Pahrol Mohamad Juoi's Blog, page 7
October 13, 2014
INILAH PETA KEHIDUPAN
Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.
Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.
Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenar kerana itu menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!
Skrip Kehidupan
Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.
Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).
Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.
Namun sayang sekali, di sana segala-gala yang tepat dan jelas itu sudah tidak berguna lagi.
Kata hukama: “Beramallah ketika berada di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi ada peluang beramal (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada peluang beramal (akhirat).”
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.
Umar Ibn Abd. Aziz pernah berkata, manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa Umar berkata begitu? Maksudnya, bermula manusia diciptakan buat kali pertama, diri manusia akan terus hidup dan mengembara dari satu alam ke satu alam. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau di neraka. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat, atau mendapat azab buat selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.
Ada kalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Setiap alam berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Penuh ujian dan cabaran. Dan perbezaan alam itu menuntut peranan dan respons yang berbeza pula. Apakah alam-alam itu?
Takah Hidup Insan
Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.” (Surah al-Israk 17: 85)
Alam Roh
Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).” (Surah al-A’raf 7: 172)
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.
Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab 33: 72).
Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?
Alam Rahim
Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; Rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh tersebut ada beberapa proses biologi dan rohani berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.
Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”
Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.
Alam Dunia
Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.
Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.
Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, di celah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!
Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.” (Surah al-Mulk 67:2)
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat, hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:
Soalan Dalam kubur:
Siapa Tuhan kamu?
Siapa Imam kamu?
Siapa saudara kamu?
Apakah kiblat kamu?
Soalan di Alam Mahsyar:
Ke mana hartamu kamu belanjakan?
Ke mana ilmumu kamu gunakan?
Ke mana umurmu kamu sia-siakan?
Bagaimana umur muda kamu habiskan?
Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”
Alam Barzakh (Alam Kubur)
Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!
Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.
Alam Mahsyar
Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.
Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.
Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.
Alam Syurga atau Neraka
Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.
Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.
Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.
Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.


October 12, 2014
Kem Motivasi Remaja: Mukmin Profesional For Teens. Pendaftaran Dibuka Sekarang.
4 hari 3 malam pada 14 hingga 17 Disember 2014. (Ahad hingga Rabu)
Khas untuk peserta berusia 12 hingga 17 tahun sahaja. Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.
Objektif program.
Menangani budaya “ Godless Civilization”
Mencetuskan kesedaran keperluan bertuhan dan menjaga hubungan dengan Pencipta.
Memurnikan hati melalui kesedaran Celik Matahati.
Membina tasawur (pandangan) hidup berasaskan Pandangan Matahati.
Memberi penjelasan terhadap tujuan kehidupan.
Pengukuhan Visi dan Misi hidup melalui dwi fungsi manusia sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
Memberi penjelasan terhadap Roadmap kehidupan manusia melalui 6 Alam.
Menjelaskan penghalang yang menggagalkan kejayaan manusia di dunia dan akhirat.
Latihan amali solat berjemaah.
Memberi kesedaran terhadap perlunya persiapan menghadapi pengakhiran hidup melalui penghayatan kematian.
Trainer Utama: Ust Ridhuan Khalin, Ust Abdul Hadi dan En Ahmad Zalani.
Trainer Jemputan: Ust Pahrol Mohd Juoi
Tempat : Nur Laman Bestari Training Village
Hutlista 1 (P1) Hutan Lipur Sg.Tua
Jalan Ulu Yam Baru, 68100 Batu Caves Selangor (Bantuan ke Lokasi: 03-2302 2977-Ida)
Latitud: 3.300276 Longitud: 101.694903
website lokasi: NUR LAMAN BESTARI, Ulu Yam Baru, Selangor. (Sila klik)
Borang Pendaftaran. Klik disini.
(Sila jelaskan pembayaran yuran sebelum mengisi borang online ini)
Maklumat Akaun Pembayaran:
NAMA : FITRAH PERKASA SDN BHD
MAYBANK : 5627 9550 0206
Yuran Asal : RM350
Yuran Promosi : RM290 seorang. Daftar SEGERA!!!
Diskaun sebanyak RM10/ per orang untuk pendaftaran peserta kedua dan seterusnya.
TarikhMasa
14 Dis.(Ahad)
15 Dis.(Isnin)
16 Dis.(Selasa)
17 Dis.(Rabu)
5.49 pagi
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
6.45
Senaman Pagi & Qi Qong
Senaman Pagi &Qi Qong
Persiapan Diri
7.30
Sarapan Pagi
8.00
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Penghalang-penghalang Dalam Hidup
9.00
Mukmin Profesional (Teens)
Penghayatan Visi & Misi Hidup“Mengejar Pelangi”
9.30
Minum Pagi
10.00
Bermula Dengan Satu Pengakhiran
10.30
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
My Story
11.30
Rumusan & Majlis Penutup
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
Makan Tengahari & Bersurai
1.10 ptg
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
2.30
Takah Hidup Insan
Outdoor
4.33
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
5.00
Pendaftaran peserta
Permainan Sayang Si Buta
Outdoor
6.30
Persiapan Diri
Persiapan Diri
Persiapan Diri
7.07 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
7.45
Makan Malam
Makan Malam
Makan Malam
8.21
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
9.00
Taklimat Program & Pembahagian Kumpulan
Visi & Misi Hidup
Dialog bersama Selebriti -Ustaz Pahrol
10.30
Minum Malam
Minum Malam
Minum Malam
11.00
Istirehat
Istirehat
Istirehat
Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Ahmad Zalani: 019-378 3100;Pejabat : 03-6141 3872;
Borang Pendaftaran. Klik disini.
