Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 22

December 23, 2022

Terkini : Ini Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia! ~ Semak Sini Tarikh Pembayaran !

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya ialah Bantuan Khas Kewangan RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang layak.

Ini adalah maklumat yang lebih jelas tentang bantuan kewangan ini

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Menurut kenyataan Kerajaan Ogos lalu, bayaran BKK sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala RM350 pula diberikan kepada pesara dan veteran Kerajaan yang tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion

Mohon juga :

TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Keluarga ~ Semak Sini Sekarang !TERKINI : Bantuan Kewangan BMT RM800 dipercepat ke Disember ini, Semak Sekarang Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK)

Mengenai tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan pada Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri terbabit.

Pembayaran akan dibuat bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang akan dibayar dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2022 22:07

TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Keluarga ~ Semak Sini Sekarang !

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat (BTR) bagi kategori keluarga yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Keluarga

Pembayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Mohon Juga : TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Bujang : Semak Kelayakan Anda Sekarang !Semak Juga : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Semakan dan Tarikh Bayaran ~ Semak Sini Info LanjutMohon juga : TERKINI Ini Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023 ~ Semak Sekarang!

“Saya berharap pengeluaran awal ini dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat ketika ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasuk Akaun) 2022 dan cadangan Bajet Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2022 20:23

December 22, 2022

TERKINI : Bantuan Kewangan BMT RM800 dipercepat ke Disember ini, Semak Sekarang

Dalam usaha Kerajaan membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT) daripada RISDA.

Berikut ialah butiran bantuan.Bantuan Monsun (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil/penoreh getah sebagai usaha meringankan beban mereka semasa musim tengkujuh.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM800 berbanding RM600 sebelum ini sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut adalah syarat kelayakan BMT:

Petani Kecil RISDAMalaysiaPekebun kecil (usahawan) berdaftar dengan RISDASaiz tanah 0.1 hingga 2.5 hektarPemilik tanah yang sah1 lot sahaja untuk seorang penerimaPenoreh Bukan PemilikMalaysiaPenoreh bukan pemilik berdaftar dengan RISDAMenoreh lot seluas 0.1 hingga 2.5 hektarPengesahan pemilik sah tanah1 lot sahaja untuk seorang penerima

Mempunyai Kad Permit Kuasa Getah (PAT-G) yang sah.

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Baca juga : 17 Pengeluaran Khas KWSP Untuk Semua Pencarum Yang Layak ~ Semak Kelayakan Anda Disini!

Mohon juga : Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM700 ‘one-off’: Ini Adalah Tarikh Pembayarannya ~ Semak Sini !!

Semak juga : Bantuan Barang Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat | Mohon Sekarang!

Semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem BMT RISDA

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi RISDA di talian 03-4256 4022

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 22:05

JSIC – Johor State Investment Centre

Invest Johor atau pernah dikenali sebagai JSIC ialah pusat sehenti yang mewakili negeri Johor dalam berurusan dengan pelabur dan membantu meletakkan Johor sebagai destinasi menarik untuk pelaburan.

Invest Johor memainkan peranan penting dalam perkara yang berkaitan dengan promosi, pemudahan, penyelarasan, dan pembangunan atau pelaburan dalam sektor industri yang luas.

Akhirnya, Invest Johor berusaha untuk membantu mengubah Johor menjadi hab serantau untuk industri berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan intensif modal.

Anda juga boleh baca mengenai Tempat Menarik di Johor sambil bercuti.

Apa Perkhidmatan Invest Johor?Menyediakan maklumat tentang iklim perniagaan Johor dan peluang pelaburanMembantu pelabur yang berminat melalui perundingan terus dan kerjasama dengan pihakberkuasa yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeriMembantu untuk memudahkan mesyuarat dengan pihak berkepentingan yang berkaitanMembantu dalam mengemukakan pertanyaan kepada perkhidmatan kerajaan yang berbezaMemberi panduan tentang perkara yang berkaitan dengan dasar dan prosedur kerajaanMenjawab pertanyaan dan permintaan dalam masa yang sesingkat mungkinVisi

Untuk meletakkan Johor sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

Misi

Menjadi peneraju dalam menjana pelaburan di wilayah.

Johor Convention & Exhibition Bureau (JCEB)

YAB Menteri Besar Johor dalam ucapan Ucapan Bajet Negeri Johor 2019.

