Faisal Tehrani's Blog, page 40

April 18, 2010

Cerpen Mikro: Kaki Botol

Tok Haji tak berapa kenal dia. Tok Haji ada dengar macam-macam. Tapi Tok Haji buat tak endah. Bukan apa, Tok Haji sudah hampir pekak. Mesyuarat masjid pun Tok Haji jarang datang. Jauh. Dah tua-tua begini, lenguhlah nak berjalan jauh. Tapi bila orang lantik Tok Haji jadi pengerusi masjid untuk lima tahun lagi, Tok Haji yang mula-mula macam segan nak terima, angguk-angguk juga setuju. Bolehlah Tok Haji makan laksa Janda Peah sekali-sekala lepas baca Yassin. Laksa janda sedap.

Orang kanan Tok...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2010 05:17

April 15, 2010

Kecchhoootttt


The announcement of the suspension by Petronas came after Najib held talks with US President Barack Obama, who called for the world to move "boldly and quickly" on new Iran sanctions on the sidelines of a 47-nation nuclear security summit this week.

"It is a decision made by Petronas. They did consult with the government but they took the decision to suspend the sales," predominantly-Muslim Malaysia's leader Najib told reporters in Washington as he wound up a four-day visit.

He did not say...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2010 19:07

Cerpen Mikro: Lupa


Mungkin nenek biadab. Mungkin nenek jahil agama. Mungkin nenek tidak bersangka baik. Mungkin nenek mabuk.

Tapi lepas atuk terjun laut beberapa bulan lepas, atuk memang macam tidak siuman sikit-sikit.

Ramai orang tak tahu, atuk pandai tasawuf dan akhlak. Atuk alim dalam bidang agama. Atuk bersangka baik (ya lah, orang mukmin mana lah yang kena sengat dua kali?). Atuk bukan kaki togok.

Bila atuk kena ketuk, nenek yang sebelum ini tak cakap apa, cuma menggumam: "Cepatlah sangat you alls ini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2010 02:11

April 14, 2010

Engkau Nak Capai Apa?

Wah, sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London. Kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam. Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 14, 2010 20:31

April 13, 2010

Satira Ketupat Cinta II: Rahsia Botok-Botok

Cik Puan Rosdah pun mengenakan kebaya yang bertatah permata dan berlian. Untuk makluman tuan-tuan, itulah kebaya paling mahal dalam dunia. Dalam hati Cik Puan Rosdah berbunga ria. Ia pun mengulang-ulang dalam hati bagaikan satu zikir, 'sayangi Melaka, yakini Rosdah'. Sambil dayang-dayang menolong ia memakaikan sepatu yang ditempah khas daripada Tun Bijik Choo, ia pun memupur mukanya dengan bedak sejuk cap Simpul Siti. Ia juga melumur bibirnya dengan pewarna bibir yang merah. Juga cap Simpul...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2010 02:07

April 10, 2010

'Ingin Jadi Nasrallah' di Malam Baca Puisi Riong






Mulanya saya ingin membaca 'Datang, Aku Datang'. Tetapi saya merasa-rasa, audien sudah dipanjat bosan dan pura-pura menggelegak dengan puisi-puisi yang dibacakan. Lantas saya fikir, 'Ingin Jadi Nasrallah' boleh menggempakan.

Maka saya merenung ke arah khalayak, lalu meneriakkan: "Ingin Jadi Nasrallah!"

* Foto oleh juru gambar rasmi Faisal Tehrani, saudara Amir Hamzah Abdul Kahar. Koleksi foto ini adalah milik agensi Sejuta Wajah. Dilarang mengambil tanpa keizinan. Untuk mendapatkan khidmat...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2010 01:03

April 7, 2010

Satira Ketupat Cinta II: Yang Kalah Makan Sambal Kerang

Mufti Malun juga menyatakan rasa tidak puas hati kerana pada hematnya Tengku Kumut dilihat tidak mengamalkan agama Islam yang sebenar berbanding Cik Puan Rosdah. Meskipun Cik Puan Rosdah itu kadang mengenakan tudung kadang tidak; tetapi kerana ia mewakili Pakatan Kakak-Kakak Dalam Islam yang mendokonginya selaku mufti yang terbuka dan tidak kolot, maka ia pun menyanjung juga Cik Puan Rosdah. Ia juga menuliskan perihal ia mengesyaki Tengku Kumut mempunyai kaitan dengan kematian Long Jongos...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2010 10:00

April 6, 2010

Faisal Tehrani Baca Puisi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Malam Puisi Riong Berita Harian akan dianjurkan sekali lagi malam ini bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan tajuk 'Menelusuri Inovasi Warisan Budaya'. Majlis baca puisi ini akan berlangsung di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Alor Gajah, bermula 8.30 malam. Adalah difahamkan Datuk (Dr) A Samad Said; Abd Ghaffar Ibrahim (Agi); Zaen Kasturi, dan Ramli Sarip, akan turut hadir memeriahkan majlis ini kelak.

Marilah bersama kami di majlis ini!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 06, 2010 17:48

April 4, 2010

The Blind Side: Sisi Lain Motivasi Ajaib

SEJAK kebelakangan ini terdapatnya kebangkitan dalam jumlah filem-filem berkait inspirasional dan berunsur motivasi dari kilang Hollywood. Khususnya jika ia memberi semangat buat kalangan minoriti seperti mereka yang tertinggal dari segi jantina, pilihan seksual, warna kulit, agama dan kumpulan insan kurang upaya. Ambil sahaja fenomena Slumdog Millionaire (kisah anak-anak kumuh yang bangkit membuktikan kegeniusan mereka) lebih setahun lepas. Kini The Blind Side ialah bahagian dari...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2010 18:03

April 3, 2010

KISAS

KETIKA ditemui pada Khamis lalu, raut wajahnya masih bersisa kepenatan. Ini kerana semalamnya merupakan hari terakhir beliau menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

Namun, Fatin Syahirah Mohamad Nawi 17, merupakan remaja yang paling gembira dan begitu bersyukur ke hadrat Ilahi.

Manakan tidak apabila anak keempat dari 10 adik beradik ini tergolong antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Beliau beroleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu pangkat A+ untuk kesemua 11...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2010 02:19

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.