website lokasi: NUR LAMAN BESTARI, Ulu Yam Baru, Selangor. (Sila klik)


October 3, 2014
MISKIN DALAM KEKAYAAN
Dalam hidup, lihat dulu apa yang telah kita ada. Syukuri. InsyaAllah, apa yang ada itu akan ditambah oleh Allah. Atau, dengan syukur itu kita akan diberi hati yang tenang. Itulah kekayaan sejati. Mengapa melihat apa yang tiada… lalu hati jadi resah, gelisah dengan sayu. Orang lain kenapa mendapat lebih, sedangkan aku terus-terusan kekurangan? Begitu, gerutu jiwa. Jangan mengenangkan apa yang tidak ada menghilangkan rasa syukur dengan apa yang kita telah ada. Justeru, syukuri apa yang telah ada dan teruslah berusaha untuk memburu apa yang tidak ada. Namun, beringatlah, dalam pemburuan itu, jangan hilang sesuatu yang lebih berharga. Sesuatu yang tidak ada galang gantinya. Ya, betapa ramai yang memburu kekayaan hilang ketenangan. Memburu kesenangan, hilang kesihatan. Mencari harta, membuang saudara.
Aku perlu mengingatkan diri ku sendiri dan diri orang lain juga. Kuantiti harta jangan cuba menggantikan kualiti jiwa. Kerana kualiti jiwa itu jauh lebih berharga. Nilai diri kita yang hakiki terletak pada sesuatu yang tidak akan dapat dibeli oleh wang dan harta. Itulah iman dan persaudaraan. Iman dan persaudaraan itu lazim berlaziman. Bila hilang salah satunya, maka hilang pula yang kedua. Lalu…apabila kesibukan mencari harta, semakin terasa kehilangan saudara, ketahuilah itulah detik yang sangat berbahaya. Renggangnya persaudaraan petanda kurangnya iman. Apa gunanya harta tanpa iman dan persaudaraan? Untuk apa harta itu? Bukankah ia hanya alat untuk memberi ketenangan? Memburu harta tidak salah, tetapi jangan dipinggirkan iman dan persaudaraan dalam pemburuan itu… Nanti, kita bukan lagi memburu harta tetapi kitalah yang diburunya. Waktu itu kitalah yang menjadi mangsa.
Untuk diriku dan dirimu, kutuliskan kesah ini sebagai peringatan: MISKIN DALAM KEKAYAAN
Kita tidak akan mendapat dua perkara pada satu-satu masa. Apabila kita mendapat sesuatu, maka kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Justeru pastikan apa yang kita dapat lebih berharga berbanding apa yang kita hilang. Itulah yang sering dipesankan oleh ahli hikmah. Pesanan tentang kehidupan. Itulah inti permasalahan yang saya bincangkan bersama seorang sahabat lama pada minggu lalu.
Sepi Dalam Kesibukan
Sungguh, dia kelihatan berbeza sekali hari itu. Sinar matanya yang dulu bercahaya kini redup. Pakaiannya walaupun daripada jenama yang mahal agak kusut. Rambut di bahagian hadapan kepalanya kian jarang. Hampir botak. Dia memang kelihatan lebih kaya, tetapi kehilangan gaya.
“Aku sibuk sungguh tiga empat tahun kebelakangan ini. Perniagaan menjadi-jadi. Aku semakin diburu masa,” katanya terus terang.
“Sudah lama kita tidak bertemu,” tingkah saya perlahan.
“Bukan kau seorang sahaja, ramai rakan baik aku yang lain pun tidak dapat aku temui. Sibuk.”
“Kau okey?” tanya saya pendek.
Dia diam. Diam yang panjang.
“Tidak tahulah, okey ke tidak.”
Dengan jawapan itu saya tahu dia keliru. Mungkin terlalu keliru sekarang.
“Mesti okey. Rumah-rumah, kereta-kereta dan harta yang kau kumpul sekarang sudah cukup untuk diwariskan kepada anak-anak,” ujar saya.
“Ikut aku belum lagi. Aku mahu cucu-cucu aku juga menikmati harta peninggalanku. Aku mesti berniaga lebih gigih lagi.”
“Baguslah, kita bekerja atau berniaga seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi,” dorong saya.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini aku kesepian.”
“Kesepian dalam kesibukan? Mana mungkin.”
“Betul. Aku rasa semakin keseorangan.”
“Bukankah rakan-rakan perniagaan kau banyak? Urusan perniagaan kau pun sering membuka ruang untuk keluar negara. Keseorangan, apa maksudmu?”
“Aku tidak ada rakan-rakan seperti kau. Boleh berbual-bual tentang diri, anak-anak dan lain-lain perkara yang lebih intim sifatnya.”
Saya terus menjadi pendengar. Biar dia meluahkan. Sudah jarang sekali saya bertemu dengannya. Hampir setahun tidak bertemu walaupun jarak rumah kami tidaklah begitu jauh. Dia jarang di rumah. Sering ke luar negara dan berada di luar kawasan mengurus perniagaan.
