Pahrol Mohamad Juoi's Blog, page 8
June 3, 2014
DNA RASUAH…
“Hampir semua orang buat begitu…”
“Jika semua orang buat sekalipun, yang salah tetap salah,” balas saya.
Begitulah perbualan kami berdua tentang sikap curi tulang dan curi masa dalam kalangan pekerja di syarikat tersebut. Sikap melambat-lambatkan kerja, berehat bukan pada masanya dan bersembang-sembang kosong hampir menjadi budaya di situ.
“Lagipun itu hanya perkara kecil. Tidak perlu dibesar-besarkan,” kilasnya lagi.
“Mahu saya ceritakan perkara yang lebih kecil daripada itu?”
Tanpa menunggu anggukannya, saya mula bercerita. Cerita Khalifah Umar Abdul Aziz dengan anaknya. Satu malam anaknya datang ke tempat kerja ayahnya untuk menceritakan suatu masalah.
“Masalah negara atau keluarga?” tanya Umar Ibn Aziz.
“Masalah keluarga, ayah,” jawab anaknya.
“Jika demikian, padamkan lampu tempat kita bercakap ini.”
“Mengapa ayah?”
“Kerana duit membeli minyak bagi menyalakan lampu ini daripada duit negara. Duit rakyat. Bukan duit kita.”
Dia terdiam. Mula berfikir dan menghayati, agaknya. Harap saya begitulah. Sudah setengah jam kami berbincang mengenai ketirisan dan kebocoran yang melibatkan integriti di tempat kerja.
“Hanya beberapa titisan minyak… mengapa begitu sekali gementarnya khalifah?”
“Dia gementar dengan dosa.”
“Tetapi masih dosa kecil, bukan?”
“Dia bukan hanya melihat dosa tetapi kepada siapa dia berdosa. Dosa itu kepada Allah. Allah Maha Besar.”
“Allah yang Maha Pengampun.”
“Ya, Allah juga menegaskan kebaikan dan kejahatan sebesar zarah pun akan mendapat balasan.”
Lalu saya kongsikan satu hadis daripada seorang sahabat tentang rasa berdosa dalam kalangan manusia. “Sesungguhnya orang Mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung, yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata, ‘dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang.’” (Riwayat al-Bukhari)
“Oh, begitu. Kalau begitu beratlah… kita ni bukan setakat beberapa titisan minyak tetapi lebih daripada itu.”
“Itulah yang saya katakan tadi, kita perlu rasa berdosa. Dengan rasa itu kita terdorong untuk bertaubat dan berhenti melakukannya.”
“Itu sahaja?”
“Belum cukup sebenarnya. Kita perlu minta halal, minta maaf dan minta reda kepada siapa yang tipu, zalimi dan kita curi haknya. Maklumlah dosa curi tulang, curi masa dan tidak amanah ini melibatkan dosa kita dengan manusia. Syarat taubatnya tambah satu lagi berbanding dosa kita kepada Allah,” kata saya cuba menjelaskan.
Alhamdulillah, akhirnya dia berlembut. Sejak tadi perbualan kami jadi tegang sedikit kerana satu isu… isu babi!
Antara dua Dosa
Saya masih ingat bagaimana dia ‘mengamuk sakan’ apabila saya katakan dosa curi tulang, curi masa dan tidak amanah lebih berat daripada dosa ‘termakan’ DNA babi.
“Biar betul, babi haram di sisi Islam. Sosej bersalut usus babi dan coklat yang dicemari DNA babi ini mencabar keimanan kita!” bentaknya keras.
“Benar itu haram. Kita perlu jauhi. Tetapi saya membandingkan antara dua dosa. Dosa makan rasuah misalnya, lebih besar daripada makan babi,” jelas saya perlahan. Risau juga terjerat dalam emosi apabila berbincang soal-soal agama. Agama ini bersandarkan ilmu, bukan emosi.
“Apa sebabnya awak berani cakap begitu?”
