Pahrol Mohamad Juoi's Blog, page 9
March 3, 2014
IBU-IBU DALAM HIDUP KITA…
Apabila aku diminta oleh anakku untuk bercerita tentang ibu ku, aku tidak jemu-jemu mengulangi kisah ini. Kisah aku dengan tiga ibu. Pertama, ibuku sendiri. Kedua, ibu kepada anakku dan ketiga anak perempuanku sebagai ibu. Mereka akan mendengar, akur dan diam. Terkesima. Aku berdoa, semoga cerita itu menginsafkan mereka tentang jasa manusia yang bernama ibu.
Waktu berlalu, aku kembali diminta bercerita tentang kesah itu. Berulang kali. Lalu kuringankan tangan, ku pertajamkan emosi, lalu ku tulis cerita itu: Kesah aku dengan tiga ibu. Aku mulakan dengan kesah pertama:
Aku mengayuh basikal itu laju-laju. Ingin cepat sampai ke destinasi. Masih terngiang-ngiang pesan emak sebentar tadi.
“Apabila bertemu misi sahaja terus serahkan kad merah itu. Katakan emak sudah sakit kuat,” kata emak lemah. Wajahnya berkerut-kerut menahan kesakitan. Umur ku ketika itu baru 12 tahun. Emak ‘sakit perut’ untuk bersalin.
Ayah ku yang bekerja sebagai seorang buruh telah keluar bekerja sejak awal pagi tadi. Di rumah tinggal aku dan dua orang adik perempuan.
“Emak nak bersalin ke?” tanya ku naif.
Emak tak bercakap banyak. Hanya mengangguk-angguk. Tubuh emak begitu kurus, lemah dan pucat. Aku jadi bimbang.
Tanpa berfikir panjang aku terus meminjam basikal jiran sebelah. Kebetulan tidak ada siapa orang lelaki yang boleh diharap kecuali aku. Kedua pak cik jiran sebelah menyebelah juga telah keluar bekerja. Klinik kesihatan yang juga pusat kesihatan daerah kami agak jauh. Tetapi pada tengah hari itu semuanya seolah hampir. Aku mengayuh basikal begitu laju dan cepat. Letih tidak terasa walaupun keringat membasahi muka.
“Misi, emak saya nak bersalin. Ini kadnya,” kata ku tercungap-cungap sambil menyerahkan kad tersebut. Misi itu, seorang perempuan Cina berusia lewat 40’an agak terkejut. Namun kemudian membelek dan melihat kad itu secara terperinci.
“Aiya, saya tak boleh jadi bidan emak lu. Dia punya darah dan jantung ada sikit “problem”. Saya tak boleh…”
“Habis macam mana?” tanya ku agak cemas.
“Lu call ambulan. Minta dia datang rumah lu!”
Aku panik. Dalam usia 12 tahun, manalah aku pandai menelefon. Ini cerita 40 tahun dahulu, ketika kemudahan telekomunikasi tidak seperti hari ini. Sekarang anak-anak sudah pandai mendail telefon bimbit seawal usia 6 atau 7 tahun lagi. Sedangkan pada ketika itu hanyalah seorang budak kampung yang naif. Mana hendak dicari telefon awam.
“Misi boleh tolong tak?” aku merayu.
Misi terdiam. Tak lama kemudian dia bersuara, “minta tolong call ambulan? Ya, ya. Lu tulis alamat rumah di sini,” katanya sambil menyerahkan satu carikan kertas. Syukur, walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi misi ini baik orangnya.
Selepas dia menelefon, aku berkejar balik ke rumah semula. Setiba ku di sana, sebuah kereta wagon ambulan telah sedia menanti.
“Boleh saya ikut?” pinta ku seakan-akan merayu kepada pemandu ambulan berbangsa India yang bermisai tebal itu.
“Tak boleh. Lu masih budak-budak lagi. Emak lu kena terus ke hospital!”
Aku sungguh kecewa.
Tidak lama kemudian, emak kelihatan turun dari tangga rumah kayu kami terhincut-hincut. Emak sempat merenung ku dan berpesan, “ emak dah masak nasi. Tapi tak ada lauk, tengok-tengokkan makan adik-adik ya?”
Aku mengangguk patuh. Dalam keadaan biasa pun itu memang sudah menjadi sebahagian rutin ku. Memasak dan menyediakan makanan memang tugas yang selalu emak amanahkan kepada ku.
Ya, semua itu masih segar dalam ingatan. Bagaimana gementarnya aku menunggu berita daripada emak. Malam, baru bapa pulang memberitahu yang emak telah bersalin. Aku begitu gembira… dapat adik baru!
Itulah kesah pertama. Betapa gementarnya seorang anak lelaki ketika ‘menguruskan’ ibunya yang hendak bersalin. Jika dahulu semuanya kulalui dengan sukar dan gementar tetapi kini ketika kurenung wajah emak dan adik yang lahir itu, aku rasa puas… syukur ya Allah kerana aku dapat berkongsi sukar seorang ibu ketika melahirkan.
Mari kita berkongsi kisah kedua. Kisah aku dengan isteri, ibu kepada anakku. Begini kisahnya…
Saat itu, isteri ku berada di dalam bilik kecil di rumah mertua ku. Dia sedang bertarung dengan kesakitan. Sekali-sekala terdengar suaranya mengeluh lemah, “ Allah, Allah, Allah…” Tiba-tiba Mak bidan keluar diiringi oleh ibu mertua ku. Mereka berbincang sekejap. Aku memerhatikan sahaja dari jauh. Apa halnya? Hati ku tertanya-tanya.
Sejak subuh tadi isteri ku mengaduh sakit perut. Mula-mula sakitnya datang berselang-seli. Jarang-jarang, kemudian semakin kerap. Apabila “air ketuban” telah pecah, ibu mertua ku dengan segera menyuruh aku memanggil bidan berhampiran.
“Mak Cik, isteri saya nak bersalin,” kata ku sebaik sahaja memberi salam kepada orang tua itu. Dia begitu tua. Agak-agaknya telah berusia lewat 60’an. Tetapi dia sahaja harapan orang kawasan itu untuk membidani wanita yang bersalin.
“Bila sakitnya?” tanya bidan tua itu tenang. Begitu selamba, seakan-akan tidak dapat dijangkaunya gelora rasa dalam hatiku, seorang suami muda yang menanti kelahiran anak pertama. Perlahan-lahan, dia bergerak. Wajahnya yang cerah berseri, pakaiannya bersih serta mulutnya kumat-kamit berzikir. (Kemudian aku baru tahu rupa-rupanya bidan tua ini sedang berpuasa 6)… Ya bulan itu, bulan Syawal 28 tahun yang lalu.
Tidak sabar, aku terus mendekati ibu mertua ku.
“Kenapa emak?”
“Isteri kamu ada masalah. Budak tak mahu keluar. Bidan kata dia takut budak kelemasan…”
“Jadi?”
“Kita bawa ke klinik atau hospital dengan cepat.”
Yang terbayang di ruang fikiran ku hanya wajah isteri. Berkali-kali dia telah berpesan hendak “dibidankan” oleh bidan atau doktor wanita. Dia tidak mahu berbidankan doktor lelaki. Aku mesti menunaikan permintaannya. Aku mesti bertanggung-jawab.
“Kita cari klinik yang ada bidan wanita saja ya?” rayu ku kepada ibu mertua ku. Begitu ringan mulut ku meminta persetujuannya walaupun dalam tangan ku wang yang ada begitu sedikit. Aku tekad sahaja, kalau terpaksa berhutang. Aku akan berhutang. Semuanya ku terima seadanya kerana aku masih siswa yang menuntut di sebuah IPTA. Namun, untuk mempertaruhkan maruah isteri tidak sama sekali.
Dahulu, bukan senang untuk mendapat suasana Islamik di hospital-hospital biasa. Tetapi sekarang, syukurlah, keadaan sudah berubah. Doktor, jururawat dan bidan perempuan sudah ramai. Hasil kesedaran Islam rawatan dan perbidanan di hospital kerjaan pun sudah semakin Islamik, apalagi pusat rawatan Islam.
Bila teksi yang dipanggil datang, isteri, ibu mertua dan bidan tua itu pun segera masuk. Aku duduk di hadapan di sebelah pemandu teksi. Destinasinya? Sebuah klinik bersalin milik seorang perempuan Cina. Semuanya mengikut hasil perbincangan ibu mertua ku dengan bidan tua. Bidan tua itu “berkeras” untuk terus mengikut kerana hendak menjaga “suasana” bersalin secara Islam buat isteri ku. Dalam keadaan tubuh tuanya terketar-ketar aku masih dapat melihat semangatnya begitu kental. Kalau ikutkan lemah, elok dia berehat sahaja di rumah dan minta bidan berbangsa Cina itu sahaja mengambil alih.
Setelah berhempas pulas dengan teriak raung, zikir dan rintihan, akhirnya terdengar suara tangisan. Begitu kuat, hingga mengejutkan aku di ruang legar klinik yang begitu sempit. Aku hanya mampu pasrah dan bermunajat di atas kerusi usang klinik yang serba daif itu. Tidak lama bidan tua itu pun melambai-lambai tangannya kepada ku.
“Alhamdulillah, anak kamu perempuan, cepat azankan…” katanya sambil tersenyum. Aku terlampau gembira hingga terasa ingin memeluknya. Tidak lama selepas aku selesai melaungkan azan dan berdoa, aku melihat bidan tua itu menjamah sedikit makanan dan meneguk air sejuk. Dia berbuka dan berjaya menamatkan puasa sunatnya dengan begitu tenang sekali.
Ku lihat wajah isteri tersenyum puas di sisi anak yang masih merah hasil “perjuangannya” sejak awal pagi itu. Tanpa disedari air mata mengalir. Sedih bercampur gembira, syukur wahai Tuhan, anak ku selamat dilahirkan walaupun dalam keadaan kami yang serba kekurangan. Aku begitu gembira… dapat anak sulung!
Sesungguhnya, pengalaman itu mengajar aku bahawa sebesar mana pun pengorbanan suami, tidaklah sebesar dan setinggi pengorbanan isteri. Suami hanya berdoa dan berusaha ‘di tepi’ gelanggang, tetapi isterilah yang bertarung nyawa di dalam gelanggang. Ya, aku relakan duhai anak, sekiranya ketaatan dan kebaikan mu tiga kali kepada ibumu berbanding aku. Dia layak untuk dimuliakan kerana dengan izin Allah, dialah yang melahirkan!
Kini, tiba masanya untuk aku ceritakan kisah terakhir. Ingin aku kongsikan, rasa yang ku alami ketika menunggu detik kelahiran itu. Anak perempuan ku mula sakit pada malamnya dan melalui saat-saat cemas mula jam 7 pada paginya. Tuhan memberi mehnah seorang ibu kepadanya. Rasa sakit, rasa perit dan keletihan tahap tinggi, yang bakal menempa dan “mengeluarkan” segala keupayaannya untuk menjadi seorang ibu terbaik. Kesakitan yang hakikatnya satu “ijazah” yang melayakkan seorang ibu mendapat kebaikan tiga kali ganda berbanding ayah.
Siapa lagi di sisi? Genggaman tangan seorang suami walau seerat mana tidak akan dapat bersama-sama berkongsi kesakitan. Ibu kepada bakal ibu (isteri ku), mengambil jarak jauh, berdoa, menangis dan merintih di luar kamar. Ketika pertarungan hidup dan mati itu… tidak ada teman, tidak ada sesiapa dapat berkongsi rasa, hanya dia dan Allah.
