Syed Ahmad Fathi's Blog, page 22
December 19, 2019
Dilema Negara Islam
Statistik Negara Islam. SumberSejak kebelakangan ini, isu yang membabitkan agama Islam dan negara kita semakin hangat diperdebat oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia; baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam. Ada yang berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam atas alasan negara ini dibangunkan oleh majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam tetapi hanya meletakkan agama Islam ini sebagai agama rasmi negara. Persoalannya, sejauh mana boleh kita ukur definisi Islamnya sesebuah negara? Apakah dasar-dasar yang boleh kita lihat supaya boleh kita simpulkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam?
Pada umumnya, majoriti ahli sosiologi
berpendapat bahawa setiap tindak-tanduk dan keputusan harian yang dibuat
seseorang individu adalah secara tidak langsung dipengaruhi oleh kepercayaannya
sendiri. Di penghujung tahun 2001, ahli akademik seperti Bernard Lewis dan
Robert Barro telah berusaha untuk mengkaji hubung kait antara agama dan keadaan
ekonomi, perundangan, dan pembangunan sosial bagi sesebuah negara. Namun hasil kajian
tersebut tidak boleh dikatakan sebagai satu kesimpulan yang kukuh disebabkan
beberapa limitasi. Sebagai contoh, Islam dihukumi berdasarkan apa yang dibuat
oleh masyarakat Muslim dan bukan merujuk kepada ajaran Islam sebenar yang
berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Untuk menjawab persoalan ini, Prof. Hossein Askari, selaku pakar ekonomi dari Universiti George Washington telah menulis satu tesis yang bertajuk “How Islamic are Islamic Countries” pada 2010 untuk mengkaji kebarangkalian sesebuah negara dalam mengamalkan ajaran Islam dan sejauh mana negara itu mengamalkannya.
Sesetengah
berpendapat bahawa jika sesebuah negara itu mengenal pasti diri mereka sebagai
sebuah republik yang dibina atas ajaran agama yang khusus, maka negara tersebut
boleh dikatakan beridentiti agama itu sendiri. Misalnya seperti Iran, Pakistan
dan Arab Saudi yang dikatakan sebagai negara Islam kerana negara-negara ini
merupakan antara negara terawal yang terbentuk berdasarkan agama Islam.
Terdapat tujuh buah negara yang mengisytihar bahawa mereka adalah negara Islam
(Afghanistan, Bahrain, Iran, Mauritania, Oman, Pakistan, Yaman) dan dua belas
negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara (Algeria, Bangladesh, Mesir,
Iraq, Kuwait,Libya,
Malaysia, Maldives, Maroko, Qatar, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu).
Untuk mengkaji sejauh mana nilai keislaman di sesebuah negara, Prof. Askari telah menetapkan garis panduan yang dikenali sebagai Indeks Islamicity. Secara dasarnya, indeks ini dirangka berdasarkan dua panduan utama dalam ajaran Islam iaitu Al-Quran dan juga sunnah Nabi Muhammad SAW lalu dikembangkan lagi dengan mengambil juga Ijma’ para mujtahid dan juga Qiyas. Kompilasi indeks ini seterusnya digunakan untuk menilai beberapa aspek sesebuah negara seperti ekonomi, sistem cukai, sistem perbankan, pemansuhan kemiskinan, pengagihan pendapatan, sistem perundangan, pengurusan sumber semula jadi, code of conduct terhadap masyarakat bukan Islam, penjagaan anak dan hak manusia dan sivil bagi lelaki dan wanita.
Dengan berpandukan indeks tersebut, beliau telah mengkaji 208 buah negara yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan seperti negara berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah, negara OECD dan bukan OECD, negara OIC dan bukan OIC, dan negara Teluk Parsi.
Berikut adalah senarai 10 negara teratas yang menduduki carta Indeks Islamicity:
New ZealandLuxembourgIrelandIcelandFinlandDenmarkCanadaUnited KingdomAustraliaNetherland
Hasil
kajian tersebut amat memeranjatkan kerana tidak ada sebuah negara pun yang sinonim
sebagai sebuah negara Islam berada di tempat sepuluh teratas dengan Malaysia
berada di tempat ke-38. Jika anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan Arab
Saudi yang terkenal itu, ia berada di kedudukan lebih bawah di tempat ke-131.
Pada pandangan peribadi saya, hasil kajian Prof. Askari ini boleh dikatakan agak legit kerana kajiannya adalah berdasarkan ajaran Islam yang sangat umum dan tidak berat sebelah, bertepatan dengan cara hidup dan fitrah manusia sejagat. Persoalannya, mengapa hal sedemikian boleh berlaku? Adakah ini menunjukkan bahawa negara yang majoritinya bukan Islam mengamalkan ajaran dan didikan Islam lebih baik dari kita?
Sumber
Askari, Hossein (2010) “ How Islamic are Islamic Countries? ” (Global Economy Journal, Vol. 10, Issue 2)Askari, Hossein (2006) “ Middle East Oil Exporters: What Happened To Economic Development? ” (United Kingdom: Edward Elgar).Barro, Robert (2004) “ Spirit of Capitalism: Religion and Economic Development ”, Harvard Intl Review: ReligionIannaccone, Laurence R. (1998) “Introduction to the Economics of Religion”, (Journal of Economic Literature, Vol. 36, No.3).
December 15, 2019
Ada Apa Dengan Puisi?
A modern painting of Wallada by Jose Luis Munoz Luque. SourceAlhamdulillah, selepas berhasilnya buku yang dapat kami terbitkan pada awal bulan lalu, saya menunggu-nunggu kalau-kalau ada di kalangan sahabat dan pembaca untuk bertanya dan mengkritik apa sahaja yang terkandung di luar dan di dalam buku itu.
Tiada kritikan setakat ini, mungkin para pembeli masih belum habis membaca atau tidak tahu kepada siapa kritikan itu harus di kirimkan. Malah, muncul pula soalan-soalan yang secara jujurnya tidak saya duga yang diajukan kepada saya sendiri.
