 bermula pada semalam dengan skuad Harimau Malaya hanya akan beraksi pada hari ini menentang Myanmar.
Dengan tumpuan seluruh warga Asia Tenggara akan tertumpu pula pada saingan ‘Piala Dunia’ bagi rantau ini, ianya juga menarik rakyat di Korea Selatan untuk mengikut saingan dwitahunan ini.
Lebih menarik, rakyat di negara kelahiran jaguh-jaguh Asia seperti Son Heung-min dan Park Ji-sung ini akan berpeluang untuk menyaksikan aksi-aksi pemain kita seperti Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi.
Sila Baca Disini : Messi Tidak Akan Bersara?
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Rakyat Korea Bakal Saksikan Harimau Malaya!Hal ini kerana, Korea Selatan adalah satu-satunya negara di luar Asia Tenggara yang mendapatkan hak penyiaran Piala AFF 2022.
Menurut ASEAN Football, rakyat di Korea Selatan berpeluang untuk menyaksikan aksi hebat Harimau Malaya menerusi saluran SBS.
SBS merupakan sebuah saluran penyiaran yang cukup terkenal di Korea Selatan dengan mereka menyiarkan pelbagai drama-drama menarik seperti The Office Blind Date, Revenge of Others dan The King: Youngwonui Gunjoo.
Turut mempunyai saluran sukan iaitu SBS Sports, disitulah aksi-aksi pemain Harimau Malaya akan disiarkan buat tatapan jutaan rakyat Korea Selatan bermula pada hari ini.
Selain aksi pemain Malaysia, mereka yang berada di Korea Selatan turut boleh menonton perlawanan-perlawanan Indonesia dan juga Vietnam menerusi saluran SBS.
Kenapa hanya tiga negara ini sahaja? Barangkali kerana faktor pengendali Malaysia, Indonesia dan Vietnam kesemua berasal dari Korea Selatan membuatkan SBS tertarik untuk menyiarkan Piala AFF tahun ini.
Malaysia dikendalikan oleh Kim Pan-gon, Indonesia dilatih Shin Tae-yong serta Vietnam diuruskan Park Han-seo.
Sementara itu bagi rakyat Malaysia, siaran langsung di negara ini boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