Rasai, rasailah wahai anak ku, detik melahirkan yang persis detik kematian… rasa ‘raja’ (harap) yang sewajarnya seratus peratus kepada Tuhan. Seharusnya tidak ada lagi rasa bimbang, bolak-baliknya hati…selamat atau tidak, pengakhiran buruk atau baik. Yakin, sangka baik, insya-Allah selamat, insya-Allah baik!
Ya, aku di mana? Aku pun rupanya tidak tega menunggu begitu. Mendengar seru dan desah resah, Allah, Allah, Allah. Jua kata semangat dan lonjak dorongan daripada para jururawat dan doktor. Lalu apa pilihan lagi buat aku selain meminggir sepi di satu sudut yang paling sunyi. Ya, aku masih ingat lagi detik itu. Detik aku terperosok dalam bilik sempit yang dinamakan “surau” kecil itu.
Di situ seolah-olah tegaknya kamar sufi tempat ego dan takbur tersembam ke bumi. Ketika insan dipagut keresahan, kegelisahan dan ketidaktentuan, barulah semua berpaut kepada Allah. Lalu, aku merasakan saat resah ini hakikatnya satu anugerah, untuk aku kembali semula kepada Mu, ya Allah.
Ya, Allah… pengharapan ku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung, tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh. Telah aku ungkapkan kata-kata itu melalui lirik-lirik nasyid yang ku tuliskan, namun seakan-akan baru kini aku merasakan. Aku kembali, aku kembali kepada Mu Tuhan…
Jam 11 pagi, tiba-tiba pintu surau kecil itu terkuak. Anak bongsu lelaki ku memberi salam dan berbisik, “kakak dah selamat bersalin!” Derai air mata ku tidak dapat ditahan lagi. Syukur, syukur, syukur ya Allah, Engkau masih sayang kepada ku, pada kami, pada semua insan yang terlalu banyak berdosa ini. Dalam sujud syukur ku di hujung duha, aku terdengar raungan tangis cucu yang pertama. Alhamdulillah, lahir cucu ku yang pertama!
Demikian ku kesahkan segalanya. Aku pasti, kamu dan kita semua ada kisah masing-masing. Yang unik dan istimewa tentunya. Ku tulis segala hanya untuk mengingatkan betapa besarnya jasa ibu kita. Ku tulis ‘aku’ hanya untuk mendekatkan rasa. Namun aku percaya ‘aku’mu begitu jua. Kisah, ibu yang melahirkan ibu, melahirkan ibu… dan seterusnya.
Tiga jasa ibu yang tidak mungkin ditandingi oleh seorang bapa – pertama, mengandungkan, kedua melahirkan dan yang ketiga menyusukan. Ketika berat hati kita untuk membalas jasa dan mendoakan ibu… kenangkanlah, betapa satu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya. Tidak kira betapa besar dan tingginya jasa kita, namun kita adalah insan yang hina jika melupakan jasa ibu!

Ibu-ibu dalam hidup kita…

March 2, 2014
Pasca Program Mukmin Profesional Modul 1 pada 1 dan 2 Mac 2014
Kenangan Bergambar Bersama Alumni MP1B5
Program UMUM Mukmin Profesional Modul 1
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Peta Lokasi : Klik disini
Tarikh Program Modul 1
1 dan 2 Mac 2014 Hubungi Ahmad 019 378 3100
Senarai Peserta Modul 1: Klik Disini
Senarai Modul Umum : Klik Disini
TRAINER UTAMA: UST PAHROL MOHD JUOI, UST HJ HASHIM BIN AHMAD DAN UST HJ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI
Objektif Modul 1: Kesedaran
Peserta boleh:
Menjelaskan konsep kehidupan seperti yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah.
Mampu menerangkan konsep ibadah yang total dan bersepadu.
Mengaplikasi konsep ibadah dalam semua bidang kehidupan.
Membina rasa memiliki sense of belonging dan amanah.
Memahami erti ikhlas secara praktik dan dinamik.
Mengetahui halangan untuk berubah dan kaedah mengatasinya.
Tajuk-tajuk Kuliah:
Mukmin Profesional: Aset Kecemerlangan Organisasi
Kesedaran Untuk Merubah Sikap.
Visi dan Misi Hidup Mukmin
6 Syarat Profesion Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang Dalam Hidup.
YURAN : RM400 SEORANG. (Promosi: RM350 seorang)
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Plaza Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
MASA: 9 PAGI HINGGA 4 PETANG
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 2X MEAL. Sarapan 10.45am dan Makan Tengahari 12.30pm
Bantuan sila hubungi: PEJ: 03-6141 3872, 03-6150 3784, Pn Saadah Mansor, HP: 019-378 3100 Ahmad Zalani
Penginapan tidak disediakan.
Untuk tempahan bilik penginapan sila hubungi :
1. Hotel Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7875 3549 (20 minit ke dewan FPSB)
2. Hotel S Damansara: 03-6280 5000 (5 minit ke Dewan FPSB) Alamat: No. 1, Jalan Cempaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tentatif Program Modul 1.
Tarikh/ Masa
1 Mac (Sabtu)
2 Mac (Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran Hari Pertama
9.30 pagi
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.15 pagi
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 ptg
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Solat Zohor berjemaah
Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg
Visi & Misi
Hidup Mukmin &
Kerja Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
4.00 ptg
Tamat, Bersurai
Rumusan & Majlis Penutup
Sarapan pagi hanya disediakan pada pukul 10.45 pagi.
Peserta diminta mengisi keperluan sarapan sendiri sebelum memasuki dewan.
Makluman: Peserta akan dimaklumkan sekiranya ada terdapat perubahan tarikh dan tempat.

February 24, 2014
Panggilan Akhir: Program Mukmin Profesional Modul 1 pada 1 dan 2 Mac 2014 (2 kekosongan)
Program UMUM Mukmin Profesional Modul 1
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Peta Lokasi : Klik disini
Tarikh Program Modul 1
1 dan 2 Mac 2014 Panggilan Akhir (2 kekosongan): Hubungi Ahmad 019 378 3100

January 20, 2014
SINGGAH DI DARUL TAQWA
Darul Taqwa
(Cerpen pertama dalam buku terbaru: REVOLUSI, terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.)
MATANYA digosok-gosok lagi. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Di mana aku ini?” detik hatinya. Hidungnya masih berair. Tekaknya kesat. Selesemanya masih berat. Masih seperti semalam. Masih menggugat. Kepalanya terus pusing. Dengan kertas tisu, hidung dikesat. Kertas itu kemudiannya dicampak ke tepi jalan. Di mana aku ini?
Tiba-tiba satu suara menerjah.
“Assalamualaikum. Pak cik, biar saya tolong kutip kertas itu. Kebersihan separuh daripada iman.” Satu suara menegur dari belakang. Gemersik tapi mengusik. Dia mencari arah datangnya. Dari mana? Dari siapa? Siapa pemilik suara itu?
Belum sempat dia memastikan, suara itu menerjah lagi. “Pak cik, biarlah saya kutip. Nanti kalau Pegawai Penguatkuasa Bahagian Taharah datang, pak cik akan didenda.”
Dia berpaling bersungguh ke belakang. Kelihatan seorang budak berbaju putih dengan serban melilit kepala. Mereka saling berpandangan. Hatinya bertambah pelik. Itulah pemilik suara itu. Siapa dia? Di mana ni? Dalam keadaan terpinga-pinga, dia mula berfikir. Dia membetulkan tali lehernya. Aku tertidur barangkali dan kini dalam mimpi. Ini mimpi. Teka-teki terus menerkam. Mencengkam kotak fikirannya. Dia terus bingung.
Budak itu dipandangnya. Dia perlu mengikut cakap seorang budak? Kepantangannya mengikut cakap budak. Tiada siapa berani menasihati apatah lagi mengarahkan itu ini kepadanya. Dia VIP daerah ini. Denda? Ah, apa perlu ditakutkan. Kalau ada yang mahu mendendanya, biar orang itu datang. Duit ini akan menyelesaikannya, dia yakin.
Direnungnya muka budak itu lama-lama. Kemudian dia melihat alam sekeliling. Inikah Kay El? Kay El kota miliknya? Apa sudah jadi? Ini senibina Arab atau Eropah, Jepun atau Melayu? Bangunan pencakar langit berceracakan di sana-sini. Di mana menara berkembar yang menjadi mercu tanda Kay El? Di mana menara telekomunikasi yang menjadi tumpuan pelancong itu? Apakah kedua-duanya sudah ditenggelamkan oleh bangunan-bangunan pencakar langit yang baharu?
Kubah-kubah jadi puncak bangunan pencakar langit. Menara kaca dan bangunan kristal yang hebat. Jelmaan daripada unsur senibina yang sangat aneh. Adunan kesenian kubah Masjid Besi dengan kemodenan Burj Khalifa? Lebih cantik, lebih mantap. Ini idea siapa?
Dia masih termangu. Seolah-olah patung kaku tetapi kepalanya mula ligat dan berputar … berfikir. Mencari erti daripada realiti yang dilihatnya. Budak tadi masih tercegat di hadapannya. Sama-sama hairan nampaknya. Orang memakai sut terbang berlegar ke sana ke mari di ruang udara. Namun begitu, semuanya terbang mengikut jalur ruang udara yang tersusun, seakan-akan sebuah lingkaran pejalan kaki di awang-awangan. Kereta api laju meluncur bagai peluru terlepas dari rifel. Anehnya, di celah lalu-lintas yang sibuk itu, dia tidak menghidu bau petrol mahupun gas. Juga tidak kelihatan langsung asap berkepul-kepul dari ekzos kenderaan yang lalu-lalang. Dia juga tidak mendengar bunyi bising engin kenderaan yang membingitkan telinga.
‘Ini super advance! Teknologi canggih yang hanya layak ditangani oleh manusia unggul,’ bisik hatinya. Dia masih belum mampu berkata-kata. Masih terkejut.
Siapa mereka?
Di mana aku?
Dia terus tertanya-tanya.
Budak di depannya turut terdiam. Terpaku oleh simpulan hairan. Terikat oleh pintalan pelik. Budak itu juga hairan.
Siapa pak cik ini? Pakaiannya lain macam saja. Macam tokoh-tokoh lama buku sejarah saja.
Siapa budak ini? Pakaian kuno pondok. Tapi hidup di tengah kemodenan begini rupa? Apakah ini Aladdin? Budak dengan lampu ajaibnya?
Teka-teki itu terus menerjah dalam medan fikiran mereka. Kertas tisu yang tercampak tadi terus terbiar. Budak itu masih tercegat. Tergamam. Tidak jadi mahu mengutipnya.
Budak itu mahu membuka mulut untuk menjawab. Namun belum sempat dia berkata, tiba-tiba datang sebuah Audi RSQ perak metalik dan bercahaya menerpa. Itu kereta futuristik yang sepatutnya belum berada di atas jalan! Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian kemas. Segak dan hebat. Warna jubah mereka biru gelap. Serban mereka berwarna hitam jalur biru.
“Assalamualaikum. Maaf, encik. Encik didapati bersalah membuang sampah. Satu kesalahan yang sudah puluhan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa. Kami terpaksa mendenda encik. Kebersihan separuh daripada iman. Ini hadis Rasulullah SAW.”
Denda? Bentak hatinya. Mukanya berkerut. Lelaki-lelaki di depannnya nampak asing. Dia tambah hairan. Dia termangu-mangu. Belum apa-apa lagi sudah didenda, bagaimana ni?
