Syed Ahmad Fathi's Blog, page 12

November 15, 2021

Pemuda & Islam Hari Ini

Apa khabar umat Islam hari ini? Sering kali kita mendengar bahawa Islam hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tertindas. Jadi mari kita perhalusi persoalan ini.

Pertama, mari kita tinjau soalan ini dari perspektif kekuasaan politik. Hari ini sistem politik dunia (world order) adalah berdasarkan negara bangsa (nation state). Dalam sistem ini, ada negara-negara yang mengakui bahawa mereka merupakan negara Islam, contohnya Iran, Pakistan, dan yang terbaru Afghanistan. Malah negara kita sendiri, Malaysia, mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Jadi kita boleh katakan bahawa ada sesetengah tempat di mana Islam mempunyai kekuasaan politik.

Bagaimana pula dengan keadaan ekonomi? Ada sesetengah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam yang sangat miskin dari sudut ekonomi, sehingga kerajaan mereka tidak mampu membantu rakyat, malah ada sesetengah kawasan yang tidak berkerajaan (failed state), contohnya Libya. Negara-negara ini bergantung kepada bantuan-bantuan masyarakat antarabangsa bagi membantu rakyat mereka meneruskan hidup. Situasi ini dapat kita lihat contohnya di Somalia dan Yaman. Tetapi ada juga negara yang secara relatifnya dari negara-negara yang kita sebutkan tadi, merupakan negara yang mapan dari sudut ekonominya, seperti Turki, Qatar, dan sedikit sebanyak, negara kita, Malaysia.

Bagaimana pula dari sudut keamanan? Ada di sebahagian geografi, umat Islam tinggal dalam keadaan yang represif, sentiasa diancam oleh serangan dan penindasan. Kita boleh melihat perkara ini berlaku di Syria, Palestin, dan Turkistan Timur (Xinjiang). Manakala di sebahagian besar dunia Islam yang lain, umat Islam dapat hidup dengan bebas dan aman, dapat bekerja mencari kehidupan, dapat belajar untuk meningkatkan diri, dan dapat mengamalkan agama mereka.

Jadi, kembali pada persoalan awal kita tadi, apa khabar umat Islam hari ini? Jawapannya bergantung kepada bahagian geografi mana kita ajukan soalan tersebut. Namun, secara umumnya, kita boleh katakan bahawa terdapat banyak masalah yang berlaku dalam umat Islam pada hari ini. Termasuklah kemiskinan, kemunduran, peperangan, dan juga penindasan. Namun menurut Muhammad Ahmad Ar-Rashid dalam kitabnya Al-Muntalaq, segala masalah ini bukanlah bermakna sinar Islam bakal berakhir di muka bumi ini. Pada pandangan beliau apa yang berlaku hanyalah gerhana bukan tenggelamnya matahari.

Ciri Pemuda yang Diperlukan Menurut Hassan Al-Banna

Jadi sebagai pemuda dan pemudi Islam pada hari ini, apakah peranan kita dalam memperbaiki keadaan umat pada hari ini?

Peranan kita sebagai pemuda adalah untuk menjayakan semula Islam di ke semua batas-batas geografi ini. Untuk kitu kita perlu mempunyai satu kefahaman yang jelas perihal semangat persaudaraan antara umat Islam di mana segala penindasan dan kesengsaraan saudara kita di tempat yang lain dirasai sebagai kesengsaraan yang menimpa diri kita sendiri. Untuk menjayakan kefahaman ini, menurut Imam Hassan Al-Banna dalam risalahnya Wahai Pemuda, perlu ada golongan yang boleh menjadi teras bagi pembangunan umat (core group).

Kata Imam Hassan Al-Banna “Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda”.

Jadi inilah empat ciri yang perlu ada pada diri kita, para pemuda untuk menjayakan semula Islam. Yang pertama adalah keyakinan pada kebenaran Islam, yakin bahawa Islam dapat memberikan penyelesain terhadap masalah-masalah manusia. Jika umat Islam sendiri tidak yakin akan kebenaran Islam, tidak yakin akan kemampuan Islam, siapakah lagi yang boleh kita harap untuk membangunkan umat yang sedang dilanda kelemahan dan perpecahan pada hari ini? Oleh itu pemudalah yang harus mempersiapkan diri dalam menjadi barisan hadapan memperbaiki umat.

Ciri yang kedua adalah kejujuran dan keikhlasan. Hal ini yang membezakan pemuda Islam dengan pemuda-pemuda gerakan lain. Pemuda Islam seharusnya ikhlas berjuang tanpa dipesongkan matlamat perjuangan untuk meraih perkara-perkara lain. Gerakan lain mungkin matlamatnya terbatas kepada objektif material dan dunia, sedangkan gerakan Islam perlu mempunyai matlamat yang lebih besar dan suci. Sekiranya ini tidak ada, sekiranya masing-masing mempunyai niat-niat peribadi dalam perjuangan, barisan perjuangan akan mudah rapuh, mudah dipecahkan musuh dan tidak bernafas panjang.

Selepas adanya niat yang ikhlas, pemuda harus mempunyai semangat yang tinggi. Semangat dan ketekalan ini merupakan bahan penting untuk mencapai kejayaan. Angela Duckworth, seorang ahli psikologi moden dalam kajiannya mendapati, ketekalan dan semangat itu lebih penting dari bakat dalam melahirkan sebuah kejayaan. Oleh itu, pemuda Islam perlu mempunyai semangat, kecekalan, dan ketekalan dalam memperjuangkan Islam. Perlu bersifat tahan lasak dan tidak mudah berputus asa. Perlu berani bangun semula setiap kali jatuh dari kegagalan. Semangat dan sifat tidak berputus asa ini akan membantu umat untuk bangkit semula dari keadaannya hari ini.

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Maka ini adalah ciri pemuda yang keempat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Perjuangan menuntut dari kita masa, tenaga, dan harta. Jika pemuda-pemuda Islam tidak mampu mengorbankan semua ini, tinggallah perjuangan itu sebagai retorik-retorik kosong, hanya slogan yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Apa yang kita yakini perlu diperjuangkan dengan amal dan tindakan. Seorang pemuda itu tidak boleh berdiam diri saat bangsanya dan umatnya berada dalam kelemahan. Sebaliknya dia akan mengetengahkan dirinya, dia akan memberikan dirinya untuk bekerja, bukan menunggu-nunggu orang lain untuk bekerja untuknya. Jika semua pemuda-pemuda Islam mempunyai sifat proaktif ini, sentiasa mahu ke hadapan mengisi kekosongan barisan Islam, kita akan melihat umat ini dapat bangkit semula dari kelemahan-kelemahannya.

Kepentingan Ilmu Dalam Membawa Cahaya Perubahan

Sesuatu perjuangan itu juga tidak dapat tertegak tanpa adanya ilmu. Perjuangan menegakkan Islam juga tidak terkecuali. Oleh itu pemuda Islam perlu menguasai bidang-bidang ilmu, di mana pun ilmu itu berada, mereka perlu bersedia untuk berangkat dan menguasainya. Prof. Syed Hussein Alatas pernah membincangkan akan falsafah ilmu dalam makalah beliau yang bertajuk Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Di dalamnya beliau menjernihkan kefahaman perihal falsafah ilmu. Beliau membetulkan fahaman salah di kalangan umat Islam bahawa ilmu itu terpisah kepada ilmu dunia dan akhirat. Sebaliknya menurut beliau semua ilmu itu adalah ilmu Allah, tiada pemisahan. Di dalam Al-Qur’an sendiri ayat-ayat perihal alam lebih banyak dari ayat-ayat perihal ibadah khusus. Islam mementingkan umatnya menguasai ilmu alam dan ilmu manusia, dan ilmu-ilmu ini tidak kurang pentingnya, bahkan ia adalah ilmu-ilmu agama menurut Islam, tiada pemisahan. Hari ini kita melihat orang-orang lain yang menguasai keilmuan. Malah nilai-nilai Islam juga dilihat lebih banyak berada di luar dari negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Syeikh Muhammad Abduh sebagai contoh. Selama tinggal di Perancis, beliau melihat negara itu begitu rapi, berdisiplin, dan bersih. Jauh berbeza dengan pemandangan di tanah kelahirannya, Mesir. Di Mesir, yang majoriti penduduknya adalah orang Islam, ternyata jauh tertinggal dibandingkan dengan Perancis, yang jumlah muslimnya sangat sedikit. Dari hal ini, ia mengatakan suatu perkataan yang cukup terkenal hingga hari ini. Ia berkata:

“Dzahabtu ilaa bilaad al-ghorbi, roaitu al-Islam wa lam aro al-muslimiin. Wa dzahabtu ilaa bilaad al-‘arobi, roaitu al-muslimiin, wa lam aro al-Islam”.

Bermaksud: “Aku pergi ke negara Barat, aku melihat Islam namun tidak melihat orang muslim. Dan aku pergi ke negara Arab, aku melihat orang muslim namun tidak melihat Islam”.