Dulu Lain, Sekarang Lain
“Tidak mengapa, berbual-bual soal perniagaan pun banyak baiknya. Keuntungan bertambah,” gurau saya.
“Kau lihat aku bagaimana sekarang?” tanyanya tiba-tiba.
“Lihat yang bagaimana?” balas saya.
“Terus terang sahaja. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Ada perbezaannya?”
“Kau yang dulu bukan yang sekarang,” ujar saya masih bergurau.
Dia ketawa. Mungkin teringat lirik lagu nyanyian Tegar.
“Terus terang, bagaimana aku sekarang?”
“Kau lebih kaya. Lebih berjaya. Kau jauh meninggalkan aku daripada segi harta.”
“Bukan itu maksud aku, tetapi soal lain. Ketepikan soal rumah, tanah, kereta dan aset. Aku mahu kau nilai aku sebagai manusia, seorang sahabat, seorang yang seperti kau kenal dulu,” pintanya terus terang.
“Kau berubah.”
Akhirnya saya bersuara. Saya perlu jujur dalam bersahabat. Dia mendesak dan itulah sewajarnya saya luahkan. Sahabat bukan seorang yang hanya berkata yang manis-manis, tetapi sanggup berkata benar walaupun pahit.
“Kau berubah. Wajahmu tidak seceria dulu. Tutur katamu pun semakin kaku. Tidak selunak dulu; lembut, dekat dan mesra. Sekarang kata-katamu agak keras, pendek dan mengarah. Dulu kau banyak memujuk, sentimental dan meraikan. Kini kau semakin formal.”
Dia terkejut. Matanya merenung mata saya dengan tajam. Tersinggung? Biarlah, kata saya dalam hati. Saya tidak punya apa-apa kepentingan selain menjaga hak bersahabat. Dia berhak mendapat kebenaran. Mungkin itu yang semakin kurang didengarnya.
Ya, betapa ramai orang yang berjaya dan berada di atas rosak peribadinya dek kata-kata yang hanya memuji, memuja dan mengampu daripada bawahannya. Betapa ramai atasan keliru antara kesetiaan dengan sikap mengampu bawahannya.
“Salahkah aku menjadi kaya?” soalnya. Kali ini dia mula menyuarakan kekeliruannya.
Tetapi saya mula tersenyum. Selalunya kita diterjah oleh soalan “kalau aku kaya”, tetapi sekarang “salahkah aku jadi kaya?”
Pengorbanan Untuk Kaya
“Untuk jadi kaya kau tentu telah banyak berkorban,” kata saya tanpa menjawab soalannya.
“Ya, aku telah banyak berkorban masa, tenaga dan lain-lain,” akuinya.
“Itu biasa. Setiap yang diburu pasti ada harganya. Tetapi mungkin harga yang kau bayar terlalu mahal.”
“Maksud kau?”
“Kau kehilangan masa bersantai dengan kawan-kawan, melakukan aktiviti yang menyegarkan dan ceria seperti dulu.”
“Maksud kau lepak-lepak di masjid, berekreasi dengan kawan-kawan, menanam pokok-pokok bunga dan menjala ikan di sungai?”
Saya mengangguk kepala.
“Itu aku akui. Aku tidak ada masa lapang.”
“Mungkin kau perlu melapangkan masa,” tegur saya.
Dia diam. Merenung jauh. Jiwa sentimentalnya mula terserlah kembali. Itulah wajah sahabat yang sering mengalirkan air mata apabila kami berbual tentang cita-cita, harapan, kehidupan, kematian, solat, zikir dan hal isteri dan anak-anak.
“Untuk apa kau cari harta?” terjah saya.
“Untuk kesenangan.”
“Walaupun terpaksa mengorbankan sedikit ketenangan?”
“Pada aku kesenangan itulah memberi ketenangan.”
“Jadi mengapa kau menoleh ke belakang? Teruskanlah mara ke hadapan.”
“Sesekali aku dilanda jemu dan sedikit keliru.”
Saya senyum. Ingin saya katakan, jangan cuba-cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kualiti jiwa tidak akan dapat diganti oleh kuantiti harta.
“Kejemuan, kesepian dan kekeliruan itu adalah satu isyarat.”
“Isyarat? Maksud kau?”
“Isyarat untuk kau berfikir dan bermuhasabah kembali.”
“Itulah sebabnya aku bertemu dengan kau sekarang. Kita sering bermuhasabah. Kau seorang yang berani bercakap benar sejak dulu. Aku menunggu saat ini sahabat,” katanya berterus terang. Dia semakin sentimental. Matanya berkaca.
“Setahun terlalu lama. Dekat tetapi jauh.” Kali ini saya pula terus-terang.
Memang saya juga terasa sedih melihat sahabat rapat yang sudah menjarak. Setahun terlalu lama, dan jarak rumah antara kami yang hanya puluhan kilometer itu tidak jauh sebenarnya. Mungkin semua itu kerana jaraknya hati. Namun alhamdulillah, kini jarak hati itu terasa ingin rapat kembali. Asas persahabatan yang terbina puluhan tahun sejak di universiti dulu masih kukuh. Pangkal persahabatan yang kukuh itu kini dirujuk kembali.
“Bantu aku bermuhasabah,” pintanya.
