Faisal Tehrani's Blog, page 38
May 4, 2010
Cerpen Mikro: Jalan Mati

Kami menulis warkah ini kerana tidak mendapat keadilan di dunia. Jadi kami memohon tiga batang jalan untuk diabadikan padanya nama kami bertiga. Kami berjanji akan menghuni di jalan tersebut selama-lamanya dan menjaga sesiapa yang lalu lalang di situ sebaiknya. Harapan kami setelah ini, kami akan dapat tidur lena. Sekian.
Terima Kasih.
Yang Benar,
Penerjun Berani Mati Bertaraf Sukan Olimpik, Remaja Keluar Makan Burger Kemudian Kena Tembak, Model dan Penterjemah Cantik Yang...
Published on May 04, 2010 06:08
May 2, 2010
Malam Puisi Riong di Shah Alam

Malam Puisi Riong dianjurkan Unit Sastera Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Komuniti Akar, kali ini menghimpunkan dua Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said membacakan puisi Hidup Bersama dan Datuk Dr Anwar...
Published on May 02, 2010 06:44
April 30, 2010
Cerpen Mikro: Menantu Nyonya Mansor

Melihatkan Sabariah anak daranya nan satu itu kibar* satu macam; sambil tidak malu menggigit-gigit hujung bantal, Nyonya Mansor yang garang pun menempelak Sabariah:
"Lekas katakan kepada aku siapa Kassim Selamat itu? Doktor? Peguam? Pengarang? Pelukis? Juru terbang? Penyanyi? Pakar motivasi? "
"Gaji mereka baru dinaikkan Mama." Dengan bergenang air mata di pelupuk, Sabariah pun menyahut, seraya...
Published on April 30, 2010 20:32
Jumpa Di Shah Alam Ya!

Penyanyi yang mencipta nama dengan The Fan Club ketika berada di New Zealand, Aishah mahu berkongsi puisi nukilan Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka D(BP)...
Published on April 30, 2010 00:17
April 29, 2010
Cerpen Mikro: Merajuk

"Budak-budak lain, termasuk saya tak boleh nak lena." Kak Kiah...
Published on April 29, 2010 17:58
Baca Puisi di Laman Budaya Shah Alam

MBSA bersama Berita Harian dengan sokongan Stanco Kebudayaan dan penglibatan komiti Akar membawakan Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor dengan mengangkat tema (wasilah cinta pencipta & manusia) pada 30 April (Jumaat) bertempat di Laman Budaya Shah Alam pada jam 8.00 mlm.
Jom berpuisi di Shah Alam malam ini!
Published on April 29, 2010 09:09
April 28, 2010
Cerpen Mikro: Sisters of Liberalism Kecam Gerabak Merah Jambu Komuter

Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc 'Wanita Saja Sepanjang Masa'. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).
Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik...
Published on April 28, 2010 18:06
Ingin Jadi Ahmadinejad
Selepas pulang dari Malaysia beberapa tahun lalu, melihat pembangunan pesat Malaysia, Dr Ahmadinejad berikrar untuk terus membangunkan Republik Islam Iran. Dalam satu pertemuan dengan beberapa rakyat kecil yang dianjurkan sebuah NGO, seorang wanita tua memberitahu; "Selepas tuan pulang dari Malaysia saya bersumpah untuk terus bersama tuan. Saya membayar sedekah setiap bulan atas nama tuan. Tuan tidak keseorangan kerana saya mendoakan tuan sentiasa."
Wanita ini membuatkan Ahmadinejad menangis k...
Published on April 28, 2010 09:37
April 27, 2010
1Malaysia? Fikirkan Kembali
Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%. Ini adalah kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.
Anehkah? Tidak aneh. Di sini tidak aneh. Orang yang tidak berjuang memansuhkan...
Anehkah? Tidak aneh. Di sini tidak aneh. Orang yang tidak berjuang memansuhkan...
Published on April 27, 2010 18:02
Satira Ketupat Cinta II: Putu Mayam Sudah Dibacakan Doa

Cik Puan Ani hampir menangis lalu berteriak, "Ini semua fitnah. Dia itu tidak menggunakan nama Allah kalau berzikir. Dia guna nama Pornthip. Orang yang...
Published on April 27, 2010 02:22
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
