Faisal Tehrani's Blog, page 53
November 16, 2009
Wanita Pertama Republik Islam Iran: Azam al-Sadat Farahi
ROM 16 Nov. – Wanita pertama Iran membuat kemunculan luar biasa serta memberi ucapan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini dalam forum di bandar raya ini menjelang persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang kebuluran bermula hari ini.Isteri kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad boleh dikatakan tidak pernah membuat kemunculan awam bersama suaminya dan menghadiri perhimpunan awam sebelum ini.
Azam al-Sadat Farahi menghadiri forum berkenaan sebagai isteri Presiden Iran...
Published on November 16, 2009 14:49
November 12, 2009
Sungai Paling 'Cantik' Di Dunia
Published on November 12, 2009 15:10
November 10, 2009
Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat
Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya murah kerana tiada gunanya dan 'potong stim' sahaja. Sementara kanak-kanak berusia delapan tahun harganya tinggi serta sering laris di...
Published on November 10, 2009 19:04
November 9, 2009
Pop-Islami?
Oleh Nurul Farina NazlanSASTERA Islam kini dilihat semakin terarah untuk mengikut pendekatan penulisan sastera popular apabila semakin ramai penulis baru dalam kelompok ini berusaha mencipta nama dengan novel Islam berbau pop selepas Ayat-Ayat Cinta menjulang nama Habiburrahman el-Shirazy.
Kejayaan Habiburrahman memenangi sebahagian besar peminat novel Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, sehingga ia dipindahkan ke filem dijadikan sebagai landasan untuk menghasilkan karya...
Published on November 09, 2009 23:30
November 8, 2009
Tentang Paling Popular dan Berpengaruh
Mak Cik Musalmah Lebar terjenguk-jenguk ke arah pintu hadapan sewaktu sekumpulan saudara mara pulang meninggalkan rumah saya.
Setelah semua orang pulang, dia bertanya.
"Ada orang kata Nik Aziz lagi popular dari Haji Hadi." Begitu kata Mak Cik Musalmah Lebar.
Saya cuma angguk. Itulah "kononnya" dapatan kaji selidik Profesor Madya Dr Abu Hassan dari Jabatan Pengajian Media UM.
"Nampak sangat Nik Aziz benar." Tambah Mak Cik Musalmah Lebar.
"Orang berpengaruh selalu benar. Macam ada ustaz tu, err...
Published on November 08, 2009 04:48
November 4, 2009
Single Revolusi Pembudayaan Selawat Telah Terbit
Published on November 04, 2009 08:19
November 3, 2009
Satira Ketupat Cinta II: Ayam Taugeh Untuk Tauliah
Adapun Tun Lepat itu pula tuan-tuan, ia pun ingin menunjukkan kecekapannya di dapur buat sekian kali. Nama masakan yang dicipta ayam taugeh. Maka ia pun menghiris nipis ayam, diperapnya dengan kicap, gula dan tepung jagung. Setelah hampir setengah jam ia memerap, ia pun menggoreng daun bawang semerbak baunya. Ia menggoreng pula ayam dan kemudian dimasukkan taugeh. Sesudah itu dimasukkan air bancuhan rebusan ayam dengan tepung jagung. Maka dikacau digaul sampaikan pekat. Meski masakan Tun...
Published on November 03, 2009 17:37
November 2, 2009
Lintasan Hati
Lama saya berada di hadapan komputer ini, memikir untuk menulis entri ini. Akhirnya saya memutuskan untuk menulisnya, dan kemudian lama pula saya memikirkan samada perlu untuk menerbitkannya. Dan kerana tuan-tuan dapat membacanya, ia bermakna saya memutuskan untuk menerbitkannya.Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati.
Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. ...
Published on November 02, 2009 00:42
November 1, 2009
Perempuan Berkalung Sorban dan Salafisme
FILEM ini, Perempuan Berkalung Sorban adalah adaptasi dari novel Abidah el Khalieqy. Sebagai sebuah novel secara strukturalnya saya berpendapat ia agak lemah. Malah ada masalah logis di sana sini selain dihantar dengan pendekatan pop. Namun, sebaik dipindahkan ke medium filem, Perempuan Berkalung Sorban menjadi sebuah filem yang amat menggigit. Filem Indonesia arahan Hanung Bramantyo ini berjaya diangkat menjadi sebuah filem seni yang mengesankan.Perempuan Berkalung Sorban menimbulkan...
Published on November 01, 2009 14:30
October 30, 2009
Sikap Sosial Dalam Persuratan
Merujuk kepada persoalan sikap sosial di atas, persuratan hari ini wajar menjadi medan menawarkan pelbagai kaedah penyelesaian untuk masalah ummah. Menerusi karya persuratan pengarang muslim tidak sahaja menghantarkan pesan dakwah atau menunjukkan kebolehan kreativiti tetapi harus juga memugar segala kerencaman umat Islam supra mazhab yang boleh diadaptasi dan dimanipulasi kepelbagaiannya sebagai satu bentuk formula dan kekuatan baharu dalam menyelesaikan masalah ummah1. Sastera Islam yang...
Published on October 30, 2009 19:50
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 587 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