“Mencari kekayaan sesuatu yang tidak ada penghujungnya. Terutamanya apabila RM 1 juta sudah dimiliki. Peluang akan semakin terbuka, jalan semakin jelas. Dua, tiga juta yang kedua akan menjadi semakin mudah. Pada waktu itu kita seolah-olah kita sudah jadi ‘King Midas’. Apa yang disentuh semuanya menjadi emas,” jelas saya.
“Ya, ya. Benar. Mengapa kau begitu arif? Kau pernah berada di tahap itu?”
“Aku hanya belajar daripada orang yang arif,” pintas saya.
“Aku berada di tahap itu sekarang,” katanya terus terang.
Dilema Seorang Jutawan
“Pada ketika itulah kau berada di satu persimpangan, untuk menjadi lebih kaya dengan pecutan yang semakin laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Atau memperlahankan sedikit pecutan untuk menilai kembali apa yang telah kau tertinggal.”
“Aku rasa ada yang aku tertinggal. Maksudnya, ada perkara yang telah aku korbankan.”
“Berbaloikah pengorbanan kau?”
“Maksud kau?”
“Apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat dua perkara pada satu masa yang sama.”
“Jadi?”
“Pastikan apa yang kau dapat lebih berharga berbanding apa yang kau hilang.”
“Apa yang aku hilang? Aku punya kawan-kawan baharu. Aku punya gaya hidup yang baharu. Rumah, kereta dan rutin hidup yang baharu.”
“Kau gembira? Kau puas dengan semua yang baharu itu?”
Dia tersentak. Matanya terjegil sedikit.
“Harta yang melimpah tetapi disertai kesibukan. Rumah yang besar tanpa kesantaian. Kawan baharu menghampir, kawan lama meminggir. Serius, fokus sepanjang waktu tanpa gurauan dan ketawa yang menghiburkan. Sahabatku, sangat sukar memburu kesenangan tanpa kehilangan ketenangan.”
“Jadi kau rasa aku berubah?”
“Ya, kau berubah.”
“Berubah ke arah yang lebih buruk atau baik?”
“Terpulang. Buruk atau baik terpulang pada tafsiran dan pilihan kau. Tetapi yang pasti kau tidak akan dapat semua.”
“Apakah nasihat kau?”
“Pecutlah terus ke hadapan. Tetapi sebelum itu lihat apa yang telah tertinggal. Kutip semula apa yang telah tercicir tetapi sangat berharga. Jadilah jutawan yang tidak kehilangan keceriaan, kesantaian, senyuman, ketawa dan masa lapang.
Carilah semula sahabat-sahabat lama. Ziarah yang sakit, penuhi undangan, hadir pada hari kematian untuk solat jenazah dan akhirnya ke pusara sebagai penghormatan terakhir. Jangan memburu duit sehingga tidak sempat menikmati duit. Jangan kau katakan kekayaan ini untuk ummah jika dalam pemburuannya kau alpa menunaikan hak kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.”
“Wah, panjang nasihatmu.”
Saya memeluk dan merenung matanya. Mata kami sama-sama basah dan berkaca. Air mata mengalir tanpa sedar. Sama-sama kami jadi sentimental seperti masa lalu. Pada ketika itulah saya bisikan ke telinga, “…panjang, sebab aku menyimpannya sejak setahun yang lalu!”


October 1, 2014
Kem Motivasi Remaja: Mukmin Profesional For Teens. Pendaftaran Dibuka Sekarang.
4 hari 3 malam pada 14 hingga 17 Disember 2014. (Ahad hingga Rabu)
Khas untuk peserta berusia 12 hingga 17 tahun sahaja. Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.
Objektif program.
Menangani budaya “ Godless Civilization”
Mencetuskan kesedaran keperluan bertuhan dan menjaga hubungan dengan Pencipta.
Memurnikan hati melalui kesedaran Celik Matahati.
Membina tasawur (pandangan) hidup berasaskan Pandangan Matahati.
Memberi penjelasan terhadap tujuan kehidupan.
Pengukuhan Visi dan Misi hidup melalui dwi fungsi manusia sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
Memberi penjelasan terhadap Roadmap kehidupan manusia melalui 6 Alam.
Menjelaskan penghalang yang menggagalkan kejayaan manusia di dunia dan akhirat.
Latihan amali solat berjemaah.
Memberi kesedaran terhadap perlunya persiapan menghadapi pengakhiran hidup melalui penghayatan kematian.
Trainer Utama: Ust Ridhuan Khalin, Ust Abdul Hadi dan En Ahmad Zalani.
Trainer Jemputan: Ust Pahrol Mohd Juoi
Tempat : Nur Laman Bestari Training Village
Hutlista 1 (P1) Hutan Lipur Sg.Tua
Jalan Ulu Yam Baru, 68100 Batu Caves Selangor (Bantuan ke Lokasi: 03-2302 2977-Ida)
Latitud: 3.300276 Longitud: 101.694903
website lokasi: NUR LAMAN BESTARI, Ulu Yam Baru, Selangor. (Sila klik)
Borang Pendaftaran. Klik disini.
(Sila jelaskan pembayaran yuran sebelum mengisi borang online ini)
Maklumat Akaun Pembayaran:
NAMA : FITRAH PERKASA SDN BHD
MAYBANK : 5627 9550 0206
Yuran Asal : RM350
Yuran Promosi : RM290 seorang. Daftar SEGERA!!!
Diskaun sebanyak RM10/ per orang untuk pendaftaran peserta kedua dan seterusnya.