“Mengikut Akta 1.3 Kanun Taubat dan Kifarat, encik didenda dengan mengucap tiga puluh kali Astaghfirullah, berselawat seribu kali. Denda mesti dibayar tunai, di tempat kesalahan dan saya sebagai Pegawai Hisbah boleh jadi saksi,” kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.
Dia tersentak. Apa jenis undang-undang ini? Tak pernah aku dengar. DBEKL mana ada undang-undang macam ni? Dia tercengang-cengang. Patutkah aku membayarnya? Namun egonya tiba-tiba meledak. Dia pantang dicabar.
Ah, pantang aku diarah-arah. Tak kenalkah mereka siapa aku? Aku pembesar kota Kay El. Tak ada warga kota yang tak kenal aku!
“Macam mana kalau lima ratus ringgit? Saya tak mahu terlibat dalam hal karut-mengarut ni. Kira selesai di sini saja,” katanya angkuh.
Pegawai itu senyum.
“Maaf, encik. Bukankah kita sama-sama ditarbiah. Allah Maha Mengetahui. Sengaja encik nak usik kami agaknya. Mana ada orang terima rasuah sekarang ini. Semua orang takutkan dosa. Semua orang takut neraka.”
Apa ini? Ustaz atau Pegawai DBEKL? Cakap pasal dosa. Pasal Allah. Pasal tarbiah. Pening, pening, pening.
Dia makin bingung.
“Apa, duit tak laku lagikah?” sergahnya.
“Ini kerajaan Islam Darul Taqwa, encik. Semua bekerja kerana Allah. Duit bukan matlamat. Duit hanya alat. Semua orang berebut-rebut mahu korbankan duit untuk dapat pahala akhirat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu tenang.
“Darul Taqwa? Ini negara apa? Kamu ini siapa? Jangan permainkan saya!”
Budak yang dari tadi tercegat di situ cepat-cepat berlalu. Tak mahu campur, suasana sudah semakin panas.
“Oh, oh … maafkan kami. Sebelum saya jawab, saya nak tanya sikit. Pakaian apa yang encik pakai ini? Mana encik dapat?” tanya pegawai itu pula. Sejak dari tadi mereka memang hairan. Kenapa dia berpakaian begitu? Itu adalah pakaian kuno yang sudah lama tenggelam dilipat sejarah.
Aku yang gila, atau mereka yang gila? Detik hatinya.
Dia berjalan menuju kereta Audi RSQ yang mengagumkan itu. Melalui cermin sisi, dia nampak mukanya dengan jelas. Tidak ada yang salah. Tali leher, kemeja, dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula, Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan – pemimpin Kay El yang punya visi dan ambisi.
“Apa yang pelik dengan pakaian saya? Kamu yang pelik. Jubah dan serban kamu ketinggalan zaman!” katanya sombong. Namun dalam hatinya beribu teka-teki belum terjawab. Pakaian mereka kolot tetapi bagaimana dengan kereta futuristik, sut terbang dan kereta api laju mereka? Bagaimana dengan teknologi kenderaan tanpa pencemaran asap dan bunyi itu? Bagaimana manusia-manusia kolot ini punya kemahiran mengendalikan teknologi begini tinggi?
“Maaflah. Pakaian yang encik pakai ini adalah fesyen generasi lima puluh tahun yang lampau. Iaitu ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa. Itu pakaian kuno warisan lapuk. Kami hanya dapat melihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah mengenai zaman kebangkitan Islam. Sekarang Islam sudah kuat dan berdaulat. Tak ada orang yang memakainya kecuali orang asing yang diberi kebebasan untuk mengamalkan budaya dan adat resam mereka oleh kerajaan Islam Darul Taqwa.”
Dia termangu-mangu kebingungan. Fikirannya tambah keliru. Bercelaru.
“Di mana aku ini? Siapa kamu?” dia bertanya. Terus terang.
Dua pegawai hairan. Dia tidak siuman?
“Encik di bandar raya Mutmainnah. Dulunya dikenali sebagai Kay El. Kita sekarang berada di Jalan Mujahadah. Nama silamnya Jalan Chow Kit. Ini kawan saya Nuruddin, pegawai Bahagian Taharah, dan saya Muhammad Jamil, pegawai Hisbah. Kami diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahiriah bandar ini.”
Apa? Kay El sudah jadi bandar raya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa itu Mutmainnah? Apa itu Mujahadah? Apa sudah jadi ni? Soalan-soalan itu terus menggempurnya.
“Encik, kami rayu encik membayar denda tadi. Kalau tak boleh bayar sekarang, okeylah kami beri kelonggaran. Lepas solat nanti, encik laksanakanlah. Demi kebaikan encik dunia dan akhirat,” desak pegawai itu lagi.
Dia jadi serba salah. Sebelum sempat dia bertindak, tiba-tiba kedengaran suara memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur datang menemui Pegawai Hisbah.
“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Selamatkanlah saya. Saya takut neraka. Seksanya amat pedih. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia, sebelum saya dihukum di akhirat!” rayu lelaki itu lagi.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambilnya. Dia lari sekuat-kuat hati. Lari melepaskan diri. Dia tidak mahu dihukum.
Mereka tidak mengejarnya. Dia terlepas … lega.
* * *
Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tiba-tiba dia terdengar pengumuman dari sistem pembesar suara di tepi-tepi jalan.
“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais al-Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini dia menjamu nasi Arab. Tolonglah datang. Tunaikanlah hajatnya, nanti Allah akan tunaikan hajat tuan-tuan!”
Makan percuma? Tidak. Dia tidak akan mencemarkan diri menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia mencari restoran kelas satu. Dia perlu menjaga statusnya. Dia pembesar Kay El. Bandar Mutmainnah? Ah, persetan dengan nama itu. Baginya Kay El tetap Kay El.
Dia masuk ke sebuah restoran tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berpakaian sunnah dan menutup aurat. Matanya tidak betah lagi melihat semua itu. Dia benci sungguh. Itu fantasi hikayat 1001 malam, protes dalam dirinya. Namun kerana lapar, dia masuk juga.
“Maaf, tuan. Itu pintu masuk untuk Muslimah. Di sini untuk Muslimin.”
“Ceh! Diskriminasi, double standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.” Mukanya dicemikkan kepada tuan kedai yang menegurnya. Ada saja yang tidak kena.
“Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka begini. Saya tak suka ada pemisahan macam ni.”
Lelaki itu tersenyum. “Lima puluh tahun yang lalu ada. Sekarang kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Wanita telah diangkat ke darjat yang ditetapkan oleh syariat. Pemimpin Darul Taqwa telah membebaskan wanita dari Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak-anak,” terangnya. Mukanya jernih dihiasi serban dan jubah putihnya.
“Ini bertentangan dengan dasar demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, malah komunis sekalipun tak macam ni.”
“Masya-Allah, tuan. Apa ni? Tuan jangan sebut-sebut nama ideologi itu lagi. Semuanya telah termaktub dalam ajaran-ajaran sesat dalam Perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada lagi yang berperang dengan fahaman jahiliah tu. Subhanallah, masyarakat kita sudah lama bertaubat daripada idea dan minda nenek moyang kita yang tidak Islamik,” kata tuan restoran itu sambil mengurut-urut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika dia menggeleng-ngeleng.
Ah! Persetan semua itu. Apa nak jadi, jadilah. Perutnya lapar. Dia pun masuk.
“Nasi Arab sepinggan!” pesannya.
“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.
“Ya! Apa pasal pulak?”
“Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjemaah. Tuan makan seorang?” tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan. Hanya ada hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan dalam satu dulang. Makan berjemaah? Setahunya, yang ada hanya solat berjemaah. Yek! Jijiknya.
Ah! Dia tetap dia. Dia ada pendirian! Nasi Arab dengan ayam goreng kegemarannya sudah terhidang di atas kain putih khas.
“Jemput makan. Sila dengan Bismillah,” jemput pelayan itu dengan sopan.
Dia makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan TV. Dia makan seorang diri. Terasa bagai kera sumbang. Namun dia memasang telinga. Peka untuk mendengar sebarang suara. Dia melihat peti TV di hadapannya – Rancangan Berita. Juruhebah berserban baru memulakan bacaannya.
“Amir Darul Taqwa dan lain-lain pemimpin negara G-7 Muslim akan berangkat ke Baitul Muqqadis untuk sama-sama menunaikan fardu Jumaat di Masjidil Aqsa hujung minggu ini, seterusnya menghadiri Sidang Kemuncak G-7 Muslim. Pemimpin-pemimpin tujuh negara Islam itu akan berada di kota bersejarah itu untuk merangka ketetapan bersama bagi membentuk satu ikatan guna membantu ekonomi negara-negara baharu yang bernaung di bawah G-7 Muslim. Negara-negara seperti Sepanyol, Mexico, Brazil akan mula disusun dengan corak politik dan ekonomi Islam mulai tahun ini.
“Muzakarah kali ini juga menjadi perhatian dunia kerana G-7 Muslim dijangka membuat satu ketetapan tegas terhadap kerajaan Amerika yang telah diberi kata dua sama ada membayar jizyah atau menghadapi serangan bersama-sama negara-negara Islam seluruh dunia sejak minggu lepas.
“Baitul Muqqadis yang telah ditadbir bersama oleh negara-negara Islam sejak Israel ditawan dua puluh tahun lalu kini telah mula sibuk dengan kedatangan wartawan-wartawan dari seluruh dunia untuk membuat liputan awal Sidang Negara-negara G-7 Muslim itu … .”
Mulutnya melopong mendengar berita tersebut. Ini rancangan betul atau lakonan? Nasi di mulutnya masih belum lumat. Dia masih diserang deretan kejutan yang maha hebat. Ah, gila aku dibuatnya. Pendengarannya terus dipertajamkan.
Kali ini corong telinganya dihalakan ke sebelah kiri, betul-betul ke sekumpulan lelaki yang sedang makan di dalam sebuah dulang. Mereka makan dengan rancak. Tidak seperti dia yang teragak-agak. Mereka tidak sedar yang dia sedang mengikuti perbualan mereka dengan teliti.
“Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk solat Subuh,” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapannya perlahan, seperti tidak lalu makan.
“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” kata sahabat di sebelahnya.
“Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit, malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tapi tiada seorang pun mahu menerima sedekah ana,” keluhnya.
“Ah, susah kita sekarang. Orang miskin dapat bolot pahala redha, pahala sabar. Orang kaya macam kita melepas. Mereka patutnya bantu kita. Ah, susah jadi orang kaya macam kita ni. Dahlah di akhirat kelak banyak dihisab, di dunia pula tiada orang yang sudi menerima sedekah kita!” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.
“Beruntunglah nenek moyang kita. Sewaktu Islam diperjuangkan dahulu, mereka dapat korbankan harta dengan banyak. Dapat labur dalam saham akhirat. Saya pun dapat harta ini melalui warisan daripada bapa, yang diwariskan oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah apabila kerajaan Darul Taqwa nak laksanakan projek G-7 Muslim tu. Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham akhirat. Tak mahu saya mati dalam keadaan begini,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.
Dia bertambah pelik. Apa mentaliti orang-orang ini? Tak faham dia. Pahala, pahala, pahala … Akhirat, akhirat, akhirat … Mati, mati, mati … . Sempit sungguh. Kalau asyik fikir mati, macam mana nak maju?
“Tambah nasi sepinggan lagi!” pintanya kepada pelayan restoran.
“Encik musafir barangkali.”
“Saya nak tambah nasi. Apa kaitanya musafir tak musafirnya saya?”