Menubuhkan Biro Konvensyen & Pameran Johor (JCEB) : Johor sebagai Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran antarabangsa (MICE).

Fokus Belanjawan Johor 2019 menyatakan Pusat Pelaburan Negeri Johor perlu mewujudkan unit khas Johor Convention & Exhibition Bureau (JCEB) yang akan memantau penyediaan perkhidmatan berkaitan mesyuarat, insentif, konvensyen & persidangan serta pameran.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 07:27

Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI VETERINAR GRED GV41

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2022 (Isnin)
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM2,697.00 –
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di .

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 02:10

Jawatan Kosong Di Sarawak Energy Berhad (SEB) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Negeri Sarawak di Sarawak Energy Berhad (SEB) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Technician/Power Plant Operator
2. Storekeeper I
3. Senior IT Executive II (Digital Infrastructure Projects)
4. Senior Financial Analyst I/II
5. Senior Executive I/II
6. Senior Accountant I/II
7. Executive/Senior Executive
8. Executive

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 28/31 Disember 2022
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Sarawak Energy Berhad (SEB).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 02:03

Jawatan Kosong Di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Negeri Pulau Pinang di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Eksekutif Kewangan
2. Eksekutif Teknikal
3. Penolong Eksekutif Pentadbiran
4. Penolong Eksekutif Undang-Undang
5. Pembantu Eksekutif Pentadbiran
6. Pembantu Eksekutif Teknologi Maklumat

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh Tutup Permohonan : 03 Januari 2023 (Selasa)
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan/Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di LPNPP.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 01:53

December 21, 2022

Coman Dan Tchouameni Diserang!

Dua bintang Perancis, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni jadi mangsa serangan penyokong-penyokong tak berakal selepas kekalahan mereka di tangan Argentina yang lalu.

Perancis terpaksa akur tewas di tangan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2022.

Coman Dan Tchouameni Diserang! 3

Juara Piala Dunia 2018 itu berjaya membawa Argentina hingga ke aksi penentuan sepakan penalti dan mereka jelas sekali sudah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.

Sila Baca Disini : Manchester United Akan Dijual?

Coman Dan Tchouameni Diserang!

 

Perlawanan tersebut juga dianggap antara aksi perlawanan akhir terhebat dalam sejarah saingan Piala Dunia dengan Kylian Mbappe cemerlang mencatatkan hat-trick dan Messi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Walaupun aksi perlawanan akhir itu dipuji dari segala segi, namun ia sepertinya sedikit terganggu dek kerana ada nya golongan penyokong tak berakal.

Segelintir penyokong Perancis merosakkan suasana selepas mereka menyerang akaun media sosial Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni sebaik tamat perlawanan tersebut.

Kedua-dua pemain itu gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut dengan percubaan Coman dinafikan oleh penjaga gol dan percubaan Tchouameni tersasar ke tepi.

Coman Dan Tchouameni Diserang! 4

Selepas tamat perlawanan, segelintir penyokong tak berakal telah menyerang akaun media sosial mereka dengan menghantar mesej-mesej hinaan berunsur perkauman.

Bukan hanya mesej, penyokong-penyokong tak berakal itu juga turut membanjiri ruangan komen dengan komen-komen menghina dan lebih teruk lagi mereka turut mengancam dua pemain tersebut.

Hal tersebut mengingatkan semua kepada insiden yang berlaku terhadap trio England, Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang berdepan hal sama di pentas perlawanan akhir saingan Euro.

Ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi penentuan sepakan penalti bertemu Itali dan menyebabkan England tewas.

Kali ini ia berlaku kepada Coman dan Tchouameni yang teruk diserang oleh kumpulan penyokong-penyokong tidak berakal.

Selain kedua-dua pemain ini, Randal Kolo Muani juga dikatakan turut teruk dihentam oleh peminat selepas tamat perlawanan tersebut.

Kelab yang diwakili oleh Coman, Bayern Munich juga turut tampil mengeluarkan kenyataan untuk membela pemain sayap itu dan turut menghentam kesemua peminat yang melakukan hal terkutuk itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2022 23:33

Manchester United Akan Dijual?

Manchester United yang bakal dijual oleh keluarga Glazer merupakan satu perkembangan positif buat kelab menurut pengurus, Erik ten Hag.

Keluarga Glazer yang telah memiliki United sejak 2005 pada bulan lalu mengumumkan mereka sedia melepaskan kelab itu kerana ingin “meneroka alternatif strategik”.