Ada sahabat yang bertanya, mengapa memilih puisi berbanding corak penulisan yang lain. Tiada jawapan yang ampuh yang dapat saya kembalikan yang setimpal kekuatan soalan itu. Lalu apa yang mampu saya katakan cuma mungkin belum ada rezeki untuk mencuba yang lain.
Namun dari perasaan saya yang mendalam ini, pertamanya bagi saya puisi ini begitu unik dan indah. Kadang kala ayat yang pendek dan semacam mudah itu mampu melahirkan bermacam perasaan di benak ribuan orang yang membacanya.
Saya ambil contoh petikan dari puisi Pablo Neruda :
“So I wait for you like a lonely house
till you will see me again and live in me.
Till then my windows ache.”
Pablo Neruda, Sonnet LXV
Kedua, bagi saya puisi ini mampu merapatkan jurang keterbatasan manusia sama ada dari segi jarak, waktu mahupun budaya. Pernahkah kita terfikir bagaimana tulisannya Rumi, seorang pemuisi Parsi yang hidup pada kurun ke 12, namun namanya masyhur di serata dunia hingga kini. Walaupun karyanya telah diolah bahasa ke bermacam bahasa, namun keindahan yang Rumi tinggalkan di bait-bait puisinya tetap utuh.
Puisi yang baik mampu meninggalkan kesan kepada pembacanya. Malah ia mampu melangkaui zaman dan waktu. Sebagai contoh karyawan terkenal seperti Dante, Shakespeare,, Hamka, Wallada al-Mustakfi masing-masing di ruang waktu yang berlainan namun yang pasti hari ini orang-orang memuji dan mencari tulisan-tulisan mereka.
December 6, 2019
Misteri Artifak Anglo-Saxon
Helmet Sutton HooPada tahun 1926, Frank dan Edith Pretty yang baru berkahwin pada ketika itu telah membeli sebidang tanah di Sutton Hoo yang terletak di selatan England. Sutton Hoo merupakan kawasan yang menggabungkan sebahagian tebing Sungai Deben, kawasan perkampungan kecil Suffolk dan sebahagian bandar kecil Woodbridge. Oleh kerana kedudukan geografinya yang strategik, kawasan ini telah dijadikan laluan masuk ke Anglia Timur di akhir zaman pemerintahan Rom pada kurun ke-5.
Penduduk setempat percaya bahawa Sutton Hoo ini mempunyai pelbagai kisah aneh termasuklah Edith Pretty sendiri. Selepas kematian suaminya pada tahun 1937, beliau mengambil keputusan untuk memulakan proses ekskavasi bersama pihak muzium Ipswich.
Basil Brown yang pada ketika itu merupakan pembantu ekskavasi muzium Ipswich telah bersetuju untuk bekerjasama dalam projek Edith Pretty. Pada mulanya Brown berpendapat bahawa artifak yang ada di kawasan itu mungkin sudah lama dijumpai dan dicuri oleh pemburu harta yang lain. Namun sangkaannya meleset. Pada 1939, beliau telah berjaya menemukan sebuah artifak kapal kayu sepanjang 80 kaki di sebuah kawasan ekskavasi yang dinamakan sebagai Tumulus One.
Basil BrownBerita itu turut menarik minat seorang ahli arkeologi, Charles Phillips dari Universiti Cambridge untuk turut serta mengkaji dengan lebih mendalam di kawasan itu. Hasil kajiannya menemukan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa tapak itu telah dicerobohi lebih awal oleh pemburu harta yang lain. Namun, sebahagian besar artifak masih kekal terpelihara.
Ahli arkeologi dari Universiti Cambridge, Charles Phillips di tapak Tumulus OneSebanyak 263 artifak yang terdiri daripada senjata perang, barangan perak dan syiling emas telah berjaya di temukan. Namun, artifak yang paling menarik perhatian pelbagai pihak ketika itu adalah sebuah helmet yang unik, yang tidak pernah ditemukan di tanah England sebelum itu. Kajian awal telah menyangkal teori yang mengatakan helmet itu adalah tinggalan orang Viking di England, tetapi ianya merupakan khazanah tinggalan kerajaan lama Anglo-Saxon, iaitu masyarakat yang berhijrah dan mendiami kawasan Britain pada kurun ke-5.
Helmet Sutton Hoo itu menjadi lambang kemegahan rakyat Britain. Edith Pretty telah menyerahkan penemuan yang berharga itu kepada Muzium British di London. Untuk memastikan artifak itu selamat semasa perang dunia kedua, ia telah disimpan dengan rapi di dalam sistem kereta api bawah tanah di London.
Sejak dari penemuan itu, kawasan Sutton Hoo telah dikaji dengan lebih meluas oleh para pengkaji sejarah dan beberapa ekspedisi ekskavasi telah dijalankan. Pelbagai khazanah telah berjaya dijumpai. Bukan sahaja tinggalan kerajaan Anglo-Saxon, malah ada artifak yang dapat dirumuskan sebagai tinggalan Empayar Byzantine dan Timur Tengah. Ini memberikan pemahamam baru dalam merungkai hubungan perdagangan antara kerajaan Anglo-Saxon dan tanah besar Eropah.
Antara yang menarik dari penemuan di Sutton Hoo ini, ia seolah-olah mempunyai persamaan dengan sebuah puisi Inggeris lama yang dikarang pada kurun ke-8 yang bertajuk Beowulf. Puisi tersebut menceritakan tentang upacara pengebumian seorang wira berketurunan diraja Denmark bernama Scyld Scefing, yang disemadikan didalam kapal bersama harta-hartanya kerana mengikut kepercayaan mereka, seseorang itu perlu disemadikan bersama alatan dan harta untuk mereka menempuhi kehidupan selepas mati. Namun, para pengkaji tidak bersetuju dengan teori itu kerana tidak ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan artifak yang di temukan dengan puisi lama itu.