“Hanya musafir yang selalu tambah nasi. Pada musafir diharuskan makan banyak. Mereka perlukan tenaga lebih dan makanannya pun tidak dihisab. Kalau tuan tidak musafir, saya nasihatkan berhentilah sebelum kenyang. Itu sunnah dan boleh menghindarkan penyakit. Maaf, tuan. Saya pelayan merangkap Pegawai Perubatan,” kata pelayan itu lagi.
“Apa? Awak Pegawai Perubatan? Seorang doktorkah? Kalau doktor, awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran. Saya ke sini untuk makan, bukan nak dengar ceramah agama atau penerangan kesihatan!” bentaknya. Dia marah. Sejak tadi dia rasa dipermain-mainkan. Dia rasa diperolok-olokkan oleh keadaan.
“Encik, mana ada hospital sekarang. Yang ada pun khusus untuk bayi, kanak-kanak, wanita, juga untuk para mubaligh mujahid yang cedera ketika pergi berjuang. Masyarakat Darul Taqwa amalkan prinsip makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Masyarakat ini masyarakat sihat. Tak ada hospital di Darul Taqwa!”
“Bodoh! Kalau macam tu, bagaimana nak rawat penyakit kencing manis aku ni?”
“Kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya hanya mengetahui tentang itu semasa membaca buku perubatan lama edisi lima puluh tahun dulu. Sekarang penyakit tu sudah pupus. Tak ada siapa menghidapnya.”
Dia tambah bengang. Semuanya menyakitkan.
“Batalkan saja pesanan saya tadi, banyak sangat cakap. Bosan. Saya perlukan hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?” tanyanya.
“Di sana, tuan. Melalui skrin sentuh di sebelah sana. Tuan boleh dapat apa sahaja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.”
Dia melangkah cepat ke tempat yang ditunjukkan. Ada berbagai-bagai ikon dengan bermacam-macam warna di skrin sentuh itu. Fungsi karaoke dikembarkan sekali. Sungguh unik. Sangat rumit. Namun kekeliruan itu disembunyikan. Dia malu kalau-kalau dengan Pierre Cardinnya dia masih kelihatan kolot. Diberanikan hatinya, satu ikon berwarna hitam disentuhnya. Muncul tajuk besar – KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU SAKIT
BARZAKH SATU KEPASTIAN
IZRAEL DATANG TIBA-TIBA
MUNKAR NAKIR
Eeiiii … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ni? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatinya bukan kristal. Hatinya boleh pecah dengan lagu-lagu seperti itu. Dia tidak mahu mati.
Dia beralih ke ikon berwarna hijau dan tanpa lengah terus disentuhnya. Tulisan di atas skrin terpampang RAJA’. Kemudian muncul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti.
FIRDAUSI MELAMBAIMU
DENGAN RAHMAT-NYA KE SYURGA
SESEJUK TELAGA KAUSAR
BIDADARI
Ah! Kepalanya semakin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa nak jadi ni?
“Tak ada lagu yang popular sikitkah?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
“Nanti pak cik. Saya pilihkan lagu paling popular sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang ni.”
“Ya, ya. Saya setuju.”
Telinganya dihalakan kepada pembesar suara di dinding restoran itu. Dia ingin menikmati lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci al-Quran pun bergema. Mula-mula perlahan, kemudian tambah nyaring.
“Eh, ni suara orang mengaji, bukan menyanyi. Ni bukan lagu.”
“Nanti dulu, pak cik. Selepas ini ada terjemahannya, baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya ditutup rapat-rapat. Asyik sekali pemuda itu.
Nyanyian itu terus bergema … .
Cintaku berlabuh
Di persada rahmat-Mu
Mendamba kasih
Yang tidak mungkir
Mengutip sayang
Di hamparan saujana
Suci kasih-Mu ya Allah
Inilah gelaran hatiku
Memburu cinta-Mu
Dalam beribu cuma Kau yang satu
Tiada yang lain
Idaman hati
Inilah runtunan rasa
Sekeping jiwa
Memburu cinta
Merindu Ilahi
Dia tidak tahan lagi. Dia mendengus dan pergi ke kaunter bayaran. Dia ingin cepat berangkat. Mahu keluar dari restoran itu. Mahu keluar dari Jalan Mujahadah. Mahu keluar dari Kota Mutmainnah. Mahu keluar dari Darul Taqwa. Dia mahu kembali ke Kay El. Kay El miliknya.
“Maaf tuan, ini duit lama. Kalau tuan tak bawa duit, kami halalkan sajalah.”
Dia makin geram. Dia menderam dan berkata, “Kalau begitu, saya bayar dengan kad kredit saja!”
Dia menghulurkan kad kredit keemasannya.
“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini sistem yang sudah lama pupus. Mata wang Darul Taqwa berdasarkan emas. Bukan pada kertas yang diberi status. Kami guna nilai yang sebenar. Kami guna duit emas. Tak apalah tuan, saya halalkan saja.”
“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan, berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”
“Di Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya tiga puluh tahun yang lalu. Pencuri itu sendiri menyerah diri dan minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa neraka.”
“Ah, aku tak nak dengar semua itu. Makin gila aku!” pekiknya lantas meluru keluar dari restoran.
Di luar. Semua pandangan menyakitkan hatinya.
Dilihatnya pemandu kereta laju berserban merah tersenyum ke arahnya. Pemandu kenderaan udara dengan tulisan MAKRUFAT AIR TRANSPORT sibuk terbang ke sana ke mari. Di seberang jalan tertegak skrin besar dengan tulisan jelas: KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH – terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berjubah, berserban dan bertudung labuh. Isy, meluat sungguh!
Di jalan-jalan raya suasana hidup. Masyarakat meriah dengan salam dan senyuman. Tapi baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Mengapa? Mengapa orang kolot ini mempunyai teknologi sebegini tinggi?
Dia tiba-tiba menjerit. Gumpalan-gumpalan geram yang berpintal-pintal dalam dadanya sejak tadi meledak. Dia meraung:
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh…!
Tekanan dalam jiwanya yang tersumbat itu terus meletus.
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh…!
“Datuk! Datuk! Bangun, Datuk. Bangun, Datuk. Ada berita buruk!”
Dia bangun. Bermimpi rupanya. Tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihan raya siang tadi.
“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?” Dia bertanya kepada setiausaha politiknya.
“Tidak, Datuk. Rakyat bangun memprotes! Semua keputusan pilihan raya dibatalkan. Semua undi rosak. Rakyat protes secara besar-besaran. Rakyat tak mahu demokrasi lagi. Mereka tak mahu pilihan raya.”
“Habis, apa mereka mahu?”
“Mereka mahu Islam, Datuk. Mereka mahu sistem khalifah!”
“Islam? Sistem khalifah? Islam macam Darul Taqwa?” bentaknya. Matanya digosok-gosok lagi.
“Darul Taqwa? Apa tu, Datuk?” tanya setiausahanya.
Dia tergamam. Ini bukan mimpi dalam mimpi. Ini realiti dalam mimpi.

GURU PENULISAN KU YANG PERTAMA
“Siapa guru pertama penulisan ustaz?” tanya seorang siswa sewaktu kami berbual secara santai usai sebuah program tentang penulisan.
Aku terdiam. Satu soalan yang mudah, tetapi tidak semudah itu menjawabnya. Setelah agak lama termenung, aku pun menjawab, “ayah saya.”
“Wah, ayah ustaz pun seorang penulis!”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Menafikan.
“Seorang ulama!”
Aku menggeleng lagi.
“Tidak, tidak. Ayah saya seorang buta huruf. Seorang buruh,” jawab ku perlahan.
“Betul ni ustaz? Pelik. Macam mana boleh begitu, boleh kongsikan dengan saya?” pintanya.
Aku bertanya semula, “betul-betul anak nak tahu?”
Dia mengangguk. Kelihatannya, bersungguh-sungguh.
“Tolong ceritakan ustaz, saya nak jadi penulis macam ustaz.”
“Jangan jadi macam saya. Jadi penulis yang lebih baik. Saya hanya pendakwah biasa,” ujar ku.
“Tolong ceritakan ustaz…”
“Baiklah, saya harap anak sabar mendengarnya…”
Lalu aku pun bercerita:
Ayah ku seorang buruh pengutip dan penyapu sampah. Dia tidak tahu menulis dan membaca. Kehidupan ayah sangat susah sejak kecil lagi. Bayangkan, ayahnya meninggal dunia sewaktu dia dalam kandungan lagi. Ayah menjadi petani sejak berumur 6 tahun. Pada usia 10 tahun dia merantau sehelai sepinggang dari tanah seberang. Datang membawa diri ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Tanpa harta, tanpa pelajaran.
Di Malaysia, ayah membuat bermacam-macam kerja. Dari tukang kebun, pemandu kereta dan akhirnya menjadi seorang buruh. Kehidupan ayah dilingkungi oleh marhein dari pelbagai bangsa, India, Cina, Serani dan sebagainya. Bahasa dan tingkah laku ayah jadi kasar, sekasar tangan dan kulitnya. Itu semua impak pergaulannya dengan golongan bawahan yang tidak berharta dan berpelajaran.
Namun, suatu yang pasti (yang sejak kecil sudah ku perhatikan), ayah sangat cintakan ilmu. Dia seakan tidak sabar menunggu aku (anak lelaki sulungnya) mampu membaca. Tetapi apakan daya, kemiskinan menyebabkan aku tidak dihantar ke sekolah Tadika. Pada akhir tahun 60’an, ibu-bapa yang berwang sahaja mampu menghantar anaknya belajar ke sekolah Tadika sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Namun, masuk sahaja aku ke darjah satu, ayah mula membawa helaian surat khabar lama yang dipungutnya sewaktu bekerja untuk ku baca di rumah.
“Baca!” katanya.
Aku pun membaca merangkak-rangkak. Walaupun pada mulanya terkial-kial, tetapi itulah yang dibanggakan ayah kepada rakan-rakan sekerjanya.
“Anak aku sudah pandai membaca surat khabar,” katanya.
Aku masih ingat, satu hari ayah membawa aku ke sebuah kedai Cina di pekan berhampiran. Urus niaga itu memerlukan tanda tangan. Lalu ayah berkata kepada ku, “kamu tanda tangan!” Itulah tanda tanganku yang pertama dalam hidup. Huruf ‘P’ yang dilengkarkan separuh bulatan. Maklumlah baru darjah satu.
“Tengok, anak gua pandai sain,” kata ayah kepada tauke kedai Cina itu. Aku lihat tauke itu mengangguk-angguk, ya tak ya, sahaja.
Selain itu, ada lagi yang ayah minat. Dia paling suka siaran berita daripada radio. Malangnya, kami tidak punya radio. Jadi, setiap kali siaran berita ke udara, ayah akan membawa aku mendengarnya di rumah jiran sebelah. Kami hanya menumpang duduk di tepi tangga dan ayah minta jiran kami meninggikan kadar suara radio untuk kami tumpang mendengarnya.
“Dengar berita, kita tahu tentang dunia,” kata ayah.
Pernah satu ketika aku memberanikan diri bertanya, “ayah, kenapa ayah tak sekolah?”
“Nak sekolah apa, nak cari makan pun susah.”
Aku diam.