“Dosa makan babi selalunya kerana umat Islam ‘termakan’. Maksudnya, bukan sengaja menempahnya. Kebanyakannya, kerana tidak segaja atau kurang teliti. Dalam syariat, jika kita bebuat dosa secara tidak sengaja, maka kedudukannya tidak berdosa.”
“Bezanya dengan rasuah?” tanyanya. Saya melihat dari reaksi mukanya dia sudah dapat ‘menangkap’ apa yang saya akan katakan. Cuma dia menunggu untuk menambah kepastian.
“Rasuah, curi masa dan culas bekerja ini adalah perbuatan yang memang disengajakan. Ini dosa yang sengaja. Malah adakalanya dirancang dan dilakukan dengan teliti tetapi tersembunyi.”
“Maksud awak dosa rasuah?”
“Ya, begitulah. Ia selalunya dibuat dengan teliti untuk menyembunyikan bukti. Dosa rasuah lebih besar dari dosa makan babi kerana, pertama, ia dibuat dengan sengaja. Kedua, rasuah adalah dosa yang melibatkan manusia. Ia adalah perbuatan khianat dan pecah amanah.”
“Pecah amanah itu sifat munafik kan?”
Saya cuma diam. Dia bukan minta pengesahan, hanya meluahkan.
“Tapi dosa makan babi akan mengotorkan hati. Bila hati kotor, kemahuan untuk melakukan kebaikan jadi lemah, keinginan melakukan kejahatan pula jadi tinggi. Begitu yang saya dengar dari ustaz-ustaz.”
“Itu juga yang saya dengar dari para asatizah kita. Tetapi saya juga mendapat maklumat dan ilmu, bahawa bukan sahaja ‘zat’ sesuatu makanan haram itu sahaja yang mengotorkan hati tetapi daripada mana sumber makanan itu juga mengotorkan hati.”
“Zat, sumber? Saya tidak berapa jelas,” akuinya terus-terang.
Pastikan Sumbernya Halal
“Misalnya, babi itu haram. Tetapi ayam juga boleh jadi haram… apabila cara mendapat ayam itu dengan mencuri, menipu dan sebagainya. Ketika itu, daging ayam sudah menjadi haram. Memakan daging ayam ini akan menggelapkan hati.”
“Wah, daging babi dengan daging curi sama-sama dosa!”
“Begitu juga dengan duit rasuah yang digunakan membeli makanan, pakaian, kereta, mendirikan rumah, melanjutkan pelajaran anak-anak, memulakan perniagaan, simpanan cucu cicit malah melakukan haji dan umrah. Semuanya haram. Makan babi sekali, dosanya terhenti. Tetapi makan rasuah, dosanya bertingkat-tingkat, berkembang dan berpanjangan.”
“Betul juga. Semasa saya remaja dulu, pernah saya tegur kawan yang mencuri ayam di kampung…” katanya membukan kisah lama.
“Menarik tu…” saya meraikan.
“Masa mereka hendak makan ayam curi tu mereka sembelih juga guna nama Allah. Takut tidak sah. Takut tidak halal. Pada hal, ayam itu ayam curi…”
Dia ketawa. Saya turut ketawa. Kejahilan kekadang melucukan namun tetap membahayakan.
Saya teringat cerita seorang sahabat yang pergi ke Bosnia Herzogovina suatu ketika dulu. Ketika kejahilan begitu mencengkam umat, pada ketika itulah tentera Serb mengganas. Satu hukuman atau didikan? Wallahua‘lam. Namun, menurut sahabat saya kejahilan sesetengah umat Islam ketika itu sangat menjengkelkan. Bayangkan, ada yang mula meminum keras dengan membaca bismillah…
Namun, dalam hati saya tersenyum. Ironinya, betapa ramai ketua keluarga yang ‘selesa’ membaca doa makan, ketika wang yang membeli keperluan hidupnya dari jenayah rasuah. Betapa ramai ketua keluarga dan masyarakat yang terus (kononnya) membuat pelbagai kebajikan dan kebaikan dengan dana yang dicemari rasuah!
iiiii
Melihat saya termenung panjang, dia cuba mengalih sedikit hala perbualan. “Susah juga prosedur untuk mengesan DNA babi dalam makanan. Ia perlukan kaedah yang begitu saintifik dan spesifik. Dengan mata kasar dan lidah biasa… sama sahaja makanan yang dicemari DNA babi dengan yang tidak dicemari babi.”