Petikan puisi “Beowulf”Para pengkaji gagal menemukan bukti bahawa adanya manusia yang disemadikan bersama artifak kapal tersebut ekoran keadaan struktur tanahnya yang berasid tinggi yang mungkin telah melenyapkan sebarang bukti. Namun, satu teori muncul mengatakan bahawa tinggalan khazanah tersebut mungkin kepunyaan Raja Rædwald yang merupakan pemerintah Anglia Timur berdasarkan garis masa pemerintahannya yang bertepatan dengan usia khazanah tersebut.
Para sejarahwan tidak menolak teori tersebut walaupun Raja Rædwald merupakan pemerintah Anglia yang pertama menerima ajaran Kristian, bercanggahan dengan artifak-artifak yang ditemukan yang penuh dengan ciri-ciri paganisme. Mereka bersepakat bahawa pada watu itu, tradisi pagan Eropah sedang mengalami transformasi ke arah dunia baru Kristianiti. Namun, pemilik asal helmet Sutton Hoo ini kekal menjadi misteri hingga kini.
.easingslider-887 { max-width: 640px; }.easingslider-887 .easingslider-image { max-height: 400px; max-width: 640px; }.easingslider-887 .easingslider-fade-in, .easingslider-fade-out { -webkit-animation-duration: 400ms; -moz-animation-duration: 400ms; animation-duration: 400ms; }





November 1, 2019
Lost Islamic History

Reading history book is much more easier than reading economic or political science book, that I must say. Much of this, I think, is the human inclination toward stories rather than abstract theories, rhetoric, and argument. It took me just 11 days to finish Firas Alkhateeb’s book Lost Islamic History: Reclaiming Muslim Civilization from the Past.
To compress 1400 years of history of Islamic civilization
into 274 pages is very hard, if not impossible. To do this, of course, you have
to pick and choose on what is important, what to be included, what to exclude
and what is history and what is not. This selection is exposed to the bias of individual
historian, all historian cannot escape from this dichotomy, Alkhateeb included.
Alkhateeb made ‘lost’ as a title to fill the gap that American textbook left about the Islamic history in their teaching of world’s history. So, for average Muslim, who received Islamic education, much of the book is pretty similar to what they were thought in school, especially on the early history about Prophet Muhammad and the first four caliphs. There are a lot of interesting stories, speculation, myth, but none were dealt in details as this work is a compression of 1400 years of history. But all in all, it was a pleasant read, one that spark your brain cell to have a long thinking.
Commenting on how Muslim scholar such as al-Razi and Ibn Sina contributing to the human knowledge, which further the studies of previous scholar such as Galen and Hippocrates, which was used to lay the pillar of modern medical science in the West, Alkhateeb dispelled the theory of ‘the clash of civilization’ stressing that civilization not only interact in aggressive and warring attitude. They also inspire each other and advance the work of each other in many fields in harmonious ways.
If there is one thing that is new from the book, at least
for the Muslim who are well versed with Islamic history, is that Alkhateeb is
successful in breaking the romanticized narrative of Islamic history. As we
often thought that across the time there were great unity among the Muslim, the
fall of one Islamic empire is succeeded by another, politely taking turns. This
was not the case. The division is bloody, especially after the killing of
Uthman, the third caliph. There are a lot of politicking and civil war, in fact
in the 900s, there were three dynasties claiming the caliphate: the Abbasids,
the Fatimids, and the Umayyads.
The saddest part of Islamic history may be the sacking of
Baghdad by the Mongols on 10 February 1258. Not only the population of
estimated 200,000 to 1 million was massacred, but the fall of Baghdad also
means that hundreds years of scholarship in the field of mathematics, science,
history, lost forever as the Mongols razed down the ancient institution of
House of Wisdom and dumped all the books into the Tigris River, turning the
river black with ink.
The story of Islam in Spain also were discussed, from my
point of view, in adequate detail, although the student of history might want
to find other sources which delve in it deeper. From the founding of Ummayyad
Caliphate of Al-Andalus by Abdul Rahman Al-Dakhil until the fall of the last
Muslim Kingdom in Granada under Muhammad XII, known as Boabdil by the Spaniards.
The most interesting part of that history is how the Berber Muslim of North
Africa frequently crossed the strait of Gibraltar to defend their Muslim brethrens,
first by the Murabitun, then by the Muwahhidun, but in the end the infighting
among the Muslim brought down the Muslim rule in the Iberian peninsula.
As a Malaysian, I chuckled a little bit as I read how Alkhateeb wrote the issue of how the Malay identify greatly their identity with Muslim identity. Not that it was wrong, it kind of funny to read how our culture were written in the international writing. He even quoted ‘masuk melayu’ the term given when someone embraced Islam with the meaning that he had enter the realm of the Malay. This issue actually very contentious at home, as the Muslim in Malaysia want their non-Muslim brother to understand that you can keep your culture even if you embraced Islam.
We often think that Mustafa Kamal, was the one responsible to secularized Turkey from their Islamic roots. But, the fact was it started much earlier, from the reign of Abdulmecid I (1839-1861) which brought in the era of Tanzimat or re-organization. During this era the legal code was changed from Shari’a to the French system in favour of a liberal and secular Western approach.
As the Islamic empire crumbled, the Muslim was instilled with nationalism, their land were carved under colonialism and imperialism. In the end they entered the modern world as individual nation states, much of which the boundaries of these new nation states was drawn by their previous colonial master. Ending his book, Alkhateeb noted that in this modern world, the Muslim now are in the cross road. To return to their former glory, some revivalist scholar preached that they need to return back to their faith, at the same time emerged a new class of scholar that preached that they should not return to the past but embraced the new ideals of the modern world. These two ideas are still contesting with each other, and their future will be determined by how this contest played out.
