Mutiara Taman Adabi Quotes

Rate this book
Clear rating
Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat by Wan Mohd Nor Wan Daud
20 ratings, 4.30 average rating, 1 review
Mutiara Taman Adabi Quotes Showing 1-19 of 19
“Di tempat tinggi bolehkah puyuh terbang seperti helang?
Sayapnya kerdil tidak upaya mengawal deras angin di awan
Tidak bisa bernafas di langit tinggi, jantungnya sebesar kuman!”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
tags: ilmu, puisi
“Sufastaiyyah membunuh hujah sendiri
Bila menolak mutlak ilmu milik insani
Merosak akal, aqidah, agama, sekalian hikmat anugerah Ilahi
Bila mereka berteriak-gila: "ilmu manusia semuanya nisbi"
"Hanya Allah yang mutlaq dan Ilmu-Nya yang kekal abadi."
Sungguh bebal sufastaiyyah ini: ilmu yaqini nur minal-Lahi
Walaupun bertempat diakal insani, sumbernya tetap di Alam Suci.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Aku ingin bertanya gembirakah kau di sana?
Melihat wilayah faqihmu pegangan ulama gilakan kuasa
Fuqaha kau maksudkan bukan ulama buatan sekarang
Yang mengerti sedikit hadis, hukum dan ayat al-Qur'an.
Sikap melampau: mereka terpenjara dalam mazhab
Taasub sangat kepada Ali, mereka lupa akan Muhammad.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Ketinggian pokok, hanya diketahui helang
Puyuh tidak mampu terbang, hanya tahu dalamnya hutan.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Urafa bestari kerap berpesan: "ilmu fis sudur la fis sutur"
Ilmu dalam dada membangunkan umat dari lena tidur
Wajib menulis pada khalayak semasa dan sepanjang zaman
Merungkai yang kusut, menerangi gelap fikiran, kabur pandangan
Tetap menghidupkan prinsip bukan berubah mengikut masa
Ilmu berakar dalam jiwa bukan jubah, serban, jangut berhenna.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh
Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh
Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh
Di potong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Jika hakikat keimanan tidak difaham benar dan mendalam
Jika Khalik dan makhluk dipertentangkan
Seperti rumah dengan tukang
Setelah rumaah siap tukang pasti 'kan pulang:
Tiada lagi hubungan dengan ciptannya
Yang bebas merdeka dari tukangnya.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Kita harus setia kepada Mustafa dan Tuhannya nan baqa
apa untungnya terus bertengkar siapa berhak menjadi Raja?
Jika Bu Bakar, Umar, Uthman, A'isyah diragui kalian
Bolehkah kami, yang lebih adna, lebih hina, dibuat kawan?”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Kata-kata di muka kertas beratnya hakiki
Tersimpan khazanah Ilahi dan mutiara insani
Jika digali-gilap disimpul makna dalam dada
Jika diserap pada ribuan jiwa remaja dan dewasa
Jika dipimpin helang ilmi menerbang di langit luas
Mengawal padang dari belalang dan haiwan buas.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Aktivis mencari kuasa membina bangsa
Kuasa sebenar dalam dada tiada nyata.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Kau membina bangsa mencipta negara dari tanah terjajah
Hanya dengan kata-kata menghidup jiwa lama terdedah...
Pada hujan pedih menenggelam daya-cipta
Pada kongkongan tafsir agama yang membuat akal buta
Pada ikatan masyarakat yang berkasta-kasta.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Ilmuan tiruan seperti puyuh mencuri paruh dan sayap helang
Ijazah berjela, kajian merata, kerusi diduduki tidak terbilang.
Bagi penguasa dan pentadbir yang dilatih mereka semua
Ilmuan sebegini hanya menjaja nama mengulangi kata.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Ilmu di peringkat maknawi dan yaqini
Kawanku, bukan lagi nisbi ciptaan basyari
Anugerah Rabbul Jalil, harus disyukuri, dinikmati
Dan amalkan sepenuh hati, disebarkan ke seluruh negeri.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Sufi sebenar berpakaian biasa bangsanya, mengikut Nabi
Pada zaman ini akan berseluar kemeja, sederhana sekali
Namun dada berisi hikmah ladunni bukan hasil hafali
Menjadi muaddib zamannya penuh istiqamah, berani.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci
diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Universiti tidak dinilai secara insani, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Musang diangkat menjaga reban
Reban hancur ternakan terkorban!
Belalang angkuh berlagak helang
Tikus berkampung dalam taman!”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Jika kita tidak memahami sesuatu perkara, jangan dusta:
Sehingga menolak kefahaman lebih afdhal, lagi wibawa
Sehingga memfitnah mereka yang lebih aula lagi mulia
Sehingga kita terus tergelincir ke lembah gelap dan hina
Terperangkap dalam lumpur hasad, ghulat dan pra-sangka.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Sesungguhnya bertanya tidak semudah yang dianggap umum-
Pertama kau harus insaf-sedar akan kejahilan mu akan sesuatu
Kedua, harus kenal pasti alim yang bakal kau rujuk membantu.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
tags: ulama