Faisal Tehrani's Blog, page 54

October 29, 2009

Pandangan Guru Saya "Ustaz Mud"

Masa belajar di Akademi Islam Universiti Malaya dalam bidang syariah dulu tidak ramai pensyarah saya yang mengalu-alukan penglibatan saya dalam bidang sastera dan seni teater. Akan tetapi seorang ustaz yang berpandangan jauh; banyak mendorong. Saya masih ingat kata-katanya yang amat berbekas, 'Jangan keluar nak jadi ustaz sahaja. Keluar jadi 'orang lain' juga dan bawa disiplin agama ini bersama dalam bidang baharu'. Alhamdulillah itu yang saya lakukan, meski banyak cabarannya termasuk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2009 16:57

October 28, 2009

Satira Ketupat Cinta II: Sira Pisang Boleh Berdiri

Tun Muznah Rais pun turunlah dari rumahnya untuk pergi mendapatkan Cik Puan Ani Petra yang melolong-lolong di laman.

"Ada apa mek? Salam tiada, angin tiada tiba-tiba geger mengamuk bertempik di laman sehingga di dengar khayalak ramai. Tiada malukah? Bergegar rumah kita mendengar suara tuan. Habis pecah segala pinggan mangkuk kita yang mahal-mahal."

Menyirap darah Cik Puan Ani. "Nak pecah, pecah gi lah." Maka Cik Puan Ani pun keluar dari tandu lalu dengan muka pongah lagi bengis terus menumbuk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2009 08:54

October 27, 2009

Tazkirah Pendek: Bangau Oh Bangau Mengapa Engkau Kurus?

Kelantan menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes HIV baharu tahun lepas dengan 749 kes. Perkara ini didedahkan oleh salah seorang exco kerajaan negeri YB Wan Ubaidah Omar.

Hal ini didedahkan ketika menjawab soalan ADUN Pulau Chondong, YB Zulkifli Mamat.

Menurut YB Wan Ubaidah lagi peningkatan ini membimbangkan kerana kes-kes baharu ini membabitkan remaja dari usia 20-29 tahun iaitu sebanyak 25 peratus, sementara mereka yang berusia dalam lingkungan 30 ke 39 tahun pula membentuk 42 peratus...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2009 03:56

October 25, 2009

Album Single Revolusi Pembudayaan Selawat


Bakal hadir di pasaran minggu hadapan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2009 19:45

Nak Pecah, Pecah Gi Lah

Tulisan Ustaz Nasrudin Tantawi ini elok benar dijadikan jawapan kepada manusia yang perasan dan angkuh. Nak Pecah Pecah Gi Lah. Kalau pecah mu dapat apa?

Atas nama Allah swt kita bersyahadah, kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita, maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini. Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2009 05:25

October 23, 2009

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?


Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini)...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2009 02:26

October 22, 2009

Peribahasa Gigit

Gigit jari - Bermaksud; tidak dapat yang diharapkan. Contoh ayat: Seorang penyair veteran menggigit jari sebaik sahaja Dato Dr Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke 10.

Gigit lidah - Bermaksud; tidak hiraukan kecaman orang. Contoh ayat: Meskipun mendapat kecaman mufti wahabi, penulis muda tersebut hanya menggigit lidah dan terus mengarang pelbagai karya mengenengahkan pemikirannya.

Gigit Polis - Bermaksud; Ahli Parlimen Batu. Contoh ayat: Seorang penggigit boleh berdepan dengan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2009 16:47

October 21, 2009

Satira Ketupat Cinta II: Kuih Lopis Kaki Bodek

Tun Perpatih Tulus yang sedang bercengkerama dengan beberapa gadis muda Sasak gesit bangun dari katilnya.

Janganlah tuan-tuan hairan yang kamar kerja Dato Bendahara itu ada peraduan. Kerana ada seorang ahli siasah di zaman tuan-tuan pun begitulah kerjanya. Sungguh nalla ia.

Tun Perpatih Tulus segera menyahut, "Cik...Cik Pu...Pu...Puan Rosdah."

"Sudah. Jangan gagap-gagap lagi. Apa gerangan hak kita tidak terbela?"

"Hak?" Tun Perpatih Tulus teleng kepalanya. Sejak bila pula gundik seperti Rosdah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2009 05:59

October 20, 2009

Hikayat Hang Tuah di Frankfurt dan Lain-Lain Cerita

Artikel ini telah tersiar di suaramalaysia.net (lihat sini), hak penerbitan dipegang oleh portal ini, oleh kerana itu adalah baik sekiranya saudara yang ingin memetik kembali entri ini, supaya hanya memaut sahaja portal tersebut ke blog saudara berbanding menyalin dan memadan entri ini di blog.


SAYA kurang pasti siapa yang pernah mengatakan 'keagungan sesuatu bangsa timbul daripada para pengarangnya', mungkin Ralph Waldo Emerson, atau Samuel Johnson. Tetapi saya percaya kepada kata-kata...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 20, 2009 03:56

October 19, 2009

Fanatik

Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq).

Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 19, 2009 16:02

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.