Ayah paling minat dengan buku-buku teks sekolah ku. Pelajaran Bahasa Melayu pada waktu itu punya buku khas yang penuh dengan cerita-cerita teladan. Begitu juga dengan buku bacaan Jawi, penuh dengan kisah-kisah nabi. Maka setiap malamlah aku akan membacakannya untuk ayah. Cerita yang paling ayah sukai ialah kisah Nabi Musa AS hendak melihat wajah Allah dan panglima Islam Nu’man bin Muqarrin yang syahid di tangan tentera Parsi. Ya, aku masih ingat. Selalunya, dua bab itu ayah minta aku membacanya berulang-ulang kali.
Tidak hairanlah, jika buku-buku teks sekolah rendah itu telah habis ku baca walaupun sebelum tamat tahun tersebut. Kemudian ayah minta aku pinjam buku di perpustakaan sekolah. Macam-macam buku telah ku pinjam. Dari buku cerita klasik seperti Sang Kancil, Sang Kelembai, Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari, Buaya Mati Dua Kali, Hercules (sekadar menyebut beberapa tajuk), sehinggalah buku karangan Marah Rusli, Boestamam, Hamka dan lain-lain.
Di sekolah, hampir tidak pernah aku diberi wang belanja. Jadi, sebaik sahaja loceng rehat berbunyi aku akan segera ke bilik air, minum dua tiga teguk air sejuk dari paip dan terus ke perpustakaan kecil di tepi bilik guru. Aku selalunya yang paling awal. Jadi aku dapat memilih buku yang baik-baik untuk dipinjam, untuk dibaca bersama ayah.
“Tangan kamu kurus, kecil… mana boleh pegang cangkul. Mesti pegang pen,” kata ayah. Jadi, aku jarang diajak membuat kerja-kerja berat. Semasa kecil aku selalu sakit-sakit. Tetapi ayah selalu mengajak aku membonceng naik basikal ke tempat kerjanya. Kerja ayah memang berat. Membersih, mengumpul dan membuang sampah. Dalam perjalanan pulang, baru ayah menyampaikan mesejnya, “tengok kerja ayah, kotor, berat dan orang pandang rendah. Kamu jangan jadi macam ayah. Cari ilmu!”
Aku masih ingat, ketika aku meminta ayah berikan raket badminton. Maklumlah ketika itu badminton menjadi sukan yang popular di Malaysia. Wira badminton seperti Rudi Hartono, Punch Gunalan, Tan Aik Huang dan lain-lain menjadi pujaan kanak-kanak dan remaja ketika itu. Anak-anak jiran sebelah rumah sudah mendapat raket masing-masing.
Sebagai kanak-kanak, aku kecewa. Ayah terus membawa helaian surat khabar dan buku-buku yang ditemui di tempat sampah apabila pulang ke rumah. Aku ingin raket, jerit aku dalam hati.
“Ayah tak da duit!” jerkah ayah apabila aku mengulang permintaan untuk mendapatkan raket. Aku masih ingat detik sedih itu, sambil membaca buku untuk ayah pada petang itu, aku menangis. Aku sudah merasa malu ‘mengendeng’ untuk meminjam raket kawan-kawan.
Minggu demi minggu berlalu. Aku tidak ingat lagi tentang raket idaman hati. Hati kanak-kanak mudah melupakan. Apabila kawan-kawan bermain badminton, aku menawar diri untuk jadi pengadil. Kadangkala kalau mereka keletihan, mereka memberi pinjam raket tanpa aku memintanya. Tidak aku sangka sama sekali, pada satu tengah hari itu ayah pulang kerja dengan raket baru!
Gembiranya aku. Aku melompat memeluk ayah. Walaupun raket itu hanya raket kayu dan murah hanrganya (berbanding raket besi yang lebih mahal kepunyaan kawan-kawan) tetapi aku sangat sukakannya. Ada kawan yang mencemik dengan raket ‘Made in China’ yang berjenama ‘Pioneer’ itu. Tapi aku masih ingat pesan ayah, “yang penting pandai bermain bukan raket yang mahal…”
Ayah mengajar aku tentang kekuatan kemahuan. Apabila keputusan peperiksaan aku merosot sedikit sahaja, ayah akan menghukum aku dengan keras. Ayah tidak pandai berdiplomasi dan memberi motivasi secara lembut. Itu, kadangkala membuat aku hampir ‘patah’. Mujur ada emak tempat aku mengadu. Apabila aku sedih mulalah emak mengajar aku beberapa kalimah Arab – makan, minum, tidur dan sebagainya. Tergeliat lidah aku menyebutnya. Kemudian emak akan bercerita. Kami pun ketawa!
Watak emak yang lembut dan ayah yang keras mencorak warna yang pelbagai dan kontras dalam diri aku. Mudah simpati, marah, sedih, empati, keras, berang, berani, mengalah, degil, adalah warna-warni unik yang membentuk zaman kanak-kanak dan remaja aku. Mujur, dengan ilmu dan tarbiah yang aku terima kemudiannya (sama ada secara resmi atau tidak resmi) dapatlah sedikit sebanyak aku membentuk diri ke arah yang lebih stabil. Ku akui proses mendidik diri itu terus berjalan hingga kini, walaupun usia diri telah melampaui separuh abad.
Seingat ku, pernah sekali sahaja ayah membeli buku cerita untuk ku. Itu pun ketika tangan ku patah dan terpaksa dirawat di wad hospital. Ayah sangat sedih. Aku tahu ayah sangat sayangkan aku walaupun akulah anak yang paling banyak dimarah dan dihukum. Sedar sahaja daripada dibius, aku sangat gembira kerana di sebelah bantal ku ada buku cerita berwarna warni. Cerita Tarzan!
Namun, kegembiraan ku sebentar cuma. Buku cerita itu dalam bahasa Inggeris. Ayah tidak dapat membezakan tulisan Inggeris dengan tulian Melayu. Maka merangkak-rangkaklah aku membacanya. Seingat aku waktu itu aku masih di darjah tiga. Namun melihat lukisan hutan, pokok-pokok, gunung ganang, harimau, singa, yang menjadi latar belakang cerita Tarzan itu aku jadi sangat terhibur. Ya, aku sangat sukakan hutan dan binatang.
Nostalgia itulah yang ku imbau semula ketika diminta oleh Editor Buku ‘Di mana DIA di hatiku’ menulis sedikit sebanyak tentang profil diri di muka belakang buku tersebut. Aku menulis begini:
“Sejak kecil saya dididik secara keras oleh ayah memandang dia seorang yang buta huruf. Saya juga dilatih oleh ayah untuk bekerja dengan ‘akal’ dan ‘pena’. Sekali skala diajak mencangkul. Paling kerap, saya dibawa menjala dan menangkap ikan di sungai berhampiran kampung. Saya sangat enjoy kalau dilepaskan di hutan – melihat pokok menghijau dan burung berterbangan. Itu sentiasa menjadi mimpi indah saya sehinggalah kini.”
Ya, apabila menoleh semula ke belakang, tanpa disedari rupa-rupanya Allah mentakdirkan aku menjadi seorang penulis menerusi tangan seorang hambanya yang tidak pandai menulis – bapa ku! Kecintaan terhadap buku dan sikap suka membaca, kepekaan tentang alam dan haiwan, dan kepelbagaian sikap dan sifat ayah, itulah yang menjadikan aku seorang penulis. Tentu sahaja dia bukan manusia terbaik, tetapi aku yakin, dialah ayah terbaik kurnian Allah buat diri ku.
Kekerasannya, mengajar aku erti tidak berputus asa apabila manuskrip buku-buku ku pernah ditolak berkali-kali oleh pelbagai penerbit.Kemarahannya, menjadi sumbu kemarahan jiwa ini ketika berdepan dengan pelbagai penzaliman dan kemungkaran yang menjadi sasaran tulisan. Kemiskinan dan ketegaran ayah, menjadi semangat untuk aku terus menulis walaupun berbulan-bulan sewa rumah ku pernah tidak berbayar.
Namun, kasih sayangnya jugalah menyebab air mata ini mengalir deras sederas tinta yang mengalir, apabila aku menulis memohon hidayah untuk terus tabah di jalan mujahadah demi keselamatan diri dan ummah.
Demikian. Cerita ku tentang ayah.
“Nak kau masih mendengar?” tanya ku pada siswa tadi.
Dia merenung wajahku. Aku pula merenung jauh…
Ayah telah pergi namun semangatnya masih di sini. Muga dizinkan Allah, jika ada, pada kebaikan yang lahir daripada setiap guris tulisanku… mengalir juga sebagai sungai keampunan dan sumur pahalanya di Mahsyar nanti. Terima kasih ayah… kau guru penulisanku yang pertama!

January 19, 2014
JANGAN HANYA MARAHKAN KEBATILAN…
Saya pernah ditempelak dengan sinis, “pendakyah Kristian giat berdakwah kepada orang Melayu kerana pendakwah Islam sibuk berdakwah kepada orang Islam sendiri.” Menurutnya, itulah punca pendakyah Kristian lebih berjaya daripada pendakwah Islam. Pendakwah Islam silap sasaran!
Prkembangan paling membimbangkan sekarang ini ialah penyebaran Kristian di kalangan orang Melayu. Inilah yang tersirat di sebalik isu penggunakan kalimah Allah dalam Bible terjemahan. Isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi walaupun sebenarnya isu ini bukanlah suatu yang baru.
Ia pernah dihebohkan sekitar tahun 80’an. Cuma ketika itu belum ada isu kalimah Allah. Ya,dakyah Kristian dikalangan orang Melayu bukanlah perkara baru. Ia mungkin baru sebagai ‘modal’ politik sahaja.
Sebenarnya pergerakan Kristian tidaklah sekuat yang dikatakan. Tetapi oleh kerana kelemahan umat Islam sendiri maka seolah-olah Kristian nampak kuat. Umpama kita naik kereta yang bergerak terlalu perlahan. Oleh itu kalau ada kereta lain yang bergerak laju sedikit, kita sudah rasa kereta tersebut tersangat laju. Padahal jika kita bergerak selaju itu sudah tentu tidak terasa sangat kelajuannya. Apatah lagi kalau kita bergerak lebih laju…
Diayah Kristian nampak kuat bukannya kerana mereka bertambah kuat tetapi kerana umat Islam bertambah lemah. Pendakyah Kristian tidak akan berani menjenguk muka kalau dilihatnya umat Islam teguh memegang ajaran Islam. Tetapi apabila mereka melihat cara hidup Barat kian diterima oleh orang Melayu mereka rasa peluang semakin terbuka.
Apabila pendedahan aurat, pergaulan bebas, selebriti Barat telah menjadi pujaan dan idola, ini menunjukkan jiwa umat Islam Melayu sudah ‘kosong’ agama. Kalau cara hidup sudah begitu jadinya, ada harapan cerah untuk orang Melayu menerima aqidah Kristian, fikir mereka.
Pada mereka, perjuangan mereka sudah dikira berjaya sekiranya mampu membuat Ali berperangai seperti John walaupun namanya tetap Ali. Target mereka, cukuplah jika cara orang Melayu sudah tidak ‘beragama’ walaupun masih mempunyai agama. Besar bezanya, antara orang yang mempunyai agama dengan hidup secara beragama.
Sebenarnya masyarakat Melayu yang mengamalkan pergaulan bebas, pendedahan aurat, menyanjung bintang-bintang filem dan penyanyi, tidak mendirikan sembahyang, berzina, berjudi, minum arak, mebazir, rasuah dan melakukan maksiat-maksiat yang lain adalah satu masyarakat yang tidak ada prinsip dan kosong nilai.