Oleh itu, pemuda-pemuda Islam perlu mencari ilmu serta memasyarakatkan ilmu tersebut di latar geografinya. Islam itu tidak boleh hanya tertinggal dalam nota-nota pelajaran mahasiswa Islam, tetapi hendaklah dibumikan di negara mereka. Pemuda-pemuda yang menuntut ilmu atau sering digelar sebagai mahasiswa Islam juga perlu mempelajari sejarah supaya kerja-kerja melakukan perubahan dapat dilakukan dengan berkesan, sejarah juga membantu kita mengenali diri agar kita mampu berfungsi dengan peranan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Maka inilah tugas pemuda Islam hari ini. Pertama ia perlu memahami ehwal dan permasaalahan umat bukan sekadar dalam batas geografi negerinya, tetapi dalam skala global. Pemuda Islam kemudian perlu berjuang membaiki keadaan umat dengan sifat-sifat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Mereka perlu beriman dan yakin dengan Islam, ikhlas dalam perjuangan, bersemangat dan tidak mudah putus asa, dan bersedia untuk berkorban tenaga, masa, dan harta mereka. Pemuda Islam juga perlulah melengkapkan dirinya dengan ilmu ke tahap yang paling tinggi, kerana tanpa ilmu tiada perjuangan yang bermakna boleh dicapai.

Klik di sini untuk mendownload artikel ini.

The post Pemuda & Islam Hari Ini appeared first on The Independent Insight.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 15, 2021 05:40

October 17, 2021

Sejarah Penulisan dan Periwayatan Kitab Perjanjian Baru

Saya sebenarnya sudah lama mengenali Bart D. Ehrman melalui video-video beliau di Youtube. Hampir semua syarahan, temubual, dan perdebatan beliau telah saya tontoni tanpa jemu. Malah hampir setiap hari saya mendengarnya. Mungkin syarahan beliau adalah syarahan kegemaran saya selepas Chomsky dan Zinn. Atas minat saya perihal syarahan-syarahan beliau, akhirnya saya membeli buku beliau yang bertajuk Misquoting Jesus: The Story Behind Who Changed the Bible and Why. Saya dapati gaya penulisan beliau sangat mirip dengan cara syarahan beliau, energetic, persuasive, passionate dan convincing. Saya hanya mengambil masa 10 hari untuk menghabiskan buku beliau, walhal ada buku yang saya masih baca sejak tahun lalu pun belum dihabiskan!

Beliau memulakan penulisannyadengan autobiografi, perjalanan peribadi beliau, bagaimana beliau masuk kedalam bidang kajian manuskrip perjanjian baru (New Testament studies)dengan fokus pada kritik tekstual (textual criticism). Perkara inibermula ketika remaja, apabila beliau merasa kekosongan hidup dan berjumpaseorang brother bernama Bruce. Bruce meyakinkan beliau kekosongan hidupyang dirasainya adalah kerana ketiadaan Jesus dalam dirinya. Bart kemudianmengikuti Bruce dan menjadi born again Christian, mengikuti aliranEvangelikal pekat yang percaya bahawa Bible adalah perkataan dari Tuhan tanpasebarang kesilapan (inerrant word of God).

Komitmen beliau terhadap Bibleini kemudian diteruskan dengan pengajian beliau di sebuah institusifundamentalis bernama Moody Bible Institute. Masih tidak berasa puas, beliaumenyambung pengajian ke institusi lebih tinggi di Wheaton dan kemudian di Princetonuntuk menguasai bahasa kuno Yunani bagi membolehkannya membaca Kitab PerjanjianBaru dalam bahasa asal mereka ditulis. Pengajian tinggi ini akhirnya membukamata Bart bahawa terdapat pelbagai kesilapan dan berbezaan antaramanuskrip-manuskrip Kitab Perjanjian Baru. Beliau akhirnya menukar fikiran dantidak lagi berpegang dengan fahaman fundamentalis evangelikal.


“The Bible began to appear to me as a very human book. Just as human scribes had copied, and changed, the text of scripture, so too had human authors originally written the texts of scripture. This was a human book from beginning to end”

Bart D. Ehrman. Misquoting Jesus. (Pg. 11)

Dalam menelusuri sejarah awal Kristian, Bart Ehrman mengemukakan bagaimana agama Kristian berbeza dari agama polytheist dan agama pagan pada zamannya dari sudut sifatnya yang bookish – menutamakan kitab (ahli kitab). Agama polytheist dan agama pagan tidak mempunyai doktrin moral dan etika seperti agama berpandukan kitab, bukan bermaksud mereka tidak bermoral atau tidak beretika tetapi moral dan etika bukan sebahagian dari agama tetapi dianggap sebahagian dari falsafah peribadi. Berbeza dengan Kristian, mereka tidak mempunyai “kod etika” atau “doktrin yang benar” tetapi agama pagan lebih memfokuskan tentang bagaimana untuk menyembah tuhan dengan berkorban dan acara ritual.

Selain Gospels (tulisan perihal kisah hidup Jesus), kebanyakan kandungan Kitab Perjanjian Baru adalah surat-surat yang ditulis Paul dan pemimpin awal Kristian kepada komuniti dan sesetengahnya kepada individu. Contohnya Galatians dan Corinthians (tempat), juga pada Philemon (individu). Masalah utama dengan Kitab Perjanjian Baru adalah ketiadaan manuskrip asal (autograf), sebaliknya apa yang ada adalah manuskrip-manuskrip terkemudian yang merupakan salinan beratus-ratus tahun selepas salinan asal ditulis. Dan salinan kepada salinan kepada salinan kepada salinan ini dipenuhi dengan kesilapan dan perbezaan. Untuk menyelesaikan masalah ini, scholar (cendiakawan) membuat penilaian kritis terhadap teks (textual criticism) sebagai cubaan untuk menentukan tulisan asal (original). Walau bagaimanapun perbezaan ini terlalu banyak sehingga sesetengah cendiakawan merasakan usaha untuk menentukan tulisan yang original ini tidak mungkin dicapai. Dalam kata lain tulisan asal ini telah hilang dan tidak lagi wujud.

Antara sejarah penulisan Kitab Perjanjian Baru yang diketengahkan oleh Ehrman adalah bagaimana Desiderius Erasmus menerbitkan edisi pertama Kitab ini dalam bahasa Yunani. Namun edisi Erasmus ini menimbulkan kontroversi kerana ia tidak mempunyai ayat penting dari 1 John (5:7-8) atau ayat yang lebih dikenali sebagai Johannine Comma. Ayat ini sangat penting kerana ia merupakan ayat penting untuk menjadi dalil kepada tiga tuhan (triune God) atau lebih dikenali sebagai doktrin triniti. Ayat ini tiada dalam kebanyakan manuskrip Yunani yang dirujuk oleh Erasmus oleh itu Erasmus tidak memasukkannya, tetapi ayat tersebut ada dalam manuskrip Vulgate dalam bahasa Latin. Erasmus berjanji akan memasukkan ayat tersebut pada edisi seterusnya dengan syarat pengkritiknya dapat memberikan manuskrip Yunani yang mempunyai Johannine Comma. Lalu pengkritiknya menterjemahkan ayat tersebut dari Latin, dan mencipta sebuah manuskrip Yunani baharu dan diserahkan pada Erasmus. Dari manuskrip yang dicipta ini, Erasmus memasukkan semula ayat tersebut pada edisi beliau yang baharu.

Kebanyakan kesilapan dari manuskrip-manuskrip yang ada adalah kesilapan kecil yang tidak disengajakan, hal ini disebabkan oleh scribes yang tidak fokus, tidak attentif, mengantuk, atau tersilap. Namun terdapat banyak perbezaan-perbezaan yang disengajakan. Dan para cendiakawan dan pengkaji secara majoritinya bersetuju bahawa teks asal telah diubah. Yang menjadi pertikaian cendiakawan adalah bacaan mana yang merupakan bacaan asal apabila membandingkan perbezaan bacaan dalam kalangan manuskrip ini.

Perubahan bacaan ini jugamenjadi perdebatan sentral dalam perpecahan Katolik dan Protestan. Oleh keranamanuskrip-manuskrip ini terdapat banyak masalah, scripture (kitab) tidakdapat dijadikan satu-satunya sumber agama tetapi ia perlu kepada panduan apostolictradition (autoriti Pope) hujah kelompok Katolik. Ini bertentangan denganpandangan golongan Protestan yang bergantung penuh pada kitab melalui konsep solascriptura. Richard Simon menkritik fahaman Protestan menulis:


“The great changes that have taken place in the manuscripts of the Bible…since the first originals were lost, completely destroy the principle of the Protestants…, who only consult these same manuscripts of the Bible in the form they are today. If the truth of religion had not lived on in the Church, it would not be safe to look for it now in books that have been subjected to so many changes and that in so many matters dependent on the will of the copyists”.