September 6, 2019
Introduction to Marx’s thinking by Paul D’Amato – Book Review

I was naive to think that I could
understand Marx’s thinking by simply picking up the Communist Manifesto out of
the blue and start reading it. Indeed, after this futile exercise several years
ago, I understand and remember nothing except for the call for workers to
unite, the last line of the manifesto.
Paul D’Amato did a brilliant job in
this title explaining to layman reader the essence of Marxist thinking. It is a
perfect place for any person to begin their journey to understand Marx’s
elaborated thinking. I discover the book some time ago when I asked myself a
question “If we gave everyone equal decent living wages to everyone, what will
be the motivation for people to work, innovate and use their creativity?” – I
landed on one of D’Amato writings on the net and discovered his book.
In his introduction, D’Amato exposes
the need to have an alternative thinking to solve various social issues. The raison
d’état for this need is the failing of capitalism – or the uncontrolled
mess created by modern capitalism to be inherited to future generation.
Capitalism created a huge gap between the rich and poor, often unbalance with
unimaginable wealth and great misery stood side-by-side. He gave a stark
example where per capita income of Sub-Saharan Africa stood at $490 whereas per
capita subsidy for European cow is $913.
Marx was heavily influenced by
Hegel’s philosophy, in fact he was considered a Young Hegelian during his early
years. Initially he considered the workers as a suffering being, not a shaper
of the world social condition. He still believed that change must come from
philosophy, not crude material struggle. But after witnessing French workers
commitment, workers strike in Britain, Germany, and France, Marx ceased to view
workers as a secondary component to social change.
Marx materialist method insist on
the importance of material change instead of only abstract value, ideologies,
or theories. In the absence of enough food, equality as a value means slow
death – an equality of suffering. Working class, now, viewed by Marx as active
agent for their own liberation. When he wrote that “The philosophers have
merely interpreted the world; the point, however, is to change it” he is not
saying that abstract ideas are meaningless, it is meaningless if its stay on
its own without any change on the physical and material ground, idea must
transform material changes in society to be considered useful.
Through this thinking materialist
rejected the idea that “people are poor because they are lazy, if they work
harder, they can become wealthy”, which suggested human has unrestricted
“free-will”. The fact is however, people were poor because of material
condition such as factories close, wages are low, or people fell ill and can’t
work. These all are material condition that can be change, its not a matter of
abstract theory.
Because Marx was heavily influenced
by Hegel, D’Amato discussed in adequate depth the concept of Hegelian
Dialectics, which I enjoyed very much. He discussed how the death of old idea,
and the birth of the new idea, is not separate and distinct, but one that
negate from the other, the old idea create a condition for a new idea to
emerge. Its like a plant which grew out from a seed, it grew into a new shape
and form, yet both are the same plant. Marx applied this Hegelian Dialectics with
materialism for social change. He viewed that the development of new society
only made possible with the abundant material produced by capitalism. In other
words, capitalism provided material condition to create a new socialist
society. For example, the efficiency of food production makes it possible to
eradicate hunger, the material condition exists, what’s needed is a new
distribution system.
Other than Hegel, the book also
discussed Thomas Hobbes in the chapter of Marxist view of history. Hobbes
stated that a state, separate from the society is needed as an alternative to
war. The state, in Hobbesian view, acted as referee that regulate social brawl,
regulate conflict between different parties within society to maintain order by
exerting its coercive force. But this view is flawed as it assumes that the
state could be neutral, in reality the state also had interest in every issue.
He explained how Marxist rejected this justification for power, stating that,
through the writing of Engels, that the concept of state came at the later part
of history and does not arise in the earlier time when the society exist in its
egalitarian and classless form.
The discussion on economics, or
Marxist economics was confined in one chapter in this book. It started with the
flawed mainstream economic models that cannot predict economic crises, the
mainstream economics dressed up themselves as “science” but it isn’t. He then
put forward the labor theory of value (LTV) which was the foundation of Marx’s
theory on capitalism. The theory supposed that value came from workers labor,
and to create profit, capitalist cannot simply mark-up the price because these
will cancel each other’s out in the commerce, they need to pay workers less
than what their labor produce, the surplus become profit. This is the core of
injustice towards workers, the book also discussed workers condition in company
such as UPS and Amazon where workers literally managed and treated like
“robots”.
In the capitalist system
“over-production” means that a product was overproduced and cannot be
profitably sell for profit. The supply and demand of overproduction does not
correspond to human needs. That is why we can have “grain-glut” yet millions of
people go hungry every year. India have 200 million malnourished people, yet
India export 5,000,000 metric tonnes of rice in 1995.
Socialism according two D’Amato was
possible and necessary for two main reason, one, the material abundance created
by capitalism. This abundance makes it possible for everyone to live with
dignity, without hunger, what socialist advocated is the distribution system
base on human need not greed. Two, is the periodic crisis brought by capitalism,
socialist advocate for a much more sustainable system, that is not based on
short term profit, but by long term sustainable planning. The systemic change
also possible, by the creation of a new set of people by capitalism, the
proletariat.
Revolution is not a fancy vacation.
Through out history it filled with blood, the question then is, can we reform
the system without revolution? Or change the system gradually within the bound
of constitution? D’Amato brought a wealth of historical example on the failure
of the “reformist” and “constitutionalist”. One of them is the killing of
Allende of Chile, he concluded that the ruling power will not give the key to
power and privilege easily, it needs to be wrestled. To make sure that the
power can be wrestled, the military must be on their side, and remain on their
side once they have the power, so that restructuring can be carried out without
falling back to the counter-revolution.
The history of Russian revolution
also was discussed, albeit somehow briefly. D’Amato take the readers on how the
Revolution was won, the tactics and strategies played out by Lenin and the
Bolsheviks, and also how the revolution was lost, degraded into autocratic
dictatorship of Stalinism. One of the strategies of Lenin was to never halt the
work even though if the organization was thrown into illegality, the work must
continue underground, according to the current condition, and resurface once
condition allowed. The Russian Revolution failed because of the lack of
material condition at that time, in order for socialism to succeed it needs
material abundance, something that Russia was lacking. This disadvantage put a
halt to the revolution from becoming, in Trotsky’s word “permanent revolution”,
that is revolution works permanently until all her aim achieved. Permanent
Revolution also means that it will not stop at national border, socialism
cannot survive when confined in a nation as an island surrounded by an ocean of
capitalism.