Saya mengangguk dan membalas, “ayam yang dibeli dengan duit halal dan duit rasuah sama juga rasanya. Malah, kalau kena cara masaknya, resipi dan bumbunya… ayam rasuah mungkin lebih enak.”
Saya masih dalam ‘mode’ dan ‘mood’ perbualan yang sama. Umat ini perlu meninggalkan yang haram bukan kerana adat atau kebiasaan nenek moyang. Benarkah kita tinggalkan babi dan anjing kerana iman dan Islam? Jika benar kerana iman dan Islam mengapa rasa jijik kita terhadap rasuah, judi, riba, dedah aurat, arak tidak sejijik kita terhadap babi dan anjing? Malah rasuah dan perkara-pekara haram itu seharusnya lebih dibenci daripada babi dan anjing.
Bayangkan, orang bukan Islam yang menilai agama ini mengikut pengamalan umatnya. Jika beginilah cara kita mengamalkan agama ini, tertarikkah mereka kepada ajaran Islam? Saya masih ingat, pesan ‘songsang’ seorang kawan di kampung kami dahulu. Kebetulan kampung kami bersebelahan kebun sayur milik kaum Cina. Katanya, “curi sayur Cina tidak mengapa, dia kafir…”
Ya, apa hendak dihairankan kejahilan semasa kecil yang dibuat secara kecil-kecilan. Sedangkan kini kejahilan yang besar-besaran sudah diamalkan secara sedar dan gah. Tiba-tiba satu rasa yang meluap-luap meruap di dalam dada. Tanpa dapat ditahan meluncur kata, “mungkin DNA rasuah lebih sukar dikesan.”
Mengesan DNA Rasuah
“Apa DNA rasuah?” sampuk teman bual saya yang masih di sebelah.
“Mungkin DNA rasuah lebih saintifik dan spesifik. Kerana itu ia lebih sukar dikesan. Masih ada yang tega, rela dan bangga membaham harta haram melalui jalan yang haram,” tegas saya.
“Wah, di mana makmal untuk mengesan DNA rasuah itu?”
“Dalam hati pada dada orang yang takutkan dosa dan neraka seperti Sayidina Abu Bakar dan Imam Syafi‘i,” tambah saya.
Lalu perbualan kami bersambung lagi, tentang cerita kemampuan figur muttaqin yang mampu mengesan DNA rasuah. Kisah Sayidina Abu Bakar memuntahkan susu yang masuk ke perutnya apabila disedari susu itu diperolehi daripada cara yang haram. Bagaimana cerita Imam Syfi‘i yang tidak makan kambing selama usia seekor kambing apabila diketahuinya seekor kambing untuk zakat sudah terlepas dan bercampur gaul dengan kambing-kambing lain.
Mereka berdua takut ‘termakan’ dan ‘memakan’. Tetapi kini umat ini hanya takut ‘termakan’ tetapi tidak takut ‘memakan’. Aneh, bukan?


May 31, 2014
Pendaftaran diBUKA : PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1
PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 akan dijalankan pada 23 dan 24 Ogos 2014 (Sabtu dan Ahad)
Pendaftaran dibuka sekarang. Klik disini untuk pendaftaran
Speaker utama: Ust Pahrol Mohd Juoi, Ust Hashim Ahmad dan Ust Muhammad Nasib Zawawi
Lain-lain Modul Lanjutan:
1. Mukmin Profesional Modul 2 (Lanjutan dari Modul 1):
Tarikh : 27 dan 28 Sept 2014. Pendaftaran dibuka sekarang: Klik disini
Senarai Peserta Modul 2: Klik disini
2. Mukmin Profesional Modul 3 (Lanjutan dari Modul 2):
Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014. Pendaftaran dibuka sekarang. Klik disini
Senarai Peserta Modul 3 : Klik disini
PENDAFTARAN/PERTANYAAN: 03-6141 3872/019-378 3100 (Pn Saadah/Ahmad)
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Apartment Suria, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.