Richard Simon. MIsquoting Jesus. (Pg. 104)

Salah satu metodologi yang digunakan oleh cendiakawan dalam menentukan bacaan original adalah mengutamakan bacaan yang sukar. Logik dari metodologi ini adalah tendensi scribes untuk memudahkan bacaan apabila mereka menjumpai ayat yang sukar. Formulasi ini diasaskan oleh Johann Albrecht Bengel yang berbunyi “the more difficult reading is preferable to the easier one”. Antara doktrin utama Kristian adalah ketuhanan Jesus. Bart Ehrman membawakan kisah pengkajian cendiakawan bernama Johann J. Wettstein yang diberi akses untuk mengkaji antara manuskrip tertua iaitu Codex Alexandrinus di England. Kajian Wettstein mendapati ayat-ayat yang digunakan untuk dijadikan dalil ketuhanan Jesus secara tipikal mempunyai masalah teks (dalam kata lain, ayat-ayat ini telah diubahsuai). Apabila masalah ini diselesaikan menggunakan metodologi kritik teks, dalam kebanyakan kes bacaan sebenar tidak mengakui ketuhanan Jesus.

Pada pandangan Ehrman, kebanyakan naskah terjemahan Kitab Perjanjian Baru dalam bahasa Inggeris yang ada pada hari ini adalah berdasarkan teks yang salah. Teks yang salah ini menatijahkan tafsiran yang salah pula dibuat ke atasnya. Dalam kata lain, tafsiran yang dibuat tidak dapat menyampaikan maksud penulis asal. Antara motif perubahan teks ini adalah kerana terdapat perdebatan perihal teologi pada fasa permulaan agama Kristian dan scribes yang menyalin semula manuskrip ingin memastikan bahawa teks yang disalin menyokong teologi mereka. Perkara ini berlaku pada peringkat awal sebelum kemunculan scribes yang dilatih secara professional. Peringkat awal ini, iaitu pada abad ke-2 dan ke-3 permulaan agama Kristian, persoalan teologi masih belum konklusif (aliran yang boleh dianggap orthodoks belum wujud). Ada Kristian yang mengakui ke-Esa-an tuhan (hanya ada satu tuhan), ada yang mengakui adanya dua tuhan (tuhan perjanjian lama dan tuhan perjanjian baru), ada juga yang mengatakan tuhan itu ada 12 malah ada yang mengatakan ada 365 tuhan!

Bart Ehrman kemudian membawa pembaca menganalisa perubahan-perubahan yang dibuat bermotifkan teologi ini. Yang pertama adalah perubahan “anti-adoptionist”. Ada kelompok adoptionist yang mengatakan bahawa Jesus bukanlah tuhan tetapi manusia biasa yang diangkat (adopted) menjadi anak tuhan. Scribes menukar ayat-ayat yang menyokong fahaman adoptionist ini – oleh itu perubahan yang dilakukan ini ditermakan sebagai “anti-adoptionist”. Motif teologi perubahan teks seterusnya adalah perubahan “antidocetic”. Pengikut docetist berfahaman bahawa Jesus adalah keseluruhannya tuhan tapi dia kelihatan seolah-olah seperti manusia. Antara tokoh yang memegang pada fahaman ini adalah Marcion. (162-165) Motif perubahan disebabkan teologi yang terakhir adalah perubahan “anti-separationist”. Golongan separationist ini berfahaman bahawa Jesus terpecah kepada dua bentuk, satu, keseluruhannya adalah tuhan manakala bentuk yang kedua, keseluruhannya adalah manusia. Fahaman separationist ini dipegang oleh aliran Gnostic. Scribes membuat perubahan ke atas teks bagi melawan semua pandangan-pandangan teologi yang dirasakan tidak betul.

Selain motif teologi, ada juga perubahan-perubahan keatas teks yang dibuat berdasarkan faktor sosial. Motif sosial ini termasuklah fahaman untuk melimitasikan peranan wanita dalam gereja, penentangan ke atas kaum Yahudi yang dianggap “pembunuh tuhan” (Yahudi dipersalahkan kerana dikatakan berkonspirasi membunuh Jesus), dan penentangan terhadap musuh-musuh pagan.

Menurut pandangan Ehrman, Bible versi Raja James (King James Version) banyak bergantung kepada edisi Erasmus dimana Erasmus mengambil sumber dari satu manuskrip abad ke-12 yang merupakan manuskrip paling teruk berbanding manuskrip-manuskrip lain yang ada. Oleh sebab itu kebanyakan terjemahan moden berbeza dengan versi Raja James. Ehrman mengkritik golongan Kristian yang berpura-pura seolah-olah tiada masalah pada edisi Bible mereka, seolah-olah tuhan menurunkan kitab dalam bahasa Inggeris versi Raja James dan bukannya dalam bahasa asalnya iaitu Yunani. Bagi Ehrman, semua edisi mempunyai perkataan yang telah ditukar, malah ada tempat-tempat yang tidak dapat dipastikan apakah bacaaan asalnya.

Dalam kesimpulannya, Ehrman menyatakan perubahan pemikiran beliau terhadap scribes yang menukar perkataan-perkataan dalam Kitab Perjanjian Lama, beliau semakin kurang judgemental terhadap mereka apabila mengkaji dan memikir dengan lebih dalam permasaalahan. Bagi Ehrman, apabila kita membaca sesuatu teks, kita tidak dapat lari dari menafsirkan teks tersebut. Teks tidak dapat bercakap untuk dirinya, atau dalam bahasa lain, manusialah yang memberi makna kepada sesuatu teks. Hal ini dapat kita lihat dari penafsiran teks-teks yang ada. Contohnya teks agama. Teks yang sama ditafsirkan dengan berbeza bagi setiap pentafsir. Teks yang sama juga boleh melahirkan pelbagai pemikiran, mazhab dan ideologi yang berbeza.

Buku ini sememangnya ditulisdengan gaya yang mudah dan seronok dibaca walaupun pada asasnya ia membahaskantopik yang akademik dan ilmiah. Mungkin inilah kelebihan Bart Ehrman berbandingcendiakawan-cendiakawan lain dalam bidang kajian yang mengkaji Kitab PerjanjianBaru. Walaupun dari sudut isi, apa yang diceritakan beliau bukanlah satu faktayang baru tetapi fakta yang telah lama diketahui oleh pengkaji dan cendiakawan.Gaya penulisan dan persembahan yang membuatkan karya beliau berbeza danmendapat sambutan yang luar biasa. Buku ini sudah pasti akan menukar pandangananda pada Kitab Perjanjian Baru dan membuatkan anda untuk mencari lebih banyakbuku-buku tulisan beliau.

The post Sejarah Penulisan dan Periwayatan Kitab Perjanjian Baru appeared first on The Independent Insight.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2021 09:22

September 17, 2021

Runtuhnya Kesultanan Taosug

Kebanyakansejarah yang ditulis dan dipelajari oleh kita sejak sekolah merupakan sejarahyang berkontekskan negara. Ianya ditulis kebanyakannya untuk membangkitkansemangat patriotik dan cintakan negara. Namun sebenarnya konsep negara modenatau negara bangsa yang kita fahami ini merupakan konsep yang sangat baharujika dibandingkan dengan tempoh sejarah yang direkodkan. Malah sejarah itusebenarnya lebih jauh ke belakang, kebanyakannya tidak direkod, memorinyahilang ditelan zaman.

Oleh itu menulis sejarah dalam perspektif negara bangsa moden kadangkala merupakan perspektif yang silap, kerana dalam kebanyakan sejarah yang panjang negara bangsa moden itu tidak wujud (atau belum wujud), jadi konteks tersebut juga tidak wujud. Terdapat satu artikel yang menarik perihal hal ini yang ditulis oleh Mohammad Raduan bin Mohd Ariff dalam Jurnal Jabatan Pengajian Asia Tenggara (Jati) Bilangan Ke-2 yang diterbitkan pada Disember 1996 oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

MenurutRaduan, kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu merangkumibanyak pulau-pulau, ia tidak pernah didirikan secara eksklusif dalam satu pulausahaja. Pada zaman itu, bukan manusia sahaja yang berhijrah antara pulau-pulauyang ada, malah kerajaan juga berhijrah dalam dunia kepulauan. KerajaanSrivijaya contohnya berpindah ke Melaka dari Sumatra sebelum kemudiannyaberundur ke Johor Lama. Konsep negara bangsa moden menurut beliau adalahciptaan kuasa kolonial Eropah yang datang kemudian.

Artikel Raduan menganalisa Laut Sulu yang didiami oleh pelbagai bangsa seperti Taosug, Bajau, Samal, Magindanao, Maranao, Sangil, Yakan, Palawani, Jama Mapun, Melebuganon dan Melayu Brunei. Hasil laut dan hasil hutan dalam kepulauan ini merupakan sumber utama ekonomi bagi kerajaan Sulu yang diperintah oleh Kesultanan Taosug yang mendominasi bangsa-bangsa lain di Kepulauan Sulu. Bangsa-bangsa lain mempunyai kesultanan kecil namun mereka dikuasai oleh “Sultan of Sultans” iaitu orang Taosug yang berpengkalan di Jolo (hari ini dalam Filipina). Sultan pada ketika itu merupakan khalifah, imam, ketua angkatan perang, ketua undang-undang dan pengutip zakat. Sektor ekonomi ditadbir dari Rumah Bichara di Jolo. Mereka mempunyai kekuasaan penuh ke atas kawasan Timur Laut Borneo.