At the core of his argument, D’Amato
insist on the definition of socialism, it not about nationalization, but what
important is that workers control over production and distribution. What we
have today is abundance of produce but disproportionately distributed, the system
distributed product base one profit. Socialism on the other hand will base
their distribution on human needs. This distribution system can only be
achieved through internationalism, it cannot survive as island of socialism in
the middle of capitalist ocean, as the failing of Soviet Union has shown.
Quoting the English writer William
Morris on profit:
“It is profit which draws men into
enormous unmanageable aggregations called towns, for instance; profit which
crowds them up when they are there, into quarters without garden or open
spaces; profit which won’t take the most ordinary precautions against wrapping
a whole district in a cloud of sulfurous smoke; which turns beautiful river
into filthy sewers; which condemns all but the rich to live in houses
idiotically cramped and confined at best, and at the worst, in houses for whose
wretchedness there is no name.”
On Zionism, D’Amato is very clear
that the project is racist, but different from their South African counterpart,
Zionism goes further than just oppressing native population, it seeks the
removal of native Palestinian from their land to build exclusive Jewish state.
D’Amato dispelled Zionist propaganda that Palestine was “a land without a
people for a people without a land”. He also elaborated on the connection and
contact of Zionist leaders with the Nazis, as they share the same goal, the Nazis
want Europe without Jew, the Zionist want all Jew to fled Europe to resettled
in their new Jewish nation, both shared the same goal of “separation of Jews
from gentile”.
Finally, what does the future that
socialism seek to build?
D’Amato answered this with the words
from Eugene Debs “Production and distribution for all the people, collective
ownership of industries and their management, elimination of rent, profit, and
interest, the end of class rule, slavery, ignorance, poverty, cruelty, and
crime”. Socialism seek to abolish class, and with that it rendered the existence
of state as instrument of enforcement disappears. Whilst we may find that many
of the solution proposed is hard to churn, many would agree on the failing and
flaw of capitalism in structuring our modern society. We don’t have to be a Marxist
or socialist, but, we all need to work together to re-created a more just and
sustainable society.
August 3, 2019
Venom & beberapa perbahasan falsafah

Venom merupakan sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2018, ia adalah salah satu filem hasil adaptasi dari komik Marvel. Ia dilakonkan oleh Tom Hardy sebagai watak utama yang melakonkan watak seorang wartawan bernama Eddie Brock. Brock mendapat kuasa luarbiasa apabila sejenis makhluk asing yang dipanggil symbiote memasuki dirinya. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk memberi review berkenaan dengan filem ini, tetapi ingin membincangkan beberapa tema yang ada di dalam filem ini.
Penerokaan angkasa lepas
Dalam filem Venom, babak awal adalah berkenaan dengan kapal peneroka angkasa yang terhempas ketika pulang mendarat di bumi. Tema penerokaan angkasa lepas bukanlah sesuatu tema asing, malah ia kini sudah menjadi tema yang sangat tipikal. Namun tema ini sebenarnya sangat berkait dengan realiti. Ia merupakan sains fiksyen yang kini telah menjadi science fact. Antara penulis sains angkasa kegemaran saya adalah Carl Sagan, dan bukunya yang saya kira sangat padu adalah Pale Blue Dot. Sagan menyatakan bahawa manusia sememangnya dilahirkan sebagai pengembara, peneroka, wanderer. Sejak awal zaman, manusia berpindah-randah, meneroka lautan, padang pasir, gunung-ganang, dan kini, angkasa lepas. Bagi Sagan penerokaan angkasa bukan satu pilihan tetapi keperluan.
Pertambahan populasi bumi
Dalam satu babak, watak antagonis
Carlton Drake, yang dilakonkan oleh Riz Ahmed, menyatakan bahawa motivasinya
adalah untuk kebaikan bumi, perlunya mengawal populasi manusia. Ini juga
merupakan tema yang tidak asing, pastinya kita terfikir watak Thanos dalam
filem Avenger yang mempunyai motivasi yang sama. Jadi apakah status
perkembangan populasi dunia?
Sebenarnya pengawalan populasi wujud
dalam dunia realiti, walaupun mungkin bukanlah sekejam apa yang dilakukan Drake
atau Thanos. China sebagai contoh melaksanakan dasar 1 keluarga 1 anak bagi
mengawal populasi. Namun sekiranya anda mengikuti wacana populasi dunia,
terutamanya dari Prof. Hans Rosling, sebenarnya populasi manusia dibumi telah
mencapai pertumbuhan puncak pada tahun 1962 hingga 1963. Dan sejak sekitar
tahun 1990, sebenarnya pertumbuhan populasi manusia menurun setiap tahun.
Dualiti manusia
Terdapat banyak lagi tema menarik dalam filem Venom, seperti sifat dualiti manusia apabila Drake berbincang dengan Venom di dalam minda. Minda manusia merupakan satu entiti lain, kita sering berbincang (perbincangan ruh dan minda) di dalam diri, sesetengah orang memanggilnya monolog. Buku tulisan Eckhart Tolle, The Power of Now, banyak berbicara berkenaan sifat dualiti ini, sangat menarik jika anda berminat lebih lanjut.
Tema-tema lain
Banyak lagi tema yang ada didalam
filem ini seperti percintaan, persahabatan, pengorbanan, kesetiaan pada idea,
moral, etika, juga keberanian untuk mengambil risiko. Namun mungkin akan kita
perbahaskan dihari lain sekiranya kita mempunyai masa.
