Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 19
January 1, 2023
Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi!
Cristiano Ronaldo menoktahkan segala spekulasi mengenai hala tuju masa depannya apabila diumumkan sebagai rekrut baharu buat kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Selepas bergelar ejen bebas susulan perpisahannya dengan Manchester United secara persetujuan bersama pada 23 November lalu, hala tuju masa depan Ronaldo menjadi tanda tanya.
Namun, segala persoalan sudah menemui jawapan selepas Fabrizio Romano mengesahkan perkara tersebut dan tidak lama selepas itu, laman Facebook rasmi Al Nassr pula membuat pengumuman rasmi mengenai kehadiran bintang berusia 37 tahun itu bagi memperkuatkan pasukan.
Sila Baca Disini : Jordi Amat Paling Bernilai Di Asean!
Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi!Difahamkan, Cristiano Ronaldo akan menandatangani kontrak sehingga Jun 2025 dan seperti dijangka gaji lumayan bakal diterimanya di Al Nassr.
Sehubungan dengan persetujuan yang telah dicapai, ini memberi makna pemenang Ballon d’Or lima kali itu bakal menerima gaji hampir €200 juta setahun termasuk perjanjian lumayan melibatkan nilai komersial.
Jumlah tersebut menjadikan beliau sebagai pemain yang menerima gaji terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.
Al Nassr merupakan juara sembilan kali juara Liga Profesional Arab Saudi yang kini sedang menghuni tangga kedua musim 2022/23 selepas mengumpul 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.
Antara pemain asing yang beraksi bersama kelab tersebut ialah David Ospina (Colombia), Luis Gustavo dan Anderson Talisca (Brazil), Gonzalo Martinez (Argentina), Alvaro Gonzalez (Sepanyol), Ghislain Konan (Ivory Coast) serta bintang Senegal di Piala Dunia 2022, Vincent Aboubakar.
Dengan kemampuan hebat masih mampu dijelmakan, tiada yang mustahil buat Ronaldo untuk terus menyinar sekali gus dapat membantu Al Nassr meraih banyak kejuaraan.
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2023 – Semak Dan Mohon
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan bulan Januari 2023 yang akan dapat kepada mereka yang berkelayakan.
Fokus utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.
Berhubung pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus selesai taklimat, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha menangani masalah golongan miskin bandar.
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 20231. Bantuan Tunai Rakyat BTRBantuan Tunai Rakyat BTR 2023 merupakan inisiatif baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Perkara ini dimaklumkan pada mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke-15 di rumah rakyat bagi membantu golongan sasar.
Untuk makluman rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR merupakan satu inisiatif berbentuk bantuan kewangan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Sila semak kelayakan anda di sini : Bantuan Tunai Rakyat
Bantuan BTR ini juga sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini telah diberikan oleh kerajaan setiap tahun tetapi dengan kadar bantuan yang berbeza.
Bagi Bantuan Tunai Rakyat BTR, ini sepatutnya diagihkan pada Mac 2023. Bagaimanapun, disebabkan faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri di negara ini, kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR.
Bantuan khas ini akan diberikan pada Januari 2023 (Fasa 1) kepada mereka yang layak.
Kadar Bantuan BTRUntuk makluman, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat masih belum diumumkan. Namun bagi pembayaran BTR fasa 1 telah dinyatakan akan mula diedarkan pada awal Januari 2023. Terdapat 2 kategori yang akan terlibat dalam pembayaran BTR fasa 1 iaitu:
Bujang : RM100Isi Rumah : RM300Bantuan ini akan memanfaatkan kira-kira 9 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
2. BAP Bantuan Awal PersekolahanBantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012.
Bantuan ini diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Kadar Bayaran BAPKerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan jumlah itu meningkat kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.
Jika sebuah keluarga mempunyai 3 anak bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.
Syarat Kelayakan BAPUntuk BAP 2023, Bantuan Awal Persekolahan ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada pelajar yang pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 seawal tarikh berikut:
12 Januari 2023
3. Bantuan Khas Kewangan BKKKerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700, manakala Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar pada Mac 2023.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan berita gembira itu pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini, petang tadi.
Selain itu, katanya, penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan menerima kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 sebulan (setahun bersamaan RM1,200); manakala pesara kerajaan akan menerima kenaikan sebanyak RM350 sebulan.