Sumberekonomi mereka pada ketika itu merupakan mutiara, cengkerang penyu, tripang,sarang burung, sirip ikan yu, dan rotan. Sumber-sumber dikumpulkan daripulau-pulau oleh penduduk setempat sebelum dieksport ke China. Bangsa Taosugmenguasai proses pengumpulan ini. Jolo merupakan pusat pedagangan penting,pedagang Eropah yang tidak dapat menembusi pasaran China pada ketika itu akanke Jolo untuk mendapatkan produk dari China. Dominasi Taosug ini akhirnya dipecahkanoleh gabungan kuasa kolonial Sepanyol, British dan Belanda. Ia dilakukanmelalui beberapa fasa.

Fasa pertama adalah dengan membina pelabuhan-pelabuhan baru untuk mengumpul hasil laut dan bumi untuk eksport ke China. Kemudian kuasa kolonial mula menyerang pelabuhan tentera Kesultanan Taosug. Pada tahun 1848, Sepanyol menyerang tentera laut Samal di Balangingi. Fasa seterusnya adalah sekatan yang dilakukan ke atas pelabuhan Jolo pada tahun 1872. Kebanyakan tentera laut Taosug dikejar di lautan dan dikalahkan. Jolo ditawan Sepanyol pada tahun 1876. Kejatuhan Kesultanan Taosug mengakhiri penguasaan mereka ke atas Laut Sulu dan Celebes yang mana tidak dapat dicapai semula oleh mereka sehingga ke hari ini.

Selepaskejatuhan ini, maka tanah jajahan dibahagikan antara kuasa-kuasa kolonial. KepulauanFilipina dikuasai Sepanyol, Kepulauan Indonesia dikuasai Belanda, manakalaBrunei dan Borneo Utara dikuasai British. Kuasa-kuasa kolonial bukan sahajamerubah lanskap politik Kepulauan Sulu, mereka juga mengubah struktur ekonomi.Jika hari ini Eropah mensyarahkan kepentingan memelihara ekosistem bumi kepadasemua negara di dunia, merekalah yang mengubah sistem ekonomi di Kepulauan Suludari pengumpulan hasil laut dan bumi kepada pembalakan dan tanaman monokulturbagi menampung keperluan industri Eropah. Hutan-hutan di kepulauan ini bukanlagi dikumpulkan hasilnya tetapi diteroka untuk pembalakan.

Di Utara Borneo, sistem pemerintahan sultan digantikan dengan pemerintahan Syarikat Borneo Utara. Hutan Borneo memberikan keuntungan yang lumayan kepada ekonomi kolonial. Pada tahun 1940 eksport balak dari Borneo Utara merupakan yang ketiga terbesar di seluruh empayar British dengan Sandakan sebagai pelabuhan utama. Kemusnahan yang dilakukan kuasa kolonial bukan sahaja pada alam sekitar dan penduduk setempat tetapi juga kepada kehidupan komuniti yang ada. Bandar-bandar baharu dibuka di kawasan pedalaman dan dibangunkan oleh imigran yang dibawa dari luar. Penduduk setempat tidak dilibatkan dalam perusahan ekonomi baharu, pada 1941 satu per tiga penduduk Borneo Utara adalah imigran.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2021 03:43

September 9, 2021

Kenapa Amerika Syarikat Gagal di Afghanistan?

U.S. Army Sgt. Jose Gonzalez, with Charlie Company, 4th Battalion, 23rd Infantry Regiment, gives snacks to Afghan children in Dagyan village, Helmand Province, Afghanistan, Feb. 21, 2010. (U.S. Air Force photo by Staff Sgt. Christine Jones/Released)

Saya membaca buku Imperial Hubris: Why the West is Losing the War on Terror tulisan Michael Scheuer sekitar tahun 2018, kira-kira tiga tahun yang lalu. Namun saya merasakan buku ini masih signifikan sehingga ke hari ini. Buku ini sebahagian besarnya membahaskan polisi luar Amerika Syarikat terutamanya perang terhadap keganasan “war on terror”, walaupun hari ini kita sudah mencapai satu era dimana Amerika sudah mengakhiri kebanyakan kempennya, Amerika telah berundur dari Iraq pada 2011, dan akhirnya Amerika telah berundur dari Afghanistan pada tahun ini. Pengunduran dari Afghanistan lebih teruk berbanding Iraq dan dianggap sebagai satu episod yang memalukan bagi Amerika di mana dunia melihatnya sebagai kekalahan. Di Iraq Amerika masih mengekalkan banyak tentera-tentera mereka yang mengawal lokasi strategik.

Tulisan kali ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama. Pertama kita akan berkenalan sedikit dengan penulis buku ini. Kedua, kita akan berbincang sedikit perihal latar belakang buku ini. Akhir sekali kita akan membahaskan isi-isi utama buku ini tentang sebab kegagalan Amerika Syarikat.

MichaelF. Scheuer

Scheuerdilahirkan di Buffalo, New York, dan menamatkan pengajian dalam bidang sejarahdari Canisius College pada 1974. Beliau mempunyai dua Masters dalam bidangsejarah dan hubungan antarabangsa dari Niagara University (1976) dan CarletonUniversity (1982). Beliau menerima Ph.D dari University of Manitoba (1986).Beliau berkhidmat bersama CIA selama 22 tahun dan pernah menjadi ketua kepadaunit Osama bin Laden. Selepas meletakkan jawatan dari CIA pada 2004, beliaumenjadi penganalisis dan pengulas politik. Beliau juga bersetuju dengan posisiMearsheimer perihal bagaimana lobi Israel terhadap Amerika memberikan kesanyang buruk terhadap Amerika sendiri.

LatarBelakang Buku

Bukuini pada asalnya diterbitkan secara anonymous pada tahun 2004, namun kemudianbeliau dikaitkan oleh masyarakat sebagai penulis. Setelah terdedah identitibeliau sebagai penulis, beliau meletakkan jawatan dari CIA. Buku ini jugapernah disebut oleh Osama bin Laden sendiri pada tahun 2007, dimana beliauberkata “if you would like to get to know some of the reasons for yourlosing of your war against us, then read the book of Michael Scheuer in thisregard.”

KeranaScheuer merupakan golongan inteligensia. Buku ini menganalisis kelemahanstrategi Amerika Syarikat dari perspektif perisikan walaupun beliauberhati-hati dan hanya menggunakan sumber-sumber yang bukan rahsia.

Apakah maksud tajuk buku ini dari sudut bahasa? Perkataan imperial, merupakan perkataan yang menggambarkan sifat berkenaan tentang sesuatu empayar. Dalam konteks buku ini empayar yang dimaksudkan adalah Empayar Amerika Syarikat. Perkataan hubris pula bermaksud perasaan terlebih bangga atau sifat terlebih yakin terhadap diri sendiri.

Perbahasan-PerbahasanSentral

Howard Zinn, seorang sejarawan ulung ada menyebut bahawa “you cannot be neutral on a moving train”. Oleh itu, buku ini sebenarnya ditulis bukanlah dari perspektif yang neutral, tetapi dari perspektif kepentingan Amerika Syarikat perihal mengapa mereka gagal di Iraq dan Afghanistan. Sebelum kita menghuraikan jawapan yang panjang, jawapan singkat terhadap persoalan ini adalah Amerika Syarikat tidak mempunyai objektif jelas yang boleh dicapai. Ia juga dilihat pada peringkat awal sebagai satu tindak balas bagi kepentingan politik dalaman Amerika Syarikat. Sekarang, mari kita terokai pula jawapan yang lebih panjang yang dihuraikan Michael Scheuer dalam buku beliau.

Scheuer merupakan sebahagian dari ahli komuniti inteligensia Amerika Syarikat dalam CIA dan beliau specialize dalam unit, beliau menggunakan ilmu dan kepakaran beliau dalam bidang ini untuk membahaskan sebab-sebab kegagalan Amerika Syarikat dan apakah pilihan yang ada buat Amerika untuk masa depan. Central thesis buku beliau adalah kebencian umat Islam terhadap Amerika dan sekutu Barat mereka bukanlah kerana nilai-nilai yang ada pada mereka seperti demokrasi, kerajaan pilihan rakyat, feminism, hak-hak wanita, atau campur aduk lelaki perempuan. Perkara-perkara ini mungkin ada pertentangan dengan nilai-nilai Islam, tetapi ia bukanlah sebab utama mengapa mereka meletupkan diri mereka untuk mencederakan Amerika dan Barat. Sebaliknya sebab sebenar adalah polisi-polisi yang spesifik seperti serangan dan penjajahan terhadap saudara se-Islam mereka, juga bantuan yang Barat berikan kepada tirani-tirani yang korup, juga sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kekejaman Israel keatas Palestin.

