Pahrol Mohamad Juoi's Blog, page 3
August 9, 2016
Seminar Didiklah Dari Hati : 27 Ogos 2016
Jom sertai Seminar Didiklah dari hati pada Sabtu 27 Ogos 2016 di UTM KL Jalan Semarak. Seminar bermodul sebagaimana yang biasa dijalankan untuk organisasi. Siapa patut hadir ?? Pasangan Suami Isteri Bakal menjadi suami atau isteri Pemimpin keluarga, organisasi dan masyarakat Mahasiswa/siswi Pencari Ilmu RINGKASAN MODUL Memimpin Dari Hati Memaparkan peranan hati dalam dalam mengawal keperibadian […]
Published on August 09, 2016 00:21
April 4, 2016
REHAT DAN RAWATLAH HATI MU…
Bahagian penutup daripada buku R&R HATI (MUDA BUKAN SEKALI): Seperti jasad lahir yang perlu makanan, hati juga perlukan makanan. Makanan hati ialah zikrullah (ingat Allah). Tanpa zikrullah, hati akan kelaparan. Jasad yang tidak mendapat makanan, akan menjadi lemah, maka begitu juga hati apabila tidak berzikir, ia akan lemah. Hati […]
Published on April 04, 2016 23:41
March 23, 2016
March 18, 2016
March 2, 2016
BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA…
Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi. Hanya kita…hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini […]
Published on March 02, 2016 18:41
February 24, 2016
Hati, kaki dan kasut…
Kasut atau sepatu cuma alat, yang penting kaki. Kaki pun masih alat, yang penting hati. Apabila hati baik, insya-Allah kaki jadi baik. Apabila kaki baik, sepatu yang dipakainya akan digunakan untuk melakukan perkara yang baik-baik atau pergi ke tempat-tempat yang baik. Oleh itu nilai kasut bukan pada bahan apa diperbuat, atau secantik dan secanggih mana […]
Published on February 24, 2016 00:58
January 20, 2016
BAHAGIA ITU SATU JALAN BUKAN TUJUAN
Pagi itu seorang muda bertemu saya. Wajahnya kacak, perwatakannya amat menyenangkan. Telah agak lama saya mengenalinya. Dia seorang yang petah berceramah. Kemampuannya membaca al-Quran juga baik sekali. “Ustaz, saya ingin belajar daripada ustaz bagaimana membina kejayaan dalam hidup,” katanya sebaik sahaja memberi salam dan berjabat tangan. Saya tersenyum. “Mengapa kepada saya soalan […]
Published on January 20, 2016 22:49
December 29, 2015
MUSLIM VS SAMURAI
“Mengapa orang Jepun sukar menerima Islam?” tanya seorang ahli perniagaan yang juga merupakan kenalan baharu saya. “Benarkah begitu?” balas saya dengan pertanyaan juga. Saya tidak pasti sebenarnya. Apakah itu realiti atau sekadar andaian. Kali terakhir saya memijak bumi matahari terbit itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Dalam tempoh selama itu berbagai-bagai perubahan boleh berlaku. […]
Published on December 29, 2015 22:46
December 20, 2015
DUNIA MEMANG TIDAK ADIL!
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni. Mengapa […]
Published on December 20, 2015 15:43
November 29, 2015
SEORANG SUFI YANG ‘MENINGGAL’ DUNIA!
Dia punya kedudukan yang baik. Berharta orangnya. Sebagai ketua sebuah syarikat perniagaan yang maju, dia menjadi ikon kepada usahawan-usahawan Muslim yang lain. Namun sejak kebelakangan ini dia telah berubah. “Alhamdulillah aku tenang sekarang. Tiada kesibukan lagi. Aku tenang setenang-tenangnya.” “Bagaimana dengan orang sekelilingmu?” “Maksudmu?” “Pekerja-pekerja dan kakitangan syarikatmu,” jawab saya pendek. “Mengapa tiba-tiba kau […]
Published on November 29, 2015 15:21
Pahrol Mohamad Juoi's Blog
- Pahrol Mohamad Juoi's profile
- 252 followers
Pahrol Mohamad Juoi isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
