Faisal Tehrani's Blog, page 39

April 25, 2010

Baca Puisi Lagi


Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor dengan mengangkat tema (wasilah cinta pencipta & manusia) pada 30 April (Jumaat) bertempat di Laman Budaya Shah Alam pada jam 8.00 mlm.

Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara iaitu Y.Bhg Dato A.Samad Said dan Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan. Antara aktivis seni yang lain ialah Pak Agi, Faisal Tehrani, Ahmad Shukri Abdullah, Fynn Jamal, Mohd Zulfahmee, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Siti Fariha, Fazleena Hishamudin dan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 25, 2010 23:55

Cerpen Mikro: Kim Jong-il Utus Kawat Tahniah


Sumber APF - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il menghantar perutusan tahniah kepada media massa negara ini kerana memberi 'inspirasi kepada rakyat Korea Utara dari segi keterbukaan dan akses berita.'

"Pemerhatian saya sepanjang minggu lepas membuktikan media massa negara anda menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Saya telah meminta menteri propaganda Korea Utara belajar cara media massa negara anda berperanan." Ujar Kim Jong-il yang jarang muncul di khalayak ramai.

"Kami merancang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 25, 2010 04:14

April 23, 2010

Adakah Abu Thalib Seorang Mukmin?

Petikan Utusan Malaysia 21 April 2010.

TIADA niat untuk mempolemikkan status agama bapa saudara Nabi Muhamad SAW, Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.

Tetapi ada pihak yang masih bertanyakan mengenai 'kelainan' kisah-kisah sebenar di sebalik kematian Abu Talib itu.

Ini memerlukan untuk kita melanjutkan kisah itu dari tulisan al Mubarakfuri dalam bukunya Sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa sejurus bapa saudara baginda itu meninggal...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2010 09:30

Cerpen Mikro: Rose Chan Dakwa Dahului Kiraan

Rose Chan, calon bebas yang merupakan Presiden Parti Isteri Garang (P.I.G) yang belum didaftarkan mendakwa partinya yang menggunakan lambang 'nasi lemak tetek gergasi' sedang mendahului kiraan undi pada pilihanraya kecil Hulu Selangor P94. Rose Chan yang ditemui di pusat pengundian Kalumpang dalam keadaan bertongkat pagi ini menjelaskan partinya adalah parti yang tidak bermasalah.

"Demi Allah kami tak rasuah. Kami tak minum todi. Kami tak main lumba kuda. Kami cuma garang, tetapi kegarangan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2010 01:02

April 22, 2010

23 April: Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

Tahukah anda yang hari ini adalah Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia?

Walaupun saya tidak berkenan dengan sikap beliau dalam hal PPSMI, tetapi saya tetap ingin memuji Tun Dr Mahathir ketika melancarkan buku karangan Dr Asri Zainal Abidin. Walaupun beliau tidak menyukai dan bersetuju sepenuhnya apa yang ditulis oleh mantan mufti Perlis itu, akan tetapi Tun tetap bersifat terbuka.

Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir mengatakan begini:

"Kalau tidak dapat terima (perbezaan tafsiran), kita kembali...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2010 06:27

Cerpen Mikro: 'I Like...'

Cikgu Bibi Marina baru pulang dari cuti berbulan madu. Dia bertugas di sebuah Sekolah Tamil, di sebuah estet tidak jauh dari Kampung Keliang Kalumpang. Sebelum ini memang Bibi Marina kurang bersemangat kerana dihantar bertugas di pedalaman, tetapi sejak mendapat suntikan, Bibi Marina sudah berbeza. Suntikan itu bukan calang-calang suntikan. Kata-kata suaminya pada malam pertama begitu mengujakan dan dia tersuntik; "Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2010 03:36

April 21, 2010

Cerpen Mikro: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Ini?

Wartawan: Tuan, saya berharap anda tak keberatan menjawab soalan...

FT: Ana mesti pergi, Ana mesti pergi.

Wartawan: Kumpulan Pro Minum Teh dan Anti Kopi (POTAK) menyerang anda dan mendakwa anda seorang kaki minum. Mereka juga dakwa anda syiah dan minum kopi. Mereka kata minum kopi adalah bid'ah.

FT: Siapa? Siapa buat cerita? Takkan Ustaz Perubahan buat cerita lagi. Dia dah kata dia geng dengan ana masa jumpa di Pesta Buku baru-baru ni. Ana mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Wartawan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 21, 2010 06:51

Iran dan Malaysia

Petikan dari entri di blog mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad:

"Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 21, 2010 00:05

April 20, 2010

Satira Ketupat Cinta II: Pesta Jeranan

Tun Lepat mencipta jeranan itu untuk dimakan ketika pesta gurindam dan syair. Adalah bahannya telur rebus, tempe; elok jika dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng, kacang panjang, kangkung dan tauge dicelur semuanya serta sengkuang dihiris-hiris. Untuk kuahnya, ayahanda Lepat sediakan minyak masak, kacang tanah yang siap dibuang kulitnya, cili dan bawang merah siap dikisar, belacan, air asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula merah. Juga dicarikan batang serai, halia dan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2010 17:30

April 19, 2010

Cerpen Mikro: Main Undi2

Di suatu taman permainan, pada satu hari yang tidak begitu terik panasnya, tidak jauh dari sebuah taman perumahan berdekatan bandar Kuala Kubu Baru; tiga orang kanak-kanak sedang bermain.

Mereka sedang bermain undi-undi. Siapa yang layak menjadi ketua taman permainan.


Seorang kanak-kanak perempuan, Zahra, bertudung dan sungguh comel sedang memerhatikan dengan tekun akan dua orang teman sepermainannya. Kanak-kanak lelaki bernama Maniam dan Jahid sedang bertengkar tentang sesuatu.

"Kita main...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2010 17:49

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.