Beliaujuga mengkritik sikap Barat yang suka menyibuk dan mencampuri urusan umatIslam. Beliau menulis pada mukasurat 166:

“To make this so, we send forth U.S. diplomats, politicians, officials, and preachers to coercively persuade Muslims to Westernize the Koran and the Prophet’s traditions and sayings, especially the parts of the Islamic canon dealing with education, charitable giving, the non-separation of church and state, and manage an Islamic Reformation that makes Muslims secular like us, all this unfortunate, nonsensical talk about religious war will end and Muslim will be eager to keep God in the same kind of narrow locker in which the West is slowly asphyxiating Him”.

Sejakkemusnahan Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924 di tangan British, tidak ada suatukuasa pusat di dalam dunia Islam untuk mengishtiharkan Jihad. Jihad menjaditanggungjawab individu yang tidak memerlukan kebenaran dari satu kuasa pusat,apabila agama diserang ia menjadi tanggungjawab Muslim untuk mempertahankanagama menggunakan apa sahaja cara yang dia mampu lakukan.

Dalam perbahasan beliau tentang Afghanistan, Scheuer mengaitkan kesilapan Amerika dari kegagalannya untuk belajar dari sejarah. Sejarah-sejarah ini adalah apa yang beliau sebut sebagai “the checkable” yang mana ia perlu lakukan sebelum mereka menjajah Afghanistan. Bahan-bahan sejarah ini sangat banyak tetapi tidak dimanfaatkan. Amerika gagal belajar dari sejarah walaupun Amerika mempunyai 13-tahun pengalaman membantu Mujahideen Afghanistan mengalahkan Soviet Union. Kesilapan terbesar Amerika Syarikat adalah usahanya untuk membina sistem demokrasi sekular di Afghanistan, satu idea yang sangat asing dalam budaya masyarakat setempat di Afghanistan. Afghanistan mempunyai budaya perlawanan yang kuat terhadap kuasa-kuasa yang cuba menjajahnya, baik British, Soviet Union, mahupun Amerika, apabila kuasa asing ini telah pergi mereka akan berperang sesama sendiri. Bagi Scheuer, Amerika adalah naif kerana mereka berfikir mereka boleh menggunakan proksi mereka untuk melakukan kegiatan kotor mereka.

Tetapi ada juga analisa beliau yang pada pandangan saya merupakan satu generalisasi yang salah. Sebagai contoh beliau ada menyenaraikan kompilasi kemenangan-kemenangan Al-Qaeda yang bagi saya merupakan satu oversimplification. Kerana setiap perjuangan itu mempunyai konteks yang berbeza. Kaum Uighur melawan China untuk kebebasan budaya mereka dari cengkaman hegemoni komunis. Kaum Chechen menentang Rusia bagi kemerdekaan. Bangsa Palestin melawan Israel yang menjajah dan membersihkan etnik mereka. Walaupun mereka semua Muslim, mereka ada konteks perjuangan yang berbeza. Mereka berkongsi keimanan yang sama namun mereka punya matlamat perjuangan yang berbeza. Mengumpulkan mereka semua sebagai kemenangan Al-Qaeda adalah satu kekhilafan.

BagiScheuer kemarahan umat Islam pada Barat bukanlah disebabkan kemerosotan TamadunIslam, tetapi polisi-polisi spesifik Barat terhadap dunia Islam. Darikolonialisma hinggalah kepada peranan mereka post-colonialism di mana merekamenyokong pemimpin-pemimpin yang korup dalam dunia Islam dan menyekat kuasarakyat dan keadaan kehidupan mereka.

Darisudut strategi dan taktikal, menurut Scheuer, kelemahan Amerika adalahperspektif mereka dalam menangani terorisma. Mereka menangani terorismamenggunakan undang-undang dan penguatkuasaan. Mereka perlu berperang denganpematuhan pada undang-undang dan dibawah liputan media, sedangkan musuh merekamelancarkan serangan tanpa batas dan mereka tidak pernah pun membaca KonvensyenGeneva. Beliau juga membincangkan perbezaan FBI dan CIA. FBI mengutip maklumatmenurut peruntukan undang-undang manakala CIA melakukan sebaliknya. CIAmenggumpulkan maklumat menggunakan seksaan, mencuri, juga menghasut agen luaruntuk membelot dari negara mereka. Jika dua fungsi agensi ini dicampur aduk, iaakan menyukarkan keadaan. Sebab lain mengapa Amerika tidak efektif adalahkerana obsesinya untuk membentuk kerjasama pada pemulaan perang. Obsesi inimelambatkan operasi dan merencatkan perancangan. Malah koalasi ketenteraan mempunyaiimpak yang kecil terhadap keseluruhan operasi.  

Akhir sekali, Scheuer menyimpulkan bahawa Amerika Syarikat hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, Amerika menukar polisi-polisinya terhadap dunia Islam, berundur dari tanah-tanah yang dijajah (apa yang dilakukan Amerika pada hari ini), berhenti menyokong pemimpin tirani dan rejim kejam di dunia Islam, juga memberi keadilan kepada bangsa Palestin. Kedua, mengekalkan status quo dan bersedia untuk mengorbankan lebih banyak nyawa serta menghabiskan khazanah dan wang negara.

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2021 07:11

September 4, 2021

Pemuda HALUAN Kedah Bantu Penduduk Kampung Setar Membaiki Saluran Paip Air di Gunung Jerai

KampungSetar, Yan, Kedah, 04 September 2021– Anggota Pemuda HALUAN Negeri Kedah hari ini bersama-sama dengan pendudukKampung Setar, Yan, Kedah bergotong-royong untuk memasang paip air di GunungJerai. Program ini merupakan program di bawah Biro Misi Kemanusiaan (BMK)HALUAN dengan bantuan tenaga dari Biro Pemuda HALUAN Negeri Kedah danHALUANSiswa Kedah.

Gotong-royong ini adalah untuk membaiki paip yang rosak akibat fenomena kepala air dan banjir yang melanda Yan pada 18 Ogos 2021. Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Setar Dalam dan Kampung Setar Luar. Dianggarkan 120 buah rumah terjejas bekalan air akibat musibah ini, turut terjejas adalah Masjid Al-Kautsar, Sekolah Kebangsaan Kampung Setar, Surau, Tadika, dan Klinik Desa. Pihak HALUAN Cawangan Kedah telah membiayai kos saluran paip yang rosak dengan kos sebanyak RM11,600.

Sesi penyerahan Paip telah diadakan pada jam 9 pagi oleh wakil HALUAN Kedah, Haji Abdul Kadir Mahamood selaku Timbalan YDP HALUAN dan diterima oleh Pengerusi Kampung Setar, Yusoh Yahya sambil disaksikan oleh penduduk setempat.

Operasi bermula sekitar jam 9.15 pagi dimana paip-paip air ini dibawa menggunakan lori ke kaki gunung. Dari kaki gunung anggota HALUAN bersama penduduk kampung bersama-sama memikul paip ini mengikut trek hutan selama lebih kurang satu jam untuk sampai ke punca air di sebuah air terjun di Gunung Jerai. Operasi memikul ini dijalankan beberapa kali kerana jarak yang jauh dan bilangan paip yang banyak yang diperlukan untuk memastikan saliran air sampai ke kampung. Setelah tiba di kawasan punca air, operasi menanam kepala paip bermula. Paip-paip ini turut diikat bagi memastikan ia tidak mengganggu aliran air sungai.

“Orang perempuan senang aja, bila takdak ayat call kami, ni Mat awat takdaq ayaq? kami yang kena panjat gunung, cari punca masalah dan baiki paip” terang seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat sambil berseloroh. Beliau merupakan anggota pasukan maintenance bagi saluran paip air penduduk kampung. Beliau naik bersama alatan untuk membaiki paip. Operasi mengusung paip, menanam kepala paip, dan mengikat paip selesai kira-kira jam 2 petang.

Semuaahli gotong royong termasuk orang kampung dan anggota HALUAN kemudiannya dijamuoleh penduduk tempatan untuk makan tengahari. Antara menu yang disajikantermasuklah nasi, bihun goreng, gulai ayam, ikan masin, telur masin dan jugarebung rebus. “Selain bekalan air SADA, penduduk setempat bergantung padabekalan air gunung, setiap rumah membayar sekitar RM60 setahun untuk bekalanair gunung, jika ada keperluan untuk membaiki dan menyelenggara kami akanmengumpul duit bersama penduduk kampung dari masa ke semasa” terang seorangpenduduk kampung bernama Haji Radzi.

“Alhamdulillah,lama tak rasa suasana hutan sebegini, tengok keadaan batu besar yangberselerakan amat menginsafkan. Penduduk kampung ni tau mana batu yang dulu adadan tak ada, serta lokasi batu di sungai. Air sungai pun masih berbau lumpurmeski telah hampir sebulan kejadian banjir berlaku” komen Fauzul Hasny, seorangahli sukarelawan HALUAN dari Kampung Bukit Kechil.

“Harapbantuan sedikit dari kami ini mampu meringankan beban orang-orang kampung”tambah Zulhilmi Romazi pula, seorang sukarelawan dari Biro Pemuda HALUANcawangan Kampung Berapit, Tikam Batu.