Elbakyan dan gerakan pembebasan progres sains

Walaupun kita sekarang hidup di
zaman sains moden, ada masalah kepada penerusan dan progres sains hari ini. Sebuah artikel yang ditulis oleh
Benjamin Kaube dalam portal The Guardian menyatakan masalah ini dengan menulis “para
saintis sepatutnya menyelesaikan masalah bukan bersusah payah untuk mengakses
jurnal”. Ya, masalah kepada sains moden hari ini adalah akses. Masalah ini
berpunca dari sistem penerbitan jurnal saintifik yang berpaksikan keuntungan,
sedangkan ilmu mempunyai konsep keuntungan yang lain, tidak seperti harta, ilmu
bertambah apabila dikongsi.
Bagaimana sistem keuntungan ini berfungsi? Penyelidik sentiasa perlu menerbitkan artikel untuk relevan di peringkat universiti – penyelidikan yang kebiasaannya menggunakan wang awam. Mereka akan menandatangani perjanjian untuk memberi hak cipta dan kerja mereka kepada penerbit secara percuma. Penerbit menghantar artikel untuk direview secara percuma oleh penyelidik lain. Hasil terbitan dijual semula kepada penyelidik dan universiti untuk akses.
Dengan sistem keuntungan penerbitan
saintifik, setiap penulisan perlu dibayar untuk akses, ini mencipta barrier
kepada penyelidik dari negara-negara kurang membangun untuk memajukan progres
penyelidikan mereka. Ia bukan sahaja
melambatkan proses pengembangan sains, ia juga menghalang penyelidik dari
mendapatkan bahan-bahan ilmu berkualiti bagi mengembangkan keilmuan.
Pada tahun 2011, seorang wanita muda
berusia 23 tahun bangun untuk melawan sistem ini. Beliau adalah Alexandra
Asanovna Elbakyan.
Beliau lahir di Kesatuan Soviet, yang kemudiannya menjadi sebuah negara bebas bernama Kazakhstan. Beliau merupakan lepasan dari Universiti Teknikal Nasional Kazakh dalam bidang sains komputer dan mahir dalam skil computer hacking. Beliau kemudian berkhidmat disebuah syarikat sekuriti komputer di Moscow sebelum ke Freiburg untuk mengikuti projek brain-computer interface, dan pernah menjadi intern di Institut Teknologi Georgia di Amerika Syarikat.
Elbakyan
sendiri merupakan penyelidik, beliau sendiri menghadapi masalah untuk mengakses
penulisan saintifik dan mendapati penyelidik sering meminta satu sama lain
dalam forum yang tidak efisien. Pada 5 September 2011 beliau melancarkan portal
Sci-Hub dimana penyelidik dapat mengakses 50 juta penulisan akademik tanpa sekatan
paywall secara percuma. Sci-Hub menjadi popular dengan cepat dikalangan
penyelidik dan menyebabkan kerugian
dianggarkan sebanyak 10 billion USD setiap tahun.
Sci-Hub
mendapatkan jurnal dari maklumat yang dibocorkan dan memberikan akses percuma
hampir dari semua penyelidikan akademik. Pada tahun 2015, penerbit penyelidikan
terbesar dunia, Elsevier menyaman Sci-Hub atas alasan hak cipta. Sci-Hub
disaman sekali lagi oleh Persatuan Kimia Amerika pada tahun 2017. Tindakan
undang-undang ini menyebabkan domain Sci-Hub di tutup, namun Sci-Hub berpindah
kepada satu domain ke satu domain yang lain dan terus kekal boleh diakses
hingga ke hari ini.
Sesetengah
orang membandingkan usaha beliau dengan karakter Robin Hood, beliau berkata
“Saya fikir ia bukanlah perumpamaan yang bagus, kerana apa yang dilakukan adalah
salah. Dan berkongsi buku dan jurnal penyelidikan bukanlah satu kesalahan”.
Sementara itu, beliau dianggap sebagai heroin oleh golongan yang mengadvokasi
akses percuma buat ilmu, Heather Joseph adalah salah seorang daripadanya, dia
berkata “Saya hargai usaha beliau, beliau menyinarkan cahaya kepada masalah
pada sistem kini yang tempang, universiti dan penyelidik memerlukan akses yang
mudah bagi membangunkan sains”.
Sehingga
sekarang, Elbakyan masih mengumpulkan artikel ke dalam database Sci-Hub bagi
kegunaan umat manusia secara percuma. Bagi pendokong progres sains beliau
adalah heroin manakala bagi penerbit yang ingin mengumpul keuntungan beliau
adalah penjenayah hak cipta. Kerana bimbang akan di ekstradisi, beliau kini
bersembunyi di lokasi rahsia.
July 8, 2019
Sekularisme dan Islamisasi Malaysia
Kemunculan Sekularisme Moden
Enlightenment Age, Gabriel LemonnierTeori sekularisme wujud apabila terjadinya cubaan pemisahan agama Kristian dari urusan harian oleh pemikir dan ahli falsafah Barat dan penolakan terhadap ajaran Taurat pada abad ke-18 (zaman pembaharuan Eropah). Sekularisme terus menular dengan pantas selepas negara Barat menyaksikan kemajuan sains dan teknologi yang dianggap lebih relevan dari ajaran dan pandangan gereja yang karut dan tidak masuk akal.
Namun begitu, agama-agama tetap berkembang bukan sahaja di kalangan negara Barat, malah di negara Timur, walaupun berhadapan dengan penentangan idea yang kuat dari kumpulan sekularis. Ini kerana agama masih lagi memainkan peranan penting demi memenuhi tuntutan rohani manusia.
Radikal Sekularisme
Menurut fahaman yang lebih radikal, sebarang bentuk kepercayaan dan agama perlu ditolak dari kehidupan kerana ia bertentangan dengan akal dan logik. Nilai agama perlu dipisahkan dari sistem pentadbiran dan pengurusan atas alasan agama mempunyai banyak nilai yang karut dan tidak masuk akal. Golongan sekularis ini seringkali membandingkan keadaan Eropah semasa Zaman Gelap yang penuh penindasan terhadap rakyat oleh Gereja yang mendapat sokongan penuh oleh raja-raja Eropah yang mendakwa menjadi wakil tuhan.