Bil Peserta: Terhad 35 orang
Tarikh: 23 dan 24 Ogos. Sabtu dan Ahad. (2 hari program)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Yuran : RM400. Promosi Sekarang: RM300
Makan minum disediakan, 2x meal. Sarapan Pagi 10.30 am dan Makan Tengahari 12.30pm
GL, LO dan PSMB SBL Khas sila berhubung dgn Pn Saadah: 03-6141 3872
Penginapan tidak disediakan. Bagi yang ingin menginap boleh berhubung terus dengan bahagian penginapan @Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7873 6297.
Renungan bersama,
Untuk baiki dunia……..,
baiki manusia.
Untuk baiki manusia…….,
baiki hatinya.
Untuk baiki hatinya…….,
Isi keperluannya.
…..….Program ini
mengisi keperluan asasi
hati manusia………
Program mukmin profesional mengajak anda mengalami kehidupan bermodul dengan melihat kehidupan melalui pandangan mata yang keempat dan mampu mencetuskan perubahan, InsyaAllah.
Apabila kita dapat melihat dengan pandangan yang betul dan tepat, kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita dan sekeliling kita lebih baik dari semalam.
Program yang sesuai untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai bidang, yang berusaha untuk:
memberi ilmu pada akal, supaya ia tahu,
memberi keyakinan pada hati, supaya ia mahu
melatih nafsu, supaya ia mampu.
Mampu untuk berubah ke arah melihat dan menjadikan dunia disekeliling kita lebih baik dari sebelumnya. Dunia yang sentiasa dipenuhi dengan kebaikan. Dan segalanya bermula dengan diri sendiri.
Jadual Program.
Tarikh
Masa
23 Ogos
(Sabtu)
24 Ogos
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran
Hari Pertama
9.30
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.20 ptg
Tazkirah & Solat Zohor
Tazkirah & Solat Zohor
2.30
Visi & Misi
Hidup Mukmin
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
3.30
Rumusan & Majlis Penutup
4.00
Bersurai
Bersurai


April 23, 2014
DERHAKA DALAM CINTA
Aku ingin mengimbau kisah 15 tahun yang lalu. Begini kisahnya:
Matanya merah. Tangisannya jelas kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
“Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?”
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
“Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz…”
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
“Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat pada saya. Apa dosa saya ustaz…” katanya bertalu-talu, lebih sayu. Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
“Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi?” soal saya perlahan. Cuba mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan kami itu menghadiahkan keadaan ‘privacy’ yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat ‘meraikan’. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
“Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik!” katanya agak kuat.
“Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang menderita tetapi dia juga akan menderita.”
“Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa sangat menderita.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya,” siapa sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?”
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
“Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.”
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali bersuara, “saya mencintainya, sebab itulah saya ingin bersamanya.”
“Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki. Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan!” jawab saya. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
“Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada saya…”
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, “cinta itu membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintai.”
“Saya ingin terus bersamanya sampai mati!”
“Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup, jangan harap kesetiaan sampai ke mati.”
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, “ mengapa dia sanggup berbuat begitu? Kejam!”
“Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.”
“Ya. Dia memang kejam.”
“Kita pun tidak kurang kejam…”
“Ustaz tuduh saya kejam?”
“Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang kejam.”
“Mengapa pula?”
“Kita kejam kepada diri kita sendiri.”
“Bagaimana pula tu?”
“Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita sendiri!”
“Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta sesama manusia.”
“Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.”
“Mengapa?”
“Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”
“Ustaz saya ingatkan sekali lagi… saya bercakap tentang cinta manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar dicintai.”
“Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.”
“Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?”
“Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”
“Apa buktinya?”
“Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.”
“Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?”
“Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi dan mengampunkan.”
“Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah…” luahnya perlahan. Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
“Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa yang mencintai Allah, pasti berbalas… dan itulah keharmonian dalam bercinta.”
“Saya bercakap tentang cinta manusia…” dia terus mengingatkan saya.
“Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.”
“Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?”
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus menjelaskan, “cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!”
“Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia mengkhianatinya.”
“Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah, dendam dan kecewa…”
“Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,” nasihat saya.
“Mengapa harus saya lepaskan?”
“Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.”
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan berkali-kali.”
“Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,” bidasnya perlahan.
“Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai orang lain.”
“Bagaimana dengan sakitnya hati ini?”
“Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.”
“Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia bagaimana?”
“Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang mencintaiNya.”
“Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?”
“Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana saya nak jadi baik?”
“Dengan melakukan kebaikan…” ujar saya lembut. Syukur, kemarahan dan kesedihannya agak mula mereda.
“Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?”
“Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri. Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.”
“Dia juga lelaki baik?”
“Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.”
“Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.”
“Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri. Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran kemarahan dan dendam kita,” terang saya panjang lebar.
“Mungkinkah dia kembali?”
“Tidak mustahil jika cik juga kembali…”
“Saya kembali?”
“Ya, kembali kepada cinta Allah!”
Ya… itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
“Ini suami saya ustaz,” katanya memperkenalkan. Kami bersalaman.
“Ini?” tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di sisi mereka.
“Ini buah hati kami berdua,” kata suaminya sambil tersenyum. Kacak dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid… terus saya sujud syukur. Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu sekiranya dia nampak ‘hadiah’ yang telah Allah kurniakan sekarang.
Sungguh… hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!


April 13, 2014
RIBA SYMPOSIUM
March 24, 2014
Pendaftaran diBUKA : PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1
PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 akan dijalankan pada 23 dan 24 Ogos 2014 (Sabtu dan Ahad)
Pendaftaran dibuka sekarang. Klik disini untuk pendaftaran
Speaker utama: Ust Pahrol Mohd Juoi, Ust Hashim Ahmad dan Ust Muhammad Nasib Zawawi
Lain-lain Modul Lanjutan:
1. Mukmin Profesional Modul 2 (Lanjutan dari Modul 1):
Tarikh : 27 dan 28 Sept 2014. Pendaftaran dibuka sekarang: Klik disini
Senarai Peserta Modul 2: Klik disini
2. Mukmin Profesional Modul 3 (Lanjutan dari Modul 2):
Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014. Pendaftaran dibuka sekarang. Klik disini
Senarai Peserta Modul 3 : Klik disini
PENDAFTARAN/PERTANYAAN: 03-6141 3872/019-378 3100 (Pn Saadah/Ahmad)
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Apartment Suria, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.
Bil Peserta: Terhad 35 orang
Tarikh: 23 dan 24 Ogos. Sabtu dan Ahad. (2 hari program)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Makan minum disediakan, 2x meal. Sarapan Pagi 10.30 am dan Makan Tengahari 12.30pm
GL, LO dan PSMB SBL Khas sila berhubung dgn Pn Saadah: 03-6141 3872
Penginapan tidak disediakan. Bagi yang ingin menginap boleh berhubung terus dengan bahagian penginapan @Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7873 6297.
Renungan bersama,
Untuk baiki dunia……..,
baiki manusia.
Untuk baiki manusia…….,
baiki hatinya.
Untuk baiki hatinya…….,
Isi keperluannya.
…..….Program ini
mengisi keperluan asasi
hati manusia………
Program mukmin profesional mengajak anda mengalami kehidupan bermodul dengan melihat kehidupan melalui pandangan mata yang keempat dan mampu mencetuskan perubahan, InsyaAllah.
Apabila kita dapat melihat dengan pandangan yang betul dan tepat, kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita dan sekeliling kita lebih baik dari semalam.
Program yang sesuai untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai bidang, yang berusaha untuk:
memberi ilmu pada akal, supaya ia tahu,
memberi keyakinan pada hati, supaya ia mahu
melatih nafsu, supaya ia mampu.