Pihak Haluan cawangan Negeri Kedah turut bercadang membuat satu lagi projek paip dan telah berbincang untuk membantu  membaiki saluran Paip Masyarakat di Kampung Setoi ,Yan,Kedah. Anggaran jauh punca air dan kawasan kampung adalah sepanjang 4-5 kilometer. Rumah yang mengguna paip ini sebanyak 200 buah rumah. Projek ini melibatkan anggaran pembelian seperti berikut:

1.Paip 2″(Sirim) – 30 gulung =900×30 = RM27,000

2.Paip 3″(Sirim) – 10 gulung = 900×10=RM9,000

3.Penyambung paip pelbagai saiz =RM500

4.Sangkar utama di pusat tadahan= RM250

Jumlah anggaran kos adalah sebanyak RM36,750. Menurut Tuan Haji Abdul Kadir Mahamood, selain Kampung Setar dan Kampung Setoi, pihak HALUAN Kedah turut membantu kampung-kampung lain termasuklah Kampung Acheh (2 gulung paip 2 inci sumbangan Pertubuhan Brigade Prihatin) dan Kampung Singkir.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2021 08:50

August 21, 2021

Cabaran-Cabaran Graduan Dalam Memasuki Alam Pekerjayaan

Dunia pekerjaan kini sudah berubah,kecanggihan teknologi hari ini membolehkan kita mencari pekerjaan dengan lebihmudah. Dengan adanya platform-platform dalam talian, vacancy yang adadalam pasaran kerja hari ini semakin mudah dilihat. Namun visibility inidatang dengan cabarannya yang tersendiri iaitu sesuatu kekosongan itu akandimohon oleh lebih banyak calon menjadikan proses merebut sesuatu pekerjaanlebih sukar. Oleh itu anda perlu sentiasa mempunyai skil untuk meletakkan dirianda berbeza dengan calon-calon lain agar anda juga visible.

Bagi graduan yang baru mula mencaripekerjaan. Mereka biasanya tidak mempunyai pengalaman untuk meletakkan tanggagaji yang mereka inginkan juga tiada kemahiran untuk negotiate tanggagaji dengan bakal majikan. Oleh itu anda perlu sentiasa membuat kajian perihal positionyang anda mohon agar tangga gaji yang anda minta realistic dengankeadaan pasaran. Anda juga perlu bersedia dengan bidang tugas yang anda perlujalankan.

Apabila anda diterima bekerja, andamungkin akan menyedari bahawa apa yang anda bayangkan tidak sama denganpekerjaan yang akhirnya anda perlu lakukan. Banyak perkara-perkara yang perludilakukan namun tidak glamour seperti mengisi boring, menyiapkan laporan,menghadiri mesyuarat, juga menghadapi politik pejabat. Anda mungkin juga akandiarah untuk re-assignment dan melakukan kerja yang tidak sesuai dengan skillutama yang anda ada. Ini mungkin mengurangkan motivasi anda untuk bekerja.

Semasa di universiti kita mungkinmempunyai pilihan dengan siapa kita mahu bersosial dan berkawan. Tetapi alampekerjaan mempunyai keadaan sosial yang berbeza. Kita tidak boleh memilih siaparakan-rakan sekerja kita. Dan kita perlu menjaga hubungan dengan mereka 8 jamsehari untuk memastikan kita boleh membina karier yang baik. Disinilah masanyadimana etika profesionalisma kita akan teruji, kita perlu sentiasa mengawaldiri agar tidak bersifat emosional dan sentiasa mengurus situasi denganprofessional.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2021 21:25

Apa yang Majikan Mahukan dari Graduan

Apa yang majikan mahukan? Pertama adalah kemahiran komunikasi, kemahiran komunikasi adalah skil yang sangat penting bagi alam pekerjaan hari ini. Ini termasuk komunikasi verbal, tulisan dan juga body-language yang menunjukkan kita selesa berkomunikasi. Jika anda menulis emel, pastikan anda menyemak apa yang ditulis, baca semula beberapa kali, cuba baca dari sudut pembaca, pastikan mesejnya mudah difahami. Kemahiran komunikasi bukan sekadar kemahiran bertutur, anda juga perlu ada kemahiran mendengar, berinteraksi, dan memberikan pendapat bernas (feedback), komunikasi adalah two-street process.

Majikan juga mahukan pekerja yang jujur,bukan percintaan sahaja yang mendambakan kejujuran. Jangan kita menokoktambah (exaggerate) pengalaman yang kita ada untuk menunjuk-nunjuk.Mungkin anda berjaya dalam proses pemilihan namun lambat laun ia akanterbongkar dan kepercayaan yang telah tercalar sukar diperolehi semula.Pastikan pengalaman dalam resume adalah pengalaman yang jujur. Penemuramah yangberpengalaman boleh melihat sama ada anda jujur atau tidak, pastikan anda originaldan genuine. Tidak mengapa untuk mengaku salah dan memperbaikikesilapan, ia adalah satu karakter yang berguna dan dihargai.

Sesetengah majikan juga mencari pekerjayang setia. Syarikat seperti ini biasanya akan membayar gaji pekerjalebih sedikit dari tangga gaji pasaran untuk retention, bermaksud merekamahukan pekerja yang setia yang bertahan lama. Ada juga syarikat yangmengamalkan polisi hire and fire untuk membolehkan merekamengeksploitasi pekerja, terutamanya pekerja muda dengan membayar gaji yangrendah. Nasihat saya kesetiaan itu perlu kita berikan sekiranya kita merasakankita diberi gaji dan manfaat yang setimpal, juga suasana kerja yang baik.Sekiranya gaji tidak setimpal dan suasana kerja yang toxic, anda perlukeluar segera apabila ada peluang baru yang muncul.

Majikan juga tentunya mencari pekerja yangboleh diharap, yang boleh deliver dengan pengawasan yang minimum dalamkata lain tidak memerlukan micro-management. Proaktif dalam mencaripenyelesaian masalah dan sentiasa menyiapkan sebarang tugasan yang diberikandalam tempoh yang ditetapkan. Semasa temuduga tanyakan soalan perihal pekerjaanyang diminta, tanya spesifikasi tugas supaya anda kelihatan proaktif danberfikiran kehadapan untuk menerima tugas yang bakal diberikan. Walaupun tidaksemua jenis pekerjaan memerlukan kemahiran kolaborasi, kemampuan untuk bekerjadalam satu pasukan (teamwork) sangat penting dalam dunia korporat. Malahsesetengah temuduga mempunyai modul dimana calon diminta untuk bekerja dalamkumpulan. Pengalaman-pengalaman menjawat jawatan dalam organisasi, kelab, danpersatuan juga merupakan antara perkara penting yang membuktikan bahawa kitaboleh bekerja dalam kumpulan.

Kebolehan pekerja untuk memberifleksibiliti merupakan antara nilai penting pada permulaan kerjaya. Fleksibititurut bermaksud cepat menyesuaikan diri dalam suasana baru. Elakkan berkiradengan kerja di awal karier, tumpukan niat untuk belajar dan mencari kemahiranagar anda boleh menjadi competent secepat mungkin. Namun apabila andasudah semakin stabil dalam dunia pekerjaan, anda mungkin mahu untuk mencaripekerjaan yang memberikan anda work-life-balance, di mana syarikatmenghormati masa percutian anda juga masa anda Bersama keluarga.

Antara sikap yang paling penting yangperlu ada pada pekerja baru adalah rendah diri dan sentiasa mahu belajar.Pekerja yang bodoh tetapi mahu belajar lebih berguna dari pekerja yang pandaitetapi belagak dan tak mahu belajar. Sentiasa rendahkan diri dan belajar darisemua orang, baik senior mahupun junior. Apabila ada kursus atau kelas yangditawarkan oleh majikan semasa bekerja, sentiasalah menyertainya. Kita mestimempunyai mindset untuk sentiasa up-skill diri kita. Apabila ada tugasbaru, jangan menolak dan mengatakan “saya tidak tahu”, terima tugasan itu danbelajarlah untuk menyelesaikannya. Tunjukkan bahawa anda merupakan pekerja yangmencintai ilmu. Semasa temuduga terangkan bagaimana anda merupakan seorang yangminat membaca dan bercita-cita untuk menyambung pengajian pada tingkat yanglebih tinggi.

Untuk kelihatan meyakinkan semasa prosestemuduga, anda juga perlu kelihatan konfiden dalam masa yang sama sentiasagenuine. Orang yang konfiden merupakan orang yang tahu apa yang dirinyamahukan. Dalam masa yang sama mereka mampu berkomunikasi dengan jelas perihalidea-idea yang mereka ada. Pastikan anda punyai matlamat yang besar, bukansekadar mahukan kerja untuk mencari makan. Pastikan anda menerangkan bagaimanapekerjaan yang anda mahukan itu dapat membantu anda merealisasikan cita-citabesar anda. Jika anda sudah bekerja dalam sesuatu bidang dalam tempoh yanglama, anda perlu konfiden untuk menjadi subject-matter-specialist danmengambil ownership dalam tugas dan bidang anda.