TarikhMasa
14 Dis.(Ahad)
15 Dis.(Isnin)
16 Dis.(Selasa)
17 Dis.(Rabu)
5.49 pagi
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
6.45
Senaman Pagi & Qi Qong
Senaman Pagi &Qi Qong
Persiapan Diri
7.30
Sarapan Pagi
8.00
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Penghalang-penghalang Dalam Hidup
9.00
Mukmin Profesional (Teens)
Penghayatan Visi & Misi Hidup“Mengejar Pelangi”
9.30
Minum Pagi
10.00
Bermula Dengan Satu Pengakhiran
10.30
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
My Story
11.30
Rumusan & Majlis Penutup
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
Makan Tengahari & Bersurai
1.10 ptg
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
2.30
Takah Hidup Insan
Outdoor
4.33
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
5.00
Pendaftaran peserta
Permainan Sayang Si Buta
Outdoor
6.30
Persiapan Diri
Persiapan Diri
Persiapan Diri
7.07 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
7.45
Makan Malam
Makan Malam
Makan Malam
8.21
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
9.00
Taklimat Program & Pembahagian Kumpulan
Visi & Misi Hidup
Dialog bersama Selebriti -Ustaz Pahrol
10.30
Minum Malam
Minum Malam
Minum Malam
11.00
Istirehat
Istirehat
Istirehat
Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Ahmad Zalani: 019-378 3100;Pejabat : 03-6141 3872;
Borang Pendaftaran. Klik disini.
website lokasi: NUR LAMAN BESTARI, Ulu Yam Baru, Selangor. (Sila klik)


Kem Motivasi Remaja: Mukmin Profesional For Teens
4 hari 3 malam pada 14 hingga 17 Disember 2014. (Ahad hingga Rabu)
Khas untuk peserta berusia 12 hingga 17 tahun sahaja. Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.
Objektif program.
Menangani budaya “ Godless Civilization”
Mencetuskan kesedaran keperluan bertuhan dan menjaga hubungan dengan Pencipta.
Memurnikan hati melalui kesedaran Celik Matahati.
Membina tasawur (pandangan) hidup berasaskan Pandangan Matahati.
Memberi penjelasan terhadap tujuan kehidupan.
Pengukuhan Visi dan Misi hidup melalui dwi fungsi manusia sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
Memberi penjelasan terhadap Roadmap kehidupan manusia melalui 6 Alam.
Menjelaskan penghalang yang menggagalkan kejayaan manusia di dunia dan akhirat.
Latihan amali solat berjemaah.
Memberi kesedaran terhadap perlunya persiapan menghadapi pengakhiran hidup melalui penghayatan kematian.
Trainer Utama: Ust Ridhuan Khalin, Ust Abdul Hadi dan En Ahmad Zalani.
Trainer Jemputan: Ust Pahrol
Tempat : Nur Laman Bestari Training Village
Hutlista 1 (P1) Hutan Lipur Sg.Tua
Jalan Ulu Yam Baru, 68100 Batu Caves Selangor (Bantuan ke Lokasi: 03-2302 2977-Ida)
Latitud: 3.300276 Longitud: 101.694903
Borang Pendaftaran. Klik disini.
(Sila jelaskan pembayaran yuran sebelum mengisi borang online ini)
Maklumat Akaun Pembayaran:
NAMA : FITRAH PERKASA SDN BHD
MAYBANK : 5627 9550 0206
Yuran Asal : RM350
Yuran Promosi : RM290 seorang (60 peserta terawal)
Diskaun sebanyak RM10/ per orang untuk pendaftaran peserta kedua dan seterusnya.
TarikhMasa
14 Dis.(Ahad)
15 Dis.(Isnin)
16 Dis.(Selasa)
17 Dis.(Rabu)
5.49 pagi
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
6.45
Senaman Pagi & Qi Qong
Senaman Pagi &Qi Qong
Persiapan Diri
7.30
Sarapan Pagi
8.00
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Sarapan Pagi & Persiapan Diri
Penghalang-penghalang Dalam Hidup
9.00
Mukmin Profesional (Teens)
Penghayatan Visi & Misi Hidup“Mengejar Pelangi”
9.30
Minum Pagi
10.00
Bermula Dengan Satu Pengakhiran
10.30
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
My Story
11.30
Rumusan & Majlis Penutup
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
Makan Tengahari & Bersurai
1.10 ptg
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
Tazkirah & Solat Zohor Berjemaah
2.30
Takah Hidup Insan
Outdoor
4.33
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
Tazkirah & Solat Asar Berjemaah
5.00
Pendaftaran peserta
Permainan Sayang Si Buta
Outdoor
6.30
Persiapan Diri
Persiapan Diri
Persiapan Diri
7.07 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Maghrib Berjemaah
7.45
Makan Malam
Makan Malam
Makan Malam
8.21
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
Tazkirah & Solat Isyak Berjemaah
9.00
Taklimat Program & Pembahagian Kumpulan
Visi & Misi Hidup
Dialog bersama Selebriti -Ustaz Pahrol
10.30
Minum Malam
Minum Malam
Minum Malam
11.00
Istirehat
Istirehat
Istirehat
Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi no Pejabat : 03-6141 3871; Ahmad : 019-378 3100;


September 30, 2014
Program Mukmin Profesional Modul 3 (Ditutup/Penuh)
Makluman kepada peserta Mukmin Profesional Modul 3. Program akan berjalan seperti biasa pada 18 dan 19 Okt 2014.