4. Kenaikan Gaji Tambahan KGTKerajaan juga bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan satu juta pesara kerajaan berjumlah RM350.
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.
Juga diteruskan untuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).
Jumlah Bantuan Khas Kewangan 2023Terdapat 2 Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2023 antaranya ialah:
RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah.RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK)Bagi tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan pada Januari 2023 tahun hadapan.
Maklumat LanjutSemoga artikel yang penuh dengan informasi ini bermanfaat kepada anda.
Jika anda ingin dapatkan lebih banyak info tentang bantuan kerajaan yang lain, sila join group Facebook bantuan di sini.
December 29, 2022
Jordi Amat Paling Bernilai Di Asean!
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dinilaikan sebagai pemain paling mahal di Asia Tenggara mengatasi bintang-bintang yang lain.
Amat yang juga merupakan pemain kebangsaan bagi Indonesia dinilaikan sebagai pemain paling mahal di Asia Tenggara dengan hanya beliau sahaja yang mencapai nilai jutaan Euro.
Laman Transfermarkt mendedahkan yang Amat kini bernilai €1 juta (RM4.6 juta) dan nilai itu tidak dapat diatasi oleh mana-mana pemain di Asia Tenggara.
Sila Baca Disini : Kylian Mbappe Bakal Ke Barcelona?
Jordi Amat Paling Bernilai Di Asean!Dalam senarai yang dihasilkan oleh ASEAN Football, Amat tidak keseorang di dalam senarai tersebut kerana terdapat seorang lagi pemain Indonesia yang turut tersenarai dalam lapan pemain termahal Asia Tenggara iaitu Marc Klok.
Klok dinilaikan dengan jumlah €450 ribu (RM2.1 juta) yang menjadikan pemain itu sebagai bintang Asia Tenggara yang keempat termahal di rantau ini.
Selain daripada itu, nama-nama di dalam 10 terbaik yang tersenarai didominasi oleh bintang-bintang dari Thailand dan Vietnam seperti Teerasil Dangda dan Nguyen Quang Hai.
Malang sekali buat pemain dari Malaysia tiada satu nama pun yang ‘melekat’ dalam senarai 10 pemain termahal Asia Tenggara.
Pemain Malaysia termahal adalah bintang baharu Selangor, Faisal Halim yang hanya menduduki tangga ke-23 dibelakang nama-nama seperti Billy Ketkeophomphone (Kemboja), Asnawi Mangkualam (Indonesia) dan Jefferson Tabinas (Filipina).
Berikut adalah senarai penuh 10 pemain termahal di Asia Tenggara ketika ini:
1. Jordi Amat – Indonesia (€1 juta/RM4.6 juta)
2. Theerathon Bunmathan – Thailand (€600 ribu/RM2.8 juta)
3. Irfan Fandi – Singapura (€500 ribu/RM2.3 juta)
4. Marc Klok – Indonesia (€450 ribu/RM2.1 juta)
5. Sarach Yooyen – Thailand (€400 ribu/RM1.8 juta)
6. Nguyen Quang Hai – Vietnam (€400 ribu/RM1.8 juta)
7. Kritsada Kaman – Thailand (€400 ribu/RM1.8 juta)
8. Nguyen Hoang Duc – Vietnam (€400 ribu/RM1.8 juta)
9. Ho Tan Tai – Vietnam (€350 ribu/RM1.6 juta)
10. Teerasil Dangda – Thailand (€350 ribu/RM1.6 juta)
Kylian Mbappe Bakal Ke Barcelona?
Kekuatan dinamik terbesar Paris Saint Germain pada masa ini kelihatan mencurigakan dengan Lionel Messi bakal menandatangani perjanjian kontrak selama setahun lagi.
Kylian Mbappe telah melakukan pusingan U bersama dengan juara Perancis tersebut pada Mei lepas sehingga tahun 2025 tetapi masih lagi dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab tersebut.
Messi telah berada pada peringkat atas sekali pada Piala Dunia lepas dan Barcelona percaya bahawa peluang telah terbuka luas.
Sila Baca Disini : Kad Merah Untuk Neymar!
Kylian Mbappe Bakal Ke Barcelona?Media terkenal, Mundo Deportivo melaporkan bahawa kelab Catalan itu akan memulakan langkah untuk melakukan kejutan perpindahan terhadap Mbappe.