Masyarakat yang seumpama ini terdedah bila-bila masa sahaja samada untuk dikomuniskan, disekularkan, dikristiankan atau menerima apa sahaja agama atau ideologi yang sesat! Dengan syarat pegangan itu gigih diperjuangkan di kalangan masyarakat Melayu, maka pegangan itu ada kemungkinan diterima. Oleh itu jika pendakyah Kristian lebih gigih maka merekalah yang akan menguasai minda dan jiwa orang Melayu.
Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan masyarakat Islam yang ingin kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar maka tentangan akan datang bukan daripada pendakyah Kristian tetapi daripada masyarakat Islam sendiri. Pendakwah Islam terpaksa berhadapan dengan tentangan dua golongan – golongan pertama, orang bukan Islam yang hendak ditarik kepada Islam dan golongan kedua, umat Islam sendiri yang tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.
Bila pendakwah Islam berdakwah kepada bukan Islam, mereka akan disindir, “Awak suruh saya masuk Islam? Awak kata Islam itu baik, tetapi kenapa kami lihat orang Islam sendiri minum arak, berzina, bergaduh, berjudi. Malah kadangkala lebih teruk daripada orang-orang lain?”
Bila pendakwah Islam berdakwah mengingatkan orang Islam pula, mereka akan dilemparkan dengan kata-kata:“Apa awak sibuk berdakwah kepada kami. Berdakwahlah kepada orang kafir. Tengok Kristian sudah berani berdakyah kepada orang Melayu. Awak masih sibuk dengan kami.”
Jadi, yang mana lebih utama? Berdakwah kepada golongan pertama atau kepada golongan yang kedua? Saya tidak mahu menjawab soalan ini tetapi cukup saya tegaskan bahawa jika orang Islam benar-benar mengamalkan ajaran Islam nescaya orang kafir akan tertarik kepada Islam dengan sendirinya. Dakwah lebih berkesan dengan sikap dan tingkah laku bukan dengan cakap dan slogan.
Memang kita perlu marahkan musuh, tetapi kita juga perlu marahkan diri sendiri kerana semakin jauh meninggalkan kebenaran. Ingat pesan Sayidina Umar, yang lebih bimbangkan kemungkaran dikalangan tentera Islam sendiri berbanding kekufuran musuh-musuh Islam.
Pendakyah Kristian memang terkenal degil. Mereka tidak akan redha sehingga kita mengikut ‘millah’ (cara hidup) mereka. Dalil dalam Al Quran telah menegaskan hakikat itu, dan pengalaman kita sehari-hari pun telah mengiyakannya. Tidak ada umat yang boleh menandingi kedegilan mereka kecuali umat Yahudi. Justeru, kedegilan itu perlu dihadapi dengan kegigihan. Bukan dengan sikap emosional dan sentimen yang tidak keruan.
Lihat sejarah perdebatan antara ulama Islam dan Kristian yang hasilnya sudah diketahui umum. Pada zaman moden ini juga mereka telah kalah debat dan kematian hujah seperti zaman-zaman sebelumnya. Ahmad Deedat berjaya mengalahkan mereka di USA dan puluhan ulama Indonesia mendapati kejayaan yang sama di Indonesia. Malah siri perdebatan ini telah pun dibuku dan divediokan. Tetapi peliknya dakyah Kristian masih mengancam. Masih tidak dapat ditangani sebaik-baiknya.
Kenapa? Jawabnya, kerana Kristian hanya kalah di meja debat tetapi ‘menang’ di gelanggang masyarakat. Usaha mereka lebih gigih.Di Bandar-bandar mereka bergerak, di hutan-hutan pedalaman mereka terokai. Jika pengaruh Islam menguasai meja perdebatan tetapi pengaruh mereka melebar dalam realiti masyarakat yang ada.
Mungkin kita sudah berpuas hati hanya dengan memenangi perdebatan, tetapi gagal mengatur strategi untuk menghantar para mubaligh ke tengah masyarakat. Kalau ada pun mubaligh yang bergerak di tengah masyarakat itu pun puaslah diumpan dengan pelbagai elaun dan gaji. Mubaligh Islam yang bergerak secara sukarela sangat kecil bilangannya.
Bahkan kalau ada mubaligh Islam yang sanggup meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dakwah di daerah pedalaman atau di luar ngeri maka hebohlah umat Islam mengutuk dan mencacinya. Umat Islam sendiri kadang-kadang turut sama mencela. Berlainan sekali dengan paderi-paderi Kristian yang rela duduk di hutan bergaul dengan suku kaum pedalaman demi menjalankan peranan mereka. Masyarakat Kristian pun sangat menyanjung tinggi pengorbanan mereka dan turut menyumbang berbagai-bagai bantuan yang diperlukan.
Jadi, soal ajak debat dan ajak bersemuka ini adalah kerja lama. Jangan seperti kata peribahasa Melayu: “Menang sorak, kampong tergadai”. Apa yang penting sekarang ialah umat Islam perlu menyokong gerakan dakwah Islamiah dan bertindak menambah ilmu agama sekaligus mengamalkannya dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Tanamkan sifat cinta akhirat dan semangat perjuangan dalam diri. Sentiasa memerangi hawa nafsu dan syaitan dengan meninggalkan segala bentuk kemungkaran. Takutkan Allah dan cintailah syurga dan tanamkan satu keyakinan bahawa hidup di dunia yang sementara ini perlu diisi dengan perjuangan Islam. Kemanisan iman hanya dapat dirasai oleh mereka yang menegakkannya dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Cara melawan kebatilan ialah dengan menegakkan kebenaran.Jangan hanya marahkan kebatilan, tetapi kebenaran dipingirkan!

January 16, 2014
CINTA RASULULLAH….CINTA TERINDAH
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.”
Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t.
Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: “Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah.” (Surah al-Najm 53: 3-4)
Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.
Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh… hanya kerana ingin menyampaikan iman dan Islam buat manusia.
Kebaikan Rasulullah bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita.
Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.
Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A‘la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak…
Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga. Dan sewajar selalu bertanya kepada hati sendiri, “Di mana Rasulullah di hati kita?”
Di mana Rasulullah di hati kita?
Mengapa semua ini melibatkan soal hati? Ya, kerana yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.
Hati adalah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.
Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih “siapa” dan “apa” yang hendak kita cintai.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari)
Syukur, jika hati mencintai Allah, kita akan menjadi hamba kepada Allah dan seluruh hidup kita akan terfokus kepada iman dan Islam. Alangkah ruginya jika di hati kita bertakhta kejahatan dan kemungkaran kerana kita akan menjadi hamba kepada kejahatan dan kemungkaran itu.
Cinta Allah Segala Sumber
Hidup memang untuk cinta. Tetapi cinta kepada siapa? Jawabnya, cinta kepada Allah.
Firman Allah, maksudnya: “Orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Kalaulah orang yang melakukan kezaliman mengetahui ketika mereka melihat seksaan (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu semua kepunyaan Allah dan amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah al-Baqarah 2: 165)
Cinta kepada Allah sumber segala kekuatan, kekayaan, ketenangan dan kejayaan.
Manusia yang bercinta dengan Allah Yang Maha Kaya (al-Ghaniy), akan mendapat kekayaan jiwa yang tiada tandingan.
Manusia yang paling kuat ialah manusia yang mencintai Allah Yang Maha Perkasa (al-Qawiy).
Manusia yang jahil dan serba tidak tahu akan menjadi insan yang bijaksana apabila berhubung cinta dengan Allah Yang Maha Mengetahui (al-‘Alim).
Manusia yang cinta kepada Allah punya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi kehidupan. Hidup mereka tidak akan diganggu gugat oleh rasa takut atau dukacita.
Firman Allah yang bermaksud: “Kebebasan yang diberikan kepadamu (apabila diketahui oleh mereka) lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka reda akan apa-apa yang engkau lakukan kepada mereka. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui setiap yang ada dalam hati kamu. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.” (Surah al-Ahzab 33: 51)
Jika kemanisan hidup yang kita cari, maka rasa cinta kepada Allah mestilah disemat dalam hati.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai tiga perkara padanya, dia telah mendapatkan kemanisan iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, serta mencintai dan membenci seseorang semata-mata kerana Allah. Dia hendaklah benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci jika dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ekspresi Cinta Sahabat kepada Allah
Cinta kepada Allah telah membentuk sahabat-sahabat Nabi s.a.w. berikut menjadi orang yang hebat:
Sahabat/Tabiin
Bukti Cinta
Abu Bakar r.a.
Sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam.
Umar al-Khattab r.a.
Kurang tidur pada waktu malam hari kerana bimbang urusannya dengan Allah tidak selesai dan kurang tidur pada waktu siang kerana bimbang urusannya dengan manusia tidak selesai.
Umar bin Abdul Aziz
Sangat amanah sehingga tidak sanggup mengambil sedikit pun harta negara untuk maslahat dirinya.
Khalid al-Walid
Tidak terikat dengan jawatan apabila berkata: “Aku berjuang bukan kerana Umar (bahkan kerana Allah).”
Mengapa Perlu Mencintai Rasulullah?
Begitulah kelebihan mencintai Allah. Hitam, putih, manis, pahit, terang dan gelap – semuanya baik belaka jika sudah ada cinta. Namun demikian, cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah s.a.w. Cinta Allah itu tujuan, cinta kepada Rasulullah pula jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan.
Antara jalan menuju kejayaan adalah dengan “meniru” orang yang berjaya sebagaimana yang turut dinyatakan oleh pakar motivasi dan psikologi. Sebagai umat Islam, siapa lagi insan paling berjaya jika tidak Rasulullah? Baginda mencapai kejayaan yang holistik sebagai individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
Allah s.w.t. telah menegaskan hakikat ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik.” (Surah al-Ahzab 33: 21)
Tanpa berdolak-dalih lagi, kita boleh merumuskan bahawa punca kegagalan umat Islam kini kerana tidak menjadikan Rasulullah sebagai teladan.
Berikut dihuraikan sebab kita perlu mencintai Rasulullah s.a.w.:
1. Jalan mencintai Allah
Allah sendiri telah menunjukkan bahawa jalan mencintai Allah adalah dengan mencintai Rasulullah. Jalan itu wajib diikuti. Tidak ada manusia yang mampu mencintai Allah mengikut jalannya tersendiri. Seperkara lagi, kita mestilah mencintai segala-gala yang dicintai Allah. Ia meliputi mencintai para rasul, nabi, malaikat, hamba-Nya yang soleh, amal soleh dan akhlak mulia.
Tegasnya, cinta kepada Allah mewajibkan kita agar mencintai sesiapa dan segala sesuatu yang dicintai-Nya. Insan yang paling dicintai oleh Allah ialah Rasulullah s.a.w. Inilah syarat pertama dan utama untuk meraih cinta Allah.
Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Katakan: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad). Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” (Surah Ali ‘Imran 3: 31)
2. Rasulullah sangat dimuliakan Allah
Allah telah memilih Baginda sebagai manusia yang paling mulia dengan pengiktirafan berikut:
- Penghulu segala rasul.
- Menurunkan al-Quran kepadanya.
- Memuliakan dengan selawat.
- Menganugerahkan gelaran “Habibullah” (kekasih Allah).
Peri Rasulullah dimuliakan oleh Allah terpancar daripada firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya berselawat atas nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah atas nabi.” (Surah al-Ahzab 33: 56)
Bukan itu sahaja, malah Baginda dimartabatkan sebagai pemberi rahmat bagi seluruh alam dan kelak Allah akan lebih memuliakannya dengan memberikan syafa‘ah ‘uzma (pertolongan agung) pada hari kiamat.