Apa makna kehidupan bermodul?
Kehidupan yang bersistematik dan tersusun.
Dapat tahu kenapa setiap saat yang berlalu itu penting, bernilai dan ditukarkan menjadi perkara yang bermanfaat.
Mudah diaplikasi dalam kehidupan seharian
Antara lain, cuba menjawab persoalan diri:
mengapa perkara ini terjadi pada diriku,
mengapa rancangan ku tak menjadi sepertimana yang diimpikan,
Banyak telah kumiliki tetapi terasa masih ada yang kurang. Apakah itu?
Peserta boleh:
Mengenal dirinya dimanakah kelebihan dan kekurangan.
Memanfaatkan persamaan dan menguruskan perbezaan dalam regu kerja dan keluarga.
Mengetahui Acuan Allah sekaligus peranan Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan dan hubungkait antaranya.
Menjelaskan kaedah mengetahui tahap iman dan tahap mempertingkatkannya.
Menghayati kehebatan solat sebagai mekanisme pembentukkan peribadi.
Menghafal makna bacaan solat dan maksud di sebalik bacaan dan perbuatan dalam solat.
Mengaplikasikan nilai serta kelakuan-kelakuan hasil melaksanakan solat.
Senarai Peserta Modul 3 Batch 2 : Sila klik disini.
Siapa boleh ikuti Program ini:
1. Bekas peserta Kursus Mukmin Profesional melalui Organisasi sendiri.
2. Bekas peserta Mukmin Profesional Modul 1 dan 2 Umum.
3. Mereka yang telah membaca buku Mukmin Profesional tulisan Ust Pahrol Mohd Juoi.
4. Mereka yang ingin mengetahui kaedah hidup bermodul Mukmin Profesional.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan, sila berhubung dengan En Ahmad Zalani : 019-378 3100/03-6141 3872.


Program Mukmin Profesional Modul 3
Makluman kepada peserta Mukmin Profesional Modul 3. Program akan berjalan seperti biasa pada 18 dan 19 Okt 2014.
Senarai Peserta Modul 3 Batch 2 : Sila klik disini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan, sila berhubung dengan En Ahmad Zalani : 019-378 3100/03-6141 3872.


August 28, 2014
Pendaftaran dibuka sekarang. Program Mukmin Profesional Modul 2
Program Mukmin Profesional Modul 2 kini dibuka untuk pendaftaran.
Borang Pendaftaran: Klik disini
Tarikh: 27 dan 28 Sept 2014 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Yuran Promosi RM250 seorang.
Lokasi : Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Penyampai: Ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Hj Hashim Ahmad
Hubungi: 019-378 3100 Ahmad, 03-6141 3872
Senarai Peserta : Klik disini
Sinopsis modul:
1. Membincang dan menghurai makna hidayah dan peringkatnya serta kaedah memperolehi hidayah tersebut. Kemudian kita boleh mengukur diri sendiri, di manakah level hidayah kita sekarang.
2. Membincang dan menghurai tahap kembara insan dalam meniti jalan kehidupan islam. Apakah ada jalan pintas dalam membawa diri dekat dengan Allah?
3. Membincang dan menghurai pencarian dan pengkhususan bekalan yang sangat diperlukan pada masa sekarang dan juga di masa akan datang. Sesi ini berupaya menaikkan motivasi peserta dalam pencarian dan memperbanyakkan bekalan yang penting.
4. Membincang dan menghurai makna bahagia dan kenapa kita masih tidak bahagia. Dari manakah kita boleh perolehi sumber-sumber bahagia dan mengekalkan rasa bahagia itu dalam diri.
5. Membincang dan menghurai topik pengakhiran hidup. Topik yang mampu memberi satu dimensi baru tentang pandangan kita terhadap kehidupan ini. Perkongsian maklumat ini boleh membantu kita ke arah lebih aktif, dinamik dan produktif.
6. Sesi soal jawab dan interaksi informatif bersama peserta sentiasa terbuka disepanjang perjalanan modul.
Siapa yang boleh hadir program ini?
* Mereka yang ingin melalui atau mengetahui kaedah kehidupan bermodul Mukmin Profesional.
* Mereka yang ingin mengetahui dan mencari penyelesaian terhadap stress/masalah yang dihadapi.
* Mereka yang inginkan jawapan pada persoalan yang terbuku/disimpan di dalam hati.
* Suami/isteri yang inginkan kesefahaman bersama dan berusaha menjadi keluarga bahagia.
* Mereka yang menghadapi masalah-masalah pada kerja, rakan sekerja, kewangan, keluarga atau buntu dengan masalah yang dihadapi.
* Mereka yang ingin menghadiahkan program ini kepada diri sendiri dan orang lain agar dapat berjumpa dengan kunci bahagia dan tahu menggunakannya.
Sila daftar disini: Borang Pendaftaran
Pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi: 019-378 3100 Ahmad Zalani, 03-6141 3872 pejabat.
Jadual Program.
