Merujuk kepada persoalan sikap sosial di atas, persuratan hari ini wajar menjadi medan menawarkan pelbagai kaedah penyelesaian untuk masalah ummah. Menerusi karya persuratan pengarang muslim tidak sahaja menghantarkan pesan dakwah atau menunjukkan kebolehan kreativiti tetapi harus juga memugar segala kerencaman umat Islam supra mazhab yang boleh diadaptasi dan dimanipulasi kepelbagaiannya sebagai satu bentuk formula dan kekuatan baharu dalam menyelesaikan masalah ummah1. Sastera Islam yang...
Published on October 30, 2009 19:50