Faisal Tehrani's Blog, page 45
February 9, 2010
Satira Ketupat Cinta II: Bersuap-suapan Epok-Epok
Tun Yem mencatat lagi semuanya dalam buku siasatan. Kemudian ia pun berangkat menuju ke kamar Tun Kuala atau Cik Puan Rosdah, Tun Yem memberi salam dan bertanya, "Benarkah menurut maklumat rahsia yang kita perolehi, yang Tun Kuala ada bertanya kepada Long Jongos pagi sebelum ia mati, berbunyi begini: Apakah boleh kita 'ba' tuan pada hari ini? Apakah gerangannya huraian kepada pangkal huruf 'ba' itu jika tiada beban memaklumkan kepada kita?"Cik Puan Rosdah pun tersenyum simpul, "Tidak tepat...
Published on February 09, 2010 18:02
February 7, 2010
Teka Kata Laluan
Jim adalah seorang ranjer di taman safari Lanseria, Afrika Selatan. Dia tidak berdisiplin dan selalu datang lewat ke tempat kerja.
Tetapi Jim selalu terkecuali dari dibuang kerja oleh majikannya. Anda boleh lihat sendiri kemampuan Jim menjinakkan haiwan buas dan liar.
Binatang sebegini buas pun tunduk pasrah kepadanya.
Ia malah berani mencium serigala.
Meraba badan dan menggeletek singa.
Meskipun sebenarnya Jim tiada kelulusan dan seorang drop out di sebuah universiti di Afrika Selatan.
Namun...
Published on February 07, 2010 23:59
February 3, 2010
"Husin Daripadaku Dan Aku Pula Daripada Husin, Allah Mencintai Sesiapa Yang Mencintai al-Husin"
Published on February 03, 2010 14:49
Satira Ketupat Cinta II: Ada Dalca Pada Tengkoloknya
Adalah dalca itu tuan-tuan, menurut ayahanda Lepat dimulai masaknya dengan memanas minyak, menumis bahan hiris lalu dimasukkan pula kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau dan kuning warnanya. Apabila begitu jadinya, sempurnakan dengan memasukkan campuran rempah, dikacau rata sebelum dibiar beberapa tika. Bahan kisar dicampurkan dan digaul-gaul jadi sebati, dicurahi air supaya tiada terlalu pekat. Kemudian diocak air asam jawa dan ayam. Setelah empuk ayamnya...
Published on February 03, 2010 02:58
February 2, 2010
Sinema Spiritual: Perang Dua Jalur Sinema
CAMPURTANGAN asing dalam politik Republik Islam Iran kini turut terpercik menempias ke dunia filem. Sejak lama, sinema Iran telah terbahagi kepada dua jalur. Jadi, tidak semua produk filem Iran benar-benar boleh dipertanggungjawabkan. Perhatikan siapakah pengarahnya untuk memastikan ideologi pegangan mereka. Ambil sahaja kerja terkini Bahman Ghobadi "No One Knows About Persian Cats", filem ini diharamkan di Iran. Ia memaparkan dunia muzik underground di Tehran. Dan filem ini memaparkan...
Published on February 02, 2010 00:55
February 1, 2010
Elok Dibaca Oleh Pemimpin Yang Mahu Berkongsi Kalimah Allah Dengan Orang Lain
MUNGKIN jenaka ini tidak sekadar jenaka kerana di sebalik yang tersirat ada yang besar tersurat. Andai mantan Presiden Amerika Syarikat atau lebih tepat yang sering berlagak seperti Ketua Polis Dunia, George W. Bush mengunjungi negara ini, sebagai tuan rumah yang menghormati tetamu,
tentu sekali kita tetap memanggilnya sebagai Mr. Bush.
Tidak mungkin kita akan memanggilnya sebagai 'Mr. Semak' hanya semata-mata kerana semangat 'menterjemah'!
Begitu juga apabila di pertemuan lain, tetamu tersebut ...
tentu sekali kita tetap memanggilnya sebagai Mr. Bush.
Tidak mungkin kita akan memanggilnya sebagai 'Mr. Semak' hanya semata-mata kerana semangat 'menterjemah'!
Begitu juga apabila di pertemuan lain, tetamu tersebut ...
Published on February 01, 2010 17:27
January 31, 2010
Beberapa Rangkap Pelajaran Tentang Kesyukuran
Saya jarang mendeklamasikan puisi. Mungkin kerana saya segan dan rasa kurang berbakat dalam genre ini berbanding prosa seperti genre novel dan cerpen. Lagipun kumpulan puisi saya Ingin Jadi Nasrallah entah bila akan siapnya kerana telah berkali-kali ditangguhkan penerbit. Juga, saya lebih percaya puisi lebih berpengaruh di atas kertas berbanding pentas. Sehingga malam sabtu lalu. Saya kini yakin, puisi jika dilantun dengan munasabah dapat menjamah hati siapa pun.
Saya mengalah dengan undangan...
Published on January 31, 2010 18:32
January 28, 2010
Selawat Ke Atas Rasulullah Perintah Wajib
Sumber Utusan Malaysia bertarikh 29 Januari 2010.
SOALAN
Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?
Jawapan
Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).
Manakala apabila kita...
Published on January 28, 2010 16:33
Keretapi
Tren CRH2 milik China.
Tren THSR milik Taiwan.
Tren KTX milik Korea.
Tren Shinkansen milik Jepun.
Tren AVE milik Sepanyol.
Tren EuroStar milik United Kingdom.
Tren TGV milik Perancis.
Tren Metro Milik Dubai.
Tren siapa-siapa pun adalah tuan punya di India.
Dan tren aku punya di Pakistan.
Published on January 28, 2010 00:32
January 27, 2010
Satira Ketupat Cinta II: Kuih Genggang Bukti Cinta
Long Jongos menyembunyikan rasa bosannya dengan leteran Tun Lepat, "Itu juga hamba lakukan, tetapi hamba juga ingin mencuba-cuba memegang senduk dan mangkuk." Long Jongos kian berdalih. Ia menahan sabar.Tun Lepat memikir sejenak, kemudian ia menggeleng. Ia bimbang membawa orang tidak tentu ke dapurnya.
"Jika tuan gerau membawa kita ke dapur dan mengajarkan kita sejenis dua kuih berwarna merah jambu, akan kita ceritakan kisah Mufti Malun yang terbaharu." Long Jongos memancing.
Tun Lepat...
Published on January 27, 2010 03:05
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 587 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