Mampu untuk berubah ke arah melihat dan menjadikan dunia disekeliling kita lebih baik dari sebelumnya. Dunia yang sentiasa dipenuhi dengan kebaikan. Dan segalanya bermula dengan diri sendiri.
Jadual Program.
Tarikh
Masa
13 April
(Sabtu)
14 April
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran
Hari Pertama
9.30
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.20 ptg
Tazkirah & Solat Zohor
Tazkirah & Solat Zohor
2.30
Visi & Misi
Hidup Mukmin
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
3.30
Rumusan & Majlis Penutup
4.00
Bersurai
Bersurai


Pendaftaran ditutup/penuh : PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1
PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 akan dijalankan pada 23 dan 24 Ogos 2014 (Sabtu dan Ahad)
Pendaftaran ditutup/penuh. Terima kasih di atas sokongan anda.
Speaker utama: Ust Pahrol Mohd Juoi, Ust Hashim Ahmad dan Ust Muhammad Nasib Zawawi
Lain-lain Modul Lanjutan:
1. Mukmin Profesional Modul 2 (Lanjutan dari Modul 1):
Tarikh : 27 dan 28 Sept 2014. Pendaftaran dibuka sekarang: Klik disini
Senarai Peserta Modul 2: Klik disini
2. Mukmin Profesional Modul 3 (Lanjutan dari Modul 2):
Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014. Pendaftaran ditutup/Penuh
Senarai Peserta Modul 3 : Klik disini
PENDAFTARAN/PERTANYAAN: 03-6141 3872/019-378 3100 (Pn Saadah/Ahmad)
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Apartment Suria, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.
Bil Peserta: Terhad 35 orang
Tarikh: 23 dan 24 Ogos. Sabtu dan Ahad. (2 hari program)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Makan minum disediakan, 2x meal. Sarapan Pagi 10.30 am dan Makan Tengahari 12.30pm
GL, LO dan PSMB SBL Khas sila berhubung dgn Pn Saadah: 03-6141 3872
Penginapan tidak disediakan. Bagi yang ingin menginap boleh berhubung terus dengan bahagian penginapan @Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7873 6297.
Renungan bersama,
Untuk baiki dunia……..,
baiki manusia.
Untuk baiki manusia…….,
baiki hatinya.
Untuk baiki hatinya…….,
Isi keperluannya.
…..….Program ini
mengisi keperluan asasi
hati manusia………
Program mukmin profesional mengajak anda mengalami kehidupan bermodul dengan melihat kehidupan melalui pandangan mata yang keempat dan mampu mencetuskan perubahan, InsyaAllah.
Apabila kita dapat melihat dengan pandangan yang betul dan tepat, kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita dan sekeliling kita lebih baik dari semalam.
Program yang sesuai untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai bidang, yang berusaha untuk:
memberi ilmu pada akal, supaya ia tahu,
memberi keyakinan pada hati, supaya ia mahu
melatih nafsu, supaya ia mampu.
Mampu untuk berubah ke arah melihat dan menjadikan dunia disekeliling kita lebih baik dari sebelumnya. Dunia yang sentiasa dipenuhi dengan kebaikan. Dan segalanya bermula dengan diri sendiri.
Jadual Program.
Tarikh
Masa
13 April
(Sabtu)
14 April
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran
Hari Pertama
9.30
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.20 ptg
Tazkirah & Solat Zohor
Tazkirah & Solat Zohor
2.30
Visi & Misi
Hidup Mukmin
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
3.30
Rumusan & Majlis Penutup
4.00
Bersurai
Bersurai


Pendaftaran dibuka sekarang: PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1
PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 akan dijalankan pada 23 dan 24 Ogos 2014 (Sabtu dan Ahad)
Speaker utama: Ust Pahrol Mohd Juoi, Ust Hashim Ahmad dan Ust Muhammad Nasib Zawawi
Borang Pendaftaran : Klik disini
Borang Sponsored Program : Klik disini
PENDAFTARAN/PERTANYAAN: 03-6141 3872/019-378 3100 (Pn Saadah/Ahmad)
Yuran: RM400.00 seorang.
