Faisal Tehrani's Blog, page 52

November 30, 2009

Ayatullah al Uzma Ali Khamenei: Pengajaran Haji Dalam Mendepani Neo-Imperialisme

Perutusan Haji oleh Ayatullah Ali Khamenei ini diambil dari sumber Harakah, klik sini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Musim Haji kali ini adalah merupakan satu kelahiran semula secara spritual dan juga merupakan satu ufuk ketauhidan yang menyinsing segar ke seluruh pelusuk bumi. Aliran perlakuan ritualnya mengalir seperti satu arus sungai yang deras, mempersembah peluang kepada semua para hujjaj untuk mencuci bersih segala karat-karat dosa atau kealpaan dan akhirnya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2009 23:41

November 29, 2009

Bahaya Taklid Dalam Akidah

Tulisan 'Bahaya Taklid Dalam Akidah' ini ditulis oleh Dr Asmadi Mohamed Naim (UUM) sila rujuk Utusan Malaysia 25 November 2009 (klik sini). Saya harap ia dapat dimengertikan oleh ramai pembaca Insya-Allah.

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2009 17:42

November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban

Setahun sudah berlalu saat saya berada di padang Arafah, menunggu subuh di Mudzalifah, berjalan bersama teman-teman dari Iraq ke Mina dan pulang ke Mekah sambil menahan sengal otot dengan rasa bak 'patah pinggang' lantaran banyak berjalan. Rindu kepada Baitullah dan keasyikan haji amat menggelora dalam hati.

Selamat hari raya korban. Paling tidak ingatlah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Muhammad saw dan cucundanya, Saidina Husin untuk meneruskan kelangsungan agama Allah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2009 07:53

November 23, 2009

Hairan DBP Tidak Mengharamkan Za'ba

1. Ada seorang ustaz yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka kerjanya menabur pasir dalam periuk nasi saya.

2. Ustaz ini dan dua tiga kerat pemimpin bermasalah di situ (meminjam ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz) mungkin tidak mengenal Pendita Za'ba. Za'ba bukan sahaja tokoh bahasa dan persuratan. Beliau juga merupakan seorang agamawan. Kedudukan Za'ba sebagai seorang agamawan dapatlah dikatakan menyongsong arus memandangkan beliau pernah menjadi mangsa kecaman dan label kafir oleh Pejabat...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2009 21:26

Satira Ketupat Cinta (Musim Kedua): Sekati Ketayap Upah Penasihat

Maka segeralah dititahkan ayahanda Lepat yang masih belum bergelar Tun itu masuk ke dapur. Bekerjalah Tun Lepat memasak kuih yang rumit ini. Untuk memasak kulit ketayap, Tun Lepat pun mengisar kelapa parut dengan daun pandan dan diperah lalu diambil patinya. Diambil sedikit tepung dan dimasukkan ke dalam mangkuk bersama sedikit garam. Pati santan dicampur bersama daun pandan lalu dikisar sehingga sebati. Kemudian dimasukkan pula telur dan minyak, dikacau ia sampaikan rata. Berpeluh Tun...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2009 10:36

November 22, 2009

Kussss Semangat


1. Beginilah kalau sepanjang kehamilan asyik makan nasi lemak, buah kedondong atau amra, bunga ros, roti serta susu.

''Saya boleh habiskan satu kilogram buah amra dalam sehari dan makan bunga ros merah dua hingga tiga kuntum dalam sehari,'' kata Aisha Bee, ibu kepada bayi lelaki montel seberat 6.15 kilogram.


2. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati, hanya 16,044 judul buku diterbitkan pada 2008 sedangkan jumlah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2009 17:39

Antara Niaga dan Kebenaran

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia menggesa supaya menghentikan segera semua tindakan permusuhan terhadap Kerajaan Arab Saudi, dan mengutuk semua bentuk campur tangan yang menyokong kumpulan pemberontak Houthi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata: "Kami mengutuk keras tindakan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak Houthi di sepanjang sempadan Arab Saudi.

"Tindakan kejam ini, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ke atas orang awam, amat tidak wajar,...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2009 17:01

November 20, 2009

Changeling: Korupsi

Oleh Faisal Tehrani

SEBUAH kisah benar.

10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dalam keadaan lewat. Dia mendapati Walter, buah hatinya tidak ada di rumah seperti biasa. Malah tiada di mana-mana. Walter...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2009 00:16

November 18, 2009

Bila Kartun Lat Terbang Bersama Air Asia


OLEH FAISAL TEHRANI

AIR ASIA mendahului syarikat penerbangan MAS dalam mengemukakan idea kreatif. Seperti yang anda dan saya juga telah dengarkan, kartun Lat akan dibabarkan pada pesawat Air Asia. Entah ia akan dipaparkan di dinding luar atau di dinding dalam kurang saya ketahui. Akan tetapi idea tersebut adalah satu penghormatan yang bukan sahaja besar untuk Datuk Lat tetapi juga menunjukkan sikap penghargaan terhadap karya seni yang amat jarang berlaku di negara ini.

Kartun adalah seni pop...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2009 15:06

November 17, 2009

Satira Ketupat Cinta (Musim Kedua): Siapa Tercekik Wajik?

Rosdah pun berkata, "Wahai Lepat. Apakah makanan yang manis boleh dijadikan hidangan. Adapun kita ini manis orangnya, suka kita kepada manisan."

Tun Lepat segera membalas, "Adalah tuan perlu berjaga-jaga dengan segala kemanisan kerana ia dapat membawa mudarat. Adapun orang Melayu itu amat ia terkena penyakit kencing manis."

Rosdah tiada endah. "Apa kencing-kencing? Manakan ada kencing yang masam ataupun pahit?"

Oleh kerana tiada ia mendengar nasihat, Lepat pun berangkat ke dapur kapal diraja...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2009 14:59

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.