Faisal Tehrani's Blog, page 42

March 21, 2010

Dapatkan Baju T 'Ingin Jadi Nasrallah' & 'Manikam Kalbu'



Boleh didapatkan pada 27 Mac 2010, sempena pelancaran Ingin Jadi Nasrallah dan novel Bahlut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC, (jam 3-4 petang).

Anda dijemput hadir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 21, 2010 14:43

March 19, 2010

Dah Ada, Bahlut & IJN Dah Ada!




Panduan ke gerai Ameen Serve:

Di PBAKL 2010, Ameen Serve membuka dua gerai. Di TR 3 (Tun Razak3) gerai bernombor D44-47. Ini adalah di bangunan PWTC itu sendiri (gerai tidak jauh dari gerai ITNM). Terdapat juga gerai di TR2 (Tun Razak2) di gerai bernombor B36-37. Ini adalah di bangunan seberang sungai (gerai tidak jauh dari gerai Creative Enterprise dan PTS).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 19, 2010 17:17

March 17, 2010

Rahsia Di Sebalik 'Ingin Jadi Nasrallah'

Akhirnya setelah lebih tiga tahun merancang dan mengerjakannya, Ingin Jadi Nasrallah menjelma di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Meskipun tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan, dan tidak semua kesempurnaan dapat dicapai; memadailah disebutkan di sini bahawa Ingin Jadi Nasrallah adalah ole-ole manis saya untuk pembaca saya yang setia. Turun naik saya selama dua dekad dalam bidang penulisan bagaikan roller coaster. Turun naik yang telah didokongi dengan padu dan kuat oleh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2010 11:11

March 16, 2010

Fragmen Novel 'Bahlut'

Bahlut melihat ke luar jendela, gelap, mungkin ada awan-awan berat yang dilanggar muncung pesawat. Masih terlalu jauh rentas benua yang bakal ditempuhi. Bahlut risau. Untuk pertama kali dia rasa kehilangan kerana dia ingin berdoa supaya Tuhan menyelamatkan Cikgu Zaiful dan Kabut, dia ingin berdoa supaya Cikgu Zalman aman dalam perjalanannya ke barzakh tetapi Bahlut tidak punya agama, dan dia tidak tahu kepada siapa harus ditujukan doanya.

Dalam sukmanya, Bahlut bersuara resik...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 00:23

March 14, 2010

Undangan Ke Pelancaran 'Ingin Jadi Nasrallah'


Merupakan antologi puisi pertama Faisal Tehrani. Ia menghimpunkan sejumlah 35 buah puisi Faisal Tehrani sejak pembabitannya dalam bidang penulisan. Kumpulan puisi ini menjadi bertambah menarik dan unik dengan nilai tambah sejumlah foto peribadi Faisal Tehrani khususnya ketika kembara beliau. Faisal pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 1999 untuk puisi beliau Sesudah Hujan Dahlia yang disifatkan oleh panel penilai sebagai 'menampilkan kekuatan dari segi estetik dan bersifat imaginatif...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2010 18:25

March 11, 2010

"Bahlut": Novel Faisal Tehrani Yang Ke 19

IBU saya memiliki sebidang tanah di Bukit Payung, tidak jauh dari kampung kami; kampung Perling, Simpang Ampat, Melaka. Kampung ini kini hanya tinggal nama kerana telah disodok dengan rakusnya oleh pembangunan. Semasa kecil, pernah sekali agaknya saya dibawa abah meninjau-ninjau tanah yang masih diduduki oleh Orang Asli itu. Ikut serta ialah arwah Tok Bachik. Tanah tersebut jika tidak silap saya adalah milik moyang kami, Tok Shamsuddin Leong, seorang Tionghua yang setelah memeluk Islam...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2010 17:10

Filem Kita Buruk

Oleh Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia 7 Mac 2010)

Negara ini sudah mengangkat 10 sasterawan ke tahap tertinggi sebagai Sasterawan Negara. Mereka ternyata telah menghasilkan karya-karya sastera sama ada puisi, cerpen atau novel yang membawa pemikiran besar bangsanya.

Di mana karya-karya besar mereka tersimpan? Siapa pula yang memanfaatkan pemikiran-pemikiran tentang bangsa dalam karya-karya itu dalam kehidupan pada zaman yang serba moden ini? Kita boleh berbangga memiliki Sasterawan Negara U...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2010 05:47

March 10, 2010

Satira Ketupat Cinta II: Keledek Kacau Pulih Semangat

Tun Lepat pun mencarilah dalam gudang menyimpan makanan akan keledek, sebiji kelapa, santan, garam, telur, gula merah, gula melaka dan gula putih serta sedikit minyak masak. Ia pun mengerjakan keledek itu dan direbusnya. Ia lecekkan halus-halus. Ia kemudian satukan ubi keledek dengan santan, segala gula, telur dan mengacau sebati semuanya selama suku jam. Tun Lepat tuangkan minyak dan kacau lagi dengan api kecil. Setelah agak-agak campuran tidak melekat ia pun menuangkan adunan ke dalam...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 10, 2010 11:13

March 9, 2010

Ayuh Bersenam

David Gurnani telah membuktikannya. Badan beliau susut dari 157 kg ke 83 kg kini. Iaitu kehilangan 53 % body fat percentage. Ayuh bersenam, kita tak pernah kekeringan inspirasi. Nah jadikan tokoh Satu kita sebagai contoh.

Jadikan kata-kata dorongan dan motivasi Wanita Pertama kita ini sebagai sumber ilham:

[image error]
"I will also ensure that Datuk Najib stay fit by doing exercise at the gym." (Bernama)

* Wanita Pertama kita juga pernah mengatakan, "Lebih baik sekiranya masyarakat duduk secara berkelompok ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2010 17:20

March 8, 2010

Ingin Jadi Nasrallah?

Tekun menyiapkan 'Ingin Jadi Nasrallah'. Ia akan menjelma di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tidak lama lagi.
* Foto dari blog Sinaganaga.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2010 23:29

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.