Pahrol Mohamad Juoi's Blog, page 4
November 12, 2015
BIAR TAK SENTAP ASALKAN MENYERAP
Air mata mengalir tanpa disedari. Terasa betapa kasih sayang para ulama silam dalam mendidik masyarakat untuk mencintai Allah dan RasulNya. Walaupun hanya lebih kurang sejam, Syeikh Fahmi Zam Zam dalam majlis yang dianjurkan oleh IKIM itu, telah dapat menyampaikan intipati ilmu yang dinukilkan oleh Syeikh […]
Published on November 12, 2015 18:39
August 24, 2015
August 3, 2015
Raja tanpa baju
Apabila kita mula terasa terlalu ingin dipuji. Apabila yang kita mahu dengar hanyalah kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi atas kedudukan kita sebagai pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi atau masyarakat, dan ditambah pula kehadiran pembantu yang kaki ampu, maka ambillah iktibar daripada kisah raja tanpa baju. Cerita pendek turun-temurun ini telah kita dengar sejak […]
Published on August 03, 2015 23:16
July 5, 2015
TANDA LAILATUL QADR PADA DIRI…
Kata sesetengah riwayat pada malam itu, tidak sejuk, tidak panas. Pada keesokannya, mentari seolah-olah malu untuk bersinar. Teduh sahaja kelihatannya. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam-malam tertentu. […]
Published on July 05, 2015 21:23
July 1, 2015
ISLAM ITU MATLAMAT BUKAN ALAT
Telah beberapa kali saya tegaskan, Islam seharusnya jadi matlamat bukan alat. Namun ustaz muda itu masih menolak. Apa boleh buat. Saya hanya boleh memberi saranan dan pandangan. Soal mempengaruhi fikiran dan hatinya, itu adalah di luar kawalan saya. Perbincangan yang tadinya bermula dengan tenang, mula bertukar panas. Namun saya tekad meneruskan perbualan. Insya-Allah, bagaimana panas […]
Published on July 01, 2015 08:06
June 23, 2015
Mendamaikan dua ‘sekular’
Kini terdapat pelbagai bentuk Islam ‘serpih’ yang diamalkan oleh umat Islam. Ada kumpulan yang melihat Islam di sudut ibadah-ibadah khusus yang berbentuk fardu Ain semata-mata. Agama pada kelompok ini dilihat semata-mata sebagai bekalan individu untuk mendapat syurga. Agama adalah platform menuju hari mati dan ia tidak ada kaitannya dengan sistem hidup bermasyarakat dan berkemajuan. […]
Published on June 23, 2015 01:40
June 9, 2015
CINTA YANG MEMBUNUH JIWA
Cinta ialah fitrah. Untuk mengurus fitrah kita perlukan hidayah. Tanpa hidayah (petunjuk), fitrah cinta akan bertukar menjadi fitnah. Sejak dulu hingga kini, rasa cinta telah dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh Yahudi dan Nasrani serta musuh Islam yang ‘sewaktu’ dengannya untuk menghancurkan para remaja. Bukan sahaja remaja, […]
Published on June 09, 2015 03:45
May 27, 2015
ISLAMKAH KITA DI JALAN RAYA?
Jika ingin melihat ‘warna sebenar’ seseorang, berikan dia kuasa. Apabila berkuasa barulah kita nampak diri seseorang yang hakiki dan sejati. Segala sifat mazmumahnya seperti tamak, ego dan marah akan terserlah. Begitu yang kerap dipesankan oleh orang yang bijaksana. Namun, dalam konteks hari ini, jika ingin melihat warna sebenar seseorang, lihatlah bagaimana dia memandu di jalan […]
Published on May 27, 2015 21:08
May 21, 2015
Daun usia gugur lagi…
Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjajah jiwa. Aku mendoakan mereka, tetapi hati ku bagai terbelenggu dan terdera. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali: “Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.” Kata-kata itu menusuk ke lubuk […]
Published on May 21, 2015 05:28
May 17, 2015
BILA ALLAH TIADA DI HATI KITA…
Mengapa kita melalukan kejahatan? Ulama memberi tiga sebabnya. Yang utama dan pertama, apabila kurang yakin kepada Allah. Kedua, kurang yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Soalnya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan? Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak […]
Published on May 17, 2015 20:58
Pahrol Mohamad Juoi's Blog
- Pahrol Mohamad Juoi's profile
- 252 followers
Pahrol Mohamad Juoi isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
