Faisal Tehrani's Blog, page 55

October 18, 2009

Kami Tersinggung Dengan Tun Dr Mahathir

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (klik sini), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyatakan beliau berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai gem'o'k. Kata beliau lagi, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

"Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat. Ini tidak elok kerana jantung mereka...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2009 15:51

October 17, 2009

Mahukah Hidup Lama Seperti Tun Mahathir? Mahukah Jadi Suami Yang Baik Seperti Tun Mahathir? Mahukah Bersenam Seperti Tun Mahathir?

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan AMIRAH AMALY SHAFAAT
(Dipetik dari Mingguan Malaysia 18 Oktober 09)


Apa hobi Tun pada masa lapang?

Dr. Mahathir: Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.

Tun nampak muda...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2009 19:47

October 15, 2009

High On Qat, Yemeni Troops Battle Shiite Rebels

HARF SOFYAN, Yemen — Resting between frenetic bursts of fighting with tenacious Shiite rebels in the north, many Yemeni soldiers pass the day chewing qat leaves — the mild stimulant plant that is the impoverished Arab nation's traditional drug of choice.

For the beleaguered troops dispatched to Yemen's rugged Saada province, the chewing sessions offer a welcome high and suppress fears that the rebels may have the upper hand against an army lacking basic gear such as helmets and body armor.

The...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2009 16:45

Gempa Bumi di Malaysia

Indonesia mungkin ada Malaysia yang baik dan budiman untuk menolong setiap kali gempa bumi. Tetapi kita, Malaysia, belum tentu ada sesiapa untuk membantu. Kita harus beringat bahawa dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah. 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang. Tiga lagi gempa bumi berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Demikianlah laporan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2009 04:11

October 13, 2009

Satira Ketupat Cinta (Musim Kedua): Gulai Daging Buat Rasuah

Janganlah tuan-tuan hairan apa gerangan Melaka pada waktu itu sudah pandai bermain rasuah kerana rasuah ini sudah ada sejak zaman Rom dan Parsi, jadi apa ganjil jika ia ada di negeri Melaka. Malah tidak Melayu jika tidak rasuah. Tidak hilang rasuah di Melaka.

Untuk itu Rosdah yang bakal mengahwini baginda Parameswara pun merencana ia untuk merasuah rakyat seisi Melaka makan-makan. Moga-moga rakyat akan terpesona dengan sajian sedap-sedap lalu memuji-muji kebaikan Rosdah lalu terlupa asal usul...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 13, 2009 13:45

October 11, 2009

Tahukah Anda Oktober Ini Bulan Bahasa?

Sumber asal di suaramalaysia.net, klik sini.


OKTOBER ini diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia sebagai bulan bahasa kebangsaan. Tahukah saudara Oktober ini bulan bahasa? Jawabnya, sebahagian besar dari kita - tidak tahu.

Mengapa? Saya akan beritahu mengapa, tetapi sebelum itu marilah kita memahami dahulu apa gerangannya bulan bahasa itu.

Ekoran keputusan kerajaan untuk menobatkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, maka semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan pun diarah untuk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2009 15:26

October 10, 2009

Faisal Tehrani: Menyampaikan Dakwah Menerusi Tiga Buah Novel Remajanya


(Sumber asal di sini)

KREATIVITI Minda Melayu-Jawa dalam Khazanah Bahasa, Sastera dan Budaya suntingan Noriah Mohamed, Hendrokumoro dan Paina Partana membawa pembaca memahami corak pemikiran dua kelompok terbabit yang terpapar lewat kreativiti penulisan warisan mereka.

Buku setebal 329 halaman terbitan Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memuatkan 16 bab yang membongkarkan beberapa sisi menarik kedua-dua kelompok terbabit seperti sikap dan pola...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 10, 2009 14:57

October 9, 2009

Sastera di Sekolah

Oleh Faisal Tehrani

BIDANG kesusasteraan semakin merosot penerimaan dan penghayatannya di sekolah-sekolah hari ini. Adalah dipercayai kurang dari seribu buah sekolah sahaja lagi yang masih menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di seluruh negara. Mengapakah sambutan terhadap sastera dikatakan melemah dalam kalangan remaja? Terdapat pelbagai jawapan yang subjektif untuk diketengahkan, namun begitu adalah lebih baik kita hanya menyorot kepada satu atau dua sahaja kemungkinan yang ada.

Sastera...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2009 07:04

October 8, 2009

Herta Muller dan Orang Islam

STOCKHOLM 8 Okt. - Seorang penulis Jerman yang dilahirkan di Romania, Herta Mueller, memenangi Hadiah Nobel 2009 dalam bidang kesusasteraan hari ini sempena menghargai hasil kerjanya terhadap penghasilan puisi dan keterbukaan prosa.

Penulis berusia 56 tahun itu, yang berhijrah ke Jerman daripada Romania pada tahun 1987, telah membuat penampilan sulungnya pada tahun 1982 dengan koleksi cerita pendek berjudul `Niederungen', yang mana telah ditapis oleh kerajaan Romania.

Pada tahun 1984, satu...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2009 16:43

October 7, 2009

Perasuah

Ini saya petik dari laman JAKIM (lihat sini).

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori "Technique of Neutralization" oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, " Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu". Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2009 07:08

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.