Akhir sekali,pekerja yang baik adalah pekerja yang mempunyai etika kerja danprofessionalisma yang tinggi. Pamerkan bahawa anda merupakan pekerja yangberprinsip dan berintegriti. Sentiasa menjaga masa dan menyiapkan semua kerjadalam masa yang ditetapkan. Berkerja dengan penuh bangga, bangga dalam erti kataanda merasakan bahawa kerja anda bermakna untuk masyarakat. Dengan ini oranglain dapat melihat kualiti kerja anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2021 21:18

Persediaan Graduan Dalam Mencari Pekerjaan

Sebelum anda bergraduasi lagi sebenarnya anda sudah perlu bersedia untuk mencari pekerjaan. Antara perkara asas dalam mencari pekerjaan adalah rangkaian hubungan (networking) dan juga temuduga. Apabila anda membuat latihan semasa belajar, internship, practical training, pastikan anda mewujudkan hubungan baik dengan para pekerja yang ada juga pihak pengurusan. Simpan maklumat hubungan mereka kerana ini boleh digunakan di masa hadapan sebagai referal dan rekomendasi. Sebelum bergraduasi juga anda digalakkan untuk mencari pengalaman-pengalaman temuduga dari mereka yang sudah bekerja (senior), anda juga boleh berlatih bertemuramah sesama sendiri (mock-interview) untuk lebih bersedia.

Untuk bersedia ke alam pekerjaan, anda juga perlu mengenali diri sendiri. Apa yang anda mahukan dari pekerjaan? Adakah duit? Pengalaman? Ilmu? Kepuasan? Anda boleh dapatkan nasihat dari kaunselor di universiti. Juga berbincang dengan kawan-kawan, pensyarah, dan keluarga. Jika masih tidak pasti, jangan khuatir, anda boleh gunakan kaedah cuba jaya. Cuba sesuatu kerjaya, jika tidak cocok anda boleh mengubah kerjaya. Tetapi jika anda ingin menjimatkan masa, elok kenali diri dan masuk kedalam pekerjaan yang kena dengan diri anda sejak dari awal.

Anda juga perlu belajar untuk menentukan sempadan peribadi anda. Ada pekerjaan yang memerlukan anda bekerja di waktu malam, jika anda dalam masa yang sama ingin memulakan keluarga dengan anak kecil mungkin pekerjaan yang memerlukan anda untuk sentiasa travel tidak begitu sesuai. Tetapi jika anda masih muda dan solo, dengan keghairahan muda yang masih membara, saya sarankan anda untuk melebarkan sempadan, terima dahulu cabaran-cabaran pekerjaan. Apabila tiba masa dan peluang yang sesuai anda boleh mengubah sempadan peribadi anda, mahu dibesarkan atau dikecilkan. Namun di usia muda, pada saya elok dibuang dahulu sempadan, kerana masa muda adalah zaman penerokaan, belum lagi zaman spesialis.

Anda juga boleh bersedia lebih awal dari orang lain dengan membuat kajian berkenaan dengan syarikat yang anda minati. Hubungi pegawai sumber manusia mereka (HR) dan cuba dapatkan peluang-peluang untuk internship sama ada berbayar atau tidak dalam bidang yang anda minati. Jika tidak berbayar, anda mungkin perlu berkorban dengan melakukan dua kerja, tetapi pengorbanan ini akan membantu anda di masa hadapan. Majikan biasanya akan merasa kagum dengan calon-calon yang proaktif dan menunjukkan minat yang mendalam. Pengalaman-pengalaman awal ini sangat penting bagi anda untuk membina personal branding dan juga resume yang menarik apabila tiba masanya untuk anda mencari pekerjaan nanti.

Untuk mengelakkan anda sentiasa perlu melompat-lompat kerja, jika anda mahu syarikat yang stabil untuk diri anda. Pastikan anda membuat kajian berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai nilai-nilai yang sama seperti anda. Senaraikan syarikat-syarikat ini, mungkin anda boleh shortlisted 10 syarikat dan mulakan kerjaya anda dari senarai itu. Falsafah sesebuah syarikat berbeza-beza, pakej manfaat yang ditawarkan berbeza-beza, budaya syarikat juga berbeza, cuba cari syarikat yang sesuai dengan kehendak anda. Namun jika pasaran kerja berada dalam keadaan depresi, mungkin pilihan yang ada terhad. Anda perlu mengambil sahaja peluang yang ada dan bertukar apabila keadaan berubah kepada lebih baik.

Walaupun kita sudah membuat kajian, namun kebiasaannya kajian kita akan bersifat surface level, terutamanya dalam era limpahan informasi juga perubahan maklumat yang bergerak pantas. Ada kemungkinan kajian yang kita lakukan mempunyai kesilapan, atau maklumat yang kita ada adalah maklumat lama. Jadi penting untuk kita mempunyai sumber dalaman, mereka yang aktif dan berkhidmat di dalam industri kerana mereka mempunyai real-time knowledge. Kita boleh mencari mentor. Saya punya pengalaman dihubungi oleh seorang yang tidak saya kenali melalui LinkedIn, seorang yang muda yang mahu mendapatkan nasihat kerjaya. Saya berikan beliau nombor talifon dan menjawab soalan-soalan beliau. Jangan malu untuk bertanya atau meminta bantuan, tapi mestilah sopan dan professional.

Baru-baru ini saya ada menghadiri webinar bersama seorang jurulatih kerjaya dari Australia bernama Rebecca Allen. Antara nasihat kerjaya beliau adalah untuk belajar positioning. Cari sudut dimana anda kelihatan lain dari yang lain, cipta sesuatu yang membuatkan anda stand-out from the crowd. Masukkan pengalaman sedikit pengalaman yang unik yang anda ada yang tiada pada orang lain. Contohnya pernah mendaki Gunung Everest atau pernah sampai ke Planet Marikh. Masukkan kursus atau kejayaan-kejayaan yang anda ada orang lain tiada. Ini akan menjadikan anda calon yang unik. Tetapi janganlah pula terlalu unik dan berlebih-lebihan.

Zaman kini adalah zaman sosial-media. Jangan fikir bahawa sosial media tidak punyai impak kepada kerjaya anda. Banyak syarikat melakukan audit keatas laman media sosial pekerja mereka sebelum diterima bekerja. Jadi pastikan anda mengaudit dahulu laman media sosial anda. Buang hantaran-hantaran yang boleh merosakkan reputasi professional anda atau tukar kepada mode private. Pastikan anda mempunyai rekod professional yang bersih di alam maya, ini sangat penting buat professional brand. Branding juga termasuk cara kita berkomunikasi, berpakaian, juga cara bersosial.

Dunia sekarang adalah dunia global tanpa sempadan. Untuk masuk ke alam pekerjaan pastikan anda berminda global walaupun anda tinggal di kampung. Saya sendiri tinggal dikampung walaupun bekerja dalam syarikat multi-national yang berpengkalan di United Kingdom. Jika anda mempunyai peluang mengadakan lawatan belajar ke luar negara semasa belajar pastikan anda menyertainya. Tingkatkan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Banyakkan pembacaan buku-buku internasional. Ini semua akan membantu anda di masa hadapan.

Gunakan masa cuti belajar dan cuti semester untuk volunteering dan mencari pengalaman bekerja. Ini akan membantu anda dengan skil-skil penting dalam organisasi, cara berkomunikasi dan berhubung, juga cara mengurus. Pastikan anda mencari pengalaman-pengalaman yang relevan dengan bidang dan kerja yang anda minati, bukanlah bermakna bekerja di gerai makan atau stesen minyak itu langsung tidak berharga, tetapi cuba lengkapi dengan pengalaman kerja yang relevan.

Akhir sekali, tingkatkan kualiti komunikasi anda, baik komunikasi verbal atau tulisan. Kerana hampir 80% apa yang kita lakukan di alam pekerjaan adalah berkomunikasi antara satu sama lain. Cari peluang untuk bercakap di khalayak umum, membuat presentation, pidato atau debat. Skil komunikasi ini amat penting, ia hanya boleh dipelajari melalui latihan dan praktikal. Cari peluang-peluang yang ada untuk bercakap di khalayak umum.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2021 20:56

July 25, 2021

Solidariti Hartal Doktor Kontrak 26 Julai 2021

Setiap sistem mempunyai penjaganya. Tiada sistem dan polisi yang mampu bergerak dan bertahan tanpa dijaga oleh segolongan manusia yang percaya bahawa sistem dan polisi tersebut merupakan sesuatu sistem dan polisi yang baik. Dalam masyarakat totalitarian, penjaganya mungkin polis, askar, para-militari, polis perisik, atau aparatus kerajaan yang lain yang menjaga sistem tersebut dengan kekerasan dan paksaan. Dalam masyarakat demokratik, sistem dijaga oleh pekerjanya sendiri, tidak perlu kekerasan kerana masing-masing percaya dan mendokong sistem dan polisi yang mereka rasakan baik.

