Faisal Tehrani's Blog, page 41

April 1, 2010

Faisal Tehrani di Malam Puisi Riong 7 April Ini

Sumber Berita Harian, 1 April 2010 (klik sini).

MALAM Puisi Riong Berita Harian Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): Menelusuri Inovasi Warisan Budaya di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Alor Gajah, pada 7 April ini, jam 8.30 malam akan menyaksikan gandingan mantap penyair dan penyanyi tanah air.

Pengarang generasi muda, Faisal Tehrani, ketika dihubungi berkata, beliau memilih untuk berkongsi puisi nukilannya khusus untuk penyair Turki, Maulana Rumi berjudul Aku Datang, Aku Datang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2010 14:49

March 31, 2010

Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 Tentang 'Bahlut'


Tidak banyak novel Malaysia yang mengketengahkan kehidupan serta watak yang dianggap marginal dalam masyarakat kita. Jumlahnya hanya segelintir, termasuk yang ditulis oleh Akira (Mahat anak China), penulis keturunan Orang Asli – iaitu keturunan yang dalam anggapan beberapa pihak merupakan kelompok pinggiran dalam kehidupan kita di Malaysia.

Novel eponim Bahlut mengketengahkan watak luar biasa ini – pemuda Orang Asli suku Semai. Sukan moden dan kepantasannya di trek, melonjakkan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2010 10:52

March 30, 2010

Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 Tentang 'Ingin Jadi Nasrallah'


Dalam tahun-tahun yang suram bagi genre puisi, termasuk khabarnya Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan menerbitkan lagi kumpulan puisi penyair muda, penerbit AmeenBooks tampaknya memiliki keberanian yang disertai dengan pendekatan menarik untuk menerbitkan kumpualn puisi Ingin Jadi Nasrallah karya Faisal Tehrani.

Penerbit Al-Ameen menerbitkan kumpulan puisi ini bukan dengan sosok fizikal buku puisi yang biasanya nipis, berekabentuk kuno, dan tidak menarik. Dengan buku berukuran...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2010 18:21

March 29, 2010

Dua Tiga Sejarah Yang Tercatit di Pesta Buku Antarabangsa KL Baru Ini


1. Datuk Seri Najib Tun Razak muncul sebagai Perdana Menteri pertama mengunjungi PBAKL selepas 29 tahun penganjurannya. Beliau juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang terlibat dalam majlis bacaan buku di negara ini. Nampak sangatlah Perdana Menteri kita sebelum ini 'kurang memesrai buku' berbanding rakyat jelata. Insya-Allah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, Datuk Seri akan hadir bersama Datin Seri. (Foto Utusan Malaysia, klik sini)


2. Dewan Bahasa dan Pustaka dikhabarkan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2010 09:08

March 28, 2010

Terima Kasih, Jumpa Lagi Tahun Hadapan


Tokoh korporat turut membelek Ingin Jadi Nasrallah.


Si cilik bersama ibunya dari Putrajaya.


Mencatat sesuatu.


Sempat 'ditahan' di 'jalanan'.


Siapa kata buku puisi tidak boleh dijual?


Yang ini penggemar berat satira Ketupat Cinta.



Tiba-tiba ada ramai pengunjung Pesta Buku mengelilingi saya.


Teman saya, sinaganaga yang banyak mereka bentuk kulit hadapan buku-buku saya. Sekarang sinaganaga diburu oleh pengarang lain pula, semata-mata untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran beliau.


Sasterawan Negara ke 1...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2010 17:40

March 27, 2010

Ucapan Faisal Tehrani di Pelancaran Novel 'Bahlut' dan Kumpulan Puisi 'Ingin Jadi Nasrallah'

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Solawat buat Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya seperti yang kita ungkapkan dalam solat kita.

Saudara hadirin yang saya hormati, saya ingin memetik dua perenggan dari tulisan Saudara SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang disiarkan oleh akhbar Harakah 19-21 Mac 2010 baru-baru ini: "Orang Asli yang merupakan komuniti paling terpinggir di negara ini, terus mengalami kehilangan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2010 00:00

March 26, 2010

Pandangan Faisal Tehrani Tentang Industri Buku di Bernama

KUALA LUMPUR, March 18 (Bernama) -- Writers are unhappy over the demand by distributors who wanted up to 65 per cent in commission.

They said the matter was tantamount to killing the book industry and an oppression towards writers and small publishers.

The commission was previously at 40 per cent and was increased to 50 per cent last year and as high as 65 per cent this year.

Dr Lim Swee Tin, a writer with 40 years experience, said the high commission for distributors can only mean bad things...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2010 01:12

March 25, 2010

Ingin Jadi Nasrallah dan Bahlut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC, 27 Mac, Jam 3-4 Petang



Sedikit sedutan Wawancara Sofa Putih ITNM pada 24 Mac pukul 12-1 tengahari lalu. Wawancara dikendalikan oleh saudara Syed Munawar. Dapatkan The Prau With The Silent Soul di gerai ITNM.

"Nama eng Bahlut…Bahlut takkan mengalah begitu sahaja."

Nama eng Bahlut – atau Nama saya Bahlut.

Kisah Bahlut bukanlah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih b...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2010 07:20

March 24, 2010

Fragmen 'Bahlut' - Sebuah Novel Tentang Orang Asli di Malaysia

Nik tenem; ya tiga malam. Embun masih ingat dengan jelas kejadian itu.

Kemunculan mereka dari belukar hutan menyebabkan satu kemalangan ngeri berlaku. Dia tahu penumpang dalam jip yang ditimpa kemalangan tersebut tidak bersalah.

Seolah-olah mereka juga sedang melarikan diri dari 'hantu' yang sama. Kerana itulah dalam ribut, dia masih ingat Kartika berlari ke arah sebuah penempatan orang asli sambil memberitahu, "Ada kereta masuk gaung! Tolong…."

Dan setelah orang kampung Susu kecoh ingin...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2010 06:04

March 22, 2010

Wawancara Sofa Putih Faisal Tehrani-ITNM di Pesta Buku Antarabangsa KL

Pada 24 Mac 2010, pukul 12-1 tengahari (cuba-cubalah mohon keluar makan tengahari awal daripada bos) wawancara Sofa Putih ITNM akan berlangsung sekali lagi. Wawancara Sofa Putih ini adalah siri sesi bual bicara bersama tokoh terkemuka berkenaan dunia penerbitan, isu perbukuan dan budaya keilmuan. Ia dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar. Di antara tokoh yang sudah tersenarai ialah Datuk A. Samad Said, Kartunis LAT, Datin Fatini Yaacob, Dato' Saifuddin Abdullah, dan Anwar Ridhwan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2010 17:29

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.