Faisal Tehrani's Blog, page 49

December 28, 2009

Manikam Kalbu Terima Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia Kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik 2008






Pada 22 Disember lalu, Manikam Kalbu bernasib baik kerana menerima Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia bagi Kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik 2008. Majlis diadakan di Seri Pacific dan hadiah diberi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Mak Ungku, Puan Azah Aziz (isteri Profesor Ungku Aziz) menerima beberapa anugerah berganda untuk karya kajian beliau mengenai busana Melayu berjudul Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Kebetulan Manikam Kalbu juga tentang busana Melayu.

...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2009 15:01

December 27, 2009

Mawkeb-ul Abaa: Perjalanan Duka Zainab al Kubra dari Karbala ke Damsyik

FILEM Mawkeb-ul Abaa atau dalam bahasa Inggerisnya The Caravan of Pride, adalah sebuah filem dengan naratif Islami, yang menyorot peristiwa pembunuhan Saidina Husin serta perjalanan duka keluarga Rasulullah saw ke Damsyik, Syria.

Filem ini sungguh luar biasa sinematografinya, berbekas dari segi lakonan dan paling penting ia berusaha mengangkat secara tepat apa yang berlaku ke atas keluarga Nabi Muhammad saw setelah 72 orang pengikut Saidina Husin diseligi, dibantai dan disembelih di Karbala.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2009 08:09

December 26, 2009

December 25, 2009

Tangisan Karbala (Zaynab al Kubra) Adalah Senjata Politik Yang Paling Ampuh!

1. Mengapa mereka menangis? Setiap kali Muharram mereka menangis. Saya juga dahulu seperti anda. Saya juga pernah berasa jengkel. Tetapi semakin saya matang, membaca dan berkembang sebagai sarjana dan ahli akademik; saya menjadi hati-hati, tidak membuat tanggapan melulu, tanpa berusaha memahami dahulu kenyataannya. Saya malah memilih menjejakkan kaki ke dunia mereka, berdialog dan mendengar; lalu memilih satu jalan yang amat kontroversial. Memilih untuk mendekatkan apa yang tidak begitu jauh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2009 04:08

December 23, 2009

Mengapa Membunuh Cucunda Nabi Muhammad SAW?

Dalam sastera Melayu, tidak ramai yang mahu, atau "tergamak", menulis buku tentang peristiwa di medan Karbala. Menulis hal yang sangat tragis ini padahal adalah satu dedikasi penting buat Nabi Muhammad saw. Ini kerana yang terbunuh di medan berdarah itu adalah sekian cucu cicit dan kerabatnya.

Saya tidak dapat memikirkan pewajaran yang lain, bahawa tentu sahaja menulis untuk merakam kejadian keji dan jelek ke atas keturunan Rasullulah saw, terhadap penghulu pemuda di syurga itu; pasti, saya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2009 17:00

December 22, 2009

Pembunuh Saidina Husin

Ada orang mengatakan pembunuh Saidina Husin adalah orang syiah yakni penghuni kota Kufah. Kerana itu sampai hari ini syiah meratap menangisi kekesalan perbuatan mereka. Entah dari mana sumber pandangan bodoh ini. Penghuni kota Kufah pada waktu Saidina Husin dibunuh itu adalah pembelot dan pengkhianat. Orang yang asalnya berjanji tetapi tidak mempertahankan Saidina Husin (dalam hal ini membela cucunda Rasulullah saw yang mencintainya sahaja akan beroleh cinta Allah) tentu tidak dapat dianggap ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2009 22:04

Mengenang Tragedi Karbala

Ada orang bertanya saya, mengapa harus membuka-buka dan membesar-besarkan perihal Saidina Husin cucunda Rasulullah saw dibunuh Yazid dan tenteranya. Yang sudah-sudahlah kata mereka.

Alangkah jahil manusia itu. Saya menjawab:

1. Yang sudah-sudah itu sejarah dan sejarah wajib kita pelajari dan kita bongkar untuk membolehkan kita meletakkan diri kita dalam kebenaran. Bukankah kita berdoa dan membaca al-Fatihah dalam solat meminta jalan yang lurus? Maka jalan yang lurus itu harus kita kenali...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2009 00:00

December 21, 2009

Cinta Hamka Kepada Saidina Husin

Ketika menuntut di Kolej Islam Kelang dahulu, saya ditugaskan untuk membeli beberapa buah buku yang baik untuk dimuatkan dalam surau. Saya menemui buku di atas dan membacanya dengan penuh rasa syahdu. Sungguh Yazid dan sekutunya telah membunuh Saidina Husin cucunda Rasulullah saw!

Hari ini, generasi Y yang ketinggalan dalam banyak perkara keilmuan (kurang membaca, mengkaji, menganalisis dan menggunakan akal) sering benar ditipu dan dibodohkan oleh fakta-fakta yang bersalahan oleh ustaz-ustaz...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2009 01:01

December 19, 2009

Mengenal Penjenayah Perang

Abdullah bin Handhalah adalah seorang sahabat Nabi saw; setelah syahidnya cucunda Nabi, Saidina Husein di Karbala, beliau mengumpulkan orang ramai di halaman Masjid Nabi di Madinah dan berkata mengenai Yazid: "Hai manusia kami datang kepada kalian keraena seseorang yang meninggalkan solat dan mempunyai kegemaran minum minuman keras....dan gemar bermain dengan kera dan anjing. Maka apabila bai'ah kepadanya tidak dicabut, saya takut kita semua akan dihujani batu [oleh Allah:] dari langit."

Hasan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2009 16:17

December 17, 2009

Revolusi Pembudayaan Selawat di MHI TV3, 18 Disember

Anggota Revolusi Pembudayaan Selawat yang pernah berlakon dalam pementasan teater Kopitiam Ghadir akan muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) 18 Disember 2009 sekitar pukul 8-9 pagi Insya-Allah.

Mereka dalam rangka mempromosikan single berjudul Keutamaan Selawat. Semoga usaha murni mereka membudayakan selawat dalam hidup kita akan mendapat perhatian Allah, Rasulullah saw dan sekalian wali nan suci.

Tidak ada yang paling munasabah untuk kita lakukan pada pagi 1 Muharam melainkan menjiwai...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2009 03:08

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.