Pemuda HALUAN Kedah Bantu Penduduk Kampung Setar Membaiki Saluran Paip Air di Gunung Jerai

KampungSetar, Yan, Kedah, 04 September 2021– Anggota Pemuda HALUAN Negeri Kedah hari ini bersama-sama dengan pendudukKampung Setar, Yan, Kedah bergotong-royong untuk memasang paip air di GunungJerai. Program ini merupakan program di bawah Biro Misi Kemanusiaan (BMK)HALUAN dengan bantuan tenaga dari Biro Pemuda HALUAN Negeri Kedah danHALUANSiswa Kedah.
Gotong-royong ini adalah untuk membaiki paip yang rosak akibat fenomena kepala air dan banjir yang melanda Yan pada 18 Ogos 2021. Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Setar Dalam dan Kampung Setar Luar. Dianggarkan 120 buah rumah terjejas bekalan air akibat musibah ini, turut terjejas adalah Masjid Al-Kautsar, Sekolah Kebangsaan Kampung Setar, Surau, Tadika, dan Klinik Desa. Pihak HALUAN Cawangan Kedah telah membiayai kos saluran paip yang rosak dengan kos sebanyak RM11,600.
Sesi penyerahan Paip telah diadakan pada jam 9 pagi oleh wakil HALUAN Kedah, Haji Abdul Kadir Mahamood selaku Timbalan YDP HALUAN dan diterima oleh Pengerusi Kampung Setar, Yusoh Yahya sambil disaksikan oleh penduduk setempat.
Operasi bermula sekitar jam 9.15 pagi dimana paip-paip air ini dibawa menggunakan lori ke kaki gunung. Dari kaki gunung anggota HALUAN bersama penduduk kampung bersama-sama memikul paip ini mengikut trek hutan selama lebih kurang satu jam untuk sampai ke punca air di sebuah air terjun di Gunung Jerai. Operasi memikul ini dijalankan beberapa kali kerana jarak yang jauh dan bilangan paip yang banyak yang diperlukan untuk memastikan saliran air sampai ke kampung. Setelah tiba di kawasan punca air, operasi menanam kepala paip bermula. Paip-paip ini turut diikat bagi memastikan ia tidak mengganggu aliran air sungai.
“Orang perempuan senang aja, bila takdak ayat call kami, ni Mat awat takdaq ayaq? kami yang kena panjat gunung, cari punca masalah dan baiki paip” terang seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat sambil berseloroh. Beliau merupakan anggota pasukan maintenance bagi saluran paip air penduduk kampung. Beliau naik bersama alatan untuk membaiki paip. Operasi mengusung paip, menanam kepala paip, dan mengikat paip selesai kira-kira jam 2 petang.
Semuaahli gotong royong termasuk orang kampung dan anggota HALUAN kemudiannya dijamuoleh penduduk tempatan untuk makan tengahari. Antara menu yang disajikantermasuklah nasi, bihun goreng, gulai ayam, ikan masin, telur masin dan jugarebung rebus. “Selain bekalan air SADA, penduduk setempat bergantung padabekalan air gunung, setiap rumah membayar sekitar RM60 setahun untuk bekalanair gunung, jika ada keperluan untuk membaiki dan menyelenggara kami akanmengumpul duit bersama penduduk kampung dari masa ke semasa” terang seorangpenduduk kampung bernama Haji Radzi.
“Alhamdulillah,lama tak rasa suasana hutan sebegini, tengok keadaan batu besar yangberselerakan amat menginsafkan. Penduduk kampung ni tau mana batu yang dulu adadan tak ada, serta lokasi batu di sungai. Air sungai pun masih berbau lumpurmeski telah hampir sebulan kejadian banjir berlaku” komen Fauzul Hasny, seorangahli sukarelawan HALUAN dari Kampung Bukit Kechil.
“Harapbantuan sedikit dari kami ini mampu meringankan beban orang-orang kampung”tambah Zulhilmi Romazi pula, seorang sukarelawan dari Biro Pemuda HALUANcawangan Kampung Berapit, Tikam Batu.
Pihak Haluan cawangan Negeri Kedah turut bercadang membuat satu lagi projek paip dan telah berbincang untuk membantu membaiki saluran Paip Masyarakat di Kampung Setoi ,Yan,Kedah. Anggaran jauh punca air dan kawasan kampung adalah sepanjang 4-5 kilometer. Rumah yang mengguna paip ini sebanyak 200 buah rumah. Projek ini melibatkan anggaran pembelian seperti berikut:
1.Paip 2″(Sirim) – 30 gulung =900×30 = RM27,000
2.Paip 3″(Sirim) – 10 gulung = 900×10=RM9,000
3.Penyambung paip pelbagai saiz =RM500
4.Sangkar utama di pusat tadahan= RM250
Jumlah anggaran kos adalah sebanyak RM36,750. Menurut Tuan Haji Abdul Kadir Mahamood, selain Kampung Setar dan Kampung Setoi, pihak HALUAN Kedah turut membantu kampung-kampung lain termasuklah Kampung Acheh (2 gulung paip 2 inci sumbangan Pertubuhan Brigade Prihatin) dan Kampung Singkir.