Pendaftaran Awal : RM300.00 seorang (tunai)
Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa, Apartment Suria, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.
Bil Peserta: Terhad 35 orang
Tarikh: 23 dan 24 Ogos. Sabtu dan Ahad. (2 hari program)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Makan minum disediakan, 2x meal. Sarapan Pagi 10.30 am dan Makan Tengahari 12.30pm
GL, LO dan PSMB SBL Khas sila berhubung dgn Pn Saadah: 03-6141 3872
Penginapan tidak disediakan. Bagi yang ingin menginap boleh berhubung terus dengan bahagian penginapan @Kompleks TH Kelana Jaya: 03-7873 6297.
Renungan bersama,
Untuk baiki dunia……..,
baiki manusia.
Untuk baiki manusia…….,
baiki hatinya.
Untuk baiki hatinya…….,
Isi keperluannya.
…..….Program ini
mengisi keperluan asasi
hati manusia………
Program mukmin profesional mengajak anda mengalami kehidupan bermodul dengan melihat kehidupan melalui pandangan mata yang keempat dan mampu mencetuskan perubahan, InsyaAllah.
Apabila kita dapat melihat dengan pandangan yang betul dan tepat, kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita dan sekeliling kita lebih baik dari semalam.
Program yang sesuai untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai bidang, yang berusaha untuk:
memberi ilmu pada akal, supaya ia tahu,
memberi keyakinan pada hati, supaya ia mahu
melatih nafsu, supaya ia mampu.
Mampu untuk berubah ke arah melihat dan menjadikan dunia disekeliling kita lebih baik dari sebelumnya. Dunia yang sentiasa dipenuhi dengan kebaikan. Dan segalanya bermula dengan diri sendiri.
Jadual Program.
Tarikh
Masa
13 April
(Sabtu)
14 April
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran
Hari Pertama
9.30
Mukmin Profesional
Peranan Niat Dalam Profesionalisme
10.45
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00
Celik Mata Hati
(Kesedaran Untuk
Merubah Sikap)
Pensejajaran Visi &
Misi Diri & Organisasi
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.20 ptg
Tazkirah & Solat Zohor
Tazkirah & Solat Zohor
2.30
Visi & Misi
Hidup Mukmin
Penghalang-penghalang
Dalam Hidup
3.30
Rumusan & Majlis Penutup
4.00
Bersurai
Bersurai


March 11, 2014
Makluman kepada peserta Modul 2 pada 15 dan 16 Mac 2014.
Assalamualaikum kepada peserta Program Umum Mukmin Profesional MODUL 2 pada 15 dan 16 Mac 2014.
InsyaAllah, program akan berjalan sepertimana yang dirancangkan.
Senarai Peserta dan Hotel berhampiran : KLIK DISINI
MODUL 2 adalah pelengkap bagi isi kandungan Buku Mukmin Profesional.
Modul yang pertama kali dibuka kepada UMUM.
Kepada bekas peserta Modul 1, anda boleh buat ulangkaji pembacaan buku Mukmin Profesional iaitu:
1. Membaca Bahagian Pertama dari mukasurat 1 sehingga mukasurat 98.
2. Membaca Bahagian Dua dari mukasurat 135 sehingga m/s 186 dan
3. Membaca Bahagian Dua dari Mukasurat 253 sehingga m/s 276.
Masa: 9.00am – 4.00pm (Sabtu dan Ahad).
Lokasi:Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Apartment Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. (Landmark: Kami berada di atas Pej Pos Malaysia Damansara Damai)
Peta Lokasi : Klik disini
Maklumat lanjut sila hubungi Ahmad 019 378 3100 / 03-6141 3872 (Admin)
Terima kasih di atas sokongan anda. Berjumpa nanti dihari program.