Pada sekitar tahun 1400M hingga 1800M, tiga Mahkamah Penyiasatan (Inquisition Court) telah ditubuhkan oleh tribunal Gereja Roman Katolik untuk menyiasat dan menghukum golongan yang dituduh menentang ideologi Gereja Katolik. Seramai 340,000 orang telah dihukum mati dan hampir 32,000 telah dibakar hidup-hidup, termasuklah ahli sains termasyhur seperti Jurdano Branos hanya kerana beliau memperkenalkan teori kewujudan planet-planet lain selain Bumi.
Begitu juga dengan Nicolaus Copernicus dengan idea di dalam bukunya yang bertajuk “On the Revolutions of the Celestial Spheres” (1543) yang mengatakan bahawa matahari adalah pusat bagi sistem solar dan bukannya bumi seperti mana ajaran Gereja Katolik. Idea yang sama diambil oleh Galileo Galilei lalu berkembang menjadi teori heliosentris yang mengatakan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari.
Teori ini di tentang hebat oleh Gereja Katolik pada masa itu kerana bertentangan dengan ajaran Kitab Bible yang menyatakan bahawa: “Tuhan telah menciptakan dunia ini, dan ia tidak boleh bergerak selama-lamanya” (Psalm 104:5). Akhirnya Galileo dihukum secara “Villa Arrest” hingga ke penghujung hayatnya selepas mengaku bersalah dan menarik balik teorinya.
Prinsip Sekularisme
George HolyoakeMenurut George Holyoake di dalam bukunya yang bertajuk “The Principle of Secularism” (1870), terdapat beberapa prisip utama yang di ketengahkan beliau yang menjadi panduan golongan sekularis hingga kini seperti :
Sains sebagai panduan hidup Manusia. Holyoake menyatakan bahawa hanya sains dan logik patut dijadikan panduan dalam kehidupan.Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan dan mengukur kebajikan manusia mengikut hukum utilitarian.Apa sahaja yang baik adalah baik untuk dilakukan sama ada mempunyai kebaikan atau tidak. Prinsip moral liberal untuk membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri.
George Holyoake dengan jelas berpendapat bahawa agama patut diasingkan. Beliau menegaskan bahawa kehidupan sosial dan agama merupakan dua perkara berbeza dan tidak mungkin boleh bergerak selari.
Sekularisme di Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1966Menurut kajian Haslinda Hasan (UM, 2000), di Malaysia, sekularisme telah dibawa masuk menerusi beberapa tahap sejarah tertentu. Antaranya ialah melalui penjajahan, kemerdekaan dan pemodenan. Tiga tahap sejarah ini adalah alat atau mekanisme utama sekularisme di Malaysia.
Hal yang berkaitan dengan agama merupakan isu yang besar dan sensitif di Malaysia kerana lebih dari 55 peratus rakyat di negara ini merupakan penganut agama Islam. Maka disebabkan itu, Islam dijadikan agama rasmi persekutuan atas kehendak majoriti orang Melayu yang disuarakan melalui UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha memerdekakan Malaya pada tahun 1957. Gagasan pembangkang masa itu yang dipimpin oleh Partai Rakyat Malaya (yang lebih berpengaruh daripada Parti Islam Se-Tanah Melayu PAS) juga tidak membantah. Namun, faktanya adalah Malaya tidak langsung di iktiraf sebagai sebuah kerajaan Islam. Atas faktor inilah yang menggerakkan sebahagian golongan konservatif Melayu yang mahu Malaya di jadikan sebagai sebuah kerajaan Islam.
Pengaruh Timur Tengah
Ulama Alam Melayu abad ke-20Era kebangkitan Islam yang berlaku di negara kita pada lewat 70-an berkait rapat dengan lahirnya golongan-golongan ilmuan dari Mesir, Pakistan, Syria, Tunisia dan beberapa negara dari Timur Tengah. Pada ketika itu, pengaruh penentangan masyarakat Arab dan Parsi terhadap kerajaan mereka semasa perang dingin sangat kuat dikalangan pelajar Melayu di sana. Mereka merasakan proses modenisasi telah mengabaikan nilai-nilai Islam. Apabila mereka pulang ke tanah air, maka bermulalah era kebangkitan Islam di negara ini.
Gerakan kebangkitan Islam di negara ini juga dipacu oleh fahaman Gerakan Islah yang berlaku di Timur Tengah yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Istilah pembaharuan agama atau Islah al-Din merujuk kepada pembaharuan cara berfikir dan cara hidup umat Islam.
Revolusi Iran 1972 juga menjadi faktor kebangkitan Islam secara global dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemikiran gerakan Islam di Malaysia seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-Asy’ari.
Proses Islamisasi Malaysia
Semasa proses Islamisasi pada awal 1980-an, PAS mengambil tindakan drastik dengan mengusir pemimpinnya, Datuk Asri Muda kerana dianggap sebagai pemimpin yang lemah dan tidak radikal. PAS ketika itu dilihat berubah dari parti politik yang berteraskan agama kepada parti nasionalis Melayu, lalu mengakibatkan PAS kehilangan sokongan orang ramai. Pada 1982, Dewan Ulamak PAS melantik Yusuf Rawa bagi menerajui kepimpinan PAS, sekali gus menyaksikan PAS kembali menjadi parti berteraskan agama yang lebih radikal.
Manakala UMNO juga mempunyai dasar Islamisasi tersendiri. Antaranya seperti konsep Islam Hadhari (Islamic Civilazation) yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi, prinsip wasatiyyah sebagai penghubung antara etnik berbilang kaum di Malaysia, Indeks Syariah Malaysia sebagai tanda ukur komitmen negara dalam mengurus tadbir berlandaskan prinsip Maqasid Syariah, dan terkini adalah hubungan kerjasama UMNO-PAS dibawah konsep penyatuan ummah.