Insya-Allah, orang yang memuliakan insan yang dimuliakan Allah (Rasulullah) akan turut dimuliakan-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat atasnya 10 kali.” (Riwayat al-Bukhari)
3. Rasulullah sangat mencintai kita
Rasulullah merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda berjuang habis-habisan untuk menyampaikan ajaran Islam – agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, tetapi Baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah, kita tidak akan bertepuk sebelah tangan… Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.
Bukti cinta ialah pengorbanan. Semakin tinggi cinta, semakin banyak pengorbanan. Lihatlah bagaimana Baginda telah menumpahkan keringat, mengalirkan air mata, malah rela menyabung nyawa demi menyelamatkan umat Islam daripada seksaan neraka?
Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya dengan penderitaanmu, yang sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang Mukmin.” (Surah al-Tawbah 9: 128)
Doa-doa yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para sahabatnya dan kemudian dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi juga bukti cinta Rasulullah kepada umatnya. Jika kita merujuk kepada hadis-hadis yang dinukilkan dalam pelbagai kitab, kita dapat melihat betapa banyak khazanah doa yang diwariskan sebagai bukti kecintaan Baginda.
4. Jasa dan kebaikan Rasulullah yang melimpah
Budi dan jasa Rasulullah s.a.w. sangat luar biasa. Dakwah, nasihat, didikan, bimbingan, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya. Baginda bukan sahaja bertungkus-lumus untuk menyelamatkan manusia di dunia sahaja, malah akhirat. Baginda telah menyampaikan berita (hari akhirat) sama ada yang menggembirakan (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebagai peringatan.
Itulah perbezaan Rasulullah s.a.w. dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin biasa hanya berusaha menyelamatkan pengikutnya di dunia, tetapi Rasulullah berusaha menyelamatkan umatnya daripada kesengsaraan di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w. bukan sahaja membersihkan dunia daripada kejahatan, malah membersihkan hati manusia daripada dosa dan kemungkaran.
Hati manusia yang dicemari syirik dan sifat mazmumah telah dibersihkan dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Hasilnya, terbentuklah generasi yang beriman.
Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya, Allah memberi kurniaan kepada orang yang beriman ketika Allah mengutus antara mereka seorang Rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-hikmah. Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Ali ‘Imran 3: 164)
5. Keagungan akhlak Rasulullah
Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab kita perlu mencintai Rasulullah s.a.w. kerana ketinggian dan keagungan akhlak Baginda.
Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak jatuh cinta kepada Rasulullah s.a.w., itu petanda dia menolak fitrah manusia. Orang yang baik dan ingin menjadi baik akan mencintai dan meneladani orang yang baik. Tidak ada insan sebaik Nabi Muhammad s.a.w. Akhlak Baginda bukan sahaja dipuji oleh kawan dan lawan, malah oleh Tuhan Yang Maha Pencinta.
Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya, kamu (Muhammad) benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam 68: 4)
Tanda Mencintai Rasulullah
Sudahkah kita jatuh cinta kepada Rasulullah s.a.w.? Antara tanda mencintai Baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu dan seterusnya ingin sekali bertemu. Maksudnya, cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan.
Jika kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w., muhasabahlah sebanyak mana kita berselawat kepada Baginda sehari semalam? Selawat itu tanda ingatan. Setelah banyak mengingat dengan berselawat, tentulah rasa rindu untuk bertemu semakin mendalam. Ya, cinta dan rindu sangat sinonim.
Cinta yang hebat akan mampu mendekatkan jarak waktu dan jurang generasi. Inilah yang dialami oleh manusia yang hidup pada akhir zaman, tetapi punya cinta yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w.
Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling aku cintai dalam kalangan umatku ialah orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarga dan hartanya.” (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, orang yang bercinta mesti banyak mengingati sesiapa yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah. Bagaimana hendak bertemu dengan Rasulullah? Jawabnya, dengan mati dalam keadaan sedang berjuang menegakkan sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan!
Doa daripada Rasulullah
Lihatlah, betapa cinta Rasulullah s.a.w. apabila Baginda berkata kepada seorang sahabatnya; Mu‘az bin Jabal:
“Wahai Mu‘az, aku sangat mencintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau lupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini:
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Bermaksud: ‘Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.’”
5 Jalan Utama Mencintai Rasulullah
Walau apa-apa pun keadaan, tidak ada pilihan lain buat kita melainkan cuba sedaya upaya mencintai Rasulullah s.a.w. sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w. Justeru, untuk mencapai cinta Allah, kita perlu melalui terlebih dahulu jalan-jalan yang membawa cinta kepada Rasulullah.
Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. lantas bertanya: “Bila berlaku kiamat?”
Rasulullah s.a.w. bertanya kembali kepadanya, mafhumnya: “Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?”
Orang Arab Badwi tersebut menjawab: “Aku menyediakan hati yang sangat mencintai engkau, wahai Rasulullah.”
Rasulullah membalas: “Seseorang akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya di akhirat.”
Ketika mendengar jawapan Rasulullah itu, para sahabat Baginda sangat gembira. Malah, ada daripada mereka yang merasakan hari tersebut seolah-olah hari raya. Mereka merasakan dengan “bermodalkan” cinta, mereka boleh dikurniakan syurga!
KAEDAH MENCINTAI RASULULLAH
Bagaimana hendak mencintai Rasulullah s.a.w.? Mencintai Rasulullah dapat dicapai melalui jalan-jalan berikut:
1. Mengenali Rasulullah
Kita perlu benar-benar mengenali Rasulullah melalui sirah dan sunnah Baginda. Tidak cukup hanya mengetahui dengan akal, tetapi kita perlu mengenali Baginda dengan hati, lalu cuba mempraktikkan segala sunnahnya dalam realiti kehidupan.
Tanya kepada diri: “Jika Rasulullah bersama-samaku, bagaimanakah rasa, kata dan tindakan kita ketika berdepan dengan suasana ini?” Begitulah rasa hati yang seharusnya ada dalam hati kita sekiranya ingin benar-benar mengenali Rasulullah s.a.w.
Akal — Tahu
Hati — Kenal
Mungkin telah banyak yang kita baca daripada sirah Rasulullah, tetapi sejauh mana ia meresap ke dalam hati untuk dirasai? Dengan cuba meneladani Baginda setiap masa, barulah kita diberi hidayah oleh Allah untuk benar-benar mengenali dan seterusnya mencintai Rasulullah.
Untuk cinta, mesti kenal. “Tak kenal, maka tak cinta.” Apabila kita mengenali Rasulullah s.a.w., barulah kita boleh mencintainya. Justeru, tuntutan yang paling utama selepas mengenal Allah adalah dengan mengenal Rasulullah.
Ironinya, bagaimana mungkin ibu bapa mampu mengenalkan dan menyemai rasa cinta kepada Rasulullah kepada anak-anak jika diri mereka sendiri pun belum mengenali dan mencintai Baginda?
Mengenali Rasulullah s.a.w. melibatkan dua dimensi, seperti berikut:
Dimensi
Contoh
Lahiriah
Personaliti Rasulullah yang merangkumi nama, rupa fizikal, ahli keluarga dan lain-lain.
Rohaniah
Aspek keyakinan, prinsip dan strategi perjuangan Rasulullah.
Tidak memadai jika kita mencintai Rasulullah s.a.w. hanya kerana jasad dan tubuh badan Baginda tanpa mengenali dan mencintai perjuangannya. Abu Talib, bapa saudara Nabi sendiri sangat kuat mempertahankan keselamatan nyawa Baginda. Malangnya, dia tidak mendapat hidayah untuk menyakini iman dan Islam yang menjadi perjuangan Baginda.
Oleh sebab itu, mengenali Rasulullah s.a.w. tidak cukup sekadar lahiriah. Kita mesti menyelami roh dan prinsip perjuangan Baginda. Perkenalan tahap pertama (lahiriah), tidak akan menghasilkan cinta yang sempurna.
Sekadar menghafal nama, mengetahui ahli keluarga dan mempunyai maklumat elemen luaran Baginda bukan pengenalan yang hakiki. Mungkin ia boleh menimbulkan minat, tetapi tidak akan membuahkan cinta. Pengenalan yang menghasilkan cinta ialah perkenalan yang meresap ke hati, bukan sekadar di kepala dan juga bukan sekadar hafalan, tetapi penghayatan.
Sedangkan cinta adalah soal hati dan rasa. Atas dasar itulah ramai umat Islam yang belum mencintai walaupun sering mengaku mencintai. Dalam hati cuma boleh menampung satu cinta. Jika cintakan dunia, manusia dan lain-lain masih mendominasi hati, ertinya cinta kepada Rasulullah tidak akan bersemi. Betapa jarang kita mengingati Rasulullah, apatah lagi merindukan untuk berjumpa dengannya.
2. Mematuhi ajaran Rasulullah
Tanda cinta ialah patuh. Pepatah Arab menyatakan: “Seseorang akan menjadi hamba kepada perkara yang dicintainya.” Seorang yang mencintai Rasulullah akan menjadi hamba kepada Allah dengan mengikut sunnah Rasulullah. Kepatuhan seseorang terhadap ajaran Rasulullah adalah bukti yang paling kuat menunjukkan kebenaran cintanya. Tanpa mematuhi ajarannya, dakwaan cinta itu adalah palsu.
Dalam konteks ini, al-Hasan al-Basri dan para salaf pernah menyatakan: “Sesuatu kaum mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, lalu mereka diuji oleh Allah dengan menurunkan ayat 31 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: ‘Katakan: ‘Jika benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku.’’
Setiap kali berarak, marhaban, bernasyid dan berselawat pada hari keputeraan Rasulullah, sepatutnya peringatan daripada al-Hasan al-Basri inilah yang lebih dititikberatkan.
3. Memuliakan dan menghormati Rasulullah
Kita dianggap memuliakan Rasulullah apabila membenarkan segala berita yang dibawa oleh Baginda, mematuhi segala suruhan, menjauhi segala larangan dan beribadah kepada Allah dengan cara yang ditunjukkannya. Sesiapa yang tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, ini bererti dia tidak lagi menghormati Rasulullah walaupun mulutnya mendakwa demikian.
“Love is a verb not a word – cinta itu tindakan, bukan perkataan.” Seseorang yang tidak menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kerana kejahilan, kedegilan atau keangkuhan, maka secara langsung atau tidak dia telah menghina Rasulullah. Bahkan, secara sedar atau tidak, sikap itu boleh dikira sebagai meragui kejujuran, keadilan dan kebenaran yang dibawa Baginda.
Pada akhir zaman, bukti mencintai Rasulullah s.a.w. adalah dengan menegakkan sunnah Baginda, namun ia sangat sukar dilakukan seumpama menggenggam bara api. Namun, orang yang cinta, “buta” kepada penderitaan demi mendapat keredaan orang yang dicintainya, akan sanggup melakukan. Ya, cinta itu buta. Begitulah jika kita mencintai Rasulullah, kita sanggup menggenggam “bara api” tersebut dan mengamalkan sunnah Baginda walaupun terpaksa menggigitnya dengan gigi geraham.
Inilah maksud sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Islam bermula dengan keasingan dan akan kembali asing seperti permulaan. Berbahagialah orang yang asing.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya, di belakang kalian ada hari-hari untuk orang yang bersabar seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari tersebut akan mendapatkan pahala 50 kali daripada kalian yang mengamalkan amalan tersebut.”
Para sahabat bertanya: “Mendapatkan pahala 50 kali daripada kita atau daripada mereka?”