Spekulasi tentang masa depan Mbappe semakin hangat apabila ada laporan menyatakan bahawa beliau berasa tertekan di Parc Des Princes selepas Messi komited untuk terus kekal di PSG.
Mbappe yang berumur 24 tahun itu sebelum ini hampir untuk menyertai Real Madrid tetapi beliau telah diharamkan Los Blancos setelah Mbappe bertindak untuk menyambung kontrak bersama PSG semula.
Atas kejadian tersebut tampaknya musuh ketat Madrid iaitu Barcelona sepertinya menerima lampu hijau untuk mendapatkan Mbappe.
Kad Merah Untuk Neymar!
Kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) terpaksa menunggu hingga minit akhir perlawanan untuk mendapatkan tiga mata selepas menewaskan Strasbourg, 2-1 kelmarin.
Bintang terkemuka, Kylian Mbappe menyempurnakan penalti dalam masa kecederaan untuk gol kedua manakala Neymar dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.
Mbappe mengakui beliau cuba melupakan episod duka di final Piala Dunia, di mana beliau meledak hatrik tetapi tewas pada penentuan penalti kepada Argentina.
Sila Baca Disini : Liga Super Malaysia Bermula Februari!
Kad Merah Untuk Neymar!Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana cuba mendapatkan penalti dengan simulasi yang dapat dikesan pengadil.
Kapten Marquinhos meletakkan pelawat di depan menerusi tandukan tetapi pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-51 untuk kembali menyamakan kedudukan.
Neymar yang masih dibayangi kekecewaan tersingkir di suku akhir Piala Dunia bersama Brazil, menerima kad kuning pertama kerana mengasari pemain Strasbourg, dan beliau dilayangkan kad kuning kedua serta diarah keluar padang selepas merebahkan diri untuk mendapatkan penalti.
Bagaimanapun Mbappe berjaya mendapatkan penalti dalam masa kecederaan dan menyempurnakannya untuk gol kemenangan pada minit ke-96.
“Saya rasa saya tidak akan dapat melupakannya (Piala Dunia). Namun seperti yang saya katakan kepada rakan sepasukan, tidak ada sebab mengapa kelab perlu menerima akibat di atas kegagalan pasukan kebangsaan, ia dua situasi berbeza,” kata Mbappe.
Bintang Argentina, Lionel Messi masih belum kembali bersama pasukan selepas kejayaan di Piala Dunia. Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi yakin dapat memeterai kontrak lanjutan Messi selepas cemerlang bersama negaranya.
Selain kontrak lanjutan Messi, Nasser turut mengintai peluang untuk membawa masuk penyerang Manchester United, Marcus Rashford yang akan tamat kontrak pada penghujung musim ini.
Kemenangan itu meletakkan PSG kekal di tangga teratas Ligue 1 dengan lapan mata di depan pencabar terdekat, Lens.
Liga Super Malaysia Bermula Februari!
Pasukan Liga Super mempunyai tempoh kurang dua bulan untuk menyiapkan pasukan menjelang sepak mula yang dijadualkan pada 24 Februari 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, berkata jadual perlawanan Liga Super musim depan sudah siap dan hanya menunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan pihak berkaitan.
Beliau berkata, penyusunan jadual Liga Super dibuat dengan lebih teliti kerana perlu mengambil kira perlawanan Liga Simpanan untuk memberi ruang dan peluang pasukan melakukan transisi pemain masing-masing.
Sila Baca Disini : Pele Ikon Bolasepak Sebenar!
Liga Super Malaysia Bermula Februari!“Aksi Liga Super pada musim depan akan bermula 24 Februari dan ketika ini pemantauan kalendar dilakukan kerana ia juga membabitkan saingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
“Jadual sudah pun siap cuma tunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan AFC serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.
Menurut Stuart, penyediaan jadual tersebut turut mengambil kira persiapan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan mengharungi jadual yang padat musim depan.
“Pada musim 2023 terdapat empat perlawanan membabitkan skuad B-23 negara sekali gus memerlukan penyusunan jadual secara teliti,” katanya.
Skuad kendalian E Elavarasan itu akan mengharungi jadual padat pada musim 2023 apabila akan menyertai sekurang-kurangnya empat kejohanan peringkat antarabangsa.
