Faisal Tehrani's Blog, page 59
August 28, 2009
Kurma Israel Untuk Berbuka?
Published on August 28, 2009 21:13
August 27, 2009
"Aku Pun Boleh Tolong Sebatkan...": Musalmah Lebar
Memang susah nampak batang hidung Mak Cik Musalmah Lebar di bulan puasa. Maklumlah orang berniaga, tentu rezeki murah di bulan Ramadhan. Pagi Kak Sal memasak, petang Kak Sal berniaga di bazar Ramadhan, malam pula Kak Sal menguli tepung membakar kuih atau biskut raya. Pendek kata 24 jam tidak cukup rasanya dalam sehari. Semalam saya sempat membeli lauk-pauk dari gerai Mak Cik Musalmah Lebar. Saya berdiri di belakangnya berbual sambil melihat dia tidak menang tangan melayan pelanggan. Kemudian Mak
Published on August 27, 2009 20:00
August 26, 2009
Personal Effects
BAGAIMANA jika ahli keluarga kita meninggal dunia secara mendadak? Kematian ahli keluarga itu pula bukanlah sesuatu yang natural sebaliknya dibunuh secara kejam. Bagaimanakah kita mendepaninya? Bagaimanakah kita merawat kepedihan dan trauma yang menimpa? Inilah pokok filem Personal Effects, sebuah filem kecil arahan David Hollander berdasarkan adaptasi sebuah cerpen karangan novelis terkemuka Amerika Syarikat, Rick Moody.Sebagai sebuah filem dari kilang Hollywood, tentunya makna dan wacana diaba
Published on August 26, 2009 23:08
Asal Usul Kuih Siput
Maka bergegaslah Mufti Malun gila jawatan tersebut masuk menghadap di istana, lalu segeralah ia menjelaskan kepada Parameswara dan RaJim. "Tuanku, adapun siput babi itu dalam bahasa Arab disebut halazun, adalah ia diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Adapun Imam Malik dan para fuqaha Malikiyyah mengatakan mereka bahawa halazun barriy atau siput babi itu halal dimakan berdasarkan kitab Al-Mudawwanah. Kalau Ku Bam itu dari mazhab Maliki dan ingin ia goreng atau sateykan siput babi itu pada
Published on August 26, 2009 19:16
August 25, 2009
Kopitiam Ghadir: Wawancara Dengan KLPOS
Sumber asal KLPOS.COM (klik sini)
Kopitiam Ghadir dikatakan kontroversial sehingga tidak dapat dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8-11 Ogos lalu dan terpaksa ditunda dan dibawa ke Institut Terjemahan Negara pada 13-16 Ogos 2009 lalu?
Untuk pengekor setia saya, idea 'supra mazhab' seperti yang saya ungkapkan dalam Mingguan Malaysia 23 Ogos lalu sudah terbiasa. Jadi tak ada yang kontroversi. Saya menegaskan kita mesti meminjam solusi atau formula dari tradisi Islam yang lain, kita gubah da
Published on August 25, 2009 04:13
August 24, 2009
Rancangan Mari Menulis Karya Nan Indah di Radio IKIM.fm
Mulai hari ini, dari jam 6.15 sehingga 6.30 petang, setiap selasa saya akan muncul di stesen radio Ikim.fm untuk mengendalikan rancangan "Mari Menulis" bersama teman deejay, Nik Hasnah (foto).Berikut adalah jadual perbincangan dalam program tersebut.
25 Ogos 2009 - Tradisi naratif di alam Melayu.
1 September 2009 - Peribadi pengarang.
8 September 2009 - Bagaimana mendapatkan idea.
Published on August 24, 2009 14:00
August 22, 2009
Ke Mana Arah 'Sastera Islam' Kita?
SAYA berpendapat kita memerlukan sebuah persuratan yang menyediakan solusi untuk setiap masalah ummah dengan jalan supra mazhab. Saya perhatikan mutakhir ini karya sastera Islam kita telah menjadi kaku beku di dalam zon selesa. Pengarang hanya memuatkan beberapa pandangan ulama, ayat Quran atau hadis dan ungkapan-ungkapan keIslaman untuk menjadikan karyanya sastera Islam. Ini lebih-lebih lagi dapat dilihat menerusi karya generasi baharu yang cenderung bersifat 'pop-keIslaman'. Hanya terdapat seo
Published on August 22, 2009 15:35
August 20, 2009
Secicip Kopitiam Ghadir
Kami di kota kecil ini tak biasa terima orang luar. Kota kami kecil saja. Penghuninya tak ramai.
Ustaz, kalau emosi menguasai kita. Dan kita tidak menggunakan akal pemberian Allah kita akan menjadi seperti iblis yang takbur tidak mahu menghormati Nabi Adam alaihissalam bila diperintahkan Allah berbuat demikian. Kerana itulah iblis menjadi kafir.
Kota apa macam ni? Terpencil. Kecil. Penghuninya tidak ramai. Saya nak keluar. Tunjukkan jalan keluar.
Kalau pun kami tinggal di kota kecil yang terpen
Published on August 20, 2009 09:40
August 19, 2009
Berbicara Tentang Kopitiam Ghadir
oleh Amalina Ismail
Saya tidak tahu apa itu Puitika Aristotle yang dibeberkan FT dalam blog beliau tentang teater Kopitiam Ghadir yang dipentaskan baru-baru ini. Namun, Kopitiam Ghadir adalah 'sesuatu' walaupun tanpa perkaitan itu.
Saya terlalu sibuk minggu ini, namun saya sempatkan juga mencuri waktu untuk hadir menonton karya pentas FT ini. Setelah tidak berkesempatan tahun lalu untuk menonton teater Dua Jam sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun.
Sederhana dan bermakna. Itulah pandangan saya unt
Saya tidak tahu apa itu Puitika Aristotle yang dibeberkan FT dalam blog beliau tentang teater Kopitiam Ghadir yang dipentaskan baru-baru ini. Namun, Kopitiam Ghadir adalah 'sesuatu' walaupun tanpa perkaitan itu.
Saya terlalu sibuk minggu ini, namun saya sempatkan juga mencuri waktu untuk hadir menonton karya pentas FT ini. Setelah tidak berkesempatan tahun lalu untuk menonton teater Dua Jam sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun.
Sederhana dan bermakna. Itulah pandangan saya unt
Published on August 19, 2009 22:12
Kopitiam Ghadir: Hadir Minimal Tetapi Berkesan
Oleh Zul Fikri Zamir Sejak zaman Mahenjo Daro & Harappa lagi, teater telah menjadi alat mencatat sejarah. Dalam bahasa Yunani kuno, 'theatron' dikatakan sebagai melihat dan memandang pelbagai jenis hal.
Melihat kembali bagaimana Shakespeare menggunakan teater untuk menghiburkan kaum bangsawan pada abad ke-16, peranan tersebut kekal sehingga kini, eksklusif serta timbul untuk melahirkan sesuatu.
Dalam Dynamics of Drama, Bernard Beckerman mendefinisikan teater sebagai sesuatu yang terjadi ketika man
Published on August 19, 2009 00:53
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 588 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