Rasulullah menjawab: “Bahkan 50 kali pahala daripada kalian.” (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim)
Namun, kita mesti berwaspada pada tipu daya syaitan yang hendak menyesatkan manusia. Bagi mereka yang tidak ingin memuliakan Rasulullah s.a.w., syaitan meniupkan rasa enggan, berat dan angkuh untuk menegakkan sunnah. Manakala, bagi yang sudah mempunyai dorongan untuk memuliakan Baginda, syaitan akan mendorongnya secara keterlaluan hingga ke tahap terlajak dan terlampau.
Hal ini diperingatkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Janganlah kamu keterlaluan menyanjung aku sebagaimana sanjungan yang diberikan orang Nasrani terhadap Nabi Isa anak Maryam. Sesungguhnya aku hamba-Nya, oleh sebab itu panggilan aku Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (pesuruh Allah).” (Riwayat al-Bukhari)
4. Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah
Sudah lumrah apabila kita mencintai seseorang, kita akan turut mencintai semua orang yang dicintainya dan segala sesuatu yang membawa kepada kecintaannya. Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini: “Ya Allah, berikan cinta-Mu kepadaku, jadikan orang yang mencintai-Mu mencintaiku dan jadikan aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu.”
Justeru, bukti cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. adalah dengan mencintai seluruh keluarganya (isteri, anak, cucu dan seterusnya) serta para sahabat Baginda.
Jika ditanya, bagaimana? Jawapannya dengan menghormati para sahabat, mengakui keutamaan ahli bait, memelihara kehormatan dan kedudukan mereka serta benci kepada sesiapa yang menghina mereka. Kita tidak boleh berdiam diri apabila para sahabat dan ahli bait dikecam oleh sesiapa sahaja. Kita mestilah bertindak memberi penjelasan, penerangan dan berhujah dengan cara ilmiah dan amaliah (perbuatan) bahawa mereka memiliki keutamaan dan keistimewaan yang khusus.
Hakikat ini dijelaskan dalam firman Allah, maksudnya: “Orang yang terdahulu lagi yang pertama kali (masuk Islam) dalam kalangan Muhajirin, Ansar dan orang yang mengikut mereka dengan baik. Allah meredai mereka dan mereka pun reda kepada Allah. Dia menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai di dalamnya, dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah al-Tawbah 9: 100)
Ketika ada sahabat yang menyatakan kebimbangan dengan pelantikan Usamah bin Zaid sebagai jeneral tentera Islam, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Jika kalian mencela kepimpinannya, maka kalian juga mencela kepimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah, dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Begitu juga rasa cinta yang diucapkan Baginda kepada cucunya iaitu al-Hasan dan al-Husin sehinggakan Baginda mendoakan mereka dengan doa: “Ya Allah, cintailah kedua-duanya kerana aku mencintai kedua-duanya.” (Riwayat al-Bukhari)
Mengakui mencintai Rasulullah tetapi membenci sahabat-sahabat utama Baginda adalah satu pendustaan. Padahal, keutamaan para sahabat dan generasi awal Islam telah ditegaskan oleh Rasulullah sendiri melalui sabdanya yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah (manusia yang hidup dalam) kurunku, kemudian mereka yang mengikutinya (tabi) dan mereka yang mengikutinya (tabi tabiin).” (Riwayat al-Bukhari)
5. Mencintai ulama yang gigih berdakwah
Ulama ialah pewaris nabi. Merekalah golongan yang paling teguh berpegang dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan Islam sejak dahulu sehingga kini. Di bahu merekalah terletaknya amanah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam kepada umat setelah tidak akan ada lagi nabi atau rasul yang akan diutuskan kepada umat manusia. Tidak kira di mana-mana pun kedudukan kita sama ada sebagai umara atau umat, ulama mesti diletakkan sebagai penasihat, murabbi bahkan pembimbing ke jalan kebenaran.
Kita dituntut memuliakan ulama silam yang banyak berjasa dan menjaga warisan ilmu dengan penuh iltizam, ikhlas dan profesional. Mereka mewariskan kitab muktabar dan generasi ilmuwan yang meneruskan legasi kecemerlangan sehingga pada zaman kini. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa, para ulama juga tidak terlepas daripada kekhilafan dan kesilapan, namun itu bukan alasan untuk memandang rendah apatah lagi mencerca mereka.
Alangkah baik sekiranya ada perbezaan sesama mereka (walau bagaimana besar sekalipun perbezaan itu) kita menerima dengan berlapang dada dan penuh adab.
Menghormati ulama silam sangat perlu berdasarkan ‘ibrah yang dijelaskan oleh firman Allah, maksudnya: “Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, maksudnya: ‘Wahai Tuhan kami, berikan keampunan kepada kami dan saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami. Janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.’” (Surah al-Hashr 59: 10)
Mencintai Kerana Allah
Selepas mencintai Allah dan Rasul-Nya, kepada siapa lagi perlu kita mencintai? Ya, kita boleh mencintai sesiapa dan apa-apa sahaja dengan syarat diniatkan mencintai Allah. Mencintai Allah adalah sumber cinta semua dan segala-galanya. Justeru, cintailah Allah…
Rasulullah mampu mencintai isteri, anak, cucu, menantu, sahabat malah seluruh umatnya. Jika Rasulullah mencintai Mu‘az kerana Allah, maka kita juga mesti mencintai orang lain kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan Rasul-Nya juga dikira mencintai Allah.
Namun, dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, kecintaan kepada makhluk tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
“Jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasiq.” (Surah al-Tawbah 9: 24)
Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri.”
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri.”
Umar r.a. berkata: “Sesungguhnya, demi Allah sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)
Adakah rasa hati kita telah merasai seperti yang pernah dirasai oleh Sayidina Umar? Adakah Rasulullah s.a.w. lebih kita cintai daripada diri kita sendiri?
Masya-Allah, semuanya masih jauh. Soalan “di mana Rasulullah di hati kita?” adalah satu persoalan yang perlu dijawab dengan jujur oleh setiap Muslim kerana kedudukan Rasulullah di hati kita adalah pengukur kedudukan Allah di hati kita. Di mana Allah di hati kita juga menentukan sejauh mana kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keselamatan dan keharmonian hidup kita di dunia dan akhirat.

January 15, 2014
Pendaftaran ditutup : Program Mukmin Profesional Modul 1 pada 1 dan 2 Mac 2014
Program UMUM Mukmin Profesional Modul 1
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Peta Lokasi : Klik disini
Tarikh Program Modul 1
1 dan 2 Mac 2014 Pendaftaran ditutup: KLIK DISINI
Senarai Peserta Modul 1: Klik Disini
Senarai Modul Umum : Klik Disini
TRAINER UTAMA: UST PAHROL MOHD JUOI, UST HJ HASHIM BIN AHMAD DAN UST HJ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI
Objektif Modul 1: Kesedaran
Peserta boleh:
Menjelaskan konsep kehidupan seperti yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah.
Mampu menerangkan konsep ibadah yang total dan bersepadu.
Mengaplikasi konsep ibadah dalam semua bidang kehidupan.
Membina rasa memiliki sense of belonging dan amanah.
Memahami erti ikhlas secara praktik dan dinamik.
Mengetahui halangan untuk berubah dan kaedah mengatasinya.
Tajuk-tajuk Kuliah:
Mukmin Profesional: Aset Kecemerlangan Organisasi
Kesedaran Untuk Merubah Sikap.
Visi dan Misi Hidup Mukmin
6 Syarat Profesion Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang Dalam Hidup.
YURAN : RM400 SEORANG. (Promosi: RM350 seorang)
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Plaza Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
MASA: 9 PAGI HINGGA 4 PETANG
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 2X MEAL. Sarapan 10.45am dan Makan Tengahari 12.30pm
Bantuan sila hubungi: PEJ: 03-6141 3872, 03-6150 3784, Pn Saadah Mansor, HP: 019-378 3100 Ahmad Zalani
Penginapan tidak disediakan.
Untuk tempahan bilik penginapan sila hubungi :
1. Hotel Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7875 3549 (20 minit ke dewan FPSB)
2. Hotel S Damansara: 03-6280 5000 (5 minit ke Dewan FPSB) Alamat: No. 1, Jalan Cempaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tentatif Program Modul 1.
Tarikh/ Masa
1 Mac (Sabtu)
2 Mac (Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran Hari Pertama
9.30 pagi
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.15 pagi
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 ptg
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Solat Zohor berjemaah
Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg
Visi & Misi
Hidup Mukmin &
Kerja Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
4.00 ptg
Tamat, Bersurai
Rumusan & Majlis Penutup
Sarapan pagi hanya disediakan pada pukul 10.45 pagi.
Peserta diminta mengisi keperluan sarapan sendiri sebelum memasuki dewan.
Makluman: Peserta akan dimaklumkan sekiranya ada terdapat perubahan tarikh dan tempat.

Pendaftaran Dibuka : Program Mukmin Profesional Modul 1 pada 1 dan 2 Mac 2014
Program UMUM Mukmin Profesional Modul 1
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Peta Lokasi : Klik disini
Tarikh Program Modul 1
1 dan 2 Mac 2014 Pendaftaran dibuka: KLIK DISINI
Senarai Modul Umum : Klik Disini (Pendaftaran dibuka sekarang)
TRAINER UTAMA: UST PAHROL MOHD JUOI, UST HJ HASHIM BIN AHMAD DAN UST HJ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI
Objektif Modul 1: Kesedaran
Peserta boleh:
Menjelaskan konsep kehidupan seperti yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah.
Mampu menerangkan konsep ibadah yang total dan bersepadu.
Mengaplikasi konsep ibadah dalam semua bidang kehidupan.
Membina rasa memiliki sense of belonging dan amanah.
Memahami erti ikhlas secara praktik dan dinamik.
Mengetahui halangan untuk berubah dan kaedah mengatasinya.
Tajuk-tajuk Kuliah:
Mukmin Profesional: Aset Kecemerlangan Organisasi
Kesedaran Untuk Merubah Sikap.
Visi dan Misi Hidup Mukmin
6 Syarat Profesion Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang Dalam Hidup.
YURAN : RM400 SEORANG. (Promosi: RM350 seorang)
TEMPAT: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Plaza Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
MASA: 9 PAGI HINGGA 4 PETANG
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 2X MEAL. Sarapan 10.45am dan Makan Tengahari 12.30pm
Bantuan sila hubungi: PEJ: 03-6141 3872, 03-6150 3784, Pn Saadah Mansor, HP: 019-378 3100 Ahmad Zalani
Penginapan tidak disediakan.
Untuk tempahan bilik penginapan sila hubungi :
1. Hotel Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7875 3549 (20 minit ke dewan FPSB)
2. Hotel S Damansara: 03-6280 5000 (5 minit ke Dewan FPSB) Alamat: No. 1, Jalan Cempaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tentatif Program Modul 1.
Tarikh/ Masa
14 Disember (Sabtu)
15 Disember (Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran Hari Pertama
9.30 pagi
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.15 pagi
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 ptg
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Solat Zohor berjemaah
Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg
Visi & Misi
Hidup Mukmin &
Kerja Sebagai Ibadah
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
4.00 ptg
Tamat, Bersurai
Rumusan & Majlis Penutup
Sarapan pagi hanya disediakan pada pukul 10.45 pagi.
Peserta diminta mengisi keperluan sarapan sendiri sebelum memasuki dewan.
Makluman: Peserta akan dimaklumkan sekiranya ada terdapat perubahan tarikh dan tempat.

Pahrol Mohamad Juoi's Blog
- Pahrol Mohamad Juoi's profile
- 252 followers