Objektif Modul 2: Perubahan
Peserta boleh:
1. Merasai betapa pentingnya melakukan perubahan untuk mencapai kejayaan.
2. Menjelaskan kenapa mereka mesti berubah, apa yang mahu diubah dan bagaimana hendak melakukan perubahan.
3. Menguatkan asas sistem keyakinan dan mengurangkan amalan yang negatif menerusi perubahan secara inside out.
4. Mendapat sumber kekuatan untuk konsisten berubah.
Tentatif Program Modul 2
Tarikh
Masa
15 Mac
(Sabtu)
16 Mac
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Ice Breaking
Ulangkaji Pembelajaran
Hari Pertama
9.30 pagi
Ulangkaji Modul 1
Mencari Bekalan Hidup
10.30 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Penentuan Arah Hidup
Dorongan Hidup
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Solat Zohor Berjemaah
Solat Zohor Berjemaah
2.00 ptg
2.30 ptg
Jalan Islam :
Tahap Dalam Kembara
Bermula Dengan
Satu Pengakhiran
3.30 ptg
Rumusan & Majlis Penutup &
Doa Penutup
4.00 ptg
Bersurai
Bersurai


March 9, 2014
Pasca Modul 3 pada 8 dan 9 Mac 2014
Tahniah kepada peserta Mukmin Profesional Modul 3 yang telah berjaya menamatkan program yang berjalan pada tarikh yang di rancangkan pada 8 dan 9 Mac 2014.
Senarai Peserta Modul 3: Sila klik disini
Tarikh Program akan datang (Pendaftaran dibuka sekarang)
Modul 1: 23-24 Ogos 2014
Modul 2: 27-28 Sept 2014
Modul 3: 18-19 Okt 2014
Masa: 9.00am – 4.00pm (Sabtu dan Ahad).
Lokasi:Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Apartment Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. (Landmark: Kami berada di atas Pej Pos Malaysia Damansara Damai)
Peta Lokasi : Klik disini
Maklumat lanjut sila hubungi Ahmad 019 378 3100 (Admin)
Terima kasih di atas sokongan anda. Berjumpa nanti dihari program.
Tentatif Program Modul 3
JADUAL PROGRAM
Mukmin Profesional Modul 3
Tarikh
Masa
8 Mac
(Sabtu)
9 Mac
(Ahad)
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Bengkel Kenal Diri
& Ulangkaji
Bengkel Solat :
Memahami Makna Bacaan
9.30 pagi
Acuan Allah
10.30 pagi
Minum Pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Iman :
Syarat Awal Pembentukan Diri
Bengkel Solat :
Rasa-rasa Dalam Solat
12.30 tgh
Makan Tengahari
Makan Tengahari
1.27 ptg
Solat Zohor Berjemaah
Solat Zohor Berjemaah
2.15 ptg
Penghayatan Ibadah :
What do’s & What don’ts
Bengkel Solat :
Kelakuan-kelakuan Dari Nilai Berdasarkan Solat
3.45 ptg
Rumusan & Majlis Penutup &
Doa Penutup
4.00 ptg
Bersurai
Bersurai
Maklumat Tambahan:
1. Sarapan pagi disediakan pada pukul 8.30 am dan 10.30am
2. Sila bawa pakaian solat
3. Bawa buku Nota Modul 1 dan Modul 2.


March 4, 2014
Modul 3 pada 8 dan 9 Mac 2014
Assalamualaikum kepada peserta Mukmin Profesional Modul 3. Program akan berjalan seperti tarikh yang di maklumkan iaitu pada 8 dan 9 Mac ini
Senarai Peserta Modul 3: Sila klik disini
Masa: 9.00am – 4.00pm (Sabtu dan Ahad).
Lokasi:Dewan Latihan Fitrah Perkasa, G102, Apartment Suria, PJU10/4C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. (Landmark: Kami berada di atas Pej Pos Malaysia Damansara Damai)
Peta Lokasi : Klik disini
Maklumat lanjut sila hubungi Ahmad 019 378 3100 (Admin)
Terima kasih di atas sokongan anda. Berjumpa nanti dihari program.


Pahrol Mohamad Juoi's Blog
- Pahrol Mohamad Juoi's profile
- 252 followers
