Faisal Tehrani's Blog, page 61

August 10, 2009

Pre Produksi Kopitiam Ghadir




Tidak pernah saya membikin teater sebegini melarat. Kadang terasa sayu. Teater tentang anak haram dipentaskan tidak pula dikenakan syarat tambahan. Teater tentang pencarian dan mesej perpaduan ummah dipangkas dengan syarat mengada-ada. Melarat tetapi tidak bangsat. Bukankah saya penerima anugerah seni negara? Latihan di taman-taman terbuka, ada nyamuk, semut dan pengunjung mengganggu. Tetapi tak apa. Tak pandang pun tak apa. Bahagia itu penting dan bermakna. Insya-Allah kami tulus belaka.
Kami ce
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2009 03:41

August 7, 2009

2 Cerpen Ogos FT

Buat penggemar genre cerpen, Ogos ini Faisal Tehrani muncul di dua majalah. Sebuah cerpen sejarah dan sebuah lagi cerpen Islami.

Petikan cerpen "Dangai Pau dan Maruku" di Majalah Dewan Siswa Ogos 2009 keluaran DBP:

"Mari, Mahmud Badak tadi beritahu Tunku akan mengambil kereta di luar pintu belakang. Dekat sekolah Inggeris sana." Khatijah menarik tangan Priyanka. Chai Yin terkedek di belakang. Di luar stadium askar dan polis berkawal di setiap penjuru. Penjaja dan orang ramai yang memang tidak mas
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 07, 2009 18:14

Sesi Latihan Kopitiam Ghadir (1)


Mohd Hilmi bin Alham sebagai Pak Seman: "Kalau pun kami tinggal di kota kecil yang terpencil, dan tidak diiktiraf itu tak bermakna kami ni pelik, atau bukan manusia. Kami pun ada hak juga. Kami tak boleh ditindas dan dinafikan hak-hak sewenang-wenangnya."
Pementasan Kopitiam Ghadir: tarikh baharu - 13-16hb Ogos di tempat baharu: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Pengangkutan awam berhampiran ITNM ialah LRT Putra (turun d
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 07, 2009 01:55

August 6, 2009

Doa Untuk SN Shahnon Ahmad

Pagi ini saya sempat bercakap dengan saudara Asrul (anakanda Dato Shahnon Ahmad) bahawa SN Dato Shahnon Ahmad sedang berada di unit rawatan rapi HUKM. Marilah kita mendoakan kesihatan cikgu supaya beliau segera sembuh. Saya difahamkan bahawa cikgu kini sedang dirawat dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali keluarga terdekat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2009 23:38

Harimau Luka

Dalam tradisi Cina, harimau luka adalah harimau yang berbahaya. Semakin harimau dilukai dan semakin ia dipastikan tidak mengaum; semakin kuat tenaganya untuk mengerkah tengkuk. Harimau mungkin tidak berdendam, tetapi harimau mengingat sampai mati. Yang munafik disimpan di bawah kuku, dirakam dalam hati, dan ditulis dalam buku. Yang berjujur dan berbudi disimpan di bawah dada, bergema dalam sukma, dan ditulis pada lembar hari depan.

Dunia berputar. Masa akan tiba. Orang Melayu percaya, jarang har
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2009 09:01

August 4, 2009

Kumpulan Nasyid (RpS): Revolusi Pembudayaan Selawat

"Ustaz, kalau emosi menguasai kita. Dan kita tidak menggunakan akal pemberian Allah kita akan menjadi seperti iblis yang takbur tidak mahu menghormati Nabi Adam alaihissalam. Kerana itulah iblis menjadi kafir."

Mereka yang menyangkakan produksi ini akan mengalah kepada pelbagai ujian dan dugaan, Revolusi Pembudayaan Selawat akan terus gigih dengan pementasan ini. Klik video untuk mendengar lagu nyanyian salah seorang pelakon Kopitiam Ghadir.

Tontoni teater Kopitiam Ghadir dan dengarkan nasyid ci
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2009 23:00

August 3, 2009

Berita Terkini - Kopitiam Ghadir Ditunda dan Dipindahkan Ke Tempat Pementasan Baharu


Ekoran beberapa masalah teknikal yang ditimbulkan oleh beberapa pihak di Dewan Bahasa dan Pustaka, pementasan Kopitiam Ghadir terpaksa ditunda ke tarikh baharu: 13-16hb Ogos di tempat baharu: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut akan dihebahkan di sini. Produksi kami memohon maaf kepada penonton yang telah menempah tiket, memohon cuti dari majikan dan peminat teater yang telah mengatur jadual masing-masing.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2009 22:26

Terima Kasih Perpustakaan Nasional Singapura

Penat, tetapi berbaloi dan memuaskan hati, itulah pengalaman saya di Singapura hujung minggu lalu. Nota kecil sahaja dahulu, sebelum saya melanjutkan kelak pengalaman lain di ruangan ini. Saya ucapkan lagi terima kasih atas kehangatan silaturrahim, ukhuwwah, futuwwah dan kesudian mendengar saya berceloteh.

* Foto dari blog saudara Abdul Manaf B Mohd Yasir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2009 17:27

Ketupat Cinta Musim Kedua: Di Dada Rosdah Ada Koci Labu

"Kalau benar kamu ini dinda Shakuntala, ada kuih dibikin Tun Halimah khas untuk beta, yang menjadi rahsia keluarganya. Jangan lupa menu. Beta berikan kamu sehari semalam untuk membuat kuih yang sama dan persembahkan kepada beta. Jika kamu gagal beta akan mengisakan kamu. Langit berkelikir bumi bertemberang, salah-salah masak menjadi hamba orang. Beta harap kamu berjaya." Parameswara bersuara tegas.

Rosdah segera mengangkat sembah. "Segala titah perintah patik turutkan, disuruh jilat lantai kita m
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2009 07:21

August 1, 2009

Hari Akhir FT di Singapura

Dari Berita Harian Singapura 1 Ogos 2009:

DUA acara penulisan akan diadakan hari ini dan esok di Perpustakaan Negara.

Pada hari ini akan diadakan seminar penulisan oleh penulis Malaysia, Faisal Tehrani; dan dua penulis setempat, Suratman Markasan dan Helmilina.

Seminar bertema penulisan cereka Melayu masa kini itu akan diadakan di Visitor Briefing Room di tingkat satu Perpustakaan Negara, Victoria Street dari 2 hingga 4 petang.

Esok (2 Ogos) diadakan pula sesi bertemu dan berkenalan dengan Faisal Te
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2009 16:14

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.