Manchester United Akan Dijual? 7

Terdapat tekanan yang makin meningkat ke atas Glazer dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan protes yang lazimnya dilihat daripada peminat berikutan hala tuju kelab itu yang makin mengecewakan.

Sila Baca Disini : FIFA Tampilkan Format Baharu!

Manchester United Akan Dijual?

Tatkala United berusaha bersaing dengan kekuatan kewangan Manchester City termasuk pemilik baru Newcastle United dari Arab Saudi, Ten Hag merasakan pelaburan baru di Old Trafford akan menjadi berita yang menggembirakan untuk kelab itu.

“Lebih banyak pelaburan lebih bagus kerana ia akan membantu kelab menjadi lebih baik dan mampu bersaing dengan kelab besar yang lain dari segi kewangan” kata Ten Hag.

Manchester United Akan Dijual? 8

“Kami (Ten Hag dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richard Arnold) bercakap tentang budaya yang ingin kami terapkan, kami bercakap tentang objektif, matlamat dan budaya dan beliau mengesahkan ia tidak akan berubah.

“Ia akan menjadi lebih baik memandangkan lebih banyak wang akan tersedia untuk projek ini.”

Pemilik Manchester United iaitu keluarga Glazer telah menghadapi tekanan daripada penyokong sejak dari beberapa tahun lepas serta didesak untuk menjual kelab kerana prestasi yang tidak memberangsangkan serta tidak menampakkan kemajuan untuk masa hadapan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2022 22:59

FIFA Tampilkan Format Baharu!

Presiden FIFA, Gianni Infantino mengumumkan rombakan format Piala Dunia Kelab bermula 2025 yang akan melibatkan 32 pasukan. Format semasa telah ada 7 pasukan terlibat dari kalangan juara setiap benua yang ada di dunia ini.

FIFA Tampilkan Format Baharu! 11

Namun FIFA mengesahkan bahawa format baharu bermula 2025 adalah idea untuk meningkatkan lagi prestij pertandingan tersebut serta meningkatkan lagi pendapatan kelab.

Kejohanan Piala Dunia Kelab tersebut dirancang diadakan 4 tahun sekali. Ianya mirip kepada format Piala Dunia yang ada sekarang ini.

Sila Baca Disini : Khuzaimi Sah Ke Selangor!

FIFA Tampilkan Format Baharu!

Infantino berkata FIFA menjangkakan pendapatan sebanyak $11 bilion untuk tempoh empat tahun antara 2022 dan 2026 tetapi itu tidak termasuk format Piala Dunia kelab baharu pada 2025.

“Angka $11 bilion ini tanpa Piala Dunia kelab (pada 2025). Pada penghujung empat tahun kami akan membuat lebih banyak pendapatan,” kata Infantino pada sidang media terbarunya.

Infantino menambah, usaha itu akan dikembangkan lagi pada bola sepak wanita yang memerlukan lebih perhatian dan juga lonjakkan imej.

Selain itu Infantino turut mengesahkan bahawa FIFA sedang merancang aksi persahabatan antarabangsa seperti Siri Super. Infantino menyatakan langkah itu akan membolehkan lebih banyak aksi antara pasukan dari konfederasi berbeza.

FIFA Tampilkan Format Baharu! 12

Serta ianya peluang untuk berbagi kepakaran dan pengalaman. Persatuan pemain bola sepak profesional (FIFPRO) memberi reaksi negatif terhadap keputusan itu.

“FIFPRO mengambil maklum, dan terkejut dengan keputusan Jawatankuasa FIFA hari ini berhubung kalendar perlawanan antarabangsa untuk bola sepak lelaki dan wanita yang boleh membawa kesan serius dan memburukkan lagi tekanan terhadap kebajikan dan pekerjaan pemain,” kata kenyataan itu.

“Walaupun FIFPRO telah mencapai persehaman dengan FIFA minggu lalu bahawa rundingan bersama kalendar perlawanan antarabangsa akan berlangsung sebelum Kongres FIFA pada Mac 2023.”

Agak ironi kerana FIFA sebelum ini menyokong penentangan UEFA dalam membanteras pembentukan Liga Super Eropah yang dirasakan telah memberikan persaingan tidak sepatutnya kepada UCL.

Kini FIFA cuba mewujudkan pertandingan yang akan menjadi pesaing secara langsung pertandingan UCL.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2022 22:46

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.