Namun jika penjaga dan pekerja ini mula merasakan sesuatu sistem itu tidak baik, menindas, merosakkan, tidak adil, dan mereka mula meninggalkan penjagaan dan pekerjaan mereka, sistem dan polisi tersebut akan jatuh. Ini memberikan kemungkinan untuk dibangunkan sistem yang lebih baik dan adil di atas runtuhan sistem lama. Tidak ada satu pun kerajaan atau kekuasaan, sekejam mana, sehebat mana apparatusnya, setinggi mana tamadunnya, yang boleh bertahan apabila penjaganya berhenti menjaganya. Ia akan runtuh seperti selalunya, begitulah hukumnya sepanjang zaman.

Sejarawan Howard Zinn, dalam kitabnya A People’s History of The United States ada menulis satu bab yang bagi saya sangat berbahaya. Sangat berpengaruh dalam memercikkan api perubahan. Tajuk bab itu adalah The Coming Revolt of The Guards. Setelah membahaskan sejarah penindasan sepanjang zaman, bermula dari pembunuhan Kaum Arawak hinggalah penindasan pekerja di zaman moden, Zinn menulis bab ini untuk memberikan harapan buat manusia, ia bukanlah jaminan bahawa situasi akan bertukar lebih baik, tetapi ia adalah harapan bahawa situasi boleh bertukar kepada lebih baik.

Saya nukilkan satu petikan yang paling membakar dari tajuk ini buat pedoman kita semua.


The Establishment cannot survive without the obedience and loyalty of millions of people who are given small rewards to keep the system going: the soldiers and police, teachers and ministers, administrators and social workers, technicians and production workers, doctors, lawyers, nurses, transport and communication workers, garbagemen and firemen. These people – the employed, the somewhat privileged – are drawn into alliance with the elite. They become the guards of the system, buffers between the upper and lower classes. If they stop obeying, the system falls.

Howad Zinn. A People’s History of The United States. Harper Perennial Modern Classics, 2015. Pg. 635.

Ada yang menyatakan bahawa jika kita ber-hartal kita akan menyebabkan kesusahan pada masyarakat. Jika doktor berhartal ia adalah tidak bermoral kerana ia akan membahayakan pesakit. Pendapat peribadi saya, masa-masa genting adalah masa yang paling sesuai. Tidak ada masa yang lebih sesuai dari sekarang. Penguasa yang duduk di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin tidak akan mengubah polisi kerana moral. Namun, apabila keadaan sudah tidak terkawal, kuasa dan kedudukan mereka terancam, mereka akan menggelabah dan mengubah sistem dan polisi. Bukan kerana moral tetapi untuk menyelamatkan kerusi mereka. Perubahan menurut Zinn sentiasa perlu “dipaksa”, ia tidak akan berlaku dengan perbincangan mesra sambil minum secawan kopi.

Adakah terus menindas pekerja yang bekerja siang malam menjaga masyarakat itu bermoral? Soal moral ini perlu dihadapkan pada penguasa bukan pekerja. Pekerja yang ber-hartal bukan pengkhianat atau perosak, mereka adalah perubah. Mereka adalah manusia yang mahu hak-hak diberi secara adil dan manusiawi. Orang yang tidak bermoral adalah orang yang mempertahankan sistem yang menindas mereka.

Mari kita hayati sebuah kisah di Bairro da Boavista semasa Revolusi Portugis pada tahun 1975.

Dikisahkan oleh Paul D’Amato dalam kitabnya berkenaan keluarga-keluarga miskin di sebuah pekan kecil Bairro da Boavista yang terletak di pinggir Lisbon, mereka berpindah masuk ke satu kawasan perumahan yang dibiarkan kosong selama tiga tahun. Sebuah pasukan tentera diarahkan untuk mengosongkan semula perumahan tersebut dan menghalau penduduk miskin kembali ke pondok-pondok usang mereka.
Seorang pegawai tentera yang mengetuai pasukan tersebut memulakan langkah pengusiran dengan memilih sebuah keluarga yang paling lemah, baginya ini merupakan permulaan yang paling mudah bagi proses pengusiran. Keluarga itu adalah keluarga seorang janda tua bersama enam orang anak, mereka baru sahaja berpindah masuk ke rumah berbilik dua yang mempunyai bekalan elektrik.

Janda tersebut berkata “Lebih baik engkau tembak dan bunuh saja diriku di sini. Seumur hidupku, aku hanya hidup berlantaikan tanah, sekurang-kurangnya sekarang aku akan mati di atas lantai yang baik”.

Pegawai tersebut terkesima dan berfikir. Di luar rumah tersebut, orang-orang miskin mula berkumpul, lelaki, wanita, kanak-kanak, mereka semua berkumpul bagi melawan pengusiran paksa dan untuk berbincang dengan pihak tentera.

Mereka berkata “Pekan ini boleh jadi merupakan tempat tinggal kamu! Ingatlah wahai tentera, bahawa kamu juga sebahagian dari rakyat jelata! Halakan senapangmu kepada mereka yang menindas rakyat, golongan spekulator bukan kepada saudara-saudaramu sendiri!”. Pegawai tersebut faham bahawa dia adalah sebahagian dari rakyat, dia kemudian meninggalkan penduduk itu di situ, dan beredar bersama pasukannya.


During the 1975 Portuguese Revolution, the families living in the shantytown of Bairro da Boavista in the outskirts of Lisbon took over a housing estate that had stood empty for three years…An army company…was deployed to force the families back to the corrugated lean-tos of the shantytown. The officer in charge…went straight to what he thought was the weakest link, an old widow who had just moved with her six sons to a two-bedroom flat with electricity. She replied: “You better shoot me right here. All my life I have had the earth for a floor. At least I will die on a proper floor.” The officer stood there for a moment. Outside, the men, women, children who had assembled to resist any eviction were speaking to the soldiers: “This could be your shantytown! Remember that you, too, are the people! Turn the guns on speculators and not your brothers and sisters!” The officer understood, and, taking the company with him, left the estate.

Paul D’Amato. The Meaning of Marxism . Haymarket Books, 2014. (Chapter Democracy, Reform, and Revolution. Pg. 128)

Kita sentiasa perlu bersama golongan yang tertindas. Memanjangkan suara mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Kebaikan dan keadilan buat mereka adalah kebaikan dan keadilan buat kita semua. Mana-mana sistem dan polisi yang tidak adil perlu diubah, jika ia tidak diubah, maka tanggungjawab kita untuk “memaksanya” untuk diubah.

Terima kasih buat para doktor-doktor muda yang berkhidmat buat negara. Doktor-doktor kontrak yang tekun bekerja siang dan malam dengan gaji yang rendah dan sistem penggajian yang tidak setara. Doktor-doktor muda yang berpanas dan berpeluh di wad meninggalkan keluarga dan bayi kecil mereka di rumah. Solidariti buat para doktor kontrak. Ayuh. Hartal.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2021 15:26

July 15, 2021

The New Valve’s Steam Deck – Released Date, Price and Specs

const evplayerplyr60f12f6b24b96 = new Plyr(document.getElementById('plyr60f12f6b24b96'));
evplayerplyr60f12f6b24b96.ratio = '16:9';

For the PC gamers who are still trying to find an alternative for a mobile device that could access their well-invested Steam account whenever they go, the Steam Deck could be the answer. Now the question is how reliable this new device is compared to the other consoles on the market? 

Specs

Valve has been partnering with AMD to create a custom chip that runs a Zen 2 CPU and RDNA 2 GPU. Fitted with 16GB of LPDDR5, the users will expect a smooth gaming experience. Although it came with a 7-inch display, it still doesn’t output in 4K resolution. It will feature a 1200×800 pixels display with 16:10 aspect ratio. Valve had claimed the battery should last around 7 or 8 hours on a full charge.

From the physical appearance, it is kind of resemble the Switch but it has dual touchpad just under the thumb stick. As we speak of the thumb stick, I feel the location is too far on the upper side. I am not sure if this could be a minor drawback among the user but we’ll see more on the reviews once it available.

Cloud Save

The Steam Deck will support a cloud save. So you don’t have to worry about the game progress that can be accessible between the deck and the PC. The deck will also support other Steam features such as the Steam Chat and Remote Play.

External Hardware

One thing about the PC gamers, they are always prefer the usual mouse and keyboard control. But don’t worry as this Steam Deck will support the external mouse and keyboard thanks to the fully-fledged USB-C ports that contain HDMI, Ethernet and USB data, as well as standard Bluetooth that has been missing on the Switch for years.

An external docking system will also available for separate purchase. As Switch’s docking system, this will connect the console to the TV seamlessly.

Price

The Steam Deck will be available on three variants with the starting price at $399 (64GB), $529 (256GB) and $649 (512GB), which the memory could be expanded through microSD. They are a bit pricey isn’t it? This has also been confirmed with Valve’s CEO, Gabe Newell, who said that Valve designed the whole system with “very aggressive” pricing in mind

The consoles will first roll out to the US, UK, Canada and EU region in December 2021, with other areas in 2022.

Comparison

The price range is a bit expensive when compared to other high end consoles available on the market. Is it worth it to buy the console with that price tag? Keep calm, and see the comparison below. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2021 23:16