Ia melibatkan kejuaraan AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Susulan itu, Elavarasan membuat persiapan awal dengan memanggil 25 pemain ke kem latihan pusat pertama bermula 27 November hingga 6 Disember lepas.
Dalam perkembangan berkaitan, Stuart berkata, keputusan sama ada saingan Liga Super musim 2023 akan disertai 16 pasukan atau sebaliknya akan diketahui Januari depan berdasarkan dokumentasi dan pengesahan penyertaan daripada PJ City dan UiTM FC.
“PJ City dan UiTM PC meminta penangguhan pengesahan penyertaan hingga penghujung bulan ini bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk berkaitan dokumentasi,” katanya.
December 28, 2022
Jawatan Kosong Di TNB Energy Services – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di TNB Energy Services dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. LEAD LEGAL
2. MANAGER-INVESTMENT ANALYST (FINANCE)
3. EXECUTIVE-TALENT DEVELOPMENT MANAGEMENT
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di TNB Energy Services.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Tenaga (ST) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Tenaga (ST) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive – Human Resource Management
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : Rujuk IklanLokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Suruhanjaya Tenaga (ST).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia (LGM) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Getah Malaysia (LGM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Tadbir (Psikologi) N44/N48
2. Pegawai Penyelidik Q41/43/47/51/53
3. Pegawai Teknologi Maklumat F41
4. Pegawai Tadbir N41
5. Akauantan WA41
6. Penolong Jurutera JA29
7. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
8. Penolong Pegawai Tadbir N29
9. Penolong Pegawai Tadbir (Audit) N29
10. Pen. Pegawai Tadbir (Penerbitan) N29
11. Setiausaha Pejabat N29
12. Pembantu Tadbir (P/O) N19
13. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
14. Pembantu Penyelidik Q19
15. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
16. Pengawal Keselamatan KP11
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,205.00 – RM13,248.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di LGM.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Terkini : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Tuntutan Terakhir
Semak cara memohon pengeluaran khas kwsp 2 0 RM10000. Log masuk dan semak status kelulusan keputusan permohonan KWSP 2.0 RM 10k & tarikh pembayaran kwsp di pautan, lulus produktionkhas.kwsp.gov.my
Dalam keadaan ekonomi pasca pandemik ini, masih ramai yang mengadu masalah kewangan.
Tidak semua orang mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan terbitan khas 10K KWSP baru-baru ini.
Pengeluaran Khas KWSP 2.0Selepas mendapat wang KWSP RM 10,000 dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula resah dan gelisah. Ini kerana wang semakin kering kerana sudah pun menyambut Hari Raya yang sudah 2 tahun tidak disambut. Ada yang seronok membeli barang kemas dan ada yang menggunakan wang itu untuk membayar hutang adik-beradik atau kawan-kawan.
Sebenarnya tak salah guna duit KWSP tapi biarlah saiz baju tu pada badan sendiri. Lebih baik RM 10,000 dijadikan modal untuk membeli aset seperti barang kemas atau mencipta modal perniagaan kecil-kecilan seperti menjual barang di pasar malam atau melakukan penghantaran secara dropship.
Mengapa wang KWSP perlu dibazirkan seolah-olah tiada hari esok?
Perlu Ke Ada Pengeluaran Kali Ke 2Siapa yang tak nak duit? Lagi-lagi sekarang tengah zaman susah, lagi banyak yang perlu diselesaikan dengan wang.
Jika korang setuju pengeluaran khas 2.0 ini patut diadakan, sila join Group FB KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off.
Sememangnya kini di zaman orang kaya semakin kaya, orang susah semakin miskin, kita kena banyak berfikir sebelum buat keputusan dalam bidang kewangan ini dan sama-samalah kita bermuhasabah.
Gunakan Cara Ini Untuk Tuntut Pengeluaran Melalui Petisyen
Anda kini boleh sertai untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0 ini dengan tandatangan petisyen yang telah dilancarkan oleh rakyat Malaysia pada 14 Julai yang lalu.
Untuk menyokong & sertai petisyen ini, sila tandatangan di sini : Klik Sini
Target untuk dapatkan lebih 1 Juta tandatangan.
Semoga kerajaan dengar keluhan rakyat yang rata-rata ingin pengeluaran ini dilaksanakan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