Biarpun usaha penyatuan ummah antara UMNO dan PAS masih dalam fasa terlalu muda, namun tidak dinafikan bahawa kerjasama ini merupakan satu sejarah baru dalam dunia politik Malaysia khususnya buat orang Melayu. Mahupun begitu, penyatuan ummah ini juga tidak akan mengabaikan kuasa politik bukan Melayu seperti MCA dan MIC dari komponen Barisan Nasional dan juga Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang terdiri dari ahli bukan Melayu.
Jalan Terbaik
Sistem demokrasi Malaysia tidak perlu diselarikan dengan sekularisme dengan apa jua alasan sekali pun. Prinsip sekularisme ini bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah penindasan dan perpecahan rakyat yang sering diperkatakan, malah ideologinya tidak akan pernah sesuai untuk kebanyakkan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Kita tidak mahu nasib anak bangsa dicaturkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi. Apa yang kita perlukan adalah dasar penyatuan pada skala yang lebih besar yang bukan sahaja melibatkan orang Melayu, malah seluruh etnik dan bangsa yang lain dengan berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan sosio-politik Malaysia.
June 27, 2019
Durian Mas Hajah Hasmah
Credit – ButterkicapAwal pagi tadi aku menerima satu notifikasi link Facebook dari Ajo The Stroller. Aku ingat update pasal kebun dia tapi ini lagi true punya informatif ; sejarah durian.
Masa aku berbual dengan Ajo di telefon tempoh hari, beliau ada memberitahu aku berkenaan hal durian IOI. Katanya durian ni pahit-pahit manis dan sedap. Jadi, secara kebetulan semalam aku ke pasar malam Kelang Lama. Ada seorang pakcik dengan anak lelakinya yang menjual durian pelbagai gred yang bagi aku selalunya susah nak jumpa di kawasan sekitar Kulim ni. Jadi aku pun cuba sebiji durian IOI yang Ajo sarankan tu. Ternyata rasanya sama seperti apa yang Ajo bagitahu. Tahulah aku yang Ajo ini merupakan pemuda yang jujur dan benci berkata dusta.
Apakah sebenarnya durian IOI ini?
Dari mana pula asal usul dan susur galurnya?
Mengikut link yang aku terima dari Ajo, hasil posting dari Khairul Azri ni, ianya ringkas menunjukkan siapa dan bagaimana terhasilnya baka durian IOI yang terkenal ini.
Hajah Hasmah Haji Hashim
Pendaftaran baka D168 (Durian Mas) oleh Hajah HasmahBaka durian D168 ataupun lebih mesra dikenali dengan nama durian IOI ini telah didaftarkan pada tahun 1989 oleh Hajah Hasmah Haji Hashim dari Muar, Johor. Aku yakin yang Hajah Hasmah ini bukanlah pengusaha durian yang calang-calang, malah beliau merupakan inventor dalam penghasilan baka durian.
Apa yang menariknya dengan durian D168 ini, ia mempunyai isi yang tebal berwarna kuning ke-orenan. Bagi aku, apa yang membuatkan durian jenis ini begitu unik adalah rasa pahit di hujungnya yang kalau kita tahu, ada sesetengah penggemar durian diluar sana mahukan rasa manis dan pahit pada isi durian. Bak kata pakcik yang jual semalam :
Ada manisnya dan ada pahitnya ; sedang-sedang belaka.
Pakcik Durian, Kelang Lama
Foto lama durian mas (D168)Kepada yang membaca dan curious, bolehlah pergi cari dan cuba sendiri sementara musim durian masih ada.
June 26, 2019
Mematah Monopoli Musang King
-BernamaSemalam aku berbual panjang di telefon dengan Ajo The Stroller, sahabat lama dari Klang. Aku kenal Ajo ni pada tahun 2013, bila aku mula bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Pulau Indah, Klang.
Seingat aku, beberapa bulan lepas kami ada berbual mengenai hal cucuk tanam. Ceritanya, aku cuba untuk offer Ajo ni kerja di company aku tapi ditolak mentah sebab katanya dia ada wawasan baru – nak jadi petani moden. Jadi, semalam agak lama juga kami berbual tentang hal industri pertanian ni.
Ajo ada bagitau aku yang dia dalam proses untuk menyewa tanah seluas 10 ekar di Jerantut untuk dijadikan dusun durian. Katanya nak tanam Musang King. Katanya dalam satu ekar tanah boleh memuatkan hampir 40-50 pokok dan setiap pokok mengeluarkan hasil purata dalam 50 biji. Jika dikira secara mudah, tanah berkeluasan 10 ekar mampu menampung hampir 500 pokok durian dengan anggaran hasil sebanyak 250,000 biji durian setiap kali musim durian.
Bagi aku yang tidak tahu menahu dalam hal durian ni memang nampak mudah. Tapi aku yakin yang proses untuk menunggu pokok matang, dan kos untuk membangunkan dusun berkeluasan 10 ekar begitu sudah pasti penuh dugaan dan cabaran.
Lepas tu aku bertanya soal marketing dan jangkaan pendapatan. Jawapan yang diberikan Ajo sangat memeranjatkan aku. Katanya dia bercadang untuk mengurangkan RM 10 dari harga pasaran. Contohnya kalau harga Musang King jatuh pada harga RM 30 sekilo, Ajo akan jual RM 20 sekilo. Bila ditanya apakah rasionalnya strategi marketing macam tu, dengan yakin Ajo menjawab
Ajo, 2019
Aku nak patahkan monopoli harga durian yang dah berzaman ni supaya orang kampung boleh beli Musang King tanpa beban”
Memang padu. Kalau makwe-makwe Klang dengar, nescaya Ajo akan merajai hati mereka dengan begitu mudah. Syabas Ajo The Stroller dan semoga terus maju jaya!


