Faisal Tehrani's Blog, page 58
September 9, 2009
Khatam al Quran
Dalam sibuk-sibuk Mak Cik Musalmah Lebar membakar biskut raya di siang hari dan berniaga di bazar Ramadhan pula, beliau tetap menghidupkan amalan bertadarus. Maklumlah beliau menyahut seruan 'wanita pertama'. Menurut Datin Seri Rosmah - "Amalan membaca Al-Quran secara berterusan sepanjang bulan Ramadan ini amat digalakkan kerana tiada bacaan lain yang mampu memberi ketenangan dan kedamaian dalam sanubari manusia. Oleh itu, bertadarus ini hendaklah dibudayakan dalam kehidupan seharian...
Published on September 09, 2009 15:15
September 8, 2009
Buluh Runcing Untuk Kita
Sebab itulah ada perkataan 'gila' dan 'bodoh'.
Sebab itulah ada peribahasa buat baik berpada-pada.
Bila hutan mereka terbakar, jerubu tersebar ke kota kita, maka kita pun menghantar bomba memadamkan. Mitosnya kerja pembakaran itu kerja syarikat kita juga.
Bila ada senimannya datang, kita pun menyambutnya bagai dewa. Saya teringat dalam satu program PENA di DBP beberapa tahun lalu, seorang penulis seberang 'mencipta-cipta' - konon dia dipaksa menanggalkan kerudungnya di kaunter imigresen kerana...
Published on September 08, 2009 14:27
September 7, 2009
Ketupat Cinta (Musim Kedua): Sup Kepala Lembu Buat Berbuka
Maka, ramailah yang terkejut besar akan titah perintah Parameswara yang amat di luar kebiasaan itu. Adapun yang paling terkejut besar ialah Tun Perpatih Tulus, "Apa ger…ger..gerangan tuanku ingin mengarak kepala lem…lem…lembu sebanyak itu di tengah negeri Melaka tuanku? Lagipun adalah teramat mendadak menjadikan cacing itu ular naga." Kata Bendahara Melaka sambil menjeling Tun Lepat yang tertunduk di dalam balairong seri akibat tidak menyangka mendapat perhatian dan kenikmatan dunia...
Published on September 07, 2009 17:48
September 5, 2009
Memuji Najibah Abu Bakar
Saya ingin memuji 'keberanian' Najibah Abu Bakar yang menghasilkan cerpen 'Sehampar Ambal Tabriz' tersiar di Mingguan Malaysia 6 September 2009. Cerpen beliau sejajar dengan tulisan saya di akhbar yang sama beberapa minggu lepas (23 Ogos 09) menerusi sebuah makalah berjudul 'Tauhid, Wilayah Sebenar Sastera'. Saya menekankan dalam rencana sastera tersebut:'Generasi baharu pengarang sastera Islam mesti mencabar diri masing-masing untuk membuka ketempurungan minda menerokai wilayah sastera...
Published on September 05, 2009 21:18
September 3, 2009
Ketupat Cinta II: Ladu Pulut Jadi Senjata
Tidak berapa lama Kejora disebat ia pun melarikan diri ke negeri Jerlun tidak jauh dari Siam dan di sana ia pun memukul kecoh dan heboh sehingga gamat merentas sempadan bahawa ia telah dianiayai di negeri Melaka. "Apa kiranya patik minum tuak disebat tetapi lelaki kaya dan bangsawan yang minum arak bersama patik tidak pula dihukum. Inilah keadilan untuk bilis tetapi paus dan pari terlepas dari hukuman. Orang akan datang pasti ia mengenang sejarah ini sebagai sesuatu yang double standard...
Published on September 03, 2009 19:00
September 2, 2009
Siapa Masuk Syurga? Siapa Masuk Neraka?
Ada orang bertanya saya ahli parti mana yang akan masuk syurga, dan ahli parti yang mana satu pula akan masuk neraka? Saya tidak tahu, tetapi Rasulullah saw kekasih Allah tahu:
Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnad Ahmad 2/167 no 6563
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا هاشم بن القاسم ثنا ليث حدثني أبو قبيل المعافري عن شفى الأصبحي عن عبد الله بن عمرو عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال خرج علينا رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي يده كتابان فقال أتدرون ما هذان الكتابان قال قلنا لا الا أن تخبرنا
Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnad Ahmad 2/167 no 6563حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا هاشم بن القاسم ثنا ليث حدثني أبو قبيل المعافري عن شفى الأصبحي عن عبد الله بن عمرو عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال خرج علينا رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي يده كتابان فقال أتدرون ما هذان الكتابان قال قلنا لا الا أن تخبرنا
Published on September 02, 2009 23:09
Teks dan Sub-Teks: Antara 'Maut' Bade dan 'Kopitiam Ghadir' FT
SESEBUAH filem sebagai medium visual bermula dengan teks, yang mengandungi sub-teks. Teks dalam filem lebih dirujuk sebagai lakon-layar. Membaca teks dan menonton teks yang telah diterjemahkan dalam bentuk gambar bergerak oleh pengarah tentu sekali berbeza. Terdapat semacam perbahasan antara pengamal filem siapakah lebih utama, pengarah atau pengarang teks (lakon-layar)? Selain itu terdapat kekeliruan juga sering berlaku, teks yang belum dimaknai di layar boleh sahaja menimbulkan kontroversi.Say
Published on September 02, 2009 00:30
September 1, 2009
Alain Robert (Spiderman): Hendak Seribu Daya
Pada 20 Mac 1997 dia gagal, dan percubaan kedua sepuluh tahun kemudiannya pada 2007, juga digagalkan. Orang terlupa sekejap dia. Tapi dia kembali lagi.Alain Robert, memang tiada kerja lain (lihat sini). 'Spiderman' ini pernah memanjat Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco. Jadi, tidak hairan memang dia lama mengidam Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter.
Khabarnya 'Spiderman' ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan den
Published on September 01, 2009 02:13
August 31, 2009
Naik Minyak
Tadi saya berhenti mengisi petrol di stesen minyak. Atendan pam memberitahu kemungkinan Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 tengah malam ini. "Mungkin juga tak naik tapi F1 memang naik dari RM1,80 mungkin ke RM 2.00 atau RM2.20."Setakat ini memang tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya. Sekiranya benar, akan ada orang naik minyak untuk mengambil kesempatan (di tengah-tengah gelanggang akan dibuka lagi minggu ini untuk mengadilinya) bagi mengalih perhatian.
Andai ini menjadi kenyataan
Published on August 31, 2009 03:28
August 29, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Published on August 29, 2009 08:59
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 587 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

