Faisal Tehrani's Blog, page 57

September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

[image error] [image error] [image error]
Maaf Lahir Batin Buat Semua Pembaca
Hati-hati Memandu Pulang Ke Kampung
Selamat Bercuti dan Makan-makan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2009 09:02

September 17, 2009

FT di "Glam Lelaki"


Sempena hari mulia yang bakal tiba,
dapatkan "pose istimewa FT" di Glam Lelaki 5/2009
dengan kulit hadapan M. Nasir.
FT turut menulis tentang 'Cinta' di halaman 84.
Ada juga kisah-kisah A. Samad Said memperjuangkan cinta bahasanya.
Sudah ada di pasaran.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2009 09:02

September 16, 2009

Satira Ketupat Cinta II: Nasi Bukhari Tangguh Lagi

Melalaklah Parameswara mengungu. Saat itu juga didakapnya Tun Lepat sesungguh hati. Kala itu juga tuan-tuan, seperti yang diperi kepada hakir oleh Tun Lepat, masuklah sekonyong-konyongnya Tun Perpatih Tulus, terlihat ia peristiwa yang menggamamkan itu sembuh sementara gagapnya, "Apa gerangan tuanku berdakap-dakap dengan anak muda tukang masak dan pembancuh air seperti dia ini tuanku? Jika dilihat orang nanti disalah sangka dan menjadi fitnah pula."

Parameswara segera mengesat...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2009 20:27

Mubarak Si Munafik Berbuka Puasa dengan Netanyahu

Al-Arabiya melaporkan (lihat sini) yang 'Netanyahu met Mubarak over "iftar" , the meal ending the dawn-to-dusk fast during the Muslim holy month of Ramadan that was also attended by Egypt's intelligence chief Omar Suleiman...'

Pertemuan terlaknat itu untuk satu lagi "proses damai" (baca: sweeping orang Palestina). Sempena hari al-Quds Jumaat ini jangan halakan kebencian dan protes kepada Zionis sahaja, sila halakan juga kepada kumpulan munafikin seperti 'makhluk' ini.

Al-Quds sangat penting...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2009 08:47

September 15, 2009

Berbuka Puasa Bersama Yang Amat Berhormat Mahmoud Ahmadinejad

[image error] [image error] [image error] Di manakah akan ku cari pemimpin seperti ini di tanahair?
Yang mengaku gerakan Islam sudah mabuk kuasa.
Yang nasionalis telah menjadi liberalis.
Yang menghambakan diri kepada Barat berleluasa.
Inilah singa sebenar dunia Islam. Pemimpin ummah.
Kerana inilah, kekuatan mereka harus digali dan dicontohi.
Kerana inilah, konspirasi Zionis meruntuhkan mereka gagal lantak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2009 08:16

September 14, 2009

Hari al-Quds Sedunia: Sambut di Masjid Jame' Kampung Baru


Hari al-Quds sedunia yang dilancarkan oleh al-Marhum Imam Khomeini pada bulan Ramadan 1399 AH (Ogos 1979) akan disambut lagi Jumaat ini sebagai tarikh simbolik perjuangan untuk menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin di seluruh dunia tanpa mengambil kira fahaman, mazhab, dan lapisan masyarakat oleh seluruh umat Islam.

Sehubungan dengan itu, alangkah baiknya jika:-

Jaringan media Islam yang lebih berkesan dibangunkan demi untuk mengagihkan dan memperjuangkan isu-isu umat Islam...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2009 14:40

Rakyat "Mesti" Didahulukan

"Saya tidak mencari jejaka sekacak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi seseorang yang dapat menemani saya di penghabisan usia." - Tok Wook, Kampung Bukit TokBat yang berumur 107 tahun menyatakan rasa resah bahawa suaminya yang berusia 37 tahun Mohd Noor Che Musa, mungkin meninggalkannya.
Lihat sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2009 04:51

September 13, 2009

Ulangtahun "Penipuan" 16 September

Artikel ini pernah tersiar di Siasah 21-27 September 2008, sempena ulangtahun mengenang penipuan, pembohongan, khayalan, repek dan igau 16 September, artikel ini ditampilkan semula. Harap mereka yang masih tidur lekas-lekas terjaga. Doakan mereka yang mengalami alzheimer politik kembali ingat (jika boleh).

DALAM bidang sastera, istilah realisme magis bukanlah sesuatu yang asing. Realisme magis adalah cantuman dua kata realisme dan magis. Menurut Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dalam sebuah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2009 23:26

Samy?


"Anggota MIC perlu mengikis sikap ini...ia tabiat yang tidak baik," - Seorang perwakilan wanita MIC meminta perwakilan partinya supaya tidak terlalu memuji Samy Vellu dan pemimpin yang lain kerana semua puji-pujian hanya untuk Tuhan.
(Lihat sini)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2009 04:06

September 11, 2009

Caster Semenya Disahkan Khunsa?

SYDNEY 11 Sept. - Ujian jantina ke atas atlet Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia adalah seorang khunsa dan bukannya 100 peratus wanita, lapor sebuah akhbar Australia hari ini.

Daily Telegraph Sydney tidak menyebutkan sumber terbabit dalam ujian ke atas juara dunia 800 meter wanita itu berkata, pelari tersebut dilahirkan dengan dua organ lelaki dan wanita serta tidak mempunyai rahim atau ovari.

"Ini adalah bukti bahawa Semenya seorang khunsa," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2009 05:29

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.