Masa
27 Sept.(Sabtu)
28 Sept.(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Welcome
Ulangkaji Pembelajaran Hari Pertama
9.15 pagi
9.30 pagi
Mukmin Profesional 1
Mencari Bekalan Hidup
10.30 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Penentuan Arah Hidup
Dorongan Hidup
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Solat Zohor Berjemaah
Solat Zohor Berjemaah
2.00 ptg
2.30 ptg
Jalan Islam : Tahap Dalam Kembara
Bermula Dengan Satu Pengakhiran
3.30 ptg
Rumusan & Majlis Penutup &Doa Penutup
4.00 ptg
Bersurai
Bersurai
Maklumat Tambahan:
Sila bawa pakaian solat.
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Apartment Suria, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.
Bil Peserta: Terhad 35 orang
Tarikh: 27 dan 28 Sept 2014. Sabtu dan Ahad. (2 hari program)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Yuran Promosi Sekarang: RM250
Makan minum disediakan, 2x meal. Sarapan Pagi 10.30 am dan Makan Tengahari 12.30pm
Maklumat pembayaran , bayar kepada:
Fitrah Perkasa Sdn Bhd
Maybank 5627 9550 0206
Selepas bayaran sila SMS nama dan butiran bayaran kepada 019-378 3100.
Ahmad Zalani Zakaria
Pej: 03-6141 3872


August 12, 2014
PETUA AYAH
Ini cerita benar. Ini cerita petua seorang ayah untuk kebaikan anaknya. Kisah ini sangat dekat dengan diriku. Begini kisahnya:
Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.
”Ada duit? Minta ayah sedikit…”
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.
”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.
”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”5 ringgit?”
Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.
Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”
”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”
Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


July 27, 2014
TAKBIR KERANA MENANG PERANG
“Takbir raya ini buat aku sayu.”
Masih terngiang-ngiang luahan rasa seorang sahabat setiap kali kami berhari raya di perantauan. Apabila saya tanya puncanya, dia menjawab, “Aku teringat kenangan lama.”
Sebenarnya itulah rasa kebanyakan orang apabila terdengar takbir hari raya. Apabila ditanya mengapa? Terkenang kampung, ibu bapa, adik-beradik dan macam-macam lagi.
“Kenangan lama?” tanya saya kembali.
“Ya, kenangan lama… Terlalu banyak banyak kenangan lama yang menjelma apabila takbir bergema. Terbayang wajah ibu, ayah dan suasana harmoni kampung halaman. Ah, semuanya telah berlalu. Ayah, ibu dan kampung halaman yang indah sudah tiada lagi. Semuanya tidak mungkin kembali lagi,” ujarnya makin sedih.
Wajahnya sayu. Begitu emosi sekali.
Itulah yang akan diluahkan berulang-ulang sejak beberapa tahun kami beraya bersama. Kali ini hati saya telah tekad. Luahan hatinya itu akan cuba saya perbetulkan. Mudah-mudahan ada kebaikan buat kami menghayati sesuatu yang lebih bermakna daripada takbir hari raya ini selain kesayuan dan kesyahduan.
Takbir Laungan Kemenangan
“Kita selama ini tersilap…” Kata saya perlahan. Saya gunakan ganti nama ‘kita’ agar dia tidak terasa. Teguran menjadi lebih lunak.
“Kita tersilap kerana bersedih apabila mendengar takbir raya. Sepatutnya kita gembira,” sambung saya lagi.
“Eh, pelik? Melodi takbir itu sendiri memang mendayu sayu.”
“Bagaimana dengan maknanya?“ balas saya. Dalam hati saya cuba mengingat satu-satu makna tabir raya yang dikumandangkan pada setiap Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepada-Nya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janji-Nya, Yang Menolong hamba-Nya,
Dan Yang Memuliakan tentera-Nya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (Kekuasaan-Nya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”
Semacam satu semangat baharu menusuk ke dalam jiwa. Lalu saya katakan, “Takbir raya ialah takbir kemenangan bukan takbir kesedihan. Takbir raya sempena kemenangan Islam mengalahkan musuh-musuhnya. Jadi, orang menang mesti gembira bukan bersedih.”
“Kemenangan Islam terhadap musuh-musuhnya? Apa kena mengena dengan hari raya? Saya tak faham.” akuinya terus terang.
Saya mengangguk-angguk perlahan. Saya juga dahulunya tidak faham. Saya percaya masih ramai umat Islam Melayu tidak faham maksud tersirat di sebalik takbir raya. Malah, konsep Hari Raya juga dilihat lebih kepada adat berbanding ibadat. Lalu takbir menjadi amalan ritual yang kurang memberi impak spiritual kepada umat.
“Musuh Islam itu ada lima. Dua musuh batin dalam diri. Tiga lagi musuh zahir di luar diri,” saya memulakan penjelasan.
“Musuh batin? Musuh zahir?”
Tanpa berlengah saya menambah, “Dua musuh batin; nafsu dan syaitan. Tiga musuh zahir; orang kafir, munafik dan Muslim yang hasad dengki.”
“Hari Raya ni kenapa kita bercakap tentang musuh? Apa perlunya? Aku rasa janggal.”
Saya senyum.
“Sebab dalam takbir yang kau kata sayu dan syahdu itu ada cerita tentang musuh Islam.”
“Ya?”
“Sebenarnya takbir itu berkaitan dengan kejayaan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam perang Ahzab. Ahzab bermaksud sekutu. Pada waktu itu suku-suku Arab telah bersekutu untuk menghancurkan Islam. Dalam perang itu juga Rasulullah bersama para sahabat telah menggali parit untuk menahan serangan musuh. Parit yang lebar dan dalam sehingga tidak dapat dilangkah oleh lonjakan kuda. Daripada situ, perang ini dinamakan Khandak, ertinya parit.”
“Kaitannya dengan takbir raya?”
“Tentera Islam akhirnya menang apabila Allah datangkan angin yang kuat meranapkan operasi pengepungan mereka. Kemenangan itu disambut dengan takbir oleh Rasulullah dan dikuti oleh para sahabat. Itulah asal usul takbir raya,” jelas saya.
“Itu dulu. Masih ada perang. Sekarang kita aman damai. Rasanya tidak sesuai takbir raya dikaitkan dengan perang. Ini ada unsur militan!”
Siyam, Qiam dan Al-Quran
“Sekarang pun perang masih ada,” tegas saya.
Dia terkejut.
“Perang apa?”
“Perang melawan hawa nafsu. Dalam bulan puasa, kita berjuang melawan hawa nafsu,” jawab saya.
“Itu bukan perang…”
“Itu juga peperangan. Malah peperangan yang lebih hebat daripada melawan orang kafir dan munafik kerana peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri serta tidak pernah ada genjatan senjata. Setiap masa dan ketika kita berperang.”
“Kalau setiap masa kita berperang kenapa pula dikaitkan dengan hari raya?”
“Itu ada kaitannya dengan bulan puasa,” kilas saya lagi.
“Yalah, selepas berpuasa kita berhari raya.”
Saya senyum. Mudah sangat cara berfikirnya. Atau mungkin dia sengaja menggiat saya untuk lebih agresif melontarkan hujah.
“Pada bulan puasa berlaku perang besar antara kita dengan hawa nafsu. Selalunya nafsu yang menyerang kita tetapi pada bulan Ramadan kita yang menyerang hawa nafsu dengan siyam, qiam dan al-Quran.”
“Dengan siyam, qiam dan al-Quran? Wah, makin kompleks pula perbincangan kita ini.”
“Tidak serumit manapun. Siyam ertinya kita menahan. Kita tahan segala sumber yang boleh memberi kekuatan pada hawa nafsu seperti makan-minum, pendengaran dan penglihatan yang negatif.
Dia diam. Berfikir dan memberi ruang untuk saya meneruskan penjelasan.
“Qiam ertinya mendirikan. Jika siang kita siyam, malamnya kita qiam. Kita mendirikan malam dengan ibadah-ibadah wajib dan sunat. Hawa nafsu yang ditahan sumber kekuatannya tadi dibebankan pula dengan ibadah. Jadi dia semakin lemah. Daripada liar menjadi semakin jinak.”
“Al-Quran?”
“Apabila sudah jinak maka mudahlah nafsu diarahkan kepada petunjuk al-Quran. Nafsu yang liar umpama kuda liar sudah bertukar mejadi kuda tunggangan untuk kita pacu ke arah kebaikan dan kebajikan.”
“Oh… begitu.”
“Ekoran itu, apabila hari raya tiba kita layak bergembira kerana menang melawan nafsu. Apabila menang, maka kita pun bertakbir. Takbir kemenangan dalam peperangan melawan hawa nafsu selama sebulan!”
“Jadi langsung tidak ada kaitan dengan kampung halaman, orang tersayang, baju raya, kuih raya dan duit raya…”
Giliran saya pula tersenyum.
“Takbir ialah ucapan Allahuakbar. Ertinya, Allah Maha besar. Maka besarkanlah Allah berbanding dunia dan manusia.”
“Oh, itu bezanya antara takbir ibadat dengan takbir adat.”
Antara Dua Perang
“Ada kaitankah antara perang melawan orang kafir dengan perang melawan nafsu?” soalnya tiba-tiba.
“Mengapa?” pancing saya untuk mengetahui ke arah mana hala pemikirannya.
“Sebab hari raya tahun ini bertepatan dengan serangan Zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza.”
“Bukan ini kali pertama. Tetapi sudah banyak peperangan yang dihadapi oleh umat Islam berlaku pada bulan puasa. Antaranya Perang Badar, Perang Ahzab, Perang membebaskan Sepanyol, perang menyekat kemaraan Monggol di Ain Jalut, Perang Oktober 1973 antara Mesir dengan Israel dan banyak lagi.”
“Wah, Ramadan penuh dengan cerita perang. Bukan sahaja perang dengan nafsu tetapi juga perang melawan orang kafir. Mesti ada kaitan antara dua bentuk perang ini,” ujarnya mengingatkan soalan yang dikemukakan sebelumnya.
“Siapa yang berjaya mengalahkan musuh batinnya, insya-Allah akan dapat mengalahkan musuh zahirnya. Mari bertakbir penuh semangat untuk mengimbau kemenangan lama untuk mencipta kemenangan baharu. Kita tolong apa yang terdaya untuk memerangi Zionis Israel.”
“Ya. Salurkan dana, kirimkan doa, boikot perniagaan konco-konco Yahudi laknatullah,” tambahnya dengan bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah, syukur. Mudah-mudahan takbir raya akan jadi pembakar semangat untuk terus tegar memerangi musuh Islam dan hawa nafsu, bukan lagi didominasi oleh kenangan-kenangan sayu yang layu.


Pahrol Mohamad Juoi's Blog
- Pahrol Mohamad Juoi's profile
- 252 followers
